[kredit] |
Petang itu aku pulang awal ke rumah
memandangkan aku perlu pulang ke kampungku. Sepupuku akan bernikah maka aku
perlu bersiap sedia untuk mendengar soalan cepugangsa. Aih apasallah mereka tak
faham-faham yang soal jodoh itu bukan aku yang tentukan tapi Allah? Bosan! Tapi
nak marah karang mak ayah aku pula yang terkena tempiasnya. Haish payah gini!
Tiba sahaja dirumah, aku memarkirkan keretaku
di garaj. Aku akan pulang ke kampung dengan bas memandangkan mak dan ayah aku
memang tak benarkan aku memandu pulang ke kampung. Masing-masing mengatakan
ianya terlalu bahaya untuk aku memandu seorang diri. Huhu tak tahu yang aku
pernah sahaja memandu kereta sewa dari London ke Paris ketika di luar negara
dulu. Kalau mereka tahulah...
Telefon pintarku yang berdering aku gapai.
“Assalamualaikum
mak, adik balik rumah ambil beg. Hmm jangan risau, adik panggil teksi hantaq
adik pi stesen bas tu. Sampai nanti adik call mak okey?” Aku menamatkan
panggilan setelah lima minit berbual dengan mak. Nasib baiklah semua beg dah
kemas. Setelah memastikan semua plug elektrik dicabut kecuali peti ais dan
tingkap ditutup, aku melangkah keluar dari rumah.
“Bismillahi
tawakkaltu alallah..” segera aku mengunci pintu dan grill kuletak mangga
sebesar tapak tangan huhuhu..mangga besar yang aku beli semasa melancong di
Paris. Punya semangat kawan-kawanku membeli mangga untuk diletakkan di jambatan
Pont Des Arts tapi aku yang sememangnya tak suka benda mengarut begitu hanya
membeli sebagai kenang-kenangan. Sekarang Ponts Des Art itupun mana boleh
diletak mangga lagi. Ianya satu usaha untuk memelihara monumen disana. Mahu
runtuh jambatan dengan berat mangga tu semua huhu...
Tak sampai lima minit aku menunggu dibuaian
diluar rumahku, teksi yang kupanggil pun sampai. Aku yang hanya membawa beg
galas segera masuk ke dalam perut teksi.
“Assalamualaikum
pakcik. Pudu ye?”
“Waalaikumussalam.
Baik adik.”
“Adik nak balik
kampung ke? Cuti sekolah?” Ehey ni yang aku suka pakcik ni. Hahaha kalau dia
tahu umur aku la..
“Ye saya nak balik
kampung. Cuti biasa je pakcik.” Aku hanya menayangkan senyuman kepada pakcik
teksi yang peramah. Baguslah kurang-kurang tak adalah rasa kekok.
“Sekolah mana dik?”
“Saya dah kerja
pakcik. “ Baiklah aku dah malas nak berlagak macam budak sekolah huhu..
“La..pakcik ingat
kamu baya-baya anak pakcik. Anak perempuan pakcik sekolah kat sekolah depan tu.
Tingkatan enam atas.” Wahahaha aku dah gelak suka dalam hati. Tak sangka muka
aku ni awet muda. Anugerah Allah dan berkat minum teh hijau hari-hari. Antioxidant win!
Tiba sahaja di Pudu Sentral, aku membayar
tambang dan mengucapkan terima kasih. Aku terus menuju ke kedai buku berhampiran.
Buku adalah benda wajib kalau nak menunggu bas. Aku lebih suka melayan bahan
bacaan dari telefon pintar. Bukan tak boleh membaca menggunakan telefon pintar
tapi aku lebih suka menyelak muka surat dan bau buku. Okey katalah aku pelik
sekalipun sebab aku memang suka bau buku. Oh bau ilmu~
Sedang aku hendak gapai buku ‘Catatan Mat
Lutfi’ karya Mat Lutfi, satu lagi tangan kasar turut menggapai pada buku yang
sama. Nasib baik aku sempat elak kalau tak naya aje terpegang tangan bukan
mahram.
“Maaf ye cik..eh?”
Aku segera memandang ke arah empunya tangan kasar tadi.
“Sabreena! Ya Allah
dah lama tak jumpa. Sabreena sihat?” Kejap aku rasa aku kenal dia ni. Remy
Ishak! Mamat bangla!
“Alhamdulillah
sihat. Abang Hanif sihat?”
“Alhamdulillah sihat
juga. Abang baru dapat tukar ke sini. Sabreena nak balik kampung ke?”
“Haah. Bas pukul
lima nanti. Saya baru ingat nak beli buku lepas tu lepak kat surau sementara
tunggu waktu solat.” Abang Hanif memang tak banyak berubah dari 10 tahun yang
dulu. Err awet muda juga ke?
