[kredit] |
Aku tak tahu apa kena dengan Abang Baby sejak akhir-akhir
ini. Setiap hari ada sahaja nota-nota kecil dan bunga kecil diatas meja aku.
Macam mana aku tahu dia yang buat? Si dia yang dok sengih-sengih dari tempat
duduknya membuatkan aku senang meneka. Ces! Dah nak dekat SPM pun nak mengarut
lagi!
Hari ini dia meletakkan lirik lagu ‘Daisy Bell’ dan tiga kuntum bunga daisy biru. Walaupun macam sengal
tapi disebabkan aku memang suka bunga jadi aku biarkan sahaja. Kot la esok dia
tiba-tiba bagi brokoli tu lain cerita la..
“Comelnya bunga ni! Saya nak satu
boleh?” Fatimah yang tiba-tiba memulakan topik nak berbual mengejutkan aku.
Selama ini jarang sungguh dia menegur aku.
“Hmm ambillah.” Sekuntum bunga aku
berikan kepada Fatimah. Perbualan kami berhenti setakat itu. Aku terus
menumpukan perhatianku kepada guru Matematik Moden yang baharu sahaja melangkah
masuk ke dalam kelas.
“Daisy, daisy, give me your answer, do, I’m half crazy all for the love
of you..” Aku yang sedang menyiram pokok-pokok aku ditaman botani hanya
membuat tak dengar. Nadhif yang berada diluar taman botani berusaha menarik
perhatianku dengan bersiul pula.
“Woi kau baliklah dulu! Malu aku
macam ni.” Kot la kalau aku tak layan dia lagi dia bantai menari zapin pula maka
lebih afdhal aku menyuruh dia pulang dahulu.
“Arghh! Tak nak! Selagi kau tak
balik, aku pun tak nak balik!” Abang Baby yang sudah memasam muka mula bersandar
di pagar taman botani membelakangi aku. Haish perangai kalah Rafi dengan Rafiq!
“Yela. Lagi lima minit kita balik.”
Ikutkan hati, aku nak manjakan pokok-pokok aku dan mengulangkaji didalam taman
botani sebelum balik tapi…hmm tak apalah.
“Hehe bagus-bagus, kau memang wajib
balik sekolah dengan aku pun kan?” Hmm yela. Aku mengemas sedikit taman botani
sebelum mengunci pagar taman.
“Sekarang ni mungkin kau rasa macam
jengkel je kena balik dengan aku tapi percayalah satu hari nanti, ini akan
menjadi kenangan terindah dalam hidup kau.” Aku yang tak tahu nak membalas apa
hanya mendiamkan diri. Kata-kata Nadhif sedikit sebanyak melahirkan perasaan
pelik dalam diri aku dan ada sedikit rasa sedih mula bercambah.
Tamat SPM aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di matrikulasi
Melaka manakala Nadhif di Johor. Ada jugalah dia buat kecoh nak minta supaya
ditukarkan ke pusat matrikulasi yang sama dengan aku. Namun setelah dipujuk
oleh mak dan ayah dia, dia redha. Alah redha pun sebab jarak Johor dengan
Melaka macam jiran sebelah rumah (ayat Abang
Baby).
Setahun di matrikulasi, walaupun agak dekat antara satu sama
lain tapi kami sangat jarang berjumpa. Hasil nasihat mak dan ayah yang melarang
aku untuk selalu berjumpa dengan Nadhif untuk mengelakkan perkara yang tak
diingini berlaku. Biasalah kalau jiwa membara orang muda ini senang sangat
syaitan nak hasut. Aku akur dan elok juga sebab memang aku pulun belajar
betul-betul sepanjang di matrikulasi. Tiap-tiap semester, aku dan Nadhif
berlumba-lumba sesama kami untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke UK oleh JPA
sebaik sahaja tamat matrikulasi manakala Nadhif membuat keputusan untuk sambung
belajar di Ireland memandangkan kakak-kakaknya sudah menetap disana. Jarak hampir
600km memisahkan kami berdua tapi Nadhif kata dekat lagi UK dari Malaysia.
