Kapitalis

Sunday, March 15, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part 8 END)

Infinity Love
[kredit]   


Kawasan jirat tempat dimana lelaki durjana itu ditanam aku pandang dengan perasaan sebal. Batu penanda hanya ada gambar dan nama. Tiada pun sembahan yang diletakkan di jirat. Sekitar jiratnya dipenuhi semak lantas membuatkan aku ingin segera beredar dari situ. Mahu jadi kubur aku pula jika tiba-tiba ada ular mematuk! Tapi..kaki aku tak mahu melangkah pergi dan mataku tertancap tak beralih pada batu penanda jirat lelaki durjana ini.

“Pa..papa.” Air mata aku tiba-tiba mengalir deras. Entah kenapa, aku sangat rindu untuk memanggil lelaki durjana ini sebagai ‘papa’. Walaupun aku tak pernah disayangi namun, aku tahu tanpa dia aku tak mungkin lahir ke dunia ini. Aku menangis sepuas-puas hatiku dihadapan kubur. Nasib baik ketika ini tiada pengunjung lain jika tidak , tak pasal-pasal aku menjadi tumpuan.

Setelah bertahun papa pergi meninggalkan kami baru sekarang aku ada kekuatan untuk melawat tempat persemadiannya. Ini semua atas desakan Isaac yang mahukan aku untuk memaafkan papa yang banyak membuat onar pada keluarga kami. Aku terduduk menangis melepaskan segala yang terbuku didada.


“Selena.” Aku menutup wajahku dengan kedua tapak tangan. Suara ice king yang memang aku kenali mengejutkan aku dan sekarang aku tak mahu dia melihat wajahku yang selebet dengan air mata. Macam mana dia boleh tahu aku disini?

“Awak tetap cantik Selena. Siapa yang boleh menandingi kejelitaan dan kesengalan Queen of White Fox?” Dia inilah! Sengaja nak buat aku kecelaruan perasaan! Apa-apa pun dia buatkan aku tersenyum dalam sendu.

“Saya ikut awak sebab risau pula bila tahu awak nak ke sini seorang diri. Oh, Isaac yang beritahu saya. Sekarang dia tengah jadi babysitter untuk Suha dan baby Irdina sebab Emy dengan mama awak pergi spa.” Aku ketawa memikirkan wajah Isaac yang kelam-kabut menjaga Irdina, silap hari bulan mahu Suha pula yang menolong dia jaga si Irdina hahaha..

Thanks but I’m okay. Dah jom, saya lapar.” Aku bingkas bangun dan terus melangkah jauh dari jirat papa aku. Cukuplah dendam dan kemarahan yang hanya menyakitkan diri aku sendiri. Aku perlu ke hadapan bukannya asyik mengenang sesuatu yang membuatkan aku tak bahagia.

“Selena, awak turun dulu. Sekejap lagi saya datang.” Aku memandang pelik ke arah ice king sebelum beredar setelah melihat wajahnya yang agak serius.






“Awak buat apa tadi?” soalku sambil menyuap aiskrim teh hijau ke dalam mulut. Pagi-pagi lagi dah makan aiskrim tapi ini sahaja cara aku untuk mengurangkan tekanan aku.

“Tak ada apa pun. Saya bersihkan sikit kubur papa awak.” Aku mengangguk faham. Malu juga bila anak sendiri tak buat apa-apa tapi ice king yang terlebih baik hati ini pula yang bersihkan kubur papa aku.

“Selena, bila awak menangis depan kubur papa awak, saya ada perasaan nak tarik awak ke dalam pelukan saya dan biar awak menangis dalam dakapan saya.” Woah! Bulat mata aku mendengarkan kata-kata agak agresif dari ice king.

