[kredit] |
Tiba sahaja
diperkarangan Wisma Azforce, aku membantu membukakan pintu ice king. Mukanya nampak ceria sedikit walaupun kekal tak beriak.
“Awak balik pukul berapa?” soalku sambil menghulurkan beg kerjanya.
“Pukul enam. Tengah hari nanti, awak ambilkan Suha boleh?” Aku mengangguk
faham. Dalam hati, aku rasa seronok sebab dah macam perbualan suami isteri.
Tanpa aku sedar, aku memasang angan-angan.
“Awak nanti tengah hari tak nak keluar makan ke?” Ice king tersenyum memandang wajahku.
“Tak apa, saya beli makanan dalam cafe
syarikat.”
“Hmm alang-alang nak ambil Suha, biar saya bawa awak pergi lunch sekali.” Sumpah aku rasa macam ada
bunga-bunga yang jadi latar belakang perbualan kami. Aku pun dah tukar gaya
percakapan aku dengan ice king.
“Okay. Nanti call bila dah sampai.”
“Okay.” Aku memerhatikan sahaja
langkah bergaya ice king masuk ke
dalam bangunan syarikatnya dan dia seperti tahu-tahu sahaja melambai ke arahku
tanpa menoleh kebelakang. Gaya dia yang bagi aku memang sangat cool. Hahaha bila hati dah sukalah...
Aku memarkirkan
keretaku di tempat yang dikhaskan untuk aku. Butang lif aku tekan dan sementara
menunggu, aku memeriksa jadual kerja yang dihantar oleh Wafi dengan menggunakan
tab. Alu melangkah masuk sebaik sahaja pintu lif dibuka.
“Nanti!!” Pantas aku menekan butang buka. Wafi berlari-lari anak masuk ke
dalam lif.
“Morning bos! Maaflah I lewat hari ni. Si Farid bantai buat
perangai tak nak pergi sekolah pagi tadi.”
“Oh budak nakal tu. Dah lama juga tak jumpa dia.” Farid, anak sulung Wafi
yang berumur sembilan tahun memang selalu buat Wafi pening kepala.
“Tu la, dia ada tanya bila Auntie Selena nak datang tapi I cakap kalau dia nakal you tak nak datang. Pagi tadi pun I ugut dia pakai nama you ahaha..” Aku turut ketawa bersama.
Lawak betullah perangai si Farid.
“You ugut apa, Wafi?”
“I cakap kalau dia malas sekolah
dia tak boleh kahwin dengan you.”
Meletus lagi tawa kami berdua. Budak itulah..
“Macam-macam perangai budak tu. I
ni kalau ikutkan hati nak aje piat-piat telinga dia tapi papa dia suruh I tegur lembut-lembut sebab takut affect emosi anak. Budak-budak tu memang
rapat dengan papa dia berbanding I.”
Aku hanya mampu tersenyum. Aku dan Wafi memang selalu berkongsi cerita.
“Oh ye, sebelum masuk pejabat. You
ada apa-apa ke dengan Syed Azfar tu?” soal Wafi tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Hari tu, masa you keluar pergi
gudang dia ada datang.” Terjungkit sebelah kening aku mendengarkan cerita si
Wafi.
“Dia tanya pasal you kat I. Mula-mula I tak nak beritahu tapi dia cakap ini pasal masa depan you dengan dia. Jadi I pun beritahulah..err tak banyak pun sebab I risau you marah.”
“You beritahu apa?”
“Just beritahu hobi you dan
tempat mana you selalu pergi.” Oh
okey sekarang aku dah tahu macam mana ice
king boleh tersesat masuk persatuan judo aku tu.
“Wafi, I suka dia.” Memerah terus
wajah aku bila mengaku pada Wafi.
“Waaa...akhirnya ada juga yang berjaya menambat hati Selena Goh ni! Alamak,
melepaslah Farid nampaknya!” Aku ketawa dengan lawak sengal Wafi.
“I masih dalam proses nak kenal dan tambat hati dia. You tahukan dia
duda anak satu?” Wafi mengangguk.
“Tahu tapi I rasa tak akan ada
masalah sebab you memang suka
budak-budak. Farid yang tak suka dengan orang lain pun berjaya you jinakkan.” Wafi menepuk-nepuk bahuku
memberikan semangat.
“Okay Selena, I nak letak beg. Sekejap lagi
I masuk untuk brief you pasal
jadual minggu ni.”
“Okay thanks Wafi.” Wafi
menunjukkan isyarat bagus kepadaku. Aku membuka pintu pejabat dengan senyuman.
