“Alhamdulillah. Sayang sakit lagi?” Wajah bersih acik ustaz itu aku tatap
sebaik sahaja membuka mata. Sejuk hati sikit. Kalaulah anak Makcik Aisyah tu
gerenti aku terjun katil belasah dia balik!
“Alhamdulillah dah kurang.” Aku melihat keadaan sekelilingku. Semua pun
putih maka aku dapat mengagak yang aku kini berada di hospital. Kelihatan
keluargaku dan keluarga acik ustaz itu berada didalam bilik ini. Nasib baiklah
ada sofa untuk mereka duduk.
“Kurang ajar betul anak Makcik Aisyah tu!” marah Qairiah dengan muka yang
memerah.
“Dah. Kita patut bersyukur dan ada hikmah disebalik kejadian,” tegur Abang
Qa’id dengan wajah yang tenang. Apakah? Dia tak kasihan kat aku ke? Perasaan
sedih tiba-tiba menyusup masuk ke dalam jiwa.
“Betul tu. Tahniah Kak Mar.” Ucapan tahniah dari Qaisara membuatkan aku
bingung seketika. Apa kena dengan mereka-mereka ini?
“Tahniah?”
“Kakak dah mengandung dua minggu! Waa lagi sembilan bulan insyaAllah kami
dapat anak saudara!” jerit Qairiah riang. Aku mengucap syukur sambil tersenyum
ke arah acik ustaz yang sudah menyengih.
Baby made in London you!
“Syhh sini hospitallah adik,” tegur Abang Qa’id lembut.
“Oh apa jadi dengan anak Makcik Aisyah tu?” soalku setelah dua minit
berdiam diri.
“Kena tangkap. Silap oranglah nak tunjuk terer kat depan anak-anak Haji
Qayyum.” Eh?
“Qairiah ni ha. Belasah dia sampai lembik. Nasib baiklah Qaisara dengan
mama sempat tahan kalau tak mahu arwah anak Makcik Aisyah tu.” Aku memandang
Qairiah dengan pandangan tak percaya. Boleh tahan juga baran adik acik ustaz
ini.
“Entah apa syaitan yang merasuk masa tu. Tahu-tahu je dia dah jatuh depan
adik.” Penerangan Qairiah membuatkan aku tercengang. Memang rasanya aku kena
belajar ilmu pertahankan diri dengan budak ini baru tak ada siapa boleh
mengacau.
“Hmm sayang nak air tak?” Aku segera mengangguk. Memang tekak aku tengah
kering sekarang ni. Perlahan aku minum air yang disuakan oleh acik ustaz itu
kepadaku.
“Makcik Aisyah mana?”
“Dia uruskan pasal anak dia dengan anak-anak yang lain. Anak dia tu bawah
pengaruh dadah tu yang macam orang gila.” Ya Allah beratnya ujian untuk Makcik
Aisyah. Tapi aku yakin Makcik Aisyah boleh laluinya dengan redha. Allah sudah
nyatakan didalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 286 bahawa Allah tidak
membebani seseorang diluar kemampuannya.
“Oh by the way, Marissa is on her way back
home. Semangat gila budak
tu bila dengar yang Mar mengandung.” Okey kalau berita macam ini memang aku tak
terkejut. Budak itu memang suka buat ikut suka hati dia. Lagipun, dia pun dah
beritahu yang dia sedang membuat thesis
maka ada banyak masa terluang.
“Risa dah naik kapal terbang ke?” soalku kepada papa.
“Sudah, dia beli terus tiket yang ada. Pagi nanti papa dengan mama pergi
jemput dia.” Aku mengangguk faham.
“Sayang ada terasa nak makan apa-apa tak? Nak muntah ke?” Ha..ambik hang
sekali acik ustaz tunjuk prihatin.
“Elyas, mak tengok Mar okey je. Baru-baru ni tak ada rasa apa sangat. Tapi
Mar kalau nak apa-apa beritahu je kat Elyas. Kalau perlukan bantuan mak, call je mak sampai.” Geli hati juga aku
dengan gelagat ahli keluargaku. Perasaan bahagia mula berbunga-bunga di jiwa.
“Projek Hulu Selangor tu nanti Mar bahagi-bahagikan kat staff lain. Papa tak mahu Mar kerja
teruk. Kandungan pertama ni kena lebih hati-hati.”
“Baiklah,” balasku patuh. Aku pun ada membaca yang untuk kandungan pertama
banyak cabaran dan perlukan lebih perhatian.