Hahaha Abang Baby ni la..jadi boleh kata hampir setiap cuti pendek dia akan
datang menemui aku bersama-sama dengan kembar tiga. Cuti panjang pula, kami
akan sama-sama balik ke Malaysia. Gigih dia mencari tiket penerbangan yang akan
sampai hampir waktu sama dengan aku.
Tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda aku di UK, ibubapa
Nadhif menyuruh kami bertunang. Yang peliknya Nadhif tak mahu sebab ada ‘janji’
yang perlu dia tunaikan dulu pada aku sebelum nak ‘claim’ yang aku ini hak dia. Aku? Lagilah tak kisah sebab kalau dah
jodoh tak akan ke mana.
Bohonglah kalau aku cakap sepanjang berkawan dengan dia yang
aku tak ada perasaan untuk dia. Ada, tapi aku biarkan Allah menjaga perasaan
itu. Matlamat aku sekarang cuma tamatkan pengajian dan balik Malaysia sebagai
anak yang membanggakan kedua orang tua aku. Aku, anak yang tak mahu ‘keluar’
dari rumah akhirnya menyambungkan pelajaran ke luar negara dan semestinya aku mahu
menghadiahkan keputusan yang baik kepada kedua orang tua aku.
Aku melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PhD. Nadhif juga
begitu. Masing-masing tak mahu kalah konon. Dia tamat pengajiannya lebih awal
daripada aku dan pulang ke Malaysia dahulu. Ikutkan sengal dia, dia mahu bekerja
sementara di UK sementara menunggu aku habis belajar dan balik ke Malaysia
bersama-sama dengan aku. Namun dia dipanggil kerja oleh penajanya di Malaysia
maka nak tak nak memang dia kena baliklah.
Seminggu sudah aku pulang ke Malaysia dan hanya menunggu
masa untuk dipanggil bekerja oleh penaja aku. Nadhif? Serius aku pelik dengan
dia ni. Bukan dia tak tahu yang aku dah balik Malaysia tapi tak ada langsung nak
hubungi aku.
“Alang, menung apa tu?” Nani yang
baru balik dari kerja menegurku. Nani ni bulan depan dah nak bertunang. Huhu langkah
bendul ye?
“Tak ada apalah Ateh. Mana kembar
dua orang tu?” Selalunya petang-petang ada je kembar dua orang tu melepak depan
televisyen tak pun menyakat mak aku kat dapur.
“Diorang main bola kat padang
rasanya. Ada game kata diorang minggu
depan ni.”
“Game?”
“Lawan antara sekolah. Aktif
sebenarnya budak dua orang tu.” Aku mengangguk faham.
“Hmm Alang sebenarnya okay ke tak Ateh nak tunang dulu ni?”
Soalan Nani membuatkan aku tersenyum.
“Kalau Ateh nak kahwin dulu pun
Alang tak kisah.”
“Qhalif cakap dia sanggup postponed dulu majlis kami kalau Alang
tak nak kami langkah bendul. Lagipun Abang Nadhif…” Nani yang tiba-tiba
berhenti bercakap membuatkan aku curiga. Apa dia ingat aku sensitif sangat ke
dengar nama tu?
“Hmm tak apalah Alang. Ateh mandi
dulu ye? Melekit pula badan ni.” Hmm selalunya Nani akan jadi macam ni bila dia
sembunyikan sesuatu dari aku. Hmm lantaklah.
Sesudah menziarahi Auntie Fei dan Uncle Ho, aku melangkah
perlahan ke arah sungai berdekatan kebun mereka. Bunyi air sungai mengalir
menenangkan fikiranku. Memori zaman persekolahan berlumba-lumba menerjah
fikiranku. Zaman sekolah aku yang asalnya mendatar dan membosankan menjadi gila-gila
dan seronok dengan kemunculan Abang Baby.
Aku duduk merendamkan kaki aku ke dalam sungai. Sejuk air
sungai membuatkan aku tenang. Bila difikirkan balik, hampir separuh dari umur
aku sekarang aku bersama dengan Nadhif. Walaupun berpisah jarak ketika waktu
belajar namun aku tak pernah rasa jauh dari dia. Cuma..haish bila dah balik
Malaysia ini pula dia macam jauh dari aku padahal duduk tak jauh pun! Geram
punya pasal aku patahkan ranting pokok yang aku jumpa tadi.
