Kapitalis

Sunday, December 29, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 26

taken from here  

Thank you Caryl. Mari saya hantar pulang.” Pelawa Adriana dengan senyuman nipis.

Eh it’s okay Miss Adriana, my boyfriend will come and fetch me. Take care and congratulation again Miss Adriana.” Adriana mengangguk dan terus masuk ke dalam keretanya. Sempat juga dia melambaikan tangan kepada Caryl yang masih setia disitu. Sungguh dia berterima kasih kepada Caryl yang sudi menghantarnya ke klinik.

Bibirnya mengukir senyum. Syukur dia dan Firdaus akhirnya diberi rezeki untuk menimang cahayamata. Perasaan untuk memiliki cahaya mata sendiri semakin membuak-buak setelah menjaga ketiga-tiga anak buahnya. Tak sabar untuk bermain dan mendidik anak sendiri.

“Hmm surprisekan abang kat office la. Oh baik belikan makanan untuk abang sekali.” Jam di dashboard menunjukkan pukul  12.30 tengah hari. Fikirnya, Firdaus mesti tak sempat makan kerana sibuk dengan projek M Hotel syarikat Muiz. Adriana singgah sebentar membeli nasi bungkus di sebuah restoren Melayu sebelum meneruskan perjalanan ke pejabat Firdaus.



Tiba di bangunan pejabat Firdaus, Adriana segera memarkirkan kereta di tempat yang dikhaskan. Hatinya berbunga-bunga dan tak sabar untuk mengkhabarkan berita gembira kepada suaminya. Dia yakin suaminya pasti akan melonjak kegembiraan.

“Ye cik?” Kehadiran Adriana disambut oleh penyambut tetamu di lobi.

“Assalamualaikum. Saya nak jumpa Encik Firdaus.” Adriana memberi salam dengan muka tanpa perasaannya. Gembira atau tidak memang wajahnya begitu nak buat macam mana?

“Waalaikumussalam. Cik ada buat appointment ke?” tanya penyambut tetamu itu dengan wajah manis. Kerja penyambut tetamu mestilah sentiasa memaniskan muka kerana mereka inilah yang membawa imej syarikat.

“Tak. Saya isteri dia. Boleh saya jumpa dengan dia?” Adriana bertanya dengan sopan. Wajahnya masih tanpa perasaan.

“Oh Puan Adriana ke? Maaf saya tak perasan puan tadi. Boleh-boleh, mari saya tunjukkan pejabatnya.”

“Tak apa biar saya pergi sendiri. Terima kasih ye.” Adriana mengukir senyuman. Terpaku seketika penyambut tetamu itu apabila melihatkan senyuman manis Adriana sebelum membalasnya semula. Adriana berjalan masuk ke kawasan kerja. Syarikat hiasan dalaman dan reka bentuk bangunan milik Firdaus menggunakan hiasan dalaman yang ringkas namun masih ada nilai-nilai artistik mampu membuatkan sesiapa pun terpegun sebaik sahaja melangkah masuk. Bilik pejabat dengan plat nama Firdaus didekatinya dengan perasaan gembira. Belum sempat dia mengetuk pintu dia terdengar suara lelaki dan perempuan yang sedang bergelak ketawa.

You ingatkan dulu orang selalu cakap Firdaus memang diciptakan untuk Jannah. You seorang je yang mampu buat I happy macam ni Firdaus.” Adriana terdiam sendiri didepan pintu pejabat suaminya. Sentap. Siapa tak sentap beb?!

“Oh ye ke? I tak ingatlah pula. Rasanya betul kot hahaha...” Mesra Firdaus melayan perempuan yang bernama Jannah.

Okay I balik dulu ye? Nak lunch sekali tak?” Manja Jannah mengajak Firdaus untuk makan tengah hari bersamanya. Firdaus, senior yang diminatinya sejak dulu namun dia sudah terlambat kerana Firdaus sudah pun dimiliki. Entah apa yang merasuknya untuk datang bertemu dengan Firdaus. Kononnya mahu Firdaus menukar dekorasi ruang tamu dirumahnya.

“Tak apalah. Mari I hantarkan you keluar.” Firdaus bangun untuk menghantar Jannah ke pintu. Entah apa malang nasibnya apabila dia tersadung kaki meja kerjanya lalu terjatuh diatas Jannah di sofa.

Adriana yang berdiri didepan pintu menerpa masuk ke dalam pejabat Firdaus sebaik sahaja terdengar suara Jannah menjerit. Membulat matanya melihat Firdaus menindih Jannah diatas sofa. Lututnya terasa lemah namun dia menggagahkan dirinya untuk terus berdiri. Plastik berisi makanan sudah lama terjatuh dan dia tidak betah untuk mengangkatnya kembali. Mukanya masih tanpa reaksi walaupun hatinya berperang diantara marah dan sedih. Wajah Firdaus dan Jannah dipandang dengan penuh sakit hati. Kakinya ingin segera melangkah keluar dari pejabat Firdaus. Hancur hatinya melihat suami yang dicintai berada dalam keadaan yang sangat mencurigakan dengan perempuan lain.

Firdaus kaget melihat Adriana dimuka pintu pejabatnya. Cepat-cepat dia bangun dan cuba meraih tangan isterinya namun ditepis Adriana. Adriana menolak kasar tubuh Firdaus sebelum berlari sekuat hati meninggalkan bangunan pejabat Firdaus. Nasib baik kereta diparkir dekat dengan pintu keluar. Enjin dihidupkan sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Automatik kesemua pintunya dikunci. Kenderaan yang dipandu Adriana laju meninggalkan bangunan pejabat Firdaus. Dari cermin belakang dia melihat Firdaus berlari mengejarnya. Dia sudah tidak mahu peduli dan tidak akan berhenti.


Kata hati merayu aku pergi
meninggalkan dirimu
tapi ku tak terdaya
mengapa kasih, harus ku alami..
setelah aku korbankan segala-galanya
sanggup ku harungi hidup
bersama dirimu meninggalkan
semua yang aku cintai


Lagu Jika Kau Kekasih dendangan Linda Nanuwil yang berkumandang di radio membuatkan Adriana bertambah sedih. Tanpa sedar air matanya menitis. Dikesat kasar air matanya dengan belakang tangan. Dia sedar yang dia perlu tabah dan dia tahu dia boleh hidup tanpa Firdaus. Dia Adriana Hanan, campaklah ke mana pun dia masih boleh hidup. Keretanya dibelok menuju ke tempat persembunyian rahsianya. Sekarang dia tidak perlukan Firdaus dan boleh membesarkan anak yang dikandungnya sendiri.

“Anak..” Adriana tersentak. Dia mengusap-usap perutnya yang kini berisi. Anak yang bakal lahir tanpa ayahnya disisi.

“Tak apa baby kita boleh hidup tanpa papa,” putus Adriana. Dia sudah nekad untuk meninggalkan Firdaus. Sakit hatinya menigingatkan perbualan diantara Jannah dan Firdaus di pejabat tadi.

“Hmmph..Jannah diciptakan untuk Firdaus kan? Adriana Hanan hanya perlukan baby untuk teruskan hidup.” Peugeot RCZ coupe milik Adriana laju menyusur di jalan raya membawa hatinya yang terluka.



Firdaus mendial nombor telefon Adriana berkali-kali. Hampa apabila panggilannya tidak dapat disambung. Jannah yang masih berada di situ memandang Firdaus dengan penuh simpati. Wajah kusut Firdaus membuatkan dia semakin dihimpit rasa bersalah. Salahnya kerana menggatal dengan suami orang. Salahnya kerana gagal melawan nafsu gilanya yang inginkan perhatian Firdaus.

“Sayang, jangan buat abang macam ni sayang,” rintih Firdaus. Tanpa jemu dia mendial nombor telefon Adriana. Bajunya basah dengan peluh dek mengejar isterinya tadi. Mana mungkin dia dapat mengejar Peugeot RCZ coupe yang dibawa kalah pelesit oleh Adriana tadi.

“Firdaus, maafkan I. Disebabkan I isteri you dah salah sangka,” Firdaus hanya mengangguk. Dia mendial nombor telefon Datin Hafsyah. Fikirnya isterinya pasti pulang ke banglo Datin Hafsyah.

“Assalamualaikum mama. Ana dah balik ke mama?”

“Waalaikumussalam. Belum Firdaus. Kenapa? Tadi mama call office, Suzy beritahu mama yang Hanan dah lama balik,” Firdaus mula lemah lutut. Ya Allah mana bini aku ni?!

“Mama, tadi Ana dah salah sangka dengan Firdaus. Firdaus risau dia buat benda bodoh mama.” Firdaus meramas-ramas rambutnya. Risau, takut dan kecewa apabila mendengar yang isterinya masih belum pulang ke banglo mertuanya.

“Mungkin Hanan balik rumah kamu tak? Cuba telefon sana dulu?” tenang Datin Hafsyah memberi cadangan. Padahal dalam hati dia sendiri mula cuak. Anaknya itu bukan boleh dijangka. Sifat pendiam, membeku dan sangat berahsia diwarisi dari suaminya sering membuatkan dia sendiri tak senang duduk.

“Baiklah mama. Assalamualaikum.” Firdaus segera mendial nombor telefon rumah mereka. Hampa dan kecewa apabila tiada siapa yang menjawab.

“Firdaus, cuba call kawan-kawan dia? Maybe dia pergi jumpa mereka?” Jannah memberi buah fikiran. Sekarang niatnya hanya mahu membantu Firdaus. Hatinya turut sakit melihat Firdaus yang macam beruk hilang anak.

Kesemua kawan-kawan Adriana ditelefon namun tiada seorang pun yang tahu ke mana Adriana menghilangkan diri. Ingin melaporkan kepada pihak polis, Adriana menghilang tak sampai 24 jam kang tak pasal-pasal dia kena baling penyapu.

“Sabar ye Firdaus? If you need my help, just give me a call okay?” ucap Jannah sebelum berlalu meninggalkan Firdaus yang sudah terduduk di kerusi kerjanya. Bukan apa, dia mahu memberi ruang untuk Firdaus menenangkan fikiran.

