Abang Baby dan Rei [kredit] |
Latihan merentas desa yang
baharu sahaja tamat cukup meletihkan aku. Laluan trek yang agak mencabar
membuatkan ramai pelajar yang berhenti sekerat jalan dan berehat di
warung-warung yang terdapat di sekitar laluan trek. Aku? Tak adanya nak
berhenti! Nadhif menggugut mahu mencari anjing liar dan melepaskan anjing
tersebut untuk mengejar aku jika aku berhenti separuh jalan. Memang bagi
semangat kaw-kaw punya kat aku!
“Penat?” soalnya sambil menghulurkan sebotol air mineral.
Mula-mula agak sangsi juga nak ambil sebab dia ini banyak akal nak kenakan aku
tapi…haus punya pasal tibai sahajalah! Alhamdulillah hilang haus dengan air
yang Abang Baby beri minum.
“Selalunya orang pendek ni lari laju.” Ha..tengok? Ada sahaja
benda yang dia nak kenakan aku.
“Jadi aku tak pendek sebab aku lari tak berapa nak laju,” jawabku
malas sambil meregangkan otot-otot aku. Dia terus menghamburkan tawa dan
bila aku berpaling, tuala kecil yang digunakan untuk mengelap peluh dicampak
tepat ke mukaku.
“Pakailah. Tu yang bersih punya.” Aku tak menunggu lama untuk
mengesat peluh dimuka memandang aku terlupa untuk membawa tuala aku sendiri.
“Bersih sebab baru sekali je aku pakai. Hahaha…” Ceit, terkena
lagi aku!
“Weh mak ayah kau ada tanya tak plan kau lepas habis sekolah?”
soal Nadhif ketika aku sedang memerah otak menyelesaikan soalan Matematik
Tambahan yang sudah dia siapkan dalam masa kurang dari lima minit. Tak
dinafikan walaupun perangai dia tak serupa orang tapi otak dia memang
bergeliga.
“Tak ada pun sebab diorang nak suruh aku tentukan masa depan aku
sendiri.” Aku mula duduk bersila ala-ala bertafakur konon-konon nak tenangkan
otak dan dapat inspirasi dari alam. Serius Matematik Tambahan ini memang bagi
aku tekanan!
“Samalah. Tapi terus terang aku cakap yang aku tak ada plan.”
Matanya memandang jauh ke arah kebun Auntie Fei dan Uncle Ho. Inilah masalah
dengan orang genius! Genius sangat sampai tak tahu nak jadi apa!
“Kau pandai Nadhif. Gunakan otak yang Allah kurniakan pada kau
untuk berbakti kat orang lain dan dalam masa yang sama buat sesuatu yang boleh
berikan kepuasan untuk diri kau sendiri.” Nasihat yang lebih kurang sama along
aku beri kepada kami adik beradik suatu ketika dulu. Sesudahnya, kami semua
dipaksa menulis karangan yang bertajuk ‘Cita-cita saya’. Ingat balik memang
kelakar tapi itu yang menjadi pembakar semangat untuk kami adik beradik.
“Aku tak tahulah. Boleh tak kalau aku ikut je mana kau pergi?”
Huk?!
“Aku..aku tak reti nak bergaul dengan orang. Bila kau ada baru aku
rasa tenang dan marah aku boleh dikawal. Aku serius tak tahu apa akan jadi kat
aku kalau kau tak ada.” Muka aku mula nak membahang tapi fikiran logik pantas
menerpa.
“Aku tak kisah tapi sampai bila weh? Sedangkan kalau masuk U pun
blok asrama lain-lain.” Sengaja aku memasukkan elemen gurauan untuk bagi dia
peluang untuk berfikir.
“Hmm itu aku tahulah. Sekarang ni pun kita bukan duduk serumah.”
Dia menguak rambutnya ke belakang. Haish dah panjang sikit rambut Abang Baby
ni. Tunggu masa sahajalah nak kena tahan dengan Guru Disiplin.
