Kapitalis

Friday, August 15, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 44

taken from here    

My darling~” Firdaus yang baru pulang dari tempat kerja mencari Adriana sebaik sahaja memberi salam. Selalunya isterinya akan menyambutnya dipintu dengan anak-anak mereka

“Syushh!” Firdaus segera menutup mulut apabila melihat Adriana sedang menidurkan Zimam dan Ayyash.

“Tadi diorang penat main dekat rumah mama tu yang lepas minum susu terus tidur.” Adriana berbisik sambil menutup pintu bilik anak-anaknya. Kedua-dua mereka diletakkan ke dalam babys crib yang sama dengan bantal peluk ditengah-tengah. Risau pula jika ada salah seorang dari mereka yang ‘terganas’ ketika tidur.

“La patutlah. Sayang dah masak untuk makan malam tak?” soal Firdaus lalu meraih pinggang isterinya. Adriana hanya membiarkan sahaja dah nama pun laki sendiri kalau orang lain memang dah arwah dah.

“Belum lagi. Sekejap lagi ye Ana masak? Dah nak masuk Asar dah ni, kita solat dulu?” Firdaus mengangguk setuju. Hari ini memang dia sengaja balik awal sedikit dari kebiasaan untuk membantu Adriana. Lagipun, segala projek telah didelegasikan kepada pekerja-pekerjanya kerana dia dan keluarganya akan pergi bercuti.







“Papa dah call Jais untuk sewa kereta. Ana ingat lagi tak kat Jais tu?” soal Firdaus ketika mereka sudah selesai solat dan tadarus al-Quran.

“Oh orang yang sama sewakan Tucson kat kita dulu ke? Ingat. Baguslah kalau begitu. Jom turun? Ana nak masak.” Adriana menyangkutkan telekungnya di tempat menyangkut. Lebih senang sangkut begitu dari berlipat sekaligus tak berbau.

“Abang tolong sayang eh? Dah lama juga tak asah skill memasak ni.” Adriana mengangguk suka. Siapa tak seronok kalau dapat memasak bersama suami tercinta? Lagipun lagi cepat selesai dan mereka boleh menjaga anak-anak bersama-sama.
“Nak masak apa eh?” soal Firdaus sambil memeluk Adriana dari belakang. Siap suruh Adriana memijak kakinya dan perlahan-lahan mereka melangkah keluar dari bilik solat. Nasib baiklah bilik solat terletak dekat dengan dapur kalau tidak mahu naya. Apa-apa pun, aksi Firdaus sangat menyenangkan hati Adriana.

“Semalam Ana ada beli ikan siakap, kita buat stim nak?” Adriana memberi pandangan. Firdaus berfikir seketika sebelum mengangguk.

“Reti ke?” Sengaja Firdaus mengusik Adriana yang selama ini bergantung kepada pakcik Google apabila mahu memasak. Tapi sudah menunjukkan peningkatan semenjak duduk dirumah.

Just wait and see then!” balas Adriana dengan muka yakin. Alahai setakat ikan siakap masak stim, apa yang susah?

Don’t worry, we’ll work on it together. InsyaAllah mesti sedap.” Firdaus memberi semangat. Dia merungkaikan pelukan dari tubuh isterinya sebelum mula membantu. Ikan siakap yang sudah disiang diletak tepi dan dia mula memotong halia, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Kecekapan Firdaus didapur menyenangkan Adriana dan Adriana mula menyediakan bahan untuk masakan kedua mereka.

“Kita buat butter prawn dengan sotong salut tepung. Yeay seafood day!” Memikirkannya sahaja sudah membuatkan Adriana gembira. Tahu yang selera Firdaus sama sahaja dengannya. Firdaus hanya tersenyum sambil meneruskan tugasannya.

“Sayur? Nak masak sayur apa?” Adriana bertanya sambil menyelongkar tempat simpanan sayur didalam peti sejuk.

“Ada sayur apa sayang?”

“Brokoli, carrot, kobis, yaumak, kailan...”

“Hmm kita buat sayur campur. Masuk je brokoli, carrot dengan kobis. Kita ada cendawan tak?”

“Ada bang, cendawan tiram okey ke?” soal Adriana sambil menunjukkan dua paket cendawan tiram kepada Firdaus.

“Okey la tu. Sayang kawtimkan sayur, lain biar abang buat okey?” Sedang mereka bercakap itu, Firdaus sudah siap memotong dan memasukkan bahan-bahan yang dipotong ke dalam belahan perut ikan siakap dan mula mengukus. Dia mula membersihkan udang dan sotong yang dikeluarkan oleh Adriana manakala isterinya mula memotong sayur-sayuran. Mereka bergurau dan bergelak ketawa ketika memasak menjadikan aktiviti memasak sangat menyeronokkan.