Firdaus mengerling ke arah jam dinding. Sudah pukul 1.30 petang dan waktu Zohor sudah pun masuk. Perlahan dia melangkah ke bilik air didalam pejabatnya untuk mengambil wuduk. Dia mahu solat dan mengadu pada Sang Pencipta. Berharap agar Allah akan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Friday, December 27, 2013

Assalamualaikum w.b.t

InsyaAllah saya akan update post yang baru dalam masa terdekat ni tapi untuk post kali ni saya cuma nak tunjukkan visual character untuk novel ni. Okay guys, are you ready?!

Harus diingatkan yang semua ni cuma imaginasi sengal seorang penulis yang suka berangan dan selalu blur hehehe~

1. Muhamad Firdaus bin Muhamad Fikri
taken from here
Kenal tak? Haha disebabkan saya ni suka menonton channel 728 Astro maka 'terkenallah' dengan mamat ini. Sekali pandang terus terpikat dan mula berangan nak dia jadi visual character untuk karakter Firdaus. Nak tahu nama mamat ni? Jason Godfrey seorang Canadian-Filipino yang bekerja sebagai model, hos, penulis dan pelakon. Pergh serba boleh...pakej tu~

2. Adriana Hanan binti Ilyas

taken from here 
Rasa mesti ramai je yang kenal ni. Suka tengok muka keanak-anakan Sandara Park yang buat saya rasa ada persamaan dengan karakter Adriana Hanan. Percaya atau tak, Sandara ni dah berusia 29 tahun dan bakal masuk 30 tahun pada tahun 2014 (berapa hari lagi ni weh?) tapi muka dia maintain muda. Ufufufu jealous x? Rasanya berkesan taktik minum green tea Adriana Hanan ni (^-^)v

3. Daris Hamizan
taken from here  
Watak Hitler Daris merupakan watak yang saya suka hehe..Kalau nak tahu, saya memang suka budak-budak (siapa tak suka weh?). Kalau ada yang pernah menonton Baby and Me lakonan Jang Geun Seok dan Baby Mason, ni la baby tu. Dah besar dah pun. Comel tak? Huhu bakal jadi gilaan kaum wanita kelak..huhu

4. Qaiser Fateh
taken from here  
Maden, adik kepada Mason huhu. Baka comel mereka-mereka ini.

5. Qaisara Fatehah
taken from here  
Hehe comel je Lauren ni. Perangai periang dia sama macam karakter Fatehah. Tahu pasal budak ni pun melalui rancangan Hello Baby MBLAQ. Lauren ni anak campuran Korean-Canadian yang sangat suka karakter Loopy dalam kartun Pororo tapi Fatehah suka siapa? Haa....Petty lo hehehe...

Okey takat ni je saya buat pasal karakter ni..kalau-kalau nak saya tambah untuk karakter lain sila beritahu~


Wednesday, December 18, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 25

taken from here  

“Maaf Puan Hanan, hari ni saya tak dapat masuk office. Isteri saya sakit.” Suara Emir yang resah di talian membuatkan Adriana bertambah kasihan.

“Tak mengapalah Emir. Hari ni ada meeting dengan mana-mana client ke?” Adriana turut menyemak jadual kerja yang di hantar oleh Emir melalui emel.

“Hari ni pukul 10 pagi, ada perjumpaan dengan wakil-wakil dari projek Gione. Puan boleh pergi atau nak saya mintakan Praven pergi wakilkan saya?”

“Tak. Saya akan pergi. Projek ni penting untuk Elves.” Talian diputuskan. Adriana segera menyiapkan sarapan yang tergendala. Hari ini dia memasak kuehteow goreng untuk sarapan pagi. Sejak Daris, Fateh dan Fatehah tinggal dengan mereka, dia semakin rajin masuk ke dapur dan sesungguhnya dia berasa gembira apabila melihat suami dan anak-anak buahnya makan masakannya dengan penuh berselera.

“Kenapa sayang?” Firdaus memeluk Adriana dari belakang. Wajah Adriana yang serius ketika menjawab panggilan membuatkan dia sedikit risau.

“Emir cuti jadi Ana kena masuk office. Budak-budak nanti Ana hantar pergi rumah mama.” Adriana membiarkan sahaja tangan Firdaus yang masih melingkar di pinggang. Biarlah, dah nama pun suami.

Firdaus meletakkan dagunya di bahu Adriana. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, wajiblah dia bermanja dengan Adriana kalau tak macam tak ada semangat je nak kerja.

“Abang, jom makan. Kejap lagi dah nak masuk kerja kan?” Adriana melepaskan diri dari pelukan Firdaus dengan agak susah payah. Firdaus hanya ketawa lalu membantu Adriana mengangkat mangkuk berisi kuehteow goreng yang masih panas.

Kids, mari makan!” Anak-anak buahnya yang sedang seronok menonton Pororo terus berlari ke meja makan. Sempat juga si Fatehah menekan butang ‘pause’. Konon nak sambung tengok selepas makan sarapan pagi. Adriana menggelengkan kepala melihat gelagat anak-anak buahnya.

“Kuehteow goreng Mama Ana? Sedap!” tegur Daris lalu mengambil tempat disebelah Adriana. Sejak patah bahu, Adriana yang sering menyuapnya makan. Maka wajiblah dia duduk disebelah Mama Ananya.

“Baca doa makan, Fateh!” arah Daris kepada adiknya yang baharu sahaja nak mula menyuap. Sakit-sakit pun, perangai Hitler Daris tetap ada. Fateh meletakkan semula garfu. Tangannya ditadah lalu dia membacakan doa makan. Firdaus yang memerhati hanya tersenyum. Kelakar dan comel gelagat anak-anak buahnya.

“Lepas makan nanti papa hantar kamu bertiga pergi rumah Nenek Sya. Mama kena masuk pejabat hari ni.” Beritahu Firdaus kepada anak-anak buahnya. Terhenti suapan Fatehah tiba-tiba. Mukanya tampak risau dan agak takut-takut.

“Nenek Sya garang tak?” Comel sahaja pertanyaan Fatehah di telinga Firdaus. Senyuman manis dihadiahkan kepada Fatehah.

“Nenek Sya tak garang. Tengok Mama Ana garang tak? Mama kepada Mama Ana lagilah tak garang.” Fatehah senyum puas hati dengan jawapan Firdaus. Adriana yang sejak tadi sibuk menyuap Daris makan, turut senyum ke arah Fatehah. Fateh tidak menunjukkan sebarang reaksi. Bagaikan tak kisah sahaja dihantar ke mana.

“Fateh kena tinggal kat rumah sorang-sorang,” sakat Firdaus. Fateh yang terkejut menghentikan suapannya. Matanya memandang tepat ke arah Firdaus kemudian beralih kepada Adriana seolah-olah meminta penjelasan.

“Tak boleh! Fateh kena ikut Fatehah!” jerit Fatehah tiba-tiba. Dia bangun dari duduknya lalu memeluk Fateh. Sayang sungguh dia pada abangnya. Matanya mencerun memandang Firdaus. Firdaus sudah tak boleh menahan tawa. Berdekah-dekah dia mengetawakan reaksi Fatehah yang kelakar. Takkanlah dia nak tinggalkan Fateh seorang diri.

“Ye..ye kita bawa Fateh sekali. Papa gurau je tadi. Dah cepat makan. Siapa lambat papa tinggal sungguh nanti.” Terkocoh-kocoh Fatehah kembali ke tempat duduknya lalu meneruskan suapan sehingga habis.

“Mama, pukul berapa balik kerja?” Daris bertanya sambil matanya memandang tepat ke wajah Adriana.

“Tak tahu lagi. I’ll fetch you once I’m done okay?” Adriana mengelap tepi mulut Daris dengan tisu. Berat hati sebenarnya hendak meninggalkan anak-anak buahnya pada mamanya tapi dia terpaksa dem projek yang penting untuk syarikat papanya. Datuk Ilyas makin sibuk selepas balik dari Sabah jadi nak tak nak, dia kena turun padang.




“Mama, tolong jagakan budak bertiga ni ye? Ni jadual mereka tapi jangan risau, diorang dah hafal dan memang terbiasa dengan jadual ni.” Datin Hafsyah mengusap kepala Daris. Jadual yang diberi Firdaus dibeleknya dengan senyuman. Berdisiplin sungguh anak-anak si Rayyan ni!

“Mama memang tunggu bilalah kamu nak bawa budak bertiga ni datang rumah. Elok sangatlah kamu hantar hari ni sebab mama memang tak ada aktiviti. Daris dah breakfast?” Daris mengangguk dengan senyuman. Seronok kepalanya diusap lembut oleh Datin Hafsyah. Fateh dan Fatehah masih berpelukan dengan Adriana. Susah pula mereka nak melepaskan Adriana pagi ini.

“Fateh, Fatehah, marilah dekat nenek. Nanti kita berenang nak? Rumah nenek ada kolam besar.” Pujuk Datin Hafsyah. Fateh dan Fatehah melepaskan pelukan dengan perlahan-lahan. Nak-nak lagi melihatkan wajah Daris yang sudah mula hendak menyinga. Tahu sangat sekejap lagi abang mereka bakal meletup.

“Mama, anything just give me a call okay?” pesan Adriana lalu melepaskan Fateh dan Fatehah.

“Toksah risaulah Hanan oii, tahulah mama nak jaga budak bertiga ni. Dah pergi lekas! Lambat pula kamu nanti. Papa kamu lepas Subuh tadi dah pergi kerja. Dia ada urusan di Perlis.”

“Okay. Assalamualaikum.” Adriana mengapai tangan mamanya lantas mengucupnya. Firdaus turut mengikut. Daris , Fateh dan Fatehah dipeluknya sebelum beredar ke keretanya. Hari ini dia perlu memandu sendiri untuk bertemu dengan klien.

“Berat pula nak lepaskan sayang pagi ni.” Firdaus memegang kejap tangan Adriana. Adriana tersenyum lalu mendekati suaminya. Tangan suaminya diramas mesra.

