[kredit] |
Ice king yang sedang berenang kuperhati dari tepi kolam
renang. Suha turut menyertai papanya setelah selesai aktiviti membuat cheesecake. Ikutkan rasa hati, nak aje
aku bertukar ke pakaian mandi dan menyertai mereka berdua tapi...Isaac dah beri
amaran supaya aku tak membuat sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah kepada aku
dan ice king selagi kami masih belum
mendirikan rumah tangga. Hmm payah juga jadi orang Islam ini ye?
Lamunanku
terhenti apabila Suha berenang mendekatiku.
“Ye Suha nak air ke?” Pantas anak itu menggelengkan kepalanya.
“Selena, papa tanya, nak tak jadi mama Suha?” Mama dia? Eh????!!!!!! Gelap
terus dunia aku..
Gamat suasana
bilikku dengan gelak tawa Isaac dan Emy. Tadi boleh pula aku pengsan ditepi
kolam renang dek terlalu terkejut. Suha dan ice
king masing-masing menayang muka risau sebaik sahaja aku terjaga.
“Isaac, kalau kau tak senyap dalam masa seminit, aku upload gambar kau pakai baju pengantin dalam Instagram.” Terdiam
terus tawa mereka berdua dengan amaran aku. Siapa lagi yang berani bersuara
kalau aku dah mula keluarkan amaran?
“Selena.” Ice king menghulurkan
segelas air sejuk kepadaku. Memerah mukaku bila teringatkan lamaran ice king
yang berjaya ‘memengsankan’ Queen of
White Fox.
“Minta maaf jika cara saya bertanya tadi membuatkan Selena tak selesa.” Eh
kenapa ice king tayang muka sedih?
Walaupun tak ketara tapi, sejak jatuh hati dengan ice king, sekecil mana pun perubahan wajahnya, aku mesti dapat
kesan dengan cepat.
“Minta maaf? Buat apa?” soalku dengan malu yang masih menebal.
“Saya tanya dulu sebelum buat secara rasmi.”
“Apa bendanya yang rasmi Abang Far?” Amboi Isaac, dah siap bagi nama manja
kat ice king!
"Err..saya..”
“Dah cukup! Nanti kita bincang ye? Saya ada perkara nak beritahu awak.
Selepas dari itu barulah kita buat keputusan okey?” tegahku sebelum terlambat.
Aku perlu ceritakan tentang White Fox
kepada ice king. Jika dia masih boleh menerimaku selepas itu, maka dia memang
ditakdirkan untuk aku.
Seminggu juga aku
tak berhubung dengan ice king mahupun
Suha. Kononnya mahu tenangkan fikiran dengan bercuti tapi masuk hari yang
ketiga aku dah mula nak sasau sebab rindu kat Suha. Nak hilangkan rasa rindu,
aku mengambil kelas mempelajari agama Islam di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Terharu aku dengan layanan baik yang diberikan oleh pemilik homestay yang aku
duduki apabila aku menyuarakan hasrat untuk mempelajari tentang agama Islam.
Pantas dicarinya kelas untuk mualaf dan memperkenalkan aku dengan seorang
ustazah yang banyak membantuku sepanjang aku disini.
“Selena maghi make!”
“Ye mokcik!” Komputer riba aku tutup dan kutinggalkan begitu sahaja diatas
katil. Hari ini aku akan bertolak pulang ke pangkuan mereka yang menantiku
dengan sabar ehey~
“Hello.” Suara garau ice king dari hujung talian membuatkan
hatiku berdebar-debar.
“It’s me, Selena.”
“I know. So what’s up?” Mak aih
bukan main dingin ice king ni! Marah
aku tak call dia banyak hari ke?
“Azfar, let’s meet up?”
“2 o’clock at Melur and Thyme Nu Sentral.” Klik! Talian diputuskan sebelum sempat
aku menjawab. Mama, Selena kena buli dengan ice
king!
“Grilled lamb cutlet, rice and hot green
tea.”
“Gambas in salsa, rice and peach tea.”
Masing-masing
pakat buat filem bisu selepas pelayan restoran jauh meninggalkan kami. Oh baru
perasan yang ini kali kedua kami makan berdua. Selalunya Suha mesti menyelit
sekali hehehe..haih rindu pula kat budak tu.
“Hmm saya minta maaf sebab hilang tiba-tiba.” Ice king memandang wajahku
seketika sebelum mengangguk konon faham situasi aku. Padahal aku tahu dia
tengah bengang lagi ahaha..
