[kredit] |
Penerbangan yang mengambil masa enam jam setengah aku
rasakan seperti setahun. Percutian ke Guam yang dihadiahkan oleh anak sulungku
untuk aku dan suamiku setelah kami berura-ura mahu berpisah. Usia perkahwinan
yang mahu menginjak 30 tahun bagaikan tiada lagi makna buat kami berdua.
Masing-masing sudah muak dan bosan dengan perkahwinan yang selama ini bertahan
hanya kerana anak-anak dan rasa tanggungjawab.
“Beg awak tu.” Pantas aku letakkan
beg untuk pemeriksaan kastam. Bagasi semua sudah selesai diperiksa ketika aku
mengelamun tadi.
“Kalau macam ni baik duduk rumah
sahaja. Mengelamun tak sudah-sudah!” Bisa perkataan yang keluar dari mulut
suamiku tapi aku hanya buat tak peduli dan hanya menunjukkan muka selamba.
Malas nak melawan sebab dia tak akan
pernah mengaku kesalahan.
“Mr Ridhwan and Ms Shamila?” Aku menganggukkan kepala manakala suami
aku hanya memandang lelaki tempatan dengan muka kering.
“Welcome to Guam Island. I’m Kali, your tourist guide. Come, let me lead
you to the car.” Bagasi yang aku terus dia tarikkan ke kereta. Kereta
berwarna hitam yang menunggu diluar tampak ekslusif dan mengundang banyak mata.
“I’ll
send both of you to the hotel since you guys really look tired. This evening
I’ll come to pick you guys up and we can start exploring Guam.”
“Thanks
Kali.” Sesungguhnya aku memang penat dan tambah penat apabila suami aku
asyik merungut didalam kapal terbang tadi.
“Saya ni banyak kerja kat pejabat
tu awak tahu! Mana ada masa nak berjalan bagai macam ni!” Nasib baik kami duduk
di kelas pertama dan bukan kelas ekonomi. Kalau tak mesti viral di internet dengan video bertajuk, ‘Suami tak rela pergi
bercuti’.
“Saya tak paksa pun.” Aku membalas
sambil menyelak buku novel yang sempat aku beli sebelum berlepas tadi.
“Eh, sekarang baru cakap tak paksa!
Awak ni kan….” Mulalah dia berleter dan aku memang tak mahu dengar. Telinga aku
sumbat dengan getah penyumbat telinga yang dikhaskan untuk kurangkan gejala
telinga berdengung. Tak berdengung pasal tekanan udara tapi berdengung sebab
pakcik ni berleter tak ingat dunia.
“Sir, mam, here is the card to your room. Take a good rest. I’ll wait
here in the lobby at four okay?”
“Oh
yeah, here is my number. You can directly call using a phone in your room or
ask for receptionist help.” Kad namanya diserahkan kepada suamiku.
Bagasi-bagasi kami diangkat oleh pekerja-pekerja hotel ke bilik setelah
diarahkan oleh Kali. Kali meninggalkan kami setelah selesai urusannya.
“Lebih kurang Langkawi je.” Eh, eh
buta ke apa orang tua ni? Asal pulau je ingat Langkawi.
“Pasal hal kita nak berpisah tu..”
Tak sempat dia habiskan ayat aku mengangkat tanganku.
“Kita bincang selepas percutian ni.
Saya tak mahu fikir pasal tu sepanjang kita disini.” Aku melangkah laju ke
bilik penginapan kami. Sungguh aku tak mahu rosakkan mood bercuti aku. Dahlah
ini kali kedua aku ke luar negara. Bayangkan selama 30 tahun usia perkahwinan,
aku hanya berpeluang ke luar negara sebanyak dua kali sahaja. Pertama ketika
berbulan madu dan kali ini…ah percutian terakhir kami sebagai suami isteri mungkin.
“Honey, best kan kalau kita dapat duduk terus kat sini?” Bagaikan
budak-budak dapat gula-gula. Perasaan girang pertama kali ke luar negara jelas
terpancar diriak wajahku. Shinkansen yang bergerak laju memaparkan permandangan
luar seperti flashcard.
“Sayang, kalau nak duduk sini kita
kena cari kerja disini. Kerja pun mesti nak setengah mati sebab taraf hidup
sini sangat tinggi.” Pinggangku diraih dan dagunya diletakkan diatas bahuku.
“Alah, tak payahlah duduk bandar
besar. Kita duduk kat luar bandar mesti okay.”
Pujukku dengan muka ala-ala kucing comel.
“Kalau luar bandar, susah pula nak
cari kerja. Lagi satu, sanggup ke sayang tinggal makanan-makanan Malaysia yang
sedap-sedap dan hanya makan onigiri serta sayur-sayuran sahaja?” Aku berfikir sejenak
sebelum menggelengkan kepala. Kembang tekak aku memikirkannya.
“Tau dah karnivor macam sayang ni
mana boleh duduk sini.” Dia mengetatkan pelukan dan menghadiahkan ciuman
dipipi. Bahagia mula meresap dijiwa dan senyuman tak lekang menghiasi hari-hariku.
“Awak, bangunlah!” Cis! Entah
apasal aku termimpi zaman berbulan madu aku dahulu. Kenangan ketika berbulan
madu di Jepun yang kadangkala aku teringat membuatkan aku nak tergelak. Macam
mana perkahwinan yang seolah-olah sempurna suatu ketika dahulu berubah menjadi
perkahwinan yang bertahan dek mengingatkan anak-anak.
Tadi aku terlena selepas solat Zohor dek terlalu penat.
Langkah aku atur ke bilik mandi. Suamiku, Ridhwan yang baru lepas mandi hanya
bertuala sambil bercukur. Kalau dahulu, pasti aku akan mengusiknya dengan
melarikan tualanya sekeliling bilik tidur tapi sekarang…err tak sanggup nak
tengok!
“Awak mandi jangan lama-lama
sangat. Kang mahu kena tinggal.” Leternya sambil bercukur. Ces, baru ingat nak
berendam sambil main-main buih dalam tab mandi!
Pemandangan waktu senja Guam sememangnya lain auranya dengan
di Malaysia. Hidangan makan malam yang disediakan aku suap dengan perlahan sambil
menikmati permandangan waktu senja. Kali hanya menghantar kami ke jeti dan akan
menjemput kami semula selepas empat jam. Hanya aku, suami dan pemandu bot
sahaja ditengah-tengah lautan ini.
“Nyamannya,” ucapku tanpa sedar
setelah menghabiskan makananku. Ridhwan memandangku dengan muka agak terkejut.
Apa? Tak pernah tengok muka aku yang tenang ke?
“Seriously,
I never thought that both of us can ever sit and peacefully eat our dinner
without put on a fight.” Ridhwan mula tersenyum dan menggelengkan kepala.
“Saya campak awak ke laut kalau
awak nak mula bergaduh dengan saya sekarang,” balasnya diikuti dengan ketawa
bebasnya.
“Hah mister! Awak lupa ke saya ni swimming
instructor. Siapa yang ajar awak berenang dulu?” Aku pula mula
mengetawakannya. Teringat zaman dia terkial-kial belajar berenang denganku
selepas kami berkahwin. Malu ke apa memang letak ke tepi sebab pekerjaannya
kadang-kadang memerlukan dia untuk turun ke laut.
“Hmm dah Maghrib rasanya. Saya
pergi ambil wuduk dulu.” Dia berlalu meninggalkan aku seorang diri. Baru sahaja
nak melayan perasan, dia menjengulkan kepalanya.
“Awak pergilah ambil wuduk kat
hujung sana. Boleh solat sekali.” Aku bingkas bangun dan pergi mengambil wuduk.
Bukan selalu dia mengajak aku untuk solat bersama.
“Sayang, awak tunggu jela lagi dua
minggu. Saya akan uruskan semuanya.” Jelas. Semuanya sudah jelas. Ridhwan ada
perempuan lain dibelakangku. Aku dah dapat agak sebelum ini tapi tak sangka aku
dapat mencuri dengar perbualannya dengan perempuan itu hari ini. Nak menangis?
Oh tidak. Aku tak selemah itu.
“Nanti saya call balik. Bye.” Aku
bangun lalu melangkah ke bilik mandi. Jam menunjukkan pukul lima pagi. Sudah
menjadi rutin untuk aku mandi sebelum menunaikan solat Subuh. Disini Subuh
seawal lima pagi. Sekarang ni baru pukul tiga pagi di Malaysia. Apakah tak
tidur skandal suamiku itu? Pelik punya orang.
“Eh, awal bangun?” soalnya ketika
aku mahu mengambil tuala.
“Hmm biasa je. Awak tak tidur ke?”
soalku semula.
“Payah sikit sebab tak biasa dengan
tilam sini.” Hmm lain kali bawalah katil awak bila bercuti Encik Ridhwan oii!
“Dah saya nak mandi. Sekejap lagi
dah nak masuk Subuh.” Aku terus ke bilik mandi. Lama-lama pun makin rasa
janggal buat apa.
Hari kedua Kali membawa kami menaiki kapal selam Atlantis.
Aku yang senang teruja mendengar penerangan Kali dengan penuh minat. Kapal
selam yang membawa kami ke kedalaman 20 hingga 40 meter aras laut. Keindahan
terumbu karang dan kehidupan laut dalam memukau setiap mata yang memandang.
“Isy, act your age!” tegur Ridhwan perlahan tapi ada aku kisah? Tak
adalah aku sampai terkinja-kinja disini maka aku rasa aku masih bersopan.
“Maybe we can go diving later. Do you have diving licence?” Aku dan
Ridhwan mengangguk. Oh aktiviti menyelam!
Selesai aktiviti menyelam. Aku hanya duduk dipersisiran
pantai sambil menikmati keindahan alam. Makin tua usiaku, aku makin suka
bersendirian dan menikmati alam ciptaan Allah. Berapa lama lagi masa yang aku
ada didunia ini? Jadi buat apa aku perlu bersedih memikirkan cinta manusia yang
sudah kering untuk aku?
“Mam, are you okay?” Kali menegurku mungkin risau akan diriku yang
tiba-tiba senyap. Ridhwan? Entah hilang ke mana. Mungkin menelefon perempuan
itu..mungkin.
“Yeah just a bit tired. I heard there’s skydiving place in Guam. Maybe
tomorrow we can give it a try.” Mahu terkejut Kali mendengarkan yang aku
mahu mencuba skydiving.
“I
afraid it is not appropriate for you and your husband, mam.”
“Don’t
worry Kali. I’m fit and ready for skydiving.” Kali menggaru-garu kepalanya
yang tak gatal.
“I’ll talk to Mr Ridhwan before making any decision.” Hmm ni kalau
laki aku masuk campur mesti payah sikit.
“Awak dah gila ke? Tua-tua macam ni
nak skydiving bagai! Mati sia-sia
aje!” Aku dah agak dah. Orang tua ni memang tak suka ambil cabaran dan hmm dia
takut tinggi.
“Saya nak merasa je. Perasaan
terbang bebas diudara tu sangat seronok. Awak betul tak nak cuba?” Aku cuba
memujuk Ridhwan yang sudah memerah mukanya.
“Kalau nak mati sangat pergilah
buat!” Hmm aku menjungkitkan bahu lalu keluar ke balkoni hotel. Mata aku
merenung kegelapan malam. Bunyi ombak laut yang menghempas pantai membuatkan
aku terbuai dengan perasaanku.
“Dah saya nak tidur dulu. Nanti sebelum
tidur jangan lupa kunci pintu balkoni tu.” Pap! Lampu bilik ditutupnya.
Bergelaplah aku dibalkoni sambil melayan perasaan.
Malam ketiga, kami keluar makan malam di restauran yang
terletak di tepi laut. Romantis dan boleh membuatkan perasaan terbuai-buai
dengan suasana persekitarannya.
“Duduklah awak tunggu apa lagi?” Ah
lupa pula yang suamiku tak mungkin akan tarikkan kerusi untuk aku lagi.
“Cantikkan permandangan kat sini?”
Aku memulakan bicara. Mood aku agak baik setelah sampai di restoran ini.
Kulihat ramai pasangan romantis yang turut menjamu selera di sini.
“Hmm,” jawabnya pendek. Matanya tak
lekang memandang skrin telefon pintarnya.
“Ingat tak makan malam ketika kita
berbulan madu dulu?” Keningnya terjungkit sebelah sambil memandang wajahku
sekilas. Tak lama. Matanya kembali melekap ke skrin telefon. Bagaikan ada gam!
Makanan sampai dan kami mula menjamu selera.
“Kita berbulan madu di Tokyo dan
kita tak jumpa pun gerai makanan yang halal maka kita makan onigiri berintikan
buah plum jeruk. Masam tapi lapar punya pasal telan je kan?” Dia senyum sedikit
dan meletakkan telefon pintar ke atas meja. Ada perasan menang ketika itu.
“Lepas tu awak sakit perut teruk. Punya
kelakar sampai nak tinggal wasiat bagai.” Tawa mula meletus. Tapi tak lama.
Perasaan janggal mula menular dan memori-memori pahit mula memenuhi ruang
otakku.
“Selepas 20 tahun usia perkahwinan
kita awak dah mula berubah. Awak nampak seperti terpaksa bila bersama saya.
Acuh tak acuh apabila saya minta dilayan. Akhirnya awak menjadi macam perhiasan
sahaja dirumah kita.” Tiba-tiba hatiku mulai panas. Dikipas pula melihat
Ridhwan bergembira dengan perempuan lain. “Apa yang awak nak dalam perkahwinan
kita Encik Ridhwan? Saya dah cuba berikan awak semuanya tapi awak masih tak
berubah.”
Aku terus-menerus membebel. “Hati
saya makin sakit apabila saya dapat tahu yang awak ada perempuan lain
dibelakang saya. Saya berusaha memelihara diri dan menjaga maruah awak
sepanjang tempoh perkahwinan kita tapi apa balasan awak pada saya?!” Suara aku
mula meninggi. Nasib baik tempat kami jauh dari pelanggan lain kalau tidak
mesti masuk Youtube.
“Kadang-kadang saya rasa bagaikan
tertipu tapi..argh kalau tak kerana anak-anak dah lama saya tinggalkan awak!”
Aku menumbuk meja. Melepaskan amarah yang sudah tersimpan lama. Dia? Hanya
memandang aku dengan muka tanpa perasaan. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum
menghembus perlahan. Matanya tepat memandang mataku.
“Awak betul nak tahu sebab apa saya
jadi macam ni?” Giliran aku pula menjungkitkan kening.
“Waktu anak-anak kita kecil, awak
sibuk menjaga mereka dan ya saya mengaku saya sangat helpless dalam pengurusan anak-anak jadi saya tak dapat nak
membantu awak sangat jadi saya cuba menjadi lebih independent dalam menguruskan diri saya. Masa itu saya rasakan yang
kasih sayang awak pada saya berkurang sedikit.”
Dia bersandar sedikit ke kerusnya. “Bila
anak-anak membesar dan mula bersekolah, awak sibuk dengan perkembangan mereka.
Hantar mereka belajar macam-macam dan awak makin tak ambil kisah pasal makan
pakai saya. Cari saya bila nak beli barang dan bila awak rasa awak perlukan
seorang ‘suami’. “
Aku
kehilangan kata-kata. Kata-kata suamiku seolah satu tamparan besar ke muka
tebalku ini. Ridhwan yang melihat aku diam meneruskan hujahnya.
“Anak-anak makin besar dan mula
berkahwin seorang demi seorang. Saya makin terabai dan perasaan saya terhadap
awak makin berkurangan. Kita makin kerap bertengkar sampai satu tahap saya
malas nak bercakap dengan awak. Awak cuma nampak silap saya tapi awak lupa yang
awak turut bersalah dalam hal ini!” Tegas dia mengaturkan kata-kata. Aku
terduduk mengingat kembali kesilapan aku. Tak, silap kami berdua.
“Dahlah, lauk dah makin sejuk.” Ye,
sedingin rumah tangga kita.
Hari selebihnya di Guam kami dibawa ke pusat membeli-belah,
kampung-kampung tradisional dan melawat tempat-tempat tarikan pelancong yang
lain. Kami tidak lagi berbincang
mengenai rumah tangga kami, namun kami seolah sudah faham apa kesudahannya.
“Ridhwan,
thanks for being my husband. I think it’s time to say goodbye. I’ll explain to
our kids later.”
Ridhwan berkalih melihatku.
Senyuman dilontarnya. Walaupun aku sedih yang kini aku tidak lagi bersama dengan
lelaki yang sudah menemaniku selama bertahun-tahun, namun aku gembira kerana
hubungan kami berakhir dengan baik. Tak perlu lagi dendam dan sakit hati. Aku
rela melepaskan si dia dari terikat denganku.
Terima kasih, bekas suamiku.
6 comments:
huhuhu... sedihnya dorang dah nak berpisah.. akak sambung lagi... tak sabar!!! haha,, gelojohnya.. Cerpen akak uniklah... hehe
@SNIz: yang ni tak akan disambung. Heartbreak compilation mengandungu beberapa cerpen yang lebih kepada sisi tak indah dalam kehidupan.
Hahaha mari 'ber'negatif bersama akak!!!
(^-^)v
Smpai ni j k ?
Mula2 sy gelak sbb ayat ni,
"Suami yg x mau bercuti"
"Tua2 pun nk skydiving bagai"
Last2 sedih plk rasa
Akk, smbung buat citer lain
@Nur Hamidah Lubis: Yup. Setiap satu dari siri ini ialah cerpen yang berbeza. InsyaAllah
(^-^)v
really touch my heart deeply bcoz similar to my past but different age la... hehehehe
If I can make a U-turn.....
Hahaha glad to hear that.
It's okay..move on and keep looking forward! Good things will occur 😁
(^-^)v
Post a Comment