[kredit] |
Klinik Saf’ONE’
and Da Gang aku pandang dengan penuh mengharap. Nama bukan main gempak dan
macam tak boleh nak diiktiraf tapi dengar kata doktor-doktor kat sini semuanya
lulusan luar negara dan bekerja di hospital kerajaan. Aku yang baru sahaja
tamat ijazah kejururawatan sedang berusaha nak mencari kerja. Ramai yang cakap
ambil jurusan kejururawatan ini senang dapat kerja tapi..dengan situasi ekonomi
negara yang macam nak kena baling kerusi..haish...
“Assalamualaikum, saya nampak iklan nak mencari jururawat di luar.”
Jururawat yang berada di kaunter aku hadiahkan dengan senyuman komersial
meminta kerja.
“Waalaikumussalam. Ye kami sedang mencari jururawat yang ada kelulusan
dengan Nursing Board Malaysia dan
berkelayakan.”Sehelai borang dihulurkan kepadaku untuk diisi. Borang kusambut
dan ucapan terima kasih kuberi.
“Darling! Sekejap lagi Abang Wan
sampai. Jangan pergi mana-mana okey!” Seorang doktor keluar dari bilik konsultansi lantas menghulurkan jubah putihnya kepada
jururawat dikaunter.
“Sterilize it!” Arahan diberi
tanpa senyuman. Muka garang bukan main dan dia terus berlalu tanpa memandang ke
arahku.
“Oh dah siap isi? Cik tinggalkan salinan sijil dan kami akan hubungi cik
untuk datang temuduga jika cik berjaya melepasi saringan dari doktor tadi.”
Huk?! Doktor tadi tu tuan punya klinik ini ke? Apasal aku rasa tak sedap hati
pula ni?
Alhamdulillah,
aku dipanggil untuk temuduga di Klinik Saf’ONE’ and Da Gang selepas seminggu
menunggu. Nampaknya aku berjaya melepasi saringan awal dari doktor poyo itu.
“Yasmeen Azzalea?” Segera aku mengangkat tangan. Reaksiku itu mengundang
tawa dikalangan jururawat-jururawat yang lain. Dah macam badut sarkas aje aku
ni.
“Sila masuk ke bilik hujung sana ye?”Aku mengangguk sebelum melangkah ke
bilik yang ditunjukkan.
Pintu diketuk dan
aku masuk setelah mendapat kebenaran. Kecut perut aku apabila melihat
penemuduga aku hari ini. Ada dua orang doktor lelaki dan dua orang doktor
perempuan. Masing-masing menunjukkan muka serius tahap gaban!
“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Yasmeen Azzalea dan saya
datang nak minta kerja.” Dengan yakin aku menuturkan ayatanku. Mungkin salah
susun ayat sebab tiga dari empat doktor itu terus mengetawakan aku.
“Waaaikumussalam. Sila duduk.” Doktor poyo itu memberi arahan setelah
memandang wajahku sekilas.
“Awak ni macam nak jual barang pula.” Doktor perempuan bernama Amani
memulakan sesi. Aku hanya mampu tersengih dengan komennya itu.
“Saya menjual perkhidmatan saya doktor!” Terburai ketawa keempat-empat
doktor. Allah apa kena dengan diorang ini?
“Awak ni..orang boleh salah faham kalau dengar apa yang awak cakap tadi.
Lebih manis bunyinya jika awak cakap yang awak sedia berkhidmat sebagai
jururawat dengan penuh dedikasi.” Doktor Nafisah pula menasihati aku.
“InsyaAllah doktor. Saya sedia berkhidmat demi negara!” Lagi sekali mereka
mengetawakan aku. Awatlah loklaq sangat aku hari ni?
“Baiklah. Yasmeen tahu ambil darah? Blood
pressure?” Segera aku mengangguk. Benda yang paling asas dalam profession
kejururawatan. Gilalah kalau bab-bab begini pun tak reti.
“Ye saya reti. Saya telah menerima latihan intensif dan menjalani latihan
praktikal di hospital kerajaan.”
“Kenapa nak kerja di klinik?” Tersentak aku sekejap dengan nada dingin
doktor poyo itu.
