[kredit] |
Malam itu kami ke masjid 15 minit sebelum azan Maghrib
berkumandang. Di kediaman kami, memang akan makan malam sebelum pukul tujuh
melainkan jika ada majlis yang menyebabkan kami makan malam agak lewat dari
kebiasaan. Tiba sahaja dihalaman masjid, banyak juga mata yang tertumpu ke arah
kami. Ustaz Elyas memintaku membawa Marissa dan mama ke pintu laluan Muslimah.
“Nanti bila dah habis saya call ye?” Aku hanya mengangguk mendengar
arahan dari suamiku. Mama dan Marissa hanya memandang kami dari jauh. Konon nak
bagi privasi padahal apa bendanya privasi kat masjid? Huhu...
“Silent phone tu dan jangan nak Whatsapp
saya bila boring,” gurau acik ustaz
itu sebelum ketawa meninggalkanku yang sudah tercengang. Ehey acik ustaz dah
reti nak bergurau?!
“Mar.” Panggilan mamaku aku sahut
sebelum berjalan beriringan dengan mereka memasuki laluan untuk Muslimah.
Alhamdulillah. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah
Allah berdekatan dengan rumahku dan aku sudah jatuh cinta. Sejuk dan tenang
perasaanku sebaik sahaja kakiku menjejak permaidani masjid.
“Assalamualaikum. Baru pindah
sini ke?” soal seorang makcik ketika kami baru melabuhkan punggung. Wuduk sudah
diambil jadi kami berehat sebelum menunggu waktu solat. Tadi sempat juga aku
berniat iktikaf sebelum masuk ke kawasan masjid. Acik ustaz itu juga ada
ingatkan supaya baca doa masuk masjid. Aku perasan Marissa ada melakukannya
tetapi tidak mama. Aku hanya mampu berdoa agar Allah campakkan hidayah kepada
mamaku.
“Waalaikumussalam. Tak juga
makcik. Makcik duduk dekat kawasan sini juga?” soalku ramah. Memang dah menjadi
tabiatku untuk ramah dan sopan dengan mereka yang lebih tua.
“Haah. Imam masjid ni suami
makcik jadi makcik selalu juga ikut dia ke masjid. Biasalah dah tua-tua ni anak
cucu semua duduk jauh jadi nak mengelak bosan dirumah, makcik mengikut je
pakcik kamu ke mana saja dia pergi.” Tersenyum aku mendengar kata-kata makcik
itu. Dalam kepala aku sudah berangan masa tuaku dengan acik ustaz itu. Adakah
dia akan menjadi acik polis yang boroi selepas bersara nanti? Haih tiba-tiba
aje kau ni Mar!
“Awak tak join mana-mana persatuan ke? Kalau awak nak boleh ikut saya join persatuan kebajikan yang saya dan
kawan-kawan tubuhkan. Kami membantu anak yatim dan warga emas boleh kata hampir
setiap minggu,” pelawa mama. Tak dinafikan mama memang seorang yang sangat suka
membuat kebajikan. Ada sahaja aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilakukannya
apabila ada masa lapang atau jika papa tiada urusan di luar negara. Mama
seorang yang baik jadi aku memang tak sanggup melihat dirinya hanyut dengan
dunia.
“Menarik juga. Oh nama saya Zainab
apa nama kamu?”
“Nama saya Zhufairah panggil
sahaja Zu, kebetulan nama kita sama-sama mula dengan huruf Z.” Rancak betul
perbualan antara mama dan Makcik Zainab.
“Yang dua orang ni anak-anak
saya, Maritza dan Marissa.” Giliran kami pula diperkenalkan oleh mama kepada
Makcik Zainab. Kami berdua hanya tersenyum. Dalam hati aku berdoa agar mama dan
Makcik Zainab boleh menjadi kawan baik supaya semakin senang usaha dakwah kami.
“Kebetulan saya ada tiga anak
lelaki bujang. Cantik anak-anak kamu Zu. Dah kahwin belum ni?” Err aku rasa
mungkin disebabkan aku pakai inai biasa bukan berukir bunga-bungaan itu yang
makcik itu tak perasan.
“Maritza ni dah baru sahaja
kahwin. Marissa belum lagi.”
“Oh sayangnya ingatkan nak
kenen-kenen kamu berdua dengan anak-anak makcik.” Aku dan Marissa hanya mampu
tersengih. Mama dan Makcik Zainab menyambung berborak sehinggalah azan Maghrib
berkumandang. Orang perempuan ini kalau dah dapat geng sekepala memang ada aje
modal nak bercakap huhu...