“Tapi jangan risau, saya tak akan sentuh any part of your body selagi kita belum halal untuk bersama.” Aku tersenyum dengan kata-katanya. Tahulah aku yang aku adalah wanita yang bertuah jika memiliki ice king kerana dia tak akan sentuh apa yang haram untuknya. Sebelum ini aku agak skeptikal dengan perangai Muslim yang berjabat tangan pun tak mahu dan terlalu ‘hulu’ namun setelah mempelajari serta mendalami Islam, aku faham ada sebab kenapa semua larangan-larangan itu ditetapkan Allah.

Let’s get married then.” Baiklah walaupun aku menyatakan dengan muka selamba tapi sebenarnya dalam dada, jantung aku berdetak laju gila macam tengah naik Viking di Sunway Lagoon ahahaha...

Okay, jom!” Bingkas ice king bangun dari duduknya dan terus pergi membayar bil. Biar betul! Nak nikah sekarang ke?!








Serius aku  terkejut gila apabila ice king memberhentikan keretanya dihadapan pejabat agama pagi tadi. Nasib baiklah pejabat agama tak beroperasi pada hari Ahad kalau tak mahu naya nikah ekspress macam ni.

“Saya acah je tadi. Isaac kan wali awak. Mana mungkin saya nikahi awak tanpa Isaac ada sekali.” Rasa macam nak gigit-gigit aje kepala ice king ni! Suka buat aku gelabah dengan muka tak ada perasaan dia itu! Geram!!!!

Bila aku ceritakan pada Isaac, sampai senak perut bapak budak itu gelakkan aku walaupun masa itu dia pun macam dah tinggal separuh nyawa dek menjaga Irdina dan Suha.

Malam itu, perbincangan keluarga diadakan dan dengan kata sepakat, masing-masing memutuskan untuk aku terus sahaja bernikah dengan ice king tak payah nak ikut adat Melayu atau Cina atau apa-apa adat. Ice king mengucap syukur sebaik sahaja aku memberitahu keputusan keluargaku itu kepadanya. Aku? Seperti perempuan-perempuan normal yang lain, aku berasa bahagia dan tak sabar menanti hari perkahwinan aku.








Aku menjemput Suha pulang dari sekolah memandangkan ice king terpaksa ke luar negara diatas urusan kerjanya. Suha tinggal bersama aku dan mama buat masa ini dan ternyata dia turut teruja menolongku dalam membuat persiapan untuk majlis perkahwinan aku dan ice king.

Tak lama kemudian, aku ternampak kelibat Suha yang berlari gembira ke arahku. Aku keluar dari F12 untuk mendapatkan Suha. Aku tunggu didalam kereta tadi memandangkan cuaca agak panas terik hari ini. Lagi beberapa meter Suha mahu sampai ke keretaku, tiba-tiba ada sebuah van berhenti dan Suha dicekup masuk ke dalam van. Semuanya berlaku dengan pantas dan aku menjerit bagaikan hilang arah. Tanpa membuang masa, aku masuk semula ke dalam F12 dan mengejar semula van tadi segala maklumat van itu aku sebut dan hantarkan kepada semua ahli White Fox sambil memandu. F12 aku pandu laju dan aku bernasib baik apabila berjaya menjejaki van tadi. Sempat juga aku menelefon pihak polis. Sekarang aku akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Suha dari cengkaman si gila mana yang berani  nak menculik anak perempuan Queen of White Fox!

Aku mengekori van itu membelok masuk ke dalam kawasan perindustrian dan terus memotong. Aku memberhentikan keretaku betul-betul dihadapan van. Aku tak kisah jika F12 aku jahanam sekalipun asalkan aku dapat selamatkan Suha. Van itu berhenti dan aku segera keluar dari keretaku. Aku mendekati penculik-penculik yang bertopeng itu dengan nekad.

“Apa yang kamu semua mahu?!” bentakku garang. Mereka semua mengetawakan aku yang sedang berang. Mereka menarik Suha keluar dari van. Kasihan bidadari kecilku yang sedang menangis memandangku takut.

