Kapitalis

Sunday, May 12, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 15

taken from here 

Tepat pukul 5 petang, Firdaus tergesa-gesa keluar dari pejabatnya. Dia menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar. Selesai solat, Firdaus segera menuju ke tempat parkir kereta. Dia ingin segera menjemput isterinya yang masih marah dengannya. Kurang dari setengah jam, Firdaus tiba di Menara Elves. Dia segera menuju ke meja penyambut tetamu.

"Excuse me miss, can I go upstairs to fetch my wife, Adriana Hanan?" tanya Firdaus sopan kepada penyambut tetamu yang berbangsa Cina itu.

"Please wait a moment sir, I need to ask for Miss Adriana permission" balas penyambut tetamu itu lantas melemparkan senyuman kepada Firdaus. Penyambut tetamu yang mengenakan tag nama Caryl itu terus membuat panggilan. 

"Okay sir, please proceed to level 11. Miss Adriana's office is on the right side" terang Caryl dengan senyuman manis. 

"Thanks" ucap Firdaus lalu menuju kearah lif. Tiba ditingkat 11, Firdaus masuk ke pejabat Adriana. 

"Ini mesti Encik Firdaus, mari saya tunjukkan ofis Puan Adriana" tegur Emir.

'Macam kenal je Encik Firdaus ni' getus Emir dalam hati.

"Eh ni bukan kawan Mia ke? Emir kan nama kamu?" tegur Firdaus sambil bersalaman dengan Emir.

"Haah. Patutlah macam kenal, senior rupanya. Tak sangka Abang Firdaus yang kahwin dengan bos saya tu. Hari tu tak dapat datang majlis sebab saya menjenguk mak mentua saya kat kampung" Emir tersenyum kearah seniornya yang makin segak.

"Kecil betul dunia ni. Tak sangka kawan Mia kerja dengan isteri saya" ujar Firdaus sambil berjalan beriringan dengan Emir.

"Dah rezeki saya disini bang, habis degree terus dapat kerja kat sini. Puan Adriana tu pun okay, tu yang saya tahan walaupun dia tu jenis tak ramah sangat" Emir segera menekup mulutnya.

"Err..minta maaf ye, terkutuk isteri abang pula" ujar Emir lalu menggaru-garukan kepalanya yang tak gatal.

"Eh tak apalah memang dia tak ramah tapi dia baik" Firdaus hanya tersenyum melihat gelagat Emir yang tampak serba-salah dek terlepas cakap.

"Okay dah sampai pun ofis Puan Adriana. Saya pergi dulu ye? Waktu kerja pun dah habis" Emir menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Firdaus. Firdaus hanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum menghantar Emir dengan pandangan matanya.

Sengaja Firdaus menjenguk dari cermin dipintu pejabat isterinya. Adriana kelihatan leka membelek fail-fail yang bersepah diatas mejanya. Muka isterinya nampak serabut. Mungkin tertekan dengan kerjanya yang menimbun.

"Assalamualaikum, Ana busy ke?" ucap Firdaus sambil menjengukkan kepala ke dalam bilik pejabat isterinya itu.

"Waalaikumussalam" Adriana menjawab salam tanpa memandang ke wajah Firdaus. Kenal sangat dengan suara suaminya.

"Tak nak pelawa abang masuk ke sayang?" tanya Firdaus yang sedikit berkecil hati dengan layanan acuh-acuh isterinya.

'Ah aku tak boleh merajuk dengan dia. Semua salah aku!' bisik Firdaus dalam hati. Dengan sebal dia mempelawa dirinya sendiri untuk masuk kedalam pejabat Adriana.

'Pergh, macam Alaska dah aku tengok pejabat dia' getus Firdaus dalam hati lagi.