“Awak esok kita balik rumah mak
ayah saya ye?” Aku berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepala. Tak kisahlah
perempuan berani macam mana pun atas dunia ini, kalau pertama kali pergi rumah
mertua mesti ketaq lutut baq hang!
“Kenapa pucat tetiba my lovely wife?” soal acik ustaz yang
baru lepas membersihkan diri selepas pulang dari masjid. Aku awal-awal lagi dah
mandi sebab memang dah jadi tabiat dari dulu. Balik aje terus mandi. Acik ustaz
ini sempat membaca buku-buku yang terdapat dalam bilik aku sementara menunggu
aku tadi. Macam mana aku tahu? Keluar aje bilik air terus dia aju macam-macam
soalan berdasarkan buku yang dia baca. Aiyoyo acik ustaz!
“Sa..saya takut.” Acik ustaz itu
terus menghambur ketawanya. Entah apa yang kelakar pasal aku takut nak pergi
rumah mak ayah dia pun aku tak tahu. Tak pernah-pernahlah aku tengok acik ustaz
ni tergelak sampai keluar air mata.
“Ya Allah,
astaghfirullahalazim..Mar saya ingat awak sakit perut ke apa.Tak payah
takutlah. Pergi rumah mak ayah saya je bukan masuk kandang harimau.” Dia
menghabiskan ketawanya yang masih bersisa. Masam mukaku apabila digelakkan oleh
acik ustaz yang selalu sopan. Menyampah!
“La masam muka pula. Meh sini.”
Dia memanggilku untuk dekat kepadanya. Ceh dah gelakkan aku lepas tu nak aku
pergi dekat dengan dia?! Jangan harap! Aku memalingkan mukaku ke skrin
televisyen didalam bilikku. Alat kawalan jauh aku capai dan televisyen aku
pasang. Entah apa rancangan yang aku tengok pun aku tak tahu tapi memang aku
tak nak pandang muka acik ustaz itu sekarang. Protes!
“My lovely wife merajuk ke?” soalnya dari birai katil. Takat tanya
dari jauh baik tak payah! Tak adanya aku nak menyahut sekarang. Kedengaran
bunyi dia bangun dari katil dan berjalan ke arahku tapi...klik! Lampu utama bilikku
dia tutup dan terus kembali ke katilnya.
“Abang!” Dek geram aku tersasul
memanggilnya abang. Tak kiralah panggil apa yang penting aku memang tengah naik
angin sekarang. Dalam gelap itu juga dia melakukan serangan hendap dengan
memikul tubuhku ke katil. Haish acik ustaz ini memang tak boleh blah!
“Marah lagi?” soalnya setelah
membaringkanku. Muka dia kurang tiga inci jaraknya dari mukaku dan dengan
seronoknya dia bermain-main dengan rambutku. Masa-masa ini juga aku rasa macam
nak terjuling mata aku dengan aksi romantis tiba-tiba acik ustaz ini.
“Me..mestilah!” jawabku tergagap
sikit. Dia terus mengucup pipi kananku.
“Sekarang?”
“Sikit.” Pipi kiri aku pula dia
kucup tapi kali ini lama sikit. Adalah dalam 10 saat.
“How about now my lovely wife? Marah lagi kat abang?” Automatik
kepalaku menggeleng. Menggediklah kalau dah dipujuk begini masih nak merajuk.
Nasib baiklah Maritza Zaharah ini bukan kaki rajuk lama-lama. Nak-nak lagi dia
dah bahasakan diri dia ‘abang’. Terus rasa macam dah jadi isteri yang rasmi
untuk dia padahal lepas akad itu dah kira rasmi cuma sekarang ini aje yang rasa
istimewa sikit. Hahaha apa kau mengarut ini Mar?
“Assalamualaikum. Mak..mak?”
Memang tak boleh blah. Gaya acik ustaz ini dah macam setahun tak balik rumah
pada baru berapa hari aje tinggal kat rumah keluarga aku. Aku yang baru sahaja
menutup pintu kereta mengambil beg-beg kami di boot kereta. Ada lagi dua hari
sebelum kami akan berbulan madu di London maka acik ustaz ini mahu menjenguk
mak dan ayahnya dahulu.
“Sorry..sorry abang lupa sebab excited
balik rumah.” Ustaz Elyas yang tiba-tiba muncul segera mengambil beg-beg dari
tanganku. Aku hanya membawa masuk beg tanganku memandang semua beg pun dia dah
angkut.
