Kapitalis

Sunday, September 21, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 12)

Aston Martin One 77 [kredit]  

Setelah lebih kurang 20 minit berjalan, kami berdua tiba di Serpentine Boating Lake yang terletak di Hyde Park. Berjalan-jalan sambil menikmati permandangan tasik dan gelagat orang sekeliling membuatkan kami seolah-olah tenggelam didalam keindahan alam diciptakan Allah.

“Seronok dapat berjalan macam ni. Sayang selalu datang sini?” Aku mengangguk sambil menggenggam erat tangannya.

“Tapi ni kali pertama Mar datang dengan abang kan? So lets consider this as my first time being here with someone that I love most.” Amboi makin pandai kau beromantik Mar! Acik ustaz itu tersenyum gembira.

“Dulu Mar selalu jalan kat sini sorang-sorang bila mama dengan Risa pergi Harrods. Entah kenapa ada masanya Mar nak bersendirian dan berjalan ditempat di mana tak sesiapa pun mengenali keluarga Mar. Mar bosan hidup berdepan dengan orang yang hipokrit dan melayan Mar diatas dasar keuntungan,” luahku sambil bermain-main dengan jari-jemari acik ustaz yang panjang-panjang. Cantik betul tangan laki aku!

“Sekarang sayang rasa nak jalan sorang-sorang ke?” soal acik ustaz itu tiba-tiba. Pantas aku menggelengkan kepala. Rugilah kau nak berjalan seorang diri kalau dah ada suami yang manis kalah madu macam acik ustaz ini.

“Bukan apa, sesetengah manusia ini dia sentiasa mahukan masa untuk bersendirian dimana dia boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Abang pun pernah macam tu.” Aku memandang wajah acik ustaz yang sentiasa tersenyum. Adakah dia pernah menjadi seorang loner dahulu? Agak sukar untuk mempercayai sebab sepanjang kami berjalan tadi pun semua orang dia tegur dan senyum.

“Tak percaya eh? Sila percaya sebab itu yang membentuk diri abang sekarang.”

“Nak tahu kenapa abang rasa lonely masa tu?”

“Eh?”

“Sebab Mar tak ada kat situ.” Acik ustaz itu terus ketawa dan meraih tubuhku rapat kepadanya.

“Pandai ye..” Dia menjentik hidungku lembut.

“Jom naik bot!” Aku menarik tangannya untuk ke jeti. Kami berlari-lari anak menuju ke jeti. Dah macam kanak-kanak riang tapi aku tak peduli janji seronok huhu..







“Abang El dengan kakak kejam!” Marah Marissa yang baru sahaja tiba. Aku dan acik ustaz itu hanya tersenyum melihat wajah kelat Marissa.

“Sampai hati tinggalkan Risa sorang-sorang kat muzium tu. Tak kira malam ni abang dengan kakak kena belanja Risa makan!” rajuk Marissa membuatkan aku dan acik ustaz itu ketawa. Sekarang kami berdua sedang berehat di Diana, Princess of Wales Memorial Fountain.

“Risa cari kitorang satu muzium ke tadi?” soalku lalu menghulurkan air mineral kepada adikku. Marissa mengambil tempat disebelahku sebelum mula meneguk air.

“Tak juga, Risa cari dalam lima minit lepas tu Risa pergi jalan-jalan kat Harrods. Tu yang beli ni.” Sempat juga budak ini pergi membeli-belah! Patutlah lama juga sebelum nak jumpa dengan kami. Elok pula tadi acik ustaz itu ingatkan aku untuk menghubungi Marissa untuk sama-sama ke masjid berhampiran memandangkan waktu Zohor sudah hampir tiba.

Mayder coat from The Row? Mahal ni Marissa!” Memang bab fesyen budak ni memang tak reti berjimat! Memanglah cantik tapi harganya hampir mencecah £3000!

And I bought this for you.” Sebuah beg kertas berwarna hitam dihulurkan kepadaku dan aku dah mula tak sedap hati. Beg kertas yang bertulis Balmain kubuka dan aku rasa nak hempuk kepala Marissa sekarang juga! Boleh pula dia belikan baju seksi tahap petala untuk aku! Sheer band mini dress, gaun pendek yang jalur-jalurnya menampakkan ilusi bentuk tubuh.

“Yang ni kakak pakai depan suami je tau! Jangan pakai kat luar pula.” Boleh pula dia berbisik begitu ketelingaku. Konon tak nak bagi acik ustaz itu dengar tapi dengan muka Ustaz Elyas yang dah bertukar merah cukup membuktikan yang suamiku sudah tahu apa yang si Marissa sengal bisikkan.

“Marissa Zahirah!!!” Melompat terus budak itu sebelum kami berkejar-kejaran di sekitar kolam air. Nak aje aku humban budak tu dalam tasik sekarang!