"Sekejap, saya dah nak siap ni" kata Adriana memulakan bicara. Terasa kelakar pula apabila melihat Firdaus yang macam rusa masuk bandar apabila masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Oh okay. Cantik bilik Ana" puji Firdaus lantas tersenyum kepada isterinya. Adriana hanya mengangguk dan mengemas fail-fail yang berselerak diatas mejanya. Dia sebenarnya sedang menyusun atur fail projek yang ingin diberikan kepada Emir.

"Nak air ke?" tanya Adriana sambil menbuka peti sejuk kecil didalam bilik pejabatnya.

"Boleh juga" balas Firdaus. Wajahnya tak jemu mengukirkan senyuman untuk Adriana walaupun isterinya tidak langsung membalasnya.

Adriana mengeluarkan sebotol air mineral lalu menghulurkannya kepada Firdaus. 

"Thanks sayang" ucap Firdaus. Adriana hanya menganggukkan kepala.

Selesai berkemas, Adriana mengambil tas tangannya. 

"Dah siap" Adriana bingkas bangun dari kerusi empuknya. Firdaus turut bangun mengekor isterinya yang sudah berjalan dihadapannya.

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Adriana setelah mereka sudah berada didalam kereta Firdaus.

"Ana akan tahu nanti" Firdaus tersenyum lalu membelok keretanya ke arah Petaling Jaya.

'Nak ajak aku pergi shopping ke?' fikir Adriana apabila Firdaus membelokkan kereta masuk ke perkarang pusat membeli-belah 1 Utama. 

"Kita solat dulu ye? Dah nak masuk Maghrib" Adriana mengangguk setuju. Kakinya melangkah keluar dari kereta dan menuju ke surau yang terletak di new wing 1 utama. Selesai solat, Firdaus mengajak Adriana ke One World Hotel yang merupakan hotel yang bergabung dengan pusat membeli-belah itu. Firdaus membawa Adriana ke Restoran Cina Zuan Yuan yang terletak di lobi hotel itu.

'Zuan Yuan? Macam tahu-tahu je dia ni yang aku nak makan Chinese food sekarang' getus Adriana sambil memandang kosong kearah Firdaus.

"Ana okay tak ni? Suka tak?" tanya Firdaus yang tak jemu-jemu melemparkan senyuman manis kearah Adriana. Dia bertanya sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung ditempat duduk yang terletak disudut restoran itu. Firdaus sengaja memilih tempat yang agak terasing supaya senang untuknya berbicara dengan Adriana.

"Okay" jawab Adriana pendek.

Setelah memesan makanan dan set dim sum, Firdaus mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dah nama pun nak memujuk isteri, dia sempat juga membaca beberapa artikel didalam internet tentang cara-cara nak memujuk isteri yang merajuk. Waktu rehat tadi dia sempat keluar ke Pavilion semata-mata untuk membeli hadiah untuk isterinya.

"Hadiah ni untuk Ana. Abang harap Ana suka" Firdaus kotak yang berisi rantai leher kepada Adriana. Adriana terkejut dengan pemberian Firdaus yang sememang tidak dijangka. 

'Apa pula ni' getus Adriana dalam hati. Tangannya menyambut huluran Firdaus wajahnya masih tidak mengukirkan senyuman. Kotak yang berukir tulisan Swarovski itu mungkin boleh mencairkan hati mana-mana wanita yang memandang tapi bukan Adriana Hanan.

'Paralelle Mini Light Azore Diamond Touch Light Necklace' Adriana membaca satu-satu nama rantai leher yang Firdaus hadiahkan kepadanya. Bibirnya hampir sahaja mengukir senyum kerana nama rantai yang terlalu panjang namun segera dia menahan.

"Thanks" ucap Adriana pendek.

'Aik thanks je? Tak terharu ke bini aku ni. Adoilah macam mana nak pujuk lagi ni weh!!' Firdaus sudah mula gelisah ditempat duduknya. Adriana yang hanya memerhatikan tingkahlaku Firdaus hanya memandang pelik kearah Firdaus.