“Oh pasal buku ni.
Sabreena nak? Abang beli bagi Sabreena jela.” Dia terus mengambil dua buku dan
menuju ke kaunter pembayaran sebelum sempat aku menghalang. Woo ini orang ingat
aku budak sekolah lagi ke? Aku ini dahlah tak berapa suka nak termakan budi
dengan orang.
“La..tak apalah.
Saya boleh beli sendiri. Berapa harga buku tadi?”
“Tak apa. Kira
hadiah dari abang untuk Sabreena.” Tak terkata aku apabila mamat bangla itu
sudah mengatakan begitu. Hmm..
“Anak isteri abang
tak ikut ke?” Tersentak seketika mamat bangla itu apabila aku menyebut tentang
anak dan isteri. Eh baru teringat kat bini kat rumah ke apa? Tapi kemudiannya
dia hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.
“Orang tak ada rupa
macam abang ni siapalah yang nak? Dahlah kulit gelap macam bangla kerja
kontrak. Gelap je masa depan bila bakal mak mertua tengok.” Okey aku terus
tergelak dengan ayat pasrah mamat bangla ini. Alahai dia ni mana ada ‘gerhana’
sangat pun!
“Abang Hanif ni
buat lawak ka? Awat kata lagu tu? Belum sampai jodoh lagilah..” Aku yang dok
tergelak kat orang tapi diri sendiri pun tak ada yang melekat huhu..tak apa aku
hidup stress-free apa?
“Tak apalah
Sabreena. Abang redha je. Ni tanya abang, Sabreena macam mana?” Aku macam mana
apa? Oh okey...
“Pun belum lagi.
Tak apalah serah kat Allah ja. Abang nak balik Penang juga ka?”
“Haah. Tok Wan
abang tak berapa sihat jadi tu yang nak balik melawat dia sambil tu boleh ambil
kereta sekali. Kereta abang hari tu adik abang pakai tu yang gagah naik bas.” Dek
terlalu seronok berborak dengan mamat bangla yang dah 10 tahun tak jumpa,
sedar-sedar sahaja, azan Asar sudah mula berkumandang.
“Aish, seronok
sangat borak dengan Sabreena. Jom solat?”
“Aik? Kita bukan
mahram nak ajak solat sama bagai.”
“La awat loklaq sangatlah
hang ni! Pi masuk surau lain-lainlah adikku sayang.” Aku hanya mampu tersengih
lalu melangkah laju menuju ke surau. Dia yang sudah dihadapanku menunjukkan
arah ke surau wanita.
“Sabreena! Habis
solat tunggu abang kat luar ye?” Aku segera mengangguk. Entah kenapa aku berasa
selamat apabila dengan mamat bangla itu. Selalunya aku seorang yang sukar
bergaul dengan lelaki kecuali murid-muridku dan ahli keluargaku. Hmm adakah
kami ada kimia? Woohoo pi solatlah Sabreena oii!
“Suami ke? Mesra
betul dengan suami?” tegur seorang makcik yang kebetulan masuk ke surau
bersamaku.
“Err..”
“Baguslah suami
isteri mesra macam ni. Hidup ni tak lama, sekarang ni banyak sangat cerita
pasal orang bercerai-berai sampai naik muak. Eh! Merepek pula makcik ni. Jom
cepat ambil wuduk, boleh berjemaah ramai-ramai.” Makcik itu segera menggapai
tanganku masuk ke dalam surau. Haduilah..macam mana nak terangkan kat makcik
ni?
Alhamdulillah aku berjaya menyertai solat Asar
berjemaah. Selesai solat, aku cuba mencari makcik tadi tapi hampa, dia dah
keluar awal mungkin. Seperti yang sudah kujangka, mamat bangla itu sudah
menungguku diluar surau. Betullah dia macam tunggu bini pun ada sebab dok
berdiri terpacak sambil melihat-lihat mencariku dikalangan jemaah wanita yang
lain. Bila nampak sahaja aku, dia terus tersenyum. Err okey aku rasa aku dah
tercuit hati dengan klon Remy Ishak ini.
“Jom Sabreena, bas
pukul lima kan?”
“Abang Hanif punya
bas pukul berapa pula?”
“Samalah pukul lima
juga. Bas abang kat platform 11. Sabreena?” Hah?! Okey ini kira berjodoh ke
apa?
“Samalah. Nak turun
sekarang ke?”
“Isy awal sangatlah
turun sekarang. Lagi sepuluh minit sebelum pukul lima baru kita turun. Abang
rasa nak beli maruku ke apa untuk kunyah-kunyah dalam bas. Sabreena nak beli
tak?” Hehehe lawak juga mamat bangla ni..aku ingat perempuan je yang suka
kunyah-kunyah dalam bas sambil selfie
huhu...agak-agak dia selfie tak?