“Waalaikumussalam. Ingatkan orang
jauh mana rupa-rupanya kamu Elyas. Mar mari masuk.” Aku mendapatkan ibu
mertuaku untuk bersalaman. Lega sikit hati bila melihat penerimaannya.
“Ayah dengan adik-beradik kamu
sekejap lagi balik. Ada urusan sikit dipejabat kata mereka.”
“Mak tengah buat apa?” soalku
ramah. Nasib baiklah aku memang agak pakar dalam melayan orang yang lebih tua.
Nak-nak lagi tadi dia dah bagi ‘green light’.
“Mak tengah masak. Kamu makan
kari ketam tak Mar?” Aku mengangguk pantas. Mesti sedap mak acik ustaz ini
masak kalau tak mesti kurus kering aje acik ustaz aku itu hehehe...
“Mari Mar tolong mak?” Aku dan
ibu mertuaku ke dapur. Ustaz Elyas bagaikan orang halimunan apabila kami dah
mula bersembang.
“Mak.....sampai hati tak
pedulikan Elyas.” Eh..eh acik ustaz itu reti nak manja-manja dengan mak dia ke?
Ohoi nak ambil video!
“Jangan nak mengada-ada Elyas.
Tolong mak petik sayur kat belakang tu ada juga faedahnya.” Ustaz Elyas terus
ketawa sebelum beredar keluar dari rumah.
“Elyas tu tiba manjanya memang
kalah budak tadika tapi kalau buat benda yang dia tak suka, mahu seminggu juga
dia tak bercakap. Selalunya benda yang dia tak suka itu mesti ada kaitan dengan
perbuatan yang membelakangkan agama. Pernah sekali adik perempuan dia pergi
keluar beli barang dengan kawan-kawan dia dan balik nak dekat Maghrib. Itu dia
bagi amaran sahaja tapi bila dengar je yang adik dia boleh tak solat Asar sebab
asyik sangat membeli, terus dia mengamuk. Sampai sekarang memang adik-adik dia
hormat dengan dia dan tak berani nak tinggal solat.” Cerita ibu mertuaku. Aku
yang mendengar terasa gerun juga. Entah macam manalah muka Ustaz Elyas bila
marah.
“InsyaAllah Mar akan cuba jadi
isteri yang baik untuk ac..abang Elyas.” Sikit aje lagi aku nak tersasul
menyebut ‘acik ustaz’. Entah apa reaksi mak mertuaku jika tahu aku menggelarkan
Ustaz Elyas sebagai acik ustaz dalam hati hehehe.....
“Mak doakan yang terbaik untuk
Mar dan Elyas. Mar tolong petikkan daun kari kat belakang tu. Mak lupa pula nak
petik tadi.” Aku mengangguk sebelum keluar dari dapur mengikut pintu belakang.
Keluar sahaja aku dah nampak acik ustaz itu sedang memetik
ulam-ulaman yang aku pun tak tahu apa nama tapi aku rasa mesti dia dah biasa
petik itu yang macam pakar aje cara petikannya. Lama juga aku perhatikan dia
tapi dia langsung tak perasan akan kehadiranku disitu. Idea nakal timbul dan...
“Huargh makan acik ustaz!”
Terkejut juga dia dengan sergahanku sehinggakan terpelanting bakul yang
dipegang. Makin seronoklah aku mengetawakannya apabila dia mengurut-urut
dadanya sambil beristighfar.
“You never stop being naughty don’t you?” Dia bertinggung mengutip
semula daun-daun ulam yang terjatuh. Aku yang ada rasa bersalah sedikit turut
mengutip bersamanya dengan ketawa yang masih bersisa.
“I’m having fun by teasing you. Mana eh pokok kari? Mak suruh petik
daun kari.”
“Oh tak apa nanti abang petikkan.
Naughty girl sila bersihkan ulam-ulam
ni ye?” Bakul berisi ulaman yang sudah dikutip dihulurkan kepadaku sebelum dia
mencubit pipiku. Geram sebab asyik terkena mungkin huhu...
“Macam mana ye kak Mar kenal
abang ngah?” soalan adik perempuan nombor tiga Ustaz Elyas, Qaisara membuatkan
aku hampir tersedak. Aku ingatkan mereka tak akan tanya memandangkan mereka
semua hanya senyap tak pun menyampuk sedikit ketika makan malam keluarga yang
lepas.
“Kakak kenal abang masa datang
ceramah kat kampung ni dulu,” jawabku ringkas. Sesungguhnya tak ada acara
berlari di taman bunga dengan penari-penari dalam kisah aku dan acik ustaz itu.
