[kredit] |
Zirafah yang dok seronok mengunyah pucuk daun yang aku beri
kuperhatikan sehinggalah dia siap menelan. Sekarang aku di zoo negara bersama
dengan kakak-kakak Nadhif, Nadhif, Nashrul serta Rafi dan Rafiq. Oh ye, along
aku pula ditugaskan menjadi pemandu kami hari ini. Dari tadi aku perasan yang
kakak-kakak Nadhif berusaha nak beramah-tamah dengan along aku tapi…along dah
memang sejak azali tak berapa pandai bersosial dengan perempuan maka nampak
sangat mereka di’boo’ layan tak pun along aku senyum lepas tu ‘melarikan diri’
konon-konon layan Rafi dan Rafiq. Aku? Bila dah ramai macam ni, aku memang
automatik jadi senyap.
“Kau tengah serap semangat zirafah
ni dengan harapan kau tinggi sikit dari sekarang ke apa?” Teguran dari Nadhif
menghentikan lamunanku.
“Haahlah. Aku tak puas hati sebab
kau lagi tinggi dari aku.” Tak payah tunggu, terus Abang Baby menghamburkan tawa.
“Perempuan kalau rendah tak apa cik
adik oii!”
“Lelaki pun comel apa kalau
rendah.”
“Eh kau ada fetish dengan lelaki rendah ke?” Fetish? Sewel dia ni! Aku memukul lengannya dengan botol air aku.
Nasib baik kosong kalau berisi mahu bergaduh kami kat zoo ni.
“Sorry la aku tak boleh nak rendahkan diri aku untuk memuaskan nafsu
kau.” Isk dia ni!
“Kau memang selalu tinggikan diri.
Dahlah tak mahu mengarut lagi. Nashrul mana?”
“Diorang semua kat sana tu. Ni aku
nak panggil kau untuk makan sekali. Kau tengok zirafah macam apa je. Jom
makan!” Aku mengangguk dan terus membontoti Nadhif yang sudah berjalan
didepanku.
“Rei bawa kembar dengan Nashrul
pergi basuh tangan dulu.” Aku hanya menurut arahan along yang sedang membentang
tikar. Tak nampak pula kakak-kakak si Nadhif. Diorang pergi mana? Hmm malas
pula nak tanya.
“Saya ikut sekali.” Nadhif
menawarkan diri lalu memimpin tangan Nashrul dan Rafi. Rafiq pula aku dukung
sebab tiba-tiba aje budak ni meragam minta dukung.
“Kembar tiga tu mesti tengah
memborong patung-patung binatang.” Aku hanya tersenyum dengan kata-kata Nadhif.
Aku pula memang tak berapa minat dengan patung-patung itu semua. Aku lebih
berminat dengan model-model rumah dan jigsaw puzzle.
“Kalau kau nak, aku boleh belikan
satu untuk kau.” Aku memandang wajah Nadhif yang tiba-tiba berubah warna. Apa
ke pelik perangai lelaki ini? Kalau nak beli, beli ajelah. Aku buat tak tahu
dan terus membantu Nashrul membersihkan tangannya. Rafi dengan Rafiq dah aku
selesaikan tadi.
“Kau..kau nak tak?” Tangan dia dok
menarik sedikit baju aku.
“Ikut kau la nak beli ke tak. Duit
kau,” balasku perlahan. Ikutkan boleh aje aku cakap tak nak tapi…apasal aku
jawab lain dari apa yang aku fikirkan ni?
“Nanti bila aku dah beli kau jangan
tak nak pula.” Aku hanya mengangguk. Nak cakap apa lagi?
“Abang Baby, Nashrul nak patung
juga!” Nashrul menarik-narik baju Nadhif.
“Kau minta kat kakak! Berapa kali
abang pesan jangan panggil Abang Baby
kat luar! Malu tahu!” Nashrul mencebik setelah dimarahi Nadhif. Tapi tak lama,
sekejap sahaja sebab si Abang Baby
memujuk dengan mengatakan yang dia akan beli juga patung untuk Nashrul. Alahai
Abang Baby….
