taken from here |
“My darling~” Firdaus yang baru
pulang dari tempat kerja mencari Adriana sebaik sahaja memberi salam. Selalunya
isterinya akan menyambutnya dipintu dengan anak-anak mereka
“Syushh!” Firdaus segera menutup mulut apabila melihat Adriana sedang
menidurkan Zimam dan Ayyash.
“Tadi diorang penat main dekat rumah mama tu yang lepas minum susu terus
tidur.” Adriana berbisik sambil menutup pintu bilik anak-anaknya. Kedua-dua
mereka diletakkan ke dalam babys crib yang sama dengan bantal peluk
ditengah-tengah. Risau pula jika ada salah seorang dari mereka yang ‘terganas’
ketika tidur.
“La patutlah. Sayang dah masak untuk makan malam tak?” soal Firdaus lalu
meraih pinggang isterinya. Adriana hanya membiarkan sahaja dah nama pun laki
sendiri kalau orang lain memang dah arwah dah.
“Belum lagi. Sekejap lagi ye Ana masak? Dah nak masuk Asar dah ni, kita
solat dulu?” Firdaus mengangguk setuju. Hari ini memang dia sengaja balik awal
sedikit dari kebiasaan untuk membantu Adriana. Lagipun, segala projek telah
didelegasikan kepada pekerja-pekerjanya kerana dia dan keluarganya akan pergi
bercuti.
“Papa dah call Jais untuk sewa
kereta. Ana ingat lagi tak kat Jais tu?” soal Firdaus ketika mereka sudah
selesai solat dan tadarus al-Quran.
“Oh orang yang sama sewakan Tucson kat kita dulu ke? Ingat. Baguslah kalau
begitu. Jom turun? Ana nak masak.” Adriana menyangkutkan telekungnya di tempat
menyangkut. Lebih senang sangkut begitu dari berlipat sekaligus tak berbau.
“Abang tolong sayang eh? Dah lama juga tak asah skill memasak ni.” Adriana
mengangguk suka. Siapa tak seronok kalau dapat memasak bersama suami tercinta?
Lagipun lagi cepat selesai dan mereka boleh menjaga anak-anak bersama-sama.
“Nak masak apa eh?” soal Firdaus sambil memeluk Adriana dari belakang. Siap
suruh Adriana memijak kakinya dan perlahan-lahan mereka melangkah keluar dari
bilik solat. Nasib baiklah bilik solat terletak dekat dengan dapur kalau tidak
mahu naya. Apa-apa pun, aksi Firdaus sangat menyenangkan hati Adriana.
“Semalam Ana ada beli ikan siakap, kita buat stim nak?” Adriana memberi
pandangan. Firdaus berfikir seketika sebelum mengangguk.
“Reti ke?” Sengaja Firdaus mengusik Adriana yang selama ini bergantung
kepada pakcik Google apabila mahu memasak. Tapi sudah menunjukkan peningkatan
semenjak duduk dirumah.
“Just wait and see then!” balas
Adriana dengan muka yakin. Alahai setakat ikan siakap masak stim, apa yang
susah?
“Don’t worry, we’ll work on it
together. InsyaAllah mesti sedap.” Firdaus memberi semangat. Dia
merungkaikan pelukan dari tubuh isterinya sebelum mula membantu. Ikan siakap
yang sudah disiang diletak tepi dan dia mula memotong halia, cili padi, bawang
putih dan bawang merah. Kecekapan Firdaus didapur menyenangkan Adriana dan
Adriana mula menyediakan bahan untuk masakan kedua mereka.
“Kita buat butter prawn dengan
sotong salut tepung. Yeay seafood day!”
Memikirkannya sahaja sudah membuatkan Adriana gembira. Tahu yang selera Firdaus
sama sahaja dengannya. Firdaus hanya tersenyum sambil meneruskan tugasannya.
“Sayur? Nak masak sayur apa?” Adriana bertanya sambil menyelongkar tempat
simpanan sayur didalam peti sejuk.
“Ada sayur apa sayang?”
“Brokoli, carrot, kobis, yaumak,
kailan...”
“Hmm kita buat sayur campur. Masuk je brokoli, carrot dengan kobis. Kita
ada cendawan tak?”
“Ada bang, cendawan tiram okey ke?” soal Adriana sambil menunjukkan dua
paket cendawan tiram kepada Firdaus.
“Okey la tu. Sayang kawtimkan sayur, lain biar abang buat okey?” Sedang
mereka bercakap itu, Firdaus sudah siap memotong dan memasukkan bahan-bahan
yang dipotong ke dalam belahan perut ikan siakap dan mula mengukus. Dia mula
membersihkan udang dan sotong yang dikeluarkan oleh Adriana manakala isterinya
mula memotong sayur-sayuran. Mereka bergurau dan bergelak ketawa ketika memasak
menjadikan aktiviti memasak sangat menyeronokkan.
