[kredit] |
Kawasan jirat tempat dimana lelaki durjana itu
ditanam aku pandang dengan perasaan sebal. Batu penanda hanya ada gambar dan
nama. Tiada pun sembahan yang diletakkan di jirat. Sekitar jiratnya dipenuhi
semak lantas membuatkan aku ingin segera beredar dari situ. Mahu jadi kubur aku
pula jika tiba-tiba ada ular mematuk! Tapi..kaki aku tak mahu melangkah pergi
dan mataku tertancap tak beralih pada batu penanda jirat lelaki durjana ini.
“Pa..papa.” Air mata
aku tiba-tiba mengalir deras. Entah kenapa, aku sangat rindu untuk memanggil
lelaki durjana ini sebagai ‘papa’. Walaupun aku tak pernah disayangi namun, aku
tahu tanpa dia aku tak mungkin lahir ke dunia ini. Aku menangis sepuas-puas
hatiku dihadapan kubur. Nasib baik ketika ini tiada pengunjung lain jika tidak
, tak pasal-pasal aku menjadi tumpuan.
Setelah bertahun papa pergi meninggalkan kami
baru sekarang aku ada kekuatan untuk melawat tempat persemadiannya. Ini semua
atas desakan Isaac yang mahukan aku untuk memaafkan papa yang banyak membuat
onar pada keluarga kami. Aku terduduk menangis melepaskan segala yang terbuku
didada.
“Selena.” Aku menutup
wajahku dengan kedua tapak tangan. Suara ice
king yang memang aku kenali mengejutkan aku dan sekarang aku tak mahu dia
melihat wajahku yang selebet dengan air mata. Macam mana dia boleh tahu aku
disini?
“Awak tetap cantik
Selena. Siapa yang boleh menandingi kejelitaan dan kesengalan Queen of White Fox?” Dia inilah! Sengaja
nak buat aku kecelaruan perasaan! Apa-apa pun dia buatkan aku tersenyum dalam
sendu.
“Saya ikut awak sebab
risau pula bila tahu awak nak ke sini seorang diri. Oh, Isaac yang beritahu
saya. Sekarang dia tengah jadi babysitter
untuk Suha dan baby Irdina sebab Emy
dengan mama awak pergi spa.” Aku ketawa memikirkan wajah Isaac yang kelam-kabut
menjaga Irdina, silap hari bulan mahu Suha pula yang menolong dia jaga si Irdina
hahaha..
“Thanks but I’m okay. Dah jom, saya lapar.” Aku bingkas bangun dan
terus melangkah jauh dari jirat papa aku. Cukuplah dendam dan kemarahan yang
hanya menyakitkan diri aku sendiri. Aku perlu ke hadapan bukannya asyik
mengenang sesuatu yang membuatkan aku tak bahagia.
“Selena, awak turun
dulu. Sekejap lagi saya datang.” Aku memandang pelik ke arah ice king sebelum beredar setelah melihat
wajahnya yang agak serius.
“Awak buat apa tadi?”
soalku sambil menyuap aiskrim teh hijau ke dalam mulut. Pagi-pagi lagi dah
makan aiskrim tapi ini sahaja cara aku untuk mengurangkan tekanan aku.
“Tak ada apa pun.
Saya bersihkan sikit kubur papa awak.” Aku mengangguk faham. Malu juga bila
anak sendiri tak buat apa-apa tapi ice
king yang terlebih baik hati ini pula yang bersihkan kubur papa aku.
“Selena, bila awak
menangis depan kubur papa awak, saya ada perasaan nak tarik awak ke dalam
pelukan saya dan biar awak menangis dalam dakapan saya.” Woah! Bulat mata aku
mendengarkan kata-kata agak agresif dari ice
king.