“Saya ingin menimba pengalaman dan ilmu dengan skala kecil dahulu.” Jawapan
yang aku rasakan selamat buat masa sekarang.
“Bukan sebab tak dapat ke?” Gila sinis cara provokasi dia siap dengan
senyum senget lagi. Ceit!
“Isy Wan! Agak-agaklah sikit.” Dr. Akif menegur doktor poyo itu. Aku ni
makan dalam je. Ikutkan marah mahu terbalik meja depan aku ni!
“Bagi saya itu semua rezeki Allah. Kalau dah ditakdirkan rezeki saya disini
saya terima dan jika tidak, saya redha.” Jawapan professional hasil dengar IKIM
fm huhu..
“Baiklah Yasmeen, kami akan meneliti semula sijil-sijil kamu dan akan
menghubungi kamu jika kamu terpilih.” Aku mengangguk dan menguntumkan senyum
kepada ketiga-tiga doktor kecuali doktor poyo itu. Rasa nak campak dia dalam
periuk besar, letak sup bunjut dan lepas tu hadiahkan kat puak kanibal!
Enam bulan
kemudian,
"Apa ni Incik Doktor?!"
protesku dengan mulut memuncung.
"Apa? Kalau nak naik gaji sila nyanyi lagu tema klinik ni. Cepat!" Serius mamat sengal ni memang tak boleh blah!
"Apa? Kalau nak naik gaji sila nyanyi lagu tema klinik ni. Cepat!" Serius mamat sengal ni memang tak boleh blah!
Klinik Saf’ONE’ and Da Gang telah menjadi tempat
bekerjaku selama enam bulan ini. Alhamdulillah aku seronok bekerja disini dan
doktor poyo itu sebenarnya adalah mamat sengal yang paling tak boleh blah dalam
dunia ini. Muka aje poyo tahap gaban tapi perangai kartun kalah Spongebob!
“Nyanyi cepat! Aku bukan senang
nak bagi naik gaji ni. Kalau tak percaya try
tanya Kak Midah berapa kali aje aku naikkan gaji dia dalam dua tahun dia kerja
kat sini.” Kak Midah mengangguk sambil tersengih. Ala Kak Midah ni memang geng
dengan mamat sengal tu! Apa-apa mesti menangkan dia! Tak adil!
“Tak naklah! Malu tahu tak?!” marahku dengan muka yang sudah merah padam.
Dia ni bukan kira. Pernah aje dia menyakat aku sampai aku menangis-nangis.
Boleh pula dia kurung aku dalam tandas masa awal-awal aku kerja kat sini.
Keluar aje aku hempuk dia dengan mop dan sejak dari itu aku rapat dengan dia.
Bergurau tak kena tempat!
“Okey, aku naikkan gaji staff lain tapi kat kau lagi dua tahun baru aku evaluate lagi sekali.” Waaa jahatnya
dia!! Nak tak nak aku kena nyanyi jugalah kalau macam ni! Kejam!
“Doktor, doktor, engkaulah putera hatiku,
Bilaku kesakitan,
Engkau merawatiku,’
Doktor, doktor, Doktor Wan yang sangat menawan~”
Gelak
guling-guling mamat sengal itu dengan nyanyian aku yang memang off-tune. Aku ini kalau suruh menyanyi
memang out! Tone deaf orang tua-tua cakap. Tu yang dia suka membahan aku dengan
cipta lagu tema klinik yang lebih kepada memuji diri dia. Takbur punya manusia!
“Bagus! Lain kali sila menyanyi dengan penuh bersemangat!” Mamat sengal itu
terus masuk ke bilik konsultansi dengan ketawa yang masih bersisa. Lagi lima
minit klinik akan dibuka jadi aku mengemas sedikit rekod data-data pesakit dan
mengatur ubat-ubatan yang baru diterima semalam ke rak ubat.
“Yasmeen jangan risau, Dr. Wan tu tak kedekut nak naikkan gaji pekerja.
Tadi dia saja gurau dengan Yasmeen.” Aku mengangguk sahaja dengan kata-kata Kak
Midah. Pekerja senior yang sentiasa tersenyum walaupun kena marah dengan
pesakit. Tu yang mamat sengal itu selalu puji dia.