“Dah, jom ke masjid! Waktu Zohor nak dekat ni.” Acik ustaz itu menghentikan kami dua beradik dengan mendepakan tangannya dihadapan kami. Perlahan tanganku dia gapai dan kami mula berjalan ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat. Dari sini, tempat solat yang berdekatan ialah di Imperial College jadi kami bercadang untuk bersolat sahaja disana.

“Garang juga Abang El ni?” bisik Marissa ke telingaku lagi. Aku mencubit pipinya geram. Banyaklah kau punya Abang El!






Selepas solat Zohor kami pulang semula ke kediaman Marissa. Papa mahukan kami menikmati percutian bulan madu sepuas-puasnya jadi dia menempah hotel untuk kami padahal boleh sahaja menumpang dirumah adikku itu. Rumah yang dihadiahkan oleh papa kepada Marissa kerana dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang belajar di sini. Wang belanja yang diberi setiap bulan juga diberi berdasarkan laporan yang dihantar oleh pensyarah yang memantau pembelajaran adikku disini. Memang mewah si Marissa kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Kami ke Natural History Museum tadi pun dengan menaiki kereta. Disini kereta memang lebih murah berbanding Malaysia dan adikku ke kuliah dengan menaiki Aston Martin One 77 dan kami berjalan-jalan tadi dengan kereta Mercedes-Benz S Class yang baru dibeli papa untuk kegunaan kami sepanjang berada disini. Entah apa nasib kereta itu selepas kami pulang ke Malaysia nanti. Mungkin akan dijual semula atau Marissa akan menggunakannya jika berjalan-jalan dengan rakan-rakannya yang lain.

“Papa suruh bagi kakak ni.” Marissa menghulurkan satu sampul surat berwarna putih kepadaku. Apa lagi kejutan papa aku kali ini?

Oh okay.” Kad elektronik hotel dan brosur aku keluarkan dari sampul surat. Rupa-rupanya papa sudah menempah bilik di Flemings Mayfair di Central London. Didalam sampul surat itu juga ada kad debit untuk membayar segala pembelanjaan kami disini. Patutlah papa hanya memberi tiket kapal terbang sahaja kepadaku ketika di Malaysia. Aku? Memang tak kisah sebab aku ada wangku sendiri untuk dibelanjakan. Tak sangka pula segala benda yang lain papa sudah serahkan kepada Marissa kononnya untuk membuat kejutan untuk kami.

“Papa cakap dia tempah one bedroom suite. Kereta tu nanti park dekat Audrey Square. Tak jauh pun dari hotel tu.” Aku hanya mengangguk dengan penerangan Marissa. Tak kisahlah, aku pun dah tak sabar nak mulakan bulan madu aka berdua-duaan dengan acik ustaz tanpa gangguan Marissa sengal hehehe..

“Oh ye malam ni jangan nak buat-buat lupa ek? Risa nak makan seafood tau?!”

“Ye nanti lepas Maghrib abang dengan kakak datang jemput Risa,” kata Ustaz Elyas dengan senyuman. Dia pun dah lali dengan perangai nakal Marissa rasanya.

“Nanti dulu, makan kat sini sebelum check-in. Maid Risa dah tolong belikan makanan kat Melur.” Aku dan Ustaz Elyas terus mengangguk. Memang perut dah mula terasa lapar selepas berjalan-jalan. Pagi tadi pun kami hanya memakan roti dek kurang berselera selepas menempuh penerbangan selama 13 jam.

Before you leave, I still got presents for you sis.” Marissa menayangkan muka nakalnya lagi. Haduilah adik aku ni!







No, no, no, no...tak mahulah Risa!” sedikit terjerit aku apabila adikku menyuruhku menukar pakaian dalam yang dibelinya kepadaku. Gila seksa!

“Ala kakak, penat tau Risa cari untuk kakak kat Harrods tadi. Lingerie ni penting tau.” Apa yang kau tahu Marissa oii? Nak terbeliak mata aku apabila Marissa menunjukkan hasil ‘tangkapan’nya siang tadi. Ustaz Elyas aku tinggalkan menonton televisyen diruang tamu.

“Siapa yang cakap penting?” soalku dengan muka yang masih memerah.

“Kawan Risa yang dah kahwinlah kak. Dia cakap kena seksi depan suami baru suami tak cari lain. Kakak tahukan tadi pun ramai yang jeling-jeling kat Abang El masa kita beli air tadi.” Dalam tak sedar aku mengiyakan kata-kata Marissa. Nasib baiklah acik ustaz itu bukan jenis perasan dan ada disebelah aku setiap masa.

“Jadi ambillah kak. Risa beli murah je.” Memanglah murah Marissa sampai 20 pasang pakaian dalam macam-macam jenis dia beli. Memandangkan bentuk tubuh kami sama, maka makin seronoklah budak itu membeli. Baiknya hatimu Marissa....