“Selena...” Suha meronta-ronta mahu melepaskan diri namun ditarik kasar oleh salah seorang dari penculik.

“Baiklah. Sekarang beritahu aku apa yang korang nak? Aku boleh tunaikan selagi mana yang aku mampu.” Aku cuba berdiplomasi dengan penculik-penculik yang masih tak mahu menunjukkan muka. Dasar pengecut!

“Mampu ke kau berikan apa yang kami mahu Selena? Badan kau pun?” Okey sah aku tahu wajah siapa dibelakang topeng itu.

“Huh! Siapa aje yang nak perempuan bekeng macam ni?! Bayar kami 20 juta atau budak ini mati!” Amboi ini satu keluarga jadi penculik ke? Bagus punya pertukaran kerjaya keluarga Datuk Bandar ni.

“20 juta?! Mana aku nak cari duit sebanyak itu sekarang?!” gertak aku kasar. Serentak mereka mengacukan pistol ke kepala Suha. Suha menjerit takut apabila diperlakukan begitu dan hati aku semakin panas. Sebenarnya aku mahu melengah-lengahkan mereka sementara menunggu bantuan tiba.

“Baik..baik..jika aku beri 20 juta, kamu nak dalam bentuk apa? Saham? Tunai?” soal aku risau. Mereka berbincang sesama mereka sebelum kembali bersemuka dengan aku.

“Kami nak dalam bentuk tunai dan kami mahu perlindungan sehinggalah kami tiba di luar negara!” Aku mengangguk faham.

“Baik, aku boleh uruskan semuanya tapi bagi budak itu pada aku tanpa calar sedikit pun.” Aku segera membuat panggilan telefon kepada peguamku dan pegawai bank.

“Ah kami tukar fikiran! Kami nak 40 juta! Kau terlalu kaya dan aku rasa kau mesti tak terkesan pun kalau hilang 20 juta kan Selena Goh?” Dasar keluarga tamak haloba!

“Kau ingat 20 juta tu macam 20sen ke? Nak keluarkan dari bank bukan mudah dan perlukan sangat banyak masa untuk uruskan. Lagi satu, kalau aku tiba-tiba keluarkan wang dalam kuantiti yang banyak macam tu sekaligus, kau ingat pihak polis tak akan syak apa-apa? Kau orang nak kena tangkap cepat ke?” Mereka terdiam seketika dan berbincang semula antara mereka. Adui macam orang bodoh betul mereka-mereka ini! Dari tadi aku merakam perbualan kami dan menghantarkan kepada Gin dan dia akan menghantar terus kepada pihak polis melalui akaun rahsia White Fox.

“Baiklah kau beri kepada kami secara ansuran! Budak ini akan kami simpan sampailah kau selesai bayar duit tu!” Gila! Memang gila mereka semua ini! Mana mungkin aku nak serahkan Suha pada keluarga gila macam mereka ini?!

“Kau tak akan dapat satu sen pun jika kau tak serahkan dia pada aku. Mungkin kau orang tak tahu yang bapak budak ni pemilik Azforce? Kau nak kena buru dengan Azforce, aku dan polis ke? Tak akan senang hidup kau sampai mati tahu?!” Mereka mula menggelabah apabila mengetahui ‘fakta’ tentang siapa Suha. Bodoh punya penculik! Sebelum culik takkan tak tahu siapa yang diculik?! Bangang abadi..

“A..ah! Azforce pun kami dah tak kisah! Budak ini akan ikut kami mati sama kalau macam tu!” Dari hujung mata, aku dapat melihat beberapa konco White Fox mula mengepung secara senyap. Gin dan Lokman sudah bersiap sedia mahu merampas kembali Suha sebaik sahaja menerima isyarat dari aku.

“Hmm nekad sungguh korang ini ye? Daripada budak ini, kenapa kau tak balas dendam kat aku terus? Bukan aku ke yang kau orang benci dan dendam?” soalku sinis.

