Kapitalis

Saturday, October 18, 2014

Cerpen: Bercinta dengan Mamat Sengal

[kredit]  

Klinik Saf’ONE’ and Da Gang aku pandang dengan penuh mengharap. Nama bukan main gempak dan macam tak boleh nak diiktiraf tapi dengar kata doktor-doktor kat sini semuanya lulusan luar negara dan bekerja di hospital kerajaan. Aku yang baru sahaja tamat ijazah kejururawatan sedang berusaha nak mencari kerja. Ramai yang cakap ambil jurusan kejururawatan ini senang dapat kerja tapi..dengan situasi ekonomi negara yang macam nak kena baling kerusi..haish...

“Assalamualaikum, saya nampak iklan nak mencari jururawat di luar.” Jururawat yang berada di kaunter aku hadiahkan dengan senyuman komersial meminta kerja.


“Waalaikumussalam. Ye kami sedang mencari jururawat yang ada kelulusan dengan Nursing Board Malaysia dan berkelayakan.”Sehelai borang dihulurkan kepadaku untuk diisi. Borang kusambut dan ucapan terima kasih kuberi.

Darling! Sekejap lagi Abang Wan sampai. Jangan pergi mana-mana okey!” Seorang doktor keluar dari bilik konsultansi  lantas menghulurkan jubah putihnya kepada jururawat dikaunter.

Sterilize it!” Arahan diberi tanpa senyuman. Muka garang bukan main dan dia terus berlalu tanpa memandang ke arahku.

“Oh dah siap isi? Cik tinggalkan salinan sijil dan kami akan hubungi cik untuk datang temuduga jika cik berjaya melepasi saringan dari doktor tadi.” Huk?! Doktor tadi tu tuan punya klinik ini ke? Apasal aku rasa tak sedap hati pula ni?






Alhamdulillah, aku dipanggil untuk temuduga di Klinik Saf’ONE’ and Da Gang selepas seminggu menunggu. Nampaknya aku berjaya melepasi saringan awal dari doktor poyo itu.

“Yasmeen Azzalea?” Segera aku mengangkat tangan. Reaksiku itu mengundang tawa dikalangan jururawat-jururawat yang lain. Dah macam badut sarkas aje aku ni.

“Sila masuk ke bilik hujung sana ye?”Aku mengangguk sebelum melangkah ke bilik yang ditunjukkan.

Pintu diketuk dan aku masuk setelah mendapat kebenaran. Kecut perut aku apabila melihat penemuduga aku hari ini. Ada dua orang doktor lelaki dan dua orang doktor perempuan. Masing-masing menunjukkan muka serius tahap gaban!

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Yasmeen Azzalea dan saya datang nak minta kerja.” Dengan yakin aku menuturkan ayatanku. Mungkin salah susun ayat sebab tiga dari empat doktor itu terus mengetawakan aku.

“Waaaikumussalam. Sila duduk.” Doktor poyo itu memberi arahan setelah memandang wajahku sekilas.

“Awak ni macam nak jual barang pula.” Doktor perempuan bernama Amani memulakan sesi. Aku hanya mampu tersengih dengan komennya itu.

“Saya menjual perkhidmatan saya doktor!” Terburai ketawa keempat-empat doktor. Allah apa kena dengan diorang ini?

“Awak ni..orang boleh salah faham kalau dengar apa yang awak cakap tadi. Lebih manis bunyinya jika awak cakap yang awak sedia berkhidmat sebagai jururawat dengan penuh dedikasi.” Doktor Nafisah pula menasihati aku.

“InsyaAllah doktor. Saya sedia berkhidmat demi negara!” Lagi sekali mereka mengetawakan aku. Awatlah loklaq sangat aku hari ni?

“Baiklah. Yasmeen tahu ambil darah? Blood pressure?” Segera aku mengangguk. Benda yang paling asas dalam profession kejururawatan. Gilalah kalau bab-bab begini pun tak reti.

“Ye saya reti. Saya telah menerima latihan intensif dan menjalani latihan praktikal di hospital kerajaan.”

“Kenapa nak kerja di klinik?” Tersentak aku sekejap dengan nada dingin doktor poyo itu.

