Kapitalis

Wednesday, October 8, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 46

[kredit]   

“Terima kasih sebab sudi datang.” Jais menyambut kedatangan keluarga Firdaus dengan senyuman lebar. Tak sangka Firdaus sudi menerima jemputannya.

“Sama-sama. Saja nak tengok gaya orang pulau berkahwin.” Firdaus bersalaman dengan Jais. Adriana disebelahnya hanya mengukir senyuman kecil. Zimam dan Ayyash diletakkan didalam kereta sorong.

“Lebih kurang sama sahaja Encik Firdaus. Mari saya kenalkan dengan keluarga saya.” Firdaus mengangguk dan menuruti langkah Jais. Firdaus dibawa Jais untuk dikenalkan kepada ahli keluarganya yang lain. Dah macam wakil rakyat datang melawat rasanya apabila dikenalkan sebegitu. Adriana hanya menahan tawa apabila melihat wajah Firdaus yang nampak segan.

“Eh saya rasa pernah tengok muka abang ni la! Abang ada masuk majalah kan?” Firdaus tersenyum dengan soalan adik lelaki Jais yang bernama Hadi.

“Adalah sekali dua,” jawab Firdaus merendah diri.

“Abang yang reka hotel cantik kat Korea tu kan? Tererlah abang!” Firdaus mengangguk sambil tersengih. Malulah juga apabila dirinya diangkat bak selebriti.

“Alhamdulillah. Kalau adik berminat dengan bidang senibina dan rekaan, adik kena berusaha dari sekarang.” Pantas Hadi menganggukkan kepalanya.

“InsyaAllah kalau boleh saya nak jadi arkitek macam abang bila dah besar nanti.” Firdaus tersenyum lalu mengusap kepala adik lelaki Jais itu.










Tamat kenduri mereka tidak terus pulang ke hotel, penjelajahan Pulau Langkawi untuk hari kedua diteruskan dengan menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting yang terletak 20km dari Pekan Kuah.

“Macam ada agenda yang tersembunyi je abang bawa Ana ke sini?” telah Adriana apabila Firdaus mula sengih-sengih.

“Hehehe...moh le kita tambah anak.” Adriana terus ketawa dengan telatah Firdaus yang sangat sengal.

“Apa la abang ni. InsyaAllah kalau Allah nak bagi rezeki lagi kat kita, kita terima je. Lagi satu, kalau ikut kepercayaan karut, orang yang mandul kalau mandi kat tasik ni boleh mengandung. Ana ni pula alhamdulillah tak ada masalah untuk mengandung lagi abang oii!” Firdaus ketawa sambil membuat isyarat ‘peace’. Zimam dan Ayyash seronok dapat berendam didalam kolam kanak-kanak yang terdapat di pelantar. Dah macam anak itik kedua-dua anak mereka apabila dapat berendam dengan berpelampung. Terdapat beberapa kanak-kanak lain yang turut bermandi-manda di kolam itu.

“Tahu tak macam mana boleh terbentuk tasik ni?” soal Firdaus tiba-tiba ketika Adriana asyik memerhatikan Zimam dan Ayyash.

“Hmm macam mana?”

“Dengan kuasa Allah.” Adriana menjeling ke arah Firdaus yang suka sangat mengusiknya. Tahulah dengan kuasa Allah semua pun boleh berlaku tapi boleh aje kalau nak terangkan dari segi sainstifik.

“Amboi jeling macam nak telan orang je. Yela abang beritahu..tasik ini terbentuk akibat proses luluhawa tanah dan batuan. Pada zaman dulu, tasik ini juga dijadikan sumber air tawar untuk penduduk Langkawi apabila tiba musim kemarau,”terang Firdaus sambil membelai jari-jemari Adriana.

“Hmm agaknya berapa dalam tasik ni ye?” soal Adriana kepada Firdaus.

“Sedalam cintaku padamu ehey~” Pecah terus ketawa Adriana dengan lawak spontan Firdaus. Haihla suami, perangai nakal dan sengal Firdaus sering menyenangkan hati Adriana.

“Hehehe gurau..gurau..tak silap abang 10 meter. Kenapa nak diving kat sini ke?”

“Mengarutlah abang! Dahlah nak bawa naik Zimam dengan Ayyash. Mahu demam pula budak berdua tu kalau berendam lama-lama.” Adriana bingkas bangun lalu menuju ke arah kolam di pelantar. Firdaus turut membantu Adriana menaikkan anak-anak mereka. Menjerit-jerit juga Zimam dan Ayyash yang masih tak puas berendam walaupun jari-jari dah berkedut. Biasalah, budak-budak mana yang tak suka berendam?

