Sakata Gintoki from Gintama [credit] |
Awkward. Serius sangat janggal bila makan berdua-duaan di kafe comel ala maid café di Jepun dengan pensyarah yang
tunjuk muka selamba badak. Rasanya, badak pun surrender dengan dia ni!
“Dah lama jadi
otaku?” soalnya sambil menyuap parfait ke dalam mulutnya. Parfait strawberry cheesecake yang aku tengok pun boleh agak manis
gila disuap macam biasa dengan kelajuan konsisten. Okey aku dah mula merepek.
“Lama juga. Saya
suka anime, manga dan cosplay. Mula terjebak pun selepas sesat
di Akihabara waktu balik Jepun dulu.” Aik apasal pula ringan je mulut aku nak
bercerita dengan mamat selamba ini? Aku ini boleh dikategorikan agak tertutup
dengan orang yang aku tak kenal atau kurang suka. Tapi…fuh apa jampi yang dia
pakai?!
“Janji awak happy sudah. Miss, can I get one more of this?” Mak aih! Dia dah habiskan parfait dan minta lagi satu? Hebat!
“Sebenarnya saya
segan nak masuk café macam ni
sorang-sorang itu yang ajak awak sekali. Alang-alang dah masuk baik saya makan
sesuka hati.” Aku terus menghamburkan ketawa mendengarkan penjelasan dari si
mamat selamba ini. Ada perasaan malu juga rupanya dia ini.
“Yeah, it’s kind of freak if you walk into
this type of café alone. Kalau perempuan tahan lagi tapi kalau
lelaki…hahaha serius lawak.” Dia tersenyum sedikit sebelum kembali menyuap parfait ke dalam mulut.
Sedang kami enak berbual-bual, kami
dikejutkan dengan kedatangan Raiqarl yang tak bercakap sepatah haram tapi terus
duduk disebelah mamat selamba.
“Aku nak minta
maaf. Walaupun kau agak pelik tapi aku tak patut cakap macam tu kat kau hari
tu.” Aku perasan yang mukanya memerah. Sekejap, dia ni pemalu ke sebenarnya?
Hari itu bukan main hero.
“Raiqarl ni akan
jadi agresif kalau terminum atau makan sesuatu yang mengandungi kafein. Hari
tu, saya tak sengaja terbagi dia minum mocha itu yang boleh jadi bergaduh.”
Eh?? Macam ini punya manusia pun wujud ke?!
“Dia sebenarnya
sangat pemalu dan susah nak bercakap dengan perempuan. Awak maafkanlah dia ye
Emma Ai?” ujar mamat selamba itu dengan mulut yang tak henti-henti menikmati parfait. Aku rasa sekejap sahaja lagi
bakal habis parfait kedua dia ini.
“Oh macam itu.
Saya maafkan. Nak makan apa-apa Raiqarl?” Dia membuka menu yang baru diberi
oleh pelayan.
“Mocha”
“No!” Serentak aku
dan mamat selamba menjerit dan aku nampak Raiqarl tersenyum nakal.
Malam itu, Abang Gin menelefon lagi. Kali
ini dapat mendengar suaranya yang agak ceria. Mungkin segalanya berjalan lancar
disana.
“Ai, what do you want for souvenir?” Ha..inilah
soalan yang paling aku tunggu-tunggu setiap kali Abang Gin ke luar Negara.
“Buy me sand art from Petra, dead sea salt
bath…”
“Sekejap, biar
abang ambil pen dan kertas. Abang rasa mesti panjang list kali ni. Ke Ai nak email
je kat abang?” Ak ketawa dengan kata-kata abangku. Faham sangat dengan perangai
aku. Selalunya aku akan membuat carian di internet tentang benda yang patut
dibeli apabila melawat sesuatu negara dan abang aku akan membeli apa yang aku
mahukan.
“Gin, I want to further my study in Japan.” Abangku terdiam seketika sebelum melepaskan keluhan.
“Ai tahu yang mama
tak akan setuju kan?” Aku automatic mengangguk. Terlupa pula yang dia menelefon
bukan membuat panggilan video. Isy kenapalah Abang Gin tak pakai Skype je?!
