Dari jauh aku
melihat wajah gadis kesayanganku yang kini sudah menjadi milik kawan baikku.
Hancur hatiku tak usah diceritakan lagi. Perasaan cinta yang kupendam sejak
dari kecil tak disambut oleh si gadis. Mungkin aku tak layak buat dirinya.
Perlahan kuatur langkah keluar dari majlis. Perlahan sehinggakan tiada siapa
yang sedar akan ketiadaanku.
“Mak, Hanif nak minta tukar ke Penang.” Mak memandang wajahku dengan penuh
simpati. Faham akan gelojak hati anak terunanya yang patah hati.
“Hanif dah fikir masak-masak ke?” Aku sekadar mengangguk.
“Ayah rasa eloklah Hanif tukaq ka Penang nun. Boleh hang tengok-tengokkan
tok wan sekali. Maksu hang pun kadang-kadang sibuk dengan keluarga belah laki
dia juga.” Ayah yang dari tadi hanya mendengar memberikan pandangannya. Sekali
lagi aku mengangguk.
“Along, nak minta tolong sikit boleh?”
“Hmm apa?” Motor Kawasaki Z250 milikku aku lap sampai berkilat. Satu terapi
untuk aku hilangkan sedikit perasaan duka dan lara dihati ehey~
“Untuk Pesta Sekolah tahun ni, persatuan silat angah kena buat persembahan.
Kami nak buat style band tapi tak ada siapa reti main electric guitar dengan drum.
Along dengan Cikgu Zuyyin pro kan
main instrument?” Zapp! Sebut lagi
nama yang masih bertakhta dihatiku.
“Kau cari orang lainlah angah! Along busy!”
Pap! Kain lap motor aku baling ke muka adikku. Tak faham situasi punya budak!
“Along, jangan macam ni. Serius angah dah tak tahu nak minta tolong siapa
lagi ni. Tolonglah along.” Sadis gila bila budak ni dah merayu-rayu sampai
Tarik-tarik baju aku. Aish aku bagi penampar juga karang budak ni!
“Apasal kau tak beritahu sendiri kat Cikgu Zuyyin kau tu?”
“Along kan bestfriend dia?”
Sentap lagi sekali. Memanglah muka bangla macam aku ni layak masuk friend-zone aje. Adik aku ni pula kira
bernasib baik sebab ikut muka mak aku. Putih berseri kalah Zoey Rahman!
“Tolonglah along..” Dah macam nak menangis pula aku tengok adik aku ni.
Haish tak sampai hati pula.
“Yela..” Bismillahirrahmanirrahim, aku mendial nombor telefon si dia…
Selesai memulangkan
alat muzik yang kupinjam, aku melangkah pulang ke rumah. Wajah gadis
kesayanganku bermain gitar elektrik dan gitar akustik masih berlegar-legar
difikiranku. Namun segera terhapus dengan adegan mesra si dia dengan sang
suami. Haish..
“Hanif?”
“Mak, insyaAllah bulan depan dapat tukar ke Penang tu. Kebetulan kat sana
ada pekerja yang nak minta tukar dengan Hanif.” Segera aku memaniskan muka
dihadapan mak. Manis macam mana pun, kalau dah kata mak mesti perasan punya
perasaan anak dia ini.
“InsyaAllah ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.”Mak menepuk-nepuk
bahuku menyuntik semangat buat anak terunanya.
Aku terpaksa ke
tempat kerja dengan bas hari ini memandangkan paksuku ingin meminjam motor.
Kasihan keretanya masuk bengkel dan dia perlu menghantar anaknya ke sekolah.
Aku tak kisah sangat kalau kena naik bas sekalipun memandangkan memang mudah
nak dapatkan bas ke tempat kerjaku. Naik sahaja ke dalam bas aku rasa macam dah
masuk Bangladesh. Boleh kata separuh bas dipenuhi oleh warga Bangladesh yang
baru pulang dari tempat kerja memandangkan semua memakai baju seragam pekerja
kilang. Tak apalah janji mereka tak buat hal.
Seorang gadis
menggamit pandanganku. Dari pandangan kasar, aku agak dia masih belasan tahun.
Alamak zip beg dia tak ditutuplah pula. Kasihan punya pasal, aku terus
menegurnya. Nak panggil apa? Hmm formal ajelah.
