taken from here |
Bahagia. Hanya perkataan
itu sahaja yang dapat mengambarkan perasaan Firdaus sepanjang menjadi suami
kepada Adriana Hanan. Bahagia kerana mempunyai isteri yang luaran seperti ratu
ais dan bertukar menjadi isteri yang manja hanya apabila bersama dengannya.
Hampir setiap
minggu ada sahaja aktiviti yang dirangka oleh mereka suami isteri.
Bergilir-gilir memperkenalkan perkara yang mereka suka kepada pasangan supaya
dapat saling memahami dan Firdaus akui semakin hari semakin kuat cintanya untuk
Adriana Hanan.
“Abang, Ana nak minta izin keluar dengan kawan-kawan Ana hari ni?”
panggilan telefon dari Adriana Hanan membuatkan Firdaus berfikir seketika.
Kalau tidak kerana kerjanya yang bertimbun, mahu sahaja dia menemani isterinya.
“Sayang keluar dengan budak bertiga tu ke?” soal Firdaus.
“Yup siapa lagi. Abang bagi kan?”
suara manja isterinya menampar halus telinganya. Kalau dah suara macam ini
macam mana nak cakap tak boleh weh?
“Baiklah abang izinkan. Jaga diri ye sayang?”
“Okey, love you!” suara riang
Adriana di talian membuatkan Firdaus tersenyum sendiri.
“Love you too,” ucap Firdaus.
Nasib baik mereka tidak membuat panggilan video, kalau tidak mana mahu sorok
wajahnya yang tersengih-sengih kalah kerang busuk mendengar ucapan cinta dari
isteri tersayang. Sebaik sahaja talian dimatikan, Firdaus sambung membuat
kerjanya. Sejak memenangi tender dari syarikat Muiz untuk mereka bentuk hotel
yang bakal kawannya dirikan di Korea, Firdaus semakin sibuk namun begitu, masa
untuk Adriana Hanan tetap ada.
Sedang Firdaus
sibuk memerah otak, telefon pintarnya berbunyi. Sangkanya pasti isterinya yang
menelefonnya, tanpa melihat ke skrin, panggilan terus dijawab.
“Assalamualaikum sayang,” ucap Firdaus sambil matanya masih melekap diskrin
komputer.
“Waalaikumussalam sayang~” Terkejut beruk Firdaus apabila mendengar suara
kasar yang menjawab salamnya. Cepat-cepat dia melihat nama yang tertera di
skrin telefon pintarnya. Tepuk dahi kuat-kuat melihatkan nama Muiz.
“Woi mimpi ke apa? Ni dah nak masuk waktu lunch maka marilah kita lunch
bersama wahai sayangku,” Suara Muiz yang mengejeknya membuatkan Firdaus ketawa
sendiri. Kurang ajar punya kawan! Suka benar bila dapat kenakan aku!
“Yela..aku ingat wife aku yang call tadi. Apasal kau tak keluar dengan girlfriends kau?” Giliran Firdaus pula
mengusik Muiz. Bukan tak tahu yang sahabatnya itu bukan jenis playboy. Perempuan yang disukai Muiz pula
kini nun jauh di Korea Selatan.
“Ohoi, beratur perempuan yang nak keluar dengan aku tapi aku reject. Weh jom keluar makan dengan aku.
Iqram dengan Hamdan busy, Rin pula
takde..kesian kat aku.” Tergelak besar Firdaus mendengar suara Muiz yang
buat-buat sedih.
“Yela kau nak makan kat mana?”
“Tak tau, kejap karang aku ambil kau kat office. Assalamualaikum” Firdaus menggeleng-gelengkan kepala dengan
perangai sengal Muiz. Tetapi dia akui yang perangai Muiz itu yang membuatkan
dia suka berkawan dengan Muiz. Muiz tak pernah sombong dengan harta dan
kejayaan yang dikecapinya.