“Ada satu je cara untuk pastikan kita sentiasa bersama.” Aku
memandang pelik ke arah Abang Baby yang mula tayang muka serius.
“Apa benda weh?” soalku tak sabar. Boleh pula dia ‘pause’ seminit!
“Kita kahwin.” Huk?! Apakah? Dah biol ke apa otak si genius ni?
“Mengarutlah kau! Dah aku nak balik! Lama-lama dengan kau mahu
senget kepala otak aku!” Aku bingkas bangun dan mula mengemas barang-barang
aku. Rafiq dan Rafi mula mendekati aku apabila melihat aku dah bersiap-siap
untuk pulang ke rumah.
Abang Baby? Dia senyap terus dan langsung tak pandang muka aku. Haish aku
ke dia yang cakap benda mengarut ni?
Kertas-kertas peperiksaan
percubaan SPM aku masukkan ke dalam fail. Markah? Alhamdulillah bolehlah tahan
berkat usaha dan doa mak ayah aku. Perlahan aku mengatur langkah ke taman
botani sekolah. Aku nak menjenguk pokok-pokok yang aku tanam dan ada yang
perlukan penjagaan rapi maka aku memang kena cakna dengan perubahan
tumbuh-tumbuhan tersebut. Silap sikit mahu mati pokok aku kome tahu?
“Nadhif macam mana kamu boleh masuk dalam taman botani ni? Setahu
cikgu cuma Reika yang ada kunci untuk taman ini!” Aku mempercepatkan langkah
apabila melihat Cikgu Rosman dan beberapa orang murid ada didalam taman botani.
“Kenapa ni cikgu?” Aku terkaku di pagar melihatkan keadaan taman
botani yang kucar-kacir.
“Rei, bukan aku Rei!” Nadhif memandangku dengan muka bengis.
Mungkin terasa dirinya bakal dipersalahkan.
“Tapi masa saya sampai, cuma Nadhif sahaja yang ada dalam taman
ini cikgu,” ujar seorang pelajar dengan muka takut-takut.
“Cepat mengaku Nadhif! Kamu yang jahanamkan taman ni kan?! Pantang
tengok benda elok sikit dia nak bagi jahanam!” Cikgu Rosman yang sudah
meninggikan suara membuatkan aku terkedu lagi. Otak aku sedang cuba memproses
maklumat yang aku terima dan sibuk membuat analisis.
“Rei, percaya cakap aku Rei. Aku mana mungkin sanggup nak
jahanamkan benda yang kau sayang!” Aku mengangguk perlahan.
Senakal-nakal Nadhif, tak pernah dia menjahanamkan harta benda sekolah.
“Cikgu, saya tak rasa Nadhif salah. Kalau pun nampak dia seorang
sahaja dalam taman ni tapi tak ada bukti yang dia rosakkan pokok-pokok ni jadi
kita tak boleh terus menuduh Nadhif,” jelasku sambil melemparkan senyuman
kepada Nadhif. Aku tahu dia tak akan buat benda-benda bodoh macam ini. Muka
tegang Abang Baby kembali kendur selepas melihat aku tersenyum ke arahnya.
“Ala diorang bercinta cikgu, mana mungkin nak kata Nadhif salah!”
Eh? Siapakah si durjana itu?! Nak minta penumbuk ke apa? Dan-dan juga muka si
Abang Baby keruh semula. Haish….
“Kalau kami bercinta pun, saya tak akan gila melepaskan orang yang
buat onar pada pokok-pokok saya. Tak apa, taman botani ini ada CCTV. Tak akan
terlepas orang yang buat jahat dan kemudiannya menuduh orang lain!” Cikgu
Rosman menganggukkan kepalanya.
“Hmm terlupa pula cikgu yang ada CCTV dalam taman botani kamu ni
Reika. Baiklah saya akan pergi periksa rakaman CCTV tu sekarang. Nadhif dan
Reika boleh ikut saya.” Aku dan Nadhif segera membontoti Cikgu Rosman.