Setelah 20 minit, makanan yang dipesan oleh mereka tiba. Wok Fried Tiger Prawn HK Style, Roasted Duck with Unique Spicy Sauce, Special Slice Prime Beef with Shredded Onion, Chicken Soup, Braised Slice Mexico Abalone with Turkey Ham, Mushroom and Season Vegetable dan Fatt Choy Dish membuatkan Adriana yang lapar terus menjadi kenyang apabila melihat makanan yang dipesan oleh Firdaus.

'Banyaknya' getus Adriana dalam hati. Salah dia juga kerana buat tak tahu ketika suaminya memesan makanan tadi.

"Banyak sangat ke? Abang lapar sangat tu yang order ikut suka" Firdaus tersengih kearah Adriana yang masih mengekalkan imej wajah robotnya itu.

Firdaus segera menadahkan tangan untuk membaca doa makan. Sesudah berdoa, mereka menikmati makanan yang sudah sedia terhidang. Mereka menikmati makanan dengan suasana yang senyap.

"Argh the silence is too loud" gumam Firdaus dalam diam. Adriana yang terdengar kata-kata suaminya itu mengangkat pandangan kearah wajah Firdaus.

"Ana nak tambah apa-apa ke?" tanya Firdaus apabila melihat Adriana memandang wajahnya lama. Adriana hanya menggelengkan kepala lalu meneruskan suapannya.

"Semua ni makanan yang abang suka bila makan kat sini. Abang selalu juga datang sini dengan ayah dan ibu bila sambut hari jadi atau ada benda-benda special" beritahu Firdaus dengan penuh bersemangat. Sengaja dia menciptakan suasana yang ceria untuknya dan isterinya.

"Oh okay" balas Adriana pendek. Seronok apabila mendengar suaminya bercerita. Terlupa seketika tentang perasaan marahnya kepada Firdaus.

"Oh Ana, hari tu abang tengok Ana terer gila memanah kat Star Archery. Ana memang suka memanah ke?" tanya Firdaus. Berubah terus muka Adriana apabila teringatkan tentang peristiwa yang membawanya ke Star Archery. Firdaus yang tersedar akan keterlanjurannya segera memegang tangan Adriana.

"Abang minta maaf. Abang mengaku abang ikutkan nafsu marah dan cemburu sampai abang buat Ana terluka sangat dengan abang. Nasib baik kawan-kawan Ana beritahu abang yang Ana selalu memanah bila ada masalah. Bila Julian terangkan kat abang yang korang cuma main ice-skating ramai-ramai, abang rasa malu sangat. Tak sangka abang dah berprasangka buruk kat isteri abang ni" jelas Firdaus panjang lebar sambil matanya tepat memandang ke wajah Adriana.

Adriana membalas pandangan Firdaus dengan wajah tanpa riak. Namun tangannya tidak pula ditarik dari pegangan Firdaus.

"Abang, Ana nak makan"

"Oh ye, mesti Ana pun laparkan. Meh abang kupaskan udang ni untuk Ana" Gembira sungguh hati Firdaus apabila isterinya sudah mula memanggilnya dengan panggilan 'abang' berbanding dengan sebelum ini 'awak' dengannya.

Gelagat Firdaus itu membuatkan Adriana mengukir senyum. Dia sendiri sudah penat marah dengan Firdaus. Hebat sungguh Firdaus kerana berjaya memujuknya dalam masa 24 jam. Selalunya susah untuk sesiapa untuk memujuknya hatta papa dan mamanya. Tapi lelaki ini, dengan mudah membuatkan hatinya menjadi lembut dan dengan mudah memaafkan kesalahan Firdaus.


Tiba hari Jumaat, hubungan Firdaus dan Adriana semakin baik namun Firdaus masih tidak berhenti dari melakukan projek memikat semula hati Adriana. Pagi itu Firdaus bangun dengan penuh bersemangat sekali. Didalam kepalanya, dia sudah merangka perkara yang ingin dilakukan bersama-sama isterinya untuk hujung minggu ini.

