Kapitalis

Saturday, November 9, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 21

taken from here  

Pulang sahaja dari menghantar sahabat-sahabatnya, Adriana ke pasaraya untuk membeli barang-barang masakan.

“Semua sekali RM70, terima kasih.” Adriana hanya mengangguk lalu mengangkat barang-barang yang dibeli setelah membayar. Dalam otaknya, dia sudah merangka masakan yang ingin dimasaknya nanti. Dia bukannya pandai memasak kerana sejak kecil lagi segalanya diuruskan oleh pembantu rumah kalau tidak pun mamanya yang kadang-kadang ter’rajin’ sahaja yang memasak. Biasanya dia hanya duduk dan tunggu waktu makan sahaja jika berada dirumah. Adriana tersenyum sendiri mengingatkan dirinya yang tidak reti berdikari dahulu. Ketika belajar di universiti pun, dia hanya memasak apabila terdesak dan jika malas keluar makan. Itupun merujuk resepi dengan pakcik Google.

Tiba sahaja dirumah, Adriana segera membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Zohor. Usai solat, Adriana segera ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan masakan. Udang, ikan siakap dan lala dimasukkan ke dalam sinki untuk dibersihkan. Sayur brokoli, cendawan tiram, bawang besar, bawang merah, cili padi dan halia dibersihkan dan dipotong serta diasingkan. Memasak sambil merujuk tablet memang agak kelakar namun itu yang dilakukan oleh Adriana. Setelah berbual dengan Puan Hafizah semalam, baharu dia tahu yang Firdaus gemarkan makanan laut. Lantas segala resepi menarik digooglenya malam tadi. Oh lupa pula, Adriana sengaja mengambil cuti kerana cuti tahunannya masih berbaki dan dia ingin merasai kehidupan sebagai surirumah walaupun hanya untuk beberapa hari. Pagi tadi, selepas dia mengemas, baharulah dia keluar meluncur ais bersama sahabat-sahabatnya. Julian dan Lillan menjalankan perniagaan online manakala Ian merupakan jurulatih Kendo. Ketiga-tiga mereka mempunyai waktu kerja yang fleksibel dan senang diajak ke mana-mana.

Setelah hampir dua jam bertungkus-lumus didapur, akhirnya berjaya juga Adriana menyiapkan hidangan untuk Firdaus. Ikan siakap stim halia, sambal udang dan sayur campur berjaya disiapkan tanpa sebarang kerosakan didapur rekaan Firdaus. Hehe..

Adriana membersihkan peralatan yang digunakan dan disusun semula ke dalam rak. Satu perkara tentang Firdaus yang dipelajari sejak hidup dengan suaminya itu ialah, Firdaus tidak suka jika rumah berselerak dan semua benda haruslah diletakkan semula ke tempat yang sudah disediakan. Plat label turut dilekatkan disetiap laci dan pintu almari supaya senang untuk mencari barang-barang. Adriana sendiri sudah terbiasa dengan fiil suaminya itu.

Siap berkemas, Adriana menyusun lauk diatas meja yang sudah diset dan ditutup dengan penutup makanan. Cara set meja pun dipelajarinya dari pakcik Google. Segera Adriana naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri apabila jam sudah menunjukkan jam lima setengah. Dia pun masih belum menunaikan solat Asar. Sementara menunggu kepulangan Firdaus, Adriana berhias. Dia mengenakan sundress berwarna merah jambu. Wajahnya disapu nipis krim BB dan bibirnya dioles sedikit dengan gincu berwarna merah jambu serta pelembab bibir. Sesudah bersiap, Adriana turun semula ke tingkat bawah rumah mereka untuk menyediakan minuman.

Bunyi deruman kereta Firdaus memasuki laman mengejutkan Adriana yang sedang leka mengacau minuman. Minuman dibawa ke ruang makan dan Adriana menyambut Firdaus dimuka pintu.

“Assalamualaikum, sayang nak pergi mana ni?” tanya Firdaus sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Adriana menjawab salam lalu menarik tangan Firdaus masuk ke dalam rumah. Tak sabar ingin menunjukkan masakan yang disediakan untuk suaminya. Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila melihat wajah Firdaus yang gembira melihat masakannya.

“Ana masak semua ni?” Adriana mengangguk.