“Buat apa aku nak bangga Firdaus? Sekali Allah tarik, tak ada apa yang
tinggal maka rendah diri itu lebih bagus,” kata Muiz ketika mereka berbual-bual
diatas kapal layar milik Muiz suatu ketika dulu.
“Hah, berangan lagi kau!” Sergahan Muiz mematikan khayalan Firdaus. Aik
cepat betul Muiz sampai.
“Sebenarnya aku dah ada kat luar tadi masa aku call kau tu ahaha..” Muiz berdiri bersilang tangan dipintu bilik
pejabat Firdaus sementara menunggu Firdaus mengemas barang-barangnya. Ketawa
dia masih bersisa apabila Firdaus yang terkejut cepat-cepat mengemas.
“Kau memang sengal! Dah jom, kang masuk angin pula perut kau tu,” Muiz
hanya tersengih lalu keluar dari bilik pejabat Firdaus, beberapa kakitangan
Firdaus menyapanya dengan senyuman dan ada juga kakitangan wanita yang senyum
malu-malu ke arahnya namun dia hanya membalas dengan anggukan dan senyuman
sahaja. Senyum itukan sedekah?
Tiba di Nando
Sunway Pyramid, Muiz terus membuat pesanan. Tiba-tiba pula tekaknya ingin
menelan ayam peri-peri untuk makan tengah hari dan mereka berada hampir dengan
Sunway Pyramid.
“I want full platter, two large
mediterranean rice, hot peri-peri chicken and add one large coleslaw and potato
wedges. One Americano for me and..” Muiz menjungkitkan kening ke arah Firdaus.
“Earl Grey tea,” Pelayan restoren
itu membaca semula pesanan sebelum meninggalkan mereka berdua. Tak sampai lima
minit, pelayan itu kembali dengan minuman yang dipesan mereka.
Muiz dan Firdaus
berbual-bual membincangkan tentang projek mereka di Korea Selatan sementara
menunggu makanan yang dipesan.
“Firdaus, aku ada projek lain yang aku nak buat kat sana. Kau nak join tak?” Firdaus menjungkitkan
sebelah kening.
“Cuba cerita dulu kat aku pasal projek tu. InsyaAllah kalau menarik, aku join,” balas Firdaus lalu menghirup teh
Earl Grey yang dipesannya.
“Macam ni, aku nak bina ladang ternakan kat perkampungan Muslim kat sana.
Selain buka peluang pekerjaan untuk penduduk kat situ, aku dapat pastikan yang
bahan masakan untuk hotel aku nanti dari sumber yang halal. Semestinya aku akan
bekerjasama dengan agama Islam kat sana untuk minta mereka pantau dan dapatkan
sijil halal,” terang Muiz dengan penuh bersemangat. Firdaus yang mendengar
turut berasa teruja dengan rancangan sahabatnya itu. Bijak sungguh otak
sahabatnya ini!
“Memang rancangan yang menarik, hmm berapa modal yang diperlukan?” tanya
Firdaus dan dia tahu dia perlu meminta pandangan isterinya juga.
“Modal dia aku belum kira habis lagi sebab nak tanya juga kat Iqram dan
Hamdan. Bukan apa, aku nak kalau boleh kita empat sekawan ada benda yang
dikongsi dan dibanggakan bila dah tua nanti.” Muiz tersenyum puas apabila
rancangannya turut mendapat sokongan sahabat baiknya. Bukan dia tak boleh
membuat projek ini seorang diri namun dia mahu kejayaan yang bakal tercipta
dapat dikongsi bersama sahabat-sahabatnya.
“Thanks Muiz. Aku nak tanya juga
kat Ana boleh? Isteri aku ni kalau bab perniagaan ni dia suka je.” Muiz
mengangguk setuju. Adriana Hanan juga bukan calang-calang orang didalam bidang
perniagaan dan dia semestinya gembira jika isteri Firdaus turut serta dalam projeknya
nanti.
“Aku rasa kau dah boleh tanya sekarang.” Muiz menjuihkan mulut ke arah
Adriana Hanan yang sedang berjalan melintasi restoren bersama Lillian.
Kelihatan Julian dan Ian berjalan dihadapan mereka bersama-sama beg kasut.
Pastinya isterinya pergi meluncur ais bersama-sama rakan-rakannya. Firdaus
segera bangun dari duduknya dan keluar dari restoren untuk mendapatkan
isterinya. Muiz hanya tersengih melihat aksi sahabatnya itu. Macam tak boleh
jumpa kat rumah sahaja lagaknya.
Belum sempat
Firdaus memanggil Adriana, membuntang matanya melihat isterinya dipeluk oleh
seorang lelaki bertubuh tinggi lampai. Adriana pula seperti membiarkan sahaja
perilaku lelaki itu kerana tiada tanda-tanda isterinya mahu menolak. Mendidih
darah Firdaus menyaksikan aksi isterinya dan lelaki yang tidak dikenalinya itu.
Apa suwey sangat Sunway Pyramid ni sampai dua kali dia melihat sesuatu yang
dibencinya disini?
“Kau tengok apa? Weh tu bukan bini kau ke?” Muiz yang mengikut Firdaus
keluar dari restoren turut terkejut menyaksikan drama dihadapan matanya kini.
Adriana yang bagai dapat merasakan kehadiran suaminya segera melepaskan pelukan
lelaki tadi lalu mendekati suaminya dengan senyuman. Pelik Firdaus apabila
selamba sahaja isterinya senyum kepadanya sedangkan dia menyaksikan sesuatu
yang boleh membuatkan dia mengebom Sunway Pyramid itu. Biar masuk penjara janji
dia puas!
“Abang? Abang kenapa tak call Ana
beritahu abang nak datang sini? Mari Ana kenalkan dengan Paksu Hafiz, dia adik
mama.” Bagaikan disiram dengan ais, hati Firdaus yang mendidih terus sejuk.
Nasib baik dia tidak bertindak melulu seperti dulu kalau tak mahu naya tidur
dibangku luar malam ini. Lelaki bertubuh tinggi lampai tadi turut tersenyum ke
arahnya. Paksu Hafiz kelihatan muda dan segak sebab itulah Firdaus cemburu gila
melihat aksi peluk memeluk mereka tadi.
“Assalamualaikum, wah ni suami kamu Hanan? Maaflah masa kenduri hari tu
paksu masih di Kemboja.” Firdaus segera menyalami Paksu Hafiz dan selamba
sahaja Paksu Hafiz memeluknya. Suka memeluk rupanya paksu Ana ni. Adriana memeluk
lengan Firdaus manja sebaik sahaja paksunya meleraikan pelukan. Bukan dia tidak
nampak wajah tegang suaminya tadi.
“Princess!” Entah dari mana
datang pula seorang lelaki yang mendekati dan cuba memeluk Adriana namun sempat
Adriana menyorok dibelakang Firdaus.
“Isy kamu ni Hisyam, Hanan tu bukan budak kecil lagi yang kamu boleh peluk.
Lagipun kamu berdua bukan mahram tahu!” tegur Paksu Hafiz sambil memulas
telinga lelaki yang bernama Hisyam itu.
“Alah papa, dulu Syam peluk boleh je,” balas Hisyam. Mulutnya mencebik
tanda protes. Dari pandangan Firdaus, Hisyam bukannya budak kecil yang tak tahu
halal haram. Suka hati je nak peluk bini aku!
“Dulu umur enam tahun boleh la tapi sekarang dah tak boleh faham? Nak kata
papa tak ajar, dah berbuih papa bagi ceramah kat kamu! Ni suami Hanan, Firdaus.
Hormat dia sikit!” Terburai ketawa Hisyam mendengarkan papanya yang membebel.
“Sorry tadi aku main-main jela.
Macamlah aku tak tahu halal haram. By the
way, aku Hisyam sepupu Hanan aka Prince
dia zaman dulu-dulu,” huluran salam dari Hisyam disambut Firdaus. Firdaus hanya
mampu tersenyum. Kang meradang kang marah pula Adriana pada dia.
“Muhamad Firdaus, ni kawan aku Muiz Haikal dan yang tiga kat belakang tu
kawan-kawan Ana, Lillian, Julian dan Ian,” sengaja Firdaus kenalkan semua
kawan-kawan sekaligus. Hisyam tersengih sambil matanya masih menjeling-jeling
ke arah Adriana Hanan. Ikutkan hati panas Firdaus, mahu sahaja dia seligi
kepala sepupu Adriana ini.
“Kamu semua dah makan belum? Kalau belum jomlah join kami kat Nando.” Muiz mempelawa mereka semua ke restoren
Nando. Dia menambah pesanan dan mereka menikmati makan tengah hari sambil
mendengar cerita Paksu Hafiz. Paksu Hafiz merupakan sukarelawan yang bertugas
di Kemboja. Pelbagai cerita tentang umat Islam di Kemboja disampaikan oleh
Paksu Hafiz. Muiz yang mendengar berjanji akan memberikan sumbangan dan dia
juga mempunyai rancangan untuk meluaskan empayar perniagaannya di Kemboja.
“Hmm okeylah Ana, abang nak kena balik office
ni. Ana balik terus ke nak pergi mana-mana?” tanya Firdaus lalu mengusap pipi
isterinya. Sebenarnya dia sudah lewat pulang ke pejabat. Nasib baik ada tempat
solat dipejabat maka dia akan menunaikan solat di pejabatnya sahaja.
“Ana balik rumah terus. Balik awal ye sebab Ana nak masak something special untuk abang,” ucap
Adriana lalu menyalami suaminya. Firdaus menghadiahkan ciuman didahi untuk
isterinya.
“Seronok paksu tengok kamu berdua ni. Nanti kalau senang datanglah rumah
paksu ye? Hanan ingat lagi kan rumah paksu?” Adriana menganggukkan kepala. Dia
memang rapat dengan paksunya berbanding dengan adik beradik mamanya yang lain.
Dari kecil lagi Paksu Hafiz sentiasa memanjakannya kerana paksunya tiada anak
perempuan.
“InsyaAllah paksu. Abang pergi dulu ye sayang. Assalamualaikum.” Firdaus
dan Muiz meninggalkan restoren setelah menyelesaikan bayaran makan tengah hari.
Adriana memerhatikan sahaja suaminya sehingga kelibat suaminya hilang dari
pandangan.
Hisyam yang dari
tadi melihat aksi romantik pasangan itu menyumpah-yumpah Firdaus dalam hati.
Dari dulu lagi dia menyukai Adriana namun tidak sekalipun Adriana membuka
hatinya untuk menerima dirinya. Memang sewaktu mereka kecil Adriana menganggap
dia putera namun apabila gadis itu makin dewasa, gadis itu semakin menjauh diri
daripadanya dan hubungan mereka semakin teruk sejak dia meluahkan perasaan
cinta kepada Adriana Hanan.
“Baiklah paksu, Hanan balik dulu,” Adriana menyalami Paksu Hafiz. Hisyam
tidak pula dipandangnya. Malas nak pandang jejaka perasan bagus itu. Nasib baik
Firdaus dan paksunya ada tadi kalau tak mahu sahaja dia terajang sepupunya yang
tak faham bahasa itu.
“Ad kami tumpang you. You jangan lupa pula,” kata Lillian
sambil mengambil beg kasut. Julian dan Ian turut meminta diri. Tadi Adriana yang
datang menjemput mereka semua. Naya mereka jika Adriana meninggalkan mereka
disini.
“Ye,” balas Adriana pendek. Perangai ratu ais dia kembali semula. Dengan
Firdaus sahaja dia boleh bertukar karakter dan dia akan menjadi ratu ais bila
bersama dengan orang lain. Entah mengapa pun dia tak pasti. Apa yang dia tahu,
dia sangat menyayangi suaminya.
No comments:
Post a Comment