[kredit] |
Aku melangkah malas
ke dalam restoran elit di pusat bandar. Sebuah meja yang terletak di satu sudut
menjadi perhatianku. Kelihatan seorang lelaki berkemeja putih sedang bersantai
sambil meminum kopi. Dengan dengusan kasar aku terus mengambil tempat dihadapan
lelaki itu.
“Aku Selena Goh, umur 29 tahun, tinggi 175cm, berat 55kg dan aku ada butik
perkahwinan sendiri. Apa lagi yang kau nak tahu?” Terjungkit kening lelaki
dihadapanku tapi wajahnya masih tanpa perasaan. Cawan yang masih bersisa kopi
diletakkan semula keatas piring.
“Kau tak payah nak buat tak faham! Mama aku paksa aku jumpa kau dan dalam
masa empat bulan dari sekarang dia mahu kahwinkan aku dengan kau. Entah apa
yang mama aku fikir pun aku tak tahu.” Dek terlalu marah dengan mama, aku menghamburkan
rasa tak puas hatiku dihadapan lelaki yang masih aku belum kenal siapa dirinya.
“Kenapa kau senyap? Tak nak kenalkan diri ke?” soalku jengkel. Wajahnya
yang masih tak beriak membuatkan aku makin geram. Dia ni raja jajahan kutub
utara ke apa? Ice king?
“Syed Azfar, 32 tahun, tinggi 185cm, berat 70kg dan memiliki syarikat
Azforce. Saya tak tahu apa yang awak merepek dari tadi dan siapa mama awak yang
boleh paksa saya kahwin?” Terbeliak mata aku apabila ice king depan mata aku
mula memperkenalkan diri. Okey bukan sebab aku teruja atau apa tapi…..warghhhh
aku dah tersalah orang!!!!!
“Ma..maafkan say..” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, seorang perempuan
tiba-tiba menghampiri meja kami.
“Azfar? Who is this lady? Are you
cheating on me?!” memerah wajah perempuan itu. Err panas ke restoran ni?
“She’s Selena and we’re getting
married in four months from now.” Ha? Ni drama apa yang Ice king ni sedang mainkan? Bukan aku
salah orang ke?
“Azfar! I thought you’re single..ah
no! Duda anak satu yang masih mencari perempuan untuk jadi mak kepada anak you tu.” Dia ada anak? Eh?????!!!
“Hmm obviously you’re not my type.”
Ice king dihadapanku membalas dengan
wajah bosan.
“You!!” Tak boleh nak jerit lagi
nyaring ke perempuan ni?! Aku terus bangun dari kerusi dan berdiri menghadap
perempuan itu.
“Shut your mouth! Pening kepala
aku dengan suara nyaring kau. Kau ingat kau kat pasar malam ke nak jerit-jerit?
Well, as you can see this man is taken.
Leave at once!” Aku yang sudah mula bengang menjengilkan mata pada
perempuan sengal dihadapanku. Tak perlu menjerit dan marah-marah. Aku menghalau
perempuan itu dengan gaya yang paling elegan aku rasa. Perempuan itu
menghentakkan kakinya tanda tak puas hati sebelum beredar keluar dari restoran.
“Anggap sahaja sebagai tanda minta maaf. Hmm boleh aku makan dulu sebelum
blah dari pandangan kau?” Aku memandang pelik ke arah ice king dihadapanku. Dia menundukkan kepalanya dan badannya
seperti menggigil. Demam kura-kura ke?
Wajahnya diangkat
dan dia terus menghadiahkan senyuman kepada aku. Walaupun tak lama dia senyum tapi
berjaya membuatkan jantung aku terhenti seketika. Inikah cinta pandang pertama?
“You’re amazing. I tried to get rid
of her since last two months but you did it in less than five minutes. You
impressed me. Awak nak makan apa? Pesan je, saya belanja.” Aku mengangguk
lantas memanggil pelayan restoran untuk mengambil pesanan. Terlupa terus
tentang tujuan asal aku datang ke restoran ini. Perutku yang lapar wajib diisi!
“Selena Goh! Ethan cakap kamu tak pergi pun jumpa dia hari tu!” Adui mama
aku ini sejak adik aku, Isaac dah berkahwin dan bakal menimang cahayamata, dia
tak senang duduk tengok aku yang masih belum berpunya. Haish..ada juga rasa
menyesal sikit tolong si Isaac dulu.
“Saya pergi tapi tak nampak dia pun, entah-entah dia yang tak datang,”
balasku acuh tak acuh. Aku tahu sekejap lagi mama mesti menjerit balik kat aku.
