[credit] |
Laju aku melompat turun dari katil apabila terdengar bunyi
deruman enjin EX5 dari luar rumah. Hati aku melonjak gembira melihat hari ini
target yang aku tunggu sejak dua hari lepas muncul.
“Hmm nampak hensem seperti selalu.
Ufufufufufu..” Mata aku masih tertancap pada si dia yang bertopi keledar merah
putih dari celah tingkap bilik aku.
“Along, buat apa?” Huk! Terkejut aku
apabila adik bongsuku, Aeril tiba-tiba muncul dari belakang.
“Tak ada apalah. Eh, busuk pergilah
mandi!” Aeril mencebik marah sebelum terkedek-kedek berlari keluar dari bilik
tidurku. Nak mengadu kat mak lah tu! Budak empat tahun yang malas mandi memang
selalu kena bahan dengan aku.
Eh? Tepuk dahi aku apabila terlupa dengan aktiviti yang aku
sedang lakukan tadi. Mamat posmen pun dah hilang dari pandangan.
“Cis!” Aku kembali mengemas bilik
tidur aku. Tak apa, esok masih ada.
…………………………………………………………………………………………………………
Timbunan surat-surat diasingkan mengikut destinasi. Selesai
tugas pengasingan, surat-surat diserahkan kepada posmen-posmen yang bakal
bertolak ke destinasi yang telah ditentukan.
“Taufiq dah sihat?” Pakcik Haris
mendekatiku dengan senyuman melebar. Aku mengangguk sambil membalas
senyumannya.
“Alhamdulillah pakcik. Lepas rehat
dua hari surut terus demam saya.” Beg berisi surat-surat yang perlu dihantar disangkut
pada tepi motor.
“Alhamdulillah. Baiklah Taufiq
hati-hati bawa motor tu. Apa-apa call
pakcik.”
“Baiklah pakcik.” Enjin motor aku
hidupkan dan dengan lafaz bismillah aku bertolak keluar dari pusat pengagihan.
…………………………………………………………………………………………………………
Pagi ini aku bangun dengan penuh bersemangat. Entah kenapa
aku dapat rasakan yang sesuatu yang baik akan berlaku hari ini. Halaman rumah
aku sapu dengan cermat. Pokok-pokok bunga mak juga sudah aku siram. Jemur baju?
Ehey, awal-awal lagi aku dah siapkan!
“Along, mak suruh masuk makan dulu!”
jerit adik-adik aku dari dalam rumah.
“Ye sekejap!” laung aku kembali.
Plastik sampah aku ikat dengan cermat sebelum membasuh tangan disinki.
“Rajin along hari ni.” Aku hanya
tersengih dengan teguran mak.
“Along rajin ada makna mak.” Adik
kedua aku, Fariz menyampuk. Dey, mahu cari pasal ka adik?!
“Angah memang suka menyakat along
kan?” Senyuman bermakna aku berikan pada Fariz sambil mencubit perutnya dari
bawah meja. Berkerut-kerut jugalah muka budak itu menahan sakit. Nak menjerit
tak berani sebab ayah baru sahaja duduk dimeja makan.
“Along petang ni nak juga ke ikut
ayah?” soal ayah. Pagi ini kami bersarapan nasi lemak. Mak memang rajin membuat
sarapan untuk kami sekeluarga meskipun dia merupakan wanita bekerjaya. Mak merupakan
seorang peguam dan memiliki firma guaman sendiri.
“Yup cadang-cadangnya macam tu la.
Sementara tak ada apa-apa ni baik along ikut ayah je.” Ayah mengangguk faham.
“Along tomboy!” jerit Fariz setelah
meletakkan pinggan ke dalam sinki. Eh budak ni! Mentang-mentang dia dah siap
makan, bolehlah dia lari kalau tak memang kena luku!
……………………………………………………………………………………………………
Entah apa malang nasib aku hari ini. Sudahlah tadi kena
kejar dengan anjing. Sekarang boleh pula motor aku ni mengkhianati aku! Sakit
hati aku!
“Alahai motor, nasib baiklah semua
surat dah siap hantar. Haish mana pula kedai motor dekat-dekat sini.” Aku
mencangkung melihat tayar yang kempis. Nak telefon Pakcik Haris, telefon aku
pula habis bateri. Adui, malang betullah!
…………………………………………………………………………………………………………
Eh, eh bukankah itu….sah mamat posmen yang selalu aku intai
dari celahan tingkap bilikku ehey! Nampaknya dia didalam kesusahan. Sebagai
rakyat Malaysia yang prihatin lagi penyayang, haruslah aku membantu mamat
posmen itu. Hehehe..
“Assalamualaikum. Kenapa ni?” Wajah
ayu lagi sopan-santun aku pamerkan pada mamat posmen. Dia segera berdiri dan
memberikan senyuman buatku. Wahlawei nak meloncat jantung aku!
“Waalaikumussalam. Err adik, motor
saya pancit. Adik tahu tak kat mana bengkel terdekat?” Wuuu sangat bersopan
mamat posmen ini. Adik? Adik manis ka?
“Tayar pancit ye? Mari saya
tunjukkan bengkel. Tak jauh pun.”
“Oh betul ke adik? Terima kasih ye.”
Dia mula menolak motor mengikuti aku.
“Sini.” Aku membuka pagar rumah
lalu menyuruhnya membuat double stand
di tengah halaman rumahku.
“Err adik ni bukan rumah orang ke?”
Taklah inilah rumah makhluk hobbit!
Alahai mamat posmen ni.
“Rumah saya. Sekejap saya pergi ambil
barang-barang.” Aku nampak mamat posmen itu tercengang tapi aku tahu selepas
ini dia akan lebih tercengang.