“Saya ingin menimba pengalaman dan ilmu dengan skala kecil dahulu.” Jawapan yang aku rasakan selamat buat masa sekarang.

“Bukan sebab tak dapat ke?” Gila sinis cara provokasi dia siap dengan senyum senget lagi. Ceit!

“Isy Wan! Agak-agaklah sikit.” Dr. Akif menegur doktor poyo itu. Aku ni makan dalam je. Ikutkan marah mahu terbalik meja depan aku ni!

“Bagi saya itu semua rezeki Allah. Kalau dah ditakdirkan rezeki saya disini saya terima dan jika tidak, saya redha.” Jawapan professional hasil dengar IKIM fm huhu..

“Baiklah Yasmeen, kami akan meneliti semula sijil-sijil kamu dan akan menghubungi kamu jika kamu terpilih.” Aku mengangguk dan menguntumkan senyum kepada ketiga-tiga doktor kecuali doktor poyo itu. Rasa nak campak dia dalam periuk besar, letak sup bunjut dan lepas tu hadiahkan kat puak kanibal!







Enam bulan kemudian,

"Apa ni Incik Doktor?!" protesku dengan mulut memuncung.

"Apa? Kalau nak naik gaji sila nyanyi lagu tema klinik ni. Cepat!" Serius mamat sengal ni memang tak boleh blah!

Klinik Saf’ONE’ and Da Gang telah menjadi tempat bekerjaku selama enam bulan ini. Alhamdulillah aku seronok bekerja disini dan doktor poyo itu sebenarnya adalah mamat sengal yang paling tak boleh blah dalam dunia ini. Muka aje poyo tahap gaban tapi perangai kartun kalah Spongebob!

“Nyanyi cepat! Aku bukan senang nak bagi naik gaji ni. Kalau tak percaya try tanya Kak Midah berapa kali aje aku naikkan gaji dia dalam dua tahun dia kerja kat sini.” Kak Midah mengangguk sambil tersengih. Ala Kak Midah ni memang geng dengan mamat sengal tu! Apa-apa mesti menangkan dia! Tak adil!

“Tak naklah! Malu tahu tak?!” marahku dengan muka yang sudah merah padam. Dia ni bukan kira. Pernah aje dia menyakat aku sampai aku menangis-nangis. Boleh pula dia kurung aku dalam tandas masa awal-awal aku kerja kat sini. Keluar aje aku hempuk dia dengan mop dan sejak dari itu aku rapat dengan dia. Bergurau tak kena tempat!

“Okey, aku naikkan gaji staff lain tapi kat kau lagi dua tahun baru aku evaluate lagi sekali.” Waaa jahatnya dia!! Nak tak nak aku kena nyanyi jugalah kalau macam ni! Kejam!

“Doktor, doktor, engkaulah putera hatiku,
Bilaku kesakitan,
Engkau merawatiku,’
Doktor, doktor, Doktor Wan yang sangat menawan~”

Gelak guling-guling mamat sengal itu dengan nyanyian aku yang memang off-tune. Aku ini kalau suruh menyanyi memang out! Tone deaf orang tua-tua cakap. Tu yang dia suka membahan aku dengan cipta lagu tema klinik yang lebih kepada memuji diri dia. Takbur punya manusia!

“Bagus! Lain kali sila menyanyi dengan penuh bersemangat!” Mamat sengal itu terus masuk ke bilik konsultansi dengan ketawa yang masih bersisa. Lagi lima minit klinik akan dibuka jadi aku mengemas sedikit rekod data-data pesakit dan mengatur ubat-ubatan yang baru diterima semalam ke rak ubat.

“Yasmeen jangan risau, Dr. Wan tu tak kedekut nak naikkan gaji pekerja. Tadi dia saja gurau dengan Yasmeen.” Aku mengangguk sahaja dengan kata-kata Kak Midah. Pekerja senior yang sentiasa tersenyum walaupun kena marah dengan pesakit. Tu yang mamat sengal itu selalu puji dia.







