[kredit] |
“Terima kasih sebab sudi datang.” Jais menyambut kedatangan keluarga
Firdaus dengan senyuman lebar. Tak sangka Firdaus sudi menerima jemputannya.
“Sama-sama. Saja nak tengok gaya orang pulau berkahwin.” Firdaus bersalaman
dengan Jais. Adriana disebelahnya hanya mengukir senyuman kecil. Zimam dan
Ayyash diletakkan didalam kereta sorong.
“Lebih kurang sama sahaja Encik Firdaus. Mari saya kenalkan dengan keluarga
saya.” Firdaus mengangguk dan menuruti langkah Jais. Firdaus dibawa Jais untuk dikenalkan
kepada ahli keluarganya yang lain. Dah macam wakil rakyat datang melawat
rasanya apabila dikenalkan sebegitu. Adriana hanya menahan tawa apabila melihat
wajah Firdaus yang nampak segan.
“Eh saya rasa pernah tengok muka abang ni la! Abang ada masuk majalah kan?”
Firdaus tersenyum dengan soalan adik lelaki Jais yang bernama Hadi.
“Adalah sekali dua,” jawab Firdaus merendah diri.
“Abang yang reka hotel cantik kat Korea tu kan? Tererlah abang!” Firdaus
mengangguk sambil tersengih. Malulah juga apabila dirinya diangkat bak selebriti.
“Alhamdulillah. Kalau adik berminat dengan bidang senibina dan rekaan, adik
kena berusaha dari sekarang.” Pantas Hadi menganggukkan kepalanya.
“InsyaAllah kalau boleh saya nak jadi arkitek macam abang bila dah besar
nanti.” Firdaus tersenyum lalu mengusap kepala adik lelaki Jais itu.
Tamat kenduri
mereka tidak terus pulang ke hotel, penjelajahan Pulau Langkawi untuk hari
kedua diteruskan dengan menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting yang terletak 20km
dari Pekan Kuah.
“Macam ada agenda yang tersembunyi je abang bawa Ana ke sini?” telah
Adriana apabila Firdaus mula sengih-sengih.
“Hehehe...moh le kita tambah anak.” Adriana terus ketawa dengan telatah
Firdaus yang sangat sengal.
“Apa la abang ni. InsyaAllah kalau Allah nak bagi rezeki lagi kat kita,
kita terima je. Lagi satu, kalau ikut kepercayaan karut, orang yang mandul
kalau mandi kat tasik ni boleh mengandung. Ana ni pula alhamdulillah tak ada
masalah untuk mengandung lagi abang oii!” Firdaus ketawa sambil membuat isyarat
‘peace’. Zimam dan Ayyash seronok
dapat berendam didalam kolam kanak-kanak yang terdapat di pelantar. Dah macam
anak itik kedua-dua anak mereka apabila dapat berendam dengan berpelampung.
Terdapat beberapa kanak-kanak lain yang turut bermandi-manda di kolam itu.
“Tahu tak macam mana boleh terbentuk tasik ni?” soal Firdaus tiba-tiba
ketika Adriana asyik memerhatikan Zimam dan Ayyash.
“Hmm macam mana?”
“Dengan kuasa Allah.” Adriana menjeling ke arah Firdaus yang suka sangat
mengusiknya. Tahulah dengan kuasa Allah semua pun boleh berlaku tapi boleh aje
kalau nak terangkan dari segi sainstifik.
“Amboi jeling macam nak telan orang je. Yela abang beritahu..tasik ini
terbentuk akibat proses luluhawa tanah dan batuan. Pada zaman dulu, tasik ini
juga dijadikan sumber air tawar untuk penduduk Langkawi apabila tiba musim
kemarau,”terang Firdaus sambil membelai jari-jemari Adriana.
“Hmm agaknya berapa dalam tasik ni ye?” soal Adriana kepada Firdaus.
“Sedalam cintaku padamu ehey~” Pecah terus ketawa Adriana dengan lawak
spontan Firdaus. Haihla suami, perangai nakal dan sengal Firdaus sering
menyenangkan hati Adriana.
“Hehehe gurau..gurau..tak silap abang 10 meter. Kenapa nak diving kat sini ke?”
“Mengarutlah abang! Dahlah nak bawa naik Zimam dengan Ayyash. Mahu demam
pula budak berdua tu kalau berendam lama-lama.” Adriana bingkas bangun lalu
menuju ke arah kolam di pelantar. Firdaus turut membantu Adriana menaikkan
anak-anak mereka. Menjerit-jerit juga Zimam dan Ayyash yang masih tak puas
berendam walaupun jari-jari dah berkedut. Biasalah, budak-budak mana yang tak
suka berendam?
