Kapitalis

Sunday, April 26, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 2)

Sakata Gintoki from Gintama [credit]  


Awkward. Serius sangat janggal bila makan berdua-duaan di kafe comel ala maid café di Jepun dengan pensyarah yang tunjuk muka selamba badak. Rasanya, badak pun surrender dengan dia ni!

“Dah lama jadi otaku?” soalnya sambil menyuap parfait ke dalam mulutnya. Parfait strawberry cheesecake yang aku tengok pun boleh agak manis gila disuap macam biasa dengan kelajuan konsisten. Okey aku dah mula merepek.

“Lama juga. Saya suka anime, manga dan cosplay. Mula terjebak pun selepas sesat di Akihabara waktu balik Jepun dulu.” Aik apasal pula ringan je mulut aku nak bercerita dengan mamat selamba ini? Aku ini boleh dikategorikan agak tertutup dengan orang yang aku tak kenal atau kurang suka. Tapi…fuh apa jampi yang dia pakai?!


“Janji awak happy sudah. Miss, can I get one more of this?” Mak aih! Dia dah habiskan parfait dan minta lagi satu? Hebat!

“Sebenarnya saya segan nak masuk café macam ni sorang-sorang itu yang ajak awak sekali. Alang-alang dah masuk baik saya makan sesuka hati.” Aku terus menghamburkan ketawa mendengarkan penjelasan dari si mamat selamba ini. Ada perasaan malu juga rupanya dia ini.

Yeah, it’s kind of freak if you walk into this type of café alone. Kalau perempuan tahan lagi tapi kalau lelaki…hahaha serius lawak.” Dia tersenyum sedikit sebelum kembali menyuap parfait ke dalam mulut.

Sedang kami enak berbual-bual, kami dikejutkan dengan kedatangan Raiqarl yang tak bercakap sepatah haram tapi terus duduk disebelah mamat selamba.

“Aku nak minta maaf. Walaupun kau agak pelik tapi aku tak patut cakap macam tu kat kau hari tu.” Aku perasan yang mukanya memerah. Sekejap, dia ni pemalu ke sebenarnya? Hari itu bukan main hero.

“Raiqarl ni akan jadi agresif kalau terminum atau makan sesuatu yang mengandungi kafein. Hari tu, saya tak sengaja terbagi dia minum mocha itu yang boleh jadi bergaduh.” Eh?? Macam ini punya manusia pun wujud ke?!

“Dia sebenarnya sangat pemalu dan susah nak bercakap dengan perempuan. Awak maafkanlah dia ye Emma Ai?” ujar mamat selamba itu dengan mulut yang tak henti-henti menikmati parfait. Aku rasa sekejap sahaja lagi bakal habis parfait kedua dia ini.

“Oh macam itu. Saya maafkan. Nak makan apa-apa Raiqarl?” Dia membuka menu yang baru diberi oleh pelayan.

“Mocha”

“No!” Serentak aku dan mamat selamba menjerit dan aku nampak Raiqarl tersenyum nakal.







Malam itu, Abang Gin menelefon lagi. Kali ini dapat mendengar suaranya yang agak ceria. Mungkin segalanya berjalan lancar disana.

“Ai, what do you want for souvenir?” Ha..inilah soalan yang paling aku tunggu-tunggu setiap kali Abang Gin ke luar Negara.

Buy me sand art from Petra, dead sea salt bath…”

“Sekejap, biar abang ambil pen dan kertas. Abang rasa mesti panjang list kali ni. Ke Ai nak email je kat abang?” Ak ketawa dengan kata-kata abangku. Faham sangat dengan perangai aku. Selalunya aku akan membuat carian di internet tentang benda yang patut dibeli apabila melawat sesuatu negara dan abang aku akan membeli apa yang aku mahukan.

“Gin, I want to further my study in Japan.” Abangku terdiam seketika sebelum melepaskan keluhan.

“Ai tahu yang mama tak akan setuju kan?” Aku automatic mengangguk. Terlupa pula yang dia menelefon bukan membuat panggilan video. Isy kenapalah Abang Gin tak pakai Skype je?!