“Assalamualaikum.” Aku menjawab salam sebelum memandang kearah gadis dihadapanku. Wuiyoo muka bersih suci aje budak ni cuma muka dia macam tak beremosi sangat.

“Ye cik?”

“Dr. Wan ada? Boleh saya jumpa dia?” Polos aje muka budak tu aku tengok. Apa hubungan dia dengan mamat sengal tu? Janganlah mamat sengal tu ada hubungan cinta dengan budak ni. Rosak masa depan gadis polos depan aku huhu...

“Dr. Wan sedang attend pesakit sekarang. Lepas ni insyaAllah dia senang. Cik nak tunggu dia atau nak saya tinggalkan pesanan?” Aku menghadiahkan senyuman untuk gadis didepanku ini. Dari gayanya macam nak cepat.

“Tak apalah, beritahu dia yang Safa datang. Terima kasih ye.” Aku mengangguk dan hanya memerhatikan kelibat gadis itu hilang dari pandangan.

Darling!!” Mak aih terkejut aku bila tengok mamat sengal itu berlari keluar dari bilik. Jubah putihnya dicampak tepat kena ke muka aku. Kurang ajar! Pesakit yang keluar sekali dengan dia tercengang dengan gelagat mamat sengal itu. Ya Allah buruk gila perangai!

Dari jauh aku melihat mamat sengal itu memeluk bahu gadis tadi sebelum menariknya masuk ke dalam kereta. Haish terbakar pula aku tengok adegan romantis mamat sengal ni! Eh?






“Yasmeen! Macam mana boleh salah tulis nama pesakit ni! Membazir kertas MC je!”

“Yasmeen! Apasal tandas tu tak letak pewangi? Pergi letak sekarang!”

“Yasmeen! Kenapa tak makan lagi?! Sekejap lagi patient datang baru nak kelam-kabut pergi makan ke?!”

Ya Allah! Andai aku boleh tukar nama, sekarang juga aku tukar nama aku ni tahu! Entah apasal mamat sengal ini asyik nak cari salah aku dari pagi tadi. Segala benda yang aku buat semua tak betul! Bila nak masuk shift Dr. Amani ni?

“Yasmeen!”

“Apa lagi?!” Ambik kau! Sekali aku hilang sabar mahu terkejut muka mamat sengal tu.

“Tak ada apalah!” Bamm! Pintu biliknya dihempas kasar. Nasib baik tak ada pesakit kalau tak mahu masing-masing kena sakit jantung tengok perangai doktor tak semengah mana!

“Kak Midah, kenapa dengan Dr. Wan tu? Period ke apa?” Kak Midah hanya menggelengkan kepala.

“Masuk bilik saya sekarang!” Bamm! Pintu bilik dihempas lagi. Nasib baiklah pintu bilik dia diperbuat dari kayu jati kalau tak mahu retak seribu. Heh!

“Hmm kenapa?” Muka kusutnya aku pandang tanpa perasaan. Lantak kaulah nak marah ke apa. Aku dah tak kisah sangat dah ni.

“Yasmeen...darling aku dah nak kahwin.” Muka masamnya mula mengendur. Aku yang terkejut dengan luahan tiba-tiba mamat sengal ini cuba untuk menenangkan diri. Oh awek nak kena kahwin dengan orang lain ke? Padan muka! Hahaha kejam juga aku ni..

“Aku tak sanggup lepaskan darling aku tu tapi untuk masa depan dia aku terpaksa akur.” Aku yang sudah mengambil tempat dihadapannya hanya mengangguk perlahan.

Why don’t you fight for it?” soalanku berjaya membuatkan dia tersenyum sendiri.

“Lelaki itu seorang yang sangat baik dan disenangi semua orang.” Sedih pula aku tengok mamat sengal ni bila dah masuk mood sedih macam ni. Tapi dalam masa yang sama aku rasa lega. Eh kenapa ni? Perasaan yang berbaur-baur ini membuatkan aku naik marah dengan tiba-tiba.