“Err cik, zip beg cik terbuka. Bahaya kalau biar buka macam ni.” Aku
menghadiahkan senyuman ikhlas buat si gadis manis dihadapanku. Dari riak
mukanya yang takut-takut, aku rasa dia mesti ingat aku sebangsa orang belakang
aku ini. Nasib badanlah..eh silap. Nasib kulitlah..
Entah macam mana
pemandu bas ini membrek, tercampak si gadis manis sehingga terpeluk akan
tubuhku. Jantung aku berdetak laju gila bila berkeadaan begitu hampir
dengannya. Serius budak ni 10 kali lagi comel dan cantik dari Zuyyin pada
pandangan mata aku sekarang. Segera aku beristighfar menyingkirkan syaitan-syaitan
yang mula mahu bergayut.
“Ya Allah.. sorry ye. Abang driver tak reti nak berhenti elok-elok ke?!”
marah si gadis manis kepada pemandu bas. Mukanya memerah malu. Mulutku bagaikan
terkunci dengan kecomelan gadis ini. Haish nak jadi pedophile ke apa aku ni?
Esoknya aku
terjumpa lagi dengan si gadis manis di medan selera. Mungkin Allah nak beri
peluang untuk aku lebih mengenalinya, ditakdirkan kami duduk semeja. Jangan
risau bukan berdua, ada rakan sekerjaku; Kak Damia, Kak Putri dan Abang Adam.
Tersedak juga budak itu apabila aku mengingatkannya tentang peristiwa semalam.
Sejak dari itu, dia akan seperti malu-malu apabila terserempak dengan aku.
Dalam diam berputik juga perasaan suka pada si gadis manis yang bernama
Sabreena.
“Hanif, sibuk tak minggu ni?” Suara mak ditalian mengundang resah dihatiku.
Mak sakitkah?
“InsyaAllah tak sangat mak, kenapa? Mak sihat?”
“Alhamdulillah mak dengan ayah sihat tapi..” Haa masuk tang tapi tu yang
buat aku dah naik risau. Kenapa pula ni?
“Hanif kenal tak kat Awa adik si Nazhan? Nazhan, suami Zuyyin.” Aduh
teringat balik kepada gadis yang pernah mencuri hatiku!
“Ye kenapa mak?” Awa? Hmm aku kurang minat sikit dengan perangai bajet
minah salleh si Awa. Bahasa Inggeris pun berterabur...
“Awa minat kat Hanif. Dia minta mama dia datang tanya-tanyakan pasal Hanif
kat mak. Mak tak bagi jawapan apa-apa. Jadi dia ingat hari minggu ni nak datang
tanya sendiri kat Hanif sendiri.” Aduh! Berat ni! Tak rela aku!
“Mak, Hanif tak suka dekat dia. Cakap je Hanif tak sedia lagi nak ada
komitmen dengan siapa-siapa. Hari minggu ni insyaAllah Hanif balik jumpa mak
tapi memang sungguh Hanif tak minat kat Awa.” Tegas aku menyatakan isi hatiku.
Allah, janganlah nak paksa-paksa aku. Dahlah dengan adik kepada lelaki yang dah
jadi suami perempuan yang pernah bertakhta dihati aku dulu!
“Why Abang Hanif? Why? What’s wrong with Awa?” Allah minat
bajet minah salleh ni betul-betul tak malu! Nak aje aku campak ke bendang!
Dahlah tiba-tiba datang rumah mak aku lepas tu boleh pula nak berbincang dengan
aku konon ‘from heart to heart’. Sekarang ni dia dok seret aku untuk ‘berbincang’
dengan dia depan bendang.
“I just don’t like you.” Aku
memandang wajahnya malas. Haish baik aku tidur dari tengok muka dia ni!
“Why you no like me? I’m beautiful
what?” Dia ni belajar Bahasa Inggeris dengan Phua Chu Kang ke apa?
“Sudahlah Awa, aku serius tak suka kat kau jadi kau tak payah nak paksa
aku! Dah pi balik! Buat malu ja nak bincang lagu ni dengan aku. Kang orang
cakap mama dengan papa hang tak reti didik anak dara. Pi balik!”
“No! I love you Abang Hanif! I can make you happy forever.” Amboi
hang! Aku rasa dia ni betul-betul mengidam nak makan penampar.
“Tak payah nak love aku sangat!
Bahagiakan mama dengan papa kau dulu baru nak fikir happy forever dengan lelaki lain! Kalau hang tak mau balik, biaq
aku yang balik! You’re wasting my time
and energy!” Pantas aku berlari meninggalkan minah salleh bajet itu.