“Petang nanti insyaAllah kita jumpa.” Adriana mengucup pipi kanan Firdaus dengan pantas. Malu pula jika ada jiran-jiran mamanya yang ternampak kelakuan mereka. Firdaus tersengih suka dengan perlakuan Adriana.

“Jaga diri elok-elok ye sayang? Assalamualaikum.” Firdaus berpesan lalu memeluk isterinya. Adriana mengangguk. Perlahan Firdaus melepaskan pelukan. Tangannya dihulur kepada isterinya dan Adriana segera menyalami dan mengucup tangannya. Kucupan sayang diberi pada dahi Adriana.

“La...tak pergi lagi korang?! Sempat lagi berdrama depan rumah mama? Punyalah budak-budak ni tunggu nak ucap bye-bye,” leter Datin Hafsyah. Firdaus hanya tersengih. Adriana sudah berlari masuk ke dalam keretanya.

“Saya pergi dulu ye mama? Assalamualaikum.” Firdaus masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan dan tak sampai sepuluh saat kereta Firdaus dan Adriana meninggalkan perkarangan banglo Datin Hafsyah.




Gione project will launch on March next year and I hope I can see the draft by next week.” Adriana menutup fail projek. Projek yang melibatkan jutaan ringgit dan bakal menaikkan nama syarikatnya merupakan satu tanggungjawab yang besar untuknya.

Sure thing Miss Adriana. So will you join us for lunch?” Davis, wakil dari Ioniz mempelawa Adriana untuk makan tengah hari bersamanya dan Philippe. Adriana menggelengkan kepala.

Sorry Davis, I got something to do. Enjoy your lunch.” Davis dan Philippe mengangguk faham. Adriana bukan sebarang perempuan yang boleh dibawa ke hulu ke hilir. Dari dulu lagi mereka memang arif dengan perangai Adriana jadi mereka tidak berkecil hati. Mereka pernah bekerjasama untuk beberapa projek. Selesai sahaja perbincangan, Adriana pulang semula ke pejabatnya.

Projek Gione merupakan projek gabungan beberapa syarikat di Malaysia dan Perancis untuk menubuhkan satu pusat kesenian dan riadah di Perancis. Menggabungkan budaya Malaysia dan Perancis bawah satu bumbung serta menyelitkan unsur-unsur Islam dari segi binaan dan ruang pameran. Syarikatnya mengambil bahagian dalam bahagian barangan halal dan membekalkan perabot untuk projek ini.

Adriana mengemaskan fail-fail projek dan diletakkan didalam laci dan dikunci. Beg kerjanya dicapai dan dia keluar dari pejabatnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Nak dekat dua jam juga dia berbincang dengan Davis dan Philippe tadi.

“Suzy, saya balik dulu. Apa-apa sila emel saya okey?” pesan Adriana. Suzy mengangguk pantas. Adriana tak berlama-lama disitu. Kepalanya terasa pusing. Kakinya segera melangkah ke lif.

Turun di tingkat bawah. Adriana berasa makin tidak selesa. Kepalanya pening dan tekaknya berasa mual.

                “Miss Adriana, are you okay?” Caryl yang perasan akan keadaan Adriana terus mendekati Adriana.

                “I feel dizzy.” Adriana mengurut perlahan dahinya. Caryl segera memapah Adriana. Kasihan dengan Adriana yang bergerak kalah orang mabuk bertango.

“Let me take you to the clinic.” Adriana mengangguk perlahan. Kepalanya sakit dan memang dia perlukan doktor sekarang.




“Tahniah Puan Adriana! Kandungan puan dah masuk minggu ke-3!” wajah teruja Doktor Fairuz membuatkan Adriana bertambah gembira. Mahu sahaja dia melompat bintang sekarang. Caryl disebelah berkali-kali mengucapkan tahniah kepadanya.

“Betul doktor? Anak saya lelaki ke perempuan?” Ternganga Doktor Fairuz dengan pertanyaan Adriana.

“Err..Puan Adriana. Fetus puan masih kecil jadi saya belum boleh tentukan jantina dia. InsyaAllah lagi lima bulan kita boleh scan.” Lembut Dokor Fairuz menerangkan kepada Adriana. Tahu ibu muda itu terlalu gembira.


“Anak pertama ke Puan Adriana?” Adriana mengangguk. Dia sudah tak sabar mahu memberitahu berita gembira ini kepada suaminya. Firdaus mesti gembira. Impian mereka untuk memiliki anak sendiri sudah hampir tercapai. Alhamdulillah. Terima kasih Allah!

Tuesday, December 10, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 24

taken from here  

Macam dah tak ada kerja! Itu yang difikirkan oleh Hisyam setelah dua hari berturut-turut menjadi ‘stalker’ buat Adriana Hanan. Setiap hari dia mengintip segala aktiviti yang dilakukan oleh sepupunya dan kebanyakan darinya berkisarkan tiga orang anak buah Adriana. Adriana yang tidak perasan akan kehadirannya seronok melayan keletah anak-anak buahnya di taman permainan. Dengan perlahan, Hisyam mendekati Adriana.

“Eh prin..Hanan, buat apa kat sini?” sengaja dia menggunakan nada terkejut tapi hanya dibalas dengan pandangan tak bereaksi dari Adriana.

“Hanan selalu ke bawa anak-anak buah bermain kat sini? Kebetulan pula dekat dengan penthouse Syam. Nak singgah?” Pandangan tajam dengan aura membunuh diberikan oleh Adriana khas untuk sepupunya yang tak faham-faham bahasa.

“Okey..okey Syam gurau je. Ni papa ajak Hanan datang rumah hujung minggu ni. Hanan datang ye? Papa rindu dengan Hanan. ..Syam pun rindu dengan prin..Hanan,” sedaya upaya dia mengelak dari menyebut perkataan ‘Princess’ yang dibenci Adriana. Hai lah jantung, kenapalah dengan ratu ais ini juga yang kau berdetak hebat?

“Syam..” Segera Hisyam menoleh ke arah Adriana Hanan yang masih dengan muka tanpa perasaan.

“Ye sayang?”

“Saya dah kahwin dan saya tak perlukan perasaan rindu dari awak.” Laju Adriana melangkah meninggalkan Hisyam yang masih terpinga-pinga. Dia ingin segera meninggalkan taman permainan itu. Silap dia juga membawa mereka ke taman permainan dekat dengan tempat mereka bertiga belajar Bahasa Jerman. Kononnya nak bagi Daris, Fateh dan Fatehah bermain selepas penat memerah otak tapi kini dia pula yang sakit jiwa dengan sepupunya yang asyik mengejar cintanya.

“Mama Ana! Abang Daris jatuh!” jeritan nyaring dari Fatehah merisaukan Hanan. Kelihatan Daris yang sudah jatuh menggiring dibawah monkey bar.

“Macam mana abang boleh jatuh?” tanya Adriana lalu berusaha mengangkat Daris. Baharu sahaja tersentuh sedikit tangan, Daris sudah menjerit sakit.

“Jangan sentuh begitu tangan dia! Mungkin terseliuh atau patah. Mari kita ke klinik,” Hisyam segera mencempung Daris yang masih menangis lalu dibawa ke kereta.

“Hanan follow belakang Syam dengan budak-budak ni,” Hisyam hanya mengangguk lalu menghidupkan enjin kereta. Adriana segera membawa Fateh dan Fatehah masuk ke dalam kereta. Didalam hatinya dia berdoa supaya tiada yang buruk berlaku kepada Daris.





“Macam mana jaga sampai boleh patah bahu si Daris tu? Awak jaga ke sibuk melayan Hisyam?!” Terkedu Adriana dengan amarah Firdaus. Buat pertama kali sejak mereka berkahwin, dia dimarahi oleh suaminya. Benci! Benci! Benci!

Tetapi mengenangkan silap dia yang sibuk hendak mengelak dari Hisyam sehingga menganggu konsentrasinya pada Daris, Fateh dan Fatehah, Adriana hanya mendiamkan diri.

Firdaus meraup mukanya yang tampak berserabai. Projek mereka bentuk dalaman Hotel M di Korea Selatan mengehadkan masa untuk dia bersama dengan Adriana dan anak-anak buahnya. Dia terlalu sibuk sehinggakan terpaksa bermalam di pejabatnya. Tadi dia terpaksa meninggalkan kerja yang menimbun setelah mendapat panggilan daripada Adriana. Kelam-kabut dia memecut mengenangkan Daris merupakan satu amanah dari abangnya.

“Ana minta maaf, tadi Ana nak lari dari Hisyam sampai terlepas pandang.” Adriana meraih tangan Firdaus lalu mengucupnya dengan penuh kasih. Dalam hati, tak henti-henti dia berdoa supaya dilembutkan hati suaminya.

“Hisyam kacau Ana ke? Aih sekor tu memang nak kena lesing dengan abang!” Menggelegak kembali darah Firdaus mendengarkan isterinya diganggu Hisyam. Walaupun bertaraf sepupu, tapi Hisyam dah betul-betul melampau!

“Hmm dahlah. Tadi pun Ana terhutang budi dengan dia sebab tolong Daris tadi. Ana betul-betul panik tadi bila Daris menjerit. Kita lupakan sahajalah.” Adriana memeluk lengan Firdaus manja. Sebetulnya dia malas hendak memanjangkan lagi hal yang tak begitu penting dan dia berterima kasih kepada Hisyam kerana membantunya tadi.

“Senangnya Ana cakap. Sakit hati abang tahu bila tengok cara dia pandang Ana kat klinik tadi! Tak berkelip-kelip sampai abang kat sebelah Ana pun dia tak reti nak hormat! Tak habis-habis nak mengorat bini orang!” dengus Firdaus kasar lalu menolak tangan Adriana. Adriana segera memeluk pinggang Firdaus dari belakang apabila suaminya berura-ura mahu keluar dari kamar tidur mereka.

“Abang, dengar sini.” Adriana memusingkan badan Firdaus supaya dia dapat bertentang mata dengan suaminya. Firdaus yang masih marah memalingkan mukanya ke kiri. Perlahan Adriana menyentuh pipi Firdaus lalu mengucup pipi suaminya.