“Sekejap. Korang semua tolong keluar dari taman aku. Ini private space aku.” Serius aku tak
selesa bila mereka beramai-ramai didalam taman yang selalunya dihuni oleh aku
seorang diri. Masing-masing tayang muka tak puas hati dan ada juga yang
mengatakan aku perempuan hutan gila. Hmm kisah sangatlah aku dengan cakap-cakap
orang.
“Rei, terima kasih sebab percaya aku.” Nadhif memandangku dengan
wajah lega.
“Hmm dah kau tak salah.” Aku segera mengunci pintu pagar taman
botani. Cikgu Rosman dari tadi memerhatikan sahaja kelakuan kami. Hmm jangan
dia ingat aku dengan Nadhif berkomplot jahanamkan taman botani sekolah sudah.
Tapi...rasanya satu sekolah tahu yang aku memang sayang gila-gila dengan taman
ini.
Setelah menonton rakaman kamera CCTV, terbukti Nadhif tak
bersalah. Rupa-rupanya geng basikal pelesit sekolah yang menjahanamkan taman
botani aku sebab nak balas dendam kat Abang Baby.
Yang beria-ia menuduh Nadhif itulah dalangnya. Nasib baiklah ada kamera CCTV
kalau tak, tak pasal-pasal Abang Baby
kena gantung sekolah.
“Rei, macam mana kau tahu yang aku
tak salah?” Aku yang sedang merendamkan kaki ke dalam sungai hanya tersenyum
nipis. Sungai yang terletak hampir dengan kebun Auntie Fei dan Uncle Ho menjadi
tempat aku berehat setelah penat mengulangkaji matapelajaran Kimia dengan
Nadhif tadi. Macam biasa, Rafiq dan Rafi setia menemani aku sebab Abang Baby ada sama.
“Dah kau cakap kau tak salah.” Aku
menjawab setelah dia menayang wajah bengang bila aku tak mejawab soalan dia
hahahaha…
“Macam tu je?” soalnya semula
dengan muka bengang minta jawapan panjang.
“Yelah.” Nadhif hanya mendiamkan
diri sambil mencampak batu-batu kecil ke dalam sungai.
“Lagi satu, kalau aku tak
percayakan kau, aku tak layak jadi kawan kau.” Aku meregangkan otot lalu bangun
dari dudukku.
“Terima kasih. Aku memang tak salah
pilih kau.” Aku hanya menjungkitkan kedua-dua belah bahu. Kawan kalau tak
saling percaya, apa guna?
“Rei..” Aku yang ketika itu hendak
mengambil air botol yang aku bawa dari rumah terhenti seketika dek panggilan
Abang Baby.
“Tolong tunggu aku.” Dia cakap apa
ni?
“Ha? Kau nak air ke?”
“10 tahun. Aku minta kau tunggu aku
untuk 10 tahun atau mungkin kurang dari itu. Aku akan buktikan yang aku lelaki
yang sesuai untuk kau.” Terkedu seketika aku dengan kata-kata yang keluar dari
mulut Abang Baby. Kena sampuk dengan jin sungai ke dia ni?
“Ka..kau cakap apa ni?” Aku yang
ternyata terkejut tak mampu memandang wajah serius Nadhif.
“Aku akan ambil kau jadi isteri
aku. Aku yakin hanya kau yang sesuai untuk aku.” Aku terkedu dan hilang
kata-kata.
“Mungkin kau rasa macam tak betul
je apa yang aku cakap tapi ini adalah keputusan yang aku buat setelah berfikir
lama. Lagi 10 tahun, kita akan kembali ke tempat ini dan aku akan melamar kau
untuk jadi isteri aku. Kau sudi tak tunggu aku?” Automatik aku mengangguk.
Eh?!!!!! Aku pun kena sampuk sekali ke apa?
“Benda ni kita hanya merancang tapi
Allah yang tentukan segalanya. Kalau ada jodoh tak akan ke mana.” Abang Baby hanya tersenyum nipis mendengarkan
kata-kata aku.
