Kapitalis

Sunday, December 14, 2014

Cerpen: My Dear Sabreena



Dari jauh aku melihat wajah gadis kesayanganku yang kini sudah menjadi milik kawan baikku. Hancur hatiku tak usah diceritakan lagi. Perasaan cinta yang kupendam sejak dari kecil tak disambut oleh si gadis. Mungkin aku tak layak buat dirinya. Perlahan kuatur langkah keluar dari majlis. Perlahan sehinggakan tiada siapa yang sedar akan ketiadaanku.

“Mak, Hanif nak minta tukar ke Penang.” Mak memandang wajahku dengan penuh simpati. Faham akan gelojak hati anak terunanya yang patah hati.

“Hanif dah fikir masak-masak ke?” Aku sekadar mengangguk.

“Ayah rasa eloklah Hanif tukaq ka Penang nun. Boleh hang tengok-tengokkan tok wan sekali. Maksu hang pun kadang-kadang sibuk dengan keluarga belah laki dia juga.” Ayah yang dari tadi hanya mendengar memberikan pandangannya. Sekali lagi aku mengangguk.




“Along, nak minta tolong sikit boleh?”

“Hmm apa?” Motor Kawasaki Z250 milikku aku lap sampai berkilat. Satu terapi untuk aku hilangkan sedikit perasaan duka dan lara dihati ehey~

“Untuk Pesta Sekolah tahun ni, persatuan silat angah kena buat persembahan. Kami nak buat style band tapi tak ada siapa reti main electric guitar dengan drum. Along dengan Cikgu Zuyyin pro kan main instrument?” Zapp! Sebut lagi nama yang masih bertakhta dihatiku.

“Kau cari orang lainlah angah! Along busy!” Pap! Kain lap motor aku baling ke muka adikku. Tak faham situasi punya budak!

“Along, jangan macam ni. Serius angah dah tak tahu nak minta tolong siapa lagi ni. Tolonglah along.” Sadis gila bila budak ni dah merayu-rayu sampai Tarik-tarik baju aku. Aish aku bagi penampar juga karang budak ni!

“Apasal kau tak beritahu sendiri kat Cikgu Zuyyin kau tu?”

“Along kan bestfriend dia?” Sentap lagi sekali. Memanglah muka bangla macam aku ni layak masuk friend-zone aje. Adik aku ni pula kira bernasib baik sebab ikut muka mak aku. Putih berseri kalah Zoey Rahman!

“Tolonglah along..” Dah macam nak menangis pula aku tengok adik aku ni. Haish tak sampai hati pula.

“Yela..” Bismillahirrahmanirrahim, aku mendial nombor telefon si dia…






Selesai memulangkan alat muzik yang kupinjam, aku melangkah pulang ke rumah. Wajah gadis kesayanganku bermain gitar elektrik dan gitar akustik masih berlegar-legar difikiranku. Namun segera terhapus dengan adegan mesra si dia dengan sang suami. Haish..

“Hanif?”

“Mak, insyaAllah bulan depan dapat tukar ke Penang tu. Kebetulan kat sana ada pekerja yang nak minta tukar dengan Hanif.” Segera aku memaniskan muka dihadapan mak. Manis macam mana pun, kalau dah kata mak mesti perasan punya perasaan anak dia ini.

“InsyaAllah ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.”Mak menepuk-nepuk bahuku menyuntik semangat buat anak terunanya.






Aku terpaksa ke tempat kerja dengan bas hari ini memandangkan paksuku ingin meminjam motor. Kasihan keretanya masuk bengkel dan dia perlu menghantar anaknya ke sekolah. Aku tak kisah sangat kalau kena naik bas sekalipun memandangkan memang mudah nak dapatkan bas ke tempat kerjaku. Naik sahaja ke dalam bas aku rasa macam dah masuk Bangladesh. Boleh kata separuh bas dipenuhi oleh warga Bangladesh yang baru pulang dari tempat kerja memandangkan semua memakai baju seragam pekerja kilang. Tak apalah janji mereka tak buat hal.


Seorang gadis menggamit pandanganku. Dari pandangan kasar, aku agak dia masih belasan tahun. Alamak zip beg dia tak ditutuplah pula. Kasihan punya pasal, aku terus menegurnya. Nak panggil apa? Hmm formal ajelah.