“Tapi jangan risau,
saya tak akan sentuh any part of your
body selagi kita belum halal untuk bersama.” Aku tersenyum dengan
kata-katanya. Tahulah aku yang aku adalah wanita yang bertuah jika memiliki ice king kerana dia tak akan sentuh apa
yang haram untuknya. Sebelum ini aku agak skeptikal dengan perangai Muslim yang
berjabat tangan pun tak mahu dan terlalu ‘hulu’ namun setelah mempelajari serta
mendalami Islam, aku faham ada sebab kenapa semua larangan-larangan itu
ditetapkan Allah.
“Let’s get married then.” Baiklah walaupun aku menyatakan dengan
muka selamba tapi sebenarnya dalam dada, jantung aku berdetak laju gila macam
tengah naik Viking di Sunway Lagoon ahahaha...
“Okay, jom!” Bingkas ice king
bangun dari duduknya dan terus pergi membayar bil. Biar betul! Nak nikah
sekarang ke?!
Serius aku
terkejut gila apabila ice king
memberhentikan keretanya dihadapan pejabat agama pagi tadi. Nasib baiklah
pejabat agama tak beroperasi pada hari Ahad kalau tak mahu naya nikah ekspress
macam ni.
“Saya acah je tadi.
Isaac kan wali awak. Mana mungkin saya nikahi awak tanpa Isaac ada sekali.”
Rasa macam nak gigit-gigit aje kepala ice
king ni! Suka buat aku gelabah dengan muka tak ada perasaan dia itu!
Geram!!!!
Bila aku ceritakan pada Isaac, sampai senak
perut bapak budak itu gelakkan aku walaupun masa itu dia pun macam dah tinggal
separuh nyawa dek menjaga Irdina dan Suha.
Malam itu, perbincangan keluarga diadakan dan
dengan kata sepakat, masing-masing memutuskan untuk aku terus sahaja bernikah
dengan ice king tak payah nak ikut
adat Melayu atau Cina atau apa-apa adat. Ice
king mengucap syukur sebaik sahaja aku memberitahu keputusan keluargaku itu
kepadanya. Aku? Seperti perempuan-perempuan normal yang lain, aku berasa
bahagia dan tak sabar menanti hari perkahwinan aku.
Aku menjemput Suha pulang dari sekolah
memandangkan ice king terpaksa ke
luar negara diatas urusan kerjanya. Suha tinggal bersama aku dan mama buat masa
ini dan ternyata dia turut teruja menolongku dalam membuat persiapan untuk
majlis perkahwinan aku dan ice king.
Tak lama kemudian, aku ternampak kelibat Suha
yang berlari gembira ke arahku. Aku keluar dari F12 untuk mendapatkan Suha. Aku
tunggu didalam kereta tadi memandangkan cuaca agak panas terik hari ini. Lagi
beberapa meter Suha mahu sampai ke keretaku, tiba-tiba ada sebuah van berhenti
dan Suha dicekup masuk ke dalam van. Semuanya berlaku dengan pantas dan aku
menjerit bagaikan hilang arah. Tanpa membuang masa, aku masuk semula ke dalam
F12 dan mengejar semula van tadi segala maklumat van itu aku sebut dan
hantarkan kepada semua ahli White Fox sambil memandu. F12 aku pandu laju dan
aku bernasib baik apabila berjaya menjejaki van tadi. Sempat juga aku menelefon
pihak polis. Sekarang aku akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Suha dari
cengkaman si gila mana yang berani nak
menculik anak perempuan Queen of White
Fox!
Aku mengekori van itu membelok masuk ke dalam
kawasan perindustrian dan terus memotong. Aku memberhentikan keretaku
betul-betul dihadapan van. Aku tak kisah jika F12 aku jahanam sekalipun asalkan
aku dapat selamatkan Suha. Van itu berhenti dan aku segera keluar dari
keretaku. Aku mendekati penculik-penculik yang bertopeng itu dengan nekad.
“Apa yang kamu semua
mahu?!” bentakku garang. Mereka semua mengetawakan aku yang sedang berang.
Mereka menarik Suha keluar dari van. Kasihan bidadari kecilku yang sedang
menangis memandangku takut.
“Selena...” Suha
meronta-ronta mahu melepaskan diri namun ditarik kasar oleh salah seorang dari
penculik.