Puas
berjalan-jalan di Pulau Dayang Bunting, mereka menaiki bot untuk aktiviti
memberi makan burung helang. Bot berhenti di perairan Pulau Singa kecil dan
tekong bot mula mencampakkan isi ayam ke dalam laut lalu mematikan enjin bot
supaya suasana tenang lantas membolehkan burung-burung helang ini menyambar
makanan mereka. Firdaus yang sudah bersedia dengan kamera DSLRnya mengambil
gambar sekumpulan burung helang yang datang menyambar isi ayam yang terapung.
Zimam dan Ayyash yang berada didalam dakapan Adriana turut teruja dengan
kehadiran burung-burung helang yang tak pernah dilihat mereka. Elok pula ketika
mereka sampai merupakan waktu burung helang keluar mencari makan.
Malam itu mereka
menyaksikan pertunjukan bunga api dari dalam bilik mereka. Makin bisinglah
mulut Zimam dan Ayyash berceloteh dengan bahasa alien mereka. Firdaus yang masih
tak berenggang dengan kamera DSLR miliknya merakamkan panorama bunga api dan
telatah kedua-dua anaknya.
“Perayaan apa ni yang diorang dok bakar bunga api bagai?” tanya Adriana
sambil mencubit pipi Zimam dan Ayyash yang terlalu seronok melihat bunga api.
“Entah tapi cantikkan?” Dengan kamera yang masih tergantung dileher,
Firdaus mendekati Adriana lalu meriba Ayyash. Zimam diletakkan diatas riba
Adriana.
“Jom ambil gambar!” Adriana yang sudah faham sangat dengan perangai Firdaus
hanya menurut. Rasanya dah bertimbun album gambar sejak mereka berkahwin
dirumah mereka. Ada gambar yang dibesarkan dan digantung manakala selebihnya
disimpan didalam album.
“Kenapa abang suka sangat ambil gambar?” soal Adriana setelah meletakkan
Zimam dan Ayyash yang sudah terlena ke dalam babys’ crib.
“Abang suka sebab nak abadikan memori kita ni dalam bentuk benda yang boleh
ditatap. Katakanlah satu hari nanti bila abang dah tak ada, Ana boleh tengok
gambar abang untuk lepaskan rindu.” Zapp! Berdesup masuk ke hulu hati Adriana
apabila Firdaus mula membangkitkan soal hidup dan mati.
“Saja nak bagi Ana berendam air mata ke malam-malam gini?” Firdaus
merapatkan jarak diantaranya dan Adriana. Aduilah isteri, asal cakap pasal
hidup mati terus nak touching!
“Tak salah sentiasa beringat Ana. Orang yang bijak adalah mereka yang
sering mengingati mati. Ana pun kena selalu ingat yang kita hidup bukan
selamanya. Selagi Allah kurniakan usia kepada kita, selagi itu kita beramal dan
saling mengingati. Sayang tahu kan?” Adriana mengangguk lalu memeluk batang
tubuh Firdaus.
“Err dah ready nak tambah
koleksi?” soalan Firdaus yang tiba-tiba membuatkan Adriana terjungkit kening.
Bertambah pelik apabila suaminya memberikan senyuman nakal.
“Koleksi?”
“Koleksi anaklah sayang oii!” Tak sempat Adriana menjawab, Firdaus sudah
mencempungnya masuk ke dalam kamar peraduan mereka. Mahu terjerit kecil juga Adriana
dengan aksi Firdaus yang tiba-tiba. Apa-apa pun dia senang dengan telatah
Firdaus.
“Sayang, belilah Daim tu lebih sikit!”
“Sayang, nak Ferrero Roche!”
“Sayang, Toblerone tu pun belilah semua jenis! Abang nak hadiahkan kat staff-staff kat office abang lagi.”
“Sayang...” Ya Allah serius dah macam budak-budak perangai Firdaus apabila
mereka mengunjungi Coco Valley. Tak padan dengan mendukung Zimam dan Ayyash
pada kedua-dua belah tangan, mulutnya tak berhenti menyuruh Adriana membeli
coklat yang diingininya.
“Sayang, nak lolipop Doraemon tu juga!” Berbekalkan iman dan kesabaran
didada, kemahuan suaminya diturutkan sahaja.
“Abang ni dah kenapa? Mengidam ke?” soal Adriana setelah bakulnya sudah
dipenuhi coklat.
“Hehehe..taklah saja je. Seronok beli coklat kat sini. Boleh borong buat
stok setahun.” Tak dinafikan harga coklat disini jauh lebih murah dan jika
pandai mencari, terdapat kedai yang menjual coklat yang sama dengan harga yang
sangat murah tapi Adriana sudah malas nak mencari dengan kerenah Firdaus lagi..
“Nanti kita beli perfume pula eh?
Perfume Ana pun dah nak habis kan?”
Adriana mengangguk lalu membawa bakul yang penuh ke kaunter pembayaran.
“Pegang sat.” Ayyash dihulurkan kepada Adriana yang terpinga-pinga dengan
tindakan tiba-tiba Firdaus.
