taken from here |
“Papa Daus, can we go to the playground?” sopan Daris bertanya dan seperti
biasa, Fateh dan Fatehah berdiri di belakangnya sambil memandang Firdaus dengan
penuh harapan. Mata mereka yang bulat membuatkan mereka kelihatan seperti watak
Puss In Boots.
“Sure, go and get Mama Ana,” balas Firdaus. Daris, Fateh dan
Fatehah berlari ke dapur mendapatkan Mama Ana mereka. Kini ketiga-tiga anak
buahnya berada didalam jagaannya dan Adriana. Penat memang penat tetapi dia
seronok melayan keletah mereka. Sengaja Firdaus menyuruh mereka menggelarkan
dia dan Adriana sebagai Papa Daus dan Mama Ana supaya mereka senang rapat
dengan dia dan Adriana.
“Abang nak bawa diorang pergi
taman permainan ke?” Adriana masuk ke ruang tamu dengan tangannya ditarik oleh
Daris dan Fatehah. Fateh pula, tangannya menarik hujung baju Adriana. Tersenyum
Firdaus meihatkan anak-anak buahnya yang rapat dengan Adriana. Mahu tidak, tiap-tiap
pagi mereka menonton kartun Pororo bersama-sama sambil menari dihadapan
televisyen. Pada mulanya Adriana agak canggung menari namun setelah dipujuk
oleh Fateh, Adriana beralah dan sekarang mula sahaja muzik, Adriana sudah
bangun untuk menari bersama dengan anak-anak buahnya.
“Isy berangan pula orang tua ni!
Ana tanya ni,” Adriana mencubit pipi Firdaus yang masih tersengih.
“Ye..Ana siap-siap la ye? Kita
pergi lepas solat Asar karang. Haa.. siapa nak ikut kena solat dulu okey?”
“Baik!!!” jerit Daris, Fateh dan
Fatehah serentak. Senang melayan ketiga-tiga anak buahnya yang tak banyak
songeh dan patuh mendengar arahan. Apa yang membuatkan Firdaus kagum,
ketiga-tiga mereka dilatih untuk menunaikan solat apabila masuk waktu dan
mengaji dalam usia yang sangat muda. Sewaktu abangnya menyerahkan amanah ini
kepadanya, Rayyan turut memberi jadual harian ketiga-tiga anaknya kepada
Firdaus.
“Kau ikut je jadual ni. Kalau
diorang degil, kau tegur tapi rasanya tak kot sebab diorang dah terbiasa dengan
jadual aku ni. Bab mengaji ni, Daris dah masuk Iqra’ empat. Fateh dengan
Fatehah pula Iqra’ satu. Kau ajar diorang tiap-tiap hari lepas Maghrib dan
suruh diorang ulang tiga kali sebelum alih muka surat lain faham? Apa-apa kau
boleh je call aku,” amanat yang
diberi oleh Rayyan sememangnya diambil serius oleh Firdaus. Sepanjang
pemerhatiannya. Ketiga-tiga anak buahnya sudah terbiasa dengan jadual harian
mereka. Kadangkala apabila dia terlupa, mereka bertiga yang mengingatkan.
“Abang ni asyik berangan je
kenapa? Penat ye? Kalau penat biar Ana je yang bawa diorang tu pergi taman,”
tegur Adriana sambil mengusap lembut tangan suaminya. Firdaus senyum senang
dengan perlakuan isterinya. Lantas menarik tubuh Adriana duduk ke ribanya.
“Tak penat pun. Sorry la sebab masuk hari ni, lima hari
Ana tak pergi kerja sebab jaga budak bertiga tu.” Adriana hanya tersenyum. Dia
terpaksa mengambil cuti kerana mamanya mengikuti rombongan persatuan ke Sabah
selama seminggu bersama-sama dengan papanya. Bercuti sambil beramal kata mamanya
kerana mereka akan melawat dan menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin
disana. Pemandu papanya turut serta dalam rombongan itu. Mamanya dengan besar
hati mengajak adik beradik Henry untuk ikut bersama.
“Alah alang-alang musim cuti ni
elok bawa je diorang. Bila lagi la si Henry ni nak bawa adik-adik dia berjalan.