Lama-lama boleh gila!
“Abang Hanif!!!!”
Sepuluh tahun
berlalu, berkat kesabaran dan usaha aku dinaikkan pangkat menjadi Penolong
Pengarah Ukur tapi aku perlu bertukar ke Kuala Lumpur. Pada mulanya aku agak
keberatan tapi memandangkan aku perlu maju ke hadapan, aku terima sahaja
penukaran itu.
Adikku, Mustaqim
kini turut menetap dirumah tok wanku. Gembira bukan kepalang tok wan dengan
kehadiran Mustaqim. Sebelum ini dia agak kesedihan apabila mendapat berita
penukaranku ke Kuala Lumpur. Yelah maksu aku pun sibuk dengan keluarga dia,
faham juga yang kadangkala tok wan segan mahu meminta pertolongan maksu. Anak
maksu pula masuk ke sekolah berasrama maka sunyi sahajalah suasana dirumah ini.
“Along, aku pinjam kereta kau ye? Nak ambil barang kat rumah mak. Lagipun
senang sikit kalau tok wan nak gerak pergi mana-mana. Mengarutlah kalau aku nak
merempit naik z250 kau tu dengan tok wan.” Aku tergelak membayangkan tok wan
merempit dengan Mustaqim. Hahaha tak pasal-pasal..
“Kereta kau bila keluar?”
“InsyaAllah lagi dua minggu.” Aku hanya mengangguk dengan balasan Mustaqim.
Alah apa salahnya bagi adik aku pinjam kereta? Darah daging sendiri takkanlah
nak berkira.
Pagi itu aku
mendapat panggilan telefon dari Mustaqim mengatakan tok wan kurang sihat. Aku
yang dah mula tak sedap hati segera memohon cuti. Tambahan pula, cuti tahunanku
masih banyak berbaki. Memandangkan keretaku masih di Pulau Pinang, maka esok
aku balik dengan menaiki bas sahaja. Mahu patah pinggang jika naik motor sampai
ke Pulau Pinang. Aku dah merasa sekali waktu datang ke Kuala Lumpur. Seminggu
juga badan aku sengal-sengal. Fuh, memang serik! Tiket bas aku tempah melalui
laman sesawang syarikat bas. Senang sebab boleh pilih masa dan tempat duduk.
Tempat duduk perseorangan menjadi pilihan. Selesai menguruskan soal
pengangkutan untuk pulang ke kampung, aku menoleh ke arah timbunan fail dan
peta yang perlu kusemak. Nampaknya hari ini aku kena kerja lebih masa untuk
menyiapkan segala tugasan. Bertabahlah Hanif!
Tiba sahaja di
Pudu Sentral, aku singgah sebentar ke kedai buku. Mustaqim memintaku untuk
membeli buku ‘Catatan Mat Lutfi’. Buku yang aku rasa aku pun akan melekat baca
sekali. Sebaik sahaja aku ingin menggapai buku itu, satu lagi tangan muncul.
Automatik juga aku mengelak. Segera aku meminta maaf dan bagaikan terpegun
seketika aku melihat pemilik tangan tadi. Sabreena!
Allah, dia
semakin manis dan wajahnya bagaikan tidak berubah langsung dari saat pertama
kali aku bertemu dengannya. Aish apa kena dengan kau?! Segera aku beristighfar
dan berbual bertanyakan khabar dengan gadis yang aku rasa sudah mendapat tempat
dihatiku. Kami berbual sehingga tiba waktu untuk solat Asar.
Selesai solat,
aku menunggunya dihadapan musolla muslimah. Serius risau juga kalau dia
tersesat ke apa, dahlah macam-macam kes pelik yang terjadi di kota penuh ragam
ini. Teringat pada pesan naqib aku dulu, “Kita lelaki dilahirkan sebagai
pelindung kaum wanita, kalau kamu merosakkan wanita bermakna kamu tak layak
jadi lelaki!”. Nasihat yang macam ringkas tapi tetap terpahat didalam benakku.
Sebaik sahaja aku melihat kelibat Sabreena, terusku tersenyum. Nak buat macam
mana? Asal nampak dia aje aku tak boleh nak sorokkan senyuman.