“Rei memang rapat dengan diorang tu
ke?” soal abang sulungku setelah menghantar adik-beradik Nadhif pulang ke
rumah. Vellfire dipandu along dengan penuh berhati-hati. Bukan selalu dia
memandu van besar sebegini.
“Tak adalah rapat mana. Rei sekelas
dengan Nadhif tu.” Rafi dan Rafiq yang sedang tidur di tempat duduk belakang
aku pandang sekilas.
“Sebenarnya kakak-kakak Nadhif tu senior along zaman sekolah dulu.”
“Oh..”
“Along tak tahu kenapa tapi diorang
memang suka kacau along dari dulu.” Huk! Adakah ianya sememangnya dah
terkandung didalam genetik adik beradik si Nadhif?
“Tapi diorang tak boleh kacau
lebih-lebih sebab angah ada. Angah dulu kat sekolah memang garang gila dengan
diorang.” Oh Abang Wan, dialah pengawas sekolah yang paling digeruni pada zaman
dia bersekolah dulu. Sampai sekarang, ada sahaja cikgu-cikgu yang bercerita
tentang kewibawaan Abang Wan bila nampak aku hantar buku latihan ke bilik guru.
“Tak sangka sampai sekarang pun
diorang punya perangai tak berubah-ubah. Tapi disebabkan perangai gila-gila
diorang itulah zaman sekolah abang boleh kata seronok jugalah.” Aku terdiam
seketika. Memikirkan perangai adik beradik Nadhif yang macam-macam. Apa pun,
tak dinafikan yang aku dapat rasakan yang aku makin seronok ke sekolah sejak
berkawan dengan dia.
“Rei pun elok-eloklah berkawan
dengan Nadhif. Jaga batas dan ingat kamu berdua bukan mahram jadi jaga diri dan
elakkan selalu berdua faham?” Nasihat abang sulungku lembut tapi masih
terkandung ketegasan dalam suaranya. Aku mengangguk faham. Tahu yang dia cuma
risaukan aku kerana ramai remaja zaman sekarang yang mudah terjebak dengan
perkara-perkara yang tak baik atas nama cinta monyet. Hmm monyet pun menyampah
dengan diorang aku rasa.
“Along, macam mana kalau triplet tu suka kat along?” Tersentak
abang sulung aku dengan pertanyaan aku.
“Isk Rei, tak adanya along nak
kahwin tiga sekaligus.” Aku hanya ketawa dengan kata-kata abang sulung aku itu.
Mesti masuk surat khabar kalau dia kahwin kembar tiga itu sekaligus. Hahaha…sekejap..nak
ke mereka bertiga itu bermadu?
Setelah menonton video cara-cara untuk membuat kek di
Youtube, aku dengan penuh bersemangat pergi ke kedai untuk membeli bahan-bahan.
Lagi tambah bersemangat bila kek ini adalah hadiah aku untuk mak yang bakal
menyambut hari jadinya esok.
“Reika!” Aku terus tersenyum
apabila melihatkan kakak-kakak Nadhif yang menegur.
“Beli barang nak masak apa ni?”
soal kakak sulung Nadhif, Najwa.
“Nak buat kek untuk mak.” Mereka
kemudiannya saling memandang diantara mereka sebelum tersenyum.
“Buat lebih boleh? Esok birthday Baby. Reika tak tahu ke?” Semestinya aku
tak tahu. Walaupun dah agak lama juga berkawan, tapi tak terlintas pun untuk
aku bertanya tentang tarikh lahir si Nadhif. Tak sangka hari lahirnya sama
dengan mak aku.
“InsyaAllah boleh.” Memang aku kena
buatkan kek untuk dialah.
“Okay kami pun nak balik ni. Oh ye, Baby suka cheesecake tau?”
Huk! Nasib baiklah aku memang bercadang nak bakar kek keju untuk mak aku. Kalau
kek lain yang dia suka pun ada aku kisah?