“Mama tak suka Ai
jauh dari pandangan dia dari kecil lagi. Dia memang nak kawal Ai. Ai bosan
macam ni.” Aku duduk memeluk lutut lantas membuang pandang ke luar jendela.
Cuaca mendung di luar bagaikan memahami jiwa aku yang agak tertekan.
“Ai faham kan
kenapa mama jadi macam tu? Dia sayangkan Ai sangat. Abang pun harap Ai tak
duduk jauh dari abang.” Pandailah Abang Gin ini nak memujuk aku. Padahal aku
tahu jika aku pindah ke mana pun, dia pasti senang dapat menjejaki aku. Abang
Gin bukan orang sembarangan.
“Tapi dia kena
faham yang Ai bukan budak kecil lagi. Entahlah kadang-kadang Ai rasa nak lari.”
“Don’t you dare Kinoshita Ai!” Keras
suara abangku membuatkan aku tersentak.
“Sekali Ai buat
perangai macam tu, lagi mama tak percayakan Ai. Sampai mati dia akan pastikan
Ai dalam kongkongan dia faham?!” Nampaknya aku dah tersilap cakap. Abang Gin
yang tak pernah marah pun dah naik angin maka aku pun tak rasa nak berbual
panjang dengan dia. Tunggu angin dia reda barulah aku menelefon dia semula.
Dorayaki. Kuih kegemaran Doraemon tapi aku
tak suka kacang merah jadi aku memang tak akan beli. Aku kini berada dihadapan
kiosk menjual dorayaki menemani mamat selamba yang selamba sahaja ‘tarik’ aku
untuk temankan dia beli dorayaki. Aku ini teman makan dia ke sekarang?
“Saya risau kalau
tiba-tiba orang tu cakap Jepun dan saya tak faham. Muka dia sebiji macam Takuya
Kimura jadi rasanya lagi selamat kalau awak ada. Boleh jadi translator percuma.” Dia menayangkan
gigi sebelum mengambil pesanan yang
sudah siap. Aku rasa dia ini kemaruk nak makan dorayaki sebab 20 biji juga dia
beli. Keturunan Doraemon ke apa?
“Dr Hilal tak risau
ke kalau ada yang salah faham bila makan dengan saya ni?” soalku setelah kami mengambil
tempat di dalam restoran. Dia hanya
menggelengkan kepala dan mula memesan makanan. Sekejap, yang dorayaki tu bila
pula dia nak makan? Dia ini ada bela dinosaur ke dalam perut?
“Jangan risau,
saya tak ada isteri atau girlfriend buat
masa sekarang. Perempuan bila tengok saya makan, terus diorang reject. Hahaha..” Dah tahu macam itu
kenapa kau makan macam orang kebulur?!
“Ai je yang tak
komen apa-apa bila saya makan dan tahan temankan saya. Selalunya, kawan saya
sendiri pun akan beralasan bila nak temankan saya makan.” Ah sudah. Aku dah
rasa tak sedap hati. Adakah mamat selamba ini dah jatuh hati pada aku? Ohoi!
“Biasa je. Maksud
saya tak affect apa-apa ke pada kerja
Dr Hilal as my lecturer kalau keluar
makan dengan saya?”
“Oh tak adalah.
Tak ada pun dalam polisi universiti kita yang pensyarah tak boleh keluar makan
dengan pelajar. Well bagi saya ini adalah bonding
time untuk lecturer dan student. Lain kali mungkin kita patut
ajak yang lain sama.” Mukanya tetap selamba dan bertukar ceria apabila makanan
yang dipesan sampai. Betul-betul perangai kanak-kanak riang! Makan bukan main
banyak tapi badan tetap kurus. Haish sesungguhnya aku dengki dengan metabolisme
dia.
“Hmm cuma saya
risau mereka lari pula bila tengok saya makan.”
“Tak ada sebab nak
lari sebab tahu bukan mereka yang bayar pun.” Dia terus menghamburkan tawa. Err
aku ada buat lawak ke?
