[kredit] |
Hujan rahmat
petang ini aku redah dengan perasaan gembira. Alhamdulillah, akhirnya aku
berjaya mendapat kerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM. Bas yang baru
sahaja tiba aku naiki dengan berhati-hati. Bas yang sarat dengan penumpang
tidak sedikit pun menghakis perasaan gembira aku. Tapi...apahal pula mamat
bangla ni tengok aku macam nak telan?! Aduilah aku ni kalau dengan pendatang
asing memang aku tak ada perasaan benci ke nak menghina ke apa sebab tahu
mereka datang untuk mencari rezeki yang halal. Kot ye pun rindu bini kat
Bangladesh, janganlah sampai macam ni! Aku makin gabra apabila dia mendekatiku
dengan senyuman.
“Err cik, zip beg cik terbuka. Bahaya kalau biarkan terbuka macam ni.” Eh
terer bangla ni cakap Melayu? Tak ada pelat langsung! Mesti dah lama tinggal
Malaysia ni..
“Oh terima kasih.” Aku segera menzip semula beg sandangku. Tu la dok kalut
nak bayar tambang tadi sampai lupa nak zip balik.
“Sama-sama.” Dia mengangguk lalu mengalih pandangan ke luar tingkap. Dari
tepi memang sebijik Remy Ishak. Err Remy Ishak naik bas ke? Hahaha aku dah mula
dah nak mengarut.
Apabila bas sudah
mula menghampiri destinasiku, aku terus menekan loceng.
‘Sreeet!!!!’ Apa kejadah punya bas berhenti mengejut macam ni? Macam dalam
cerita Hindustan, aku terpeluk mamat Bangla itu. Allah!!!! Malunya!!! Ini aku
yang buat sexual harrassment ke dia!
“Ya Allah.. sorry ye. Abang driver tak reti nak berhenti elok-elok
ke?!” jeritku akibat malu. Segera aku lepaskan pelukan dan turun dari bas. Muka
aku tak payah ceritalah, mesti merah kalah tomato!
“Kerja dalam daycare shoppingmall
ni senang ja. Bila ada pelanggan yang tinggalkan anak depa untuk membeli-belah,
kita jaga dan beri makan. Disamping itu, kita buat aktiviti supaya budak-budak
ni tak bosan dan teringat-ingat kat mak pak dia.” Aku mengangguk faham dengan
penerangan Kak Kamisah. Aku yang memang suka dengan budak-budak memang
seronoklah bila dapat kerja ini.
“Aktiviti tu macam mana kak?” soalku ingin tahu.
“Senang ja, kita bagi crayon dan kertas lukisan bagi depa melukis. Siapa
lukis lawa, dapat hadiah. Ada juga mainan-mainan lain yang kita buat untuk
elakkan budak bosan,” terang Kak Kamisah sambil matanya memerhatikan beberapa
pelanggan yang menghantar anak-anak mereka di kaunter penyambut tetamu. Kak Guna
merupakan penyambut tetamu untuk pusat penjagaan kanak-kanak ini. Termasuk aku,
ada lima orang pekerja disini. Empat perempuan dan seorang lelaki. Yang lelaki
itu pun Abang Hashim, suami kepada Kak Kamisah. Senang katanya untuk uruskan
budak-budak lelaki.
“Sabreena kena sabaq layan kerenah budak-budak dan kerenah mak pak budak.
Bukan apa, depa dok kata nak letak tiga jam ja, tapi kadang-kadang daycare nak
tutup baru ambil anak. Bila kita charge
mahal sebab lambat, dok bising-bising kata kita ni cekik darah padahal depa
sendiri dah tahu rate kita berapa.”
“Oh ye, untuk pekerja sini kak memang sediakan kupon makan sekali. Makan
tengahari sahajalah. Ada tempat makan kat level 7 jadi Sabreena boleh guna
kupon tu kat sana.” Aku mengangguk lagi. Seronoknya! Dahlah kerja best, makan pun free huhu alhamdulillah...sarapan aku boleh masak sendiri. Kena
jimat sebab mak cakap duit kerja ini boleh simpan untuk sambung belajar nanti.
“Kalau ada budak degil atau teghiak selak, minta Kak Fizah tolong. Kak
Fizah dah pakar dah. Tak gitu Fizah?” Kak Fizah hanya menunjukkan isyarat
bagus.
“Okeylah Sabreena. Kalau apa-apa boleh bincang dengan kak tak pun yang
lain. Depa okey ja tak makan orang.”
“Terima kasih kak.”
