taken from here |
"Hanan..meh mama kenalkan kawan mama. Ni Auntie Fiza dan ni kawan baru Hanan, Firdaus." Datin Hafsyah memperkenalkan Puan Hafizah dan anaknya kepada anak gadisnya. Adriana menyorok dibelakang Datin Hafsyah. Budak lelaki itu hanya tersenyum memandang kearah Adriana.
"Firdaus, pergi la kawan dengan dia" pujuk Puan Hafizah. Firdaus mengangguk sambil berjalan menuju kearah Adriana.
"Nama saya Firdaus. Apa nama awak?" Firdaus berdiri dihadapan Adriana sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Adriana hanya memandang Firdaus dengan pandangan kosong. Dia teragak-agak untuk menyambut huluran tangan Firdaus. Belum sempat dia menyentuh tangan Firdaus untuk bersalam, Firdaus terlebih dahulu menarik tangannya.
Datin Hafsyah dan Puan Hafizah hanya tersenyum memandang gelagat kedua anak mereka. Firdaus terus menarik tangan Adriana dan mengajaknya bermain di taman. Adriana hanya menurut.
"Nama awak apa? Dari tadi saya tanya." Firdaus mengulangi pertanyaannya kerana Adriana masih membisu dan hanya menurut apabila dia mengajak Adriana ke taman.
"Adriana Hanan" jawab Adriana pendek. Dipandangnya kearah budak lelaki itu dengan malu-malu. Dia sebenarnya malu untuk bercakap dengan orang lain dan dia memang tak pandai bergaul.
"Tadi saya dengar mama awak panggil awak Hanan. Saya panggil awak Hanan juga boleh?" tanya Firdaus lagi. Adriana hanya mengangguk setuju.
"Okay sekarang kita nak main apa?" Firdaus tersenyum sambil menguis-guis tanah dengan ranting kayu.
"Jom main dekat swimming pool nak?" cadang Adriana. Dia sudah mula berasa selesa dengan Firdaus yang ramah itu.
"Swimming pool? Okay juga. Sekejap ye saya beritahu mama saya dulu." Firdaus terus meminta izin dari mamanya untuk ke kolam renang bersama Adriana.
"Okay jom!" Firdaus terus menarik tangan Adriana menuju ke pintu keluar kediaman Datin Hafsyah. Firdaus berpaling memandang Adriana apabila gadis itu mengeraskan badan tidak mahu mengikutnya.
"Err swimming pool tu kat ground floor dalam rumah" terang Adriana. Firdaus menepuk dahi lalu ketawa terbahak-bahak.
"La saya ingatkan nak pergi swimming pool yang dekat sport centre tu yang saya sampai minta izin ibu saya" Adriana hanya tersenyum melihat Firdaus yang sudah meleleh air mata akibat terlalu banyak ketawa.
"Jom" kini giliran Adriana pula yang menarik tangan Firdaus. Mereka terus masuk kedalam rumah dan menuju ke tingkat bawah tanah kediaman Datin Hafsyah itu. Datin Hafsyah turut mengarahkan salah seorang pembantu rumahnya untuk mengawasi Firdaus dan Adriana di kolam renang itu.
Mereka bermain-main di kolam renang bahagian kanak-kanak yang disediakan disitu. Datin Hafsyah memang sudah melarang Adriana dari masuk kebahagian dewasa kerana terlalu dalam untuknya. Kolam renang itu terbahagi kepada tiga bahagian; bahagian kanak-kanak, kolam 150 cm dan kolam sedalam dua meter.
Sedang leka mereka bermain, tiba-tiba Adriana tergelincir masuk kedalam kolam renang dewasa yang dalamnya dua meter. Firdaus terpaku seketika apabila melihat Adriana yang sudah terkapai-kapai meminta pertolongan. Pembantu rumah Datin Hafsyah pula ketika itu pergi menyediakan minum petang buat mereka. Tanpa berfikir panjang, Firdaus terus melompat masuk ke dalam kolam renang itu. Dia nekad untuk menyelamatkan Adriana. Terus dia berenang kearah Adriana dan membawa gadis itu ke tepi kolam.
"Hanan! Hanan! Bangun! Jangan mati!" Firdaus mula panik apabila Adriana tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedar. Dia teringat bantuan CPR yang pernah diajar oleh pengajar renangnya minggu lepas dan dia terus mencubanya kepada Adriana. Adriana memuntahkan air setelah diberikan bantuan kecemasan.
"Hanan dah okay ke? Tadi Hanan lemas. Nasib baik saya teringat cara bantuan CPR" Firdaus membantu Adriana untuk duduk.
"CPR?" Adriana terus teringat adegan bantuan CPR yang ditontonnya di televisyen. Mukanya terus membahang.
"Firdaus kiss saya ke tadi?" tanya Adriana malu-malu. Firdaus mengangguk sambil menunduk malu.
"Tapi itu pertolongan cemas bukan untuk saja-saja dan saya bagi oksigen kat awak" jelas Firdaus. Adriana hanya mengangguk walaupun kurang faham dengan penjelasan Firdaus.
"Dah jom kita main benda lain lah. Kita pergi tukar baju ye"
"Okay"
Lalu mereka meninggalkan kolam renang dan menuju ke tingkat atas.
"Alamak ibu tak bawa baju Firdaus la. Firdaus pinjam baju Hanan boleh?" tanya Puan Hafizah sebaik sahaja melihat anaknya yang basah kuyup. Adriana terus mengangguk setuju.
"Tak naklah! Firdaus tak nak pakai baju perempuan la ibu." Firdaus membentak kerana malu memakai pakaian Adriana.
"Ala bukan pakai skirt la Firdaus. Pinjam baju Hanan ye?" pujuk Datin Hafsyah. Adriana mula berkecil hati apabila Firdaus tidak sudi memakai pakaiannya. Dia pun ada baju T-shirt dan seluar bukan skirt semata-mata.
"Tak apalah kalau awak tak nak pakai baju saya. Lain kali saya tak mahu main dengan awak" ugut Adriana. Geram apabila Firdaus beria-ia menolak untuk memakai pakaiannya.
Firdaus memandang tajam kearah Adriana. Tak sangka gadis ini sudah mula mengugutnya.
"Yelah..yelah. Firdaus pakai!" Firdaus terpaksa mengalah apabila melihat Adriana yang seperti hendak menangis. Datin Hafsyah terus membawa Firdaus ke bilik Adriana sambil diikuti oleh Adriana dan Puan Hafizah.
"Nah Firdaus. Cuba pakai baju ni. Ni jela T-shirt yang besar Hanan ada. Hari tu Auntie salah beli" terang Datin Hafsyah. Firdaus terus menukar pakaiannya. T-shirt Hello Kitty berwarna pink terang itu disarungnya dengan penuh rasa sebal. Dia tak suka dengan warna pink ditambah pula dengan karakter Hello Kitty yang baginya begitu menjengkelkan.
Puan Hafizah terus menangkap gambar anaknya. Firdaus yang sibuk mencari seluar yang sesuai pula tidak sedar yang gambarnya diambil. Adriana tersenyum melihatkan Fidaus yang sudah memakai pakaiannya. Nasib baik kulit Firdaus cerah kalau tidak mesti tak padan dengan warna bajunya itu.
"Terima kasihlah Hanan sebab bagi Firdaus pinjam baju Hanan. Nanti bila Auntie dah basuh Auntie pulang balik ye?" Puan Hafizah berkata sambil mengusap-usap kepala Adriana. Adriana hanya tersenyum.
Adriana melangkah kearah Firdaus dan memegang tangan lelaki itu sambil tersenyum. Firdaus hanya menunjukkan muka kelat kerana tidak suka dengan pakaian yang dipakainya kini.
"Nanti datang lagi main dengan Hanan ye?" kata Adriana lalu mencium pipi kanan Firdaus. Firdaus terkejut besar dengan kelakuan Adriana yang sememangnya tidak dijangka. Dia memegang pipi kanannya sambil matanya membulat memandang Adriana yang sudah melarikan diri.
