Kapitalis

Monday, November 18, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 22

taken from here  

Kenderaan yang dipacu oleh empat ekor serigala membawa seorang ratu yang amat digeruni oleh penduduk setempat. Ratu ais, hatinya sedingin salju dan wilayah jajahannya diliputi ais sepanjang tahun. Walaupun begitu, ramai putera raja dari wilayah lain berebut-rebut ingin menawan hati sang ratu namun tidak berjaya dan mereka disumpah menjadi beku kerana menyakiti hati sang ratu. Hakikatnya ratu itu juga kesunyian, dia mencari seorang lelaki bukan putera raja yang sombong dengan harta dunia yang dimiliki dan bukan yang gila akan kecantikannya. Dia sedar akan tiba saat dimana harta dan kecantikan tidak lagi bermakna. Ketika itu dia mahukan seseorang yang setia disampingnya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.

Kenderaan yang ditunggangnya berhenti disebuah perkampungan yang sangat indah. Perkampungan itu masih lagi didalam jajahannya namun apa yang membuatkan dia pelik adalah perkampungan itu tidak diselaputi ais bahkan penuh dengan bunga-bungaan ditaman.  Sang Ratu turun dari kenderaan yang ditunggangnya. Setiap kali kakinya menjejak tanah, ais akan terbentuk lalu membentuk satu laluan khas untuk sang ratu. Kaki sang ratu terhenti dihadapan pintu sebuah kabin kayu yang sangat cantik. Cantik walaupun saiznya tidak semegah istana aisnya. Ditolaknya pintu kabin dengan perlahan. Hatinya dipenuhi dengan rasa ingin tahu. Siapa pemilik kabin comel ini?

Didalam kabin itu, kelihatan seorang pemuda yang sibuk membuat ukiran kayu. Tumpuannya langsung tidak terjejas walaupun dengan kehadiran sang ratu yang cantik jelita. Sang ratu meninjau-ninjau keadaan didalam kabin tanpa mempedulikan si pemuda yang khusyuk mengukir kayu.

‘Prang!’ sebuah pasu kristal berukiran bunga-bungaan jatuh ke lantai. Sang ratu yang tidak sengaja melanggar pasu itu memandang wajah jejaka itu dengan wajah tanpa perasaan.

“Oh Yang Mulia Ratu, untuk apa tuanku ke mari?” tanya pemuda dengan senyuman. Tidak langsung memarahi sang ratu yang telah memecahkan pasu ukirannya.

“Beta hanya berjalan-jalan. Ini hasil kerja tuan hamba?” tanya sang ratu. Matanya meliar melihat hasil-hasil tangan sang pemuda yang terdapat didalam kabin itu.

“Ye ini semua hasil titik peluh patik. Ada yang tuanku berkenankah?”   Wajah sang ratu ditatap dengan senyuman. Ratu ais yang jelita tapi sayang kerana hatinya tiada cinta, getus hati si pemuda. Banyak khabar angin tentang sang ratu yang tersebar di serata negeri namun tidak mudah untuk si pemuda mempercayainya kecuali tentang tiada cinta kerana dia tahu banyak putera-putera raja yang pulang dalam keadaan beku setelah bertemu dengan sang ratu. Beku diselaputi ais dan hanya akan mencair apabila tiba diluar jajahan sang ratu. Namun begitu, tiada negara yang sanggup menyerang wilayah sang ratu kerana takut akan sumpahan dan kuasa tentera besi sang ratu.

“Beta suka dengan mawar kristal itu. Berapakah harganya?” Tangan sang ratu mencapai sekuntum bunga mawar merah yang diperbuat daripada kristal. Dibelek-beleknya mawar itu dengan penuh minat.

“Ampun tuanku, tak dapat patik laksanakan hajat tuanku kerana mawar itu khas untuk bakal isteri patik.” Jawapan dari si pemuda membuatkan sang ratu hampa. Perasaan hampa mula bertukar menjadi marah.

“Siapa wanita yang layak menerima mawar ini selain beta? Siapa?!” marah sang ratu. Kecewa kerana barang yang disukainya tidak dapat dimiliki.

“Belum lagi patik ketemui tuanku. Ampunkan patik.” Jujur si pemuda memberi jawapan. Hatinya dipaut resah. Bimbang jika sang ratu murka dengannya.

“Jika masih belum ketemui, jualkan sahaja pada beta!” titah sang ratu.

“Ampunkan patik tuanku, mawar itu merupakan harta peninggalan keluarga patik dan ianya telah disumpah. Hanya wanita yang sanggup berkahwin patik sahaja yang boleh menerima mawar ini. Jika tidak, pemilik mawar ini akan mati dan mayatnya akan hilang dibawa angin,” terang si pemuda dengan wajah yang serius. Sang ratu yang mendengar hanya mendiamkan diri. Tarikan dari mawar kristal itu membuatkan perasaan untuk memiliki membuak-buak. Dipandangnya wajah si pemuda dengan wajah tanpa perasaan.