“Alhamdulillah siap pun. Ana senduk masuk dalam mangkuk yang abang dah
letak kat kaunter tu, abang nak pergi set meja sekejap wokeyh?”
“Ammak!” balas Adriana dengan sengihan melebar. Seronok memasak dengan
suami yang sangat rajin membantu. Siap tolong pilih nak pakai set pinggan
mangkuk yang mana itu yang paling tak tahan tapi sememangnya dia sudah faham
akan tabiat suaminya itu.
“Sayang kain kerawang warna putih tu sayang letak mana?” laung Firdaus dari
ruang makan. Adriana menggelengkan kepala sebelum keluar dari dapur untuk
membantu suaminya. Bab-bab mengemas, semua Adriana yang uruskan sejak menjadi
surirumah.
Malam itu mereka berbuai
ditaman sambil menidurkan Zimam dan Ayyash. Sengaja bersantai sambil menikmati
permandangan malam yang indah. Bulan penuh dan bintang bertaburan menghidupkan
suasana damai dan romantik.
“Abang, macam mana kalau satu hari nanti Zimam tanya kenapa dia di’bin’kan
dengan nama lain bukan nama abang?” Pertanyaan Adriana membuatkan Firdaus
sedikit tersentak. Satu soalan yang pernah terlintas dibenaknya dahulu tetapi
dia tidak terlalu memikirkan tentangnya memandangkan Zimam masih kecil.
“Cakaplah Ana kahwin lain sebelum ni.” gurau Firdaus sambil tersengih.
“Woit!” Adriana mencubit perut Firdaus sehingga suaminya menggaduh sakit.
Merah terus muka Firdaus setelah terkena jurus cubitan berbisa Adriana Hanan.
Nasib baik tak terjerit kalau tak mesti dah terjaga Zimam dan Ayyash.
“Nak sangat ke?!” marah Adriana lagi. Pantang betul bila tengah nak bincang
benda serius boleh pula suaminya bergurau.
“Tak mau la merajuk...”Firdaus memujuk isterinya yang dah mula menunjukkan
tanda-tanda hendak merajuk.
“Cakaplah benda yang bukan-bukan lagi kalau nak tidur luar,” ugut Adriana
dengan pandangan mata yang menikam. Firdaus segera tayang muka minta maaf
dengan harapan isterinya tak marah-marah lagi.
“Abang minta maaf ye sayang? Janganlah marah-marah eh?” Firdaus memujuk
lagi. Tak rela tidur tanpa isteri disebelah. Dia menggeselkan pipinya ke pipi
Adriana. Tangan dah penuh sebab pegang Zimam maka gunakan apa yang boleh
digerakkan sahajalah.
“Buat lagi tahulah nasib abang.” Adriana menjengilkan matanya kepada
Firdaus. Nak marah lama-lama pun tak boleh sebab Firdaus sangat pandai memujuk.
Tak pasal-pasal mahu terkejut anak-anaknya apabila ‘bapak harimau’ tiba-tiba
muncul hehehe...
“Ana, untuk soalan sayang tadi abang rasa kita kena beritahu Zimam tentang
asal usul dia apabila Zimam sudah cukup dewasa. Mungkin banyak cabaran tapi dia
berhak mengetahui siapa diri dia sebenarnya.” Firdaus menolak sedikit buaian
dengan kaki apabila hayunan buaian terhenti.
“Ana bukan apa. Risau sangat bila memikirkan yang Zimam mesti sedih nanti.”
Air mata mula bergenang di pelupuk mata Adriana.
“Jangan risau dengan benda yang tak pasti sayang. InsyaAllah kita sama-sama
hadapinya nanti dan kita curahkan kasih sayang yang sama rata antara Zimam dan
Ayyash. Selama ini pun, abang tengok Ana layan diorang sama je. Dah tak mau
nangis kang makin berkedut pula muka tu.” Adriana menjeling Firdaus yang sudah
tersengih. Dalam diam dia mengakui kata-kata suaminya tadi.
“Abang boleh dah angkut selimut dan bantal ke luar. Ana nak masuk tidur. Bye!” Adriana bangun dengan mendukung
Ayyash dan berjalan laju untuk masuk ke dalam rumah.
“Ala sayang! Abang bergurau je tadi.Sayang!” Firdaus yang masih memangku
Zimam perlahan-lahan bangun untuk mengejar isterinya. Apa-apa pun dia tak mahu
tidur luar!
Hari yang ditunggu kini
tiba. Awal-awal pagi lagi Firdaus sudah bangun dan membantu Adriana menyediakan
sarapan sebelum mereka bertolak ke Langkawi. Percutian kali ini diserikan lagi
dengan kehadiran Zimam dan Ayyash.