“Err cik, zip beg cik terbuka. Bahaya kalau biar buka macam ni.” Aku menghadiahkan senyuman ikhlas buat si gadis manis dihadapanku. Dari riak mukanya yang takut-takut, aku rasa dia mesti ingat aku sebangsa orang belakang aku ini. Nasib badanlah..eh silap. Nasib kulitlah..


Entah macam mana pemandu bas ini membrek, tercampak si gadis manis sehingga terpeluk akan tubuhku. Jantung aku berdetak laju gila bila berkeadaan begitu hampir dengannya. Serius budak ni 10 kali lagi comel dan cantik dari Zuyyin pada pandangan mata aku sekarang. Segera aku beristighfar menyingkirkan syaitan-syaitan yang mula mahu bergayut.


“Ya Allah.. sorry ye. Abang driver tak reti nak berhenti elok-elok ke?!” marah si gadis manis kepada pemandu bas. Mukanya memerah malu. Mulutku bagaikan terkunci dengan kecomelan gadis ini. Haish nak jadi pedophile ke apa aku ni?


Esoknya aku terjumpa lagi dengan si gadis manis di medan selera. Mungkin Allah nak beri peluang untuk aku lebih mengenalinya, ditakdirkan kami duduk semeja. Jangan risau bukan berdua, ada rakan sekerjaku; Kak Damia, Kak Putri dan Abang Adam. Tersedak juga budak itu apabila aku mengingatkannya tentang peristiwa semalam. Sejak dari itu, dia akan seperti malu-malu apabila terserempak dengan aku. Dalam diam berputik juga perasaan suka pada si gadis manis yang bernama Sabreena.


“Hanif, sibuk tak minggu ni?” Suara mak ditalian mengundang resah dihatiku. Mak sakitkah?

“InsyaAllah tak sangat mak, kenapa? Mak sihat?”

“Alhamdulillah mak dengan ayah sihat tapi..” Haa masuk tang tapi tu yang buat aku dah naik risau. Kenapa pula ni?

“Hanif kenal tak kat Awa adik si Nazhan? Nazhan, suami Zuyyin.” Aduh teringat balik kepada gadis yang pernah mencuri hatiku!

“Ye kenapa mak?” Awa? Hmm aku kurang minat sikit dengan perangai bajet minah salleh si Awa. Bahasa Inggeris pun berterabur...

“Awa minat kat Hanif. Dia minta mama dia datang tanya-tanyakan pasal Hanif kat mak. Mak tak bagi jawapan apa-apa. Jadi dia ingat hari minggu ni nak datang tanya sendiri kat Hanif sendiri.” Aduh! Berat ni! Tak rela aku!

“Mak, Hanif tak suka dekat dia. Cakap je Hanif tak sedia lagi nak ada komitmen dengan siapa-siapa. Hari minggu ni insyaAllah Hanif balik jumpa mak tapi memang sungguh Hanif tak minat kat Awa.” Tegas aku menyatakan isi hatiku. Allah, janganlah nak paksa-paksa aku. Dahlah dengan adik kepada lelaki yang dah jadi suami perempuan yang pernah bertakhta dihati aku dulu!


Why Abang Hanif? Why? What’s wrong with Awa?” Allah minat bajet minah salleh ni betul-betul tak malu! Nak aje aku campak ke bendang! Dahlah tiba-tiba datang rumah mak aku lepas tu boleh pula nak berbincang dengan aku konon ‘from heart to heart’. Sekarang ni dia dok seret aku untuk ‘berbincang’ dengan dia depan bendang.

I just don’t like you.” Aku memandang wajahnya malas. Haish baik aku tidur dari tengok muka dia ni!

Why you no like me? I’m beautiful what?” Dia ni belajar Bahasa Inggeris dengan Phua Chu Kang ke apa?

“Sudahlah Awa, aku serius tak suka kat kau jadi kau tak payah nak paksa aku! Dah pi balik! Buat malu ja nak bincang lagu ni dengan aku. Kang orang cakap mama dengan papa hang tak reti didik anak dara. Pi balik!”

No! I love you Abang Hanif! I can make you happy forever.” Amboi hang! Aku rasa dia ni betul-betul mengidam nak makan penampar. 