“Abang, Ana tak boleh halang orang lain untuk jatuh cinta atau gilakan Ana kerana itu hak mereka. Tapi Ana nak abang tahu yang dalam dunia ini, hanya abang sahaja yang berjaya meleburkan hati yang diselaputi ais ini. Ana jatuh cinta dengan abang dan hanya Muhamad Firdaus di hati Adriana Hanan.” Tenang Adriana menuturkan kata-kata itu. Malu ke tidak dia sudah tak kira, yang penting hati suaminya wajiblah dipujuk!

Terharu! Siapa yang tak terharu kalau bini dah pujuk begitu rupa? Firdaus mula tersengih lalu merapatkan jarak antara dia dan Adriana. Terasa hilang semua penat dia bekerja. Perlahan dia menggeselkan hidungnya pada hidung Adriana. Rasa bahagia menyelubungi hati kedua mereka.

‘Tok!Tok! Tok!’ bunyi ketukan dari luar mematikan lamunan pasangan suami isteri itu. Perlahan Firdaus membuka pintu.

“Papa Daus, I’m sorry,” Daris berdiri tegak dihadapan pintu dengan air mata yang masih bersisa.

“Kenapa ni sayang?” Firdaus segera mendakap Daris dengan berhati-hati. Adriana dibelakang, hanya memerhati. Sungguh dia kalut dengan Daris yang menangis secara tiba-tiba.

“Tadi dekat taman, Daris nak tunjuk lagak dekat Aiman. Fateh dah cakap jangan tapi Daris degil. Jadi Daris panjat monkey bar tinggi tu tapi tiba-tiba tangan licin. Tahu-tahu je Daris dah jatuh.” Laju Daris menuturkan kata. Fateh dan Fatehah hanya memerhati abang mereka dari sudut tangga dengan muka takut-takut. Mungkin bimbang Firdaus akan memarahi Daris memandangkan mood Firdaus yang teruk sejak balik dari klinik tadi.

“Jadi Daris nak buat macam tu lagi tak?” tanya Firdaus dengan muka yang serius. Pantas Daris menggelengkan kepala.

“Daris sebagai anak sulung seharusnya menunjukkan contoh yang baik untuk Fateh dan Fatehah. Macam mana kalau tadi Fateh atau Fatehah yang jatuh sebab degil main benda bahaya? Mesti Daris marahkan?” Daris mengangguk laju dengan sebelah tangannya mengesat air mata.

“Papa harap benda macam ni tak berlaku lagi okey? Lantaklah siapa pun yang cabar. Sepatutnya Daris nasihat Aiman supaya jangan main benda-benda bahaya bukan ikut sekali okey?” nasihat Firdaus lalu mengucup dahi Daris. Perlahan dia mengesat air mata anak kecil itu dengan hujung jarinya.

“Mama Ana, Daris minta maaf ye?” Adriana terus memeluk Daris erat. Lupa terus pada bahu Daris yang patah.

“Auch!” gaduh Daris dengan muka berkerut-kerut menahan sakit. Segera Adriana melonggarkan pelukannya dari tubuh Daris.

Sorry..sorry. Malam ni Daris nak makan apa? Biar mama masak okey?” Adriana mengusap pipi Daris yang masih tertinggal sedikit sisa air mata.

“Nak sup ekor..” pinta Daris perlahan. Kaku terus Adriana mendengarkan permintaan Daris. Firdaus yang perasan akan riak wajah isterinya berusaha menahan ketawa.

“O..Okey tunggu lambat sikit pun tak apa kan? InsyaAllah lepas Maghrib, kita makan okey?” Daris mengangguk setuju. Fateh dan Fatehah perlahan-lahan mendekati Adriana dan Firdaus.

“Mama Ana, kami nak makan sate lagi boleh?” tanya Fatehah dengan tangannya memintal-mintal hujung gaunnya.

“Aik bukan semalam baru beli ke?” tanya Firdaus dengan senyuman. Sebelum Rayyan pergi hari tu, dia sudah memberitahu Firdaus tentang makanan kegemaran anak-anaknya.

“Itu semalam, hari ni kami nak makan lagi boleh? We’ll be good!” semangat Fatehah memujuk Firdaus dan Adriana. Fateh? Hanya diam dan mengangguk bila perlu.

“Okey boleh je tapi macam biasa. Malam ni kita pergi solat di masjid okey? Ana okey tak sayang?” Adriana yang sedang mengelamun memikirkan resepi sup ekor tersentak dengan pertanyaan Firdaus.

“Apa dia abang?” soal Adriana dengan wajah kudus.

“Malam ni kita solat di masjid lagi okey?” Firdaus mengulang semula lalu mencuit hidung isterinya.

“Hmm Ana rasa Ana nak solat dirumah sahaja boleh? Nak masak sup ekor untuk Daris kena minta bantuan mama dan pakcik Google.” Jujur Adriana memberi jawapan. Dia bukan tak mahu solat di masjid tapi dia risau tak sempat menyediakan sup ekor untuk Daris memandangkan jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang. Bahan masakan pun masih belum dibeli.

“Fatehah temankan mama Ana dirumah okey? Balik dari solat, papa belikan sate ye sayang?” Fatehah mengangguk setuju dengan cadangan Firdaus.

Okay boys! Jom mandi dan lepas tu kita mengaji okey?”

Okay papa!” jawab Daris dan Fatehah serentak. Fateh segera menyinggung siku Fatehah yang tersalah masuk group.

“Oh ye Fatehah mandi dengan mama Ana okey?” Fatehah hanya tersengih lalu memeluk Adriana.

“Mama Ana, kita mandi macam princess boleh?” Adriana segera mengangguk. Tahu sangat mandi cara princess yang Fatehah maksudkan. Tab mandi yang dipenuhikan dengan buih sabun dan dihias dengan kelopak bunga mawar. Pergh! Nasib baik stok bunga mawar yang dibeli Firdaus untuknya dua hari lepas masih ada. Kalau tak mana mahu cari weh?! Tak padan dengan kecil.

“Sayang nanti call mama tanya bahan-bahan untuk sup tu. Nanti lepas mandi, abang pergi beli.” Adriana mengangguk. Segera dia mendial nombor telefon ibunya. Lambat-lambat nanti makin lambatlah nak memasak.




Gambar perempuan yang dibencinya ditatap dengan penuh perasaan. Wajahnya masih tidak berubah namun dia tahu perempuan itu bahagia dengan kehidupannya sekarang. Makin cantik dan elegan. Perubahan yang dilakukan oleh perempuan itu membuatkan dia makin tak senang duduk. Diantara cinta dan kegilaan. Dia terperangkap diantara dua perasaan itu.

“Kau tak akan bahagia kerana aku tak akan membenarkannya!” lantas gambar itu dikucup rakus sebelum dicampak masuk ke dalam api yang marak menyala. Mengambarkan perasaannya yang menggila. Gila dengan cinta dan dendam kesumat.

“Adriana Hanan, kau tak boleh bahagia tanpa aku!” jerit lelaki itu lalu ketawa berdekah-dekah. Hatinya sarat dengan dendam. Jiwanya kosong tanpa iman.

Friday, November 29, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 23

taken from here   

“Papa Daus, can we go to the playground?” sopan Daris bertanya dan seperti biasa, Fateh dan Fatehah berdiri di belakangnya sambil memandang Firdaus dengan penuh harapan. Mata mereka yang bulat membuatkan mereka kelihatan seperti watak Puss In Boots.

“Sure, go and get Mama Ana,” balas Firdaus. Daris, Fateh dan Fatehah berlari ke dapur mendapatkan Mama Ana mereka. Kini ketiga-tiga anak buahnya berada didalam jagaannya dan Adriana. Penat memang penat tetapi dia seronok melayan keletah mereka. Sengaja Firdaus menyuruh mereka menggelarkan dia dan Adriana sebagai Papa Daus dan Mama Ana supaya mereka senang rapat dengan dia dan Adriana.

“Abang nak bawa diorang pergi taman permainan ke?” Adriana masuk ke ruang tamu dengan tangannya ditarik oleh Daris dan Fatehah. Fateh pula, tangannya menarik hujung baju Adriana. Tersenyum Firdaus meihatkan anak-anak buahnya yang rapat dengan Adriana. Mahu tidak, tiap-tiap pagi mereka menonton kartun Pororo bersama-sama sambil menari dihadapan televisyen. Pada mulanya Adriana agak canggung menari namun setelah dipujuk oleh Fateh, Adriana beralah dan sekarang mula sahaja muzik, Adriana sudah bangun untuk menari bersama dengan anak-anak buahnya.

“Isy berangan pula orang tua ni! Ana tanya ni,” Adriana mencubit pipi Firdaus yang masih tersengih.

“Ye..Ana siap-siap la ye? Kita pergi lepas solat Asar karang. Haa.. siapa nak ikut kena solat dulu okey?”

“Baik!!!” jerit Daris, Fateh dan Fatehah serentak. Senang melayan ketiga-tiga anak buahnya yang tak banyak songeh dan patuh mendengar arahan. Apa yang membuatkan Firdaus kagum, ketiga-tiga mereka dilatih untuk menunaikan solat apabila masuk waktu dan mengaji dalam usia yang sangat muda. Sewaktu abangnya menyerahkan amanah ini kepadanya, Rayyan turut memberi jadual harian ketiga-tiga anaknya kepada Firdaus.

“Kau ikut je jadual ni. Kalau diorang degil, kau tegur tapi rasanya tak kot sebab diorang dah terbiasa dengan jadual aku ni. Bab mengaji ni, Daris dah masuk Iqra’ empat. Fateh dengan Fatehah pula Iqra’ satu. Kau ajar diorang tiap-tiap hari lepas Maghrib dan suruh diorang ulang tiga kali sebelum alih muka surat lain faham? Apa-apa kau boleh je call aku,” amanat yang diberi oleh Rayyan sememangnya diambil serius oleh Firdaus. Sepanjang pemerhatiannya. Ketiga-tiga anak buahnya sudah terbiasa dengan jadual harian mereka. Kadangkala apabila dia terlupa, mereka bertiga yang mengingatkan.