“Assalamualaikum.” Aku menjawab salam sebelum memandang kearah gadis
dihadapanku. Wuiyoo muka bersih suci aje budak ni cuma muka dia macam tak
beremosi sangat.
“Ye cik?”
“Dr. Wan ada? Boleh saya jumpa dia?” Polos aje muka budak tu aku tengok.
Apa hubungan dia dengan mamat sengal tu? Janganlah mamat sengal tu ada hubungan
cinta dengan budak ni. Rosak masa depan gadis polos depan aku huhu...
“Dr. Wan sedang attend pesakit
sekarang. Lepas ni insyaAllah dia senang. Cik nak tunggu dia atau nak saya tinggalkan
pesanan?” Aku menghadiahkan senyuman untuk gadis didepanku ini. Dari gayanya
macam nak cepat.
“Tak apalah, beritahu dia yang Safa datang. Terima kasih ye.” Aku
mengangguk dan hanya memerhatikan kelibat gadis itu hilang dari pandangan.
“Darling!!” Mak aih terkejut aku
bila tengok mamat sengal itu berlari keluar dari bilik. Jubah putihnya dicampak
tepat kena ke muka aku. Kurang ajar! Pesakit yang keluar sekali dengan dia
tercengang dengan gelagat mamat sengal itu. Ya Allah buruk gila perangai!
Dari jauh aku
melihat mamat sengal itu memeluk bahu gadis tadi sebelum menariknya masuk ke
dalam kereta. Haish terbakar pula aku tengok adegan romantis mamat sengal ni!
Eh?
“Yasmeen! Macam mana boleh salah tulis nama pesakit ni! Membazir kertas MC
je!”
“Yasmeen! Apasal tandas tu tak letak pewangi? Pergi letak sekarang!”
“Yasmeen! Kenapa tak makan lagi?! Sekejap lagi patient datang baru nak
kelam-kabut pergi makan ke?!”
Ya Allah! Andai
aku boleh tukar nama, sekarang juga aku tukar nama aku ni tahu! Entah apasal
mamat sengal ini asyik nak cari salah aku dari pagi tadi. Segala benda yang aku
buat semua tak betul! Bila nak masuk shift Dr. Amani ni?
“Yasmeen!”
“Apa lagi?!” Ambik kau! Sekali aku hilang sabar mahu terkejut muka mamat
sengal tu.
“Tak ada apalah!” Bamm! Pintu biliknya dihempas kasar. Nasib baik tak ada
pesakit kalau tak mahu masing-masing kena sakit jantung tengok perangai doktor
tak semengah mana!
“Kak Midah, kenapa dengan Dr. Wan tu? Period
ke apa?” Kak Midah hanya menggelengkan kepala.
“Masuk bilik saya sekarang!” Bamm! Pintu bilik dihempas lagi. Nasib baiklah
pintu bilik dia diperbuat dari kayu jati kalau tak mahu retak seribu. Heh!
“Hmm kenapa?” Muka kusutnya aku pandang tanpa perasaan. Lantak kaulah nak
marah ke apa. Aku dah tak kisah sangat dah ni.
“Yasmeen...darling aku dah nak
kahwin.” Muka masamnya mula mengendur. Aku yang terkejut dengan luahan
tiba-tiba mamat sengal ini cuba untuk menenangkan diri. Oh awek nak kena kahwin
dengan orang lain ke? Padan muka! Hahaha kejam juga aku ni..
“Aku tak sanggup lepaskan darling
aku tu tapi untuk masa depan dia aku terpaksa akur.” Aku yang sudah mengambil
tempat dihadapannya hanya mengangguk perlahan.
“Why don’t you fight for it?”
soalanku berjaya membuatkan dia tersenyum sendiri.
“Lelaki itu seorang yang sangat baik dan disenangi semua orang.” Sedih pula
aku tengok mamat sengal ni bila dah masuk mood sedih macam ni. Tapi dalam masa
yang sama aku rasa lega. Eh kenapa ni? Perasaan yang berbaur-baur ini
membuatkan aku naik marah dengan tiba-tiba.