“Mama tak suka Ai jauh dari pandangan dia dari kecil lagi. Dia memang nak kawal Ai. Ai bosan macam ni.” Aku duduk memeluk lutut lantas membuang pandang ke luar jendela. Cuaca mendung di luar bagaikan memahami jiwa aku yang agak tertekan.

“Ai faham kan kenapa mama jadi macam tu? Dia sayangkan Ai sangat. Abang pun harap Ai tak duduk jauh dari abang.” Pandailah Abang Gin ini nak memujuk aku. Padahal aku tahu jika aku pindah ke mana pun, dia pasti senang dapat menjejaki aku. Abang Gin bukan orang sembarangan.

“Tapi dia kena faham yang Ai bukan budak kecil lagi. Entahlah kadang-kadang Ai rasa nak lari.”

Don’t you dare Kinoshita Ai!” Keras suara abangku membuatkan aku tersentak.

“Sekali Ai buat perangai macam tu, lagi mama tak percayakan Ai. Sampai mati dia akan pastikan Ai dalam kongkongan dia faham?!” Nampaknya aku dah tersilap cakap. Abang Gin yang tak pernah marah pun dah naik angin maka aku pun tak rasa nak berbual panjang dengan dia. Tunggu angin dia reda barulah aku menelefon dia semula.







Dorayaki. Kuih kegemaran Doraemon tapi aku tak suka kacang merah jadi aku memang tak akan beli. Aku kini berada dihadapan kiosk menjual dorayaki menemani mamat selamba yang selamba sahaja ‘tarik’ aku untuk temankan dia beli dorayaki. Aku ini teman makan dia ke sekarang?

“Saya risau kalau tiba-tiba orang tu cakap Jepun dan saya tak faham. Muka dia sebiji macam Takuya Kimura jadi rasanya lagi selamat kalau awak ada. Boleh jadi translator percuma.” Dia menayangkan gigi sebelum mengambil pesanan  yang sudah siap. Aku rasa dia ini kemaruk nak makan dorayaki sebab 20 biji juga dia beli. Keturunan Doraemon ke apa?

“Dr Hilal tak risau ke kalau ada yang salah faham bila makan dengan saya ni?” soalku setelah kami mengambil tempat di dalam restoran.  Dia hanya menggelengkan kepala dan mula memesan makanan. Sekejap, yang dorayaki tu bila pula dia nak makan? Dia ini ada bela dinosaur ke dalam perut?

“Jangan risau, saya tak ada isteri atau girlfriend buat masa sekarang. Perempuan bila tengok saya makan, terus diorang reject. Hahaha..” Dah tahu macam itu kenapa kau makan macam orang kebulur?!

“Ai je yang tak komen apa-apa bila saya makan dan tahan temankan saya. Selalunya, kawan saya sendiri pun akan beralasan bila nak temankan saya makan.” Ah sudah. Aku dah rasa tak sedap hati. Adakah mamat selamba ini dah jatuh hati pada aku? Ohoi!

“Biasa je. Maksud saya tak affect apa-apa ke pada kerja Dr Hilal as my lecturer kalau keluar makan dengan saya?”

“Oh tak adalah. Tak ada pun dalam polisi universiti kita yang pensyarah tak boleh keluar makan dengan pelajar. Well bagi saya ini adalah bonding time untuk lecturer dan student. Lain kali mungkin kita patut ajak yang lain sama.” Mukanya tetap selamba dan bertukar ceria apabila makanan yang dipesan sampai. Betul-betul perangai kanak-kanak riang! Makan bukan main banyak tapi badan tetap kurus. Haish sesungguhnya aku dengki dengan metabolisme dia.

“Hmm cuma saya risau mereka lari pula bila tengok saya makan.”

“Tak ada sebab nak lari sebab tahu bukan mereka yang bayar pun.” Dia terus menghamburkan tawa. Err aku ada buat lawak ke?

“Ai anak tunggal?” soalnya tiba-tiba.

“Taklah, saya ada seorang abang. Kenapa tanya?”