Berita utama yang
menghiasi muka pertama surat khabar hari ini aku pandang dengan pandangan
kosong. Berita tentang penahanan Datuk Bandar oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia. Telefon pintarku yang berdering aku angkat dengan muka bosan.
“Celaka kau Selena! Aku akan pastikan kau tak akan hidup aman.” Panggilan
dari nombor yang tak dikenali itu memang sudah aku jangkakan. Aku menekan
butang merakam dalam kadar segera.
“Hmm siapa ni?”
“Sudah kau palitkan lumpur kau boleh tak kenal siapa aku?! Aku Datuk
Bandar!” Bingo! Aku tersenyum sinis sebelum meneruskan lakonanku.
“Oh Datuk, maaf saya tak faham apa yang Datuk cuba sampaikan. Saya ada buat
salah dengan Datuk ke?” Dia menghembuskan dengusan kasar dari hujung talian.
“Kau memang licik! Aku tak tahu macam mana kau boleh dapat tahu tentang projek
aku! Baik kau bersedia sahajalah sebab kau dah jolok sarang tebuan!” Ehey,
tebuan ye? Aku menekan kembali butang merakam untuk menghentikan rakaman.
“Datuk Bandar yang bakal hilang jawatan. Kau dah kacau salah orang jadi kau
akan terus jatuh dan terus jatuh sampai kau tak mungkin boleh berdiri lagi. Aku
akan pastikan yang kau akan rasa malu untuk tengok muka kau sendiri walaupun
didepan cermin rumah kau.” Talian aku tamatkan tanpa menunggu balasan dari si
tua keparat itu. Walaupun aku sudah tak terlibat dengan White Fox, tapi tak bermakna aku tak boleh membuat kerja ‘belakang
tabir’ sendiri. Ini untuk keselamatan aku dan orang yang aku sayangi juga.
Rakaman tadi aku masukkan ke dalam komputer dan mula menghantar kepada SPRM dan
pihak polis. Segala skandal dan kerja kotor yang pernah dilakukan oleh Datuk
Bandar turut aku hantar melalui akaun rahsiaku. Hmm rasanya dah cukup ‘bersih’
cara aku ini.
Malam itu aku
memulakan langkah aku untuk menjatuhkan Datuk Bandar ke tahap yang aku rasa
biar dia rasa sendiri. Anak perempuannya yang asyik berpeluk-pelukan dengan
pasangannya kelihatan terhuyung-hayang keluar dari pusat hiburan ditengah
ibukota. Heh! Tipikal sungguh lagak anak orang kaya ini! Aku mengekori mereka
masuk ke dalam hotel ternama. Langkah mereka aku ekori sehinggalah mereka masuk
ke dalam bilik hotel. Setelah 10 minit menunggu, aku menghubungi Jabatan Agama
Islam. Selesai menelefon, aku memasuki bilik hotel yang aku tempah sebentar
tadi. Tak sampai 30 minit, aku mendengar bunyi kecoh dari luar bilik. Aku
keluar dari bilik aku dan berdiri bersama-sama orang ramai yang memenuhi
koridor. Lagak anak Datuk Bandar dan pasangannya dicekup pegawai agama aku
perhatikan dengan muka kering. Beberapa wakil media tempatan turut mengerumuni
depan bilik hotel. Hmm masuk surat khabar lagilah nampaknya ahahaha..
“Isaac, susah ke masuk Islam ni?” Isaac yang sedang duduk berbuai denganku
dihalaman rumah kami tersenyum sebelum menarik nafas.
“Mulanya aku pun ingat susah sebab ramai yang suka sebar benda bukan-bukan
pasal Islam. Ini tak boleh, itu tak boleh. Haram sana, haram sini. Tapi bila
aku dah masuk Islam dan faham apa itu Islam, tak susah mana pun.”
“Kau tahukan keluarga kita bukannya kuat beragama dari dulu. Agama itu aku
rasakan macam satu kongkongan. Asalkan kau tahu apa yang baik dan apa yang
jahat, cukuplah kan? Buat apa ada agama.” Isaac menghentikan ayunan buaian
sebelum memandang tepat ke wajahku.
“Selena, kau silap. Memang ramai fikir macam tu tapi adakah kita akan consistent buat perkara yang baik tanpa
mengetahui apa kelebihan? Bolehkah kita mengelak melakukan perkara yang jahat
sekiranya kita tak tahu apa musibah jika kita melakukannya?”
“Maksud kau?”
