[kredit] |
Merah langit senja mendamaikan sesiapa sahaja yang
memandang. Buku-buku latihan dan ulangkaji sudah siap aku masukkan ke dalam beg
galas dan sekarang aku mahu menatap permandangan indah ini sepuas-puasnya
sebelum aku pulang ke rumah. Di rumah, aku tak boleh menumpukan perhatianku
memandangkan aku ada adik beradik yang masih kecil. Sudah menjadi
kebiasaan aku akan memanjat bukit ini dan mengulangkaji sehingga waktu senja.
“Okay cukup.”Aku bangun lalu berjalan turun ke tangga pondok.
Disebabkan aku selalu datang ke sini, aku telah membina sebuah pondok kecil
khas untuk aku mengulangkaji. Ayah dan abang-abang aku turut sama membantu
dalam pembinaan pondok ini dan jangan risau, kami dah minta izin tuan tanah
sebelum membina. Tuan tanah pun tak kisah sebab dia boleh gunakan pondok untuk
berehat selepas berkebun.
“Sudah mau balik ka amoi?” jerit
Auntie Fei aka isteri tuan tanah.
“Ya! Auntie pun baliklah dah nak
gelap ni!” Laung aku cukup kuat untuk didengari pasangan suami isteri yang
sedang berkebun.
“Sikit jam lagi. Mali angkat ini
kacang.” Auntie Fei memanggil aku untuk mengambil hasil tanamannya. Auntie Fei
dengan Uncle Ho memang sangat baik dengan keluarga aku. Sebungkus kacang tanah
diberikan kepadaku dengan senyuman.
“Terima kasih Auntie. Saya balik
dulu ye?” Auntie Fei mengangguk faham. Aku berlalu sambil melambaikan tangan
kepada pasangan yang baik hati ini.
Tiba sahaja dirumah, aku terus meletakkan beg dan pantas
berlalu ke bilik mandi. Sekejap lagi sudah mahu masuk waktu Maghrib dan ayah aku
paling pantang jika ada anak-anaknya yang masih tak mandi dan bersiap untuk
solat.
“Rei..” Abang aku yang sudah siap
berkain pelikat memanggil aku untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah
diruang tamu. Aku yang ketika itu baru menyarung telekung segera bergegas. Mahu
kena sebat kalau lambat!
“Rei, Wan dengan Nani mari mengaji
depan along meh!” Lemah lembut sahaja abang sulung aku memanggil kami untuk
mengaji. Ayah sedang mengajar si kembar Rafiq dan Rafi yang baru nak masuk Iqra
dua. Adik beradik aku ada enam orang dan aku anak yang ketiga. Abang sulung
aku, Razif kini menuntut di USM dan kini sedang menikmati cuti semester. Ada
lagi setahun sebelum dia tamat pengajian tapi aku tengok abang aku ini tak
pernah stress dan asyik senyum huhuhu…
“Wan, hang mengaji ka baca jampi
serapah?” tegur abang sulungku kepada abang Wan aku yang dok baca Quran stail
meleret. Abang Wan aku hanya tersengih lantas membetulkan bacaannya. Aku dan
Nani kembali menyambung bacaan sehinggalah mak memanggil kami semua untuk makan
malam.
Aku tak faham kenapa cikgu bagi aku tugasan yang pada hemat
aku tak payah nak buat pun tak apa. Aku sekarang berdiri didepan pagar rumah
pelajar paling tak boleh blah perangai dalam sekolah. Aku ditugaskan untuk
serahkan kerja sekolah dan nota-nota penting memandangkan mamat ini tak datang
sekolah selama seminggu.
“Rei, kamu kan ketua kelas, jadi
pada kamu sahajalah cikgu berharap.” Aku tak akan dapat lupakan wajah Cikgu
Yusuf yang cukup dengan genangan air mata tahap drama kelas bawahan. Cikgu
Yusuf ini cikgu baru lepas maktab yang ditugaskan untuk menjadi guru kelas aku.
Hmm kena buli adalah perkara biasa terjadi pada dia tapi aku tahu, tak ada
siapa pun dalam kelas aku yang tak senang dengan Cikgu Yusuf yang baik hati ni.
Aku melepaskan keluhan kasar dan mula menekan loceng dipintu
pagar. Seorang kanak-kanak lelaki yang aku agak berumur empat tahun keluar berlari-lari
tanpa selipar.
“Kakak nak cari siapa?” soalnya
dari belakang pagar. Mukanya yang ceria membuatkan aku hampir lupa tujuan aku
datang ke sini.
