Kapitalis

Sunday, November 23, 2014

Cerpen: Bercinta Dengan Mamat Bangla (Part 3)

[kredit]  

Petang itu aku pulang awal ke rumah memandangkan aku perlu pulang ke kampungku. Sepupuku akan bernikah maka aku perlu bersiap sedia untuk mendengar soalan cepugangsa. Aih apasallah mereka tak faham-faham yang soal jodoh itu bukan aku yang tentukan tapi Allah? Bosan! Tapi nak marah karang mak ayah aku pula yang terkena tempiasnya. Haish payah gini!


Tiba sahaja dirumah, aku memarkirkan keretaku di garaj. Aku akan pulang ke kampung dengan bas memandangkan mak dan ayah aku memang tak benarkan aku memandu pulang ke kampung. Masing-masing mengatakan ianya terlalu bahaya untuk aku memandu seorang diri. Huhu tak tahu yang aku pernah sahaja memandu kereta sewa dari London ke Paris ketika di luar negara dulu. Kalau mereka tahulah...

Telefon pintarku yang berdering aku gapai.

“Assalamualaikum mak, adik balik rumah ambil beg. Hmm jangan risau, adik panggil teksi hantaq adik pi stesen bas tu. Sampai nanti adik call mak okey?” Aku menamatkan panggilan setelah lima minit berbual dengan mak. Nasib baiklah semua beg dah kemas. Setelah memastikan semua plug elektrik dicabut kecuali peti ais dan tingkap ditutup, aku melangkah keluar dari rumah.

“Bismillahi tawakkaltu alallah..” segera aku mengunci pintu dan grill kuletak mangga sebesar tapak tangan huhuhu..mangga besar yang aku beli semasa melancong di Paris. Punya semangat kawan-kawanku membeli mangga untuk diletakkan di jambatan Pont Des Arts tapi aku yang sememangnya tak suka benda mengarut begitu hanya membeli sebagai kenang-kenangan. Sekarang Ponts Des Art itupun mana boleh diletak mangga lagi. Ianya satu usaha untuk memelihara monumen disana. Mahu runtuh jambatan dengan berat mangga tu semua huhu...






Tak sampai lima minit aku menunggu dibuaian diluar rumahku, teksi yang kupanggil pun sampai. Aku yang hanya membawa beg galas segera masuk ke dalam perut teksi.

“Assalamualaikum pakcik. Pudu ye?”

“Waalaikumussalam. Baik adik.”

“Adik nak balik kampung ke? Cuti sekolah?” Ehey ni yang aku suka pakcik ni. Hahaha kalau dia tahu umur aku la..

“Ye saya nak balik kampung. Cuti biasa je pakcik.” Aku hanya menayangkan senyuman kepada pakcik teksi yang peramah. Baguslah kurang-kurang tak adalah rasa kekok.

“Sekolah mana dik?”

“Saya dah kerja pakcik. “ Baiklah aku dah malas nak berlagak macam budak sekolah huhu..

“La..pakcik ingat kamu baya-baya anak pakcik. Anak perempuan pakcik sekolah kat sekolah depan tu. Tingkatan enam atas.” Wahahaha aku dah gelak suka dalam hati. Tak sangka muka aku ni awet muda. Anugerah Allah dan berkat minum teh hijau hari-hari. Antioxidant win!








Tiba sahaja di Pudu Sentral, aku membayar tambang dan mengucapkan terima kasih. Aku terus menuju ke kedai buku berhampiran. Buku adalah benda wajib kalau nak menunggu bas. Aku lebih suka melayan bahan bacaan dari telefon pintar. Bukan tak boleh membaca menggunakan telefon pintar tapi aku lebih suka menyelak muka surat dan bau buku. Okey katalah aku pelik sekalipun sebab aku memang suka bau buku. Oh bau ilmu~

Sedang aku hendak gapai buku ‘Catatan Mat Lutfi’ karya Mat Lutfi, satu lagi tangan kasar turut menggapai pada buku yang sama. Nasib baik aku sempat elak kalau tak naya aje terpegang tangan bukan mahram.

“Maaf ye cik..eh?” Aku segera memandang ke arah empunya tangan kasar tadi.

“Sabreena! Ya Allah dah lama tak jumpa. Sabreena sihat?” Kejap aku rasa aku kenal dia ni. Remy Ishak! Mamat bangla!

“Alhamdulillah sihat. Abang Hanif sihat?”

“Alhamdulillah sihat juga. Abang baru dapat tukar ke sini. Sabreena nak balik kampung ke?”