“Amboi aih geram benau orang kat
sana!” Suara tu! Nadhif! Aku memusingkan kepalaku ke belakang. Memang sah
Nadhif! Dia hanya tersengih ke arahku. Sekejap nak marah ke nak benamkan dia
dalam sungai? Sah aku tengah marah..istighfar..istighfar..
“Dah lama balik?” Ha..soalan ni
memang minta pelempang. Aku dah beritahu kot masa aku sampai hari tu! Sengaja
je dia ni..
“Tak la lama mana.” Aku menjawab
malas. Baik aku pandang anak-anak ikan dalam sungai ni dari muka sengal dia.
“Marah kat siapa ni?” Aku
menggelengkan kepala lalu bangun dari duduk. Baik aku balik rumah dari
lama-lama kat sini lepas tu kena tangkap basah pula dengan Abang Baby ni.
“Dah nak balik ke?” Pertanyaan dia
aku tak jawab. Aku menyorokkan kakiku ke dalam jubah yang aku pakai. Kaki aku
lap dengan kain dari dalam jubah sebelum memakai stoking.
“Long
ago, I made a promise here. Do you remember my love?” Aku yang baru nak
melangkah pulang terhenti seketika.
“Dah sampai masa untuk aku tunaikan
janji tu Rei.” Tak mungkin aku lupa janji dia dulu. Tapi bukan tempoh 10 tahun
ke? Sekarang baru lapan tahun kot.
“Tak payah tunjuk muka macam
sembelit Rei. Kan aku cakap 10 tahun atau kurang dari itu?” Isk dia ni kalau
nak kenakan orang memang banyak je idea dia!
“Aku ada jumpa dengan mak ayah kau.
Nani nak bertunang hujung bulan ni kan? Kita tunang sekalilah.” Ek? Senang
betul.
“Kau..kenapa kau langsung tak contact aku?” Dia hanya tersenyum dengan
soalan aku. Mungkin merasakan soalan aku tak menepati suasana yang cuba dia ciptakan
sekarang.
“Aku tak contact kau tapi aku selalu berborak dengan ayah dan mak kau. Tanya
diorang kau buat apa, bincang pasal hal kita dan perkara-perkara lain yang tak
perlu aku nyatakan disini.” Ces, nak berahsia sangat!
“Rei, aku nak serius dengan kau
sejak zaman sekolah lagi. Ikutkan gila aku, nak aje aku minta nikah lepas SPM
tapi aku tahu kau bercita-cita tinggi. Sekarang kita sama-sama dah matang dan
memang aku rasa dah layak nak kahwin dengan kau.” Matang ke dia? Aku tengok
sama je. Hahaha..
“Kau macam yakin je yang aku akan
setuju kahwin dengan kau kan?” Muka Abang Baby
terus berubah setelah mendengar kata-kata aku. Payback time!
“Kau ada calon lain ke Rei? Kenapa
mak ayah kau tak cakap apa-apa?” Wajah kecewa Abang Baby jelas terpancar.
“Apakah perlu aku beritahu
segala-galanya?” Aku menyilangkan tubuh dengan memakai topeng ‘minah poyo’
dimukaku.
“Aku ingatkan kau setia tunggu aku.”
Dia yang sudah terduduk membuatkan aku jatuh kasihan. Isk tak bolehlah tengok
dia susah hati. Lembut sangat hati kau Rei!
“Aku gurau jela! Kau ni macam tak
kenal aku! Sepanjang aku kat sekolah, matrikulasi dan masuk U boleh kata semua
kawan-kawan aku kau kenal. Sampaikan professor yang jadi supervisor aku pun kau siasat macam aku tak tahu! Yela kita tunang!
Kau bawa la mak ayah kau jumpa dengan mak ayah aku baru cerita habis! Dah aku
nak balik! Petang ni mak suruh buat cekodok jagung!” Dengan muka memerah malu
aku melangkah pulang ke rumah.
“Serius ke ni weh?” Dia berlari-ari
anak mengejar aku.