“Okey sayang, beg semua dah cukup?” laung Firdaus ketika memasukkan bagasi
mereka ke dalam boot kereta dengan dibantu oleh Muiz. Muiz akan menumpangkan
mereka ke lapangan terbang memandangkan dia juga ingin ke luar negara hari ini.
“Lampu picit, bateri, parang, beras, gula, kopi, garam?!” soal Muiz dengan
seperti komander.
“Ada tuan!” Firdaus menjawab siap dengan tabik-tabik hormat sekali.
“Tali, mancis, periuk, pinggan, cawan, sudu?!”
“Lengkap!”
“Alamak tuan, masalah besar! Kicap Jalen tak ada!”
“Makan takde kicap Jalen tak sedap tuan!” Berderai ketawa Firdaus dan Muiz
dengan lawak sengal mereka sendiri. Iklan kicap Jalen yang selalu didengar di
radio ketika zaman sekolah boleh pula mereka ingat secara spontan.
Adriana hanya mampu
menggelengkan kepala dengan telatah suami dan sahabat baiknya itu. Muiz dan
Firdaus, kalau tiba gila mereka memang sengal kedua-duanya. Zimam dan Ayyash
diletakkan didalam tempat bermain berpagar diluar rumah mereka sementara mereka
bersiap.
“Okey dah siap. Abang dah kunci pintu belakang?” Adriana menghulurkan
bagasinya kepada Firdaus. Barang-barang mereka memang sudah lama siap cuma
hanya perlu dimasukkan ke dalam boot kereta sahaja. Mereka hanya membawa empat
bagasi memandangkan mereka akan ke Langkawi selama seminggu. Sengaja mereka
memilih Langkawi kerana ingin mengimbau kembali kenangan ketika berbulan madu
dahulu.
“Dah dari tadi lagi. Gas kat dapur tu pun abang dah tutup dan tanggalkan
kepala dia.”Firdaus menyambut huluran bagasi dan menyerahkan kepada Muiz yang
menyusun atur bagasi didalam boot. Selesai meletakkan beg, Firdaus membuka
pagar tempat bermain Zimam dan Ayyash. Kedua-dua anaknya bagaikan baru terlepas
dari penjara apabila laju sahaja berlari keluar dari situ.
“Ohoi budak-budak ni! Meh sini papa nak pakaikan kasut!” Firdaus segera
berlari mendapatkan Zimam dan Ayyash. Muiz yang hanya memerhati dari tepi tak
dapat menahan tawa melihat aksi Firdaus dan anak-anaknya.
“Bro sekarang kau bolehlah
gelakkan aku. Aku tunggu je masa kau nanti.”
“Ek eleh, masa aku lambat lagi maka sekarang biar aku gelakkan kau dulu
hahaha..eh?” Terbantut ketawa Muiz apabila Adriana menghulurkan Ayyash
kepadanya.
“Nah practise!” Agak
terkulat-kulat Muiz mendukung Ayyash yang pada mulanya meronta kerana tak
selesa. Giliran Firdaus pula menggelakkan Muiz yang nampak sungguh canggung
dengan kanak-kanak.
“Bro practise dari sekarang nanti
senanglah ‘tuan puteri’ kau lepas beranak.” Merah muka Muiz apabila Firdaus
menyentuh tentang ‘tuan puteri’ yang sudah mendapat tempat dihatinya.
“Ba..banyaklah kau. Nah
ambil balik anak korang ni! Bila nak bertolak kalau berborak gini?!” Adriana
mengambil Ayyash dari dukungan Muiz sambil tersengih. Betul juga kata Muiz
kerana hampir 15 minit juga mereka diluar rumah tapi masih tak berangkat-angkat
lagi.
“Okey mari baca doa!” saran Muiz sebaik sahaja mereka masuk ke dalam
kenderaan pacuan empat roda milik Muiz. Kenderaan yang dipandu Muiz memecut
laju meninggalkan perkarangan kediaman Firdaus dan Adriana.
“Woiii pagar tak mangga lagilah!” jerit Firdaus membuatkan Muiz berhenti
mengejut. Nasib baik tak jauh lagi kalau tak mahu naya....
******************************************************************************
Layan dulu novel ni eh? InsyaAllah esok atau lusa saya update cerpen baru tungguuuuuuuuuu~
(^-^)v
******************************************************************************
Layan dulu novel ni eh? InsyaAllah esok atau lusa saya update cerpen baru tungguuuuuuuuuu~
(^-^)v
5 comments:
hahaha, terbaiklah kak ! yang pasal kicap jalen tu yang paling tak boleh belah.
bab kicap tu sumpah takleh blah hahahahahahaha i cannot brain this hahahahahaha
ok saya tunggu cerpen baruuuu ^__^
thanks korang! heehehehe~
insyaAllah akak update cerpen tu hari atau esok ye?
(^-^)v
Best gilerr...tambah2 bab kicap jalen 2...memg superb la..
Alhamdulillah (^-^)v
terima kasih.
Post a Comment