“Saya anak tunggal jadi saya agak janggal nak mulakan persahabatan dengan orang. Raiqarl itu kawan saya dari kecil dan sekarang Ai orang ketiga yang saya boleh bercakap dan makan sesuka hati depan-depan.” Aku mengangguk faham. Ramai juga kawan aku yang merupakan anak tunggal mengalami masalah yang sama. Mereka agak janggal untuk berkongsi tapi bila dah lama berkawan, rasanya tak ada masalah.

“Dr Hilal masih duduk dengan keluarga?”

“Hmm tak, saya nak berdikari itu yang saya pindah keluar.”

“Saya juga terfikir nak berdikari dan tinggal berasingan dengan ibubapa saya tapi….” Aku berhenti disitu dan hanya mampu menggelengkan kepala. Mamat selamba itu hanya memandang tepat ke wajahku sebelum menguntumkan senyuman.

“Mungkin payah sebab awak masih muda Ai. Tunggulah setelah awak tamat belajar dan mula bekerja. Awak boleh tinggal berasingan selepas itu. Buat masa sekarang, tunjukkan yang awak boleh berdikari dengan kurangkan pergantungan kepada mereka.”

“Macam mana tu Dr Hilal?” soalku teruja.

“Mula mengemas, memasak dan menguruskan diri sendiri. Kalau boleh cuba cari pendapatan sendiri dari sekarang.” Aku mengangguk faham. Teringat gaya hidup aku yang terlalu senang dan diuruskan segalanya oleh mama. Mama tak mengupah orang gaji kerana tak suka orang luar bergerak bebas didalam ‘jajahannya’.

“Baiklah, terima kasih diatas nasihat.” Dia menjungkitkan bahu lalu meneruskan suapannya.





Seperti yang dijangkakan, mama membantah keras apabila aku meminta izin untuk bekerja sambilan di gerai serbaneka berhampiran kawasan perumahan kami. Katanya aku masih muda dan dia risau akan keselamatan aku. Akhirnya aku membuat bisnes dalam talian sahaja. Inipun setelah diajar oleh Fiona. Aku membuat  bisnes perkhidmatan membina laman sesawang, menterjemah artikel Bahasa Jepun dan bermacam-macam lagi.

Disebabkan aku sangat suka cosplay, semua kostum aku jahit sendiri dan kostum yang pernah aku pakai, aku jual. Mana ada cosplayer yang pakai kostum yang sama berulangkali?! Usaha aku ini cuma diketahui oleh abangku, Fiona dan mamat selamba. Sengaja aku rahsiakan dari mama dan papa sebab bila dah berjaya barulah aku boleh tunjuk kepada mereka dengan muka bangga hehehe…

Permintaan pelanggan aku yang mahu aku menjahitkan baju Gintoki dari anime Gintama agak memeningkan kepala aku. Aku cuma menjual kostum terpakai dan belum lagi nak menjahit bagai. Kepala aku garu sambil menelaah rekaan baju kimono Gintoki. Tak susah mana tapi mana aku nak cari kain yang sama? Kalau rumah aku sebelah Akihabara mungkin senang. Lantas aku menghubungi saudara-maraku di Jepun meminta pertolongan. Setelah berbincang, mereka sedia membantu tapi mungkin mengambil masa untuk nak dihantar bagai.

Haish…aku membuka semula emel dari pelanggan tadi dan mula menaip. Menerangkan situasi aku dan jika dia masih berminat, dia perlu menunggu lama dan harganya akan menjadi mahal dek kain dibawa khas dari Jepun. Tak sampai 10 minit, emel dibalas dan ternyata pelanggan aku ini cosplayer tegar. Tak kisah langsung pasal kos sebab dia sendiri tahu susah untuk mendapat kain yang sama di Malaysia.

Komputer aku tutup dan aku turun ke dapur untuk meminum air. Kelihatan abang dan papa aku sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu. Aktiviti biasa mereka setelah mama tidur. Kalau mama masih berjaga, aku tak rasa mereka akan menonton televisyen. Pasti masing-masing diam membuat hal sendiri.