“Jangan risau ada maid import
dari London yang sedia nak jaga Mar sepanjang dia mengandung.” Semua mata
tertumpu kepada mama sebelum sama-sama ketawa. Hahaha habislah kau Marissa...
“Mar baca apa tu?” soal mama lalu meletakkan salad buah-buahan ditepiku.
Sejak bakal menimang cucu, mama lebih banyak masa dirumah atau menjadi
bayang-bayangku. Marissa juga kalah dengan keprihatinan mama.
“Mar baca Quran mama, Abang Elyas cakap baca ayat-ayat ini supaya hati jadi
tenang dan anak yang bakal dikandung biasa mendengar ayat-ayat cinta Allah.”
“Pandai Mar baca Quran.” Aku tersenyum dan meletakkan tafsir Al-Quranku ke
atas meja.
“Alhamdulillah. Mar pun belajar lagi ni. Kalau mama nak, Mar boleh ajarkan.
Seronok bila dah reti membaca ni. Bagaikan mendengar Allah berbicara dengan
kita tatkala mengalunkan ayat-ayatNYA.” Mama terdiam seketika sebelum
menundukkan wajahnya. Perlahan aku mula mendengar esak tangis mama. Ya Allah
aku dah lukakan hati mama akukah?
“Mama? Kenapa ni? Mar sakitkan hati mama ke?” Berdosa besar aku jika aku
melukakan hati insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan aku ke dunia ini.
“Mama rasa berdosa Mar, mama ingatkan mama dah berikan segalanya pada Mar
dan Risa tapi tak sekali pun papa dengan mama berikan agama pada Mar dan Risa.
Tapi Allah itu sangat baik sebab DIA sayangkan puteri-puteri mama dan beri
petunjuk pada Mar dan Risa. Mama dah lama tinggal solat dan terlalu asyik
dengan dunia. Fikir mama, dunia ini perlu dikejar dan mama tak mahu jadi orang
susah. Maafkan mama Mar.” Aku mengucap syukur didalam hatiku. Nampaknya doa dan
usaha aku dan Risa sudah mula berhasil. Aku memeluk mamaku.
“Mama, Allah sayangkan mama tu yang dia lembutkan hati mama. Mar pun sama,
khayal sangat dengan dunia tapi alhamdulillah, Allah Maha Pengasih, dia beri
petunjuk dan hidayah kepada Mar dalam keadaan yang tak disangka. Dengan
bimbingan orang disekeliling Mar, Mar semakin bersemangat mahu mendalami Islam.
Berkahwin dengan Elyas juga merupakan bukti kasih sayang Allah yang mahukan Mar
sentiasa istiqamah dan mendalami Islam.”
“Mar, ajar mama mengaji..ajar mama tentang Islam” Dalam esak tangisnya aku
mengeratkan pelukanku. Alhamdulillah Allah sudah berikan hidayah kepada mamaku.
Terima kasih Allah.
“Abang baru balik?” Aku mendapatkan Ustaz Elyas yang baru sahaja pulang.
Tadi selepas solat Asar berjemaah aku masuk berehat ke dalam bilik tidurku.
Kandunganku yang sudah memasuki trimester kedua membuatkan aku berasa sedikit
letih.
“Hmm abang nak mandi dulu.” Pelik juga aku dengan acik ustaz yang agak
dingin petang ini. Kenapa dengan dia? Dengan sabar aku menunggunya didalam
bilik. Air sejuk aku tuang untuknya ke dalam gelas. Biasa dia akan minum air
sejuk selepas mandi.
Ustaz Elyas
melemparkan tualanya ke kerusi. Serius pelik betul perangai acik ustaz hari
ini. Selalunya dia akan menjemur tualanya elok-elok di balkoni bilik kami.
“Abang.” Aku mendekatinya setelah dia sudah lengkap berpakaian. T-shirt dan
seluar panjang kain lembut membuatkan si dia tampak santai.
“Ye sayang?” Dia menarikku dekat kepadanya. Perlahan dia membelai rambutku.
Dari perlakuan dan air mukanya, aku tahu yang dia sedang kusut memikirkan
sesuatu.
“Kenapa ni?” soalku lembut. Tangannya aku gapai dengan harapan dapat
memberikan kekuatan kepadanya.
“Tak ada apa sayang.” Adui acik ustaz. Muka suci kamu ni bukan reti menipu
acik ustaz oii!
“Abang tak percayakan Mar?”
“Bukan macam tu sayang. Abang tak nak serabutkan Mar yang sedang mengandungkan anak kita. Jangan risau, abang masih boleh uruskan sendiri.”