“Tak payah nak love aku sangat! Bahagiakan mama dengan papa kau dulu baru nak fikir happy forever dengan lelaki lain! Kalau hang tak mau balik, biaq aku yang balik! You’re wasting my time and energy!” Pantas aku berlari meninggalkan minah salleh bajet itu. Lama-lama boleh gila!

“Abang Hanif!!!!”








Sepuluh tahun berlalu, berkat kesabaran dan usaha aku dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengarah Ukur tapi aku perlu bertukar ke Kuala Lumpur. Pada mulanya aku agak keberatan tapi memandangkan aku perlu maju ke hadapan, aku terima sahaja penukaran itu.


Adikku, Mustaqim kini turut menetap dirumah tok wanku. Gembira bukan kepalang tok wan dengan kehadiran Mustaqim. Sebelum ini dia agak kesedihan apabila mendapat berita penukaranku ke Kuala Lumpur. Yelah maksu aku pun sibuk dengan keluarga dia, faham juga yang kadangkala tok wan segan mahu meminta pertolongan maksu. Anak maksu pula masuk ke sekolah berasrama maka sunyi sahajalah suasana dirumah ini.


“Along, aku pinjam kereta kau ye? Nak ambil barang kat rumah mak. Lagipun senang sikit kalau tok wan nak gerak pergi mana-mana. Mengarutlah kalau aku nak merempit naik z250 kau tu dengan tok wan.” Aku tergelak membayangkan tok wan merempit dengan Mustaqim. Hahaha tak pasal-pasal..


“Kereta kau bila keluar?”


“InsyaAllah lagi dua minggu.” Aku hanya mengangguk dengan balasan Mustaqim. Alah apa salahnya bagi adik aku pinjam kereta? Darah daging sendiri takkanlah nak berkira.





Pagi itu aku mendapat panggilan telefon dari Mustaqim mengatakan tok wan kurang sihat. Aku yang dah mula tak sedap hati segera memohon cuti. Tambahan pula, cuti tahunanku masih banyak berbaki. Memandangkan keretaku masih di Pulau Pinang, maka esok aku balik dengan menaiki bas sahaja. Mahu patah pinggang jika naik motor sampai ke Pulau Pinang. Aku dah merasa sekali waktu datang ke Kuala Lumpur. Seminggu juga badan aku sengal-sengal. Fuh, memang serik! Tiket bas aku tempah melalui laman sesawang syarikat bas. Senang sebab boleh pilih masa dan tempat duduk. Tempat duduk perseorangan menjadi pilihan. Selesai menguruskan soal pengangkutan untuk pulang ke kampung, aku menoleh ke arah timbunan fail dan peta yang perlu kusemak. Nampaknya hari ini aku kena kerja lebih masa untuk menyiapkan segala tugasan. Bertabahlah Hanif!



Tiba sahaja di Pudu Sentral, aku singgah sebentar ke kedai buku. Mustaqim memintaku untuk membeli buku ‘Catatan Mat Lutfi’. Buku yang aku rasa aku pun akan melekat baca sekali. Sebaik sahaja aku ingin menggapai buku itu, satu lagi tangan muncul. Automatik juga aku mengelak. Segera aku meminta maaf dan bagaikan terpegun seketika aku melihat pemilik tangan tadi. Sabreena!



Allah, dia semakin manis dan wajahnya bagaikan tidak berubah langsung dari saat pertama kali aku bertemu dengannya. Aish apa kena dengan kau?! Segera aku beristighfar dan berbual bertanyakan khabar dengan gadis yang aku rasa sudah mendapat tempat dihatiku. Kami berbual sehingga tiba waktu untuk solat Asar.



Selesai solat, aku menunggunya dihadapan musolla muslimah. Serius risau juga kalau dia tersesat ke apa, dahlah macam-macam kes pelik yang terjadi di kota penuh ragam ini. Teringat pada pesan naqib aku dulu, “Kita lelaki dilahirkan sebagai pelindung kaum wanita, kalau kamu merosakkan wanita bermakna kamu tak layak jadi lelaki!”. Nasihat yang macam ringkas tapi tetap terpahat didalam benakku. Sebaik sahaja aku melihat kelibat Sabreena, terusku tersenyum. Nak buat macam mana? Asal nampak dia aje aku tak boleh nak sorokkan senyuman.