“Benarkah katamu wahai pemuda?” Si pemuda mengangguk tanpa melarikan matanya dari menatap wajah jelita sang ratu. Dalam diam dia tertarik dengan sang ratu. Dia merasakan yang sang ratu tidak seteruk yang dikhabarkan.

“Tiada cara lain untuk memiliki mawar ini selain menjadi isteri tuan hamba?” tanya sang ratu lagi.

“Ye tuanku.” Si pemuda menjawab tanpa rasa gentar. Sumpahan mawar kristal itu bukan boleh dibuat main. Pernah sekali mawar itu dicuri namun keesokan harinya mawar itu kembali ke tempat asalnya dan si pencuri hilang entah ke mana dan sejak itu si pemuda percaya dengan sumpahan mawar tersebut.

“Kahwin dengan beta.” Terkejut si pemuda dengan titah yang dikeluarkan oleh sang ratu. Sang ratu yang menolak cinta ratusan putera raja kini sanggup berkahwin dengannya hanya kerana sekuntum mawar kristal. Amatlah tidak logik.

“Ampunkan patik tuanku. Benarkah tuanku ingin bersuamikan patik yang tak punya apa-apa?” Sang ratu mengangguk dengan wajah tanpa perasaan.

“Tuan hamba berani menyatakan tidak kepada beta dan langsung tidak marah apabila pasu ukiran tuan hamba beta pecahkan. Tuan hamba juga seorang yang tegar mempertahankan keputusan. Dengan itu beta inginkan tuan hamba untuk menjadi pemilik hati beta.” Buat pertama kali dalam hidupnya, sang ratu tersenyum. Si pemuda terpegun dengan senyuman manis sang ratu. Terasa masa bagaikan terhenti dan degupan jantungnya semakin laju.

Setelah itu, sang ratu dan si pemuda berkahwin dan tinggal di istana ais. Wilayah jajahan sang ratu masih lagi sejuk namun tidak lagi diselaputi ais. Bunga-bungaan kembang mekar dan wilayahnya menjadi wilayah paling indah didunia. Sang ratu dan si pemuda hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.




“Firdaus, abang nak minta tolong sikit.” Wajah serius Rayyan dipandang Firdaus tanpa berkelip-kelip. Firdaus menghirup teh O sambil menunggu abangnya menyambung ayat. Ketika itu, hanya mereka berdua sahaja diluar laman. Sengaja mengambil angin selepas makan sambil berbual-bual.

“Abang dengan Kak Sufi nak bawa ibu dengan ayah pergi umrah.” Rayyan bangun dari duduknya lalu melepas pandang ke arah kolam ikan koi milik ayahnya. Lagaknya bagaikan sedang memikir sesuatu yang amat berat.

“Wah, baguslah. Jadi kenapa?” tanya Firdaus. Hairan apa yang dirisaukan sangat oleh abangnya.
               
“Masalahnya sekarang, anak-anak kami tu kalau boleh nak minta kau dengan Hanan tolong jagakan. Boleh?” Firdaus terdiam seketika. Dia dan Adriana Hanan masing-masing tiada pengalaman dalam menjaga kanak-kanak. Tapi tak salah jika mereka mencuba manalah tahu jika ada rezeki Adriana mengandung dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya mereka sudah ada pengalaman dalam menguruskan kanak-kanak.

“Saya tanya isteri saya dululah ye? Tapi insyaAllah tak ada masalah rasanya.” Wajah Rayyan mula kendur mendengarkan kata-kata adiknya. Bukan tak boleh jika dia mahu membawa anak-anaknya tapi kalau boleh dia mahukan ibu dan ayahnya khusyuk ketika mengerjakan umrah. Keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan isterinya semalam.

“Terima kasih Firdaus. Abang memang berharap sangat dekat kau dan Hanan,” ujar Rayyan dengan senyuman. Sejak kecil lagi hubungan dia dan adiknya memang baik. Ketika zaman persekolahannya dulu, dia tidak selalu berada dirumah kerana bersekolah di sekolah berasrama penuh. Adiknya sanggup menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana tak sanggup meninggalkan ibu dan ayahnya namun ianya tidak menghalang Firdaus dari berjaya dalam pelajaran.





“Sayang, abang nak cakap sikit.” Adriana yang baharu sahaja selesai melipat pakaian segera mendekati suaminya yang sedang duduk di kerusi Cleopatra.

“Abang Rayyan nak minta tolong kita jagakan anak-anak dia. Ana setuju tak?” tanya Firdaus lalu menarik Adriana duduk diatas ribanya.

