taken from here |
Sepanjang perjalanan pulang dari Fraser Hill, Adriana hanya tidur dan hanya bangun apabila Firdaus berhenti untuk mengisi minyak.
"Hmm kita kat mana ni?" Adriana menggosok-gosokkan matanya lalu mengeliat membetulkan urat-urat yang terasa tegang.
"Stesen minyak Kuala Kubu Bharu" Firdaus yang baharu lepas mengisi minyak. Dia menghidupkan enjin kenderaannya. Adriana melepaskan pandangannya ke luar tingkap cermin kenderaan. Kuala Kubu Bharu, pekan kowboy yang tak banyak perubahan sejak dahulu lagi namun suasana pekan itu cukup mendamaikan bagaikan kembali ke era 80an pun ada.
"Err Ana, abang nak beritahu something ni" Firdaus yang agak serba salah itu membuatkan Adriana menumpukan perhatian kepada suaminya.
"Hari ni kita pindah masuk rumah baru kita okey? Abang dah sediakan semua dan abang harap Ana setuju" Adriana melepaskan nafas lega apabila Firdaus menghabiskan ayatnya. Dia sudah fikirkan yang bukan-bukan apabila Firdaus nampak agak serius tadi.
"Okey" jawab Adriana pendek. Rumah yang disiapkan oleh Firdaus bakal diduduki olehnya membuatkan hatinya berbunga riang. Rumah itu memang cantik dan apa yang membuatkan dia gembira ialah rumah itu merupakan hasil tangan Firdaus sendiri.
"So we're going straight there right?" Adriana sudah merangkakan rancangannya untuk petang nanti. Dia mahu membersihkan rumah itu bersama-sama Firdaus.
"Yeah, oh kita kemas-kemas sikit sebab rumah tu bersepah" terang Firdaus. Matanya masih tertumpu pada jalan yang agak berliku dihadapannya.
"Okay, I'm ready for it anyway" Adriana membalas dengan nada mendatar padahal hatinya sudah bersorak suka.
"Kalau Ana penat takpe, abang boleh upah orang kemas rumah tu esok" Kasihan pula Firdaus apabila memikirkan yang Adriana akan kepenatan setelah berkemas. Sudahlah mereka baharu pulang bercuti.
"No! Jangan upah orang" tegas Adriana dengan suara yang dingin. Firdaus yang agak tidak menyangka reaksi Adriana memandang ke wajah isterinya dengan penuh tanda tanya.
"We're going to do it together right? So it's okay" suara Adriana mula mengendur dan dia menghadiahkan segaris senyuman khas untuk Firdaus. Firdaus turut membalas senyuman Adriana dan kembali menumpukan perhatiannya ke arah jalanraya.
"Abang risau Ana penat je. Okeylah kalau Ana nak kita kemas sama-sama" Adriana mengangguk dan mula mencapai telefon pintarnya.
"Ana buat apa?" Firdaus memandang sekilas ke arah isterinya.
"Update schedule" Adriana masih menumpukan perhatian kepada telefon pintar membalas pertanyaan Firdaus dengan acuh tak acuh.
"Rajin Ana update schedule kan?"
"Hmm Ana suka benda yang teratur" Adriana menyimpan kembali telefon pintarnya. Dia tahu yang Firdaus inginkan dia menemani Firdaus berbual.
"Abang suka fencing tak?" Pertanyaan Adriana itu membuatkan Firdaus mengerut dahi.
"Tak pernah cuba, Ana suka ke?"
"Yup. Dulu selalu berlatih dengan Julian, Lillian dan Ian kat KLFC" Adriana sememangnya suka melakukan aktiviti sukan yang mencabar. Dia berminat dengan sukan lawan pedang itu sejak diperkenalkan oleh Ian yang sememangnya atlet sukan itu di universiti tempat mereka belajar.
"Menarik juga, abang selalu juga dengar pasal fencing ni tapi tak ada masa untuk cuba. Nanti Ana ajar abang ye?" Adriana mengangguk setuju.
"Tak sangka banyak juga sukan yang Ana suka ye?"
"Oh Ana ada juga join Airsoft team" Firdaus terkejut dengan kenyataan Adriana itu.
'Pergh biar betul bini aku ni!' getus Firdaus dalam hati. Airsoft bukan aktiviti rekreasi sebarangan. Latihannya sahaja sudah macam latihan askar. Firdaus cuma pernah mencuba paintball, itupun dia mengeluh sakit apabila ditembak.