Ketika dia menghulurkan jagung manis, aku perasan yang mukanya kemerah-merahan. Malu ke? Serius dia memang comel! Aish jaga mata! Si dia yang tiba-tiba berhenti mengejutkan aku.

“Kenapa ni Sabreena?” soalku penuh prihatin.


“Abang Hanif..” Oh patutlah, ada lelaki bersebelahan dengan tempat duduknya. Tiketku terus kuberikan kepada Sabreena. Tak payah cakap banyak. Aku pun tak rela tengok dia duduk sebelah lelaki lain!






“Along, kau okey tak ni?” Mustaqim menyertaiku berehat di pangkin hadapan rumah tok wanku. Lepas makan malam dan solat Isyak, aku terus duduk di luar mengambil angin malam.


“Aku okey je. Kenapa?” Langit yang dipenuhi bintang kupandang sambil tersenyum. Indah sungguh ciptaan Allah. Kan best kalau Sabreena yang kat sebelah aku sekarang? Haish! Sah aku dah angau..


“Senyum sorang-sorang kat luar rumah. Silap hari bulan ada juga yang call panggil hospital sakit jiwa.” Mustaqim terus mengetawakan aku. Kurang ajar punya adik!


“Along rasa along dah sedia nak kahwin.” Berhenti terus ketawa si Mustaqim mendengarkan kata-kataku.


“Dengan siapa along?”


“Ada la..kau bukan kenal pun. InsyaAllah aku nak buat istikharah dulu dan kalau okey, aku bawa dia jumpa tok wan minta restu.” Mustaqim ketawa lalu menepuk-nepuk bahuku.


“Alhamdulillah la along. Aku baru ingat nak tanya kau gay ke apa sebab tak kahwin-kahwin.” Budak inilah!


“Angah, aku rasa malam ni kau layak tidur sini.” Aku terus melompat bangun dari pangkin dan berlari masuk ke dalam rumah. Pintu aku kunci terus! Meraunglah kau depan pintu, memang tepat pukul 12 nanti baru aku buka huhuhu...






Hatiku dipagut resah setelah seminggu Sabreena mendiamkan diri selepas aku menyatakan hasrat hatiku. Adakah akan berkesudahan seperti dengan Zuyyin dulu? Allah, berikanlah aku kekuatan. Pantas aku bangun dan menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Saat ini, Allah sahajalah tempat aku mengadu.


Selepas solat Subuh, aku duduk mengalunkan zikir memuji kebesaran Allah. Alhamdulillah, hatiku makin tenang selepas menunaikan solat-solat sunat. Telefon pintarku yang berbunyi mengejutkanku. Bimbang juga jika terima khabar yang kurang baik sebab selalunya orang yang telefon waktu-waktu macam ini menyampai perkara bersifat kecemasan. Nama Sabreena yang tertera di skrin telefon pintarku menambahkan lagi resah dihatiku.


“Assalamualaikum Sabreena, kenapa ni? Ada masalah? Sakit ka?” Laju aku menanyakan soalan setelah memberi salam.

“Waalaikumussalam. Hmm tak ada apa. Abang Hanif tengah tidoq ka?” Suara lunak Sabreena ditalian melegakanku.

“Dak aih, baru ja lepas solat. Sat gi baru nak pi menyorok.” Dia faham ke apa itu menyorok?

“Pi sorok apa?” Sah tak faham huhuhu..

“Hahaha..menyorok tu sarapan dalam loghat Kedah pekat. Ni awat call abang pagi-pagi?”

“Hmm nak beritahu yang saya....saya setuju nak menikah dengan abang!” Kejap aku salah dengar ke ni?

“Ha? Ulang lagi sekali?” pintaku dengan harapan aku tak tersalah dengar.

“Saya nak nikah dengan Abang Hanif! Suruh ulang lagi sekali saya cancel!” Aku terus mengucapkan syukur. Terima kasih Allah!

“Betul ka ni? Alhamdulillah. Nanti abang minta mak ayah abang uruskan. Terima kasih sebab sudi terima abang. Alhamdulillah.” Beribu bukan berjuta-juta syukur ke hadrat Illahi. Akhirnya si gadis manis sudi menerimaku.