“Ah kalau tak sanggup nak lepaskan dia, lawanlah! Apa guna jadi lelaki kalau macam ni? Dahlah saya nak keluar dari layan Incik Doktor pengecut ni!” Pantas aku mengangkat punggung dan keluar dari biliknya. Tengok jam dah sampai masa untuk aku balik maka aku ambil beg dan terus keluar dari klinik. Panas rasanya nak berlama-lama dalam klinik yang penyaman udaranya pun dah tak ada rasa kat tubuh aku ni.






“Assalamualaikum, Kak Midah saya tak datang hari ni. Migraine attack.”

“Waalaikumussalam. Yasmeen ada ubat ke? Kalau tak ada marilah datang sini ambil ubat. Dari tadi Dr. Wan cari Yasmeen.” Dengar aje nama mamat sengal itu migrain aku menyerang balik. Allah, allergik aku dengan mamat tu sekarang!

“Tak apa Kak Midah, saya ada ubat. Kepala saya sakit sangat sampai tak boleh bangun tu yang telefon beritahu. InsyaAllah kalau dah baik, esok saya datang kerja ye?”

“Okeylah Yasmeen, nanti Kak Midah beritahu Dr. Wan. Rehat betul-betul ye?” Aku menamatkan panggilan setelah memberi salam. Aku sekarang tengah terbaring diatas katil bujangku penangan serangan migrain yang datang mungkin kerana menerima tekanan yang banyak. Kali terakhir migrainku menyerang adalah seminggu sebelum peperiksaan tahun akhirku. Alhamdulillah setelah makan ubat dan buat solat hajat, migrainku berkurangan dan kini ia menyerang semula dengan magnitude yang lebih besar. Aish! Semua pasal mamat sengal itulah!


“Meen, meen bangun nak?” Mak aku yang mengejutkanku kupandang kosong. Mak menampal koyok ke kepalaku dan menyuruhku duduk bersandar.

“Meen makan sikit? Nanti boleh makan ubat. Tak elok ambil ubat bila perut kosong.” Aku mengangguk dan menyambut huluran mangkuk berisi bubur. Bubur nasi dengan ikan gorang. Huhu makanan orang sakit yang paling aku suka. Selesai makan, mak menyuapkan ubat dan menyuakan air putih kepadaku. Woo memang seronok jadi orang sakit sebab mak layan first class punya huhu...sayang mak!



Sayup-sayup aku mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Apa aku ni teruk sangat ke sakitnya sampai terdengar suara mamat sengal tu?

“Waalaikumussalam. Nak cari siapa?” Aku yang mencuri dengar dari dalam bilik hanya mendiamkan diri. Tak ada tenaga rasanya nak keluar dan tengok tetamu yang datang bertandang itu.

“Ini rumah Yasmeen Azzalea ke? Saya Safwan Faaeq, doktor tempat dia bekerja.” Memang sah mamat sengal tu datang. Aduilah, masa aku sakit-sakit inilah kau nak datang buat lawatan. Apasal nak cari aku? Carilah darling dia tu!

“Saya datang nak beri ubat sebab dengar dia migrain. Maaflah datang tiba-tiba macam ni.”

“Oh doktor, masuklah. Yasmeen baru aje tidur lepas makan ubat tadi.”

“Eh kalau macam tu tak apalah. Saya datang nak bagi ubat ni aje. Saya balik dulu ye makcik? Assalamualaikum.” Aku yang mendengar setiap butir kata mamat sengal itu hanya menahan rasa. Apasal aku rasa sedih tiba-tiba ni? Mungkin memikirkan yang dia dah ada insan yang dia sayang dan aku bukan pilihannya. Dalam diam aku menangis sehingga tertidur semula.





Beberapa bulan kemudian,

“Ni kad, datanglah ye?” Kad kahwin dengan sampul berwarna keemasan aku pandang sebelum mengambilnya dengan muka tak ada perasaan. Nak kahwin dah ke mamat sengal ni? Confirm lepas ni aku tukar tempat kerja! Tak sanggup nak tengok kebahagiaan mamat sengal ini dengan pasangannya padahal aku berendam air mata darah. Huhuhu drama...