“Dalam Islam, Allah dah mengatakan dalam Al-Quran surah Az-Zalzalah ayat 7
dan 8; Barangsiapa yang melakukan kebaikan seberat zarah nescaya dia akan
melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan seberat zarah
pun, nescaya dia akan melihat balasannya juga.” Isaac memegang tanganku sebelum
meneruskan hujahnya.
“Orang tak beragama tak akan merasa kemanisan berbuat baik dan pahitnya
bila melakukan sesuatu kesalahan. Sebab itu yang aku rasakan dulu.”
“Macam mana pula orang yang banyak berdosa bila dia masuk Islam? Tuhan kau
akan kira lagi ke segala dosa yang dia buat dulu? Kira tak ada maknalah kalau
dia masuk Islam tapi masih bila nanti mati masuk neraka.”
“Tak Selena. Apabila seorang itu masuk Islam, dia suci seperti bayi yang
baru lahir. Jika dia pernah berdosa, dia perlu memohon keampunan dari Allah dan
bertaubat sepenuh hatinya. Orang Islam tak semestinya semua mati masuk syurga
sebab bergantung dengan amalan yang dia lakukan atas dunia ini. Kalau dia Islam
tapi hatinya hitam, mana mungkin syurga pengakhiran baginya melainkan ada
kebaikan yang pernah dilakukan dan Allah memberi rahmat keampunan kepadanya.”
Aku mengangguk dengan penerangan yang diberi oleh Isaac. Aku dapat lihat yang
Isaac semakin matang dan tenang setelah memeluk agama Islam.
“Isaac, ajar aku tentang Islam.” Isaac mengangguk gembira lantas memeluk
tubuhku. Tak pernah-pernah budak ini memeluk aku sejak menginjak dewasa.
Apa-apa pun aku gembira dengan keputusanku.
Hari ini aku akan
menghabiskan masaku bersama Suha dan ice
king dirumahku. Ice king
tiba-tiba meminta izin untuk menggunakan kolam renang sebab nak menguatkan
kembali tangannya dengan aktiviti renang. Gembira bukan kepalang aku apabila
mereka tiba setelah dijemput oleh pemandu peribadi mama. Tangan ice king itu belum sembuh sepenuhnya
jadi memang aku tak benarkan dia memandu.
“Suha!” Aku mendapatkan Suha yang masih malu-malu apabila ditegur oleh
Isaac dan Emy.
“Amboi Selena, sesak nafas budak tu kau peluk.” Aku hanya ketawa dengan gurauan
sengal Isaac.
“Jom, Selena dah berusaha masak dari pagi tadi. Jangan risau, sejak Isaac
masuk Islam rumah ini memang tak ada benda yang tak halal,” pelawa mama yang
sedang mendukung bayi Isaac. Oh ye nama anak saudara aku tu Irdina Wahida. Ice king mengangguk sebelum
menghadiahkan senyuman segarisnya.
Selepas makan, ice king meminta diri untuk menggunakan
kolam renang peribadiku. Sementara ice
king berenang, aku membuat aktiviti membuat kek dengan Suha. Emy dan Isaac
yang ingin belajar cara membuat kek turut serta didalam aktiviti kami. Irdina dijaga
oleh mama aku yang memang tak boleh lepas cucu kesayangannya.
“Okey hari ni, kita buat kek yang paling senang iaitu cheesecake!” kata-kataku disambutkan dengan tepukan gemuruh dari
Isaac. Hahaha siapa jela yang boleh buat sengal macam tu kecuali si Isaac?
“Okey mula-mula kita hancurkan biskut graham tapi kalau tak ada, digestive cookies pun boleh.”
Masing-masing memerhatikan aku ‘membelasah’ biskut graham sehingga hancur.
Isaac galak mengetawakan yang lain sebab tercengang memandangkan dia dah biasa
tengok keganasan aku.
“Lepas itu, panaskan butter
sampai cair. Bila dah cair, campurkan dengan biskut graham yang dah hancur tadi
dan letakkan dalam baking tin. Rata
dan tekan padat. Masukkan dalam peti sejuk selama sejam.”
“Kemudian, kita pukul cream cheese,
2/3 cawan gula, 3 biji telur dan ½ sudu teh vanila dengan mixer ni sampai lembut. Bawa keluar graham crust dalam peti sejuk, yang ni Selena dah buat awal jadi yang
tadi tu korang boleh pakai.”
“Tuangkan benda yang kita dah mix
tadi atas crust ni dan boleh bakar
pakai oven selama 20 minit dengan suhu 180°C. Nanti bila dah siap, bawa keluar
dan sejukkan sekejap. Sementara tu, gabungkan 3 sudu gula, sour cream dan satu sudu teh vanila kacau dalam mangkuk dan sapukan
diatas cheesecake tadi. Masukkan
kembali ke dalam oven selama lima minit. Selepas itu kita sejukkan sebelum masuk
ke dalam peti sejuk. Lepas sejam macam tu dah boleh makan.” Semua pakat tunjuk
muka faham sambil mengangguk.