Kotak peralatan bengkel milik ayah aku bawa keluar. Aku
melonggarkan skru-skru dengan spanar lalu mengeluarkan tayar dari motorsikal.
“Kena paku ni.” Dia hanya
mengangguk sambil turut mencangkung melihat aku bekerja. Paku aku cabut dan
meletakkannya ke dalam bekas. Kemudian aku menggunakan penyungkil tayar untuk
mengeluarkan tiub dari tayar.
“Hmm tiub ni dah lama dan dah
bertampal-tampal. Rasanya baik tukar tiub baru.”
“Oh..ha..bolehlah.” Mahu tergelak
aku dengan reaksi mamat posmen ini. Hehehe…tak pernah tengok mekanik wanita
beraksi ke apa?
“Nama saya Taufiq. Apa nama adik?”
Eh tiba-tiba pula nak buat sesi perkenalan.
“Hidayah.”
“Ha?!” Dah kenapa? Kampung sangat
ke nama aku tu? Aku buat tak tahu sambil meneruskan kerja aku. Aku membetulkan
pelapik getah alas pada rim sebelum memasukkan tiub yang baru ke dalam tayar.
Tayar aku masukkan angin sebelum memasangkan semula ke motor. Nasib baik cuma
tayar depan yang pancit kalau dua-dua mahu haru.
“Along, siapa ni?” Fariz dan Aeril yang
menjenguk dari dalam rumah aku pandang tanpa perasaan. Dah siap kerja baru nak
muncul.
“Abang posmen ni, motor dia pancit
jadi along tolong tukarkan tiub dia. Ni korang berdua tak mandi lagi kan? Baik
korang mandi sebelum along libas dengan getah paip!” Berdesup budak berdua itu
berlari ke bilik mandi. Mak dengan ayah tak ada memang menjadi-jadi perangai
malas mandi. Ek lupa kejap yang mamat posmen tu masih ada kat sini. Haish
hancur habis imej ayu dan sopan-santun aku tadi!
“Err adik. Berapa ye?” Mungkin
terkejut dengan aku yang tiba-tiba menyinga dengan adik-adik aku terus kecut
mamat ni.
“Tak apalah. Kira hari ni saya
bersedekah.” Senyuman manis aku hadiahkan kepada mamat posmen.
“Eh betul ke ni dik? Terima kasih
banyak-banyak. Pandai adik tukar tiub.”
“Oh sebab saya selalu tolong ayah
saya kat bengkel dia jadi setakat tukar tiub ni memang tak jadi masalah.”
“Adik mekanik ke? Belajar kat politeknik
ke?” Berapa banyak ‘nik’ da….
“Saya tengah tunggu keputusan untuk
posting. Saya ni..”
“Mekanik pun ada posting?” Adui mamat posmen ni apasal
kuat menyampuk!
“Saya doktor gigi.” Kalaulah aku
ada kamera memang aku tangkap gambar mamat posmen ni sekarang. Mungkin tak
percaya yang doktor gigi boleh buat kerja-kerja bengkel.
“Hebat doktor gigi sekarang boleh
buat dua kerja.” Aku tersengih dengan kata-kata mamat posmen. Apa? Aku sahut
saranan menteri apa..
“Baiklah saya balik dulu. Terima
kasih ye Hidayah.”
“Oh sama-sama.” Aku memerhatikan
sahaja mamat posmen sehingga hilang dari pandangan.
Eh sekejap. Nama dia Taufiq? Tepuk dahi aku. Sekarang baru
aku faham kenapa dia terkejut bila dengar nama aku tadi.
Hmm adakah Taufiq sudah bertemu dengan Hidayahnya ataupun
Hidayah yang sudah terjumpa dengan Taufiqnya? Ehey~
21 comments:
Terburai perut baca cerpen ni.. Lawak + sweet!! (^_~)v Hufufufu
@SNIz: Hehehe thanks (^-^)v
Kalo de smbungan ni best gak.. hahaha.. buat novel j la sis..
@Sayhida Amirah: wuu..x rasa nak buat sambungan tapi..haha bergantung pada tahap imaginasi dan kerajinan hehe..
(^-^)v
Mohon sambung please ;D;D;D
@Farachen: Huhuhu bergantung pada tahap imaginasi dan kerajinan
(^-^)v
Kak, my wish... Tolonglah sambung. Nanti kita baca kat asrama ya?
@adryz annissa: aiyoo...huhu nnt akak fikir dl sbb mmg igt nk abiskan mcm ni je.
(^-^)v
salam dah lama takde cite baru. Sweet jer cite nie...
@rozita kadiman: waalaikumussalam. maaf lambat reply. sekarang saya sibuk dengan kelas sebab semester dah bermula kat U tempat saya bekerja.
Alhamdulillah terima kasih. InsyaAllah ada masa saya update lagi.
(^-^)v
short n sweet. just perfect. 5 stars.
@MISS terious Girl: thanks. Really appreciate that (^-^)v
huhu... cerita akak semuanya best2! ^.^
@NinjaPena: alhamdulillah..terima kasih (^-^)v
As salam. Entah kali berapa sy baca tetap tersenyum. Good job writer.
Nice,,love it
Waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih.
(^-^)v
Thanks (^-^)v
bestnye novel :D dan cerpen kat blog ni.
@Rin Hijabist: Thanks sis (^-^)v
Titanium Iphone Case - Titanium Arts
It's a urban titanium metallic custom case and you titanium hip can play the case with your mobile phone or tablet with the same titanium stud earrings device (the case microtouch titanium trim reviews can work for iOS can titanium rings be resized and Android).
Post a Comment