“Abang ni asyik berangan je kenapa? Penat ye? Kalau penat biar Ana je yang bawa diorang tu pergi taman,” tegur Adriana sambil mengusap lembut tangan suaminya. Firdaus senyum senang dengan perlakuan isterinya. Lantas menarik tubuh Adriana duduk ke ribanya.

“Tak penat pun. Sorry la sebab masuk hari ni, lima hari Ana tak pergi kerja sebab jaga budak bertiga tu.” Adriana hanya tersenyum. Dia terpaksa mengambil cuti kerana mamanya mengikuti rombongan persatuan ke Sabah selama seminggu bersama-sama dengan papanya. Bercuti sambil beramal kata mamanya kerana mereka akan melawat dan menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin disana. Pemandu papanya turut serta dalam rombongan itu. Mamanya dengan besar hati mengajak adik beradik Henry untuk ikut bersama.

“Alah alang-alang musim cuti ni elok bawa je diorang. Bila lagi la si Henry ni nak bawa adik-adik dia berjalan. Daris, Fateh dengan Fatehah ni mama tak berani nak bawa sebab diorang ni kecil lagi,” Adriana hanya mengangguk. Dia sendiri pun tak akan benarkan mamanya membawa Daris, Fateh dan Fatehah kerana kawasan yang mereka pergi memang agak jauh ke dalam. Ahad ini baharulah mama dan papanya akan pulang dari Sabah.

“Papa Daus, kami dah ambil wuduk! Fateh, spread the prayer mat! Fatehah, wear your prayer cloth properly!” aksi Daris mengarah adik beradiknya dengan tegas membuatkan Firdaus geli hati namun ditahankan sahaja tawanya. Daris memang boleh diharap. Fateh dan Fatehah tak akan membantah segala arahan Daris. Kelam-kabut Fateh berlari ke bilik solat dan Fatehah pula membaiki pemakaian telekungnya.

“Okey tunggu papa dengan mama ambil wuduk dulu. Sementara tu Daris tolong adik bentang sejadah ye?” ujar Firdaus lalu mengusap kepala lembut Daris. Daris mengangguk lantas berjalan pantas ke bilik solat diikuti oleh Fatehah dibelakangnya. Firdaus dan Adriana bersegera mengambil wuduk memandangkan azan Asar sudah berkumandang dari masjid berdekatan taman perumahan mereka. Malam nanti Firdaus akan membawa ketiga-tiga anak buahnya solat berjemaah di masjid jadi mereka harus lekas keluar dan pulang sebelum Maghrib.




“Amacam seronok tak solat kat masjid?” tanya Firdaus kepada Daris dan Fateh ketika berjalan pulang dari masjid. Fatehah dan Adriana berjalan dibelakang mereka. Sengaja Firdaus mengajak mereka berjalan kaki ke masjid dari menaiki kereta kerana jarak masjid dari rumah mereka tidak begitu jauh dan insyaAllah ada pahalanya.

“Seronok! Daddy always brought us to mosque and we love it.” Petah Daris menutur kata-kata membuatkan Firdaus terdiam. Sudah seminggu anak-anak buahnya tinggal bersama-sama dengannya dan hanya hari ini dia sempat membawa mereka ke masjid. Abangnya yang sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di universiti tempatan pun selalu membawa anak-anak ke masjid.

“Papa Daus, Fateh nak sate,” Fateh menunjukkan ke arah gerai sate yang terletak diseberang jalan. Fateh memang seorang yang pendiam berbeza sungguh dengan Fatehah yang ceria.

“Boleh je. Pegang tangan papa kuat-kuat. Kita nak melintas ni.” Kejap pegangan tangan Daris dan Fateh mengenggam tangan Firdaus.

“Ana, kita singgah beli sate ye sayang?” Adriana mengangguk. Dia pun sebenarnya ingin suarakan hal yang sama kerana Fatehah turut memintanya belikan sate tadi. Adriana segera mendukung Fatehah lalu mengikut suaminya melintas.

“Fateh nak sate apa?” tanya Firdaus kepada Fateh yang ralit memerhati sate yang dibakar diatas arang.

“Ayam, daging dan kamben?” bersemangat Fatehah menjawab bagi pihak kembarnya. Citarasa mereka memang sama dan mereka sememangnya hantu sate.

“Kambing la..” tegur Fateh perlahan. Fatehah hanya ketawa mendengarkan teguran abangnya. Firdaus pantas memesan sate untuk mereka. Daris pula sudah mengikut Adriana duduk di sebuah meja.

“Kita bungkus bawa balik rumah ye? Lagi seronok makan kat rumah,” kata Firdaus lalu mengambil tempat dihadapan Adriana. Fateh dan Fatehah duduk bersebelahan dengan Daris dan Adriana.

“Okey je, Ana tak kisah. Oh, ibu dan Kak Sufi ada call Ana tengah hari tadi. Alhamdulillah mereka sihat. Budak-budak ni pun sempat berborak dengan mommy dan nenek mereka.”

Mommy cakap dia beli jubah cantik,” semangat Fatehah bercerita. Adriana  mengusap kepala Fatehah dengan muka tanpa reaksi. Dalam hatinya dia berasa gembira melihat wajah suci Fatehah yang seronok bercerita. Dalam ramai-ramai, Fatehahlah yang paling ceria dan suka bercerita. Daris seorang abang yang sangat tegas dan mendengar kata orang tua. Fateh pula seorang yang pendiam dan sopan. Tidak pernah sekali pun dia melihat ketiga-tiga adik beradik itu bergaduh.

“Mama Ana, bila mommy nak balik?” tanya Fateh perlahan. Wajahnya nampak keruh mungkin kerana rindukan ibunya. Fatehah yang turut terdengar wajahnya turut berubah riak. Daris pula hanya menunjukkan wajah selamba walaupun Adriana tahu yang anak itu juga merindui ibubapanya.

“InsyaAllah minggu depan.” Firdaus membantu Adriana menjawab setelah melihat isterinya yang mula hendak menggelabah. Fateh hanya terdiam apabila mendengar jawapan Firdaus.

“Papa Daus, Mekah tu jauh tak? Kita naik aeroplane jumpa mommy and daddy boleh?” Pergh, yang ni Firdaus pun tak reti nak jawab apa. Soalan Fatehah betul-betul membuatkan Firdaus dan Adriana tak senang duduk.

“Jauh..err next week kita boleh jumpa mommy dan daddy okey sayang?” kucar-kacir pertuturan Firdaus yang cuba memujuk Fatehah.

Next week...but I miss them so much..” muka Fatehah yang mula mencebik menunjukkan tanda-tanda hendak menangis membuatkan Firdaus semakin menggelabah. Adriana masih menayangkan muka beku namun didalam hati, dia sendiri pun sudah celaru.

“Nangis tak payah makan sate!” tegas Daris mengeluarkan arahan. Wajah garang Daris membuatkan Fatehah tak jadi menangis. Fateh yang hanya mendiamkan diri sejak tadi memandang Fatehah sambil menunjukkan jari telunjuk dibibir. Baik Firdaus mahupun Adriana, masing-masing tercenggang dengan ketegasan ala Hitler Daris.

“Okey sate pun dah siap, jom balik. Meh Papa Daus dukung Fatehah,” Firdaus segera mendukung Fatehah lalu pergi membayar dan mengambil sate yang sudah siap dibungkus. Daris dan Fateh berjalan sambil memimpin tangan Adriana.

“Mama Ana, balik nanti boleh Daris pinjam handphone?” Adriana hanya mengangguk. Tahu yang anak itu mahu menghubungi ibubapanya. Terserlah wajah ceria Daris apabila Adriana memberi kebenaran.

Thanks Mama Ana! I love you. Nanti kita boleh cakap dengan mommy and daddy,” ujar Daris kepada adiknya. Fateh mengangguk lalu tersenyum. Walaupun baharu siang tadi mereka bercakap dengan ibu mereka melalui panggilan video, kata-kata Fatehah tadi membuahkan rasa rindu didalam hati mereka. Adriana tersenyum kecil dengan telatah anak-anak buahnya. Nasib baik tadi dia sempat mengecas telefon pintarnya sebelum keluar kalau tak memang telefon Firdauslah yang akan diberi pakai kepada mereka bertiga.





“Emir, can you please send the details regarding Gione project in France to me ASAP? Just email it to me and I’ll do the review. Yeah..will get back to you when I’m done.” Talian diputuskan selepas dia memberi salam. Sejak dia bercuti, apa sahaja yang berkaitan dengan syarikat diuruskan oleh Adriana dari rumah. Untung pembantu-pembantunya jenis boleh yang diharap dan pantas melakukan tugasan. Kalau tidak mahu pening kepala dia mahu menguruskan syarikat dari rumah dan tambahan pula, bapanya juga masih bercuti.

“Mama Ana, we need to go to Arabic language class. The class starts at 3pm and now is already 2.15pm! We need to rush!” nyaring jeritan Daris dari luar pintu bilik tidur membuatkan Adriana sedikit kelam-kabut. Daris memang seorang yang menepati masa dan kelas bahasa merupakan kelas kegemarannya.

Okay lets go!” Adriana segera menyarungkan tudung sarung express dikepala. Nasib baik tadi dia sudah menukar pakaian. Blaus panjang dengan seluar Palazo dan dipadankan dengan tudung sarung express menutupi dada membuatkan Adriana tampak manis dan sopan.

Daris, Fateh dan Fatehah yang sudah menunggu dihadapan pintu masuk ke dalam kereta sebaik sahaja kunci dibuka. Nampak mereka seperti sudah tidak sabar mahu ke kelas bahasa Arab. Selain bahasa Arab, mereka turut dihantar untuk mempelajari bahasa Perancis, Jepun, Cina dan Jerman. Memang pelik namun ini yang diaturkan oleh Rayyan dan Sufi untuk anak-anak mereka dan alhamdulillah baik Daris, Fateh dan Fatehah semuanya menyukai mempelajari bahasa lain dan mempraktikkan sesama mereka. Selain itu, mereka turut belajar dan membuat latihan secara online.