“Hmm kena beli double ni.” Aku menyemak senarai bahan-bahan dan mula
membeli-belah. Teringat yang Nadhif pernah menghadiahkan aku patung zirafah
semasa lawatan kami ke zoo yang lepas. Boleh pula dia cakap semoga hasrat aku
untuk menjadi tinggi tercapai dengan adanya patung pemberi semangat. Mengarut
punya orang.
Esoknya selepas waktu sekolah aku menelefon Nadhif
menyuruhnya datang ke pondok. Kek untuknya aku telah simpan dirumah sebab segan
gila kot nak bawa ke sekolah. Kang tak pasal-pasal satu sekolah gosipkan aku
dengan dia.
“Kau nak study lagi ke petang ni? Kau ni memang hantu study ke? Malaslah!” Isk sebelum ini tak pernah-pernah dia menolak
bila aku ajak datang pondok untuk belajar bersama. Kadang-kadang dia datang
tapi bukan belajar pun, sibuk menghadap PSP sambil baring-baring tak pun
menyakat Rafi dan Rafiq yang sentiasa setia menemani aku kalau Abang Baby datang.
“Ala kalau kau tak nak study pun datang jela.” Bila lagi aku
nak bagi kek kat dia? Nak hantar ke rumah dia? Naya aku kena sakat dengan
kakak-kakak dia yang nakal tak serupa orang!
“Malaslah…” Isk dia ni!
“Nak datang tak nak? Tak nak tak
apalah! Bye!” Aku terus mematikan
telefon pintarku. Balik tadi aku lupa nak beritahu dan mood dia pun mendung semacam
hari ini.
Aku mengeluarkan kek dari peti sejuk. Untuk mak sudah siap
aku hias dengan dekorasi yang aku pelajari dari video di Youtube. Nampak sangat
amatur tapi inilah usaha aku dan aku rasa mak mesti suka punyalah. Abang sulung
dan Abang Wan aku dah tamat cuti semester. Nani pun dah masuk asrama. Di rumah
tinggal aku, Rafi dan Rafiq berserta mak dan ayah. Sunyilah juga.
“Nak hias apa kek dia ni? Kosong?
Oh aku tahu!” Dengan senyuman sinis aku mula menghias kek Abang Baby. Hehehe…
Nak dekat sejam aku tunggu dipondok barulah Abang Baby
datang dengan muka masam. Marahlah tu. Aku buat muka selamba sambil goyang-goyang
kaki diatas para pondok.
“Kata nak study?” soalnya dengan
muka tak reti nak manis. Menyampah!
“Dah tadi sementara tunggu kau.”
“No point la aku datang ke tak datang kan? Apasal tiba-tiba mengada
nak study pun kena berteman bagai?”
Sabar Rei sabar. Gaya dia ni sekarang buatkan aku rasa nak campak aje kek yang
aku buat tu kat muka dia.
“Kau dah kenapa hari ni? Moody macam kau pula yang period!” Huk mulut aku! Merah padam muka
Abang Baby!
“Kau memang tak tahu kan? Sudahlah!”
Aku mula menggelabah bila dia macam nak patah balik.
“Sekejaplah Nadhif!” Aku bangun dan
menarik bajunya. Mahu terkeleweh juga sampai nampak bahu dek tarikan aku.
“Nah! Happy birthday!” Kek yang aku buat terus kuberikan kepadanya. Berubah
terus muka Abang Baby. Dari masam ke
manis kalah madu hehehe…
“Kau ingat rupanya. Kau buat
sendiri?” Aku mengangguk laju. Senyuman tak lekang dibibir apabila melihat
wajah gembira Nadhif.
“Kau sengaja seksa jiwa aku sehari
ni sebab nak bagi hadiah ni?” Aku mengangguk lagi.
“Thanks. Ini hadiah birthday yang paling best aku pernah dapat. Walaupun lukisan kau atas kek ni sengaja nak
provok aku.” Aku menayangkan gigi.
Gambar budak lelaki yang sedang mengamuk aku yang aku lukis secara spontan
memang sesuai dengan imej dia. Tak sangka aku ada bakat melukis juga rupanya
hahaha…
“Aku bengang sebab kakak-kakak aku
cakap diorang ada beritahu kau yang hari ni birthday
aku. Mulanya aku ingat kau akan ucapkan selamat hari jadi kat sekolah hari ni
tapi seharian kau mengelak dari bercakap dengan aku. Macam manalah aku tak angin?!”