“Ehem! Kakak cari orang nama
Nadhif. Dia tinggal sini ke?” Pantas kanak-kanak lelaki itu mengangguk.
“Abang Baby! Abang Baby! Kawan
Abang Baby datang! Bibik! Bukakan pagar untuk kakak!” Laung kanak-kanak lelaki
itu sambil berlari masuk ke dalam rumah. Sekejap sahaja pintu pagar dibuka
secara automatik. Kanak-kanak lelaki itu kembali lalu menarik tanganku untuk
masuk ke dalam rumah. Terkial-kial juga aku mengikut tapi serius perangai dia
sebiji macam Rafiq dan Rafi membuatkan aku senang.
“Abang Baby! Ni kawan abang
datang!” Aku melihat ‘Abang Baby’ yang sedang mamai berbaring diatas sofa
menggosok-gosokkan matanya. Tak lama pun dia gosok, nampak sahaja muka aku
terus berubah riak mukanya.
“Abang Baby! Baik tak Nashrul
bukakan pintu untuk kakak?” Oh Nashrul nama budak comel ni. Muka si ‘Abang
Baby’ berubah dan aku nampak berusaha menutup mulut si Nashrul.
“Nadhif, saya datang sebab nak bagi
awak ni.” Aku keluarkan nota-nota dan kerja sekolah yang dikirim oleh Cikgu
Yusuf lantas kuhulurkan kepadanya. Lambat-lambat dia menyambut dan aku yang
memang berdiri dari tadi dah mula nak mengatur langkah untuk pulang ke rumah.
Aku ini dahlah sibuk dengan kerja rumah dan petang ini, ada dah berjanji dengan
Auntie Fei untuk menolong dia menebas semak di kebun.
“Kakak dah nak balik?”Aku
mengangguk dan mencubit pipi comel Nashrul. Aku berjalan keluar ke muka pintu
dan mula menyarung kasut.
“Weh!” Aku yang baru nak keluar
dari pintu pagar tersentak apabila ditarik dari belakang. Segera aku berpaling
dan menayangkan muka ‘Kau nak apa?’.
“Tolong lupakan pasal tadi.”
Permintaan dari Nadhif membuatkan aku blur
seketika. Apa benda?
“Abang Baby. Kalau aku dengar ada
makhluk yang panggil aku gelaran tu kat sekolah kau jaga!” Aku mengangguk
faham. Tak ada sebab untuk aku beritahu pasal gelaran manja dia disekolah.
Lagipun, aku bukannya ada kawan.
“Assalamualaikum.” Rafiq dan Rafi
yang sedang bermain berlari mendapatkanku dipintu rumah. Aktiviti biasa
adik-adik aku dan mereka tahu aku ada belikan gula-gula untuk mereka. Gula-gula
lollipop aku hulurkan kepada mereka berdua dan aku mendapatkan mak didapur.
“Lambat balik hari ni?” soal mak
setelah aku bersalaman dengannya. Mak aku merupakan surirumah sepenuh masa dan
ada mengambil upah menjahit serta membuat kuih. Tradisional sangat mak aku tapi
aku tak kisah janji mak seronok sudah.
“Rei singgah rumah kawan sekejap
sebab cikgu suruh bagikan nota dan kerja sekolah.” Teringat aku peristiwa
‘Abang Baby’ yang tak ada pun ucap terima kasih tapi siap ugut-ugut aku. Siot
punya perangai. Nani yang sedang memotong sayur hanya memasang telinga. Tak
lama lagi Nani akan dihantar ke sekolah berasrama. Aku? Bukan keputusan tak
cemerlang cuma aku memang tak mahu sekolah berasrama sebab aku tahu yang aku
tak akan dapat menyesuaikan diri. Aku seorang yang tak reti bergaul dengan
orang dan aku cukup terkejut apabila dipilih menjadi ketua darjah oleh Cikgu
Yusuf. Cikgu Yusuf….haish kalau bukan cikgu rasanya aku nak campak dia masuk
gaung!
“Rei pergilah mandi dan solat dulu.
Sekejap lagi mak panggil makan. Ni pun dah nak siap.” Aku mengangguk dan segera
masuk ke dalam bilik tidur. Bilik tidur ini aku kongsi dengan Nani dan ayah aku
siap buatkan bilik air didalam bilik untuk kami. Selesai solat dan mandi, aku
melayan Rafiq dan Rafi sementara mak dan Nani menghidang makanan.
“Along dengan angah mana mak?”