Kalau ye memang aku reject terus! Ek
eleh macamlah dia nak sangat ke kau!
“Saya nak beli air
dengan roti je..” balasku sambil mengekornya ke kedai serbaneka. Hidungku
segera menangkap bau jagung manis yang dijual dihadapan kedai. Makanan kesukaan
aku ni!
“Pakcik nak jagung
manis dalam cawan sa..dua!” Teringin juga aku untuk membalas budi mamat bangla
yang membelikan buku kepadaku. Aku membayar harga jagung sebelum masuk ke dalam
kedai serbaneka untuk mencari mamat bangla itu.
“La..pi beli jagung
rupanya. Terkejut abang bila Sabreena tiba-tiba hilang.” Aku hanya mampu
tersengih dengan bebelannya.
“Dah ambil dah
barang yang Sabreena nak?” Aku menggelengkan kepala. Aku menuju ke rak roti dan
menggapai roti jagung kegemaranku. Okey aku akui yang aku memang sangat suka
makan jagung. Air teh hijau Lipton 9 menjadi pilihanku. Oh roti jagung dengan
teh hijau nombor 9~
“Mai sini biar
abang bayarkan.” Aku segera menolak. Malulah jika asyik dia yang membayar
padahal aku bukan ada apa-apa hubungan dengan dia melainkan saudara sesama
Islam.
“Tak apa, malu la
cheq kalau semua pun Abang Hanif bayarkan.” Aku mengeluarkan duit dari dompet
dan terus aku hulurkan kepada juruwang di kaunter.
“Hmm yela. Jom
nanti lambat pula.” Dia mendahuluiku keluar dari kedai serbaneka itu.
Teringatku pada kata-kata yang pernah dituturkan oleh Umar Al-Khattab R.A “Aku
lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang
seorang wanita”. Sememangnya aku melihat dia tetap menjaga ikhtilatnya walaupun
ketika berbual denganku tadi. Pada pandanganku, dia seperti seorang musyrif yang
mahu menjaga saudara perempuan sesama Islam di kota yang penuh dengan manusia
yang ramai terkehel akidahnya.
“Sabreena?” Mamat
bangla yang sudah jauh ke hadapan menoleh ke arahku dengan pandangan pelik.
“A..kejap!” Aisy
boleh pula aku mengelamun! Segera aku melajukan langkahku membontoti Abang
Hanif. Sabreena..Sabreena..
*****************************************************************************
Waa akhirnya..alhamdulillah siap satu part lagi. Saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat update. Terima kasih sebab sudi tunggu. Macam biasa, tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
*****************************************************************************
Waa akhirnya..alhamdulillah siap satu part lagi. Saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat update. Terima kasih sebab sudi tunggu. Macam biasa, tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
Abang Hanif yang disuluh lampu~ |
Sabreena yang awet muda~ |
16 comments:
Uishhhh confirm2 laa suka... Hehehe...
Worth-waiting... Don't worry :)
@Suha: Alhamdulillah..thanks Suha
(^-^)v
tks lama juga tunggu sambungan.Tapi takpe is it worth waiting cuma pendek jer...
@rozita kadiman: huhu maaf2...alhamdulillah..insyaAllah saya cuba update secepat mungkin untuk next part huhu~
(^-^)v
kalau muka bangla tapi hati baik baguihhhh laaaaaa hahahaha
saya suka kak. baca ni teroih hilang stress spm ihik
Hehe mmg mcm tu la yg kita nak huhu..
Alhamdulillah..dh abis paper dh?
Alhamdulillah dah habis hehehehehe tu yang mai singgah sini ni :))
@Anis Farhana: Alhamdulillah..bolehlah rehatkan otak dulu sebelum dapat result & tawaran pi mana2 huhu
(^-^)v
Bestnyaa! Keep it up sister ��
@muny munirah: Alhamdulillah..thanks ye
(^-^)v
Kecik.hempedu remy ishak hahaha
hehehe bertabahlah Remy Ishak! Apa2 pun lakonan dia bagus!
(^-^)V
sis..novel isteriku ratu ais dah tamat ke??
@anis: belum lagi anis. (^-^)v
Best best! Lagi suka bila watak watak tu Malaysian actors je. Tak payah ambik orang korea lah, takleh feel lah. :) Btw, best sangat! Keep it up!
Alhamdulillah. Hehehe untuk yang ni memang terfikir Remy Ishak je sebab akak suka sakat mak akak yang suka Remy Ishak..
Terima kasih ye.
(^-^)v
Post a Comment