[kredit] |
Petang itu
selepas Asar, aku mengajak Ustaz Elyas untuk menziarah Makcik Aisyah.
Alang-alang dah sampai sini agak keterlaluanlah jika langsung tidak menjenguk
wanita yang banyak menabur budi kepadaku.
“Assalamualaikum, makcik!” aku melaungkan salam dihadapan pintu rumah
Makcik Aisyah yang tertutup. Pelik juga kerana selalunya Makcik Aisyah akan
membuka pintu rumahnya sambil mengaji atau menyulam selepas solat Asar.
“Sayang, abang rasa Makcik Aisyah tak ada kat rumahlah.” Aku mengangguk
akur setelah tiga kali salam kuberi tidak bersahut.
“Kita pergi makan ABC nak? Nanti kita datang sini lagi.” Pujuk acik ustaz
itu lagi. Kami berjalan kaki menuju ke warung Mak Temah yang terletak
betul-betul dihadapan pantai. Memang syok pekena ABC sambil menikmati permandangan
petang. Kereta kami biarkan sahaja dihalaman rumah Makcik Aisyah.
“Dulu abang selalu juga lepak kat sini dengan geng-geng abang zaman sekolah
dulu. Kat sinilah port paling ideal
nak mengurat awek haha..” Aku dah mula menayang muka masam. Kurang asam punya
acik ustaz! Sengaja dia nak bagi aku cemburu. Tiba-tiba aku mendapat satu idea
hehehe..
“Oh ye ke? Takat mengurat awek-awek kampung ni apa class? Dari zaman universiti lagi macam-macam jenis lelaki mengurat
Mar sampai malas nak layan. Oh hari tu pun kat masjid ada makcik yang berkenan
nak buat Mar jadi menantu dia.” Terdiam terus acik ustaz itu mendengarkan
kata-kata aku. Haaa kacau aku lagi?
“Mar layan ke?” pendek aje soalan acik ustaz itu menunjukkan dia dah mula
cemburu. Masa-masa inilah aku rasa nak gelak guling-guling tapi aku tahankan
aje.
“Kenapa pula tak layan? Semuanya anak-anak datuk, tan sri dan ada juga
kerabat. Rugilah Mar kalau tak layan.” Hakikatnya
aku tak pernah kisah pun pasal darjat mereka dan memang aku tak layan. Buang
masa sahaja melayan lelaki yang aku tahu cuma tertarik pada luaran dan kaki
perempuan!
“Laa kenapa senyap? Tak suka dengar cerita Mar ke?” Acik ustaz itu
membekukan diri sebelum bangun membayar harga ABC. Mukanya masam mencuka. Aku
hanya mampu ketawa dalam hati. Padan muka nak bagi aku cemburu sangat kan?
Kami berjalan
menyelusuri pantai tapi dari warung tadi Ustaz Elyas mendiamkan diri. Mungkin
sedang mengawal api cemburu. Aku yang dah tak tahan dengan silent treatment acik ustaz ini terus mengapai tangannya.
“Tadi saya berbohong.” Acik ustaz itu terus menayang muka terkejut katak.
“Maksud Mar?”
“Saya tak pernah layan mana-mana lelaki yang menghulurkan salam perkenalan
kepada saya kecuali yang saya memerlukan khidmat mereka.” Berkerut-kerut muka
acik ustaz itu dengan peneranganku.
“Saya cuma akan bercakap dengan mereka ketika berurusniaga tak lebih dari
itu. Dari dulu lagi saya terapkan dalam diri supaya tidak melayan lelaki yang
hanya mahu mengambil kesempatan keatas diri saya. Pernah juga terlintas yang
saya tidak mahu berkahwin kerana saya yakin saya boleh hidup dengan baik tanpa
suami disisi.” Aku menarik nafas sebelum meneruskan cerita.
“Tapi semuanya berubah apabila saya terjumpa dengan seorang acik ustaz yang
berjaya membuat saya menangis dengan hanya mendengar ceramahnya. Dalam diam dia
juga berjaya menembus tembok hati saya dengan jayanya.” Aku menghadiahkan
senyuman untuk lelaki yang berjaya menakluki hatiku. Tak perlu banglo lima
tingkat dan kereta Lamborghini, Ustaz Elyas berjaya memiliki hatiku dengan
gayanya tersendiri.
“Betul ni?” soal acik ustaz itu dengan mata bercahaya. Aku rasa Puss in
Boots pun kalah dengan mata acik ustaz ni sekarang.
“Betul kecuali yang part makcik
kat masjid tu. Dia berkenan dengan saya dan Marissa. Katanya dia ada tiga anak
lelaki yang masih bujang.” Ustaz Elyas masam semula. Aduilah acik ustaz!
Betullah kata maknya yang dia ini ada perangai macam kanak-kanak tadika. Sabar
jela.
“Isy jangan risaulah! Masa tu mama ada dan dah beritahu yang saya dah
kahwin.” Aku mencubit pipi Ustaz Elyas. Merah jugalah pipi acik ustaz itu aku
kerjakan. Geram sebab senang sangat nak merajuk bagai. Ceit!