“Biar abang bayarlah sayang oii.” Firdaus menghulurkan beberapa not RM100
kepada juruwang di kaunter. Tersenyum juruwang itu dengan aksi pasangan
dihadapannya.
Habis borong
coklat, mereka memborong minyak wangi pula. Dengan gembira Firdaus membeli
minyak wangi kesukaannya dan Adriana. Firdauslah yang terlebih teruja apabila
terdapat banyak set Polo Blue yang sukar ditemui jika berada di Kuala Lumpur.
Berbeza dengan Adriana yang ada cuma eau
de parfum Flora by Gucci kerana yang setnya lebih kepada Gucci Guilty. Huhu
adakah ini kerana Flora by Gucci sudah off
season? Nak tak nak dia hanya membeli tiga botol minyak wangi. Bolehlah
untuk bekalan setahun.
“Alamak sayang!” Firdaus yang tiba-tiba berhenti dihadapannya selepas
membayar harga barangan membuatkan Adriana terkejut.
“Kenapa abang?”
“Lupa nak beli stok Choki-choki!” Tepuk dahi Adriana dengan telatah Firdaus
yang sengal lagi macam nak minta penampar. Firdaus yang berlari dengan
mendukung Zimam dan Ayyash berjaya membuatkan dia tersenyum sendiri. Alahai
suami....
“Assalamualaikum mama, dah makan dah?” Ceria suara Firdaus menjawab
panggilan dari Datin Hafsyah. Hubungannya dengan keluarga mertuanya memang baik
dan memang boleh bergurau senda ikut suka hati.
“Waalaikumussalam Firdaus. Dah. Kamu tengah buat apa sekarang?”
“Tak ada apa. Saja rehat-rehat depan pantai ni. Ana tengah layan Zimam
dengan Ayyash buat istana pasir.” Firdaus mengerling ke arah isteri dan anaknya
yang sibuk bermain pasir dipantai. Entah apa punya istana sebab tak ada bentuk
langsung. Tak apa, sekejap lagi papa arkitek datang!
“Firdaus. Ada sebab mama call
kamu ni.” Suara serius Datin Hafsyah menghentikan lamunan Firdaus.
“Apa dia? Nak pesan Firdaus beli barang ke? Boleh je. Nak periuk belanga?
Minyak gamat?” gurau Firdaus untuk menghilangkan rasa tak sedap hati.
“Pasal barang tu tak penting mana. Mama ada berita buruk ni Firdaus.”
“Apa dia mama?”
“Ada orang mengaku ahli keluarga Malik datang nak tuntut Zimam.” Terkedu
Firdaus dengan berita yang baru didengarinya.
“Ya Allah. Betul ke ni mama?” soal Firdaus setelah cuba menenangkan diri.
“Ye. Papa kamu tengah buat siasatan sebab agak mencurigakan sebab dah lama
baru nak tuntut balik. Lagipun, arwah Malik dulu ada cerita kat papa yang ahli
keluarga dia semua dah buang dia dan tak mahu ada kaitan dengan dia lagi.”
“Mungkin mereka cuba nak menyambungkan semula silaturrahim dengan
bertanggungjawab ke atas Zimam,” ujar Firdaus yang masih cuba bersangka baik.
“Mama tak sedap hati Firdaus. Mama call
kamu sebab tak reti nak beritahu kat Hanan. Dia mesti sedih sebab memang dia
layan Zimam macam anak sendiri.”
“Tak apalah mama, nanti Firdaus fikirkan cara nak beritahu Ana.” Firdaus
menamatkan talian setelah menjawab salam. Dia memandang ke arah Adriana yang
ketawa riang melayan gelagat Zimam dan Ayyash yang rapat seperti saudara
kembar. Bagaimanalah penerimaan Adriana dengan berita yang bakal disampaikannya
nanti? Apakah pembesaran Zimam dan Ayyash akan terganggu jika salah seorang
dari mereka tiba-tiba ‘hilang’? Dalam diam dia berdoa agar semuanya adalah mimpi
semata-mata.
[kredit] |
7 comments:
besttttt...D
Alhamdulillah. Terima kasih
(^-^)v
Bila nak sambung??? Excited nak bc ni...dup dap..hehe..XD
please update it a.s.a.p. ....can't wait any longer to know the whole story..... please.......
@NADIA RIZAM: InsyaAllah sabtu x pun Ahad ni..maaflah ter'excited' sambut Deepavali hehehe...
@anonymous 22/10/14 8:40: insyaAllah saya update Sabtu xpun Ahad ni ye? banyakkan bersabar
(^-^)v
Hihi...saya da set dlm otk...bkk blog akk tunggu ada entry baru ke x...da jd habit da...
@Nadia Rizam: Hehehe...insyaAllah akak try buat entry selalu huhu tapi ianya bergantung pada brapa kali akak x terdistract hahahahah~
Post a Comment