"Err dengan budak bertiga tu juga ke?" Adriana tersengih dengan reaksi terkejut Firdaus. Dia pun terjebak dengan Airsoft pun kerana desakan tiga orang sahabatnya itu. Mereka memang sentiasa bersama sejak dahulu lagi. Mereka bertiga sahaja yang tak kisah dengan perangai dinginnya.
Setelah dua jam perjalanan, mereka sampai ke perkarangan rumah mereka. Rumah yang akan diduduki oleh mereka bermula pada hari ini. Firdaus membuka boot kereta dan mengeluarkan bagasi mereka. Adriana membuka pintu grille dan pintu utama rumah mereka dengan kunci yang diberikan oleh Firdaus dalam kereta tadi.
Firdaus meletakkan bagasi mereka ke dalam bilik mereka di tingkat dua dan dia terus turun untuk memulakan aktiviti mengemas. Adriana yang sedang duduk di meja makan di dapur menghulurkan sebotol air mineral sebaik sahaja melihat Firdaus mendekatinya.
"Minum dulu" Firdaus mengambil tempat duduk disebelah Adriana dan terus meneguk air itu dengan perlahan.
"So can we start now?" tanya Adriana setelah membiarkan Firdaus berehat selama beberapa minit. Adriana sudah bangun dari tempat duduknya dan mencapai dua batang penyapu yang terletak di sudut dapur. Dia menghulurkan penyapu itu kepada Firdaus yang sudah berdiri hampir dengannya.
"Okey, abang sapu belah sana, Ana sapu kat sini" Adriana dengan penuh teruja memberikan tugas kepada suaminya. Sengaja dia mengambil bahagian yang lebih luas kerana kasihankan Firdaus yang penat memandu. Firdaus mengangguk sambil mencubit pipi Adriana yang kelihatan teruja. Hilang rasa penat memandunya apabila melihat isterinya yang gembira. Dia terus bergerak menuju ke 'kawasan' yang perlu dibersihkan olehnya.
Mereka menghabiskan petang itu dengan mengemas rumah dan menyusun atur perabot mengikut gabungan citarasa mereka. Mereka hanya berhenti apabila tiba waktu solat Asar dan kembali menyambung mengemas sehingga mereka berpuas hati.
Firdaus duduk melepaskan lelah di sofa. Adriana yang kasihan dengan keadaan Firdaus terus ke dapur untuk menyediakan minum petang untuk suaminya. Dia kembali dengan dulang yang berisi biskut jagung dan secawan teh.
Firdaus tersenyum senang dengan kelakuan isterinya yang prihatin. Sedingin-dingin isterinya, sekurang-kurangnya Adriana prihatin dengannya.
"Thanks darling" ucap Firdaus ikhlas. Adriana mengambil tempat disisi Firdaus yang kelihatan sedikit pucat. Dia mengambil sehelai kertas tisu lalu membantu mengelap peluh Firdaus.
"Abang kerja esok?"
"Yup. Hmm Ana, kita buat housewarming nak? Kita jemput la kawan-kawan kita, buat kenduri doa selamat sekali" Cadangan Firdaus itu disambut baik oleh Adriana. Teringin juga dia ingin berkenalan dengan kawan-kawan Firdaus disamping merapatkan Firdaus dengan kawan-kawannya. Siapa lagi kalau bukan Julian, Lillian dan Ian.
Malam itu mereka membaca Yasin bersama-sama setelah solat Isyak berjemaah. Firdaus merebahkan badannya ke katil setelah selesai bacaan Yasin. Badannya terasa seram sejuk dan dia dapat rasakan yang dia akan demam. Adriana yang baharu selesai melipat sejadah dan mengantung telekung terus mendapatkan Firdaus yang sudah terbaring lesu diatas katil mereka. Dia meletakkan telapak tangannya diatas dahi Firdaus.
"Confirm, demam" gumam Adriana sendirian. Dia bingkas bangun dari katil dan ingin mengambil panadol dari dalam begnya namun langkahnya ditahan Firdaus apabila suaminya itu mencapai pergelangan tangannya.
"Sayang nak pergi mana?" Firdaus yang masih lemah itu memegang kejap pergelangan tangan Adriana.
"Ana nak ambil ubat dalam beg, sekejap ye abang?" Firdaus pantas menggelengkan kepalanya. Dari kecil lagi dia memang tidak sukakan ubat dan apa-apa yang berkaitan dengan hospital.
"Abang tak nak makan ubat. Nanti bila dah bangun dari tidur nanti okeylah" Adriana mengeluh kecil apabila memikirkan yang suaminya yang degil tidak mahu memakan ubat walaupun sudah demam.