“Sabreena boleh tolong Kak Fizah susun makanan untuk budak-budak atas meja
tu.”
“Baik kak!” Aku terus membantu Kak Fizah mengambil tray berisi makanan. Aku harap hari ini berakhir tanpa tragedi
hehehehe....
Tengah hari itu,
Waktu makan
tengah hari kami diatur secara bergilir-gilir kerana pada waktu tengah hari pun
ada pelanggan yang menghantar anak-anak mereka. Aku mengambil slot pukul satu
tengah hari sehingga pukul dua. Memang waktu kemuncak dan ramai orang di medan
selera tapi aku memikirkan boleh solat sebaik sahaja masuk waktu maka aku redha
sahajalah. Solat diawal waktu memang menjadi tabiatku sejak dari dulu. Mak
cakap, kalau nak hidup berkat kena rajin solat awal waktu dan menjaga adab.
Elok pula waktu Zohor sekarang cepat maka lebih afdhal aku solat dulu sebelum
makan. Kak Kamisah cakap boleh je order dulu dan ambil kemudian di medan selera
ini.
“Kak, boleh saya order dulu dan ambil selepas saya solat? Saya pakai kupon daycare,” soalku pada kakak jurujual
dikaunter.
“Boleh sangat dik. Nanti akak asingkan order adik ye?” Aku mengucapkan
terima kasih dan segera beredar ke musolla berdekatan medan selera.
Usai solat, aku
terus mendapatkan makananku di kaunter. Alhamdulillah masih panas dan tampak
menyelerakan. Ucapan terima kasih diberi dan aku segera mencari tempat duduk.
Tak sampai seminit, aku melihat ada satu keluarga yang sudah habis makan dan
beredar. Pantas aku menuju ke meja kosong itu dan meletakkan makananku.
“Assalamualaikum. Cik seorang diri ke? Boleh kami tumpang makan sekali?”
Kelihatan dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang sedang menatang tray
makanan mereka. Kebetulan tempat yang aku duduk boleh menempatkan enam orang
jadi tak kisahlah jika berkongsi meja.
“Waalaikumussalam. Boleh je. Sila-sila.” Aku memberikan senyuman kepada
tukang tanya. Eh macam pernah jumpa...
“Terima kasih ye. Waktu tengah hari ni memang penuh. Adik kerja sini juga
ke?” soal seorang perempuan yang bersama dengan kumpulan itu.
“Ye saya kerja di daycare kat
bawah tu.”
“Adik nampak muda sangat. Tak sekolah ke?” Waa macam dah kena temuramah!
Sebenarnya aku ni pemalu dan agak payah nak buka mulut tapi..mak cakap jangan
menyombong dengan orang sebab tak masuk syurga nanti!
“Saya baru lepas SPM. Kerja ni pun sementara nak tunggu result,” jawabku dengan senyuman. Ramah
betul mereka-mereka ini. Aku kembali menyuap nasi. Ada lagi 20 minit sebelum
waktu rehatku berakhir.
“Abang rasa pernah jumpa adik ni. Oh ye! Adiklah yang terpeluk abang dalam
bas kan?” tersedak aku dengan kenyataan lelaki dihadapanku ini. Ya Allah ini ke
mamat bangla hari itu? Pantas kakak-kakak itu menyuakan air kepadaku. Terima
kasihlah kakak-kakak sekalian!
“Isy kau ni kan! Agak-agaklah! Budak ni kan tengah makan?” kakak yang duduk
disebelahku mengurut-urut belakangku.
“Sorry..sorry..abang macam pernah
tengok muka adik itu yang abang terus cakap.”
“Tak apa.” Aku meneruskan suapan sehingga habis makananku. Malu rasanya nak
terus berada disini. Airku turut aku habiskan.
“Saya pergi dulu ye.” Aku yang mula berura-ura hendak bangun dari duduk
ditahan oleh kakak disebelahku.
“La tak sempat lagi kenal dengan adik. Nama adik apa? Nama kakak,Damia dan
yang ni Kak Putri. Yang bagi adik tersedak tadi Abang Hanif dan
sebelah dia suami kakak, Abang Adam.” Semangat Kak Damia membuat sesi taaruf.
“Nama saya Sabreena. Baiklah saya nak masuk kerja. InsyaAllah kita akan
jumpa lagi. Assalamualaikum” Aku segera bangun dan bersalaman dengan Kak Damia
dan Kak Putri.
“Waalaikumussalam. InsyaAllah.” Aku segera mengangkat tray makanan dan
meletakkan ke dalam bakul yang disediakan. Fuh, tak sangka mamat bangla itu
rupanya Melayu tulen hehehe..
Hari yang
mendebarkan sudah tiba, hari dimana aku akan mendapat keputusan peperiksaan SPM
yang membuatkan aku tak sedap badan sampai demam-demam seminggu. Penatlah mak
menjaga aku seminggu ini. Entah apasal yang aku dok risau sangat pasal
keputusan padahal waktu peperiksaan dulu aku boleh relaks bagai. Hari ini mak
dengan ayah tak boleh nak temankan aku sebab ada pembekal nak hantar bekalan
barang ke kedai runcit kami. Haihla nasib...
Dari jauh aku
melihat ramai pelajar-pelajar yang berkumpul dihadapan dewan. Masing-masing
datang dengan ibubapa mereka. Ada yang muka cuak macam aku dan ada yang muka
bajet straight A’s padahal aku tahu
dalam hati berdebar macam nak gila ahahhaa...
“Rena Tanaka!!” Haha budak sengal ini juga yang aku jumpa dulu! Tapi tak
apa kurang-kurang boleh hilangkan bosan aku.
“Assalamualaikum Siti. Datang dengan siapa?” Siti Maryam namanya tapi orang
suka panggil dia merry-go-round tak pun biskut meri.
“Waalaikumussalam. Aku datang sorang je. Daddy dengan mommy aku
sibuk sentiasa. Kau pun sorang kan?” Aku menganggukkan kepalaku. Dia ini memang
ceria tak ingat dan sengal alam tapi aku suka bergaul dengan dia sebab dia akan
serius bila perlu.
“Jomlah masuk dewan. Aku rasa dah boleh ambil dah.” Kelihatan para pelajar
mula berpusu-pusu masuk ke dalam dewan. Dengan lafaz basmallah aku melangkah.
“Jangan risau, aku tahu kau dah cuba sedaya-upaya. Redha dengan keputusan
selepas tawakal okey?” Siti terus mengapai tanganku dan kami berjalan
beriringan masuk ke dewan.
“Assalamualaikum cikgu, kami datang nak raya!” Mula dah sengal si biskut
meri ni.
“Waalaikumussalam Siti Maryam binti Haji Musa. Amboilah kamu ni tak habis-habis
dengan perangai sengal kamu. Nah ambik keputusan ni pastu pi main jauh-jauh.”
Cikgu Suraya menghulurkan keputusan si biskut meri yang tersengih sahaja dari
tadi. Cikgu Suraya memang target biasa si biskut meri ini sebab personaliti
cikgu yang tak kisah dan senang bergaul dengan pelajar-pelajarnya. Tak ada
siapalah dalam sekolah kami yang tak suka dengan Cikgu Suraya.
“Alhamdulillah. Terima kasih cikgu! Saya nak pi raya rumah cikgu boleh?”
“Kamu datang cikgu tutup pintu! Hahaha..dok aih mai la. Adalah stok maruku
sikit dekat rumah cikgu tu.” Cikgu Suraya tak mahu kalah bergurau dengan si
biskut meri. Raya dah lama lepas apatah lagi Deepavali hehehe...
“Sabreena binti Haji Halim, ni pula keputusan kamu. Tahniah kamu berdua
berjaya dapat straight A’s. Cikgu
doakan kamu berdua berjaya dunia akhirat.” Allah Cikgu Suraya dah masuk gear
sayu. Aku dan Siti terus memeluk Cikgu Suraya. Guru kelas yang memberikan
sokongan mental dan dorongan yang tak putus-putus kepada para pelajar.
“Amin. Terima kasih cikgu.” Mata aku dah mulalah nak berair. Adui..
“Nanti datanglah rumah cikgu hari minggu ni. Cikgu buat makan-makan sikit
untuk kamu semua. Kelas kita sahaja alhamdulillah lebih separuh dapat straight A’s.”
“InsyaAllah cikgu. Nanti kita Whatsapp ye?”
“Tak mahulah. Kamu tu suka mengarut bila dalam Whatsapp tu.”
“Ceit. Okeylah cikgu marah pula Khuzaini sebab kami ni lama sangat. See you soon! Tata!!” Khuzaini yang
beratur dibelakang kami hanya tersengih. Arif sangat dengan perangai si biskut
meri ni. Meriah tak hengat!
“Sabreena, jom makan KFC?” pelawa Siti dengan wajah yang ceria. Dia yang
sudah ada lesen memandu terus mengajakku berjalan-jalan dengannya. Konon bosan sebab
tiada sesiapa pun dirumahnya. Kakak dan abang Siti semuanya belajar di luar
negara. Kalau nak dibanding keluarga aku dengan keluarganya, Siti boleh dikategorikan
orang berada.
“Tak mahulah Siti, lagipun aku tak bawa duit lebih,” jawabku
jujur. Bukan apa, tadi aku ingatkan aku akan terus balik sebaik sahaja
mengambil keputusan peperiksaanku jadi memang aku bawa duit tambang bas sahaja.
Tak terfikir pula yang aku akan keluar dengan Siti. Mak dan ayah pun sudah kuminta
kebenaran dan mereka membenarkan aku keluar dengan syarat pulang sebelum pukul
enam petang.
“Kau memang saja kan? Haha jomlah aku belanja. Ingat tak dulu kau pernah
belanja aku makan choki-choki disaat aku kekurangan gula selepas merentas desa
wahai temanku? Maka anggap sahaja aku membalas budimu wahai Rena Tanaka” Ahaha
berapa tahun punya cerita da...aku mengangguk. Siti ini jenis akan memaksa
sampai kita setuju. Tak nak buang masa punya pasal, aku setuju sahajalah.
‘Sreeeet!!!!’ Siti yang membrek secara tiba-tiba mengejutkanku.
“Ya Allah apasallah dok melintas macam ayam!” Siti terus memberhentikan kereta
untuk melihat manusia yang sudah terduduk di atas jalan itu. Aku yang turut
kaget mengikutnya keluar. Nasib baik jalan lengang.
“Encik okey tak ni? Kenapa lintas tak tengok kiri kanan?” soal Siti dengan
muka risau. Tadi tak berlanggar pun. Eh kejap. Mamat bangla?! Hanif?
****************************************************************************
Alhamdulillah. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
21 comments:
Cite ni best Disebabkan hero dia sy bayang kan mcm remy ishak..hurmm...XD...
Yeay org first.. nk lagi..
Salam sis... Nice start dah ni... Since x byk konflik lg so takleh nak komen lebih2... Hehe... I can feel that this story will also be interesting just like your other stories... :)
Hehe Remy Ishak tu mula2 saya pn igt dia bangla hahaha..okay2 sila tggu smbgn
(^-^)v
InsyaAllah nnt saya smbg ye..
(^-^)v
Wslm..alhamdulillah..insyaAllah saya cuba buat seelok boleh huhu....
(^-^)v
hehe.. Remy Ishak bagla? ingat akak sorang jer suka sakat anak akak yg perminat tegar Remy to bangla. Always ada ala2 sengal tu dalam cite kamu. I like it... hehe
hehehe..yang saya pula mama saya minat kat Remy Ishak..dulu dia ada gak berlakon jadi bangla hahaha memang menjadi..
Alhamdulillah. Terima kasih (^-^)
Terkezut saya..Ingatkan hero dia betul2 bangla.Muahahahah..Buat suspen ja.
hahaha...tapi kalau betul2 bangla mesti lawak kan? Adik manis~ahaha~
(^-^)v
Hahaha...saya x bole agk kalau hero kali ni 'adk manis'....XD
First time bukak laman web ni.. Best gila cerpen2 akak.. Saya sengih je dari tadi baca cerpen akak.. Awesome lah XD
Miahaha mst rs semacam je kn? Adik manis~mana pigi~hahaha
(^-^)v
Alhamdulillah..terima kasih dik jika sudi follow la akak..ahaha adik manis~
(^-^)v
P/s: abislah mood abangla dh menjelma huhuhu
saya lagi suka bayang azlee khairi wahahahaha. eh nak spm ni ya Allah
Assalamualaikum
Thumbs up! Awesome la cerita ni. Haha. Hai adik manis, mari sini ~ Gelak guling2 saya baca cerpen akak ni XD
@Anis Farhana: Waalaikumussalam. Hehe Azlee Khairi kurang aura banglanya dari Remy Ishak haha..
Ok buat yang terbaik dik!
@anonymous 5/11/2014 11.01pm:Alhamdulillah terima kasih dik..hehehe terkena virus abangla jugak ke? ahahahaha...
Lepas ni buat cerpen pasal syed azfar dgn suha bleh tkkkk???
InsyaAllah kalau ada idea + masa huhuhu
Bru layan blog ni. Awat gmbr awal gmbr tu? Mcm xsesuai je.. apa2 pun novel best. Keep it up!
@ikku icu: Alhamdulillah terima kasih. haha awalnya gambar remy tapi entah apasal link tu tertukar jadi filem tu..
no worries dah tukar dah.
(^-^)v
Post a Comment