“Yang ni namanya Brigitte babydoll, yang ni pula ikut nama Risa; Marissa babydoll dan yang paling sopan antara banyak-banyak ni Beauty Sleep babydoll.” Bersemangat budak tu terangkan dah macam jurujual pula aku tengok.

“Apa kejadahnya benda ni Risa?” Satu pakaian asing aku tarik dan tunjukkan kepada Marissa.

“Ni kita panggil teddy. Benda ni memang seksi tahap gaban tapi cantikkan? Hehehe..” Aku terus mencubit pipi Marissa apabila dia dah menunjukkan muka sengalnya.

Chemise ni pula boleh kata sopan sikitlah. Disebabkan sekarang ni tengah peralihan nak ke musim luruh, malam agak sejuk tapi....pakai jela kak oii!” Aku memandang geram ke wajah Marissa tapi sungguh aku cakap, walaupun seksi tahap nak menyorok tapi pakaian dalam yang dibeli adikku ini memang cantik dan aku rasa aku dah dapat hidu niat dia ni.

“Risa nak cepat-cepat dapat anak saudara ye?” Pantas aje budak itu mengangguk. Sebelum ini aku ada pernah mendengar dia mencadangkan mamaku untuk melahirkan seorang adik sehingga dia dihambat oleh mama aku sekeliling rumah dek bagi cadangan yang tak boleh blah. Papa aku pula boleh tergelak guling-guling dengan cadangan adikku itu. Boleh pula dia cakap lepas aje bayi itu lahir, dia yang akan menjaganya dan sanggup berhenti belajar. Apa lagi, makin naik hantulah mama aku itu hahaha...

“Kalau kakak nak duduk kat sini masa mengandung pun boleh kak! Risa sanggup jaga kakak. Lagipun Risa cuma buat thesis aje sekarang. Ikutkan nak balik Malaysia pun dah boleh tapi Risa nak duduk lagi kat sini.” Macam-macam ulah adikku ini yang boleh buatkan aku ketawa.

“Risa, kalau akak duduk sini masa mengandung, siapa nak jaga suami kakak nanti? Risa pun cakap suami kakak tu ada je mata yang menjeling. Mahu balik-balik Malaysia tengok kakak dah ada tiga orang ‘adik’ baru.” Marissa turut ketawa dengan gurauanku. Dalam hatiku aku berdoa agar perkara tersebut dijauhkan dari aku.

“Hahaha betul juga. Meh kakak, Risa nak tengok kakak pakai teddy ni.” Marissa menghulurkan pakaian dalam yang bernama ‘teddy’ itu kepadaku. Nak tak nak aku pakai juga sebab nak tunjukkan kat budak tu punya pasal. Nasib baiklah dalam bilik dia ini ada pemanas udara kalau tak memang kejung nak pakai benda alah ni! Aku terus pergi menukar pakaianku didalam bilik mandinya.

“Risa, seksi gila benda alah ni!” laungku dari dalam bilik mandi. Burnout velvet teddy yang kupakai aku betulkan sebelum melangkah keluar dari bilik mandi.

“Sa..sayang pakai apa ni?!” Terbeliak mataku apabila melihat bukan Marissa yang berada didalam bilik tapi acik ustaz yang sudah tercengang gila-gila. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik mandi. Ya Allah malunya! Marissa! Jaga kau!!!


*****************************************************************************
Waa siap juga...ini update terakhir untuk minggu ini. InsyaAllah saya akan update part yang lain secepat mungkin. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v

11 comments:

Anonymous said...

Seriously best! Well done writer ^^

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah.
Terima kasih (^-^)v

Unknown said...

seriously tak sabar nak tunggu entry yg baru.. hehe.. txs a lot.

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: alhamdulillah..
you're welcome (^-^)v

Author said...

Muahaha,terpaksa lah mencari google utk mengetahui rupa 'benda' tuh..Kekekhhkehh..Lawak gila akak.Daebak!

Anis Farhana said...

hahaha part last xleh blah hahaha. jahat gila risa >.<

ingat nak google benda alah semua tu tapi tetiba rasa malu awwwhh kekekeke ^^

Norlyana Nasrin said...

@Fazliana Nazri: hehehe seksi kan? Alhamdulillah, thanks (^-^)v

@Anis Farhana: dia memang nakal tapi dalam hati ada taman hehee~
terap dlm kepala yg bnd2 tu mmg seksi tahap gaban huhu~

(^-^)v

hidayah said...

Hahaha..nakal sgt marissa..

Norlyana Nasrin said...

@hidayah: hehe nak anak saudara cepat2 punya pasal huhu~
(^-^)v

Anonymous said...

CANT WAIT FOR THE NEXT :-)

Norlyana Nasrin said...

Thanks. The next part will be uploaded within this week.

(^-^)v