“Abang, kalau abang simpan sendiri lagi Mar tak senang hati. Mahu terganggu
pembesaran baby kita ni.” Entah mana teori aku pakai pun aku tak tahu tapi yang
penting aku memang mahu tahu apa yang sedang membelenggu pemikiran acik ustaz
ini.
“Yela abang beritahu.” Aku terus memeluk pinggang acik ustaz itu. Konon nak
beri sokongan padahal sengaja nak menggedik dengan acik ustaz yang sentiasa
hensem dihatiku ehey~
“Ada orang tak puas hati dengan abang.” Huk?! Punya baik perangai pun ada orang
tak puas hati juga ke?
“Diorang cakap abang kahwin dengan Mar sebab harta dan dengan pengaruh
papa, abang senang aje dapat jemputan buat ceramah di masjid-masjid.” Macam nak
tergelak aku dengan perangai orang sekeliling. Ya Allah macam ini pun boleh?
Serius lawak!
“Abang down sebab inilah ye?”
“Entahlah, emosi abang macam tak stabil juga akhir-akhir ni senang sangat
terasa.” Okey kali ini aku dah tak dapat menahan tawaku lagi. Ya Allah, aku
yang mengandung tapi macam acik ustaz ini pula yang ada gangguan hormon haha
lawak...
“Sayang ni!” Muncung juga mulut acik ustaz ini bila merajuk. Alahai comel
bebenor ghopenye..
“Okey..okey..abang, Mar rasa abang sendiri pun tahu yang tuduhan diorang tu
memang tak berasas dan tak benar sama sekali jadi buat apa abang nak fikir
lebih-lebih? Kalau diorang tak nak abang bagi ceramah, diorang yang rugi. Abang
buat sahaja apa yang abang rasa betul dan kalau abang rasa nak putus asa,
ingatlah Allah Maha Mengetahui. InsyaAllah ada ganjaran untuk abang sebab abang
sebarkan ilmu kepada orang lain.” Sememangnya aku ingin menjadi seperti Siti
Khadijah R.A. sentiasa bersama dengan Rasulullah S.A.W disaat baginda ketakutan
selepas pulang dari menerima wahyu pertama di Gua Hira’.
“Hmm bila difikir-fikir memang kelakar. Terima kasih sebab tenangkan abang dan sanggup mendengar.” Aku memeluk lengan
acik ustaz itu manja.
“Nak makan aiskrim tak?” tanya acik ustaz dengan wajah yang ceria. Aku rasa
dia yang sebenarnya yang nak makan.
“Nak coconut shake boleh?” Entah
apasal tekak aku nak rasa nak minum kelapa goyang aka coconut shake.
“Nak beli mana? Kat sini ada ke jual coconut
shake?”
“Kita gi Klebang jom!” ajak aku tiba-tiba. Kat sana yang ada coconut shake sedap tak silap aku. Tapi
Klebang itu kat Melaka kot...
“Serius ke ni?” Aku mengangguk laju.
“Abang larat ke nak drive? Kalau
tak larat, Mar minta papa pinjamkan helikopter.” Terburai ketawa acik ustaz
dengan kata-kataku.
“Melampau sangatlah nak pergi Melaka dengan helikopter. Tak apa abang larat
aje nak drive.”
“Serius?”
“Ye..apa saja untuk isteri dan anak abang.” Leher acik ustaz itu aku
rangkul dan menghadiahinya dengan kucupan didahi.
Alhamdulillah
perkahwinan yang dimulakan dengan niat untuk memperbaiki keluargaku kini
disemai rasa bahagia setiap hari dan aku bersyukur kerana papa dan mamaku sudah
mula kembali kepada Islam sepertimana yang dihajatkan olehku. Doa, usaha dan
tawakal. Resepi kejayaan yang bukan hanya tertakluk apabila berkehendakan
material tetapi boleh diadaptasikan pada keinginan untuk berbahagia di akhirat
kelak. Apa gunanya kaya didunia tapi miskin dengan amalan apabila ditimbang
amalan kita di Padang Mahsyar kelak. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan,
aku akan berusaha untuk menjadi seorang isteri, anak perempuan, menantu dan
muslimah yang baik disamping suami yang tak pernah penat mentarbiyahkanku.
***************************************************************************
Alhamdulillah habis juga cerita acik ustaz dengan Mar. Maaf lambat update sebab tetiba demam huhu...okey macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen~
(^-^)v