“Baiklah. Sekarang
beritahu aku apa yang korang nak? Aku boleh tunaikan selagi mana yang aku
mampu.” Aku cuba berdiplomasi dengan penculik-penculik yang masih tak mahu
menunjukkan muka. Dasar pengecut!
“Mampu ke kau berikan
apa yang kami mahu Selena? Badan kau pun?” Okey sah aku tahu wajah siapa
dibelakang topeng itu.
“Huh! Siapa aje yang
nak perempuan bekeng macam ni?! Bayar kami 20 juta atau budak ini mati!” Amboi
ini satu keluarga jadi penculik ke? Bagus punya pertukaran kerjaya keluarga
Datuk Bandar ni.
“20 juta?! Mana aku
nak cari duit sebanyak itu sekarang?!” gertak aku kasar. Serentak mereka
mengacukan pistol ke kepala Suha. Suha menjerit takut apabila diperlakukan
begitu dan hati aku semakin panas. Sebenarnya aku mahu melengah-lengahkan
mereka sementara menunggu bantuan tiba.
“Baik..baik..jika aku
beri 20 juta, kamu nak dalam bentuk apa? Saham? Tunai?” soal aku risau. Mereka
berbincang sesama mereka sebelum kembali bersemuka dengan aku.
“Kami nak dalam bentuk
tunai dan kami mahu perlindungan sehinggalah kami tiba di luar negara!” Aku
mengangguk faham.
“Baik, aku boleh
uruskan semuanya tapi bagi budak itu pada aku tanpa calar sedikit pun.” Aku
segera membuat panggilan telefon kepada peguamku dan pegawai bank.
“Ah kami tukar
fikiran! Kami nak 40 juta! Kau terlalu kaya dan aku rasa kau mesti tak terkesan
pun kalau hilang 20 juta kan Selena Goh?” Dasar keluarga tamak haloba!
“Kau ingat 20 juta tu
macam 20sen ke? Nak keluarkan dari bank bukan mudah dan perlukan sangat banyak
masa untuk uruskan. Lagi satu, kalau aku tiba-tiba keluarkan wang dalam
kuantiti yang banyak macam tu sekaligus, kau ingat pihak polis tak akan syak
apa-apa? Kau orang nak kena tangkap cepat ke?” Mereka terdiam seketika dan
berbincang semula antara mereka. Adui macam orang bodoh betul mereka-mereka
ini! Dari tadi aku merakam perbualan kami dan menghantarkan kepada Gin dan dia
akan menghantar terus kepada pihak polis melalui akaun rahsia White Fox.
“Baiklah kau beri
kepada kami secara ansuran! Budak ini akan kami simpan sampailah kau selesai
bayar duit tu!” Gila! Memang gila mereka semua ini! Mana mungkin aku nak
serahkan Suha pada keluarga gila macam mereka ini?!
“Kau tak akan dapat
satu sen pun jika kau tak serahkan dia pada aku. Mungkin kau orang tak tahu
yang bapak budak ni pemilik Azforce? Kau nak kena buru dengan Azforce, aku dan
polis ke? Tak akan senang hidup kau sampai mati tahu?!” Mereka mula menggelabah
apabila mengetahui ‘fakta’ tentang siapa Suha. Bodoh punya penculik! Sebelum
culik takkan tak tahu siapa yang diculik?! Bangang abadi..
“A..ah! Azforce pun
kami dah tak kisah! Budak ini akan ikut kami mati sama kalau macam tu!” Dari
hujung mata, aku dapat melihat beberapa konco White Fox mula mengepung secara
senyap. Gin dan Lokman sudah bersiap sedia mahu merampas kembali Suha sebaik
sahaja menerima isyarat dari aku.
“Hmm nekad sungguh
korang ini ye? Daripada budak ini, kenapa kau tak balas dendam kat aku terus?
Bukan aku ke yang kau orang benci dan dendam?” soalku sinis.