“Kau sangat licik Selena, kalau kami tangkap kau sah-sah kami mati dulu. Kami bukan bodoh!” Hmm adalah ‘pandai’ sikit mereka ini rupanya. Senang sahaja bagi aku untuk tumpaskan mereka semua dengan tangan kosong kalau Suha bukan tebusan mereka.

“Tapi aku tak puas hati selagi tak belasah kau, perempuan!” Memang ‘pandai’ anak Datuk Bandar ini apabila dia melepaskan Suha dan mula meluru ke arahku. Suha segera diambil oleh Gin dan aku terus membelasah Datuk Bandar yang dah ‘naik’ taraf jadi penculik dengan senang hati. Mahu tercengang muka sekeluarga penculik apabila aku mula membelasah. Sekarang darah aku sedang mendidih dan memang aku tak mengawal langsung kekuatan aku. Seorang demi seorang aku kerjakan tanpa belas kasihan dan hanya berhenti apabila mendengar bunyi nyaring siren kereta polis. Aku mengarahkan Gin menyerahkan Suha kepadaku sebelum White Fox melesapkan diri. Sekarang aku perlu memberi keterangan kepada pihak polis. Penculik-penculik itu diberkas dan ye, sekali lagi keluarga bekas Datuk Bandar masuk surat khabar.







Walaupun aku menempuhi banyak juga cabaran sebelum bernikah dengan ice king, namun semuanya berbaloi apabila aku berjaya dinikahinya dengan berwalikan Isaac. Aku memakai pakaian pengantin yang aku dan ice king reka bersama. Tiba-tiba pula ice king mahu menonjolkan sisi kreatifnya dengan membantuku mereka busana pengantin yang menutup aurat tapi masih lagi nampak cantik dan ekslusif. Majlis kami diadakan diperkarangan rumahku. Ibu ice king turut pulang bersama keluarga barunya untuk meraikan majlis perkahwinan anaknya dan aku dapat rasakan yang mereka tak begitu mesra tapi aku harap kami akan jadi lebih rapat di masa depan.

“Selena, sekarang bolehlah Selena tidur kat rumah Suha kan?” Aku mengangguk sambil memeluk Suha yang sedang menonton televisyen diribaanku. Sekarang kami masih berada dirumahku dan insyaAllah aku akan berpindah ke rumah ice king keesokan harinya. Suha akan ditinggalkan bersama mamaku dan Isaac sepanjang tempoh aku berbulan madu nanti. Suha pula seronok dapat tinggal bersama Isaac dek suka menjaga dan bermain dengan baby Irdina. Hahaha macam-macam..

“Suha, jom tidur?” Suha memandang wajahku pelik. Eh kenapa?

“Selena mana boleh tidur dengan Suha. Selena kan kena tidur dengan papa? Selena mama baru Suha kan?” Eh??!! Okey baru aku rasa nak lempang diri kuat-kuat. Adui lupa pula yang malam ini aku kena dah kongsi katil dengan ice king tu. Tapi...mana pula ice king tu?

“Err papa belum nak masuk tidur lagi jadi meh Selena temankan Suha tidur dulu nak?” Suha pantas mengangguk dan aku terus membawanya ke bilik tetamu khas untuk Suha. Aku membacakan buku koleksi sirah menarik untuk menidurkan Suha. Biar anak ini tidur dengan mengingati perjuangan para anbiya dan sahabat dari cerita dongeng yang melalaikan.

“Suha dah tidur?” Zapp! Aku dah mula menggigil. Suara ice king yang dekat pada telinga aku membuatkan aku terkedu. Malulah weh! Aku mengangguk sebelum bangun dari dudukku. Sekarang aku dah kena balik bilik ak..eh tak bilik kami. Baru nak buat helah pura-pura tidur sebelah Suha hehehe....