Daris, Fateh dengan Fatehah ni mama tak berani nak bawa sebab diorang ni kecil
lagi,” Adriana hanya mengangguk. Dia sendiri pun tak akan benarkan mamanya
membawa Daris, Fateh dan Fatehah kerana kawasan yang mereka pergi memang agak
jauh ke dalam. Ahad ini baharulah mama dan papanya akan pulang dari Sabah.
“Papa Daus, kami dah ambil wuduk!
Fateh, spread the prayer mat! Fatehah,
wear your prayer cloth properly!” aksi
Daris mengarah adik beradiknya dengan tegas membuatkan Firdaus geli hati namun
ditahankan sahaja tawanya. Daris memang boleh diharap. Fateh dan Fatehah tak
akan membantah segala arahan Daris. Kelam-kabut Fateh berlari ke bilik solat
dan Fatehah pula membaiki pemakaian telekungnya.
“Okey tunggu papa dengan mama
ambil wuduk dulu. Sementara tu Daris tolong adik bentang sejadah ye?” ujar
Firdaus lalu mengusap kepala lembut Daris. Daris mengangguk lantas berjalan
pantas ke bilik solat diikuti oleh Fatehah dibelakangnya. Firdaus dan Adriana
bersegera mengambil wuduk memandangkan azan Asar sudah berkumandang dari masjid
berdekatan taman perumahan mereka. Malam nanti Firdaus akan membawa ketiga-tiga
anak buahnya solat berjemaah di masjid jadi mereka harus lekas keluar dan
pulang sebelum Maghrib.
“Amacam seronok tak solat kat
masjid?” tanya Firdaus kepada Daris dan Fateh ketika berjalan pulang dari
masjid. Fatehah dan Adriana berjalan dibelakang mereka. Sengaja Firdaus
mengajak mereka berjalan kaki ke masjid dari menaiki kereta kerana jarak masjid
dari rumah mereka tidak begitu jauh dan insyaAllah ada pahalanya.
“Seronok! Daddy always brought us to mosque and we love it.” Petah Daris
menutur kata-kata membuatkan Firdaus terdiam. Sudah seminggu anak-anak buahnya
tinggal bersama-sama dengannya dan hanya hari ini dia sempat membawa mereka ke
masjid. Abangnya yang sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di universiti
tempatan pun selalu membawa anak-anak ke masjid.
“Papa Daus, Fateh nak sate,”
Fateh menunjukkan ke arah gerai sate yang terletak diseberang jalan. Fateh
memang seorang yang pendiam berbeza sungguh dengan Fatehah yang ceria.
“Boleh je. Pegang tangan papa
kuat-kuat. Kita nak melintas ni.” Kejap pegangan tangan Daris dan Fateh
mengenggam tangan Firdaus.
“Ana, kita singgah beli sate ye
sayang?” Adriana mengangguk. Dia pun sebenarnya ingin suarakan hal yang sama
kerana Fatehah turut memintanya belikan sate tadi. Adriana segera mendukung
Fatehah lalu mengikut suaminya melintas.
“Fateh nak sate apa?” tanya
Firdaus kepada Fateh yang ralit memerhati sate yang dibakar diatas arang.
“Ayam, daging dan kamben?”
bersemangat Fatehah menjawab bagi pihak kembarnya. Citarasa mereka memang sama
dan mereka sememangnya hantu sate.
“Kambing la..” tegur Fateh
perlahan. Fatehah hanya ketawa mendengarkan teguran abangnya. Firdaus pantas
memesan sate untuk mereka. Daris pula sudah mengikut Adriana duduk di sebuah
meja.
“Kita bungkus bawa balik rumah
ye? Lagi seronok makan kat rumah,” kata Firdaus lalu mengambil tempat dihadapan
Adriana. Fateh dan Fatehah duduk bersebelahan dengan Daris dan Adriana.
“Okey je, Ana tak kisah. Oh, ibu
dan Kak Sufi ada call Ana tengah hari
tadi. Alhamdulillah mereka sihat. Budak-budak ni pun sempat berborak dengan mommy dan nenek mereka.”
“Mommy cakap dia beli jubah cantik,” semangat Fatehah bercerita.
Adriana mengusap kepala Fatehah dengan
muka tanpa reaksi. Dalam hatinya dia berasa gembira melihat wajah suci Fatehah
yang seronok bercerita. Dalam ramai-ramai, Fatehahlah yang paling ceria dan
suka bercerita. Daris seorang abang yang sangat tegas dan mendengar kata orang
tua. Fateh pula seorang yang pendiam dan sopan. Tidak pernah sekali pun dia
melihat ketiga-tiga adik beradik itu bergaduh.