Puas berjalan-jalan di Pulau Dayang Bunting, mereka menaiki bot untuk aktiviti memberi makan burung helang. Bot berhenti di perairan Pulau Singa kecil dan tekong bot mula mencampakkan isi ayam ke dalam laut lalu mematikan enjin bot supaya suasana tenang lantas membolehkan burung-burung helang ini menyambar makanan mereka. Firdaus yang sudah bersedia dengan kamera DSLRnya mengambil gambar sekumpulan burung helang yang datang menyambar isi ayam yang terapung. Zimam dan Ayyash yang berada didalam dakapan Adriana turut teruja dengan kehadiran burung-burung helang yang tak pernah dilihat mereka. Elok pula ketika mereka sampai merupakan waktu burung helang keluar mencari makan.








Malam itu mereka menyaksikan pertunjukan bunga api dari dalam bilik mereka. Makin bisinglah mulut Zimam dan Ayyash berceloteh dengan bahasa alien mereka. Firdaus yang masih tak berenggang dengan kamera DSLR miliknya merakamkan panorama bunga api dan telatah kedua-dua anaknya.

“Perayaan apa ni yang diorang dok bakar bunga api bagai?” tanya Adriana sambil mencubit pipi Zimam dan Ayyash yang terlalu seronok melihat bunga api.

“Entah tapi cantikkan?” Dengan kamera yang masih tergantung dileher, Firdaus mendekati Adriana lalu meriba Ayyash. Zimam diletakkan diatas riba Adriana.

“Jom ambil gambar!” Adriana yang sudah faham sangat dengan perangai Firdaus hanya menurut. Rasanya dah bertimbun album gambar sejak mereka berkahwin dirumah mereka. Ada gambar yang dibesarkan dan digantung manakala selebihnya disimpan didalam album.

“Kenapa abang suka sangat ambil gambar?” soal Adriana setelah meletakkan Zimam dan Ayyash yang sudah terlena ke dalam babys’ crib.

“Abang suka sebab nak abadikan memori kita ni dalam bentuk benda yang boleh ditatap. Katakanlah satu hari nanti bila abang dah tak ada, Ana boleh tengok gambar abang untuk lepaskan rindu.” Zapp! Berdesup masuk ke hulu hati Adriana apabila Firdaus mula membangkitkan soal hidup dan mati.

“Saja nak bagi Ana berendam air mata ke malam-malam gini?” Firdaus merapatkan jarak diantaranya dan Adriana. Aduilah isteri, asal cakap pasal hidup mati terus nak touching!

“Tak salah sentiasa beringat Ana. Orang yang bijak adalah mereka yang sering mengingati mati. Ana pun kena selalu ingat yang kita hidup bukan selamanya. Selagi Allah kurniakan usia kepada kita, selagi itu kita beramal dan saling mengingati. Sayang tahu kan?” Adriana mengangguk lalu memeluk batang tubuh Firdaus.

“Err dah ready nak tambah koleksi?” soalan Firdaus yang tiba-tiba membuatkan Adriana terjungkit kening. Bertambah pelik apabila suaminya memberikan senyuman nakal.

“Koleksi?”

“Koleksi anaklah sayang oii!” Tak sempat Adriana menjawab, Firdaus sudah mencempungnya masuk ke dalam kamar peraduan mereka. Mahu terjerit kecil juga Adriana dengan aksi Firdaus yang tiba-tiba. Apa-apa pun dia senang dengan telatah Firdaus.









“Sayang, belilah Daim tu lebih sikit!”

“Sayang, nak Ferrero Roche!”

“Sayang, Toblerone tu pun belilah semua jenis! Abang nak hadiahkan kat staff-staff kat office abang lagi.”

“Sayang...” Ya Allah serius dah macam budak-budak perangai Firdaus apabila mereka mengunjungi Coco Valley. Tak padan dengan mendukung Zimam dan Ayyash pada kedua-dua belah tangan, mulutnya tak berhenti menyuruh Adriana membeli coklat yang diingininya.

“Sayang, nak lolipop Doraemon tu juga!” Berbekalkan iman dan kesabaran didada, kemahuan suaminya diturutkan sahaja.

“Abang ni dah kenapa? Mengidam ke?” soal Adriana setelah bakulnya sudah dipenuhi coklat.

“Hehehe..taklah saja je. Seronok beli coklat kat sini. Boleh borong buat stok setahun.” Tak dinafikan harga coklat disini jauh lebih murah dan jika pandai mencari, terdapat kedai yang menjual coklat yang sama dengan harga yang sangat murah tapi Adriana sudah malas nak mencari dengan kerenah Firdaus lagi..

“Nanti kita beli perfume pula eh? Perfume Ana pun dah nak habis kan?” Adriana mengangguk lalu membawa bakul yang penuh ke kaunter pembayaran.

“Pegang sat.” Ayyash dihulurkan kepada Adriana yang terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tiba Firdaus.