“Alhamdulillah siap pun. Ana senduk masuk dalam mangkuk yang abang dah letak kat kaunter tu, abang nak pergi set meja sekejap wokeyh?”

“Ammak!” balas Adriana dengan sengihan melebar. Seronok memasak dengan suami yang sangat rajin membantu. Siap tolong pilih nak pakai set pinggan mangkuk yang mana itu yang paling tak tahan tapi sememangnya dia sudah faham akan tabiat suaminya itu.

“Sayang kain kerawang warna putih tu sayang letak mana?” laung Firdaus dari ruang makan. Adriana menggelengkan kepala sebelum keluar dari dapur untuk membantu suaminya. Bab-bab mengemas, semua Adriana yang uruskan sejak menjadi surirumah.







Malam itu mereka berbuai ditaman sambil menidurkan Zimam dan Ayyash. Sengaja bersantai sambil menikmati permandangan malam yang indah. Bulan penuh dan bintang bertaburan menghidupkan suasana damai dan romantik.

“Abang, macam mana kalau satu hari nanti Zimam tanya kenapa dia di’bin’kan dengan nama lain bukan nama abang?” Pertanyaan Adriana membuatkan Firdaus sedikit tersentak. Satu soalan yang pernah terlintas dibenaknya dahulu tetapi dia tidak terlalu memikirkan tentangnya memandangkan Zimam masih kecil.

“Cakaplah Ana kahwin lain sebelum ni.” gurau Firdaus sambil tersengih.

“Woit!” Adriana mencubit perut Firdaus sehingga suaminya menggaduh sakit. Merah terus muka Firdaus setelah terkena jurus cubitan berbisa Adriana Hanan. Nasib baik tak terjerit kalau tak mesti dah terjaga Zimam dan Ayyash.

“Nak sangat ke?!” marah Adriana lagi. Pantang betul bila tengah nak bincang benda serius boleh pula suaminya bergurau.

“Tak mau la merajuk...”Firdaus memujuk isterinya yang dah mula menunjukkan tanda-tanda hendak merajuk.

“Cakaplah benda yang bukan-bukan lagi kalau nak tidur luar,” ugut Adriana dengan pandangan mata yang menikam. Firdaus segera tayang muka minta maaf dengan harapan isterinya tak marah-marah lagi.

“Abang minta maaf ye sayang? Janganlah marah-marah eh?” Firdaus memujuk lagi. Tak rela tidur tanpa isteri disebelah. Dia menggeselkan pipinya ke pipi Adriana. Tangan dah penuh sebab pegang Zimam maka gunakan apa yang boleh digerakkan sahajalah.

“Buat lagi tahulah nasib abang.” Adriana menjengilkan matanya kepada Firdaus. Nak marah lama-lama pun tak boleh sebab Firdaus sangat pandai memujuk. Tak pasal-pasal mahu terkejut anak-anaknya apabila ‘bapak harimau’ tiba-tiba muncul hehehe...

“Ana, untuk soalan sayang tadi abang rasa kita kena beritahu Zimam tentang asal usul dia apabila Zimam sudah cukup dewasa. Mungkin banyak cabaran tapi dia berhak mengetahui siapa diri dia sebenarnya.” Firdaus menolak sedikit buaian dengan kaki apabila hayunan buaian terhenti.

“Ana bukan apa. Risau sangat bila memikirkan yang Zimam mesti sedih nanti.” Air mata mula bergenang di pelupuk mata Adriana.

“Jangan risau dengan benda yang tak pasti sayang. InsyaAllah kita sama-sama hadapinya nanti dan kita curahkan kasih sayang yang sama rata antara Zimam dan Ayyash. Selama ini pun, abang tengok Ana layan diorang sama je. Dah tak mau nangis kang makin berkedut pula muka tu.” Adriana menjeling Firdaus yang sudah tersengih. Dalam diam dia mengakui kata-kata suaminya tadi.

“Abang boleh dah angkut selimut dan bantal ke luar. Ana nak masuk tidur. Bye!” Adriana bangun dengan mendukung Ayyash dan berjalan laju untuk masuk ke dalam rumah.

“Ala sayang! Abang bergurau je tadi.Sayang!” Firdaus yang masih memangku Zimam perlahan-lahan bangun untuk mengejar isterinya. Apa-apa pun dia tak mahu tidur luar!






Hari yang ditunggu kini tiba. Awal-awal pagi lagi Firdaus sudah bangun dan membantu Adriana menyediakan sarapan sebelum mereka bertolak ke Langkawi. Percutian kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Zimam dan Ayyash.