“Yelah!” Aku mempercepatkan lagi
langkah aku. Bila aku menoleh aku nampak dia buat sujud syukur sebelum melompat
bintang. Dasar kanak-kanak riang!
Hari minggu itu dia membawa rombongan meminang ke rumah aku.
Mak dan ayah aku yang aku rasa memang berpakat dengan Abang Baby mula-mula
berlakon konon-konon terkejut tapi bila aku beritahu yang dah tahu perkara yang
sebenar ,mereka hanya ketawa. Maka akhir bulan ini aku akan bertunang dengan
Abang Baby.
Kahwin? Hmm dengan sikap Abang Baby ni aku rasa tak hujung
tahun ni mungkin tiga atau empat bulan dari tarikh tunang huhu..entahlah.
Apa-apa pun aku berserah kepada Allah. Aku dan dia hanyalah hamba Allah yang
tak tahu apa yang akan terjadi hatta 10 saat dari sekarang. So live your life in a way you’ll never
regret later.
“Rei, Rei, kita nak buat majlis kat
tepi pantai ke, taman ke dewan je?”
“Kebun Auntie Fei dengan Uncle Ho
tak nak?”
“Hehehe berapa sewa? Agak-agak
berapa banyak kerusi dengan meja boleh letak” Cis, dasar Abang Baby loqlaq!
*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga cerpen ni. Macam biasa nak iklan sikit pasal buku koleksi cerpen Happy Virus.
Masih ada lagi stok dengan saya dan boleh hubungi saya melalui email: kouryu.nasrin@gmail.com atau add Facebook Norlyana Nasrin Zulkifli
Buku cuma berharga RM 28 pos RM 7 Semenanjung Malaysia dan RM 10 bagi Sabah dan Sarawak.
Wokeh! Macam tak biasa pula..dah habis baca tu kalau tak suka ka apa sila komen na?
*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga cerpen ni. Macam biasa nak iklan sikit pasal buku koleksi cerpen Happy Virus.
Masih ada lagi stok dengan saya dan boleh hubungi saya melalui email: kouryu.nasrin@gmail.com atau add Facebook Norlyana Nasrin Zulkifli
Buku cuma berharga RM 28 pos RM 7 Semenanjung Malaysia dan RM 10 bagi Sabah dan Sarawak.
Wokeh! Macam tak biasa pula..dah habis baca tu kalau tak suka ka apa sila komen na?
(^-^)v
20 comments:
sugoiiii....daebak ^_^
Akhirnya.. Moga dyorg bhgia sllu.. Y psal abg rei n kkak abg bby pe cite??
@aecha sha: hehe alhamdulillah..arigatou 😁
@Nursayhida Amirah: huhu maaflah makan masa sbb agak bz. Abg Rei dgn kakak Abg Baby len cerpen kte smbg huhuhu
Terbaiklah..
Alhamdulillah..tq2
(^-^)v
arghhhhh...bestnyer. Rasa beruntung jadi Rei
@Halimatus Saedah: Alhamdulillah..hehe dh rezeki dia dgn Abg Baby ufufufufu
(^-^)v
Bila la pulak kisah kakak abg bby n abg rei.. Tk sabo nk mnanti..
InsyaAllah saya update bila ada idea n masa ye 😁
akhirnya. sempoi jer cite nie. I like it...
@rozita kadiman: Alhamdulillah..hehe maaf la amik masa yang agak lama utk siapkan.
(^-^)v
xde special entry ke sis?
@arinie: special mcm mne dik?
(^-^)v
kalau bole . buat la kisah diorg lepas kawin. hehehe
@Nur Naslim: haha insyaAllah klu ada idea
(^-^)v
Salam...
Coool ok?? Best!!!
Sufi.
@Sufi: Waalaikumussalam..
hehehe thanks
(^-^)v
Haha...setianya Abang Baby. Sweet Serius, semua cerpen awak best-best. Teruskan menulis yer.. Kalau boleh nak sambungannya juga. Jemput juga singgah blog saya. Baru jer buat. menorasky.blogspot.com/
@Norazizah Riduwan: Thanks for reading. InsyaAllah selagi mana dikurniakan idea dan ada masa terluang.
InsyaAllah saya melawat ye (^-^)v
Post a Comment