"Ana, balik macam biasa ke hari ni?" tanya Firdaus kepada Adriana yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.

"Haah, kenapa?" Adriana memandang wajah Firdaus melalui cermin meja soleknya. Tangannya meratakan BB cream kewajahnya. Dia memakai sedikit gincu dibibirnya untuk mengelakkan wajahnya tampak pucat.

"Saja tanya" balas Firdaus sambil memeluk Adriana dari belakang. Dengan pantas dia menghadiahi ciuman dipipi Adriana. Adriana hanya membiarkan sahaja perbuatan Firdaus itu. Firdaus memang suka bermanja dengannya sejak hubungan mereka semakin baik. Oh bukan sebelum ni pun sama ke? Hmm suaminya memang suka bermanja. Titik.

"Dah siap ke? Jom turun sarapan" Firdaus mengapai tangan Adriana. Mereka jalan beriringan menuju ke ruang makan ditingkat bawah.

"Hai pagi-pagi lagi nak lovey-dovey" usik Rayyan yang juga baharu tiba di meja makan. Kelihatan Sufi sedang membantu pembantu rumah menyusun hidangan diatas meja. Daris, Fateh dan Fatehah pula leka menonton rancangan kartun Pororo. Adriana mendekati anak-anak buahnya untuk mengajak mereka ke ruang makan. Tanpa sedar matanya turut tertancap pada skrin televisyen.

"Eddy!" Adriana terjerit kecil apabila melihat watak yang disukainya itu.

"Auntie Hanan pun suka Eddy?" tanya Daris lalu mendekati Adriana.

"Suka" dengan mudah Adriana menguntumkan senyuman untuk Daris. Petah sungguh anak itu berkata-kata.

"Sama la dengan Fateh, dia pun suka Eddy" ujar Daris yang turut tersenyum.

"Daris suka siapa?" ramah Adriana bertanya kepada Daris.

"Daris suka Pororo sebab dia ketua. Daris kan abang, jadi Daris mesti kena jadi ketua" dengan bersemangat Daris bercerita dengan Adriana.

"Fatehah pula suka yang mana?" Sengaja Adriana memancing perhatian Fatehah yang matanya masih melekap pada skrin televisyen. Fateh pula sejak tadi tertoleh-toleh kearahnya mendengar setiap patah yang dibualkan oleh Adriana dan abangnya.

"Petty! I love Petty!" jerit Fatehah tiba-tiba sambil berlari mendekati Adriana. Dengan selamba dia duduk diatas riba Adriana. Daris yang cemburu terus duduk diriba sebelah kiri Adriana. Patutlah, dia bangun kerana rancangan kartun itu telah pun tamat.

"Oh comelkan Petty? Tapi dia tak pandai memasak" tambah Adriana sambil memandang kearah Fatehah.

"Tak apa, dia baik" balas Fatehah. Matanya yang bundar itu memandang tepat kewajah Adriana. Adriana hanya tersenyum sambil mencuit pipi Fatehah yang agak tembam itu. Fateh yang pada mulanya mengasingkan diri turut mendekati Adriana apabila melihat abang dan adiknya duduk diribaan Adriana.

"You like Eddy?" tanya Adriana apabila Fateh mula mendekati.

"Yes." jawab Fateh malu-malu.

"I love Eddy too. He's really smart right?" Entah kenapa pagi ini Adriana terasa ingin beramah mesra dengan anak-anak buahnya. Lain sungguh perangainya pagi ini.

"Yup! Dia suka reka dan membaiki barang. Bila besar nanti, Fateh pun nak jadi macam dia" Adriana tersenyum mendengar keletah anak-anak buahnya.