“Biar abang bayarlah sayang oii.” Firdaus menghulurkan beberapa not RM100 kepada juruwang di kaunter. Tersenyum juruwang itu dengan aksi pasangan dihadapannya.

Habis borong coklat, mereka memborong minyak wangi pula. Dengan gembira Firdaus membeli minyak wangi kesukaannya dan Adriana. Firdauslah yang terlebih teruja apabila terdapat banyak set Polo Blue yang sukar ditemui jika berada di Kuala Lumpur. Berbeza dengan Adriana yang ada cuma eau de parfum Flora by Gucci kerana yang setnya lebih kepada Gucci Guilty. Huhu adakah ini kerana Flora by Gucci sudah off season? Nak tak nak dia hanya membeli tiga botol minyak wangi. Bolehlah untuk bekalan setahun.

“Alamak sayang!” Firdaus yang tiba-tiba berhenti dihadapannya selepas membayar harga barangan membuatkan Adriana terkejut.

“Kenapa abang?”

“Lupa nak beli stok Choki-choki!” Tepuk dahi Adriana dengan telatah Firdaus yang sengal lagi macam nak minta penampar. Firdaus yang berlari dengan mendukung Zimam dan Ayyash berjaya membuatkan dia tersenyum sendiri. Alahai suami....










“Assalamualaikum mama, dah makan dah?” Ceria suara Firdaus menjawab panggilan dari Datin Hafsyah. Hubungannya dengan keluarga mertuanya memang baik dan memang boleh bergurau senda ikut suka hati.

“Waalaikumussalam Firdaus. Dah. Kamu tengah buat apa sekarang?”

“Tak ada apa. Saja rehat-rehat depan pantai ni. Ana tengah layan Zimam dengan Ayyash buat istana pasir.” Firdaus mengerling ke arah isteri dan anaknya yang sibuk bermain pasir dipantai. Entah apa punya istana sebab tak ada bentuk langsung. Tak apa, sekejap lagi papa arkitek datang!

“Firdaus. Ada sebab mama call kamu ni.” Suara serius Datin Hafsyah menghentikan lamunan Firdaus.

“Apa dia? Nak pesan Firdaus beli barang ke? Boleh je. Nak periuk belanga? Minyak gamat?” gurau Firdaus untuk menghilangkan rasa tak sedap hati.

“Pasal barang tu tak penting mana. Mama ada berita buruk ni Firdaus.”

“Apa dia mama?”

“Ada orang mengaku ahli keluarga Malik datang nak tuntut Zimam.” Terkedu Firdaus dengan berita yang baru didengarinya.

“Ya Allah. Betul ke ni mama?” soal Firdaus setelah cuba menenangkan diri.

“Ye. Papa kamu tengah buat siasatan sebab agak mencurigakan sebab dah lama baru nak tuntut balik. Lagipun, arwah Malik dulu ada cerita kat papa yang ahli keluarga dia semua dah buang dia dan tak mahu ada kaitan dengan dia lagi.”

“Mungkin mereka cuba nak menyambungkan semula silaturrahim dengan bertanggungjawab ke atas Zimam,” ujar Firdaus yang masih cuba bersangka baik.

“Mama tak sedap hati Firdaus. Mama call kamu sebab tak reti nak beritahu kat Hanan. Dia mesti sedih sebab memang dia layan Zimam macam anak sendiri.”


“Tak apalah mama, nanti Firdaus fikirkan cara nak beritahu Ana.” Firdaus menamatkan talian setelah menjawab salam. Dia memandang ke arah Adriana yang ketawa riang melayan gelagat Zimam dan Ayyash yang rapat seperti saudara kembar. Bagaimanalah penerimaan Adriana dengan berita yang bakal disampaikannya nanti? Apakah pembesaran Zimam dan Ayyash akan terganggu jika salah seorang dari mereka tiba-tiba ‘hilang’? Dalam diam dia berdoa agar semuanya adalah mimpi semata-mata.


[kredit]

7 comments:

Anonymous said...

besttttt...D

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah. Terima kasih
(^-^)v

tcsarah said...

Bila nak sambung??? Excited nak bc ni...dup dap..hehe..XD

Anonymous said...

please update it a.s.a.p. ....can't wait any longer to know the whole story..... please.......

Norlyana Nasrin said...

@NADIA RIZAM: InsyaAllah sabtu x pun Ahad ni..maaflah ter'excited' sambut Deepavali hehehe...

@anonymous 22/10/14 8:40: insyaAllah saya update Sabtu xpun Ahad ni ye? banyakkan bersabar

(^-^)v

tcsarah said...

Hihi...saya da set dlm otk...bkk blog akk tunggu ada entry baru ke x...da jd habit da...

Norlyana Nasrin said...

@Nadia Rizam: Hehehe...insyaAllah akak try buat entry selalu huhu tapi ianya bergantung pada brapa kali akak x terdistract hahahahah~