“Que sera..sera..what will be, will be.” Aku mengangguk. Apa lagi
yang boleh aku katakan?
“Along, balik hujung minggu ni ke
mak?” soal aku ketika membantu mak menyediakan juadah petang.
“Haah. Dia balik sekejap sebab nak
buat passport.” Passport? Along aku nak pergi luar negara ke?
“Buat passport? Along nak pergi mana mak?”
“La..along tak beritahu Rei ke? Dia
ada misi kemanusiaan ke Kemboja.”
“Hmm mungkin along lupa nak
beritahu.” Hmm seronok betul jadi pelajar universiti. Selama ini ada sahaja aku
mendengar along bercerita tentang aktiviti-aktiviti dia. Selalunya aku hanya
mendengar tapi tak masuk pun dalam kepala otak aku sangat sebab aku memang tak
berapa berkenan nak buat aktiviti yang melibatkan ramai orang.
“Rei nanti kalau dah masuk universiti,
bolehlah ikut aktiviti-aktiviti macam tu. Sekurang-kurangnya boleh hilangkan
tekanan belajar dan Rei boleh timba pengalaman.” Aku hanya mampu mengangguk.
Serius aku tak janji yang aku akan aktif di universiti.
“Rei nanti lepas SPM mungkin dapat
tawaran kat mana-mana universiti. Masa tu, kira pertama kali Rei jauh dari
keluarga. Mak sebenarnya risau juga tapi sampai bila nak duduk bawa ketiak mak.
Rei perlu keluar dan lihat dunia. Dunia luar tak sama macam apa yang Rei tengok
dalam televisyen dan internet. Rei kena pandai jaga diri dan ingat Allah
melihat setiap perbuatan dan kelakuan Rei. Mak dan ayah hanya boleh mendoakan
yang terbaik untuk Rei dari jauh.” Sayu jugalah mendengarkan kata-kata dari mak
ini. Aku tahu yang aku ini ‘lain’ dari anaknya yang lain dan itu juga antara
sebab dia risau akan keadaan aku bila berjauhan dengan keluarga.
“InsyaAllah Rei ingat pesan mak.”
Mak mengangguk perlahan. Aku dan mak meneruskan kerja tanpa bercakap sehingga
siap. Pada aku, lama lagi baru nak masuk universiti tapi mungkin pada mak, dia
sedang mengira berapa banyak masa lagi yang dapat dia habiskan bersama aku
sebelum aku keseorangan diluar sana.
*************************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu bahagian. Maaf ambil masa yang agak lama sebab saya sibuk dengan persediaan kelas dan hal buku.
Oh ye nak buat iklan sikit untuk Happy Virus. Sesiapa yang masih belum dapatkan buku koleksi cerpen saya boleh emel saya di kouryu.nasrin@gmail.com tak pun add Facebook Norlyana Nasrin Zulkifli.
*************************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu bahagian. Maaf ambil masa yang agak lama sebab saya sibuk dengan persediaan kelas dan hal buku.
Oh ye nak buat iklan sikit untuk Happy Virus. Sesiapa yang masih belum dapatkan buku koleksi cerpen saya boleh emel saya di kouryu.nasrin@gmail.com tak pun add Facebook Norlyana Nasrin Zulkifli.
Harga buku cuma RM28! Setiap buku saya sendiri akan tandatangan sebelum pos hehehe perasan popular sekejap....
Dalam buku ni ada 5 cerpen dari blog dan 5 lagi cerpen ekslusif fresh dari otak saya. Ketahuilah kelima-lima cerpen baru itu tak akan disiarkan ke dalam blog atau dimana-mana.
Okay macam biasa tak suka ka apa sila komen na?
(^-^)v
4 comments:
Yes!!! You are the best!!! <3<3<3
@Didyana Idris: Alhamdulillah thanks ye 😁
Bile nk sambung cerpen ni?..x sabar menunggunyee..
Harap bersabar huhu..penulis tgh blur seketika..insyaAllah ada idea saya sambung huhuhuhu 😅😅😅
Post a Comment