“Kau sangat licik
Selena, kalau kami tangkap kau sah-sah kami mati dulu. Kami bukan bodoh!” Hmm
adalah ‘pandai’ sikit mereka ini rupanya. Senang sahaja bagi aku untuk
tumpaskan mereka semua dengan tangan kosong kalau Suha bukan tebusan mereka.
“Tapi aku tak puas
hati selagi tak belasah kau, perempuan!” Memang ‘pandai’ anak Datuk Bandar ini
apabila dia melepaskan Suha dan mula meluru ke arahku. Suha segera diambil oleh
Gin dan aku terus membelasah Datuk Bandar yang dah ‘naik’ taraf jadi penculik
dengan senang hati. Mahu tercengang muka sekeluarga penculik apabila aku mula
membelasah. Sekarang darah aku sedang mendidih dan memang aku tak mengawal
langsung kekuatan aku. Seorang demi seorang aku kerjakan tanpa belas kasihan
dan hanya berhenti apabila mendengar bunyi nyaring siren kereta polis. Aku mengarahkan Gin
menyerahkan Suha kepadaku sebelum White Fox melesapkan diri. Sekarang aku perlu
memberi keterangan kepada pihak polis. Penculik-penculik itu diberkas dan ye,
sekali lagi keluarga bekas Datuk Bandar masuk surat khabar.
Walaupun aku menempuhi banyak juga cabaran
sebelum bernikah dengan ice king,
namun semuanya berbaloi apabila aku berjaya dinikahinya dengan berwalikan
Isaac. Aku memakai pakaian pengantin yang aku dan ice king reka bersama. Tiba-tiba pula ice king mahu menonjolkan sisi kreatifnya dengan membantuku mereka
busana pengantin yang menutup aurat tapi masih lagi nampak cantik dan ekslusif.
Majlis kami diadakan diperkarangan rumahku. Ibu ice king turut pulang bersama keluarga barunya untuk meraikan
majlis perkahwinan anaknya dan aku dapat rasakan yang mereka tak begitu mesra
tapi aku harap kami akan jadi lebih rapat di masa depan.
“Selena, sekarang bolehlah
Selena tidur kat rumah Suha kan?” Aku mengangguk sambil memeluk Suha yang
sedang menonton televisyen diribaanku. Sekarang kami masih berada dirumahku dan
insyaAllah aku akan berpindah ke rumah ice king keesokan harinya. Suha akan
ditinggalkan bersama mamaku dan Isaac sepanjang tempoh aku berbulan madu nanti.
Suha pula seronok dapat tinggal bersama Isaac dek suka menjaga dan bermain
dengan baby Irdina. Hahaha
macam-macam..
“Suha, jom tidur?”
Suha memandang wajahku pelik. Eh kenapa?
“Selena mana boleh
tidur dengan Suha. Selena kan kena tidur dengan papa? Selena mama baru Suha
kan?” Eh??!! Okey baru aku rasa nak lempang diri kuat-kuat. Adui lupa pula yang
malam ini aku kena dah kongsi katil dengan ice
king tu. Tapi...mana pula ice king
tu?
“Err papa belum nak
masuk tidur lagi jadi meh Selena temankan Suha tidur dulu nak?” Suha pantas
mengangguk dan aku terus membawanya ke bilik tetamu khas untuk Suha. Aku
membacakan buku koleksi sirah menarik untuk menidurkan Suha. Biar anak ini
tidur dengan mengingati perjuangan para anbiya dan sahabat dari cerita dongeng
yang melalaikan.
“Suha dah tidur?”
Zapp! Aku dah mula menggigil. Suara ice
king yang dekat pada telinga aku membuatkan aku terkedu. Malulah weh! Aku
mengangguk sebelum bangun dari dudukku. Sekarang aku dah kena balik bilik
ak..eh tak bilik kami. Baru nak buat helah pura-pura tidur sebelah Suha
hehehe....
“Ini kenapa sejuk
sangat tangan ni?” soal ice king
sambil meramas-ramas tanganku. Aku hanya mampu senyum dan senyum takut-takut.