“Okey sayang, beg semua dah cukup?” laung Firdaus ketika memasukkan bagasi mereka ke dalam boot kereta dengan dibantu oleh Muiz. Muiz akan menumpangkan mereka ke lapangan terbang memandangkan dia juga ingin ke luar negara hari ini.

“Lampu picit, bateri, parang, beras, gula, kopi, garam?!” soal Muiz dengan seperti komander.

“Ada tuan!” Firdaus menjawab siap dengan tabik-tabik hormat sekali.

“Tali, mancis, periuk, pinggan, cawan, sudu?!”

“Lengkap!”

“Alamak tuan, masalah besar! Kicap Jalen tak ada!”

“Makan takde kicap Jalen tak sedap tuan!” Berderai ketawa Firdaus dan Muiz dengan lawak sengal mereka sendiri. Iklan kicap Jalen yang selalu didengar di radio ketika zaman sekolah boleh pula mereka ingat secara spontan.

Adriana hanya mampu menggelengkan kepala dengan telatah suami dan sahabat baiknya itu. Muiz dan Firdaus, kalau tiba gila mereka memang sengal kedua-duanya. Zimam dan Ayyash diletakkan didalam tempat bermain berpagar diluar rumah mereka sementara mereka bersiap.

“Okey dah siap. Abang dah kunci pintu belakang?” Adriana menghulurkan bagasinya kepada Firdaus. Barang-barang mereka memang sudah lama siap cuma hanya perlu dimasukkan ke dalam boot kereta sahaja. Mereka hanya membawa empat bagasi memandangkan mereka akan ke Langkawi selama seminggu. Sengaja mereka memilih Langkawi kerana ingin mengimbau kembali kenangan ketika berbulan madu dahulu.

“Dah dari tadi lagi. Gas kat dapur tu pun abang dah tutup dan tanggalkan kepala dia.”Firdaus menyambut huluran bagasi dan menyerahkan kepada Muiz yang menyusun atur bagasi didalam boot. Selesai meletakkan beg, Firdaus membuka pagar tempat bermain Zimam dan Ayyash. Kedua-dua anaknya bagaikan baru terlepas dari penjara apabila laju sahaja berlari keluar dari situ.

“Ohoi budak-budak ni! Meh sini papa nak pakaikan kasut!” Firdaus segera berlari mendapatkan Zimam dan Ayyash. Muiz yang hanya memerhati dari tepi tak dapat menahan tawa melihat aksi Firdaus dan anak-anaknya.

Bro sekarang kau bolehlah gelakkan aku. Aku tunggu je masa kau nanti.”

“Ek eleh, masa aku lambat lagi maka sekarang biar aku gelakkan kau dulu hahaha..eh?” Terbantut ketawa Muiz apabila Adriana menghulurkan Ayyash kepadanya.

“Nah practise!” Agak terkulat-kulat Muiz mendukung Ayyash yang pada mulanya meronta kerana tak selesa. Giliran Firdaus pula menggelakkan Muiz yang nampak sungguh canggung dengan kanak-kanak.

Bro practise dari sekarang nanti senanglah ‘tuan puteri’ kau lepas beranak.” Merah muka Muiz apabila Firdaus menyentuh tentang ‘tuan puteri’ yang sudah mendapat tempat dihatinya.

“Ba..banyaklah kau. Nah ambil balik anak korang ni! Bila nak bertolak kalau berborak gini?!” Adriana mengambil Ayyash dari dukungan Muiz sambil tersengih. Betul juga kata Muiz kerana hampir 15 minit juga mereka diluar rumah tapi masih tak berangkat-angkat lagi.

“Okey mari baca doa!” saran Muiz sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda milik Muiz. Kenderaan yang dipandu Muiz memecut laju meninggalkan perkarangan kediaman Firdaus dan Adriana.


“Woiii pagar tak mangga lagilah!” jerit Firdaus membuatkan Muiz berhenti mengejut. Nasib baik tak jauh lagi kalau tak mahu naya....

******************************************************************************
Layan dulu novel ni eh? InsyaAllah esok atau lusa saya update cerpen baru tungguuuuuuuuuu~
(^-^)v

5 comments:

Unknown said...

hahaha, terbaiklah kak ! yang pasal kicap jalen tu yang paling tak boleh belah.

Anis Farhana said...

bab kicap tu sumpah takleh blah hahahahahahaha i cannot brain this hahahahahaha

ok saya tunggu cerpen baruuuu ^__^

Norlyana Nasrin said...

thanks korang! heehehehe~

insyaAllah akak update cerpen tu hari atau esok ye?
(^-^)v

Anonymous said...

Best gilerr...tambah2 bab kicap jalen 2...memg superb la..

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah (^-^)v
terima kasih.