“Saya pergi bercuti untuk tenangkan fikiran dan saya bersyukur sebab saya
dah ada jawapan untuk pertanyaan awak hari tu.” Dia menjungkitkan sebelah
keningnya sambil memandang wajahku. Aku menarik nafas panjang sebelum
meneruskan kata-kataku.
“Sebelum itu, awak tahu pasal White
Fox?”
“Kumpulan yang bergerak secara senyap tapi mampu membuat negara huru-hara
dengan pengaruh yang mereka ada. Kenapa dengan White Fox?”
“Awak tahu pengasasnya ialah seorang wanita?” Dia menggelengkan kepala.
“Terlalu banyak rahsia tentang White
Fox. Kumpulan itu bagaikan mitos tapi sebenarnya wujud.” Matanya memandang
jauh ke luar restoran. Hmm ada ahli White
Fox yang cari pasal dengan Azforce
ke? Setahu aku kami cuma ‘memerangi’ ahli politik atau kumpulan yang cuba
membuat onar.
“Awak benci White Fox?” Dia
memandang tajam wajahku sebelum melemparkan semula pandangannya ke luar
restoran.
“Buat apa nak benci? Mereka tak pernah timbulkan masalah kepada orang ramai
pun.” Fuh, lega!
“Sebenarnya.....sayalah pengasasnya.” Ice
king terdiam seketika sebelum menguntumkan senyum kepadaku. Walaupun tak
sampai lima saat tapi cukup untuk melegakan hatiku.
“Sebab itu ke awak ‘lari’ seminggu selepas saya melamar?” Aku menganggukkan
kepalaku. Memang aku takut jika ice king
dan Suha menjauhiku setelah mengetahui identiti sebenarku. Walaupun sudah tak
terlibat dengan White Fox tapi ianya
tak dapat memadamkan hakikat yang aku adalah pengasas White Fox.
“Queen of White Fox to be specific.
Sukar untuk saya nak terangkan pada awak sebab saya takut awak dan Suha akan
hindarkan diri dari berjumpa dengan saya. Saya....”
“Selena, awak ingat saya ini akan rapat dengan seseorang tanpa menyiasat
apa-apa tentang dia ke?”Sekarang aku pula yang terkejut dengan kenyataan dari ice king. Dia ini...
“Hmm saya dah tahu pasal hal tu masa kita pergi I-City dulu.” Patutlah dia
macam tak stabil hari itu. Tak pasal-pasal kena pulau dengan aku sekejap.
“Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan
niat awak rapat dengan Suha. Tapi semua itu berubah bila awak menangis
depan saya.” Serentak senyuman sinis dilemparkan kepadaku. Aish rasa nak
lesing-lesing juga ice king ni
tapi...serius comel bila dia senyum macam tu! Sudah, aku ada masalah split personality ke?!
“Saya siasat tentang awak dari awal penglibatan sehinggalah awak buat hal
perangkap anak Datuk Bandar hari tu.” Dia melepaskan tawa kecil namun segera
berhenti apabila pelayan restoran menghantar makanan ke meja kami.
“Pasal Gin itu pun saya ada siasat juga.” Eh apasal pula?
“Risau pula tiba-tiba dia muncul dan dari situ saya tahu yang awak dah
tinggalkan White Fox.”
“White Fox adalah sejarah lama
saya dan saya tak mungkin dapat ubah sejarah. I’ve become self-concious the moment I fall in love with you. Saya
gembira dan takut dalam masa yang sama. Saya gembira bila bersama dengan awak
dan Suha tapi..”
“Awak takut jika saya anggap awak sebagai satu ancaman buat keselamatan
keluarga saya ke? Don’t be silly
Selena! Azforce tak akan terbina jika
saya ada sifat pengecut seperti itu!” Keras! Wajah tegang dan kecewa ice king jelas terpancar.
“Sayalah pengecuti tu bukan awak!” Air mata aku mula nak mengalir lagi.
Aduh, rapuh betul aku bila berdepan dengan ice
king ni..
“Selena, jangan risaukan perkara yang bukan-bukan. Saya lamar awak setelah
saya yakin yang saya boleh jaga awak selagi hayat dikandung badan dan saya tahu
awak sayangkan Suha sama seperti saya sayangkan anak perempuan saya tu.” Pantas
aku mengangguk. Memang aku sayangkan Suha, bidadari kecil yang boleh buatkan
aku tersenyum.