Pelik juga bila tak nampak abang-abang aku dirumah. Dua-dua sedang bercuti
semester dan selalunya mereka ada menonton televisyen tak pun mengacau Rafiq
dan Rafi.
“Diorang pergi tolong Tok Empat
bersihkan surau lama. Katanya nak jadikan surau lama tu perpustakaan itu yang
semangat along dengan angah pi tolong. Oh ye, tadi along pesan kalau Rei ada
buku lama yang elok lagi dia suruh balut dan bungkus elok-elok. Nak sedekah kat
perpustakaan tu dia kata.”
“Oh ada. Nanti lepas makan Rei
cari. Jom Rafiq, Rafi makan?”
“Dukung!” Mak aih masing-masing
20kg nak suruh aku patah pinggang ke dukung budak berdua ni?! Bila nak kata tak
boleh masing-masing tayang muka minta simpati. Nak tak nak, aku dukung dua-dua.
Sorang kat belakang, sorang lagi dok bergayut kat depan.
“Ya Allah, sakitlah alang tu.”
Bebel mak aku apabila melihat si kembar bergayut kat tubuh aku. Aku hanya mampu
senyum. Nasib baik tak jauh jarak ruang tamu dengan ruang makan.
“Alang ni dok bagi muka kat budak
berdua ni. Kalau Nani memang piat je telinga diorang!” Rafiq dan Rafi menjelir
lidah tanda protes kepada Nani. Berbanding aku, Nani memang tegas dengan si
kembar dan mereka jarang nak bermanja dengan Nani.
“Hmm Rafiq, Rafi. Tak mahu buat
macam tu lagi kat alang. Nak alang sakit ke?” Pantas mereka berdua menggeleng
kepala mendengar kata-kata mak. Sayang juga korang kat aku ye?
“Petang ni jadi ke Rei tolong
Auntie Fei?” Aku mengangguk mengiyakan kata-kata mak.
“Ingatlah nanti bawa puding roti
yang mak buat tu bagi kat dia.”
“Okay.” Aku meneruskan suapan nasi ke dalam mulut. Petang nanti
lepas Asar baru aku akan ke kebun Auntie Fei.
“Amoi, mali sini! Cukuplah moi!”
Laung Auntie Fei yang sudah terduduk ditepi batas kacang tanah. Uncle Ho tak
ada hari ini jadi hanya aku dan Auntie Fei sahajalah di kebun. Aku yang
kebetulan sudah siap menebas mengumpul daun-daun untuk dibakar dan dijadikan
baja.
“Amoi, terima kasih sebab tolong aunty. Mali minum teh.” Aku mengangguk
dan mencuci tangan sebelum duduk disebelah Auntie Fei.
“Ini puding roti you amak buat manyak selap. Cakap dia thank you ah.”
“Okay. Auntie makanlah. Kalau nak lagi beritahu je.” Aku meminum teh
yang dituang oleh Auntie Fei setelah membaca bismillah. Pahit teh Cina tapi
ianya cukup menyegarkan tekak yang kekeringan.
“Auntie punya anak ka cucu tak mau
woo kalau ajak datang sini. Cakap panaslah, manyak nyamuk tapi lu amoi okay
saja kan? Biasalah panas sikijam saja. Takut kulit gelap tapi boleh pula itu sun tan bila pigi pantai. Manyak suwey
punya worang!” Aku hanya diam mendengarkan luahan hati Auntie Fei. Jujurnya aku
tak berapa kenal dengan anak-anak dan cucunya. Mereka jarang pulang ke kampung
ini memandang mereka lebih suka tinggal di bandar besar cerita Uncle Ho tak
lama dulu. Alah sini pun bukanlah hulu sangat. Kawasan ini boleh dikatakan
sub-bandar tapi cukup damai dan aku rasa aku tak akan mahu tinggalkan tempat
ini.
“Nah amoi you punya upah.” Terkejut aku apabila Auntie Fei menghulurkan
beberapa keping duit kertas berwarna kuning kepada aku.
“Eh saya tak minta upahlah aunty. Saya kan tumpang belajar kat
tanah aunty so..”
“Aiya amoi! Aunty bagi you duit pun
tak mau ka? Itu pondok aunty dengan uncle pun selalu berehat sana. Nah
ambil!” Duit itu terus dimasukkannya ke dalam poket seluar sukan aku.
“Terima kasih aunty.”
“Sama-sama. Itu duit sikit saja. You buat belanja sekolah aa.” Aku
mengangguk faham. Balik nantilah baru aku tengok berapa banyak yang Auntie Fei
bagi sebab serius aku tolong bukan sebab nak duit.