“Mama Ana, bila mommy nak balik?” tanya Fateh perlahan.
Wajahnya nampak keruh mungkin kerana rindukan ibunya. Fatehah yang turut
terdengar wajahnya turut berubah riak. Daris pula hanya menunjukkan wajah
selamba walaupun Adriana tahu yang anak itu juga merindui ibubapanya.
“InsyaAllah minggu depan.”
Firdaus membantu Adriana menjawab setelah melihat isterinya yang mula hendak
menggelabah. Fateh hanya terdiam apabila mendengar jawapan Firdaus.
“Papa Daus, Mekah tu jauh tak?
Kita naik aeroplane jumpa mommy and daddy boleh?” Pergh, yang ni
Firdaus pun tak reti nak jawab apa. Soalan Fatehah betul-betul membuatkan
Firdaus dan Adriana tak senang duduk.
“Jauh..err next week kita boleh jumpa mommy
dan daddy okey sayang?” kucar-kacir
pertuturan Firdaus yang cuba memujuk Fatehah.
“Next week...but I miss them so much..” muka Fatehah yang mula
mencebik menunjukkan tanda-tanda hendak menangis membuatkan Firdaus semakin
menggelabah. Adriana masih menayangkan muka beku namun didalam hati, dia
sendiri pun sudah celaru.
“Nangis tak payah makan sate!”
tegas Daris mengeluarkan arahan. Wajah garang Daris membuatkan Fatehah tak jadi
menangis. Fateh yang hanya mendiamkan diri sejak tadi memandang Fatehah sambil
menunjukkan jari telunjuk dibibir. Baik Firdaus mahupun Adriana, masing-masing
tercenggang dengan ketegasan ala Hitler Daris.
“Okey sate pun dah siap, jom balik.
Meh Papa Daus dukung Fatehah,” Firdaus segera mendukung Fatehah lalu pergi membayar
dan mengambil sate yang sudah siap dibungkus. Daris dan Fateh berjalan sambil
memimpin tangan Adriana.
“Mama Ana, balik nanti boleh
Daris pinjam handphone?” Adriana
hanya mengangguk. Tahu yang anak itu mahu menghubungi ibubapanya. Terserlah
wajah ceria Daris apabila Adriana memberi kebenaran.
“Thanks Mama Ana! I love you.
Nanti kita boleh cakap dengan mommy and
daddy,” ujar Daris kepada adiknya. Fateh mengangguk lalu tersenyum.
Walaupun baharu siang tadi mereka bercakap dengan ibu mereka melalui panggilan
video, kata-kata Fatehah tadi membuahkan rasa rindu didalam hati mereka.
Adriana tersenyum kecil dengan telatah anak-anak buahnya. Nasib baik tadi dia
sempat mengecas telefon pintarnya sebelum keluar kalau tak memang telefon
Firdauslah yang akan diberi pakai kepada mereka bertiga.
“Emir, can you please send the details regarding Gione project in France to me
ASAP? Just email it to me and I’ll do the review. Yeah..will get back to you
when I’m done.” Talian diputuskan selepas dia memberi salam. Sejak dia
bercuti, apa sahaja yang berkaitan dengan syarikat diuruskan oleh Adriana dari
rumah. Untung pembantu-pembantunya jenis boleh yang diharap dan pantas
melakukan tugasan. Kalau tidak mahu pening kepala dia mahu menguruskan syarikat
dari rumah dan tambahan pula, bapanya juga masih bercuti.
“Mama Ana, we need to go to Arabic language class. The class starts at 3pm and now
is already 2.15pm! We need to rush!” nyaring jeritan Daris dari luar pintu
bilik tidur membuatkan Adriana sedikit kelam-kabut. Daris memang seorang yang
menepati masa dan kelas bahasa merupakan kelas kegemarannya.
“Okay lets go!” Adriana segera menyarungkan tudung sarung express
dikepala. Nasib baik tadi dia sudah menukar pakaian. Blaus panjang dengan
seluar Palazo dan dipadankan dengan tudung sarung express menutupi dada
membuatkan Adriana tampak manis dan sopan.