“Ai anak tunggal?”
soalnya tiba-tiba.
“Taklah, saya ada
seorang abang. Kenapa tanya?”
“Saya anak tunggal
jadi saya agak janggal nak mulakan persahabatan dengan orang. Raiqarl itu kawan
saya dari kecil dan sekarang Ai orang ketiga yang saya boleh bercakap dan makan
sesuka hati depan-depan.” Aku mengangguk faham. Ramai juga kawan aku yang
merupakan anak tunggal mengalami masalah yang sama. Mereka agak janggal untuk
berkongsi tapi bila dah lama berkawan, rasanya tak ada masalah.
“Dr Hilal masih
duduk dengan keluarga?”
“Hmm tak, saya nak
berdikari itu yang saya pindah keluar.”
“Saya juga
terfikir nak berdikari dan tinggal berasingan dengan ibubapa saya tapi….” Aku
berhenti disitu dan hanya mampu menggelengkan kepala. Mamat selamba itu hanya
memandang tepat ke wajahku sebelum menguntumkan senyuman.
“Mungkin payah
sebab awak masih muda Ai. Tunggulah setelah awak tamat belajar dan mula
bekerja. Awak boleh tinggal berasingan selepas itu. Buat masa sekarang,
tunjukkan yang awak boleh berdikari dengan kurangkan pergantungan kepada
mereka.”
“Macam mana tu Dr
Hilal?” soalku teruja.
“Mula mengemas,
memasak dan menguruskan diri sendiri. Kalau boleh cuba cari pendapatan sendiri
dari sekarang.” Aku mengangguk faham. Teringat gaya hidup aku yang terlalu
senang dan diuruskan segalanya oleh mama. Mama tak mengupah orang gaji kerana
tak suka orang luar bergerak bebas didalam ‘jajahannya’.
“Baiklah, terima
kasih diatas nasihat.” Dia menjungkitkan bahu lalu meneruskan suapannya.
Seperti yang dijangkakan, mama membantah
keras apabila aku meminta izin untuk bekerja sambilan di gerai serbaneka
berhampiran kawasan perumahan kami. Katanya aku masih muda dan dia risau akan
keselamatan aku. Akhirnya aku membuat bisnes dalam talian sahaja. Inipun
setelah diajar oleh Fiona. Aku membuat
bisnes perkhidmatan membina laman sesawang, menterjemah artikel Bahasa
Jepun dan bermacam-macam lagi.
Disebabkan aku sangat suka cosplay, semua kostum aku jahit sendiri
dan kostum yang pernah aku pakai, aku jual. Mana ada cosplayer yang pakai kostum yang sama berulangkali?! Usaha aku ini
cuma diketahui oleh abangku, Fiona dan mamat selamba. Sengaja aku rahsiakan
dari mama dan papa sebab bila dah berjaya barulah aku boleh tunjuk kepada
mereka dengan muka bangga hehehe…
Permintaan pelanggan aku yang mahu aku menjahitkan
baju Gintoki dari anime Gintama agak
memeningkan kepala aku. Aku cuma menjual kostum terpakai dan belum lagi nak menjahit
bagai. Kepala aku garu sambil menelaah rekaan baju kimono Gintoki. Tak susah
mana tapi mana aku nak cari kain yang sama? Kalau rumah aku sebelah Akihabara
mungkin senang. Lantas aku menghubungi saudara-maraku di Jepun meminta pertolongan.
Setelah berbincang, mereka sedia membantu tapi mungkin mengambil masa untuk nak
dihantar bagai.
Haish…aku membuka semula emel dari
pelanggan tadi dan mula menaip. Menerangkan situasi aku dan jika dia masih
berminat, dia perlu menunggu lama dan harganya akan menjadi mahal dek kain
dibawa khas dari Jepun. Tak sampai 10 minit, emel dibalas dan ternyata pelanggan
aku ini cosplayer tegar. Tak kisah
langsung pasal kos sebab dia sendiri tahu susah untuk mendapat kain yang sama
di Malaysia.