“Yasmeen nak pergi ke? Kalau tak ada kenderaan, boleh naik dengan Kak Midah. Kebetulan suami Kak Midah outstation masa tu jadi adalah tempat kosong dalam kereta Kak Midah tu.” Adui Kak Midah dah tawarkan kenderaan untuk pergi majlis itu pula. Maka nak tak nak aku kena pergi jugalah sebab tak ada kenderaan sahajalah alasan yang aku ada sejak dulu kalau nak mengelak dari pergi mana-mana. Pergi kerja inipun, aku menumpang abang aku dan balik pun berjemput tak pun jalan kaki aje sebab tak jauh mana dari rumah.

“Yasmeen tak sihat ke? Kak Midah tengok pucat aje muka Yasmeen ni.” Teguran Kak Midah membuatkan aku tersentak. Nampak sangat ke aku tengah memendam rasa. Inilah padahnya kalau mencintai dari diam. Ehey~tak kuasa aku nak luahkan perasaan aku kat mamat sengal tu dulu! Malu tahu tak?!

“Saya okey je Kak Midah. Saya pergi tandas sekejap ye?” Haihlah tandas, hari ni kau jadi tempat aku menangis lagilah ye? Nak pergi bilik solat kena lalu depan bilik mamat sengal tu maka tandas jela tempat yang boleh kutuju huhu..







Hari kedukaan untuk aku pun tiba. Majlis perkahwinan yang disambut meriah di Hotel Istana Kuala Lumpur. Gila kaya keluarga mamat sengal ni dan ianya lagi membuatkan aku sedar akan siapa diri aku. Pipit dengan enggang, masakan boleh terbang bersama?

“Subhanallah, cantik sungguh pengantin perempuan tu.” Aku menelan pahit air liur. Memang cantik pun, tu yang mamat sengal tu boleh terpikat. Kak Midah dan tiga orang anak terunanya mengambil tempat diikuti dengan aku. Majlis perkahwinan dimulakan dengan acara akad nikah diatas pentas yang direka khas. Dari jauh aku melihat pengantin lelaki mengambil tempat membelakangi pengantin perempuan. Tak sampai sepuluh saat, ak melihat wali-wali pengantin perempuan naik ke atas pentas. Eh? Apasal mamat sengal tu naik sekali dengan wali?

“Dr. Wan tu memang rapat sangat dengan adik perempuan dia tu. Bila adik dia nak kahwin tu yang dia sasau sikit. Sayang adik terlebih.” Aku terus memandang Kak Midah dengan muka tak percaya. La..adik dia ke? Yang dok panggil darling tu kenapa? Cacat punya mamat sengal! Buat penat aku menangis je!

“Saya ingat dia yang kahwin.” Kak Midah hanya tersenyum sebelum menggelengkan kepala.

“Yasmeen tak tengok kad ke? Kan lain nama dekat kad tu?” Aku hanya mampu tersengih. Malu juga tersalah sangka.






“Terima kasih sebab datang Kak Midah, Yasmeen. Ni la pekerja kat klinik Wan mama.” Mamat sengal itu mengenalkan kami kepada mamanya. Sopan gaya mamanya dan murah dengan senyuman. Segera kami menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Terima kasih ye sudi memeriahkan majlis. Dah makan dah?” Kami hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Esok ada majlis doa selamat di rumah kami. Kalau senang datanglah ye?” Aku hanya mampu tersenyum. Mana boleh janji sebab aku ni kan tak ada kenderaan.

“Tak apa Yasmeen kalau tak ada siapa boleh hantar, biar saya jemput awak dirumah ye?” Ehey? Terkejut muka mama mamat sengal itu dan Kak Midah dengan ‘kemurahan’ hati mamat sengal itu yang tiba-tiba. Aku yang turut terkejut hanya mengangguk dan aku ternampak senyuman Kak Midah dari hujung mataku. Habislah kena gosip!





“Maaflah mak tak boleh ikut sebab Along demam pula tiba-tiba. Ayah keluar memancing pula. Meen pergi sendiri tapi ingat jaga diri ye?” Allah macam mana ni? Aku ni dahlah tak biasa keluar berdua dengan lelaki bukan mahram. Nak batalkan macam kesian pula sebab mamat sengal tu dah dalam perjalanan.

“Bi..biar Along pergi mak.” La Along yang dah nak rebah ini nak juga temankan aku? Silap hari bulan elok pergi kenduri, tukar route pergi hospital pula.

“Jangan nak mengarutlah Along oii! Tak apalah Meen, kasihan pula kat Dr. Wan. Jaga diri ye nak?” Aku mengangguk dan mencapai tangan mak dan Along untuk bersalaman.

“Kalau dia buat benda tak senonoh kau beritahu aku. Aku patahkan leher dia!” Woo garang betul dalam demam-demam tu.

Sayup kedengaran suara mamat itu memberi salam. Kali ini dia masuk minta izin mak dengan Along aku untuk bawa aku pergi kenduri rumahnya. Dah macam sesi temuduga apa entah bila Along aku asyik bertanya yang macam-macam kat mamat sengal itu. Nasib kaulah...






“Perangai Along kau, sama macam aku dan abang sulung aku. Adik perempuan kami tu memang kami jaga betul-betul tu yang bila dia nak kahwin aku macam hilang arah sikit.”

“Incik Doktor memang panggil dia ‘darling’ ke? Mula-mula saya ingat tu awek Incik Doktor.” Meledak ketawa mamat sengal itu dengan kata-kataku. Dia ni memang suka ketawakan aku dari dulu!

“Aku memang suka manja-manja dengan dia sebab dia jenis tak berperasaan sangat. Comel sangat pada pandangan aku. Budak tu dulu pernah terpisah dengan aku sekejap sebab pergi sambung belajar ke Australia dengan abang sulung aku.” Aku mengangguk faham. Aku dengan Along aku pun boleh kata rapat juga tapi tak adalah sampai Along aku nak manjakan aku terlebih.

Darling tu sebab aku tetap rasa dia adalah my precious one. Tak ada perempuan lain yang boleh sama dengan adik perempuan aku. Mama aku tu pula tetap nombor satu.” Ek eleh. Memanglah! Mana mungkin sama orang lain dengan ahli keluarga kita? Sengal!

“Hmm..” Aku dah tak tahu nak borak apa dengan mamat sengal ni.

“Tapi sejak akhir-akhir ni,aku rasa something bila dengan Yasmeen.” Tegak terus telinga aku dengan pengakuan tiba-tiba mamat sengal ni.

“Something as if what?” soalku dengan penuh rasa ingin tahu.

“Bila Yasmeen tak layan sangat aku, tak ada kat klinik, buat bodoh bila aku bercakap dan buat aku macam tak wujud aku rasa sakit sangat.” Eh? Wajahnya yang sedang memandu aku pandang sekilas. Selebihnya aku memintal hujung tudungku untuk membuangkan rasa resah.

“Aku rasa aku suka kau, Yasmeen.” Haaa..ambik kau! Pengakuan dalam kereta dalam perjalanan ke kenduri doa selamat!

“Yasmeen suka aku?” Aku terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Lambat karang mahu ada yang berlanggar. Boleh pula dia pandang aku masa tanya. Mata pandang depanlah sengal!

“Alhamdulillah. Kalau macam tu malam ni kita bincang dengan papa dan mama aku untuk hantar rombongan kat rumah kau ye?” Gila teruja mamat sengal ini siap buat tarian lepas stering lagi. Ya Allah semoga kami selamat sampai...








Majlis pernikahan kami diadakan empat bulan selepas majlis pertunangan. Ikutkan Along aku yang masih nak menguji tahap ke’terer’an mamat sengal itu, mahu tahun depan pun kami tak bernikah lagi. Boleh pula dia kata mamat sengal tu macam lembik-lembik. Sekali dia bawa ayah aku dan mamat sengal itu pergi berkhemah di hutan selama tiga hari terus dia bersetuju untuk nikahkan kami dalam masa yang ditetapkan hasil perbincangan kedua-dua belah pihak. Huhu apa yang jadi dalam hutan itu aku tak tahu tapi yang pasti mamat sengal itu berjaya memikat hati Along dan ayah aku.