Selesai sahaja kenduri belah perempuan, aku membantu jiran-jiran tetangga yang lain mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk dan periuk belanga. Sempat juga aku berkenalan dengan sanak-saudara Sabreena. Alhamdulillah mereka semua ramah jadi aku tidak kekok berbual dengan mereka.

“Hanif, hang pi la naik atas. Dah nak siap dah pun. Sabreena pun dah naik.” Aku mengangguk menerima arahan dari bapa mertuaku.

“Along! Berusaha!” Haish makan penampar juga kang adik aku ini. Mustaqim menunjukkan isyarat bagus sambil menyengih. Tak tahu malu punya budak!

Tiba sahaja diluar pintu bilik, aku berhenti seketika sebelum memusingkan tombol pintu. Pintu terkuak dan aku melihat kelibat Sabreena yang sedang duduk menghadap komputer riba di meja belajarnya. Wajahnya ceria membuatkan hatiku senang.

“Sabreena buat apa tu?” tegurku memandangkan dia begitu khusyuk membaca emel sehinggakan tak perasan akan kehadiranku.

“Saya baca emel dari si biskut meri.”

“Biskut meri?”

“Siti Maryam. Ingat tak budak perempuan yang nak terlanggar Abang Hanif dulu?” Okey aku rasa aku ingat.

“Oh budak tu. Apa khabar dia sekarang?”

“Sihat ja. Dia duduk kat Vancouver ikut laki dia bertugas kat sana.” Aku terus menganggukkan kepala.

“Abang pi mandi sat.” Sejuk hatiku apabila Sabreena segera mencari tuala untuk diberikan kepadaku. Alhamdulillah ternyata aku membuat pilihan yang tepat dan insyaAllah aku akan menjadi suami yang terbaik untuknya serta membimbingnya untuk sama-sama ke syurga Allah.


“Pandai isteri abang.” Senyuman ikhlas kuhadiahkan buat isteriku sebelum berlalu masuk ke bilik mandi. Hidup sebagai hamba Allah mustahil jika tidak diberi ujian dan dugaan. Terpulang pada kita untuk menghadapinya dengan redha atau sebaliknya. Kini aku bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepadaku. InsyaAllah akan aku akan berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur dan patuh padaMU ya Allah.

*****************************************************************************
Hari ini saya kehilangan nenek saudara/Wan Anjang saya merangkap ibu susuan mama saya. Saya minta para pembaca hadiahkan Al-Fatihah buat Wan Anjang saya.

Untuk cerpen ini, saya buatkan dari sudut pandangan Abang Hanif. Macam biasa jika ada tak suka ka apa sila tinggalkan komen. Terima kasih.

8 comments:

SuhaFasihah said...

Takziah atas kehilangan wan anjang... Al-fatihah...

Baca tajuk dah perasan dah ni dari sudut Mamat Bangla... He he... Nice!!
Zuyyin tu heroin bercinta dengan mamat downy tu ke? *kes malas nak click check sendiri... Huhuhu*

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Terima kasih.

Yup..ni Zuyyin yang sama dari cerita mamat downy tu.

(^-^)v

Anonymous said...

salam akak . tahniah . great novel . saya mula² baca penulisan2u cerita pasal bercinta dengan mamat alien . bestttt sangattt . lepas baca yang tu terus baca cerpen² akak best . lepas tu try baca novel ira . awesomeee . dalam masa 3 hari saya baca dahlah busy dengan kelas semua tuu tapi abis jugak baca the whole blog . haha . tahniah akak . nak novel ira plisssssss .

Norlyana Nasrin said...

waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih dik.

InsyaAllah akak update bila ada kelapangan ye?

(^-^)v

Anonymous said...

oke akakkkk .. taaa sabaaaa . >< hehe , akak asal mana ?? terengganu ek .

Norlyana Nasrin said...

Bertabahlah ye dik..huhu akak lahir Perak tapi dok kat Selangor dari kecil.

(^-^)v

Unknown said...

salam takziah & al-fatihah. Cite nie versi abanglah kan. Sweet.

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: waalaikumussalam..terima kasih. Yup ini versi mamat bangla hehe..

(^-^)v