“Ah kalau tak sanggup nak lepaskan dia, lawanlah! Apa guna jadi lelaki kalau
macam ni? Dahlah saya nak keluar dari layan Incik Doktor pengecut ni!” Pantas
aku mengangkat punggung dan keluar dari biliknya. Tengok jam dah sampai masa
untuk aku balik maka aku ambil beg dan terus keluar dari klinik. Panas rasanya
nak berlama-lama dalam klinik yang penyaman udaranya pun dah tak ada rasa kat
tubuh aku ni.
“Assalamualaikum, Kak Midah saya tak datang hari ni. Migraine attack.”
“Waalaikumussalam. Yasmeen ada ubat ke? Kalau tak ada marilah datang sini
ambil ubat. Dari tadi Dr. Wan cari Yasmeen.” Dengar aje nama mamat sengal itu
migrain aku menyerang balik. Allah, allergik aku dengan mamat tu sekarang!
“Tak apa Kak Midah, saya ada ubat. Kepala saya sakit sangat sampai tak
boleh bangun tu yang telefon beritahu. InsyaAllah kalau dah baik, esok saya
datang kerja ye?”
“Okeylah Yasmeen, nanti Kak Midah beritahu Dr. Wan. Rehat betul-betul ye?” Aku
menamatkan panggilan setelah memberi salam. Aku sekarang tengah terbaring
diatas katil bujangku penangan serangan migrain yang datang mungkin kerana
menerima tekanan yang banyak. Kali terakhir migrainku menyerang adalah seminggu
sebelum peperiksaan tahun akhirku. Alhamdulillah setelah makan ubat dan buat
solat hajat, migrainku berkurangan dan kini ia menyerang semula dengan
magnitude yang lebih besar. Aish! Semua pasal mamat sengal itulah!
“Meen, meen bangun nak?” Mak aku yang mengejutkanku kupandang kosong. Mak
menampal koyok ke kepalaku dan menyuruhku duduk bersandar.
“Meen makan sikit? Nanti boleh makan ubat. Tak elok ambil ubat bila perut
kosong.” Aku mengangguk dan menyambut huluran mangkuk berisi bubur. Bubur nasi
dengan ikan gorang. Huhu makanan orang sakit yang paling aku suka. Selesai
makan, mak menyuapkan ubat dan menyuakan air putih kepadaku. Woo memang seronok
jadi orang sakit sebab mak layan first
class punya huhu...sayang mak!
Sayup-sayup aku
mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Apa aku ni teruk sangat ke
sakitnya sampai terdengar suara mamat sengal tu?
“Waalaikumussalam. Nak cari siapa?” Aku yang mencuri dengar dari dalam
bilik hanya mendiamkan diri. Tak ada tenaga rasanya nak keluar dan tengok
tetamu yang datang bertandang itu.
“Ini rumah Yasmeen Azzalea ke? Saya Safwan Faaeq, doktor tempat dia
bekerja.” Memang sah mamat sengal tu datang. Aduilah, masa aku sakit-sakit
inilah kau nak datang buat lawatan. Apasal nak cari aku? Carilah darling dia
tu!
“Saya datang nak beri ubat sebab dengar dia migrain. Maaflah datang
tiba-tiba macam ni.”
“Oh doktor, masuklah. Yasmeen baru aje tidur lepas makan ubat tadi.”
“Eh kalau macam tu tak apalah. Saya datang nak bagi ubat ni aje. Saya balik
dulu ye makcik? Assalamualaikum.” Aku yang mendengar setiap butir kata mamat
sengal itu hanya menahan rasa. Apasal aku rasa sedih tiba-tiba ni? Mungkin
memikirkan yang dia dah ada insan yang dia sayang dan aku bukan pilihannya. Dalam
diam aku menangis sehingga tertidur semula.
Beberapa bulan
kemudian,
“Ni kad, datanglah ye?” Kad kahwin dengan sampul berwarna keemasan aku
pandang sebelum mengambilnya dengan muka tak ada perasaan. Nak kahwin dah ke
mamat sengal ni? Confirm lepas ni aku
tukar tempat kerja! Tak sanggup nak tengok kebahagiaan mamat sengal ini dengan
pasangannya padahal aku berendam air mata darah. Huhuhu drama...