Aku yang sudah siap berbusana pengantin menunggu kedatangan mamat sengal itu didalam bilik tidurku. Mak aku cakap, macam tak menyempat kalau aku menunggu di luar. Hilang seri pengantin katanya huhu..

“Meen, Wan dah sampai. Mari keluar?” Aku terus bangun dan berjalan perlahan keluar dari bilik. Majlis pernikahan diadakan dirumahku mengikut permintaan Alongku. Ikutkan mamat sengal itu mahu kami bernikah seperti majlis adiknya tapi disebabkan Along dah berkeras begitu maka kami akur sahajalah.

“Pengantin lelaki dah sedia? Pengantin perempuan?” Aku mengangguk perlahan. Aku dinikahkan dengan mamat sengal itu dengan berwalikan ayahku. Mahu menitis air mataku bila mamat sengal itu berjaya menikahi aku dengan sekali lafaz. Alhamdulillah dia dah halal untukku.





Tamat majlis, aku dan mamat sengal itu ditugaskan untuk memberus periuk belanga dibelakang rumah. Adat biasalah untuk pengantin baru setelah yang lain bersusah payah menguruskan majlis maka ini sahajalah sumbangan kami.

“Incik Doktor kalau tak biasa sental periuk belanga ni tinggal ajelah. Biar saya buat.” Tawarku sambil berusaha menyental periuk belanga yang tak adalah banyak mana.

“Eh awak ni takkan nak panggil saya Incik Doktor lagi? Panggil Abang Wan pun kira dah okey.” Aku menunduk malu dengan cadangan mamat sengal itu. Aduilah bagilah masa untuk aku biasakan diri nak panggil kau abang pun...

“Malu ye? Comel betul isteri abang bila malu-malu gini.” Tanganku disinggung sedikit oleh mamat sengal itu. Woo malulah weh!

“Yasmeen memang comel dan sebab tu abang suka tengok reaksi Yasmeen. Ingat tak mahu interview dulu?” Gila geram bila ingat muka poyo dia dulu!

“Lepas Yasmeen keluar je, abang gelak sampai jatuh kerusi tahu? Kawan-kawan abang sampai tak percaya abang boleh gelak sampai macam tu sekali. I told them that I like you and I’m going to hire you no matter what they say but luckily nobody against my decision so that's how you got hired.” Aku memandang geram ke arah mamat sengal yang bakal kena berus dengan aku sat lagi.

“Sebabkan gaya Yasmeen yang macam itula buat abang fikir yang Yasmeen lain dari perempuan lain. Bila dah buat solat isthikarah, abang makin yakin dan tu yang abang fikir nak melamar Yasmeen.”

“Bila Yasmeen nasihatkan abang pasal adik abang tu lagilah buat abang suka kat Yasmeen. Kecut perut abang bila tahu Yasmeen sakit lepas tu. Sanggup abang tutup klinik awal sebab nak melawat tapi masa tu Yasmeen tidur jadi abang tak dapat tengok muka Yasmeen.” Penat juga bila dengar mamat sengal ni panggil aku Yasmeen..Yasmeen..

“Awak boleh panggil saya Meen. Lagi senang.”

“Tak naklah. Panggil sayang lagi best.” Dia menghadiahkan senyuman nakalnya kepadaku. Lantas membuatkan aku menunduk malu lagi.

“Abang berjanji akan jaga sayang lebih dari abang jaga darling abang. InsyaAllah.” Nak juga masukkan darling dia tu hahaha..

Aku memandang tepat ke dalam matanya yang sangat cantik.

“Walaupun perangai abang sengal macam Spongebob tapi saya tetap sukakan abang. InsyaAllah I’ll be a good wife for you.” Lafazku dengan malu-malu. Terburai ketawa mamat sengal itu dengan kata-kataku.

“Untuk sayang yang ala-ala Patrick jadi Spongebob pun abang rela.” Haha sempat lagi dia mengenakan aku! Kuajaq!


“Sayang jom karaoke nak?” Terus aku backhand mamat sengal ini. Sengajalah tu nak mengejek aku yang tak reti menyanyi! Apa-apa pun aku bersyukur kerana Allah menentukan jodohku dengan mamat sengal ini. Biarpun perangai dia sengal tahap gaban tapi aku terpikat kerana dia adalah dia. Doakan jodoh kami berpanjangan sehingga ke syurga.