“Haah. Bas pukul lima nanti. Saya baru ingat nak beli buku lepas tu lepak kat surau sementara tunggu waktu solat.” Abang Hanif memang tak banyak berubah dari 10 tahun yang dulu. Err awet muda juga ke?

“Oh pasal buku ni. Sabreena nak? Abang beli bagi Sabreena jela.” Dia terus mengambil dua buku dan menuju ke kaunter pembayaran sebelum sempat aku menghalang. Woo ini orang ingat aku budak sekolah lagi ke? Aku ini dahlah tak berapa suka nak termakan budi dengan orang.

“La..tak apalah. Saya boleh beli sendiri. Berapa harga buku tadi?”

“Tak apa. Kira hadiah dari abang untuk Sabreena.” Tak terkata aku apabila mamat bangla itu sudah mengatakan begitu. Hmm..

“Anak isteri abang tak ikut ke?” Tersentak seketika mamat bangla itu apabila aku menyebut tentang anak dan isteri. Eh baru teringat kat bini kat rumah ke apa? Tapi kemudiannya dia hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.

“Orang tak ada rupa macam abang ni siapalah yang nak? Dahlah kulit gelap macam bangla kerja kontrak. Gelap je masa depan bila bakal mak mertua tengok.” Okey aku terus tergelak dengan ayat pasrah mamat bangla ini. Alahai dia ni mana ada ‘gerhana’ sangat pun!

“Abang Hanif ni buat lawak ka? Awat kata lagu tu? Belum sampai jodoh lagilah..” Aku yang dok tergelak kat orang tapi diri sendiri pun tak ada yang melekat huhu..tak apa aku hidup stress-free apa?

“Tak apalah Sabreena. Abang redha je. Ni tanya abang, Sabreena macam mana?” Aku macam mana apa? Oh okey...

“Pun belum lagi. Tak apalah serah kat Allah ja. Abang nak balik Penang juga ka?”

“Haah. Tok Wan abang tak berapa sihat jadi tu yang nak balik melawat dia sambil tu boleh ambil kereta sekali. Kereta abang hari tu adik abang pakai tu yang gagah naik bas.” Dek terlalu seronok berborak dengan mamat bangla yang dah 10 tahun tak jumpa, sedar-sedar sahaja, azan Asar sudah mula berkumandang.

“Aish, seronok sangat borak dengan Sabreena. Jom solat?”

“Aik? Kita bukan mahram nak ajak solat sama bagai.”

“La awat loklaq sangatlah hang ni! Pi masuk surau lain-lainlah adikku sayang.” Aku hanya mampu tersengih lalu melangkah laju menuju ke surau. Dia yang sudah dihadapanku menunjukkan arah ke surau wanita.

“Sabreena! Habis solat tunggu abang kat luar ye?” Aku segera mengangguk. Entah kenapa aku berasa selamat apabila dengan mamat bangla itu. Selalunya aku seorang yang sukar bergaul dengan lelaki kecuali murid-muridku dan ahli keluargaku. Hmm adakah kami ada kimia? Woohoo pi solatlah Sabreena oii!

“Suami ke? Mesra betul dengan suami?” tegur seorang makcik yang kebetulan masuk ke surau bersamaku.

“Err..”

“Baguslah suami isteri mesra macam ni. Hidup ni tak lama, sekarang ni banyak sangat cerita pasal orang bercerai-berai sampai naik muak. Eh! Merepek pula makcik ni. Jom cepat ambil wuduk, boleh berjemaah ramai-ramai.” Makcik itu segera menggapai tanganku masuk ke dalam surau. Haduilah..macam mana nak terangkan kat makcik ni?








Alhamdulillah aku berjaya menyertai solat Asar berjemaah. Selesai solat, aku cuba mencari makcik tadi tapi hampa, dia dah keluar awal mungkin. Seperti yang sudah kujangka, mamat bangla itu sudah menungguku diluar surau. Betullah dia macam tunggu bini pun ada sebab dok berdiri terpacak sambil melihat-lihat mencariku dikalangan jemaah wanita yang lain. Bila nampak sahaja aku, dia terus tersenyum. Err okey aku rasa aku dah tercuit hati dengan klon Remy Ishak ini.

“Jom Sabreena, bas pukul lima kan?”

“Abang Hanif punya bas pukul berapa pula?”

“Samalah pukul lima juga. Bas abang kat platform 11. Sabreena?” Hah?! Okey ini kira berjodoh ke apa?

“Samalah. Nak turun sekarang ke?”