“Yasmeen nak pergi ke? Kalau tak ada kenderaan, boleh naik dengan Kak Midah.
Kebetulan suami Kak Midah outstation
masa tu jadi adalah tempat kosong dalam kereta Kak Midah tu.” Adui Kak Midah
dah tawarkan kenderaan untuk pergi majlis itu pula. Maka nak tak nak aku kena
pergi jugalah sebab tak ada kenderaan sahajalah alasan yang aku ada sejak dulu
kalau nak mengelak dari pergi mana-mana. Pergi kerja inipun, aku menumpang
abang aku dan balik pun berjemput tak pun jalan kaki aje sebab tak jauh mana
dari rumah.
“Yasmeen tak sihat ke? Kak Midah tengok pucat aje muka Yasmeen ni.” Teguran
Kak Midah membuatkan aku tersentak. Nampak sangat ke aku tengah memendam rasa.
Inilah padahnya kalau mencintai dari diam. Ehey~tak kuasa aku nak luahkan
perasaan aku kat mamat sengal tu dulu! Malu tahu tak?!
“Saya okey je Kak Midah. Saya pergi tandas sekejap ye?” Haihlah tandas,
hari ni kau jadi tempat aku menangis lagilah ye? Nak pergi bilik solat kena
lalu depan bilik mamat sengal tu maka tandas jela tempat yang boleh kutuju
huhu..
Hari kedukaan
untuk aku pun tiba. Majlis perkahwinan yang disambut meriah di Hotel Istana
Kuala Lumpur. Gila kaya keluarga mamat sengal ni dan ianya lagi membuatkan aku
sedar akan siapa diri aku. Pipit dengan enggang, masakan boleh terbang bersama?
“Subhanallah, cantik sungguh pengantin perempuan tu.” Aku menelan pahit air
liur. Memang cantik pun, tu yang mamat sengal tu boleh terpikat. Kak Midah dan
tiga orang anak terunanya mengambil tempat diikuti dengan aku. Majlis
perkahwinan dimulakan dengan acara akad nikah diatas pentas yang direka khas.
Dari jauh aku melihat pengantin lelaki mengambil tempat membelakangi pengantin
perempuan. Tak sampai sepuluh saat, ak melihat wali-wali pengantin perempuan
naik ke atas pentas. Eh? Apasal mamat sengal tu naik sekali dengan wali?
“Dr. Wan tu memang rapat sangat dengan adik perempuan dia tu. Bila adik dia
nak kahwin tu yang dia sasau sikit. Sayang adik terlebih.” Aku terus memandang
Kak Midah dengan muka tak percaya. La..adik dia ke? Yang dok panggil darling tu kenapa? Cacat punya mamat
sengal! Buat penat aku menangis je!
“Saya ingat dia yang kahwin.” Kak Midah hanya tersenyum sebelum
menggelengkan kepala.
“Yasmeen tak tengok kad ke? Kan lain nama dekat kad tu?” Aku hanya mampu
tersengih. Malu juga tersalah sangka.
“Terima kasih sebab datang Kak Midah, Yasmeen. Ni la pekerja kat klinik Wan
mama.” Mamat sengal itu mengenalkan kami kepada mamanya. Sopan gaya mamanya dan
murah dengan senyuman. Segera kami menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Terima kasih ye sudi memeriahkan majlis. Dah makan dah?” Kami hanya
mengangguk sambil tersenyum.
“Esok ada majlis doa selamat di rumah kami. Kalau senang datanglah ye?” Aku
hanya mampu tersenyum. Mana boleh janji sebab aku ni kan tak ada kenderaan.
“Tak apa Yasmeen kalau tak ada siapa boleh hantar, biar saya jemput awak
dirumah ye?” Ehey? Terkejut muka mama mamat sengal itu dan Kak Midah dengan ‘kemurahan’
hati mamat sengal itu yang tiba-tiba. Aku yang turut terkejut hanya mengangguk
dan aku ternampak senyuman Kak Midah dari hujung mataku. Habislah kena gosip!