Selesai menghantar Daris, Fateh dan Fatehah, Adriana ke pasaraya untuk membeli bahan mentah. Memang dah macam surirumah sepenuh masa tapi dalam diam dia seronok.

“Eh Princess! What are you doing here, darling?” Hisyam mendekati Adriana dengan senyuman lebar. Hajatnya untuk bertemu dengan gadis yang dicintai sejak dulu sudah tertunai. Berkali-kali dia memujuk papanya untuk memberikan nombor telefon Adriana namun papanya tetap enggan.

Adriana hanya memandang Hisyam dengan muka kering. Apa ke malang nasibnya hari ini sehingga terserempak dengan makhluqot yang tak faham bahasa ini? Dahlah susah nak lepaskan diri dari makhluqot sengal ni..

“Eh banyak membeli? Mari Prince Syam tolong..hehe.” Makin lebar sengihan Hisyam apabila melihat Adriana menunjukkan muka tidak suka. Muka comel itulah yang membuatkan dia tidur tak lena walaupun dia tahu Adriana sudah dimiliki.

Thanks but NO thanks!” Adriana terus menolak troli jauh dari Hisyam. Makin dilayan karang makin sengal sepupunya itu. Tidak faham bahasakah yang aku tak suka pada dia?! Adriana berjalan laju ke kaunter pembayaran.

Princess!” Bamm! Bunyi sesuatu yang jatuh membuatkan Adriana menoleh ke belakang. Kelihatan Hisyam sedang terduduk diatas lantai dengan dihempap pek-pek minuman coklat. Mahu tak mahu, dia berpatah balik ke arah sepupunya. Sengal macam mana pun, darah dagingnya juga.

Beberapa orang pekerja lelaki pasaraya itu turut datang membantu Hisyam bangun sambil meminta maaf. Pek-pek yang tidak disusun elok jatuh apabila dilanggar Hisyam ketika ingin mengejar Adriana. Apa pun, Hisyam turut bersalah. Merah padam muka Hisyam menahan malu dan marah.

“Lain kali susun elok sikit!” tengkingan Hisyam membuatkan banyak mata memandang ke arahnya. Adriana yang berasa malu membatalkan niatnya untuk pergi bertanya keadaan sepupunya. Buat malu kaum sahaja. Segera dia ke kaunter dan membayar harga barangan yang dibeli.

“Eh Princess, biar Syam bayar!” belum sempat Adriana menghalang, Hisyam sudah memberikan kad debitnya kepada juruwang dan membantunya mengangkat barangan yang dibeli.

“Eh tengok laki tu? Tadi bukan main marah! Sekali dengan awek dia baik je..siap ber’princess princess’ bagai..geli aku!” kutukan dari wanita yang berdiri di belakang Adriana membuatkan Adriana berasa malu dan geram. Aku bukan awek si sengal ni okey!

Princess, kenapa ni? Penat ke? Jom makan? Mari Syam belanja..” Adriana berhenti melangkah lalu menoleh ke arah Hisyam. Marahnya sudah tak dapat ditahan-tahan.

Call me Princess one more time and you'll be gone forever!” sebaik sahaja menuturkan ayat itu Adriana merampas barangannya dari tangan Hisyam lalu berlari menuju ke pintu keluar. Hisyam yang terkejut terpaku ditengah-tengah pasaraya. Seketika kemudian dia mengukir senyum.

She’s cute even though she’s mad. I’m falling in love with her all over again,’ bisik hati Hisyam. Perlahan dia mengatur langkah keluar dari pasaraya. Isteri orang atau bukan, dia sudah tak kisah. Adriana Hanan adalah Princess buatnya selama-lamanya.

Monday, November 18, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 22

taken from here  

Kenderaan yang dipacu oleh empat ekor serigala membawa seorang ratu yang amat digeruni oleh penduduk setempat. Ratu ais, hatinya sedingin salju dan wilayah jajahannya diliputi ais sepanjang tahun. Walaupun begitu, ramai putera raja dari wilayah lain berebut-rebut ingin menawan hati sang ratu namun tidak berjaya dan mereka disumpah menjadi beku kerana menyakiti hati sang ratu. Hakikatnya ratu itu juga kesunyian, dia mencari seorang lelaki bukan putera raja yang sombong dengan harta dunia yang dimiliki dan bukan yang gila akan kecantikannya. Dia sedar akan tiba saat dimana harta dan kecantikan tidak lagi bermakna. Ketika itu dia mahukan seseorang yang setia disampingnya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.

Kenderaan yang ditunggangnya berhenti disebuah perkampungan yang sangat indah. Perkampungan itu masih lagi didalam jajahannya namun apa yang membuatkan dia pelik adalah perkampungan itu tidak diselaputi ais bahkan penuh dengan bunga-bungaan ditaman.  Sang Ratu turun dari kenderaan yang ditunggangnya. Setiap kali kakinya menjejak tanah, ais akan terbentuk lalu membentuk satu laluan khas untuk sang ratu. Kaki sang ratu terhenti dihadapan pintu sebuah kabin kayu yang sangat cantik. Cantik walaupun saiznya tidak semegah istana aisnya. Ditolaknya pintu kabin dengan perlahan. Hatinya dipenuhi dengan rasa ingin tahu. Siapa pemilik kabin comel ini?

Didalam kabin itu, kelihatan seorang pemuda yang sibuk membuat ukiran kayu. Tumpuannya langsung tidak terjejas walaupun dengan kehadiran sang ratu yang cantik jelita. Sang ratu meninjau-ninjau keadaan didalam kabin tanpa mempedulikan si pemuda yang khusyuk mengukir kayu.

‘Prang!’ sebuah pasu kristal berukiran bunga-bungaan jatuh ke lantai. Sang ratu yang tidak sengaja melanggar pasu itu memandang wajah jejaka itu dengan wajah tanpa perasaan.

“Oh Yang Mulia Ratu, untuk apa tuanku ke mari?” tanya pemuda dengan senyuman. Tidak langsung memarahi sang ratu yang telah memecahkan pasu ukirannya.

“Beta hanya berjalan-jalan. Ini hasil kerja tuan hamba?” tanya sang ratu. Matanya meliar melihat hasil-hasil tangan sang pemuda yang terdapat didalam kabin itu.

“Ye ini semua hasil titik peluh patik. Ada yang tuanku berkenankah?”   Wajah sang ratu ditatap dengan senyuman. Ratu ais yang jelita tapi sayang kerana hatinya tiada cinta, getus hati si pemuda. Banyak khabar angin tentang sang ratu yang tersebar di serata negeri namun tidak mudah untuk si pemuda mempercayainya kecuali tentang tiada cinta kerana dia tahu banyak putera-putera raja yang pulang dalam keadaan beku setelah bertemu dengan sang ratu. Beku diselaputi ais dan hanya akan mencair apabila tiba diluar jajahan sang ratu. Namun begitu, tiada negara yang sanggup menyerang wilayah sang ratu kerana takut akan sumpahan dan kuasa tentera besi sang ratu.

“Beta suka dengan mawar kristal itu. Berapakah harganya?” Tangan sang ratu mencapai sekuntum bunga mawar merah yang diperbuat daripada kristal. Dibelek-beleknya mawar itu dengan penuh minat.

“Ampun tuanku, tak dapat patik laksanakan hajat tuanku kerana mawar itu khas untuk bakal isteri patik.” Jawapan dari si pemuda membuatkan sang ratu hampa. Perasaan hampa mula bertukar menjadi marah.

“Siapa wanita yang layak menerima mawar ini selain beta? Siapa?!” marah sang ratu. Kecewa kerana barang yang disukainya tidak dapat dimiliki.

“Belum lagi patik ketemui tuanku. Ampunkan patik.” Jujur si pemuda memberi jawapan. Hatinya dipaut resah. Bimbang jika sang ratu murka dengannya.

“Jika masih belum ketemui, jualkan sahaja pada beta!” titah sang ratu.

“Ampunkan patik tuanku, mawar itu merupakan harta peninggalan keluarga patik dan ianya telah disumpah. Hanya wanita yang sanggup berkahwin patik sahaja yang boleh menerima mawar ini. Jika tidak, pemilik mawar ini akan mati dan mayatnya akan hilang dibawa angin,” terang si pemuda dengan wajah yang serius. Sang ratu yang mendengar hanya mendiamkan diri. Tarikan dari mawar kristal itu membuatkan perasaan untuk memiliki membuak-buak. Dipandangnya wajah si pemuda dengan wajah tanpa perasaan.

“Benarkah katamu wahai pemuda?” Si pemuda mengangguk tanpa melarikan matanya dari menatap wajah jelita sang ratu. Dalam diam dia tertarik dengan sang ratu. Dia merasakan yang sang ratu tidak seteruk yang dikhabarkan.

“Tiada cara lain untuk memiliki mawar ini selain menjadi isteri tuan hamba?” tanya sang ratu lagi.

“Ye tuanku.” Si pemuda menjawab tanpa rasa gentar. Sumpahan mawar kristal itu bukan boleh dibuat main. Pernah sekali mawar itu dicuri namun keesokan harinya mawar itu kembali ke tempat asalnya dan si pencuri hilang entah ke mana dan sejak itu si pemuda percaya dengan sumpahan mawar tersebut.

“Kahwin dengan beta.” Terkejut si pemuda dengan titah yang dikeluarkan oleh sang ratu. Sang ratu yang menolak cinta ratusan putera raja kini sanggup berkahwin dengannya hanya kerana sekuntum mawar kristal. Amatlah tidak logik.

“Ampunkan patik tuanku. Benarkah tuanku ingin bersuamikan patik yang tak punya apa-apa?” Sang ratu mengangguk dengan wajah tanpa perasaan.

“Tuan hamba berani menyatakan tidak kepada beta dan langsung tidak marah apabila pasu ukiran tuan hamba beta pecahkan. Tuan hamba juga seorang yang tegar mempertahankan keputusan. Dengan itu beta inginkan tuan hamba untuk menjadi pemilik hati beta.” Buat pertama kali dalam hidupnya, sang ratu tersenyum. Si pemuda terpegun dengan senyuman manis sang ratu. Terasa masa bagaikan terhenti dan degupan jantungnya semakin laju.