“Ini kenapa sejuk sangat tangan ni?” soal ice king sambil meramas-ramas tanganku. Aku hanya mampu senyum dan senyum takut-takut. Fahamilah bahawa aku sedang gementar ice king!! Dia memegang tanganku dan membawaku kembali ke bilik kami.

Tiba di bilikku, pintu ditutup dan jantung aku berdetak hebat. Tiba-tiba dia memusingkan badanku dan membawaku ke pelukan hangatnya.

“I’ve been longing to hug you since the day we visited your father's cemetery.” Allah dia masih ingat tentang hal itu dan dengan pelukan dari ice king, entah kenapa hilang terus perasaan gementar tak ingat aku tadi.

“Thanks and I love your scent.” Dia terus ketawa dengan kata-kataku. Punyalah banyak benda boleh cakap, aku bantai sentuh pasal bau dia pula. Apa ke sengal kamu ini Selena Goh?!

“Selena..Selena..macam manalah saya tak jatuh cinta dengan awak?” Okey masa ini muka aku memerah dan jantung kembali berdetak hebat. Hahaha..malu..malu..

InsyaAllah I will love and be a good husband for you. I’ll teach you everything you want to know about Islam. InsyaAllah we will be together until jannah.” Aku mengangguk faham dan ada air mata yang jatuh dek terharu.

How I wish we can stay like this forever,” ucapku sambil memeluk kemas tubuhnya. Selesa sampai tak rasa nak lepaskan.


Nope. Kita ada misi lain sebab kita kena bagi Suha adik.” Aku memandang wajah ice king dengan wajah terkejut. Tak sempat nak fikir apa, dia dah merangkul tubuhku membawa ke katil. Semoga Allah merahmati keluarga kami dan insyaAllah aku juga mahu menjadi isteri yang solehah untuk ice king buat selama-lamanya.

****************************************************************************
Alhamdulillah akhirnya sampai juga pengakhiran untuk kisah ice king & Selena. Macam cipta rekod jugalah sebab dalam dua hari, saya buat dua cerpen. Semalam dok kalut juga sebab isteri kawan baik saya masuk hospital sebab tekanandarah tinggi dan dipaksa untuk bersalin tapi..sampai sekarang (15/3/2015) masih tak banyak bukaan dan belum bersalin. Malam lepas isyak, baru mula mengarang untuk cerpen khas (tentang Hamdan) untuk dimuatkan ke dalam buku. Hari ini pukul 9 saya mula mengarang untuk cerpen ni. Hehehe..

Baiklah macam biasa, kalau tak suka ke apa sila komen~ (^-^)v

30 comments:

Unknown said...

Hahahh sngt best..good job^.^

Unknown said...

Kak, you never fail to make me impressed. Omg, suspen gila tengah tengah cerita tu. Finally azfar kahwinnnn !!!!! Excited too much. Hahaha, thank goodness sekarang cuti sekolah. Dapatlah baca ending cerpen ni. Thumbs up kak.
I'll make sure to buy the cerpen compilation. InsyaAllah. May Allah ease everything for you kak.

SuhaFasihah said...

Ohoi~ best mcm biasa...
Teruskan berkarya :)

Norlyana Nasrin said...

@nurirafazirah razak: Alhamdulillah, terima kasih.
(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: Aminn..insyaAllah. terima kasih ye dik.

Waa seronoknya dah cuti huhu..
(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@Suha fasihah: Ehey~ Alhamdulillah thanks Suha..hehehehe..

InsyaAllah selagi mana Allah bg nikmati idea, saya trs berkarya..

(^-^)v

Unknown said...

Txs for the update. As usual cite best

Anonymous said...

Saya sgt sukakn citer akak n saya mrupakn pminat tegar citer IRA... x sbr nk tggu chapter yg brikutnye...

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Alhamdulillah. You're welcome. Terima kasih sebab sudi baca.

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@anonymous: Alhamdulillah terima kasih.

Untuk IRA, akak hentikan siar di blog sbb akak nk keluarkan buku.