“Abang yang kenal Kak Mar dulu.”
Eh? Kata-kata dari mulut acik ustaz itu menimbulkan tanda tanya dalam diriku.
Bila masa pula? Aku tak pernah ke balai polis jauh sekali ke majlis-majlis
agama ketika zaman jahilliahku dulu.
“Ada satu hari tu abang nampak
ada seorang perempuan tengking makcik yang jual kerepek masa abang keluar
bertugas.”
“Kak Mar ke yang tengking?” soal
adik bongsu acik ustaz yang bernama Qairiah. Ohoi teruk sangat ke imej aku
dimata budak ini? Tapi kudus aje aku tengok muka dia masa bertanya mungkin dia
betul-betul nak tahu..
“Isy Kak Mar ni cantik lagi
penyayang tahu? Masa nampak makcik tu kena tengking, abang memang nak pergi dekat
tapi belum sempat abang ke sana, abang nampak ada lagi seorang perempuan yang
mendekati makcik tu dan beli semua kerepek-kerepek makcik tu. Perempuan yang
menengking tu pula abang tengok kena angkut semua kerepek yang perempuan lagi
satu tu beli.”
“Mesti Kak Mar kan yang beli
semua kerepek makcik tu?” Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Balik hari tu
memang aku edarkan kerepek-kerepek itu kepada semua pembantu rumah sampai mama
aku ingatkan aku ada niat nak buka bisnes kerepek.
“Tak rugi ke rasa kahwin dengan
abang ngah? Abang ngah ni dahlah garang tak hensem pula tu.” Celupar juga adik
ipar aku yang paling bongsu ini tapi telatah dia berjaya membuatkan kami semua
ketawa.
“Isy adik ni! Tak baik kutuk
abang ngah macam tu. Tak mau bagi duit belanja nanti baru tau.” Qairiah hanya tersengih
menayang gigi. Qairiah tak silap aku berusia 24 tahun tapi masih nampak tak
matang. Mungkin kerana dia anak bongsu. Hmm teringat pula kat Marissa sengal..
“Baiklah lepas makan ni abang nak
dengar hafazan sorang-sorang. Abang Long pun.” Tersedak terus abang sulung Ustaz
Elyas yang senyap sahaja dari tadi. Dia terbatuk-batuk sambil mengurut dada
sendiri.
“Haih kahwinlah abang long, nanti
adalah yang tolong hulurkan air dan urut-urut abang long bila tersedak hehehe..”
Memang adik bongsu Ustaz Elyas ini agak celupar. Bertambah kuat pula batuk
abang Qa’id huhu...
*****************************************************************************
Macam biasa tak suka ka apa sila komen. InsyaAllah ada masa saya update lagi (^-^)v
*****************************************************************************
Macam biasa tak suka ka apa sila komen. InsyaAllah ada masa saya update lagi (^-^)v
11 comments:
Salam...cerita yang best...cuma watak adik beradik ustaz tu lambat masuk tapi x rosakkan cerita pun...nice job...
Daebakk!!!Suka sesangt... XD ><
@Faiz Nizam: Salam. Alhamdulillah..hehe biasalah update pun masa sibuk maka ada aje yang tertinggal tapi nasib baik berjaya cover huhu~
@Sarah Riana: Alhamdulillah. Kamsahamnida~ (gaya sengau Korean hehe~)
(^-^)v
suka baca cerita dalam blog ini. Always wanting for more from you. Keeps on writing.
@rozita kadiman: Alhamdulillah..insyaAllah akan terus menulis selagi diizinkan Allah.
(^-^)v
Wahhh acik ustaz punya perangai makin romantik laaaaa. geli ulu hati i hahahaha
saya sukaaaa hahaha semua saya suka kehkeh
@Anis Farhana: hehehe apa ingat ustaz x reti romantik ka? huhu~
Alhamdulillah hehehe (^-^)v
Sy sllu jd silent reader..ni frst time kot komen.. nk lagi.. best kot..xsbr nk tgu next entry..
@Anonymous 12/09/14 9.30am: Alhamdulillah. Thanks ye
InsyaAllah nnt ada masa saya update lagi
(^-^)v
akak sye rindu la novel IRA bla akak nk smbg hihi
cerpn ni pn sye ska smua krya akak sye mnat hihi ^_^ ~anis
@anis: InsyaAllah akak tengah usahakan untuk update IRA.
Alhamdulillah..terima kasih ye dik
(^-^)v
Post a Comment