Kapitalis

Sunday, April 5, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 1)


[kredit]  

Dalam dunia ini memang ada pelbagai jenis manusia. Tapi, bagi aku cuma ada dua jenis; manusia normal dan otaku.


“Ai, hmm nak pergi juga ke esok?” Gin, abangku bertanya lalu duduk di kerusi belajarku.


“Mestilah! Ini acara penting untuk Ai!” Esok ada Anifest di Sunway Pyramid. Sudah menjadi kewajipan untuk aku menghadiri setiap festival anime setiap tahun. Err..baiklah, aku sebenarnya gila dengan anime, manga dan cosplay atau lebih senang sila panggil aku otaku tegar. Perempuan yang jadi otaku ni selalu dikaitkan sebagai seorang yang anti-sosial dan mahu lari dari realiti tapi bukan aku. Aku masih bergaul rapat dengan rakan sekelasku di universiti dan kawan-kawan yang lain. Tetapi, tak dinafikan yang kalau boleh aku mahu lari masuk ke dalam dunia anime. Heh, kalau bolehlah…




“Abang kena pergi Jordan awal pagi esok, jadi Ai kena pergi sendiri. Lagi seminggu baru Ai jumpa abang rasanya.” Aku mengangguk faham. Biasalah, abangku seorang ahli perniagaan yang sangat sibuk dan aku tahu dia hanya rapat dengan aku dalam keluarga ini. Hmm tak mahu ceritalah kenapa!


“Hmm don’t forget to buy me a souvenir.” Walaupun macam dingin aje jawapan aku tapi aku tahu yang dia faham yang aku memang akan rindukan dia. Dia terus memeluk aku sebelum berlalu keluar dari bilik tidurku. Memang aku masih manja dengan abang aku walaupun umur dah mencecah 20 tahun.


Baju shinigami dari anime Bleach yang sudah tergantung aku kemaskan sebelum masuk tidur. Esok aku akan pastikan yang aku akan menang! Lampu utama aku tutup dan mula melangkah naik ke katil.




“Ai! Cepat!” Kim, sahabat se’otaku’ aku berlari mendapatkanku. Pantas tanganku ditarik ke kaunter pendaftaran. Entah apa silap, aku terlewat bangun pagi tadi. Haish..malang betul nasib.


“Fuh, nasib baik sempat. Tadi diorang cakap kena daftar sendiri untuk mengelakkan cosplayer tarik diri.”


“Dah jom tukar baju. Lagi 20 minit dah nak mula dah.” Aku pula menarik tangan Kim ke tandas untuk menukar pakaian. Agak mengarutlah kalau aku nak pakai baju shinigami sambil naik LRT dari rumah aku!


Selesai menukar pakaian, aku dan Kim berjalan-jalan di sekitar Anifest. Banyak gerai-gerai makanan Jepun dan segala benda yang digilai oleh otaku seperti aku. Sedang kami berjalan, aku terdengar perbualan dua orang lelaki dihadapan kami.


“Kau dah kenapa? Muka macam ayam tengah sembelit!” soal lelaki A kepada lelaki B.


“Aku pelik gila dengan perangai alien-alien ni,” kata lelaki b.


“Alien? They’re otaku okay?” balas lelaki A. Eh? Jadi kenapa kau masuk sini? Sengal!!!


“Nak-nak lagi yang pakai baju ikut karakter anime yang diorang tengok dan bergaya macam perempuan comel. Eyy geli gila! Entah-entah, tidur pun diorang cosplay gamaknya. Hahahaha..”


By the way, dah jumpa dah ke barang yang kau nak? Aku rasa lemas gila sekarang. I need a fresh air.”


“Sekejaplah, aku nak beli poster rare Saiyuki yang adik aku minta. Adik aku tu pun gila anime juga tapi nasib baiklah tak masuk tahap nak pakai baju bukan-buk..” Dia yang bagaikan perasan yang aku memandang tajam dari belakang terus berpaling ke arah aku dan Kim. Aku rasa kalau dunia Goku, dia dah boleh nampak aku dah bertukar ke Super Saiyan ketiga.


Ota..”