InsyaAllah ianya akan menyusul selepas buku koleksi cerpen akak.

(^-^)v

Unknown said...

Best gilerrrrrr...

Norlyana Nasrin said...

@Ayura Ayu: Alhamdulillah terima kasih

(^-^)v

Unknown said...

hi...
Yihaa..cumilnya durang...
Cant wait to read about my love Hamdan..

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: hehehe hi~

hehe biasa2~

bertabahlah..saya sdg cr syarikat pencetakan sekarang huhu~

(^-^)v

Unknown said...

assalamualaikum .. takpernah pun baca cerpen kat blog ni . terbaca cerpen sis kat penulisan2u . cerpen mamat downy . amd geram coz kene sambung sambung . so amek keputusan utk in blog sis . and tak sangkaa banyakk gilaa cerpen . yang hebatnyaa semua best . seriously . bestt sgtt and penulisan sis . terbaikk sgtt :) . amek masa 2 hari utk belek belek cerpen sis . sanggup search yang post lepas semata semata nakk follow up . TERBAIK DARI LADANG . nanti buat lagi cerpen and novel best best :)
btw nak tanya sis duduk rawang keaaa ?

Norlyana Nasrin said...

@hashimah iema: waalaikumussalam. Alhamdulillah..ada juga yang minat kesengalan saya hehehe~

Yup saya memang Rawangian sejati muahahaha~

(^-^)v

Anonymous said...

Weeeee dah habis baca dah kouryu-sensei~~ thumbs up!! Nice one and love it. Keep it up!! Cant wait to read another stories of yours~~ :)

Norlyana Nasrin said...

Hahaha arigatou ne Alia-chan...

InsyaAllah but currently busy looking for printing factory & class preparation.

Unknown said...

eh sis rawang kat mana ? coz saya pun kat rawang . anak jati rawang haha . dekat bandar country homes .

Norlyana Nasrin said...

@hashimah iema: kat Taman Tun Teja..dah 25 tahun dok Rawang ni hehehe~ dl dok kt kg Melayu Batu 16.

(^-^)v

Anonymous said...

Yup insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan aminnn...ehhhh camne tau tu kt?? Kan anonymous?? Lol

Norlyana Nasrin said...

Aminn...hehehe siapa je yang panggil kte kouryu-sensei? hahahahaha~

(^-^)v

Nura Ifah said...

Hehe..akhirnyaa..mmg best!!skarang ni tinggal tunggu novel akak je ni .

Norlyana Nasrin said...

@Nura Ifah: hehehe sila bertabah ye adik? Akak dengan kawan-kawan akak tengah berusah nak keluarkan secepat mungkin.

(^-^)v

Nayna H. said...

ohsem lah!!! 2 hari ni layan ur blog baca cerpen, dari Oh ustaz smpai lah Ice king... mmg best...ada part dlm ice king buat sy sengih2 sendiri..haha..
thumbs up cik writer... ;D
(sy tggu cerpen baru cik writer..hihi)

Norlyana Nasrin said...

@Nayna H. : Thanks Nayna. (^-^)

Huhu bertabahlah sebab saya agak sibuk sekarang maka cerpen untuk blog memang tak sempat buat. Huhuhu...

Anonymous said...

Sweet Sgt2..semua rama2 dlm perut mati..and tenkiu sgt2 sbb hbskn cerpen ni kt blog..-ikin-

Norlyana Nasrin said...

@ikin: Alhamdulillah terima kasih ikin. InsyaAllah klu ada rezeki, saya nak bukukan cerpen ni.
(^-^)v

Unknown said...

Alhamdullilla! Sangat suka baca cerpen2 dan novel ni. Best sgt! Kalau keluar cetak beritahu ye.

Norlyana Nasrin said...

@Rosnoraini Aziz: Alhamdulillah terima kasih.

InsyaAllah apa-apa saya akan buat pengumuman di blog.

(^-^)v