“Betul? Bukan beli?” soal Firdaus lagi. Selama ini mereka biasanya makan diluar dek sama-sama penat bekerja kalau tidak pun hanya makan nasi dengan lauk ringkas.

“Ye, Ana belajar dengan pakcik Google.” Adriana menarik kerusi menjemput Firdaus duduk. Hari ini dia mahu melayan Firdaus sebaik mungkin. Bukan selalu mereka ada peluang sebegini. Adriana menghulurkan bekas mencuci tangan kepada Firdaus sebelum mengambil tempat duduk disebelah kiri suaminya. Selesai membaca doa, Firdaus mencuba makanan yang dimasak Adriana. Adriana yang disebelahnya sabar menunggu reaksi si suami.

Sure bukan lauk beli?” soalan Firdaus membuatkan Adriana menjungkit sebelah kening. Apahal pula? Teruk sangat ke rasa dia?

“Sebab sedap sangat! Pandai sayang abang ni masak. Terima kasih ye sayang?” Adriana menarik nafas lega apabila suaminya menyukai masakannya kalau tidak siapa nak habiskan semua lauk? Paling-paling pun masuk tong sampah sahajalah.

So you like it?” tanya Adriana dengan senyuman yang paling manis buat Firdaus.

No. I love it!” Firdaus meneruskan suapan sehingga licin pinggannya. Tiga kali Firdaus menambah nasi menunjukkan betapa dia menyukai lauk yang dimasak Adriana.

“Sayang, ada apa-apa ke hari ni? Lawa semacam lepas tu masak best-best..”

“Tak ada apa.” Adriana yang sudah selesai makan bangun dari duduk lalu membawa pinggan mangkuk ke sinki sambil dibantu oleh Firdaus. Firdaus yang tidak berpuas hati dengan jawapan Adriana mendesak isterinya untuk membuka mulut.

“Tak ada apa. Ana nak layan abang sebaik mungkin hari ni. Boleh tak?” Mendengarkan jawapan si isteri, si suami apa lagi, bukan main suka la. Lantas si isteri disuruh berehat sementara si suami membersihkan pinggan mangkuk. Adriana pada mulanya menghalang terpaksa beralah apabila Firdaus sudah mengeluarkan arahan menyuruhnya menunggu di ruang tamu. Nak tak nak, Adriana terpaksa meninggalkan suaminya didapur seorang diri. Nak membantu kena tegah pula..

Bosan menunggu suami yang bertungkus-lumus membersihkan pinggan mangkuk didapur, Adriana membuka televisyen. Siri kartun Chibimaruko mengamit perhatian Adriana. Kartun yang diminatinya sejak kecil dan watak yang paling disukainya ialah watak Maruko, Ono dan Sugiyama. Leka dia melayan kartun sehinggakan tak sedar yang Firdaus sudah duduk disebelahnya.

“Amboi layan kartun sampai tak perasan abang kat sebelah!” tegur Firdaus lalu mencuit hidung Adriana. Adriana hanya tersengih tapi matanya masih melekap dikaca televisyen.

“Kata tadi nak layan abang?” tanya Firdaus dengan nada tak puas hati. Penat dia mencuci pinggan secepat mungkin semata-mata ingin melihat sejauh mana istimewanya layanan isterinya hari ini. Adriana yang tersedar segera menutup televisyen.

“Abang nak mandi? Biar Ana sediakan tuala dan baju okey? Malam ni abang solat kat masjid kan?” tanya Adriana dengan manja. Firdaus mengangguk lalu merangkul tubuh isterinya.

“Rasa malas nak pergi masjid la bila tengok Ana lawa macam ni,” Firdaus berpura-pura tertidur. Nak juga tengok cara Adriana menegurnya.

“Eh abang kan dah janji dengan Pakcik Mahadi nak pergi masjid sama-sama dengan dia? Tak baik mungkir janji. Lagipun dapat pahala solat berjemaah di masjid nak-nak lagi abang jalan kaki kan? Setiap langkah tu insyaAllah ada pahala.” Firdaus tersenyum sendiri mendengarkan bebelan isterinya.

“Okey abang pergi. Jom temankan abang mandi?” Belum sempat Adriana menjawab, Firdaus sudah mencempung tubuhnya. Menggeleng kepala Adriana dengan gelagat suaminya. Nampaknya dia kena mandi lagi sekalilah.