“Maaflah mak tak boleh ikut sebab Along demam pula tiba-tiba. Ayah keluar
memancing pula. Meen pergi sendiri tapi ingat jaga diri ye?” Allah macam mana
ni? Aku ni dahlah tak biasa keluar berdua dengan lelaki bukan mahram. Nak
batalkan macam kesian pula sebab mamat sengal tu dah dalam perjalanan.
“Bi..biar Along pergi mak.” La Along yang dah nak rebah ini nak juga
temankan aku? Silap hari bulan elok pergi kenduri, tukar route pergi hospital pula.
“Jangan nak mengarutlah Along oii! Tak apalah Meen, kasihan pula kat Dr.
Wan. Jaga diri ye nak?” Aku mengangguk dan mencapai tangan mak dan Along untuk
bersalaman.
“Kalau dia buat benda tak senonoh kau beritahu aku. Aku patahkan leher dia!”
Woo garang betul dalam demam-demam tu.
Sayup kedengaran
suara mamat itu memberi salam. Kali ini dia masuk minta izin mak dengan Along
aku untuk bawa aku pergi kenduri rumahnya. Dah macam sesi temuduga apa entah
bila Along aku asyik bertanya yang macam-macam kat mamat sengal itu. Nasib
kaulah...
“Perangai Along kau, sama macam aku dan abang sulung aku. Adik perempuan
kami tu memang kami jaga betul-betul tu yang bila dia nak kahwin aku macam
hilang arah sikit.”
“Incik Doktor memang panggil dia ‘darling’
ke? Mula-mula saya ingat tu awek Incik Doktor.” Meledak ketawa mamat sengal itu
dengan kata-kataku. Dia ni memang suka ketawakan aku dari dulu!
“Aku memang suka manja-manja dengan dia sebab dia jenis tak berperasaan
sangat. Comel sangat pada pandangan aku. Budak tu dulu pernah terpisah dengan aku
sekejap sebab pergi sambung belajar ke Australia dengan abang sulung aku.” Aku
mengangguk faham. Aku dengan Along aku pun boleh kata rapat juga tapi tak
adalah sampai Along aku nak manjakan aku terlebih.
“Darling tu sebab aku tetap rasa
dia adalah my precious one. Tak ada
perempuan lain yang boleh sama dengan adik perempuan aku. Mama aku tu pula
tetap nombor satu.” Ek eleh. Memanglah! Mana mungkin sama orang lain dengan
ahli keluarga kita? Sengal!
“Hmm..” Aku dah tak tahu nak borak apa dengan mamat sengal ni.
“Tapi sejak akhir-akhir ni,aku rasa something
bila dengan Yasmeen.” Tegak terus telinga aku dengan pengakuan tiba-tiba mamat
sengal ni.
“Something as if what?” soalku dengan penuh rasa ingin tahu.
“Bila Yasmeen tak layan sangat aku, tak ada kat klinik, buat bodoh bila aku
bercakap dan buat aku macam tak wujud aku rasa sakit sangat.” Eh? Wajahnya yang
sedang memandu aku pandang sekilas. Selebihnya aku memintal hujung tudungku
untuk membuangkan rasa resah.
“Aku rasa aku suka kau, Yasmeen.” Haaa..ambik kau! Pengakuan dalam kereta
dalam perjalanan ke kenduri doa selamat!
“Yasmeen suka aku?” Aku terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan.
Lambat karang mahu ada yang berlanggar. Boleh pula dia pandang aku masa tanya.
Mata pandang depanlah sengal!
“Alhamdulillah. Kalau macam tu malam ni kita bincang dengan papa dan mama
aku untuk hantar rombongan kat rumah kau ye?” Gila teruja mamat sengal ini siap
buat tarian lepas stering lagi. Ya Allah semoga kami selamat sampai...
Majlis pernikahan
kami diadakan empat bulan selepas majlis pertunangan. Ikutkan Along aku yang
masih nak menguji tahap ke’terer’an mamat sengal itu, mahu tahun depan pun kami
tak bernikah lagi. Boleh pula dia kata mamat sengal tu macam lembik-lembik.