Hari ini memang aku sengaja mengelak dari dia. Lagipun aku agak sibuk disekolah
memandang ada beberapa tumbuhan baru yang akan ditambah ke dalam taman botani
aku itu.
“Apa-apa pun kau puas hati tak? Ni
je yang aku mampu bagi kat kau.” Dia menganggukkan kepala. Matanya tak lepas dari
memandang kek.
“Jom potong kek. Sedap ke tak sedap
kau jangan bising tahu?!”
“Kalau kau bagi racun pun aku akan
makan Rei.” Ehey dia cakap apa?! Aku memotong kek dengan muka yang memerah. Isk
apakah perasaan ini?
***********************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu part. Macam biasa tak suka ka apa sila komen,
(^-^)v
***********************************************************************
Alhamdulillah siap lagi satu part. Macam biasa tak suka ka apa sila komen,
(^-^)v
16 comments:
Ohoiii bangganya boleh baca awal2. Hahaha. Best cerpen ni akak =D
(^-^)v
@Nurul: Alhamdulillah. Hehehe tahniah2..
(^-^)v
Abg baby ni cute sangat lah! Hahaha
Haha ye ke? Thanks sbb sudi bc.
(^-^)v
Hahahah...comel la abg baby dgn reika nie
@lebah comel: Hehehe...biasa2~
(^-^)v
BEstnye!!!! (^-^) <3
salam dah lama tak jengok blog nie. Akak sengaja kumpul tunggu ada dua ting episode baru baca senang sikit. As usual cite yg menarik. Dua2 nie sama perangai tapi kelakar Nampak mcm brutal tapi panggilan manja abg baby... kelakar juga. Anyway nice story and waiting for the next entry.
@Didyana Idris: Hehehe alhamdulillah. Thanks
(^-^)v
@rozita kadiman: waalaikumussalam. Hehe xpe2 saya fhm. Saya ni pn update bl ada ms tu yg kekdg satu cerpen je sebln. Alhamdulillah. InsyaAllah saya cuba update secepat mungkin.
(^-^)v
hai....dh lama jd silent reader blog ni.terbaik la cerpen2 dlm ni. i like!
@Siti Razak: Hai..alhamdulillah. Terima kasih ye.
(^-^)v
Recheck the words ok...sayang kalau cerita dah best tapi penggunaan bahasa yg salah..semak balik maksud mahram (utk pertalian saudara pergi haji) ... ayat yg betul adalah muhrim-org yg tiada ikatan saudara..penulis perlu berilmu utk memastikan nilai dan mutu karya , agar apa yg disampaikan adalah betul dan tepat. Sorry comment..
-Cik Destiny-
@Cik Destiny: Terima kasih diatas komen. Tetapi.......
‘Mahrams’:
This category refers to all those males whom a woman cannot marry at anytime in her life whatsoever. In other word a male who is forbidden permanently, forever (i.e. one’s father, brother or son etc).
http://www.islamicinformation.net/2008/07/mahram-in-islam-explained.html
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
(^-^)v
Setuju...mahram...itu perkataan yg sebenar-benarnya ^^, ramai slh definisi mahram dan muhrim ni sbb kita dh biasa dibobokkan dgn penggunaan istilah yg salah dlm cerita....muhrim org yg sedang berada di dlm ihram dan mahram adalah spt yg penulis terangkn org yg diharamkn bkahwin dgn kita spt adik beradik dsb...to penulis...love this story so much dear..lawak x pernah tinggal...ahahaha...keep it up!
@Mirei May: Betul. Istilah mahram dan muhrim ni memang ramai sangat yang keliru. Paling buat orang ramai tambah keliru apabila banyak dialog-dialog dalam filem dan drama tempatan juga menggunakan istilah yang salah.
Alhamdulillah terima kasih sebab sudi baca dan komen.
(^-^)v
Post a Comment