“I’ve been thinking lately and I think I want to move out.” Hampir terlepas gelas yang aku pegang mendengarkan kata-kata dari Abang Gin walaupun perlahan tapi masih boleh didengariku sebab jarak antara dapur dan ruang tamu tidak terlalu jauh.

“Gin, things will get worse if you move out now. Currently, your mom been stressed out with Ai sudden changes. I hope you will consider.”

“But I think, she’ll be happy if I’m not around. I’m just a burden.” Sayu suara abangku membuatkan aku turut berasa sedih. Siapa tak sedih kalau dilayan seperti orang luar dirumah sendiri?

“Jangan risau Gin. Papa mahu Gin terus ada disini. Dahlah jom masuk tidur. Papa dah tak faham cerita apa dah kat tv ni hahaha..” Aku terus menyorok apabila papa dan abangku bangun untuk naik ke tingkat atas. Hmm kalau abang aku pindah, aku nak ikut! Tak mahu aku tinggal disini tanpa abang aku! Faham yang mama akan menjadi lebih tegas bila abang aku tak ada.


Gelas yang berisi air aku teguk perlahan. Memikirkan cara untuk pastikan yang abang aku tak akan berpindah keluar sebelum aku atau tanpa aku. Atau mungkin ada cara lain untuk merapatkan hubungan abang dengan mama?

**********************************************************************
Alhamdulillah siap juga part2 ni. Maaf serius saya sangat sibuk sekarang dan memang payah nak update selalu. Harap kalian bersabar ye?

Macam biasa, tak suka ka apa sila komen.

(^-^)v

18 comments:

Anonymous said...

alahai seronoknya baca sambil makan biskut keju ~_~

Norlyana Nasrin said...

@anonymous: Ufufufu enjoy your biscuit! Hari hujan ni best makan biskut sambil minum teh.

(^-^)v

SuhaFasihah said...

Ohoi~ akhirnya ada update... Hohoho
Semoga lps ni kurang busy dan boleh update selalu... Ngehehe

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Amin..but seriously still masih dalam zone busy sekarang sebab kena buat byk gila bnd b4 Thursday.
insyaAllah bl free saya akan update.
(^-^)v

Unknown said...

Alhamdulilah... Ada jgk entry baru setelah menunggu.. Thanks for this entry... Saya doakan agar akak kurang busy lepas ni.. hehe..

Knapa hubungan Gin dgn mak dy tk rapat??

Norlyana Nasrin said...

@Ain Nia: Amin..thanks dik.

Ada kisah disebaliknya dan akak akan muatkan dalam cerpen khas utk Gin
(^-^)v

Anonymous said...

(^-^)v tu emoji untuk apa eh akak? Comel. Selalu akak guna emoji tu tapi saya tak tahu untuk apa :P

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@anonymous:Hahaha tu saje je akak letak..

Peace no war? Pffftt

(^-^)v

Anonymous said...

Yayyyy dah lama tggu part ni heeee thanks kak labiuss baik ah kak

Norlyana Nasrin said...

@anonymous: hahaha...you're welcome
(^-^)v

Anonymous said...

Nak lagi...

Norlyana Nasrin said...

Sabar2.insyaAllah mggu dpn akak update

Anonymous said...

Hai akak! Miss you :P Bila akak nak update ni? Sobs sobs T_T

(^-^)v

Anonymous said...

lambatnya update arghhhhh ari2 lalu pun belum.. plz update rasa mau gilak nie tngu warghhhh

Norlyana Nasrin said...

Hai adik..bertabahlah..akak agak bz dbb kne keja n jg nenek akak yg br lps buat minor surgery kat kaki

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

Bertabah wahai adikku..

(^-^)v

Anonymous said...

Owh. Begitu rupanya. Bertabahlah wahai diriku dan jugak akakku sayang :P Syafahallah! Jadilah cucu solehah ye ^_^ Banyak pahala akak jaga nenek akak tau. Bestnyaa!

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

InsyaAllah akak try update ari ni xpn esk.
Amin.