“Kalau mama tak ada awak diamkan jela ye?” rajuk acik ustaz itu lagi.
Aduilah ini memang tahap budak tadika.
“Isy taklah, dah ada acik ustaz comel macam ni takkanlah nak yang lain.”
Lebar sengihan Ustaz Elyas mendengarkan kata-kataku. Nasib baiklah aku ada juga
ilmu memujuk kanak-kanak dan warga emas huhu...
“Haa baru nampak hensem. Tak payah cemburu atau nak buat Mar cemburu sebab
masa kita atas dunia ni tak lama jadi jangan bazirkan dengan benda-benda
negatif okey?” Aku terdengar acik ustaz itu beristighfar panjang. Mungkin
menyesal kerana terlalu mengikut perasaan.
“Sayang berjaya buatkan abang jatuh cinta lagi kat sayang. Alhamdulillah
abang ada seorang isteri yang boleh ingatkan abang bila abang lupa.” Dia
mengenggam erat tanganku dan kami berpatah balik ke rumah Makcik Aisyah.
“La tadi Mar datang ke sayang? Maaflah makcik pergi ke jeti tadi pergi
tengok ikan. Rezeki kamu Mar, malam ni kamu berdua makan kat sini boleh?” pinta
Makcik Aisyah. Ketika kami sampai tadi, kebetulan Makcik Aisyah baru sahaja
pulang. Sempat juga kami membuat drama jejak kasih walaupun baru minggu lepas
kami berjumpa.
“InsyaAllah boleh makcik. Nanti saya telefon mak saya beritahu.”
“Tapi Mar tak boleh tidur sini tau makcik? First time balik rumah mertua ma..” Makcik Aisyah terus ketawa
mungkin kelakar bila aku membuat mimik muka takut padahal bukan ada apa-apa
pun.
“Tak apa makcik faham. InsyaAllah lain kali kamu berdua tidurlah rumah
makcik ye?” Serentak aku dan acik ustaz itu mengangguk.
Malam itu kami
membuat stimbot makanan laut. Rezeki aku dapat makan udang galah besar-besar
dan ketam sepuas-puas hatiku. Menggeleng acik ustaz itu melihatkan seleraku
yang bertambah. Makcik Aisyah lagi menggalakkan aku makan. Katanya seronok bila
tengok aku makan berselera macam itu sebab selalunya aku makan sopan aje depan
dia hahaha..
“Tak apa bukan selalu Mar dapat makan macam ni kan? Lain kali kalau Mar
datang lagi, kita masak macam ni lagi ye?” Pantas aku mengangguk setuju.
“Perlahan-lahan sikit makan tu. Tengok? Kan dah comot ni.” Ustaz Elyas mengesat
tepi mulutku dengan jarinya. Malu sendiri aku dengan kelakuan romantis acik
ustaz itu didepan Makcik Aisyah yang sudah tersenyum-senyum melihat gelagat
kami.
“Tak apa lain kali kalau Mar nak makan fresh
seafood cakap je biar abang pergi cari.” Alahai baik sungguh hatimu acik
ustaz! Aku tersenyum lebar dan meneruskan suapanku. Untuk menunjukkan rasa
terima kasihku, aku mengupas seekor udang galah dan menyuap ke mulut acik ustaz
itu. Terlupa pula yang kami kini berada dirumah Makcik Aisyah. Nasib baiklah
Makcik Aisyah buat-buat tak nampak hehehe..
Selepas solat
Maghrib berjemaah, kami duduk bersantai di pangkin depan rumah Makcik Aisyah.
Berbual sambil menikmati angin malam. Lebih seronok apabila Makcik Aisyah
menghidangkan biskut kering dengan air kopi. Memang best!
“Makcik nak pesan apa-apa tak? Lagi dua hari kami nak ke London. Kalau
makcik nak apa-apa cakap je Mar belikan.” Makcik Aisyah tersenyum sebelum
menggelengkan kepalanya.
“Tak apa Mar, nanti berat pula kamu nak bawa balik.”
“Alah makcik, takpe sebab Mar dah ada tukang angkat beg.” Sengaja aku
menjuihkan mulut ke Ustaz Elyas yang hanya tersenyum dari tadi.
“Isy nakal tak habis-habis! Tak apa Mar, kalau nak beli sangat pun, belikan
sahaja magnet peti ais untuk makcik.” Rasanya Makcik Aisyah dah mula
bertoleransi. Tak apa nanti sedozen magnet peti ais aku beli untuk Makcik
Aisyah.
“Mar pergi negara orang tu baik-baik ye? Semoga selamat pergi dan pulang.”
Aku hanya mengangguk. Sayu pula rasanya nak tinggalkan Makcik Aisyah. Rasanya
sempat lagi kalau aku nak beli tiket untuk angkut Makcik Aisyah sekali.
“Makcik nak ikut Mar tak? Boleh jalan-jalan.” Tersedak Makcik Aisyah dengan
cadanganku. Paling tak boleh tahan, acik ustaz itu pun terbatuk-batuk sama. Aku
yang terlebih sayang Makcik Aisyah segera mengurut-urut belakangnya. Bila dia
dah lega baru aku urut belakang acik ustaz haha..
“Apa kamu merepek ni Mar? Kamu ni nak pergi berbulan madu. Tak kuasa makcik
nak jadi tiang lampu!” Aku terus tergelak mendengar ayat ‘tak kuasa’ Makcik
Aisyah.
“Mar tanya je. Tapi kalau makcik nak ikut cakap je, Mar terus tempah tiket.”
“Tak mahulah Mar. Masa bulan madu inilah kamu suami isteri saling mengenali
dan memupuk kasih sayang. Gunakan sebaiknya masa berdua itu. InsyaAllah ia akan
menjadi kenangan untuk sepanjang hayat.” Sayu sahaja kedengaran suara Makcik
Aisyah. Mungkin dia teringat akan arwah suaminya. Aku terus memeluk tubuh
Makcik Aisyah. Tak betah aku melihat wanita yang banyak budi kepadaku ini
bersedih.
“InsyaAllah Mar dengar nasihat makcik.”
“Ustaz, Mar ni masih lagi belajar tentang Islam. Bukan makcik nak mengajar
ustaz tapi makcik harap sangat ustaz tolong ajar Mar dengan penuh kasih sayang.
Makcik percaya dengan cara didikan sebegitu, Mar boleh menjadi Muslimah yang
disegani.” Ustaz Elyas terus mengangguk. Aku pula dah mula nak banjir kat sini.
Aduilah Makcik Aisyah...
“InsyaAllah makcik. Saya sayangkan Mar dan saya akan mendidik dia dengan
penuh kasih sayang. Terima kasih makcik sebab selama ini banyak mengajar isteri
saya ini.” Haa mulalah acik ustaz ini nak jadi skema. Kami berhenti bersembang
setelah mendengar azan Isyak mula berkumandang.
“Makcik kami balik dulu ye? InsyaAllah nanti Mar datang lagi.” Pamitku
setelah kami selesai solat Isyak berjemaah. Bukan apa, agak melampau juga kalau
aku berlama-lama dirumah Makcik Aisyah sedangkan aku sepatutnya menghabiskan
masa dengan keluarga mertuaku.
“Baiklah. Kirim salam makcik kat keluarga sebelah sana. Mar jaga diri ye
nak?” Aku terus mengangguk. Air mata aku ini mulalah nak menitis. Suka benar
buat drama sedih bila dengan Makcik Aisyah ni.
“InsyaAllah. Makcik pun kalau ada rasa tak sedap badan ke rindu kat Mar ke,
call ye? Mar sanggup terbang balik
dari London nun.” Makcik Aisyah ketawa dengan kata-kataku. Ustaz Elyas pula
tersengih sambil menggeleng kepala dengan telatahku. Nasib kaulah acik ustaz
oii...
“Baiklah kami gerak dulu? Assalamualaikum.” Aku melambai-lambaikan tanganku
kepada Makcik Aisyah sehinggalah kelibatnya hilang dari pandangan. Kalau orang
tak tahu mesti ingat budak sengal manalah yang melambai dengan kepala terjengul
luar tingkap kereta.
“Sudahlah tu. Nanti esok sebelum balik kita singgah sini lagi okey?” Aku
terus tersenyum dengan pujukan Ustaz Elyas. Lengannya aku paut dan aku
lentokkan kepalaku ke bahunya. Ala bawa kereta auto aku jadi memang tak
kisahlah kalau nak beromantik sakan. Lainlah kalau bawa kereta manual dia tu, boleh
kemalangan tahu?
“Sayang abang!” Aku melihat bibirnya mengukir senyum mendengarkan
kata-kataku.
“Sayang my naughty wife ini juga.”
Katanya sambil menunduk sedikit untuk mengucup ubun-ubunku. Hatiku bertambah
seronok dan rasa bahagia mula bercambah. Okey Maritza! Lepas ini operasi bermesra dengan keluarga mertua pula
huhuhu...
***************************************************************************
Ohoi esok sudah kilija~ Memang saya rasa cerpen ni dah jadi tahap novel pendek dah ni. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen....
(^-^)v
***************************************************************************
Ohoi esok sudah kilija~ Memang saya rasa cerpen ni dah jadi tahap novel pendek dah ni. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen....
(^-^)v
8 comments:
Wahhhhhh besttt torrrbaikkk gerram.hahaha semua double ni..
@Anonymous 14/9/2014 10.58pm: Alhamdulillah..
hahaha xpe2~
(^-^)v
ahalah dah mcm novel plak tapi seriously cerita dia menarik. Thumbs up for you....
@rozita kadiman: hehe kan? huhu
Alhamdulillah..insyaAllah akan memperbaiki lagi cerpen saya ni.
(^-^)v
Sweetnyaaa. Keep it up writer! ;)
@Daisy: Alhamdulillah..hehe thanks
(^-^)v
Best. Nak lg.
@rose emily azli: Alhamdulillah. InsyaAllah nnt bila ada kesempatan saya update lagi ye
(^-^)v
Post a Comment