Fahamilah bahawa aku sedang gementar ice
king!! Dia memegang tanganku dan membawaku kembali ke bilik kami.
Tiba di bilikku, pintu ditutup dan jantung aku
berdetak hebat. Tiba-tiba dia memusingkan badanku dan membawaku ke pelukan
hangatnya.
“I’ve been longing to hug you since the day we visited your father's cemetery.” Allah dia masih ingat tentang hal itu dan
dengan pelukan dari ice king, entah kenapa hilang terus perasaan gementar tak
ingat aku tadi.
“Thanks and I love your scent.” Dia terus
ketawa dengan kata-kataku. Punyalah banyak benda boleh cakap, aku bantai sentuh
pasal bau dia pula. Apa ke sengal kamu ini Selena Goh?!
“Selena..Selena..macam
manalah saya tak jatuh cinta dengan awak?” Okey masa ini muka aku memerah dan
jantung kembali berdetak hebat. Hahaha..malu..malu..
“InsyaAllah I will love and be a good husband for you. I’ll teach you
everything you want to know about Islam. InsyaAllah we will be together until
jannah.” Aku mengangguk faham dan ada air mata yang jatuh dek terharu.
“How I wish we can stay like this forever,” ucapku sambil memeluk kemas
tubuhnya. Selesa sampai tak rasa nak lepaskan.
“Nope. Kita ada misi lain sebab kita kena bagi Suha adik.” Aku
memandang wajah ice king dengan wajah terkejut. Tak sempat nak fikir apa, dia
dah merangkul tubuhku membawa ke katil. Semoga Allah merahmati keluarga kami
dan insyaAllah aku juga mahu menjadi isteri yang solehah untuk ice king buat selama-lamanya.
****************************************************************************
Alhamdulillah akhirnya sampai juga pengakhiran untuk kisah ice king & Selena. Macam cipta rekod jugalah sebab dalam dua hari, saya buat dua cerpen. Semalam dok kalut juga sebab isteri kawan baik saya masuk hospital sebab tekanandarah tinggi dan dipaksa untuk bersalin tapi..sampai sekarang (15/3/2015) masih tak banyak bukaan dan belum bersalin. Malam lepas isyak, baru mula mengarang untuk cerpen khas (tentang Hamdan) untuk dimuatkan ke dalam buku. Hari ini pukul 9 saya mula mengarang untuk cerpen ni. Hehehe..
Baiklah macam biasa, kalau tak suka ke apa sila komen~ (^-^)v
****************************************************************************
Alhamdulillah akhirnya sampai juga pengakhiran untuk kisah ice king & Selena. Macam cipta rekod jugalah sebab dalam dua hari, saya buat dua cerpen. Semalam dok kalut juga sebab isteri kawan baik saya masuk hospital sebab tekanandarah tinggi dan dipaksa untuk bersalin tapi..sampai sekarang (15/3/2015) masih tak banyak bukaan dan belum bersalin. Malam lepas isyak, baru mula mengarang untuk cerpen khas (tentang Hamdan) untuk dimuatkan ke dalam buku. Hari ini pukul 9 saya mula mengarang untuk cerpen ni. Hehehe..
Baiklah macam biasa, kalau tak suka ke apa sila komen~ (^-^)v
30 comments:
Hahahh sngt best..good job^.^
Kak, you never fail to make me impressed. Omg, suspen gila tengah tengah cerita tu. Finally azfar kahwinnnn !!!!! Excited too much. Hahaha, thank goodness sekarang cuti sekolah. Dapatlah baca ending cerpen ni. Thumbs up kak.
I'll make sure to buy the cerpen compilation. InsyaAllah. May Allah ease everything for you kak.
Ohoi~ best mcm biasa...
Teruskan berkarya :)
@nurirafazirah razak: Alhamdulillah, terima kasih.
(^-^)v
@adryz annisa: Aminn..insyaAllah. terima kasih ye dik.
Waa seronoknya dah cuti huhu..
(^-^)v
@Suha fasihah: Ehey~ Alhamdulillah thanks Suha..hehehehe..