'Cis dia curi-curi kiss aku!' getus hati Firdaus sambil tersenyum. Puan Hafizah dan Datin Hafsyah yang turut menyaksikan kelakuan Adriana itu hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Ana tengok apa tu?" tanya Firdaus apabila melihat isterinya ralit menengok sekeping gambar. Adriana terus menyimpan gambar itu didalam diari miliknya. Gambar Firdaus dengan T-shirt Hello Kitty yang berwarna pink terang itu diperolehinya dari Puan Hafizah ketika majlis resepsi perkahwinan mereka semalam. Lalu mengembalikan memori-memori indahnya bersama lelaki itu sewaktu kecil.
Adriana hanya menggelengkan kepala dan terus menyimpan diari didalam lacinya. Firdaus mulai berasa tidak senang hati apabila melihat tingkahlaku isterinya yang bagaikan merahsiakan sesuatu darinya. Adriana bangun mengemas katil dan menyediakan pakaian untuk suaminya. Walau bukan hari bekerja, dia masih ingin menyediakan pakaian untuk Firdaus kerana dia berasa seronok memilih baju yang bakal dipakai oleh suaminya. Dia mengeluarkan T-shirt berwarna krim dan seluar lalu diletakkan diatas katil. Firdaus tersenyum melihat kelakuan isterinya. Hilang terus prasangka terhadap Adriana.
"Abang nak mandi dulu?" tanya Adriana sambil tangannya ligat menggosok sedikit baju suaminya. Dia tidak suka baju yang berkedut kerana nampak tidak kemas dan boleh merosakkan imej.
"Tak nak mandi sekali ke?" tanya Firdaus sambil tersenyum nakal kearah Adriana. Adriana hanya menggelengkan kepala. Walaupun sudah tidur sekatil dengan lelaki itu namun mereka masih belum melakukan hubungan intim. Semalam dia dan Firdaus terasa amat letih dan terus tidur sebaik sahaja baring diatas katil.
Pagi tadi ketika dia bangun untuk solat Subuh, dia terkejut dengan keadaan dirinya yang dipeluk erat oleh Firdaus. Firdaus yang sebenarnya terjaga apabila 'bantal peluknya' bergerak-gerak berusaha untuk melepaskan diri. Sengaja dia memejamkan mata ketika Adriana mengejutnya kerana ingin melihat sejauh mana kesungguhan isterinya mengejutkannya. Dia bangun setelah isterinya mencubit pipinya geram. Selepas solat Subuh berjemaah, mereka berdua menyambung semula tidur kerana keletihan.
"Betul tak nak mandi dengan abang? Dulukan kita pernah mandi sama-sama?" usik Firdaus lagi. Adriana menggeleng laju. Dia mengantungkan baju yang sudah siap digosok bersama-sama dengan seluar di rak penyangkut. Terdengar Firdaus menyanyi-nyanyi kecil didalam bilik mandi. Selesai sahaja Firdaus mandi, Adriana terus masuk kedalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Jom turun sarapan. Mesti mereka dah lama tunggu kita" ajak Firdaus sebaik sahaja Adriana keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian. Adriana mengangguk setuju.
"Cuba cakap sikit? Asyik angguk-angguk, geleng-geleng. Macam bisu pun ada juga" tegur Firdaus sambil ketawa. Adriana hanya memandang geram. Malas hendak melayan kerenah suaminya.
"Aik marah abang ke?" Firdaus terus memeluk Adriana apabila isterinya itu bagaikan kecil hati dengan kata-katanya tadi. Adriana terkesima dengan aksi romantik suaminya pagi ini.
"Abang minta maaf ye Ana?" kata Firdaus sambil mencium pipi kiri isterinya.
"Okay" jawab Adriana pendek dia takut jika Firdaus meneruskan aksi romantiknya jika dia terus berdiam diri.
Firdaus terus memimpin tangannya untuk turun bersarapan. Mesti banyak soal jawab yang akan berlaku di meja makan nanti memandangkan mereka turun agak lewat.
1 comment:
Alahai comelnya en. suami!
Post a Comment