*************************************************************************
Alhamdulillah cerpen yang berjaya disiapkan dalam keadaan tak berapa sihat. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen ye?
(^-^)v

Yasmeen Azzalea

Safwan Faaeq

27 comments:

Unknown said...

Jjang!!awesome └(^o^)┘

Norlyana Nasrin said...

@Sarah Riana: Alhamdulillah. Kamsahamnida
(^-^)v

Anis Farhana said...

ya Allah hensemnya Safwan hahaha


cerita ni sangatlah comellll. saya sukaaaaaa.... safwan kbaiii ^_^

Anonymous said...

Haha . comelsssss . hehehe - atiey

SuhaFasihah said...

Terus teringat cerita bercinta dengan mamat downy... Hehe...

As usual nice... Tak boleh blah betul nama klinik tu... Hahaha...

Kurang sihat ke sis? Syafakillah...

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana:kan? hehehe~
Alhamdulillah..Safwan balas 'Bubbye!'sambil buat tarian sengal~

@Atiey: Alhamdulillah thanks atiey~

@Suha Fasihah: Hehe sebab dia jenis lembik manja-manja ka? Ini sebenarnya Abang Wan yang sama dalam cerpen 'Still Into You'

Nama macam tak boleh nak iktiraf kan? hahaa~

Jazzakillah Suha (^-^)v

Unknown said...

terasa comel cite nie. Sengal tu tetap ada. Nama klinik tu out if this world. hehe...
Apapun keep it up you always produce a good story.

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Alhamdulillah terima kasih hehehe~

Sengal itu dah sebati dalam jiwa saya..kalau tak buat cerita sengal saya rasa tension hahaha~

InsyaAllah akan terus berkarya selagi Allah izinkan.

(^-^)v

Anonymous said...

Awesome! Nak lagi~

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah. InsyaAllah saya akan buat cerita berkenaan dengan Na'il pula selepas ini huhu~ tunggu~~

(^-^)v

Unknown said...

nakal wan yee....
selalunya doktor poyo aje...
ee tapi hensom memang ade...

teruskan berkarya

Norlyana Nasrin said...

Hehe..
saya ada jmp doktor yg poyo tp comel + handsome..

InsyaAllah (^-^)v
Terima kasih mak ieteng.

Miss FF said...

suka sgt2... i've fallen in love with ur writing.. keep writing n i'll keep reading.. (^_^)/

Norlyana Nasrin said...

@Miss FF: Alhamdulillah..thanks.

InsyaAllah..

(^-^)v

Unknown said...

Awwwwww abg wan dh kawinnnn

Norlyana Nasrin said...

Hehe dah sampai jodoh dia
(^-^)v

Anonymous said...

Best2!!! πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Sufi

Norlyana Nasrin said...

@Sufi: Alhamdulillah thanks (^-^)V

olen said...

syokkk..hahaha adui saya da jd pminat akakk... nty nk beli novel akak.. wajib cari smpai hujung dunia..chooii...tq sbb jd pnghibur jiwa lara ni.. buat saya gelak mcm tngk running man... haha lawak sengal.. tahniah.. buat lg k..hihi

Norlyana Nasrin said...

@olen: Alhamdulillah thanks..toksah smpi hjg dunia aih, akak dok Rawang ja hahaha..
insyaAllah akak cuba selagi diizinkan Allah.
(^-^)v

Anonymous said...

Best sgt2..

Anonymous said...

Best sgt2..

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah terima kasih
(^-^)v

Unknown said...

Tak sangka heroin ti song ji hyo..lupa pulak nama pasagan dia....

Norlyana Nasrin said...

Yang gambaq tu ka? Kim Jae Joong namanya.. 😁

Lolipops said...

haha...dua-dua sama sengalnya... btw, cerita yang sangat happy... teruskan berkarya yer cik writer

Norlyana Nasrin said...

@Norazizah Riduwan: Hehehe thanks (^-^)v