Komputer aku tutup dan aku turun ke dapur
untuk meminum air. Kelihatan abang dan papa aku sedang duduk menonton
televisyen di ruang tamu. Aktiviti biasa mereka setelah mama tidur. Kalau mama
masih berjaga, aku tak rasa mereka akan menonton televisyen. Pasti
masing-masing diam membuat hal sendiri.
“I’ve been thinking lately and I think I want to move out.” Hampir terlepas gelas yang aku pegang mendengarkan kata-kata dari
Abang Gin walaupun perlahan tapi masih boleh didengariku sebab jarak antara
dapur dan ruang tamu tidak terlalu jauh.
“Gin, things will get worse if you move out now. Currently, your mom
been stressed out with Ai sudden changes. I hope you will consider.”
“But I think, she’ll be happy if I’m not around. I’m just a burden.” Sayu suara abangku membuatkan aku turut berasa sedih. Siapa tak
sedih kalau dilayan seperti orang luar dirumah sendiri?
“Jangan risau Gin.
Papa mahu Gin terus ada disini. Dahlah jom masuk tidur. Papa dah tak faham
cerita apa dah kat tv ni hahaha..” Aku terus menyorok apabila papa dan abangku bangun
untuk naik ke tingkat atas. Hmm kalau abang aku pindah, aku nak ikut! Tak mahu
aku tinggal disini tanpa abang aku! Faham yang mama akan menjadi lebih tegas
bila abang aku tak ada.
Gelas yang berisi air aku teguk perlahan.
Memikirkan cara untuk pastikan yang abang aku tak akan berpindah keluar sebelum
aku atau tanpa aku. Atau mungkin ada cara lain untuk merapatkan hubungan abang
dengan mama?
**********************************************************************
**********************************************************************
Alhamdulillah siap juga part2 ni. Maaf serius saya sangat sibuk sekarang dan memang payah nak update selalu. Harap kalian bersabar ye?
Macam biasa, tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
18 comments:
alahai seronoknya baca sambil makan biskut keju ~_~
@anonymous: Ufufufu enjoy your biscuit! Hari hujan ni best makan biskut sambil minum teh.
(^-^)v
Ohoi~ akhirnya ada update... Hohoho
Semoga lps ni kurang busy dan boleh update selalu... Ngehehe
@Suha: Amin..but seriously still masih dalam zone busy sekarang sebab kena buat byk gila bnd b4 Thursday.
insyaAllah bl free saya akan update.
(^-^)v
Alhamdulilah... Ada jgk entry baru setelah menunggu.. Thanks for this entry... Saya doakan agar akak kurang busy lepas ni.. hehe..
Knapa hubungan Gin dgn mak dy tk rapat??
@Ain Nia: Amin..thanks dik.
Ada kisah disebaliknya dan akak akan muatkan dalam cerpen khas utk Gin
(^-^)v
(^-^)v tu emoji untuk apa eh akak? Comel. Selalu akak guna emoji tu tapi saya tak tahu untuk apa :P
(^-^)v
@anonymous:Hahaha tu saje je akak letak..
Peace no war? Pffftt
(^-^)v
Yayyyy dah lama tggu part ni heeee thanks kak labiuss baik ah kak
@anonymous: hahaha...you're welcome
(^-^)v
Nak lagi...
Sabar2.insyaAllah mggu dpn akak update
Hai akak! Miss you :P Bila akak nak update ni? Sobs sobs T_T
(^-^)v
lambatnya update arghhhhh ari2 lalu pun belum.. plz update rasa mau gilak nie tngu warghhhh
Hai adik..bertabahlah..akak agak bz dbb kne keja n jg nenek akak yg br lps buat minor surgery kat kaki
(^-^)v
Bertabah wahai adikku..
(^-^)v
Owh. Begitu rupanya. Bertabahlah wahai diriku dan jugak akakku sayang :P Syafahallah! Jadilah cucu solehah ye ^_^ Banyak pahala akak jaga nenek akak tau. Bestnyaa!
(^-^)v
InsyaAllah akak try update ari ni xpn esk.
Amin.
Post a Comment