“Okey Suha buat dengan Selena. Emy dengan Isaac, pepandailah korang.” Isaac
mencebikkan bibir tanda protes. Konon...
“Papa nak join juga..” Eh bila pula si ice
king ni sampai? Bukan dia tengah syok berenang ke?
“Papa pergilah berenang. Nanti dah siap kami panggil,” arahku yang agak
menggelabah apabila ice king
mendekatiku dengan rambut yang masih basah. Ohoi..bergetar jantungku!
“Hmm yela, dah lepas baking temankan papa kat swimming pool. Bosan.” Dia mencubit pipi Suha dan mengenyitkan
sebelah matanya kepadaku sebelum melangkah keluar dari dapur. Ah sudah! Aku dah
lupa resepi aku tadi!
***************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part lagi. Maaflah sebab saya terlalu busy dan ada juga masa procrastinating sebab ada masalah sikit.
InsyaAllah cerpen ini pun dah nak hampir ke penghujung dan saya akan tumpukan pada usaha nak menerbitkan buku sendiri. Kepada yang belum mengundi, boleh undi disini.
Okey macam biasa, tak suka ka apa sila komen~ (^-^)v
***************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part lagi. Maaflah sebab saya terlalu busy dan ada juga masa procrastinating sebab ada masalah sikit.
InsyaAllah cerpen ini pun dah nak hampir ke penghujung dan saya akan tumpukan pada usaha nak menerbitkan buku sendiri. Kepada yang belum mengundi, boleh undi disini.
Okey macam biasa, tak suka ka apa sila komen~ (^-^)v
18 comments:
Hoyeah!!! Baru berura-ura nak tanya sambungannya tengok2 dah ada... Hehehe...
Good job sis :)
Andddd tak sabar nak beli novel sis ;) semoga segala urusan dipermudahkan... Aamiin...
@Suha: hehe amin.. insyaAllah.
seriously sis.. i'm falling in love with your blog,haha..teringat first time jmp,pulun jgk nk kasi hbs smua cerita yg ad n siap berangan lg nk wat cerpen sdri,,hahaha..n skang msti tertngu2 your updte,hehe..x sbar tngu buku kluar..chaiyokk sis
@anonymous: Alhamdulillah thanks. InsyaAllah, asalkan ada minat, awk blh hasilkan karya awk sndr.
Amin..insyaAllah apa2 saya akan update dlm blog ini jg.
(^-^)v
Waahhhh lngkah kanan la..baru nk husya2 tngok2 da ada next part..thumb up sis besttt sesangattt..
Gud luck 4 your novel 2..dah gtal tngn dh ni nk pgg novel sis.. :)
@ct. kz: Hehehe alhamdulillah..thanks ye.
InsyaAllah tak lama lagi saya akan buka pre-order.
alhamdulillah akhirnya ada sambungan. txs for the update. best tak sabar tunggu sambungannya.
Aaaa! Best la akak. Setakat ni, akak la penulis pebret saya. Bila nk sambung *angkat kening*
@rozita kadiman: Alhamdulillah..hehehe thanks.
InsyaAllah saya cuba update selaju boleh~
(^-^)v
@Aliya Sofhia: Alhamdulillah..terima kasih ye.
Hahahaha insyaAllah saya cuba update secepat yang boleh~ hehehe
(^-^)v
Huwaaaa~ mesti tak sempat nak baca ending. Rabu ni dah register asrama. Takpe, balik cuti sekolah je saya baca semua posts.
Macam biasa, tak pernah mengecewakan. Congrats sis ;)
@adryz annisa: Hehe bertabahlah dik oii..
Good luck kat tempat baru
Alhamdulillah, terima kasih.
(^-^)v
Best.Best.Best...x sabar nk tunggu sambungannya ...
xsaba nk tugu smbng seterusnya.:)
@Nura Ifah: Alhamdulillah..thanks~
InsyaAllah akan update secepat yang boleh~ufufufu..
(^-^)v
@nurirafazirah razak:Alhamdulillah..huhu sila bertabah..insyaAllah akak post secepat yang boleh~
(^-^)v
Yeahhh..bestnyaaa..hah ice king....thank writer sebb update
Izz~~~
@Izz: Alhamdulillah thanks..hehe sama2..
(^-^)v
Post a Comment