“Nanti saya akan ke rumah awak untuk meminta izin dari mama awak. Maaf,
saya tak buat mengikut adat sebab mak saya tak ada di Malaysia.” Aku hanya
mengangguk. Air mata aku ni tak reti-reti nak berhenti mengalir ke? Dahlah
ramai pelanggan yang dok mengusha kami dari tadi! Kot ingat aku kena buli
dengan ice king ni ke?
“Awak tahukan jika ingin berkahwin dengan saya, awak perlu memeluk agama
Islam?”
“Saya tahu dan saya dah belajar sedikit sebanyak tentang Islam dan sudah
bersedia.” Ice king tersenyum lagi.
Hari ini rasanya banyak kali juga aku tengok dia senyum.
“Baiklah. Oh ye, saya tak pernah dengar pasal ayah awak. Dia macam mana?”
Tersentak aku dengan pertanyaan ice king
yang tiba-tiba.
“Makan cepat, saya nak kena balik butik.” Aku meneruskan suapan bagaikan
tak ada apa-apa yang berlaku.
“Isaac, malam ini kita akan mati.” Aku memeluk tubuh adikku yang masih
lena. Jeritan menggila diluar bilik menakutkan aku dan dengan pantas aku
menutup telinga adikku. Bimbang jika Isaac terjaga dan menambahkan lagi
kekalutan.
“Apa yang aku dapat besarkan anak-anak kau hah, Madam Yeung?!” Prang!!
Bunyi sesuatu yang pecah diluar bilik membuatkan aku tersentak. Aku menggigil
ketakutan dan air mataku merembes keluar dengan laju.
“Mereka anak awak juga! Sampai ha..” Pang! Bunyi suara mama yang
teresak-esak menangis menguatkan sangkaan aku yang mama ditampar kuat oleh
lelaki yang aku benci mahu memanggilnya sebagai ‘papa’. Lelaki dayus yang kuat
berjudi. Bila kalah judi, habis barang-barang rumah dijual dan yang mana tak
berharga, dicampak untuk melepaskan geram. Bodoh punya jantan!
“Hah! Anak-anak pembawa sial! Baik aku jual sahaja mereka!”
“Jangan apa-apakan mereka! Mereka nyawa saya!” jeritan mama dengan sendu
tangis membuatkan aku berasa sangat marah. Benarkah aku anak kandung lelaki
durjana itu?
“Ke kau yang nak kena jual Madam Yeung?” Celaka punya jantan! Aku yang
sudah tak dapat menahan kemarahan meletakkan Isaac ke dalam babys’ crib sebelum melangkah keluar
dari bilik persembunyianku. Ayat dari lelaki durjana itu bagaikan menekan suis
kemarahan menggila dalam otakku.
“Kau nak apa sial?!” Aku memandang tajam ke arah lelaki yang cukup
membencikan itu. Sepanjang hayat, aku tak pernah merasa kasih sayang dari
lelaki ini!
“Kau boleh pergi mati dengan ayat sial kau tu!” jeritku lantang. Hujan
lebat berserta guruh berdentum diluar tak sedikit pun mengentarkan aku. Aku
sudah nekad! Kalau mati pun aku puas sebab dapat meluahkan apa yang sudah lama
aku tahan dalam hatiku.
“Kurang ajar punya anak!” Sebuah penumbuk dilayangkan ke mukaku. Aku sempat
mengelak dan aku terus menendang kaki lelaki durjana itu. Tubuhnya rebah ke
lantai rumah kami. Mama berlari mendapatkanku. Risau jika lelaki durjana itu
bangun dan terus memukulku lagi mungkin..
Setelah lima
minit, lelaki itu masih tak bangun-bangun. Aku memberanikan diri memeriksa
tubuhnya. Keras dan kejung. Matanya terbeliak bagaikan sedang menyaksikan
sesuatu yang mengerikan. Tiada denyutan nadi diurat lehernya. Aku mula berasa
takut lantas memeluk mamaku.
“Lelaki tu dah mati. Selena dah bunuh papa. Selena pembunuh!” jeritku
bagaikan orang histeria. Mama memelukku dan mengusap tubuhku.
“Jangan risau, mama akan lindungi kamu. Dia mati sebab jatuh secara tak
sengaja. Dia memang patut mati.” Aku dan mama menangis sehinggalah polis dan
ambulans datang. Jiran kami yang mendengar amukan papa menelefon polis kerana
risau kami diapa-apakan. Dari hasil siasatan, papa mati akibat serangan jantung
mendadak. Mama membina semula hidupnya setelah kematian lelaki durjana itu
sehinggalah berjaya. Aku? Membesar dengan perasaan prajudis pada kaum lelaki kecuali
pada adikku.