Setelah itu, sang ratu dan si pemuda berkahwin dan tinggal di istana ais. Wilayah jajahan sang ratu masih lagi sejuk namun tidak lagi diselaputi ais. Bunga-bungaan kembang mekar dan wilayahnya menjadi wilayah paling indah didunia. Sang ratu dan si pemuda hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.




“Firdaus, abang nak minta tolong sikit.” Wajah serius Rayyan dipandang Firdaus tanpa berkelip-kelip. Firdaus menghirup teh O sambil menunggu abangnya menyambung ayat. Ketika itu, hanya mereka berdua sahaja diluar laman. Sengaja mengambil angin selepas makan sambil berbual-bual.

“Abang dengan Kak Sufi nak bawa ibu dengan ayah pergi umrah.” Rayyan bangun dari duduknya lalu melepas pandang ke arah kolam ikan koi milik ayahnya. Lagaknya bagaikan sedang memikir sesuatu yang amat berat.

“Wah, baguslah. Jadi kenapa?” tanya Firdaus. Hairan apa yang dirisaukan sangat oleh abangnya.
               
“Masalahnya sekarang, anak-anak kami tu kalau boleh nak minta kau dengan Hanan tolong jagakan. Boleh?” Firdaus terdiam seketika. Dia dan Adriana Hanan masing-masing tiada pengalaman dalam menjaga kanak-kanak. Tapi tak salah jika mereka mencuba manalah tahu jika ada rezeki Adriana mengandung dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya mereka sudah ada pengalaman dalam menguruskan kanak-kanak.

“Saya tanya isteri saya dululah ye? Tapi insyaAllah tak ada masalah rasanya.” Wajah Rayyan mula kendur mendengarkan kata-kata adiknya. Bukan tak boleh jika dia mahu membawa anak-anaknya tapi kalau boleh dia mahukan ibu dan ayahnya khusyuk ketika mengerjakan umrah. Keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan isterinya semalam.

“Terima kasih Firdaus. Abang memang berharap sangat dekat kau dan Hanan,” ujar Rayyan dengan senyuman. Sejak kecil lagi hubungan dia dan adiknya memang baik. Ketika zaman persekolahannya dulu, dia tidak selalu berada dirumah kerana bersekolah di sekolah berasrama penuh. Adiknya sanggup menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana tak sanggup meninggalkan ibu dan ayahnya namun ianya tidak menghalang Firdaus dari berjaya dalam pelajaran.





“Sayang, abang nak cakap sikit.” Adriana yang baharu sahaja selesai melipat pakaian segera mendekati suaminya yang sedang duduk di kerusi Cleopatra.

“Abang Rayyan nak minta tolong kita jagakan anak-anak dia. Ana setuju tak?” tanya Firdaus lalu menarik Adriana duduk diatas ribanya.

“InsyaAllah tak ada masalah. Bila mereka nak kita jagakan?” Adriana melentokkan kepalanya pada dada bidang Firdaus. Seronok pula bermanja-manja dengan suaminya.

“Bulan depan. Abang Rayyan dan Kak Sufi nak bawa ibu dengan ayah pergi umrah. Jadi mereka minta kita jagakan Daris, Fateh dan Fatehah untuk dua minggu. Ana okey tak?” Firdaus mengelus lembut rambut Adriana yang panjang mengurai. Adriana membeku mendengarkan yang dia perlu menjaga anak-anak abang iparnya selama dua minggu. Bukan dia tak suka tapi dia kurang yakin sama ada dia dapat menjaga tiga orang kanak-kanak atau tidak.

“Ana? Sayang okey tak ni? Kalau tak boleh, nanti abang beritahu semula pada Abang Rayyan. Mungkin boleh minta saudara kami yang lain jagakan.” Risau Firdaus melihatkan reaksi Adriana yang diam tak terkutik. Bohong jika dia tidak terasa dengan Adriana jika isterinya menolak permintaan abangnya.

“Abang, Ana takut. Ana tak pernah jaga budak-budak.” Adriana merangkul leher Firdaus lalu memandang tepat ke wajah suaminya. Dia mahu suaminya faham akan kegusarannya. Dia suka pada Daris, Fateh dan Fatehah tapi dia takut jika apa-apa terjadi pada mereka ketika didalam jagaannya.

“Ana jangan takut okey? Abang ada. Kita jaga sama-sama okey? Anggaplah ni sebagai training sebelum kita jaga anak sendiri okey?” ujar Firdaus menyakinkan isterinya. Adriana mengangguk lalu menghadiahkan kucupan dipipi Firdaus.

“Hmm, kalau hari kerja mungkin kita boleh tumpangkan kat rumah mama. Mama mesti suka sebab ada teman,” cadang Adriana. Firdaus mencubit perlahan pipi comel isterinya. Hilang segala perasaan risaunya tadi. Isteri yang menenangkan jiwa dan sentiasa membuatkan dia tersenyum sendiri.

“Ada lagi satu benda abang nak beritahu.” Adriana menjungkit sebelah kening tanda ‘Bring it on, bro!’.

“Muiz ajak kita jadi rakan kongsi untuk projek baru dia kat Korea Selatan. Dia nak buat ladang ternakan di perkampungan Muslim kat sana dan hasil ternakan tu akan menjadi sumber makanan untuk pelanggan hotel dia yang bakal dibuka kat sana. What say you honey?” tanya Firdaus. Adriana berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju. Rancangan perniagaan yang diusulkan oleh Muiz sukar untuk ditolaknya. Siapa tak kenal dengan anak Datuk Muqri yang sentiasa ada idea yang bergeliga?

“Baiklah, nanti beritahu berapa yang perlu kita laburkan dan Ana nak ada black and white okey?” Adriana merapatkan semula tubuhnya pada suaminya. Didalam otaknya, dia sibuk memikirkan aktiviti yang ingin dilakukannya bersama Daris, Fateh dan Fatehah. Bak kata Firdaus, dia akan menganggap ini sebagai latihan untuk mereka sebelum menimang cahayamata sendiri.

“Hmm sayang rasa mama okey tak tolong jagakan anak-anak Abang Rayyan bila kita pergi kerja?” soalan Firdaus membuatkan Adriana tergelak kecil. Risau tak bertempat pula suaminya malam ini.

“InsyaAllah tak ada masalah lagipun, mama memang suka jaga budak-budak. Dulu mama ada join program anak-anak yatim dan mahu tiga empat hari jugalah mama tinggal kat sana sampai kena panggil balik dengan papa sebab mama seronok jaga budak-budak kat sana.” Adriana teringat akan muka monyok mamanya ketika dipaksa balik oleh papanya.

“Hmm sayang rasa bila kita nak ada anak ni?” Pertanyaan Firdaus membuatkan Adriana terdiam seketika sebelum tersenyum semula.

“InsyaAllah ada rezeki nanti, adalah.” Soalan biasa yang akan ditujukan kepada pasangan yang sudah berkahwin membuatkan Adriana belajar cara menjawab tanpa menguris hati mana-mana pihak dan hatinya sendiri. Siapa yang tidak mahukan cahayamata sendiri?

“Tapi kena usaha juga kan?” Senyuman nakal diberikan oleh Firdaus membuatkan Adriana ketawa kecil. Ada-ada sahaja gelagat suaminya. Seperti biasa, tubuhnya dicempung dan dibawa ke katil. Laju-laju Firdaus menutup lampu dan mengunci pintu bilik. Malam itu mereka sama-sama berdoa supaya ada benih yang bercambah dari hasil usaha mereka.

Saturday, November 9, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 21

taken from here  

Pulang sahaja dari menghantar sahabat-sahabatnya, Adriana ke pasaraya untuk membeli barang-barang masakan.

“Semua sekali RM70, terima kasih.” Adriana hanya mengangguk lalu mengangkat barang-barang yang dibeli setelah membayar. Dalam otaknya, dia sudah merangka masakan yang ingin dimasaknya nanti. Dia bukannya pandai memasak kerana sejak kecil lagi segalanya diuruskan oleh pembantu rumah kalau tidak pun mamanya yang kadang-kadang ter’rajin’ sahaja yang memasak. Biasanya dia hanya duduk dan tunggu waktu makan sahaja jika berada dirumah. Adriana tersenyum sendiri mengingatkan dirinya yang tidak reti berdikari dahulu. Ketika belajar di universiti pun, dia hanya memasak apabila terdesak dan jika malas keluar makan. Itupun merujuk resepi dengan pakcik Google.

Tiba sahaja dirumah, Adriana segera membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Zohor. Usai solat, Adriana segera ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan masakan. Udang, ikan siakap dan lala dimasukkan ke dalam sinki untuk dibersihkan. Sayur brokoli, cendawan tiram, bawang besar, bawang merah, cili padi dan halia dibersihkan dan dipotong serta diasingkan. Memasak sambil merujuk tablet memang agak kelakar namun itu yang dilakukan oleh Adriana. Setelah berbual dengan Puan Hafizah semalam, baharu dia tahu yang Firdaus gemarkan makanan laut. Lantas segala resepi menarik digooglenya malam tadi. Oh lupa pula, Adriana sengaja mengambil cuti kerana cuti tahunannya masih berbaki dan dia ingin merasai kehidupan sebagai surirumah walaupun hanya untuk beberapa hari. Pagi tadi, selepas dia mengemas, baharulah dia keluar meluncur ais bersama sahabat-sahabatnya. Julian dan Lillan menjalankan perniagaan online manakala Ian merupakan jurulatih Kendo. Ketiga-tiga mereka mempunyai waktu kerja yang fleksibel dan senang diajak ke mana-mana.

Setelah hampir dua jam bertungkus-lumus didapur, akhirnya berjaya juga Adriana menyiapkan hidangan untuk Firdaus. Ikan siakap stim halia, sambal udang dan sayur campur berjaya disiapkan tanpa sebarang kerosakan didapur rekaan Firdaus. Hehe..