“Don’t lie to me Selena Goh Hsuan
Chai! Ethan tunggu kamu sampai restoran tutup kamu tahu! Kamu nak jadi apa ni!”
Waa bagus betul kesabaran si Ethan tu. Kalau aku tunggu 15 minit je pun dah
naik angin dan terus balik.
“I never asked him to wait. Dia
boleh call tanya kenapa tak sampai
lagi jika dia betul-betul nak jumpa saya! Mama, saya tak berminat dengan dengan
lelaki macam ni. Dah, saya nak ke butik.” Personaliti aku dengan mama boleh
dikatakan sama dan aku sememangnya bukan jenis yang boleh dipaksa.
“Selena! Mama nak kamu jumpa Ethan hari ini! Minta maaf pada dia dan berkenalanlah
dengan dia. Dia lelaki yang baik.”
“No. Tak ada sebab untuk saya
minta maaf dengan dia dan saya memang tak berminat,” tegasku sebelum berlalu ke
almari kasutku. Kasut tinggi jenama Christian Louboutin kusarung ke kaki sebelum
melangkah keluar. Lama-lama takut aku hilang sabar dengan mama jadi baik aku
berambus cepat!
“Queen! Dengar kata kau dah nak
kahwin betul ke?” Sandara, pembantu di butik aku terus bertanyakan soalan yang
entah apa-apa sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pejabat. ‘Queen’ merupakan nama panggilanku sejak zaman
sekolah dan hanya beberapa orang didalam butik aku ini sahaja yang tahu sebab
apa aku dipanggil begitu.
“Tak betul. Design baru dah siap
belum?” Sandara menghulurkan fail berisi rekaan terbaru untuk koleksi baju
pengantin butikku. Selain perniagaan butik pengantin, aku turut mempunyai
jenama pakaianku sendiri.
“Tapi semalam mama Queen yang
beritahu kami. Siap minta kami buat rekaan untuk majlis perkahwinan Queen.” Bam! Fail yang berisi rekaan
terbaru kuhentak ke meja. Mengigil juga Sandara dengan reaksiku. Macam tak
faham yang aku memang tak suka membincangkan hal peribadi sewaktu masa bekerja.
“Ma..maaf. Saya keluar dulu.” Mencicit Sandara keluar dari bilik pejabatku.
Nampaknya dia dah teringat tentang ‘keganasanku’.
“Selena, you have an appointment with
security provider company later at 11 o’clock. After lunch, you have a meeting
with designers and models. In the evening, you need to attend dinner in Sheraton
Imperial.” Wafi, setiausaha peribadiku membacakan jadual untuk hari ini.
Hmm padat juga..
“Wafi, dinner tu kalau tak nak
pergi tak boleh ke?” Wafi memang pekerja yang paling aku percayai. Oh dalam
butik aku tak ada pekerja lelaki. Cuma model lelaki sahaja yang akan
sekali-sekali bekerja denganku. Itupun kebanyakannya bukan lelaki sejati. Bagi
aku, lelaki ialah makhluk yang paling ego, kebudak-budakan dan perasan bagus
kecuali adik lelaki aku. Isaac memang berbeza dengan lelaki-lelaki yang aku
pernah jumpa. Oh tak lupa juga dengan ice
king yang aku jumpa semalam. Dia lain dari yang lain..
“Tak boleh. Makan malam ini akan dihadiri oleh ramai selebriti dalam dan
luar negara. Masa inilah kita perkenalkan jenama pakaian kita. Lagi satu, dua
pakaian rekaan butik kita akan dilelongkan untuk tujuan amal dalam majlis malam
nanti takkan tuan punya butik tak hadir kan? Oh you dah dapat partner
untuk pergi dengan you ke malam ni?” Hmm
mengada-ada betullah tuan majlis malam nanti. Nak makan malam pun kena bawa
teman. Kalau aku bawa si Wafi ni, orang ingat aku lesbian pula. Rosak imej
butik aku nanti! Nasib baiklah Isaac dah setuju nak temankan aku hahaha...
“Pergi dengan Isaac.”
“Baiklah. Baju untuk malam nanti ada di bilik persalinan.” Aku mengangguk
faham. Kadang-kadang aku tergelak sendiri memikirkan bekas ketua kumpulan
gengster kini merupakan pemilik butik. Teringat pula kisah dulu-dulu...
“Queen! Ada orang nak kacau adik Queen!” Haih bodoh betullah
mereka-mereka ini. Sengaja gunakan adik lelaki aku yang comel lagi suci untuk
mengugut aku. Memang minta mati awal!
“Kat mana?!” jerkahku dengan muka bengis.
“Diorang tunggu adik Queen kat
simpang depan kedai runcit.”
“Jom!” Aku melompat turun dari tembok batu sekolah. Waktu persekolahan yang
berbeza menyukarkan aku untuk sentiasa menjaga adikku. Aku bersekolah sesi pagi
manakala, Isaac sesi petang. Aku dan pengikutku bergerak pantas untuk mematahkan
usaha samseng-samseng bodoh yang mahu ‘mengusik’ adikku.
Tiba sahaja
ditempat yang dinyatakan oleh pengikutku, aku menghentikan langkah. Apa yang
membuatkan aku terkejut ialah seorang budak perempuan Melayu sedang melindungi
adikku dengan sebatang kayu ditangan. Terdapat beberapa orang samseng yang
sudah terbaring mengaduh sakit diatas jalan raya. Hmm hebat juga budak tu...
“Dekatlah kalau nak kena!” ugut budak perempuan itu dengan suara lantang.
Tak padan dengan berbaju kurung dan lengkap bertudung. Macam tak cukup tanah
juga samseng-samseng itu melarikan diri. Nak-nak lagi bila ternampak aku dan
pengikutku sudah memenuhi kawasan itu. Memang nak tempah kerandalah kalau
melawan lagi.
“Kau siapa?!” tengking budak perempuan itu apabila aku mendekatinya. Kayu
masih dipegang erat dan dia masih melindungi adikku.
“Emy, tu kakak aku.” Isaac menerangkan kepada budak perempuan itu dengan
suara yang lemah. Aku mendapatkan Isaac yang mengalami kecederaan di tangan
kirinya. Kurang ajar punya samseng! Tahulah nasib mereka nanti.Tadi aku sudah
cam muka mereka.
“Oh sorry. Kita bawa Isaac pergi
klinik sebab tangan dia lebam. Takut patah pula,” cadang budak perempuan itu.
“Terima kasih sebab tolong Isaac. Aku Selena, apa nama kau?”
“Aimy Adara. Boleh panggil Emy sahaja. Tak tahu kenapa mereka tiba-tiba
menyerang Isaac masa saya pergi beli air.” Aku mengangguk dengan penjelasan Emy.
“Biasalah mereka memang suka tunjuk kuat. Baiklah, sekejap lagi pemandu
kami akan datang. Sesi petang sekejap lagi nak mula baik kau pergi sekolah
cepat.” Wajah Emy nampak risau dan agak berat hati untuk meninggalkan Isaac.
Hehe ada hati kat adik aku ke?
“Emy, pergilah sekolah. Nanti aku call
kau.” Emy mengeluh perlahan sebelum bersetuju. Sejak dari hari itu, Emy memang
aku lantik jagakan Isaac bagi pihak aku tanpa pengetahuan adik lelaki aku itu.
“Selena, they’re already here.” Teguran
dari Wafi mematikan lamunanku. Aku segera keluar dari bilikku untuk bertemu
dengan syarikat sekuriti yang akan aku gunakan untuk memasang sistem
keselamatan di butikku. Terdapat dua orang lelaki yang sedang menunggu di bilik
perbincangan. Masing-masing sedang berbincang sesuatu membelakangkanku.
“Hi, I’m Sele...Azfar?” Rasa nak
melompat jantung aku apabila kedua-dua lelaki itu berpaling. Okey memang aku
teruja gila bila bertemu semula dengan ice king ini.
“Miss Selena, I’m Scott and this is
my boss, Mr Syed Azfar which I think you already knew him from your reaction
just now.” Scott berjabat tangan denganku manakala ice king itu hanya memberikan tunduk hormat. Tak apa, sebab Amy dah
ajar aku serba sedikit tentang adab pergaulan dalam Islam dulu jadi aku memang
tak kisah sangat pun.
“Yeah we know each other quite well.”
Ice king itu membalas dengan wajah
tak beriaksi. Scott hanya senyum dan kami memulakan perbincangan dengan kadar
segera. Dalam dunia perniagaan, masa itu sangat berharga. Tak sampai sejam,
perbincangan kami tamat dan sememangnya aku berpuas hati dengan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh Azforce.
“We’ll send our technicians to
install security system in your boutique three days from now. Nice doing
business with you Selena.”
“My pleasure. Mind to join me for lunch?” pelawaku sekadar berbasa-basi.
“Hmm unfortunately I got a lunch date
today. How about you boss?” tanya Scott kepada bosnya.
“I need to fetch Suha but if you don’t
mind, you can join me and my daughter for lunch.” Entah kenapa hati aku
melonjak-lonjak ingin berjumpa dengan anak perempuan ice king ini. Dah kenapa
dengan aku?
“Sure! I’d love to!” Ice king itu hanya tersenyum sedikit dengan keterujaanku.
Baiklah aku dah mula rasa malu sedikit.
***************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
***************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
27 comments:
Huhuhu . Best sgt. Nati kalo selena nk kawin ngn azfr mesti mak selena tentang habis habisan kan. Hahahah .
@semuanya tentang hidupku: Alhamdulillah thanks. Haha just wait n c.
(^-^)v
Yeah, awesome. Please azfar kahwin dgn Selena. Sesuai je dua ni. Sorang sejuk sorang panas.
Cepat sambung Kak, nanti dah start sekolah payah sikit nk online selalu. Form 4 tahun ni nak kena harung 4 subjek killer .
@adryz annisa: Alhamdulillah thanks.
insyaAllah, oh masul aliran apa?
(^-^)v
Sains tulen Kak.
best n3 kak. x sabar nak baca next n3
@adryz annisa: oh sme dgn akak dl. InsyaAllah xde mslh just jgn ber'honeymoon' waktu form 4 ni. Mula fahamkan asas dr awal.
(^-^)v
@ida man's: Alhamdulillah thanks. InsyaAllah bila ada ms akak update lg.
(^-^)v
InsyaAllah Kak, thanks for the advice. Memang sekarang ni nak kena jadikan empat subjek tu bestfriends lah nampaknyaa.
@adryz annisa: insyaAllah adik boleh. Tapi jgn lupakan subjek yg lain..mcm sejarah dan bio kena byk menghafal; math, add math n fizik kena kreatif n logik..kimia plak kena fhm setiap unsur dan tindakbalas.
InsyaAllah bykkn ulangkaji n faham. Buat solat sunat dan bc Yasin.
(^-^)v
InsyaAllah... Wish me luck akak , may the best comes ahead.
@adryz annisa: insyaAllah, good luck dik.
Usaha sungguh2 kemudian tawakal.
(^-^)v
akak jgn lama2 sgt eh nk masukkan entry baru.SPM mula rindu dekat sya dah..haha
@fazliana nazri : insyaAllah akak cuba update lelaju ye?
(^-^)v
Saya cuma ingat watak Selena ja pastu ingatkan Azfar tu watak baru. Masa Azfar sebut Suha tu baru teringat ice queen hehe.
Best kak, cepat sambung hehehe :)
ps : rajinnya dak form4 lani awai tahun dah baca buku. saya dulu masa spm baru kelam kabut nak hapai haha. memang tak boleh dijadikan contoh ni >.<
cerita yang menarik..x sabar nak tunggu part yang seterusnya
@Anis Farhana: Hehehe lupa ye...
Alhamdulillah insyaAllah akak try sambung secepat mungkin.
la ni dah x sama mcm dl..semua kena jd competitive klu x mmg tertinggal train la...
@anonymous: Alhamdulillah terima kasih. InsyaAllah saya update lelaju..hehe
(^-^)v
best sangat... please update part seterusnya cepat2... hihi
-tiehah
@tiehah: Alhamdulillah..insyaAllah saya try update selaju boleh na..huhu~
(^-^)v
mcm familiar jer nama Ice King nie. baru teringat cite Ice Queen. Not bad tak sabar nak tunggu sambungan dan nak tengok Selene yg sengal nie....
@rozita kadiman: hehehe kalau bc IRA dari awal mesti perasan yang Ana gelarkan Syed Azfar Ice King sebab perangai lebih kurang dengan dia huhu~
InsyaAllah saya cuba sambung secepat mungkin..
(^-^)V
bila mau sambung ni? :)
Hehe bertabah..insyaAllah dalan mggu ni jgk..
akak ,mohon update selaju mungkin ye ?saya tiap2 ari buka blog akak ni .hehe .semuanya best !!!
@fazzy_flee: InsyaAllah tengah berusaha juga nak mengupdate huhuhu~
(^-^)v
Maaf.. cerita pada permulaan tu agak berserabut sikit...tapi saya faham apa yang disampaikan ...overall best tak sabar nak smbung
Izz~~~
@Izz: Hahaha maaflah saya ni jenis suka buat ikut suka hati & agak kelam-kabut la juga..
Alhamdulillah, terima kasih. InsyaAllah saya cuba sambung selaju yang boleh.
(^-^)v
Post a Comment