Ketika dia menghulurkan
jagung manis, aku perasan yang mukanya kemerah-merahan. Malu ke? Serius dia
memang comel! Aish jaga mata! Si dia yang tiba-tiba berhenti mengejutkan aku.
“Kenapa ni Sabreena?” soalku penuh prihatin.
“Abang Hanif..” Oh patutlah, ada lelaki bersebelahan dengan tempat duduknya.
Tiketku terus kuberikan kepada Sabreena. Tak payah cakap banyak. Aku pun tak
rela tengok dia duduk sebelah lelaki lain!
“Along, kau okey tak ni?” Mustaqim menyertaiku berehat di pangkin hadapan
rumah tok wanku. Lepas makan malam dan solat Isyak, aku terus duduk di luar
mengambil angin malam.
“Aku okey je. Kenapa?” Langit yang dipenuhi bintang kupandang sambil
tersenyum. Indah sungguh ciptaan Allah. Kan best kalau Sabreena yang kat
sebelah aku sekarang? Haish! Sah aku dah angau..
“Senyum sorang-sorang kat luar rumah. Silap hari bulan ada juga yang call panggil hospital sakit jiwa.”
Mustaqim terus mengetawakan aku. Kurang ajar punya adik!
“Along rasa along dah sedia nak kahwin.” Berhenti terus ketawa si Mustaqim
mendengarkan kata-kataku.
“Dengan siapa along?”
“Ada la..kau bukan kenal pun. InsyaAllah aku nak buat istikharah dulu dan
kalau okey, aku bawa dia jumpa tok wan minta restu.” Mustaqim ketawa lalu
menepuk-nepuk bahuku.
“Alhamdulillah la along. Aku baru ingat nak tanya kau gay ke apa sebab tak kahwin-kahwin.” Budak inilah!
“Angah, aku rasa malam ni kau layak tidur sini.” Aku terus melompat bangun
dari pangkin dan berlari masuk ke dalam rumah. Pintu aku kunci terus!
Meraunglah kau depan pintu, memang tepat pukul 12 nanti baru aku buka huhuhu...
Hatiku dipagut
resah setelah seminggu Sabreena mendiamkan diri selepas aku menyatakan hasrat
hatiku. Adakah akan berkesudahan seperti dengan Zuyyin dulu? Allah, berikanlah
aku kekuatan. Pantas aku bangun dan menuju ke bilik mandi untuk mengambil
wuduk. Saat ini, Allah sahajalah tempat aku mengadu.
Selepas solat
Subuh, aku duduk mengalunkan zikir memuji kebesaran Allah. Alhamdulillah,
hatiku makin tenang selepas menunaikan solat-solat sunat. Telefon pintarku yang
berbunyi mengejutkanku. Bimbang juga jika terima khabar yang kurang baik sebab
selalunya orang yang telefon waktu-waktu macam ini menyampai perkara bersifat kecemasan.
Nama Sabreena yang tertera di skrin telefon pintarku menambahkan lagi resah
dihatiku.
“Assalamualaikum Sabreena, kenapa ni? Ada masalah? Sakit ka?” Laju aku
menanyakan soalan setelah memberi salam.
“Waalaikumussalam. Hmm tak ada apa. Abang Hanif tengah tidoq ka?” Suara
lunak Sabreena ditalian melegakanku.
“Dak aih, baru ja lepas solat. Sat gi baru nak pi menyorok.” Dia faham ke
apa itu menyorok?
“Pi sorok apa?” Sah tak faham huhuhu..
“Hahaha..menyorok tu sarapan dalam loghat Kedah pekat. Ni awat call abang pagi-pagi?”
“Hmm nak beritahu yang saya....saya setuju nak menikah dengan abang!” Kejap
aku salah dengar ke ni?
“Ha? Ulang lagi sekali?” pintaku dengan harapan aku tak tersalah dengar.
“Saya nak nikah dengan Abang Hanif! Suruh ulang lagi sekali saya cancel!” Aku terus mengucapkan syukur.
Terima kasih Allah!
“Betul ka ni? Alhamdulillah. Nanti abang minta mak ayah abang uruskan.
Terima kasih sebab sudi terima abang. Alhamdulillah.” Beribu bukan berjuta-juta
syukur ke hadrat Illahi. Akhirnya si gadis manis sudi menerimaku.