Adriana membersihkan peralatan yang digunakan dan disusun semula ke dalam rak. Satu perkara tentang Firdaus yang dipelajari sejak hidup dengan suaminya itu ialah, Firdaus tidak suka jika rumah berselerak dan semua benda haruslah diletakkan semula ke tempat yang sudah disediakan. Plat label turut dilekatkan disetiap laci dan pintu almari supaya senang untuk mencari barang-barang. Adriana sendiri sudah terbiasa dengan fiil suaminya itu.

Siap berkemas, Adriana menyusun lauk diatas meja yang sudah diset dan ditutup dengan penutup makanan. Cara set meja pun dipelajarinya dari pakcik Google. Segera Adriana naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri apabila jam sudah menunjukkan jam lima setengah. Dia pun masih belum menunaikan solat Asar. Sementara menunggu kepulangan Firdaus, Adriana berhias. Dia mengenakan sundress berwarna merah jambu. Wajahnya disapu nipis krim BB dan bibirnya dioles sedikit dengan gincu berwarna merah jambu serta pelembab bibir. Sesudah bersiap, Adriana turun semula ke tingkat bawah rumah mereka untuk menyediakan minuman.

Bunyi deruman kereta Firdaus memasuki laman mengejutkan Adriana yang sedang leka mengacau minuman. Minuman dibawa ke ruang makan dan Adriana menyambut Firdaus dimuka pintu.

“Assalamualaikum, sayang nak pergi mana ni?” tanya Firdaus sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Adriana menjawab salam lalu menarik tangan Firdaus masuk ke dalam rumah. Tak sabar ingin menunjukkan masakan yang disediakan untuk suaminya. Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila melihat wajah Firdaus yang gembira melihat masakannya.

“Ana masak semua ni?” Adriana mengangguk.

“Betul? Bukan beli?” soal Firdaus lagi. Selama ini mereka biasanya makan diluar dek sama-sama penat bekerja kalau tidak pun hanya makan nasi dengan lauk ringkas.

“Ye, Ana belajar dengan pakcik Google.” Adriana menarik kerusi menjemput Firdaus duduk. Hari ini dia mahu melayan Firdaus sebaik mungkin. Bukan selalu mereka ada peluang sebegini. Adriana menghulurkan bekas mencuci tangan kepada Firdaus sebelum mengambil tempat duduk disebelah kiri suaminya. Selesai membaca doa, Firdaus mencuba makanan yang dimasak Adriana. Adriana yang disebelahnya sabar menunggu reaksi si suami.

Sure bukan lauk beli?” soalan Firdaus membuatkan Adriana menjungkit sebelah kening. Apahal pula? Teruk sangat ke rasa dia?

“Sebab sedap sangat! Pandai sayang abang ni masak. Terima kasih ye sayang?” Adriana menarik nafas lega apabila suaminya menyukai masakannya kalau tidak siapa nak habiskan semua lauk? Paling-paling pun masuk tong sampah sahajalah.

So you like it?” tanya Adriana dengan senyuman yang paling manis buat Firdaus.

No. I love it!” Firdaus meneruskan suapan sehingga licin pinggannya. Tiga kali Firdaus menambah nasi menunjukkan betapa dia menyukai lauk yang dimasak Adriana.

“Sayang, ada apa-apa ke hari ni? Lawa semacam lepas tu masak best-best..”

“Tak ada apa.” Adriana yang sudah selesai makan bangun dari duduk lalu membawa pinggan mangkuk ke sinki sambil dibantu oleh Firdaus. Firdaus yang tidak berpuas hati dengan jawapan Adriana mendesak isterinya untuk membuka mulut.

“Tak ada apa. Ana nak layan abang sebaik mungkin hari ni. Boleh tak?” Mendengarkan jawapan si isteri, si suami apa lagi, bukan main suka la. Lantas si isteri disuruh berehat sementara si suami membersihkan pinggan mangkuk. Adriana pada mulanya menghalang terpaksa beralah apabila Firdaus sudah mengeluarkan arahan menyuruhnya menunggu di ruang tamu. Nak tak nak, Adriana terpaksa meninggalkan suaminya didapur seorang diri. Nak membantu kena tegah pula..

Bosan menunggu suami yang bertungkus-lumus membersihkan pinggan mangkuk didapur, Adriana membuka televisyen. Siri kartun Chibimaruko mengamit perhatian Adriana. Kartun yang diminatinya sejak kecil dan watak yang paling disukainya ialah watak Maruko, Ono dan Sugiyama. Leka dia melayan kartun sehinggakan tak sedar yang Firdaus sudah duduk disebelahnya.

“Amboi layan kartun sampai tak perasan abang kat sebelah!” tegur Firdaus lalu mencuit hidung Adriana. Adriana hanya tersengih tapi matanya masih melekap dikaca televisyen.

“Kata tadi nak layan abang?” tanya Firdaus dengan nada tak puas hati. Penat dia mencuci pinggan secepat mungkin semata-mata ingin melihat sejauh mana istimewanya layanan isterinya hari ini. Adriana yang tersedar segera menutup televisyen.

“Abang nak mandi? Biar Ana sediakan tuala dan baju okey? Malam ni abang solat kat masjid kan?” tanya Adriana dengan manja. Firdaus mengangguk lalu merangkul tubuh isterinya.

“Rasa malas nak pergi masjid la bila tengok Ana lawa macam ni,” Firdaus berpura-pura tertidur. Nak juga tengok cara Adriana menegurnya.

“Eh abang kan dah janji dengan Pakcik Mahadi nak pergi masjid sama-sama dengan dia? Tak baik mungkir janji. Lagipun dapat pahala solat berjemaah di masjid nak-nak lagi abang jalan kaki kan? Setiap langkah tu insyaAllah ada pahala.” Firdaus tersenyum sendiri mendengarkan bebelan isterinya.

“Okey abang pergi. Jom temankan abang mandi?” Belum sempat Adriana menjawab, Firdaus sudah mencempung tubuhnya. Menggeleng kepala Adriana dengan gelagat suaminya. Nampaknya dia kena mandi lagi sekalilah.




“Ana sayang abang?” pertanyaan Firdaus setelah pulang dari menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid membuatkan Ana berasa tidak sedap hati. Apasal pula suami aku ni?

“Abang, kenapa ni?” tanya Adriana risau. Wajah resah Firdaus diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“Jawablah dulu,” balas Firdaus lantas tangannya menangkap kedua-dua belah tangan Adriana.

“Mestilah sayang. Kenapa?” perangai Firdaus malam ini memang agak aneh-aneh membuatkan Adriana bertambah risau.

“Ana, sekarang Ana dah menjadi tanggungjawab abang dan kalau benar Ana sayang dan cintakan abang, Ana mesti tak nak abang terseksa kan?” Adriana segera mengangguk. Sedikit pun dia tidak mahu Firdaus terluka kerananya.

“Ana, sepatutnya sejak dari baligh lagi, Ana dah diwajibkan untuk menutup aurat. Kalau boleh abang nak sayang abang ni just tunjuk kecantikan sayang kat abang seorang je. Did you get what I mean?” Firdaus mengucup kedua-dua belah tangan isterinya. Dia mahu Adriana faham yang dia menasihati kerana dia betul-betul sayangkan isterinya. Bimbang juga jika isterinya memberikan reaksi negatif.

“Okay. Lepas ni Ana tutup aurat. Terima kasih sebab nasihatkan Ana,” ujar Adriana lalu memberikan senyuman terindah untuk Firdaus. Selama ini, ibubapanya sendiri pun tidak pernah menegur dan dia sendiri pun sudah bersedia untuk menutup aurat. Lantas apabila dinasihati oleh Firdaus, hatinya berasa cukup lega dan dia menerima nasihat suaminya dengan hati terbuka. Dalam diam dia suka cara Firdaus berdiplomasi dengannya tadi.

“Betul? Abang harap Ana menutup aurat dengan ikhlas dan mengikut syarak. Abang tak suka kalau takat kepala je bertudung tapi bahagian lain macam togel. Nanti abang printkan cara-cara menutup aurat yang betul ye untuk Ana?” Adriana menganggukkan kepala. Dia sendiri pun kurang gemar melihat sesetengah wanita yang bertudung macam-macam fesyen tapi tudung yang dipakai tidak melabuhi dada dan ada juga yang bertudung tetapi memakai baju berlengan pendek!

“Alhamdulillah. Thanks sayang. Oh ye tunggu sekejap ye?” Firdaus bingkas bangun bangun dari birai katil dan berjalan terus menuju ke bilik pakaian mereka. Tidak sampai dua minit, dia kembali dengan membawa keluar sebuah beg kertas.

“Hadiah untuk isteri abang yang paling cantik,” beg kertas bertukar tangan. Adriana menarik keluar isi dari dalam beg kertas itu dengan berhati-hati. Beberapa tudung bidang 60 pelbagai warna betul-betul menarik perhatian Adriana.

“Terima kasih,” ucap Adriana lalu membelek tudung yang dihadiahkan oleh Firdaus kepadanya. Cantik dan sememangnya besar dan menutup aurat.

“Nanti abang cari tudung jenis lain pula untuk sayang okey? Sayang suka kan?” Adriana membalas dengan anggukan laju. Siapa tak suka dapat hadiah weh?

“Err agak-agak bila kita nak tidur ni?” soal Firdaus dengan senyuman nakal. Adriana hanya membuat muka kering mendengarkan soalan cepumas dari Firdaus.

“Malam ni kita layan movie nak?” Sengaja Adriana mengusik Firdaus.Tak cukup dengan itu, Adriana bangun dari katil dan menuju ke bilik pakaian mereka. Tudung yang dihadiahi Firdaus dimasukkan semula ke dalam beg kertas dan diletakkan ke dalam almari pakaiannya. Firdaus hanya memerhati gerak-geri isterinya dengan mulut yang sudah memuncung.

“Jom layan movie lama nak? Cerita Thor ke? Hensem tu Chris Hemsworth!” usik Adriana lagi ketika duduk dihadapan meja solek sambil menyikat rambutnya. Tak sempat dia menyimpan sikat ke dalam laci Firdaus sudah menutup lampu dan menariknya ke kamar mereka. Aih kata nak semua benda tersusun?