Sekali dia bawa ayah aku dan mamat sengal itu pergi berkhemah di hutan selama
tiga hari terus dia bersetuju untuk nikahkan kami dalam masa yang ditetapkan
hasil perbincangan kedua-dua belah pihak. Huhu apa yang jadi dalam hutan itu
aku tak tahu tapi yang pasti mamat sengal itu berjaya memikat hati Along dan
ayah aku.
Aku yang sudah
siap berbusana pengantin menunggu kedatangan mamat sengal itu didalam bilik
tidurku. Mak aku cakap, macam tak menyempat kalau aku menunggu di luar. Hilang
seri pengantin katanya huhu..
“Meen, Wan dah sampai. Mari keluar?” Aku terus bangun dan berjalan perlahan
keluar dari bilik. Majlis pernikahan diadakan dirumahku mengikut permintaan
Alongku. Ikutkan mamat sengal itu mahu kami bernikah seperti majlis adiknya
tapi disebabkan Along dah berkeras begitu maka kami akur sahajalah.
“Pengantin lelaki dah sedia? Pengantin perempuan?” Aku mengangguk perlahan.
Aku dinikahkan dengan mamat sengal itu dengan berwalikan ayahku. Mahu menitis
air mataku bila mamat sengal itu berjaya menikahi aku dengan sekali lafaz.
Alhamdulillah dia dah halal untukku.
Tamat majlis, aku
dan mamat sengal itu ditugaskan untuk memberus periuk belanga dibelakang rumah.
Adat biasalah untuk pengantin baru setelah yang lain bersusah payah menguruskan
majlis maka ini sahajalah sumbangan kami.
“Incik Doktor kalau tak biasa sental periuk belanga ni tinggal ajelah. Biar
saya buat.” Tawarku sambil berusaha menyental periuk belanga yang tak adalah
banyak mana.
“Eh awak ni takkan nak panggil saya Incik Doktor lagi? Panggil Abang Wan
pun kira dah okey.” Aku menunduk malu dengan cadangan mamat sengal itu. Aduilah
bagilah masa untuk aku biasakan diri nak panggil kau abang pun...
“Malu ye? Comel betul isteri abang bila malu-malu gini.” Tanganku
disinggung sedikit oleh mamat sengal itu. Woo malulah weh!
“Yasmeen memang comel dan sebab tu abang suka tengok reaksi Yasmeen. Ingat
tak mahu interview dulu?” Gila geram bila ingat muka poyo dia dulu!
“Lepas Yasmeen keluar je, abang gelak sampai jatuh kerusi tahu? Kawan-kawan
abang sampai tak percaya abang boleh gelak sampai macam tu sekali. I told them that I like you and I’m going
to hire you no matter what they say but luckily nobody against my decision so
that's how you got hired.” Aku memandang geram ke arah mamat sengal yang
bakal kena berus dengan aku sat lagi.
“Sebabkan gaya Yasmeen yang macam itula buat abang fikir yang Yasmeen lain
dari perempuan lain. Bila dah buat solat isthikarah, abang makin yakin dan tu
yang abang fikir nak melamar Yasmeen.”
“Bila Yasmeen nasihatkan abang pasal adik abang tu lagilah buat abang suka
kat Yasmeen. Kecut perut abang bila tahu Yasmeen sakit lepas tu. Sanggup abang
tutup klinik awal sebab nak melawat tapi masa tu Yasmeen tidur jadi abang tak
dapat tengok muka Yasmeen.” Penat juga bila dengar mamat sengal ni panggil aku
Yasmeen..Yasmeen..
“Awak boleh panggil saya Meen. Lagi senang.”
“Tak naklah. Panggil sayang lagi best.”
Dia menghadiahkan senyuman nakalnya kepadaku. Lantas membuatkan aku menunduk
malu lagi.
“Abang berjanji akan jaga sayang lebih dari abang jaga darling abang. InsyaAllah.” Nak juga masukkan darling dia tu hahaha..
Aku memandang
tepat ke dalam matanya yang sangat cantik.
“Walaupun perangai abang sengal macam
Spongebob tapi saya tetap sukakan abang. InsyaAllah I’ll be a good wife for you.” Lafazku dengan malu-malu. Terburai
ketawa mamat sengal itu dengan kata-kataku.