"Tapi kalau tak surut nanti macam mana? Esok abang kerja kan?" pujuk Adriana. Tangannya mengelus lembut wajah Firdaus yang sudah memerah dek demam.
"Tak nak! Abang tak nak makan ubat!" Firdaus memalingkan mukanya dari memandang wajah Adriana. Geram apabila isterinya tak mendengar kata.
'Adoi dah macam budak-budak!' Adriana tersenyum kecil dengan gelagat mengada-gada suaminya. Kini dia sudah tahu rahsia Firdaus, suaminya akan jadi seperti kanak-kanak apabila sakit.
"Okey, Ana tak paksa. Sekejap ye? Ana nak ambil something" Adriana meninggalkan suaminya sebentar untuk mengambil 'senjata rahsia' dari dalam begnya. Firdaus hanya mengeraskan diri tanda merajuk dengan isterinya.
Adriana kembali setelah meninggalkan Firdaus selama dua minit. Firdaus yang masih baring mengiring tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila dia mendekati suaminya itu.
"Abang, pandanglah sini" pujuk Adriana apabila Firdaus masih lagi mengeraskan diri dan tidak mahu memandangnya. Adriana mendekati suaminya dan..chup! Dia dengan berani mencium pipi suaminya yang sedang merajuk.
Firdaus berpaling memandang Adriana dengan muka terkejut. Adriana hanya tersenyum kecil lalu memegang pipi Firdaus. Ditangan kanannya terdapat 'sesuatu' yang menarik perhatian Firdaus.
"Taadah! Koyok Cool Fever! Sesuai dengan baby besar Ana!" Adriana melekatkan koyok itu didahi Firdaus sambil tersengih. Dia sebenarnya senang melayan kerenah Firdaus. Bagaikan bermain pondok-pondok pun ada. Firdaus mula memuncungkan bibirnya tanda protes.
"Sayang ejek abang ye?" Firdaus yang sudah mula duduk bersandar menyilang kedua-dua belah tangannya sambil matanya melekap pada wajah Adriana.
"Taklah" Adriana mendekatkan tubuhnya kepada suaminya. Kepalanya dilentokkan pada bahu Firdaus sambil tangannya melingkar pada pinggang suaminya. Teringin pula melihat reaksi Firdaus apabila dia memulakan aktiviti menggoda. Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila Firdaus sudah mengukirkan senyuman tanda sudah tidak merajuk dengannya.
"Abang tidur ye? Mesti abang dah penat" Firdaus mengangguk dan terus berbaring. Adriana segera menyelimutkannya dan menutup lampu bilik.
"Sayang.."
"Hmm?"
"Thanks sebab jadi sayang abang" ucap Firdaus sambil mengenggam erat tangan Adriana didalam selimut. Adriana terus merapatkan dirinya pada suaminya yang sudah terlena.
Pagi itu selepas solat Subuh berjemaah, Firdaus yang masih kurang sihat membaringkan diri diatas katil mereka. Adriana sudah menukarkan koyok baru pada dahi Firdaus. Comel pula apabila dia melihat Firdaus yang terbaring lesu dengan koyok didahi.
"Abang tak payah kerja la ye hari ni?" Adriana duduk disisi Firdaus. Tangannya didekatkan pada leher Firdaus yang masih panas. Firdaus yang memejamkan mata hanya mengangguk setuju, dia pun tak larat untuk bangun dan pergi kerja hari ini.
Adriana mengeluarkan telefon pintarnya dan terus mendial nombor pembantunya. Dia ingin mengambil cuti untuk menjaga Firdaus. Tak sanggup rasanya dia meninggalkan suaminya yang sakit keseorangan dirumah.
"Assalamualaikum Emir, saya tak masuk ofis hari ni." Adriana terus menamatkan panggilan sebaik sahaja menyampaikan pesanan kepada pembantunya.
"Abang, do want me to call anybody from your office to inform them that you're not coming today?" tanya Adriana sambil memandang Firdaus yang terbaring lemah. Simpati apabila melihat suaminya yang sentiasa ceria terbaring begitu.
"Nevermind, I'll text them later" balas Firdaus. Kepalanya terasa berdenyut-denyut segera dipicit perlahan.
"Abang, Ana rasa baik kita pergi klinik. Abang demam teruk ni" Adriana menggengam tangan Firdaus. Firdaus menunjukkan muka tidak berpuas hati dengan cadangan Adriana. Dia tak mahu ke klinik atau hospital.
"Abang tak nak! Tak sukalah!" bentak Firdaus. Adriana hanya tersenyum apabila cadangannya diprotes suaminya.
"Okay then, I will call my private doctor and he'll be happy to come and give you his best shot literally" Membulat mata Firdaus apabila Adriana menyebut perkataan 'shot'. Jarum? Memang bukan 'barang' yang disukainya.
"Ana, abang tak nak kena suntik" lemah suara Firdaus merayu ditambah pula dengan muka kesiannya memang boleh buat drama tragis. Adriana menjungkitkan sebelah keningnya. Bukan dia tak kasihan namun kesihatan suaminya lebih penting buat masa sekarang.
"Okey kalau demam ni tak surut juga petang ni kita pergi klinik" tegas Adriana. Dia sudah cukup berkompromi dengan Firdaus.
"Okey" jawab Firdaus lemah.
'1-0, Hanan!' jerit Adriana dalam hati sambil tersenyum bangga. Seronok apabila dia berjaya 'mengalahkan' Firdaus versi degil dan manja.
Adriana meninggalkan Firdaus dibilik tidur mereka apabila suaminya itu sudah melelapkan mata. Penat dia memaksa Firdaus makan bubur tadi. Firdaus hanya mahu apabila dia yang menyuapkan suaminya itu. Tiba-tiba Adriana teringat sesuatu dan dia terus mendial nombor manusia yang amat memahami Firdaus, siapa lagi kalau bukan ibu mertuanya.
"Assalamualaikum ibu, ni Hanan. Abang demam tapi dia tak nak pergi klinik" adu Adriana pada Puan Hafizah.
"Waalaikumussalam Hanan, Firdaus tu memang macam tu" kedengaran suara Puan Hafizah yang ketawa kecil.
"Hanan jelum kepala dia dengan air asam jawa. Selalu ibu buat macam tu je" beritahu Puan Hafizah.
"Oh Hanan dah tampal koyok kat dahi abang, tadi baru je tukar. Tak apa nanti lagi sejam, Hanan jelum dengan air asam jawa" Adriana meletakkan telefon setelah beberapa minit berborak dengan ibu mertuanya. Ibu mertuanya sempat memintanya mengambil gambar Firdaus dengan koyok yang tertampal didahi. Ibu mertuanya memang sporting. Jika tidak disuruh pun, Adriana memang sudah mengambil gambar Firdaus tadi dengan kamera DSLR milik Firdaus apabila suaminya sudah terlena tadi. Dia ada juga mengambil gambar menggunakan telefon pintarnya untuk menjadi tatapannya apabila dia bosan nanti.
Firdaus melangkah masuh ke dalam restoran makanan Itali, Aria dengan agak tergesa-gesa. Dia sebenarnya sudah lambat untuk bertemu dengan tiga orang sahabat baiknya; Muiz, Hamdan dan Iqram. Tiba-tiba bahunya dilanggar kasar oleh seorang wanita dari arah belakang. Wanita itu terus melangkah tanpa meminta maaf.
Firdaus hanya menggelengkan kepala dan terus mendapatkan sahabat-sahabatnya yang sudah sedia menunggu.
"Sorry weh, jalan sesak sikit" Firdaus terus mengambil tempat duduk disebelah Iqram. Dia terus bersalaman dengan sahabat-sahabatnya.
"Tak apalah kami pun baru je sampai" kata Iqram sambil menghulurkan segelas air suam kepada Firdaus.
"Thanks" ucap Firdaus sambil tersenyum.
"Kamil! You berani curang dengan I dengan perempuan ni!" jerit seorang wanita yang berdiri berhampiran dengan meja mereka. Di meja tersebut terdapat seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang enak menjamu selera.Wajah wanita yang sedang duduk itu tidak dapat dilihat mereka kerana tubuhnya membelakangi mereka.
"Wait, I can explain. Hani, this is not what you think" tergagap-gagap lelaki itu cuba menyakinkan wanita yang sedang naik hantu itu.
"Hey perempuan! Kau tahu tak yang dia ni tunang aku? Kau siapa huh?" membuntang wanita yang bernama Hani itu memarahi wanita yang masih duduk itu.
Wanita itu terus berdiri dan mencurahkan segelas air fresh orange keatas kepala lelaki yang bernama Kamil itu.
"Fair enough right?" Perempuan itu terus berlalu setelah membuat aksi yang tak terjangka itu meninggalkan Hani dan Kamil yang tercengang. Wajah wanita itu menarik perhatian Firdaus sebaik sahaja wanita itu melintasi meja mereka sebelum keluar dari restoran.
'Adriana Hanan' wajah dingin yang sentiasa melekat didalam kepala Firdaus. Wajah yang dirinduinya sejak dulu lagi kini semakin cantik dan semakin dingin.