“Isy awal sangatlah turun sekarang. Lagi sepuluh minit sebelum pukul lima baru kita turun. Abang rasa nak beli maruku ke apa untuk kunyah-kunyah dalam bas. Sabreena nak beli tak?” Hehehe lawak juga mamat bangla ni..aku ingat perempuan je yang suka kunyah-kunyah dalam bas sambil selfie huhu...agak-agak dia selfie tak? Kalau ye memang aku reject terus! Ek eleh macamlah dia nak sangat ke kau!

“Saya nak beli air dengan roti je..” balasku sambil mengekornya ke kedai serbaneka. Hidungku segera menangkap bau jagung manis yang dijual dihadapan kedai. Makanan kesukaan aku ni!

“Pakcik nak jagung manis dalam cawan sa..dua!” Teringin juga aku untuk membalas budi mamat bangla yang membelikan buku kepadaku. Aku membayar harga jagung sebelum masuk ke dalam kedai serbaneka untuk mencari mamat bangla itu.

“La..pi beli jagung rupanya. Terkejut abang bila Sabreena tiba-tiba hilang.” Aku hanya mampu tersengih dengan bebelannya.

“Dah ambil dah barang yang Sabreena nak?” Aku menggelengkan kepala. Aku menuju ke rak roti dan menggapai roti jagung kegemaranku. Okey aku akui yang aku memang sangat suka makan jagung. Air teh hijau Lipton 9 menjadi pilihanku. Oh roti jagung dengan teh hijau nombor 9~

“Mai sini biar abang bayarkan.” Aku segera menolak. Malulah jika asyik dia yang membayar padahal aku bukan ada apa-apa hubungan dengan dia melainkan saudara sesama Islam.

“Tak apa, malu la cheq kalau semua pun Abang Hanif bayarkan.” Aku mengeluarkan duit dari dompet dan terus aku hulurkan kepada juruwang di kaunter.

“Hmm yela. Jom nanti lambat pula.” Dia mendahuluiku keluar dari kedai serbaneka itu. Teringatku pada kata-kata yang pernah dituturkan oleh Umar Al-Khattab R.A “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita”. Sememangnya aku melihat dia tetap menjaga ikhtilatnya walaupun ketika berbual denganku tadi. Pada pandanganku, dia seperti seorang musyrif yang mahu menjaga saudara perempuan sesama Islam di kota yang penuh dengan manusia yang ramai terkehel akidahnya.

“Sabreena?” Mamat bangla yang sudah jauh ke hadapan menoleh ke arahku dengan pandangan pelik.


“A..kejap!” Aisy boleh pula aku mengelamun! Segera aku melajukan langkahku membontoti Abang Hanif. Sabreena..Sabreena..

*****************************************************************************
Waa akhirnya..alhamdulillah siap satu part lagi. Saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat update. Terima kasih sebab sudi tunggu. Macam biasa, tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v

Abang Hanif yang disuluh lampu~

Sabreena yang awet muda~

16 comments:

SuhaFasihah said...

Uishhhh confirm2 laa suka... Hehehe...
Worth-waiting... Don't worry :)

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Alhamdulillah..thanks Suha
(^-^)v

Unknown said...

tks lama juga tunggu sambungan.Tapi takpe is it worth waiting cuma pendek jer...

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: huhu maaf2...alhamdulillah..insyaAllah saya cuba update secepat mungkin untuk next part huhu~
(^-^)v

Anis Farhana said...

kalau muka bangla tapi hati baik baguihhhh laaaaaa hahahaha

saya suka kak. baca ni teroih hilang stress spm ihik

Norlyana Nasrin said...

Hehe mmg mcm tu la yg kita nak huhu..

Alhamdulillah..dh abis paper dh?

Anis Farhana said...

Alhamdulillah dah habis hehehehehe tu yang mai singgah sini ni :))

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Alhamdulillah..bolehlah rehatkan otak dulu sebelum dapat result & tawaran pi mana2 huhu

(^-^)v

Unknown said...

Bestnyaa! Keep it up sister ��

Norlyana Nasrin said...

@muny munirah: Alhamdulillah..thanks ye
(^-^)v

Anonymous said...

Kecik.hempedu remy ishak hahaha

Norlyana Nasrin said...

hehehe bertabahlah Remy Ishak! Apa2 pun lakonan dia bagus!

(^-^)V

anis said...

sis..novel isteriku ratu ais dah tamat ke??

Norlyana Nasrin said...

@anis: belum lagi anis. (^-^)v

Anonymous said...

Best best! Lagi suka bila watak watak tu Malaysian actors je. Tak payah ambik orang korea lah, takleh feel lah. :) Btw, best sangat! Keep it up!

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah. Hehehe untuk yang ni memang terfikir Remy Ishak je sebab akak suka sakat mak akak yang suka Remy Ishak..

Terima kasih ye.

(^-^)v