“InsyaAllah tak ada masalah. Bila mereka nak kita jagakan?” Adriana melentokkan kepalanya pada dada bidang Firdaus. Seronok pula bermanja-manja dengan suaminya.

“Bulan depan. Abang Rayyan dan Kak Sufi nak bawa ibu dengan ayah pergi umrah. Jadi mereka minta kita jagakan Daris, Fateh dan Fatehah untuk dua minggu. Ana okey tak?” Firdaus mengelus lembut rambut Adriana yang panjang mengurai. Adriana membeku mendengarkan yang dia perlu menjaga anak-anak abang iparnya selama dua minggu. Bukan dia tak suka tapi dia kurang yakin sama ada dia dapat menjaga tiga orang kanak-kanak atau tidak.

“Ana? Sayang okey tak ni? Kalau tak boleh, nanti abang beritahu semula pada Abang Rayyan. Mungkin boleh minta saudara kami yang lain jagakan.” Risau Firdaus melihatkan reaksi Adriana yang diam tak terkutik. Bohong jika dia tidak terasa dengan Adriana jika isterinya menolak permintaan abangnya.

“Abang, Ana takut. Ana tak pernah jaga budak-budak.” Adriana merangkul leher Firdaus lalu memandang tepat ke wajah suaminya. Dia mahu suaminya faham akan kegusarannya. Dia suka pada Daris, Fateh dan Fatehah tapi dia takut jika apa-apa terjadi pada mereka ketika didalam jagaannya.

“Ana jangan takut okey? Abang ada. Kita jaga sama-sama okey? Anggaplah ni sebagai training sebelum kita jaga anak sendiri okey?” ujar Firdaus menyakinkan isterinya. Adriana mengangguk lalu menghadiahkan kucupan dipipi Firdaus.

“Hmm, kalau hari kerja mungkin kita boleh tumpangkan kat rumah mama. Mama mesti suka sebab ada teman,” cadang Adriana. Firdaus mencubit perlahan pipi comel isterinya. Hilang segala perasaan risaunya tadi. Isteri yang menenangkan jiwa dan sentiasa membuatkan dia tersenyum sendiri.

“Ada lagi satu benda abang nak beritahu.” Adriana menjungkit sebelah kening tanda ‘Bring it on, bro!’.

“Muiz ajak kita jadi rakan kongsi untuk projek baru dia kat Korea Selatan. Dia nak buat ladang ternakan di perkampungan Muslim kat sana dan hasil ternakan tu akan menjadi sumber makanan untuk pelanggan hotel dia yang bakal dibuka kat sana. What say you honey?” tanya Firdaus. Adriana berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju. Rancangan perniagaan yang diusulkan oleh Muiz sukar untuk ditolaknya. Siapa tak kenal dengan anak Datuk Muqri yang sentiasa ada idea yang bergeliga?

“Baiklah, nanti beritahu berapa yang perlu kita laburkan dan Ana nak ada black and white okey?” Adriana merapatkan semula tubuhnya pada suaminya. Didalam otaknya, dia sibuk memikirkan aktiviti yang ingin dilakukannya bersama Daris, Fateh dan Fatehah. Bak kata Firdaus, dia akan menganggap ini sebagai latihan untuk mereka sebelum menimang cahayamata sendiri.

“Hmm sayang rasa mama okey tak tolong jagakan anak-anak Abang Rayyan bila kita pergi kerja?” soalan Firdaus membuatkan Adriana tergelak kecil. Risau tak bertempat pula suaminya malam ini.

“InsyaAllah tak ada masalah lagipun, mama memang suka jaga budak-budak. Dulu mama ada join program anak-anak yatim dan mahu tiga empat hari jugalah mama tinggal kat sana sampai kena panggil balik dengan papa sebab mama seronok jaga budak-budak kat sana.” Adriana teringat akan muka monyok mamanya ketika dipaksa balik oleh papanya.

“Hmm sayang rasa bila kita nak ada anak ni?” Pertanyaan Firdaus membuatkan Adriana terdiam seketika sebelum tersenyum semula.

“InsyaAllah ada rezeki nanti, adalah.” Soalan biasa yang akan ditujukan kepada pasangan yang sudah berkahwin membuatkan Adriana belajar cara menjawab tanpa menguris hati mana-mana pihak dan hatinya sendiri. Siapa yang tidak mahukan cahayamata sendiri?

“Tapi kena usaha juga kan?” Senyuman nakal diberikan oleh Firdaus membuatkan Adriana ketawa kecil. Ada-ada sahaja gelagat suaminya. Seperti biasa, tubuhnya dicempung dan dibawa ke katil. Laju-laju Firdaus menutup lampu dan mengunci pintu bilik. Malam itu mereka sama-sama berdoa supaya ada benih yang bercambah dari hasil usaha mereka.

No comments: