Kapitalis

Saturday, October 10, 2015

Cerpen: The Cool and the Delinquent (END)

 [kredit]
[kredit]

Aku tak tahu apa kena dengan Abang Baby sejak akhir-akhir ini. Setiap hari ada sahaja nota-nota kecil dan bunga kecil diatas meja aku. Macam mana aku tahu dia yang buat? Si dia yang dok sengih-sengih dari tempat duduknya membuatkan aku senang meneka. Ces! Dah nak dekat SPM pun nak mengarut lagi!

Hari ini dia meletakkan lirik lagu ‘Daisy Bell’ dan tiga kuntum bunga daisy biru. Walaupun macam sengal tapi disebabkan aku memang suka bunga jadi aku biarkan sahaja. Kot la esok dia tiba-tiba bagi brokoli tu lain cerita la..


“Comelnya bunga ni! Saya nak satu boleh?” Fatimah yang tiba-tiba memulakan topik nak berbual mengejutkan aku. Selama ini jarang sungguh dia menegur aku.

“Hmm ambillah.” Sekuntum bunga aku berikan kepada Fatimah. Perbualan kami berhenti setakat itu. Aku terus menumpukan perhatianku kepada guru Matematik Moden yang baharu sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.





Daisy, daisy, give me your answer, do, I’m half crazy all for the love of you..” Aku yang sedang menyiram pokok-pokok aku ditaman botani hanya membuat tak dengar. Nadhif yang berada diluar taman botani berusaha menarik perhatianku dengan bersiul pula.

“Woi kau baliklah dulu! Malu aku macam ni.” Kot la kalau aku tak layan dia lagi dia bantai menari zapin pula maka lebih afdhal aku menyuruh dia pulang dahulu.

“Arghh! Tak nak! Selagi kau tak balik, aku pun tak nak balik!” Abang Baby yang sudah memasam muka mula bersandar di pagar taman botani membelakangi aku. Haish perangai kalah Rafi dengan Rafiq!

“Yela. Lagi lima minit kita balik.” Ikutkan hati, aku nak manjakan pokok-pokok aku dan mengulangkaji didalam taman botani sebelum balik tapi…hmm tak apalah.

“Hehe bagus-bagus, kau memang wajib balik sekolah dengan aku pun kan?” Hmm yela. Aku mengemas sedikit taman botani sebelum mengunci pagar taman.

“Sekarang ni mungkin kau rasa macam jengkel je kena balik dengan aku tapi percayalah satu hari nanti, ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kau.” Aku yang tak tahu nak membalas apa hanya mendiamkan diri. Kata-kata Nadhif sedikit sebanyak melahirkan perasaan pelik dalam diri aku dan ada sedikit rasa sedih mula bercambah.







Tamat SPM aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di matrikulasi Melaka manakala Nadhif di Johor. Ada jugalah dia buat kecoh nak minta supaya ditukarkan ke pusat matrikulasi yang sama dengan aku. Namun setelah dipujuk oleh mak dan ayah dia, dia redha. Alah redha pun sebab jarak Johor dengan Melaka macam jiran sebelah rumah (ayat Abang Baby).

Setahun di matrikulasi, walaupun agak dekat antara satu sama lain tapi kami sangat jarang berjumpa. Hasil nasihat mak dan ayah yang melarang aku untuk selalu berjumpa dengan Nadhif untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Biasalah kalau jiwa membara orang muda ini senang sangat syaitan nak hasut. Aku akur dan elok juga sebab memang aku pulun belajar betul-betul sepanjang di matrikulasi. Tiap-tiap semester, aku dan Nadhif berlumba-lumba sesama kami untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke UK oleh JPA sebaik sahaja tamat matrikulasi manakala Nadhif membuat keputusan untuk sambung belajar di Ireland memandangkan kakak-kakaknya sudah menetap disana. Jarak hampir 600km memisahkan kami berdua tapi Nadhif kata dekat lagi UK dari Malaysia. Hahaha Abang Baby ni la..jadi boleh kata hampir setiap cuti pendek dia akan datang menemui aku bersama-sama dengan kembar tiga. Cuti panjang pula, kami akan sama-sama balik ke Malaysia. Gigih dia mencari tiket penerbangan yang akan sampai hampir waktu sama dengan aku.

Tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda aku di UK, ibubapa Nadhif menyuruh kami bertunang. Yang peliknya Nadhif tak mahu sebab ada ‘janji’ yang perlu dia tunaikan dulu pada aku sebelum nak ‘claim’ yang aku ini hak dia. Aku? Lagilah tak kisah sebab kalau dah jodoh tak akan ke mana.

Bohonglah kalau aku cakap sepanjang berkawan dengan dia yang aku tak ada perasaan untuk dia. Ada, tapi aku biarkan Allah menjaga perasaan itu. Matlamat aku sekarang cuma tamatkan pengajian dan balik Malaysia sebagai anak yang membanggakan kedua orang tua aku. Aku, anak yang tak mahu ‘keluar’ dari rumah akhirnya menyambungkan pelajaran ke luar negara dan semestinya aku mahu menghadiahkan keputusan yang baik kepada kedua orang tua aku.

Aku melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PhD. Nadhif juga begitu. Masing-masing tak mahu kalah konon. Dia tamat pengajiannya lebih awal daripada aku dan pulang ke Malaysia dahulu. Ikutkan sengal dia, dia mahu bekerja sementara di UK sementara menunggu aku habis belajar dan balik ke Malaysia bersama-sama dengan aku. Namun dia dipanggil kerja oleh penajanya di Malaysia maka nak tak nak memang dia kena baliklah.







Seminggu sudah aku pulang ke Malaysia dan hanya menunggu masa untuk dipanggil bekerja oleh penaja aku. Nadhif? Serius aku pelik dengan dia ni. Bukan dia tak tahu yang aku dah balik Malaysia tapi tak ada langsung nak hubungi aku.

“Alang, menung apa tu?” Nani yang baru balik dari kerja menegurku. Nani ni bulan depan dah nak bertunang. Huhu langkah bendul ye?

“Tak ada apalah Ateh. Mana kembar dua orang tu?” Selalunya petang-petang ada je kembar dua orang tu melepak depan televisyen tak pun menyakat mak aku kat dapur.

“Diorang main bola kat padang rasanya. Ada game kata diorang minggu depan ni.”

Game?”

“Lawan antara sekolah. Aktif sebenarnya budak dua orang tu.” Aku mengangguk faham.

“Hmm Alang sebenarnya okay ke tak Ateh nak tunang dulu ni?” Soalan Nani membuatkan aku tersenyum.

“Kalau Ateh nak kahwin dulu pun Alang tak kisah.”

“Qhalif cakap dia sanggup postponed dulu majlis kami kalau Alang tak nak kami langkah bendul. Lagipun Abang Nadhif…” Nani yang tiba-tiba berhenti bercakap membuatkan aku curiga. Apa dia ingat aku sensitif sangat ke dengar nama tu?

“Hmm tak apalah Alang. Ateh mandi dulu ye? Melekit pula badan ni.” Hmm selalunya Nani akan jadi macam ni bila dia sembunyikan sesuatu dari aku. Hmm lantaklah.







Sesudah menziarahi Auntie Fei dan Uncle Ho, aku melangkah perlahan ke arah sungai berdekatan kebun mereka. Bunyi air sungai mengalir menenangkan fikiranku. Memori zaman persekolahan berlumba-lumba menerjah fikiranku. Zaman sekolah aku yang asalnya mendatar dan membosankan menjadi gila-gila dan seronok dengan kemunculan Abang Baby.

Aku duduk merendamkan kaki aku ke dalam sungai. Sejuk air sungai membuatkan aku tenang. Bila difikirkan balik, hampir separuh dari umur aku sekarang aku bersama dengan Nadhif. Walaupun berpisah jarak ketika waktu belajar namun aku tak pernah rasa jauh dari dia. Cuma..haish bila dah balik Malaysia ini pula dia macam jauh dari aku padahal duduk tak jauh pun! Geram punya pasal aku patahkan ranting pokok yang aku jumpa tadi.

“Amboi aih geram benau orang kat sana!” Suara tu! Nadhif! Aku memusingkan kepalaku ke belakang. Memang sah Nadhif! Dia hanya tersengih ke arahku. Sekejap nak marah ke nak benamkan dia dalam sungai? Sah aku tengah marah..istighfar..istighfar..

“Dah lama balik?” Ha..soalan ni memang minta pelempang. Aku dah beritahu kot masa aku sampai hari tu! Sengaja je dia ni..

“Tak la lama mana.” Aku menjawab malas. Baik aku pandang anak-anak ikan dalam sungai ni dari muka sengal dia.

“Marah kat siapa ni?” Aku menggelengkan kepala lalu bangun dari duduk. Baik aku balik rumah dari lama-lama kat sini lepas tu kena tangkap basah pula dengan Abang Baby ni.

“Dah nak balik ke?” Pertanyaan dia aku tak jawab. Aku menyorokkan kakiku ke dalam jubah yang aku pakai. Kaki aku lap dengan kain dari dalam jubah sebelum memakai stoking.

“Long ago, I made a promise here. Do you remember my love?” Aku yang baru nak melangkah pulang terhenti seketika.

“Dah sampai masa untuk aku tunaikan janji tu Rei.” Tak mungkin aku lupa janji dia dulu. Tapi bukan tempoh 10 tahun ke? Sekarang baru lapan tahun kot.

“Tak payah tunjuk muka macam sembelit Rei. Kan aku cakap 10 tahun atau kurang dari itu?” Isk dia ni kalau nak kenakan orang memang banyak je idea dia!

“Aku ada jumpa dengan mak ayah kau. Nani nak bertunang hujung bulan ni kan? Kita tunang sekalilah.” Ek? Senang betul.

“Kau..kenapa kau langsung tak contact aku?” Dia hanya tersenyum dengan soalan aku. Mungkin merasakan soalan aku tak menepati suasana yang cuba dia ciptakan sekarang.

“Aku tak contact kau tapi aku selalu berborak dengan ayah dan mak kau. Tanya diorang kau buat apa, bincang pasal hal kita dan perkara-perkara lain yang tak perlu aku nyatakan disini.” Ces, nak berahsia sangat!

“Rei, aku nak serius dengan kau sejak zaman sekolah lagi. Ikutkan gila aku, nak aje aku minta nikah lepas SPM tapi aku tahu kau bercita-cita tinggi. Sekarang kita sama-sama dah matang dan memang aku rasa dah layak nak kahwin dengan kau.” Matang ke dia? Aku tengok sama je. Hahaha..

“Kau macam yakin je yang aku akan setuju kahwin dengan kau kan?” Muka Abang Baby terus berubah setelah mendengar kata-kata aku. Payback time!

“Kau ada calon lain ke Rei? Kenapa mak ayah kau tak cakap apa-apa?” Wajah kecewa Abang Baby jelas terpancar.

“Apakah perlu aku beritahu segala-galanya?” Aku menyilangkan tubuh dengan memakai topeng ‘minah poyo’ dimukaku.

“Aku ingatkan kau setia tunggu aku.” Dia yang sudah terduduk membuatkan aku jatuh kasihan. Isk tak bolehlah tengok dia susah hati. Lembut sangat hati kau Rei!

“Aku gurau jela! Kau ni macam tak kenal aku! Sepanjang aku kat sekolah, matrikulasi dan masuk U boleh kata semua kawan-kawan aku kau kenal. Sampaikan professor yang jadi supervisor aku pun kau siasat macam aku tak tahu! Yela kita tunang! Kau bawa la mak ayah kau jumpa dengan mak ayah aku baru cerita habis! Dah aku nak balik! Petang ni mak suruh buat cekodok jagung!” Dengan muka memerah malu aku melangkah pulang ke rumah.

“Serius ke ni weh?” Dia berlari-ari anak mengejar aku.

“Yelah!” Aku mempercepatkan lagi langkah aku. Bila aku menoleh aku nampak dia buat sujud syukur sebelum melompat bintang. Dasar kanak-kanak riang!

Hari minggu itu dia membawa rombongan meminang ke rumah aku. Mak dan ayah aku yang aku rasa memang berpakat dengan Abang Baby mula-mula berlakon konon-konon terkejut tapi bila aku beritahu yang dah tahu perkara yang sebenar ,mereka hanya ketawa. Maka akhir bulan ini aku akan bertunang dengan Abang Baby.

Kahwin? Hmm dengan sikap Abang Baby ni aku rasa tak hujung tahun ni mungkin tiga atau empat bulan dari tarikh tunang huhu..entahlah. Apa-apa pun aku berserah kepada Allah. Aku dan dia hanyalah hamba Allah yang tak tahu apa yang akan terjadi hatta 10 saat dari sekarang. So live your life in a way you’ll never regret later.



“Rei, Rei, kita nak buat majlis kat tepi pantai ke, taman ke dewan je?”

“Kebun Auntie Fei dengan Uncle Ho tak nak?”


“Hehehe berapa sewa? Agak-agak berapa banyak kerusi dengan meja boleh letak” Cis, dasar Abang Baby loqlaq!

*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga cerpen ni. Macam biasa nak iklan sikit pasal buku koleksi cerpen Happy Virus.

Masih ada lagi stok dengan saya dan boleh hubungi saya melalui email: kouryu.nasrin@gmail.com atau add Facebook Norlyana Nasrin Zulkifli

Buku cuma berharga RM 28 pos RM 7 Semenanjung Malaysia dan RM 10 bagi Sabah dan Sarawak.

Wokeh! Macam tak biasa pula..dah habis baca tu kalau tak suka ka apa sila komen na?

(^-^)v

20 comments:

farahshahar said...

sugoiiii....daebak ^_^

Nursayhida Amirah said...

Akhirnya.. Moga dyorg bhgia sllu.. Y psal abg rei n kkak abg bby pe cite??

Norlyana Nasrin said...

@aecha sha: hehe alhamdulillah..arigatou 😁

Norlyana Nasrin said...

@Nursayhida Amirah: huhu maaflah makan masa sbb agak bz. Abg Rei dgn kakak Abg Baby len cerpen kte smbg huhuhu

Nursayhida Amirah said...

Terbaiklah..

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah..tq2

(^-^)v

Unknown said...

arghhhhh...bestnyer. Rasa beruntung jadi Rei

Norlyana Nasrin said...

@Halimatus Saedah: Alhamdulillah..hehe dh rezeki dia dgn Abg Baby ufufufufu

(^-^)v

Nursayhida Amirah said...

Bila la pulak kisah kakak abg bby n abg rei.. Tk sabo nk mnanti..

Norlyana Nasrin said...

InsyaAllah saya update bila ada idea n masa ye 😁

Unknown said...

akhirnya. sempoi jer cite nie. I like it...

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Alhamdulillah..hehe maaf la amik masa yang agak lama utk siapkan.

(^-^)v

arinie said...

xde special entry ke sis?

Norlyana Nasrin said...

@arinie: special mcm mne dik?

(^-^)v

nuna said...

kalau bole . buat la kisah diorg lepas kawin. hehehe

Norlyana Nasrin said...

@Nur Naslim: haha insyaAllah klu ada idea
(^-^)v

Anonymous said...

Salam...

Coool ok?? Best!!!

Sufi.

Norlyana Nasrin said...

@Sufi: Waalaikumussalam..

hehehe thanks

(^-^)v

Lolipops said...

Haha...setianya Abang Baby. Sweet Serius, semua cerpen awak best-best. Teruskan menulis yer.. Kalau boleh nak sambungannya juga. Jemput juga singgah blog saya. Baru jer buat. menorasky.blogspot.com/

Norlyana Nasrin said...

@Norazizah Riduwan: Thanks for reading. InsyaAllah selagi mana dikurniakan idea dan ada masa terluang.

InsyaAllah saya melawat ye (^-^)v