“Yo petani moden! Lambat balik?”
tegur Abang Wan yang sedang membasuh kereta ayah.
“Ayah, ni macha mana ayah upah ni?”
Ayah hanya ketawa dengan kata-kata yang aku tujukan kepada Abang Wan.
“Dey, ini bukan macha tapi macho man okay? By the way, best tolong
Auntie Fei?” Aku mengangguk.
“Alang masuk mandi dulu. Angah
boleh mandi terus lepas kawtim kereta ni.” Ayah memberi arahan dan kami
mengangguk. Jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang maka wajiblah kami bersiap
sedia untuk solat Maghrib berjemaah.
“Weh kau mandi kat depan ni jela
angah.” Abang Wan menyumpit air dari paip ke arahku sambil galak ketawa. Ceit!
Habis basah baju!
Sepanjang hari ini aku dapat rasakan yang aku diperhatikan
oleh seseorang. Disebabkan aku memang jenis tak pedulikan orang lain dan pendiam
maka aku buat tak tahu sehinggalah penolong ketua kelas, Ashwin memberitahuku
yang si Nadhif asyik memandang ke arah aku. Aku? Lantak dialah nak pandang
sampai juling pun janji tak kacau hidup aku sudah!
“Nadhif suka you kot.” Aku pantas menggelengkan kepala. Oh Ashwin tak perlulah
kau membuat andaian.
“Okay I balik dulu. Bye
Rei.” Aku mengangguk sambil melambaikan sedikit kepadanya. Dia cuma berborak
dengan aku sebab nak hantar buku latihan ke bilik guru sahaja. Kalau tak memang
selalu tak ada sesiapa yang akan datang berborak dengan aku.
“Kau cakap apa dengan Ashwin?” Ehey
entah dari mana dia datang tetiba muncul tepi aku! Dia ini ada ilmu ninja ke
apa?!
“Dia cakap kau suka aku.”
“Hah?! Perasanlah kau perempuan!”
Aku hanya menjungkitkan kedua-dua bahu tanda ‘lantaklah’.
“Kau boleh berhenti ikut dan
pandang aku sepanjang hari sebab aku tak akan beritahu sesiapa pun pasal nama
manja kau sebab ianya tak penting langsung untuk aku sampaikan pada orang lain.”
Aku memandang tajam ke wajah si Nadhif. Sesungguhnya aku tak kisah langsung
pasal nama panggilan dia dirumah.
“Ah engkau! Aku tak percayakan kau!”
bentak si Nadhif dengan muka berang.
“Suka hati kaulah. Kalau ada orang
cakap kau suka aku ke kau stalk aku,
kau tak payah nak bising.” Aku berjalan laju meninggalkan Nadhif. Malas nak
berlama-lama dengan mamat paranoid itu.
“Rei!” Tubuhku ditarik ke belakang.
Dek nak mengelak si Nadhif, hampir-hampir sahaja aku dilanggar geng basikal
pelesit sekolah.
“Celaka! Korang ingat korang bawak
Harley?!” pekik Nadhif kepada geng basikal pelesit yang hanya menjerit ‘sorry’
dari jauh.
“Terima kasih.” Pantas aku berlari
meninggalkan Nadhif. Aku rasa dah macam berlakon drama Jepun pun ada. Oh ye
jantung aku berdetak laju tadi. Sebab kaget nak dilanggar atau bila Abang Baby
jadi macho?
************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. Lama kan tak update? Minta maaflah sebab jarang nak update. Ada saje benda nak dibuat last-last....krik..krik..krik..oh ye pasal buku insyaAllah akhir bulan ni siap cetak. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen~
(^-^)v
************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. Lama kan tak update? Minta maaflah sebab jarang nak update. Ada saje benda nak dibuat last-last....krik..krik..krik..oh ye pasal buku insyaAllah akhir bulan ni siap cetak. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen~
(^-^)v
6 comments:
Awat comei sangat panggil Abang Baby? Kahkahkahkah waiting for kaka Nasrin punya second part ;)
Hehe ada ceghita disebalik ceghita~ insyaAllah nnt saya update lg na~
(^-^)v
Abg baby?? Mcm comel je..kihkihh
Xsaba nk dpt kn buku akak:)
Abg baby?? Mcm comel je..kihkihh
Xsaba nk dpt kn buku akak:)
Abg baby?? Mcm comel je..kihkihh
Xsaba nk dpt kn buku akak:)
@lebah comel: hehehe...insyaAllah tak lama lagi dah nak keluar bukunya.
(^-^)v
Post a Comment