Selesai sahaja
kenduri belah perempuan, aku membantu jiran-jiran tetangga yang lain mengemas
dan membersihkan pinggan mangkuk dan periuk belanga. Sempat juga aku berkenalan
dengan sanak-saudara Sabreena. Alhamdulillah mereka semua ramah jadi aku tidak
kekok berbual dengan mereka.
“Hanif, hang pi la naik atas. Dah nak siap dah pun. Sabreena pun dah naik.”
Aku mengangguk menerima arahan dari bapa mertuaku.
“Along! Berusaha!” Haish makan penampar juga kang adik aku ini. Mustaqim
menunjukkan isyarat bagus sambil menyengih. Tak tahu malu punya budak!
Tiba sahaja
diluar pintu bilik, aku berhenti seketika sebelum memusingkan tombol pintu.
Pintu terkuak dan aku melihat kelibat Sabreena yang sedang duduk menghadap
komputer riba di meja belajarnya. Wajahnya ceria membuatkan hatiku senang.
“Sabreena buat apa tu?” tegurku memandangkan dia begitu khusyuk membaca
emel sehinggakan tak perasan akan kehadiranku.
“Saya baca emel dari si biskut meri.”
“Biskut meri?”
“Siti Maryam. Ingat tak budak perempuan yang nak terlanggar Abang Hanif
dulu?” Okey aku rasa aku ingat.
“Oh budak tu. Apa khabar dia sekarang?”
“Sihat ja. Dia duduk kat Vancouver ikut laki dia bertugas kat sana.” Aku
terus menganggukkan kepala.
“Abang pi mandi sat.” Sejuk hatiku apabila Sabreena segera mencari tuala
untuk diberikan kepadaku. Alhamdulillah ternyata aku membuat pilihan yang tepat
dan insyaAllah aku akan menjadi suami yang terbaik untuknya serta membimbingnya
untuk sama-sama ke syurga Allah.
“Pandai isteri abang.” Senyuman ikhlas kuhadiahkan buat isteriku sebelum
berlalu masuk ke bilik mandi. Hidup sebagai hamba Allah mustahil jika tidak
diberi ujian dan dugaan. Terpulang pada kita untuk menghadapinya dengan redha
atau sebaliknya. Kini aku bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepadaku.
InsyaAllah akan aku akan berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur dan patuh
padaMU ya Allah.
*****************************************************************************
Hari ini saya kehilangan nenek saudara/Wan Anjang saya merangkap ibu susuan mama saya. Saya minta para pembaca hadiahkan Al-Fatihah buat Wan Anjang saya.
Untuk cerpen ini, saya buatkan dari sudut pandangan Abang Hanif. Macam biasa jika ada tak suka ka apa sila tinggalkan komen. Terima kasih.
*****************************************************************************
Hari ini saya kehilangan nenek saudara/Wan Anjang saya merangkap ibu susuan mama saya. Saya minta para pembaca hadiahkan Al-Fatihah buat Wan Anjang saya.
Untuk cerpen ini, saya buatkan dari sudut pandangan Abang Hanif. Macam biasa jika ada tak suka ka apa sila tinggalkan komen. Terima kasih.
8 comments:
Takziah atas kehilangan wan anjang... Al-fatihah...
Baca tajuk dah perasan dah ni dari sudut Mamat Bangla... He he... Nice!!
Zuyyin tu heroin bercinta dengan mamat downy tu ke? *kes malas nak click check sendiri... Huhuhu*
@Suha: Terima kasih.
Yup..ni Zuyyin yang sama dari cerita mamat downy tu.
(^-^)v
salam akak . tahniah . great novel . saya mula² baca penulisan2u cerita pasal bercinta dengan mamat alien . bestttt sangattt . lepas baca yang tu terus baca cerpen² akak best . lepas tu try baca novel ira . awesomeee . dalam masa 3 hari saya baca dahlah busy dengan kelas semua tuu tapi abis jugak baca the whole blog . haha . tahniah akak . nak novel ira plisssssss .
waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih dik.
InsyaAllah akak update bila ada kelapangan ye?
(^-^)v
oke akakkkk .. taaa sabaaaa . >< hehe , akak asal mana ?? terengganu ek .
Bertabahlah ye dik..huhu akak lahir Perak tapi dok kat Selangor dari kecil.
(^-^)v
salam takziah & al-fatihah. Cite nie versi abanglah kan. Sweet.
@rozita kadiman: waalaikumussalam..terima kasih. Yup ini versi mamat bangla hehe..
(^-^)v
Post a Comment