Hait! Kami memang otaku dan sini oasis kami! Kau ingat semua otaku ni alien? Freak? Orang gila ke? Kau yang sengal masuk sini lepas tu nak kutuk-kutuk orang tu kenapa?! Kau tu dah bagus sangat ke?” Kim yang agak penakut menarik tangan aku tapi aku tepis. Aku tengah naik angin maka baik aku lepaskan kemarahan aku.


“Err..”


“Baik kau blah sebelum aku panggil semua yang kau panggil otaku untuk belasah kau! Blah!”


“Sekejap. Apa kau ingat kau ini Kak Long kawasan ini ke apa nak main halau-halau orang? Suka hati akulah nak cakap apa sebab realitinya, korang memang otaku dan dari pandangan mata orang normal seperti aku, kau memang freak!” Lelaki B mula menghamburkan marah. Lelaki A hanya menenangkan sahabatnya dengan muka selamba.


“Hmm cik. Saya minta maaf jika ada kata-kata kami yang menyinggung perasaan cik berdua. Sudahlah, tak ada untung pun kita bergaduh. Saya minta maaf. Jomlah Raiqarl, kedai poster kat depan tu ha.” Lelaki A yang aku tak tahu namanya menarik Raiqarl jauh dari kami. Oh ye, sempat juga si Raiqarl tu menjelirkan lidah kepadaku sebelum beransur pergi. Serius tak matang betul lelaki ini!



“Abang, dah makan ke belum? Sedap tak makanan kat sana?” Aku yang baru dapat menelefon abangku terus mengajukan soalan. Abang Gin memang sibuk rasanya sebab selalunya, sebaik sahaja mendarat, dia akan menelefon. Kalau tak pun, dia akan menghantar gambar kepadaku.


“Belum lagi. Abang rasa penat jadi asyik tidur je. Ai dah makan?” Hmm jetlag rupanya Abang Gin ni.


“Tadi Ai dah makan kat Sunway Pyramid. Ada takoyaki, set bento, udon warghh best gila Anifest! Kalau abang pergi sekali mesti best!” Dan mesti seronok aku tengok Abang Gin belasah si Raiqarl kurang ajar tu!


Next time then. Okay, got to go. I need to attend a dinner meeting later. Nanti abang call Ai ye? Bye.”


Ja mata!” Aku meletakkan telefon lalu kembali ke meja komputer. Aku kembali menyambung bacaanku. Membaca manga bukan bahan ilmiah aku jadikan sebagai salah satu terapi untuk merehatkan otak. Bahan ilmiah? Nanti nak ada kuiz atau peperiksaan baru aku baca! Tapi aku bernasib baik sebab tak pernah lagi aku mendapat keputusan yang teruk dari zaman sekolah.


Pintu yang dikuak dari luar membuatkan aku terkejut sedikit. Papa menjengulkan kepalanya dari celah pintu.


“Gin ada telefon?” soal papa dengan muka takut-takut. Alahai takut sangat pada mama ke? Mama memang tak sukakan Abang Gin sejak dari dulu. Hmm kesian abang..


“Ada tadi. Dia okay tapi ada jetlag sikit. Nanti dia telefon Ai balik.” Papaku mengangguk sebelum hilang dari celah pintu. Tanya senyap-senyap tanpa pengetahuan mama. Hmm sifat pengecut papa yang terlalu menjaga hati mama yang aku pun pelik dengan perangai dia kadang-kadang.

Sampai sahaja di dewan kuliah, aku mengambil tempat ketiga dari baris depan. Tempat yang agak ideal untuk aku sebab tak terlalu depan dan tak terlalu ke belakang.


“Ai, nak tengok assignment kau?” Owen, yang terus memeluk bahuku dari belakang hampir membuatkan aku terjatuh. Dia ini memang suka buat perangai gila dan gatal!


Shinitai hoshi ka? Deme!” marahku lantas menolak tubuh dan menyiku perutnya. Dia hanya ketawa sambil mengusap-usap perutnya. Tak sakit ke? Gila punya orang!


“Ai, kau memang comel. Apa orang Jepun cakap? Kawaii!!” Aku yang memang benci dengan perangai Owen, terus memalingkan muka dan mencari tempat yang lain. Kacau betullah dia ni!