"Hai Ana, patutlah lama, dia sibuk melayan budak-budak ni. Kids! Come, lets eat breakfast" panggil Firdaus yang sudah berdiri mencekak pinggangnya. Dengan pantas ketiga-tiga anak buahnya itu bangun menuju ke ruang makan.

"Sampai hati Ana tinggalkan abang sorang-sorang kat meja makan tu" rajuk Firdaus sambil memuncungkan bibir. Hampir tergelak Adriana apabila melihat suaminya yang kononnya merajuk namun segera ditahan. Dia menutup televisyen dan menarik tangan Firdaus untuk ke ruang makan. Firdaus hanya mengekor tanpa sepatah kata.


Petang itu, tepat jam 5.30 petang, Firdaus sudah tercongok dilobi Menara Elves.

"Hi Caryl" tegur Firdaus kepada penyambut tetamu yang sudah dikenalinya itu. Mahunya tak kenal, hari-hari dia menjemput isterinya disini.

"Oh hi Mr Firdaus, come to fetch your wife right? She told me she'll be here in few minutes so she asked you to wait in the lobby. Please take a seat Mr Firdaus" kata Caryl sambil tangannya menunjukkan kearah sofa yang terletak di ruang menunggu.

"Thanks" ucap Firdaus sambil mengukirkan senyuman untuk Caryl yang ramah itu. Kakinya melangkah menuju kearah sofa kulit yang tampak ekslusif itu. Setelah seminit menunggu, kelibat Adriana mula kelihatan. Firdaus tersenyum lalu bangun mendapatkan isterinya.

"Sayang dah solat dah?" tanya Firdaus prihatin. Dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya dipejabatnya tadi sebelum datang menjemput Adriana.

"Sudah" jawab Adriana pendek lalu berjalan beriringan dengan Firdaus. Sampai ditempat letak kereta, Adriana memandang pelik kearah Firdaus.

"Kenapa naik kereta ni?" Adriana pelik melihat kereta Land Rover Freelander 2 HSE yang kini berada dihadapannya mengantikan BMW X6 M yang sering dibawa Firdaus.

"Sebab kita nak pergi jalan jauh sikit hari ni" terang Firdaus sambil tersenyum kepada Adriana.

"Dah mari masuk" Firdaus membukakan pintu untuk Adriana. Adriana masuk kedalam kereta tanpa banyak soal lagi.

"Kita nak pergi mana?" tanya Adriana lagi sambil tangannya menarik tali pinggang keledar. Keselamatan haruslah diutamakan.

"Weekend getaway la sayang" Firdaus membalas sambil menadah tangannya untuk membaca doa. Adriana segera menadahkan tangan dan mengaminkan doa suaminya. Firdaus segera menghidupkan enjin dan kenderaan mereka meluncur laju meninggalkan perkarangan Menara Elves. Adriana malas mahu bertanya lagi kerana dia pasti suaminya itu takkan memberitahunya apa-apa.

Mereka berhenti solat jamak dan qasar Maghrib dan Isyak di Masjid Nurul Iman Rawang. Adriana dapat menjangkakan yang mereka akan bercuti di tempat yang jauh apabila suaminya mengarahnya untuk menjamak dan qasar solat. Adriana hanya tersenyum kecil memikirkan suaminya yang suka membuat sesuatu yang kadangkalanya tidak langsung dijangka olehnya.

Terkejut apabila dia melihat beg-beg pakaian mereka didalam bonet apabila dia ingin mengambil telekung tadi. Firdaus hanya menayangkan muka selamba lalu melangkah masuk kedalam masjid meninggalkan dia yang masih terpinga-pinga di kereta mereka. Setelah dia mengambil telekung dan menutup bonet, dengan segera Firdaus mengunci pintu mereka dari jarak jauh. Tahu sangat yang suaminya mengintai pergerakannya dari dalam masjid. Adriana hanya menggelengkan kepala memikirkan gelagat suaminya. Dia segera melangkah masuk ke dalam masjid.

No comments: