Kapitalis

Sunday, January 11, 2015

Cerpen: Ice King and Delinquent Queen (Part1 )


[kredit]   

Aku melangkah malas ke dalam restoran elit di pusat bandar. Sebuah meja yang terletak di satu sudut menjadi perhatianku. Kelihatan seorang lelaki berkemeja putih sedang bersantai sambil meminum kopi. Dengan dengusan kasar aku terus mengambil tempat dihadapan lelaki itu.

“Aku Selena Goh, umur 29 tahun, tinggi 175cm, berat 55kg dan aku ada butik perkahwinan sendiri. Apa lagi yang kau nak tahu?” Terjungkit kening lelaki dihadapanku tapi wajahnya masih tanpa perasaan. Cawan yang masih bersisa kopi diletakkan semula keatas piring.

“Kau tak payah nak buat tak faham! Mama aku paksa aku jumpa kau dan dalam masa empat bulan dari sekarang dia mahu kahwinkan aku dengan kau. Entah apa yang mama aku fikir pun aku tak tahu.” Dek terlalu marah dengan mama, aku menghamburkan rasa tak puas hatiku dihadapan lelaki yang masih aku belum kenal siapa dirinya.

“Kenapa kau senyap? Tak nak kenalkan diri ke?” soalku jengkel. Wajahnya yang masih tak beriak membuatkan aku makin geram. Dia ni raja jajahan kutub utara ke apa? Ice king?

“Syed Azfar, 32 tahun, tinggi 185cm, berat 70kg dan memiliki syarikat Azforce. Saya tak tahu apa yang awak merepek dari tadi dan siapa mama awak yang boleh paksa saya kahwin?” Terbeliak mata aku apabila ice king depan mata aku mula memperkenalkan diri. Okey bukan sebab aku teruja atau apa tapi…..warghhhh aku dah tersalah orang!!!!!


“Ma..maafkan say..” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, seorang perempuan tiba-tiba menghampiri meja kami.

“Azfar? Who is this lady? Are you cheating on me?!” memerah wajah perempuan itu. Err panas ke restoran  ni?

She’s Selena and we’re getting married in four months from now.” Ha? Ni drama apa yang Ice king ni sedang mainkan? Bukan aku salah orang ke?

“Azfar! I thought you’re single..ah no! Duda anak satu yang masih mencari perempuan untuk jadi mak kepada anak you tu.” Dia ada anak? Eh?????!!!

“Hmm obviously you’re not my type.” Ice king dihadapanku membalas dengan wajah bosan.

You!!” Tak boleh nak jerit lagi nyaring ke perempuan ni?! Aku terus bangun dari kerusi dan berdiri menghadap perempuan itu.

Shut your mouth! Pening kepala aku dengan suara nyaring kau. Kau ingat kau kat pasar malam ke nak jerit-jerit? Well, as you can see this man is taken. Leave at once!” Aku yang sudah mula bengang menjengilkan mata pada perempuan sengal dihadapanku. Tak perlu menjerit dan marah-marah. Aku menghalau perempuan itu dengan gaya yang paling elegan aku rasa. Perempuan itu menghentakkan kakinya tanda tak puas hati sebelum beredar keluar dari restoran.

“Anggap sahaja sebagai tanda minta maaf. Hmm boleh aku makan dulu sebelum blah dari pandangan kau?” Aku memandang pelik ke arah ice king dihadapanku. Dia menundukkan kepalanya dan badannya seperti menggigil. Demam kura-kura ke?

Wajahnya diangkat dan dia terus menghadiahkan senyuman kepada aku. Walaupun tak lama dia senyum tapi berjaya membuatkan jantung aku terhenti seketika. Inikah cinta pandang pertama?

You’re amazing. I tried to get rid of her since last two months but you did it in less than five minutes. You impressed me. Awak nak makan apa? Pesan je, saya belanja.” Aku mengangguk lantas memanggil pelayan restoran untuk mengambil pesanan. Terlupa terus tentang tujuan asal aku datang ke restoran ini. Perutku yang lapar wajib diisi!








“Selena Goh! Ethan cakap kamu tak pergi pun jumpa dia hari tu!” Adui mama aku ini sejak adik aku, Isaac dah berkahwin dan bakal menimang cahayamata, dia tak senang duduk tengok aku yang masih belum berpunya. Haish..ada juga rasa menyesal sikit tolong si Isaac dulu.

“Saya pergi tapi tak nampak dia pun, entah-entah dia yang tak datang,” balasku acuh tak acuh. Aku tahu sekejap lagi mama mesti menjerit balik kat aku.

Don’t lie to me Selena Goh Hsuan Chai! Ethan tunggu kamu sampai restoran tutup kamu tahu! Kamu nak jadi apa ni!” Waa bagus betul kesabaran si Ethan tu. Kalau aku tunggu 15 minit je pun dah naik angin dan terus balik.

I never asked him to wait. Dia boleh call tanya kenapa tak sampai lagi jika dia betul-betul nak jumpa saya! Mama, saya tak berminat dengan dengan lelaki macam ni. Dah, saya nak ke butik.” Personaliti aku dengan mama boleh dikatakan sama dan aku sememangnya bukan jenis yang boleh dipaksa.

“Selena! Mama nak kamu jumpa Ethan hari ini! Minta maaf pada dia dan berkenalanlah dengan dia. Dia lelaki yang baik.”

No. Tak ada sebab untuk saya minta maaf dengan dia dan saya memang tak berminat,” tegasku sebelum berlalu ke almari kasutku. Kasut tinggi jenama Christian Louboutin kusarung ke kaki sebelum melangkah keluar. Lama-lama takut aku hilang sabar dengan mama jadi baik aku berambus cepat!







Queen! Dengar kata kau dah nak kahwin betul ke?” Sandara, pembantu di butik aku terus bertanyakan soalan yang entah apa-apa sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pejabat. ‘Queen’ merupakan nama panggilanku sejak zaman sekolah dan hanya beberapa orang didalam butik aku ini sahaja yang tahu sebab apa aku dipanggil begitu.

“Tak betul. Design baru dah siap belum?” Sandara menghulurkan fail berisi rekaan terbaru untuk koleksi baju pengantin butikku. Selain perniagaan butik pengantin, aku turut mempunyai jenama pakaianku sendiri.

“Tapi semalam mama Queen yang beritahu kami. Siap minta kami buat rekaan untuk majlis perkahwinan Queen.” Bam! Fail yang berisi rekaan terbaru kuhentak ke meja. Mengigil juga Sandara dengan reaksiku. Macam tak faham yang aku memang tak suka membincangkan hal peribadi sewaktu masa bekerja.

“Ma..maaf. Saya keluar dulu.” Mencicit Sandara keluar dari bilik pejabatku. Nampaknya dia dah teringat tentang ‘keganasanku’.

Selena, you have an appointment with security provider company later at 11 o’clock. After lunch, you have a meeting with designers and models. In the evening, you need to attend dinner in Sheraton Imperial.” Wafi, setiausaha peribadiku membacakan jadual untuk hari ini. Hmm padat juga..

“Wafi, dinner tu kalau tak nak pergi tak boleh ke?” Wafi memang pekerja yang paling aku percayai. Oh dalam butik aku tak ada pekerja lelaki. Cuma model lelaki sahaja yang akan sekali-sekali bekerja denganku. Itupun kebanyakannya bukan lelaki sejati. Bagi aku, lelaki ialah makhluk yang paling ego, kebudak-budakan dan perasan bagus kecuali adik lelaki aku. Isaac memang berbeza dengan lelaki-lelaki yang aku pernah jumpa. Oh tak lupa juga dengan ice king yang aku jumpa semalam. Dia lain dari yang lain..

“Tak boleh. Makan malam ini akan dihadiri oleh ramai selebriti dalam dan luar negara. Masa inilah kita perkenalkan jenama pakaian kita. Lagi satu, dua pakaian rekaan butik kita akan dilelongkan untuk tujuan amal dalam majlis malam nanti takkan tuan punya butik tak hadir kan? Oh you dah dapat partner untuk pergi dengan you ke malam ni?” Hmm mengada-ada betullah tuan majlis malam nanti. Nak makan malam pun kena bawa teman. Kalau aku bawa si Wafi ni, orang ingat aku lesbian pula. Rosak imej butik aku nanti! Nasib baiklah Isaac dah setuju nak temankan aku hahaha...

“Pergi dengan Isaac.”

“Baiklah. Baju untuk malam nanti ada di bilik persalinan.” Aku mengangguk faham. Kadang-kadang aku tergelak sendiri memikirkan bekas ketua kumpulan gengster kini merupakan pemilik butik. Teringat pula kisah dulu-dulu...







Queen! Ada orang nak kacau adik Queen!” Haih bodoh betullah mereka-mereka ini. Sengaja gunakan adik lelaki aku yang comel lagi suci untuk mengugut aku. Memang minta mati awal!

“Kat mana?!” jerkahku dengan muka bengis.

“Diorang tunggu adik Queen kat simpang depan kedai runcit.”

“Jom!” Aku melompat turun dari tembok batu sekolah. Waktu persekolahan yang berbeza menyukarkan aku untuk sentiasa menjaga adikku. Aku bersekolah sesi pagi manakala, Isaac sesi petang. Aku dan pengikutku bergerak pantas untuk mematahkan usaha samseng-samseng bodoh yang mahu ‘mengusik’ adikku.

Tiba sahaja ditempat yang dinyatakan oleh pengikutku, aku menghentikan langkah. Apa yang membuatkan aku terkejut ialah seorang budak perempuan Melayu sedang melindungi adikku dengan sebatang kayu ditangan. Terdapat beberapa orang samseng yang sudah terbaring mengaduh sakit diatas jalan raya. Hmm hebat juga budak tu...

“Dekatlah kalau nak kena!” ugut budak perempuan itu dengan suara lantang. Tak padan dengan berbaju kurung dan lengkap bertudung. Macam tak cukup tanah juga samseng-samseng itu melarikan diri. Nak-nak lagi bila ternampak aku dan pengikutku sudah memenuhi kawasan itu. Memang nak tempah kerandalah kalau melawan lagi.

“Kau siapa?!” tengking budak perempuan itu apabila aku mendekatinya. Kayu masih dipegang erat dan dia masih melindungi adikku.

“Emy, tu kakak aku.” Isaac menerangkan kepada budak perempuan itu dengan suara yang lemah. Aku mendapatkan Isaac yang mengalami kecederaan di tangan kirinya. Kurang ajar punya samseng! Tahulah nasib mereka nanti.Tadi aku sudah cam muka mereka.

“Oh sorry. Kita bawa Isaac pergi klinik sebab tangan dia lebam. Takut patah pula,” cadang budak perempuan itu.

“Terima kasih sebab tolong Isaac. Aku Selena, apa nama kau?”

“Aimy Adara. Boleh panggil Emy sahaja. Tak tahu kenapa mereka tiba-tiba menyerang Isaac masa saya pergi beli air.” Aku mengangguk dengan penjelasan Emy.

“Biasalah mereka memang suka tunjuk kuat. Baiklah, sekejap lagi pemandu kami akan datang. Sesi petang sekejap lagi nak mula baik kau pergi sekolah cepat.” Wajah Emy nampak risau dan agak berat hati untuk meninggalkan Isaac. Hehe ada hati kat adik aku ke?

“Emy, pergilah sekolah. Nanti aku call kau.” Emy mengeluh perlahan sebelum bersetuju. Sejak dari hari itu, Emy memang aku lantik jagakan Isaac bagi pihak aku tanpa pengetahuan adik lelaki aku itu.








“Selena, they’re already here.” Teguran dari Wafi mematikan lamunanku. Aku segera keluar dari bilikku untuk bertemu dengan syarikat sekuriti yang akan aku gunakan untuk memasang sistem keselamatan di butikku. Terdapat dua orang lelaki yang sedang menunggu di bilik perbincangan. Masing-masing sedang berbincang sesuatu membelakangkanku.

Hi, I’m Sele...Azfar?” Rasa nak melompat jantung aku apabila kedua-dua lelaki itu berpaling. Okey memang aku teruja gila bila bertemu semula dengan ice king ini.

Miss Selena, I’m Scott and this is my boss, Mr Syed Azfar which I think you already knew him from your reaction just now.” Scott berjabat tangan denganku manakala ice king itu hanya memberikan tunduk hormat. Tak apa, sebab Amy dah ajar aku serba sedikit tentang adab pergaulan dalam Islam dulu jadi aku memang tak kisah sangat pun.

Yeah we know each other quite well.” Ice king itu membalas dengan wajah tak beriaksi. Scott hanya senyum dan kami memulakan perbincangan dengan kadar segera. Dalam dunia perniagaan, masa itu sangat berharga. Tak sampai sejam, perbincangan kami tamat dan sememangnya aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Azforce.

We’ll send our technicians to install security system in your boutique three days from now. Nice doing business with you Selena.”

“My pleasure. Mind to join me for lunch?” pelawaku sekadar berbasa-basi.

“Hmm unfortunately I got a lunch date today. How about you boss?” tanya Scott kepada bosnya.

I need to fetch Suha but if you don’t mind, you can join me and my daughter for lunch.” Entah kenapa hati aku melonjak-lonjak ingin berjumpa dengan anak perempuan ice king ini. Dah kenapa dengan aku?


“Sure! I’d love to!” Ice king itu hanya tersenyum sedikit dengan keterujaanku. Baiklah aku dah mula rasa malu sedikit.

***************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v


27 comments:

semuanya tentang hidupku said...

Huhuhu . Best sgt. Nati kalo selena nk kawin ngn azfr mesti mak selena tentang habis habisan kan. Hahahah .

Norlyana Nasrin said...

@semuanya tentang hidupku: Alhamdulillah thanks. Haha just wait n c.

(^-^)v

Unknown said...

Yeah, awesome. Please azfar kahwin dgn Selena. Sesuai je dua ni. Sorang sejuk sorang panas.
Cepat sambung Kak, nanti dah start sekolah payah sikit nk online selalu. Form 4 tahun ni nak kena harung 4 subjek killer .

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: Alhamdulillah thanks.
insyaAllah, oh masul aliran apa?

(^-^)v

Unknown said...

Sains tulen Kak.

ida man's said...

best n3 kak. x sabar nak baca next n3

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: oh sme dgn akak dl. InsyaAllah xde mslh just jgn ber'honeymoon' waktu form 4 ni. Mula fahamkan asas dr awal.

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@ida man's: Alhamdulillah thanks. InsyaAllah bila ada ms akak update lg.

(^-^)v

Unknown said...

InsyaAllah Kak, thanks for the advice. Memang sekarang ni nak kena jadikan empat subjek tu bestfriends lah nampaknyaa.

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: insyaAllah adik boleh. Tapi jgn lupakan subjek yg lain..mcm sejarah dan bio kena byk menghafal; math, add math n fizik kena kreatif n logik..kimia plak kena fhm setiap unsur dan tindakbalas.

InsyaAllah bykkn ulangkaji n faham. Buat solat sunat dan bc Yasin.

(^-^)v

Unknown said...

InsyaAllah... Wish me luck akak , may the best comes ahead.

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: insyaAllah, good luck dik.

Usaha sungguh2 kemudian tawakal.

(^-^)v

Author said...

akak jgn lama2 sgt eh nk masukkan entry baru.SPM mula rindu dekat sya dah..haha

Norlyana Nasrin said...

@fazliana nazri : insyaAllah akak cuba update lelaju ye?

(^-^)v

Anis Farhana said...

Saya cuma ingat watak Selena ja pastu ingatkan Azfar tu watak baru. Masa Azfar sebut Suha tu baru teringat ice queen hehe.

Best kak, cepat sambung hehehe :)


ps : rajinnya dak form4 lani awai tahun dah baca buku. saya dulu masa spm baru kelam kabut nak hapai haha. memang tak boleh dijadikan contoh ni >.<

Anonymous said...

cerita yang menarik..x sabar nak tunggu part yang seterusnya

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Hehehe lupa ye...

Alhamdulillah insyaAllah akak try sambung secepat mungkin.

la ni dah x sama mcm dl..semua kena jd competitive klu x mmg tertinggal train la...


@anonymous: Alhamdulillah terima kasih. InsyaAllah saya update lelaju..hehe

(^-^)v

Anonymous said...

best sangat... please update part seterusnya cepat2... hihi

-tiehah

Norlyana Nasrin said...

@tiehah: Alhamdulillah..insyaAllah saya try update selaju boleh na..huhu~

(^-^)v

Unknown said...

mcm familiar jer nama Ice King nie. baru teringat cite Ice Queen. Not bad tak sabar nak tunggu sambungan dan nak tengok Selene yg sengal nie....

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: hehehe kalau bc IRA dari awal mesti perasan yang Ana gelarkan Syed Azfar Ice King sebab perangai lebih kurang dengan dia huhu~

InsyaAllah saya cuba sambung secepat mungkin..

(^-^)V

Anonymous said...

bila mau sambung ni? :)

Norlyana Nasrin said...

Hehe bertabah..insyaAllah dalan mggu ni jgk..

itsfazzy said...

akak ,mohon update selaju mungkin ye ?saya tiap2 ari buka blog akak ni .hehe .semuanya best !!!

Norlyana Nasrin said...

@fazzy_flee: InsyaAllah tengah berusaha juga nak mengupdate huhuhu~

(^-^)v

Anonymous said...

Maaf.. cerita pada permulaan tu agak berserabut sikit...tapi saya faham apa yang disampaikan ...overall best tak sabar nak smbung
Izz~~~

Norlyana Nasrin said...

@Izz: Hahaha maaflah saya ni jenis suka buat ikut suka hati & agak kelam-kabut la juga..

Alhamdulillah, terima kasih. InsyaAllah saya cuba sambung selaju yang boleh.

(^-^)v