*******************************************************************************
Alhamdulillah dan saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat sangat update. Maaf tak terkira sebab saya sangatlah sibuk memandang semester sudah bermula. Jujur saya cakap, saya agak stress dengan bebanan kerja sehinggakan saya procrastinating buat beberapa hari.
Okey dah tak mahu negatif lagi! Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen okey?
(^-^)
*******************************************************************************
Alhamdulillah dan saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat sangat update. Maaf tak terkira sebab saya sangatlah sibuk memandang semester sudah bermula. Jujur saya cakap, saya agak stress dengan bebanan kerja sehinggakan saya procrastinating buat beberapa hari.
Okey dah tak mahu negatif lagi! Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen okey?
(^-^)
14 comments:
It's okay sis... Sy faham... Hehehe...
Semoga dgn menulis ni dpt kurangkan stress...
Best!!
@Suha Fasihah: Huhu terima kasih kerana memahami..
Alhamdulillah, hlg skit stress lps menulis. Thanks ye.
Oh ye tggu jg update novel dr Suha.
(^-^)v
Warghh..akak mmg hebat!Citer akak mmg best!Tak sangka dapat baca citer ni harini.akak..buku tu bila akan diterbitkan?Harap2 secepat yg mungkin ye,kak?Saya x sabar nk beli..hehe.ape2 pon..sambung la citer..saya tunggu!
@Nura Ifah: hehe bwk bertenang dik. Alhamdulillah semua dr Allah. Sekarang akak tgh buat 1 lg cerpen khas untuk dimuatkan dlm buku tu. InsyaAllah akak cuba usahakan secepat mungkin ye?
(^-^)v
Huarghhh... Sy sendiri down dgn novel tu... Idea ada tapi bila nak taip tu laa masalahnya... Ni baru siap cerpen baru... Insya Allah akan post kt blog hari isnin atau selasa... Lps tu kena jugak tabahkan hati sambung novel... Sis bg sikit tips nak istiqomah tulis novel ;) Sis dah ada pengalaman...
@Suha: Bertabahlah Suha-chan! Biasalah tu, kte pn mcm tu gak..cara nk istiqomah ialah ttpkn tempoh ms nk post n buat matlamat sndr..hehe pepandai bg nsht tp dr sndr pn...ahahahahahaha....yg penting be happy while you're writing.
(^-^)v
wahh rsa mcm nk mlompat bla bka blog,sis da update part 7..heeeee :) thnks sis 4 great crpen..pasni hope sis update lelaju yerr..wish u luck sis..
p/s: sy dh trmmpi2 ni nk pluk bku sis.. ^_^
Kalau waktu ayat mampu disusun dan jejari boleh terus menaip tu mmg Sgt happy... Datang waktu yang rasa nak menaip tp tak dapat taip sepatah perkataan tu laa yg seksa jiwa raga...
Anyway, thanks for the tips... Insya Allah boleh cuba :D
@Suha: InsyaAllah anda blh! Woohoo!
Same here. That's what we call as writer's block. Pernah gak jd tp kte trs menaip smpi inspirasi tu dtg blk.
Selamat mencuba~ (^-^)v
@ct.kz: hehe Alhamdulillah..
insyaAllah saya cuba ye?
Buku saya masih dlm pembikinan. InsyaAllah bl dh selesai, saya beritahu di sini ye?
Sekarang saya tgh mencari kilang pencetakan. Kalau ada cdgn nlh beritahu saya.
(^-^)v
I saw Usui here ~ Haha. Saya suka cerpen akak ^.^ BigFan !! :)
@La Dolce: Hehe I freaking love Usui ahaha...
Terima kasih (^-^)v
Jangan lupa dapatkan buku koleksi cerpen akak bila dah keluar nanti ye?
TX for the update walaupun sibuk tetap juga berkarya. Good job and semoga berjaya dlm both belajar and menulis.Tak sangka ice king nie lebh advance. Hehe...
@Rozita kadiman: Alhamdulillah sama2. Sebab ini jg cara saya nk hlgkn skit stress. Saya dh 2 tahun tamat belajar & kini bekerja di university.
Hehe ice king ni diam2 berisi. Oenuh dengan kejutan dan sgt menghargai org yg dia syg dgn caranya. Ehey~
(^-^)v
Post a Comment