“Ai, nak pergi mana?” Owen mengekori aku sehingga membuatkan aku lemas. Serius aku cakap, kalau boleh aku nak lemaskan si Owen dalam tangki antiseptik! Biar hilang semua kuman-kuman gatal dalam badan dia ni!


“Kau jangan kacau aku boleh tak?” Kelibat Fiona yang baru masuk ke dalam dewan melegakan aku. Fiona memang garang dengan Owen dan pernah membaling botol airnya ke kepala Owen dek dikacau tak henti-henti oleh mamat terencat ini. Sejak dari itu, Owen memang tak mahu dekat dengan Fiona. Trauma. Mana taknya botol air yang penuh dengan 1 liter air memang cukup membuatkan otak si Owen reboot semula.


“Alamak mak tiri dah datang. Aku pergi dulu ye Ai? Bye~” Owen terus melarikan diri ke tempat duduk belakang. Tempat duduk budak-budak nakal dan macam tak ada harapan. Heh!


“Si cacat tu kacau kau lagi ke?” Fiona menjeling tajam ke arah Owen yang menikus di tempat duduknya.


“Haah tapi terus dia lari bila kau datang. You’re my savior!” Fiona tergelak dengan kenyataan dari aku.


“Jom hand in assignment. Lambat nanti kena tolak markah tahu?” Eh bila masa pula ada peraturan macam ni?


“Tolak markah sebab nanti adalah ulat-ulat yang nak meniru. Tiru bulat-bulat lepas tu buat markah kita pula yang tersangkut dengan lecturer. Plagiarism.”


“Oh okey. Jom!” Aku mengeluarkan kertas tugasanku dan mengikut Fiona menghantar kepada pensyarah yang baru masuk. Tapi..ehhhh?


“Hmm papa, mama boleh tak Ai nak sambung belajar di Jepun?” Pertanyaan aku di meja makan sewaktu makan malam membuatkan mama dan papa aku berhenti menyuap makanan ke mulut.


“Hmm kenapa?” tanya mama sebelum sambung menyuap makanan.


“Ai nak duduk dengan obasan dan ojisan kat sana.Ai suka Jepun.” Sebenarnya aku tak dapat terima kenyataan yang pensyarah baru aku tu rupanya lelaki A yang aku jumpa di Sunway Pyramid hari itu. Dia menggantikan pensyarah aku yang terpaksa menghadiri persidangan selama dua minggu di Dubai. Mesti susah kalau aku terus jadi murid dia. Tak pasal-pasal nanti dia ugut aku dengan gambar cosplay aku!


“Tak perlu. Mereka sangat sihat dan banyak lagi saudara-mara kita disana yang boleh menjaga mereka.”


“Tapi tak salahkan kalau Ai nak duduk sana? Ai suka Jepun faham tak?” Aku yang tak sengaja menaikkan suara membuatkan mama naik marah.


Leave the table at once!” arah mama ala diktator. Memang dia diktator pun! Aku meninggalkan meja makan dengan makanan yang tak habis dan aku dah hilang selera dah pun.

“Emma Ai.” Bila masa pula nama aku bertukar jadi Emma Ai ni? Aku berpaling ke arah suara yang memanggilku. Oh lelaki A aka pensyarah aku yang bernama Hilal rupanya. Aku berhenti sebelum menghadiahkan pandangan pelik kepadanya.


“Nama saya bukan Emma Ai.”


Ippe shindemiru? Ayat Emma Ai yang saya suka dalam Jigoku Shoujo. Oh ye, saya nak minta tolong kamu edarkan nota ini pada rakan sekelas boleh?” Dia pun layan anime ke?


“Hmm rasanya lebih baik jika Dr Hilal yang edarkan sendiri sebelum kelas sebab tak semua subjek yang kami ambil mempunyai waktu kelas yang sama.” Bukan aku tak mahu nak tolong tapi tak boleh nak tolong ma..


“Oh ye ke? Sorry la saya ingat semua kelas kamu sama. Tak apalah. Nanti saya edarkan sendiri. Nak balik ke?”


“Tak, saya nak pergi makan dulu. Bye.”


“Jom makan sekali!”


“Ha?”


“Jom saya belanja. Hari tu saya kutuk kamu kaw-kaw jadi kira minta maaflah ni. Jom!”