“Untuk sayang yang ala-ala Patrick jadi
Spongebob pun abang rela.” Haha
sempat lagi dia mengenakan aku! Kuajaq!
“Sayang jom karaoke nak?” Terus aku backhand
mamat sengal ini. Sengajalah tu nak mengejek aku yang tak reti menyanyi!
Apa-apa pun aku bersyukur kerana Allah menentukan jodohku dengan mamat sengal
ini. Biarpun perangai dia sengal tahap gaban tapi aku terpikat kerana dia
adalah dia. Doakan jodoh kami berpanjangan sehingga ke syurga.
*************************************************************************
Alhamdulillah cerpen yang berjaya disiapkan dalam keadaan tak berapa sihat. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen ye?
(^-^)v
*************************************************************************
Alhamdulillah cerpen yang berjaya disiapkan dalam keadaan tak berapa sihat. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen ye?
(^-^)v
Yasmeen Azzalea |
Safwan Faaeq |
27 comments:
Jjang!!awesome └(^o^)┘
@Sarah Riana: Alhamdulillah. Kamsahamnida
(^-^)v
ya Allah hensemnya Safwan hahaha
cerita ni sangatlah comellll. saya sukaaaaaa.... safwan kbaiii ^_^
Haha . comelsssss . hehehe - atiey
Terus teringat cerita bercinta dengan mamat downy... Hehe...
As usual nice... Tak boleh blah betul nama klinik tu... Hahaha...
Kurang sihat ke sis? Syafakillah...
@Anis Farhana:kan? hehehe~
Alhamdulillah..Safwan balas 'Bubbye!'sambil buat tarian sengal~
@Atiey: Alhamdulillah thanks atiey~
@Suha Fasihah: Hehe sebab dia jenis lembik manja-manja ka? Ini sebenarnya Abang Wan yang sama dalam cerpen 'Still Into You'
Nama macam tak boleh nak iktiraf kan? hahaa~
Jazzakillah Suha (^-^)v
terasa comel cite nie. Sengal tu tetap ada. Nama klinik tu out if this world. hehe...
Apapun keep it up you always produce a good story.
@rozita kadiman: Alhamdulillah terima kasih hehehe~
Sengal itu dah sebati dalam jiwa saya..kalau tak buat cerita sengal saya rasa tension hahaha~
InsyaAllah akan terus berkarya selagi Allah izinkan.
(^-^)v
Awesome! Nak lagi~
Alhamdulillah. InsyaAllah saya akan buat cerita berkenaan dengan Na'il pula selepas ini huhu~ tunggu~~
(^-^)v
nakal wan yee....
selalunya doktor poyo aje...
ee tapi hensom memang ade...
teruskan berkarya
Hehe..
saya ada jmp doktor yg poyo tp comel + handsome..
InsyaAllah (^-^)v
Terima kasih mak ieteng.
suka sgt2... i've fallen in love with ur writing.. keep writing n i'll keep reading.. (^_^)/
@Miss FF: Alhamdulillah..thanks.
InsyaAllah..
(^-^)v
Awwwwww abg wan dh kawinnnn
Hehe dah sampai jodoh dia
(^-^)v
Best2!!! πππ
Sufi
@Sufi: Alhamdulillah thanks (^-^)V
syokkk..hahaha adui saya da jd pminat akakk... nty nk beli novel akak.. wajib cari smpai hujung dunia..chooii...tq sbb jd pnghibur jiwa lara ni.. buat saya gelak mcm tngk running man... haha lawak sengal.. tahniah.. buat lg k..hihi
@olen: Alhamdulillah thanks..toksah smpi hjg dunia aih, akak dok Rawang ja hahaha..
insyaAllah akak cuba selagi diizinkan Allah.
(^-^)v
Best sgt2..
Best sgt2..
Alhamdulillah terima kasih
(^-^)v
Tak sangka heroin ti song ji hyo..lupa pulak nama pasagan dia....
Yang gambaq tu ka? Kim Jae Joong namanya.. π
haha...dua-dua sama sengalnya... btw, cerita yang sangat happy... teruskan berkarya yer cik writer
@Norazizah Riduwan: Hehehe thanks (^-^)v
Post a Comment