Daris, Fateh dan Fatehah yang sudah menunggu dihadapan pintu
masuk ke dalam kereta sebaik sahaja kunci dibuka. Nampak mereka seperti sudah
tidak sabar mahu ke kelas bahasa Arab. Selain bahasa Arab, mereka turut
dihantar untuk mempelajari bahasa Perancis, Jepun, Cina dan Jerman. Memang
pelik namun ini yang diaturkan oleh Rayyan dan Sufi untuk anak-anak mereka dan
alhamdulillah baik Daris, Fateh dan Fatehah semuanya menyukai mempelajari
bahasa lain dan mempraktikkan sesama mereka. Selain itu, mereka turut belajar dan
membuat latihan secara online.
Selesai menghantar Daris, Fateh dan Fatehah, Adriana ke
pasaraya untuk membeli bahan mentah. Memang dah macam surirumah sepenuh masa
tapi dalam diam dia seronok.
“Eh Princess! What are you doing here, darling?” Hisyam mendekati
Adriana dengan senyuman lebar. Hajatnya untuk bertemu dengan gadis yang
dicintai sejak dulu sudah tertunai. Berkali-kali dia memujuk papanya untuk
memberikan nombor telefon Adriana namun papanya tetap enggan.
Adriana hanya memandang Hisyam dengan muka kering. Apa ke
malang nasibnya hari ini sehingga terserempak dengan makhluqot yang tak faham bahasa ini? Dahlah susah nak lepaskan diri
dari makhluqot sengal ni..
“Eh banyak membeli? Mari Prince Syam tolong..hehe.” Makin lebar
sengihan Hisyam apabila melihat Adriana menunjukkan muka tidak suka. Muka comel
itulah yang membuatkan dia tidur tak lena walaupun dia tahu Adriana sudah
dimiliki.
“Thanks but NO thanks!” Adriana terus menolak troli jauh dari Hisyam.
Makin dilayan karang makin sengal sepupunya itu. Tidak faham bahasakah yang aku
tak suka pada dia?! Adriana berjalan laju ke kaunter pembayaran.
“Princess!” Bamm! Bunyi sesuatu yang jatuh membuatkan Adriana menoleh
ke belakang. Kelihatan Hisyam sedang terduduk diatas lantai dengan dihempap
pek-pek minuman coklat. Mahu tak mahu, dia berpatah balik ke arah sepupunya.
Sengal macam mana pun, darah dagingnya juga.
Beberapa orang pekerja lelaki pasaraya itu turut datang
membantu Hisyam bangun sambil meminta maaf. Pek-pek yang tidak disusun elok
jatuh apabila dilanggar Hisyam ketika ingin mengejar Adriana. Apa pun, Hisyam
turut bersalah. Merah padam muka Hisyam menahan malu dan marah.
“Lain kali susun elok sikit!”
tengkingan Hisyam membuatkan banyak mata memandang ke arahnya. Adriana yang
berasa malu membatalkan niatnya untuk pergi bertanya keadaan sepupunya. Buat
malu kaum sahaja. Segera dia ke kaunter dan membayar harga barangan yang
dibeli.
“Eh Princess, biar Syam bayar!” belum sempat Adriana menghalang, Hisyam
sudah memberikan kad debitnya kepada juruwang dan membantunya mengangkat
barangan yang dibeli.
“Eh tengok laki tu? Tadi bukan
main marah! Sekali dengan awek dia baik je..siap ber’princess princess’ bagai..geli aku!” kutukan dari wanita yang
berdiri di belakang Adriana membuatkan Adriana berasa malu dan geram. Aku bukan
awek si sengal ni okey!
“Princess, kenapa ni? Penat ke? Jom makan? Mari Syam belanja..”
Adriana berhenti melangkah lalu menoleh ke arah Hisyam. Marahnya sudah tak
dapat ditahan-tahan.
“Call me Princess one more time and you'll be gone forever!” sebaik
sahaja menuturkan ayat itu Adriana merampas barangannya dari tangan Hisyam lalu
berlari menuju ke pintu keluar. Hisyam yang terkejut terpaku ditengah-tengah
pasaraya. Seketika kemudian dia mengukir senyum.
‘She’s cute even though she’s mad. I’m falling in love with her all over
again,’ bisik hati Hisyam. Perlahan dia mengatur langkah keluar dari
pasaraya. Isteri orang atau bukan, dia sudah tak kisah. Adriana Hanan adalah Princess buatnya selama-lamanya.