“Oh okay.” Disebabkan aku tak baik lagi dengan mama, baik aku balik lewat sikit. Kalau balik awal pun, aku hanya duduk terperap dalam bilik sambil dengar bunyi mama berleter memarahi papa. Haish...

************************************************************************************** Alhamdulillah siap satu bahagian. Ini cerpen menyelit Gin sikit je. InsyaAllah untuk Gin ada cerpen lain untuk dia. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.

24 comments:

SuhaFasihah said...

Alaaaa tgh syiok2 baca dah habis... Haha... Okke akan tunggu sambungannya... Best ni...

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Hehehe yang ni idea spontan dan serius tak tahu berapa banyak part hahaha....

Alhamdulillah. InsyaAllah try update secepat yg boleh.

Anonymous said...

Huwaaa tak sabarnya nak tggu sambungan diaaaaaa

Norlyana Nasrin said...

Huhu sila bertabah
(^-^)v

Unknown said...

Sye akan cbe besaba tuk tugu smbng nie..tp jgn lh lme sngt kihkihkih

Norlyana Nasrin said...

@lebah comel: Hahaha sila bersabar. InsyaAllah hjg mggu ni atau mggu dpn akak update.

(^-^)V

Anonymous said...

Wahh lamanyaaa penantian yang menyeksakann cerpen cerpen akak best sesangat

Unknown said...

Salam....sangat menarik...sya nk tnya, nie Gin dari Ice King And Delinquent Queen ker??

Norlyana Nasrin said...

@Anonymous huhu bertabahlah..

Alhamdulillah terima kasih (^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@My Way: Waalaikumussalam. Yup! Gin yang sama tapi dalam cerita ni dia cuma menyelit je..

InsyaAllah ada cerpen khas untuk dia
(^-^)v

Unknown said...

Yihaa

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: (^-^)v

Anonymous said...

hai, apa perkembangan buku tu.? da ada ka belum.? rsa mcm tak sabar laa.. alamak.!

Norlyana Nasrin said...

Hai maaf sebab agak delay untuk buku ni. Saya sibuk dengan kelas dan saya ada tambah lagi cerpen baru.
Sila bertabah ye hehehe...
(^-^)

Anonymous said...

sis cepat update . mereput dah ni tunggu T.T . tak sabar
-emma-

Norlyana Nasrin said...

@emma: maaf sbb ambil ms yg lme utk update. Buat ms skang saya mmg btol2 sibuk jd xde ms nk update. InsyaAllah saya cuba secepat mgkn.

Gomenasai minna.
(>0<)

Unknown said...

Assalamu'alaikum. Adoyai... Syok punya syok baca... bersambung plak... Bila nk post new entry?..

Anonymous said...

Akak, akak kerja apa eh? Sori terkeluar topik pulak soalan. Hehe. Saya asyik buka blog akak je sebab nak baca cerita2 yang akak buat. Best sangat!
-Nurul-

Norlyana Nasrin said...

@Ain Nia: Waalaikumussalam..alhamdulillah. Maaf ye lambat update.

InsyaAllah hari ini saya akan update part baru ufufufufu~

Norlyana Nasrin said...

@Nurul: Haha xpe2 akak cool je. Akak kerja dalam makmal mikrobiologi.

Alhamdulillah terima kasih dik.

(^-^)v

Anonymous said...

Waaa.. X sngka plk ada org akan buat citer psl Otaku niehh.. Terharu kejap.. Cuz I'm an Otaku too.. Btw.. Luv this story so much! 8)

[Emie]

Norlyana Nasrin said...

@Emie: Sebab yang menulis ini pun Otaku sengal hahaha...

Alhamdulillah, thanks (^-^)v

Anonymous said...

Bila.rasa nak dibukukan tu lamanya....tapi the story mmg best..i love it...for a long time.tak bukak this blog..apabila.ku bukak ada sahaja cerita yg menarik untuk dibaca...thank writer...izz~~~~~

Norlyana Nasrin said...

@izz: Buku tu insyaAllah hujung bulan ni. Jangan risau apa2 umum dalam blog ni juga.

Alhamdulillah thanks for your endless support (^-^)v