InsyaAllah selagi mana Allah bg nikmati idea, saya trs berkarya..
(^-^)v
Txs for the update. As usual cite best
Saya sgt sukakn citer akak n saya mrupakn pminat tegar citer IRA... x sbr nk tggu chapter yg brikutnye...
@rozita kadiman: Alhamdulillah. You're welcome. Terima kasih sebab sudi baca.
(^-^)v
@anonymous: Alhamdulillah terima kasih.
Untuk IRA, akak hentikan siar di blog sbb akak nk keluarkan buku.
InsyaAllah ianya akan menyusul selepas buku koleksi cerpen akak.
(^-^)v
Best gilerrrrrr...
@Ayura Ayu: Alhamdulillah terima kasih
(^-^)v
hi...
Yihaa..cumilnya durang...
Cant wait to read about my love Hamdan..
@jude judy: hehehe hi~
hehe biasa2~
bertabahlah..saya sdg cr syarikat pencetakan sekarang huhu~
(^-^)v
assalamualaikum .. takpernah pun baca cerpen kat blog ni . terbaca cerpen sis kat penulisan2u . cerpen mamat downy . amd geram coz kene sambung sambung . so amek keputusan utk in blog sis . and tak sangkaa banyakk gilaa cerpen . yang hebatnyaa semua best . seriously . bestt sgtt and penulisan sis . terbaikk sgtt :) . amek masa 2 hari utk belek belek cerpen sis . sanggup search yang post lepas semata semata nakk follow up . TERBAIK DARI LADANG . nanti buat lagi cerpen and novel best best :)
btw nak tanya sis duduk rawang keaaa ?
@hashimah iema: waalaikumussalam. Alhamdulillah..ada juga yang minat kesengalan saya hehehe~
Yup saya memang Rawangian sejati muahahaha~
(^-^)v
Weeeee dah habis baca dah kouryu-sensei~~ thumbs up!! Nice one and love it. Keep it up!! Cant wait to read another stories of yours~~ :)
Hahaha arigatou ne Alia-chan...
InsyaAllah but currently busy looking for printing factory & class preparation.
eh sis rawang kat mana ? coz saya pun kat rawang . anak jati rawang haha . dekat bandar country homes .
@hashimah iema: kat Taman Tun Teja..dah 25 tahun dok Rawang ni hehehe~ dl dok kt kg Melayu Batu 16.
(^-^)v
Yup insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan aminnn...ehhhh camne tau tu kt?? Kan anonymous?? Lol
Aminn...hehehe siapa je yang panggil kte kouryu-sensei? hahahahaha~
(^-^)v
Hehe..akhirnyaa..mmg best!!skarang ni tinggal tunggu novel akak je ni .
@Nura Ifah: hehehe sila bertabah ye adik? Akak dengan kawan-kawan akak tengah berusah nak keluarkan secepat mungkin.
(^-^)v
ohsem lah!!! 2 hari ni layan ur blog baca cerpen, dari Oh ustaz smpai lah Ice king... mmg best...ada part dlm ice king buat sy sengih2 sendiri..haha..
thumbs up cik writer... ;D
(sy tggu cerpen baru cik writer..hihi)
@Nayna H. : Thanks Nayna. (^-^)
Huhu bertabahlah sebab saya agak sibuk sekarang maka cerpen untuk blog memang tak sempat buat. Huhuhu...
Sweet Sgt2..semua rama2 dlm perut mati..and tenkiu sgt2 sbb hbskn cerpen ni kt blog..-ikin-
@ikin: Alhamdulillah terima kasih ikin. InsyaAllah klu ada rezeki, saya nak bukukan cerpen ni.
(^-^)v
Alhamdullilla! Sangat suka baca cerpen2 dan novel ni. Best sgt! Kalau keluar cetak beritahu ye.
@Rosnoraini Aziz: Alhamdulillah terima kasih.
InsyaAllah apa-apa saya akan buat pengumuman di blog.
(^-^)v
Post a Comment