“Ana sayang abang?” pertanyaan Firdaus setelah pulang dari menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid membuatkan Ana berasa tidak sedap hati. Apasal pula suami aku ni?

“Abang, kenapa ni?” tanya Adriana risau. Wajah resah Firdaus diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“Jawablah dulu,” balas Firdaus lantas tangannya menangkap kedua-dua belah tangan Adriana.

“Mestilah sayang. Kenapa?” perangai Firdaus malam ini memang agak aneh-aneh membuatkan Adriana bertambah risau.

“Ana, sekarang Ana dah menjadi tanggungjawab abang dan kalau benar Ana sayang dan cintakan abang, Ana mesti tak nak abang terseksa kan?” Adriana segera mengangguk. Sedikit pun dia tidak mahu Firdaus terluka kerananya.

“Ana, sepatutnya sejak dari baligh lagi, Ana dah diwajibkan untuk menutup aurat. Kalau boleh abang nak sayang abang ni just tunjuk kecantikan sayang kat abang seorang je. Did you get what I mean?” Firdaus mengucup kedua-dua belah tangan isterinya. Dia mahu Adriana faham yang dia menasihati kerana dia betul-betul sayangkan isterinya. Bimbang juga jika isterinya memberikan reaksi negatif.

“Okay. Lepas ni Ana tutup aurat. Terima kasih sebab nasihatkan Ana,” ujar Adriana lalu memberikan senyuman terindah untuk Firdaus. Selama ini, ibubapanya sendiri pun tidak pernah menegur dan dia sendiri pun sudah bersedia untuk menutup aurat. Lantas apabila dinasihati oleh Firdaus, hatinya berasa cukup lega dan dia menerima nasihat suaminya dengan hati terbuka. Dalam diam dia suka cara Firdaus berdiplomasi dengannya tadi.

“Betul? Abang harap Ana menutup aurat dengan ikhlas dan mengikut syarak. Abang tak suka kalau takat kepala je bertudung tapi bahagian lain macam togel. Nanti abang printkan cara-cara menutup aurat yang betul ye untuk Ana?” Adriana menganggukkan kepala. Dia sendiri pun kurang gemar melihat sesetengah wanita yang bertudung macam-macam fesyen tapi tudung yang dipakai tidak melabuhi dada dan ada juga yang bertudung tetapi memakai baju berlengan pendek!

“Alhamdulillah. Thanks sayang. Oh ye tunggu sekejap ye?” Firdaus bingkas bangun bangun dari birai katil dan berjalan terus menuju ke bilik pakaian mereka. Tidak sampai dua minit, dia kembali dengan membawa keluar sebuah beg kertas.

“Hadiah untuk isteri abang yang paling cantik,” beg kertas bertukar tangan. Adriana menarik keluar isi dari dalam beg kertas itu dengan berhati-hati. Beberapa tudung bidang 60 pelbagai warna betul-betul menarik perhatian Adriana.

“Terima kasih,” ucap Adriana lalu membelek tudung yang dihadiahkan oleh Firdaus kepadanya. Cantik dan sememangnya besar dan menutup aurat.

“Nanti abang cari tudung jenis lain pula untuk sayang okey? Sayang suka kan?” Adriana membalas dengan anggukan laju. Siapa tak suka dapat hadiah weh?

“Err agak-agak bila kita nak tidur ni?” soal Firdaus dengan senyuman nakal. Adriana hanya membuat muka kering mendengarkan soalan cepumas dari Firdaus.

“Malam ni kita layan movie nak?” Sengaja Adriana mengusik Firdaus.Tak cukup dengan itu, Adriana bangun dari katil dan menuju ke bilik pakaian mereka. Tudung yang dihadiahi Firdaus dimasukkan semula ke dalam beg kertas dan diletakkan ke dalam almari pakaiannya. Firdaus hanya memerhati gerak-geri isterinya dengan mulut yang sudah memuncung.

“Jom layan movie lama nak? Cerita Thor ke? Hensem tu Chris Hemsworth!” usik Adriana lagi ketika duduk dihadapan meja solek sambil menyikat rambutnya. Tak sempat dia menyimpan sikat ke dalam laci Firdaus sudah menutup lampu dan menariknya ke kamar mereka. Aih kata nak semua benda tersusun?

No comments: