[kredit] |
Muiz hanya mampu
tersengih melihat keadaan Firdaus yang sedang disuap oleh Adriana. Rasanya sahabat
baiknya itu bukan mengalami kecederaan parah. Peluru yang ditembak oleh Thiru
hanya mengena sedikit pada kedua-dua belah bahu Firdaus tak kena tulang pun!
“Apa sengih-sengih?!” soal Firdaus dengan muka tak puas hati.
“Der, gua rasa lu over la! Tangan
lu bukan patah pun!” balas Muiz disertai dengan ketawa kuat. Nasib baiklah
Firdaus ditempatkan di wad persendirian kalau tak ada juga yang kena baling kerusi
dengan jururawat bertugas. Tapi sanggupkah jururawat mengapa-apakan bos besar
mereka? Errr....
“Abang ni tak baiklah. Firdaus kan tengah sakit tu?” marah Mia lalu
mencubit perut abangnya yang suka sangat mengusik. Muiz mengaduh sakit sambil
tayang muka yang sudah mencebik. Giliran dia pula nak menggedik dengan adik
sendiri.
“Sampai hati Mia, sakit tau! Abang mengadu kat Iqram!” Mia hanya ketawa
dengan gelagat abangnya. Iqram tak dapat hadir kerana menemani papanya ke luar
negara. Ada projek baru yang memerlukan kehadiran Iqram bersama kalau tidak tak
mungkin Mia akan melepaskan suaminya pergi. Kurang-kurang mesti dia mahu
mengikut.
“Woi berdrama pula korang kat sini! Aku yang tengok ni pun rasa geli tau?!”
Hamdan yang hanya berdiam dari tadi mula bersuara.
“Ala bukan selalu. Cer kau masuk hospital sekali, mesti aku buat pementasan
teater depan kau,” gurau Muiz lagi. Hamdan hanya mampu ketawa dengan gelagat
Muiz yang kadangkala memang macam nak minta penampar. Apa-apa pun Muiz, Firdaus
dan Iqram adalah sahabatnya dunia akhirat. Tak lengkap dunianya tanpa kehadiran
mereka.
“Anak-anak mana Hanan?” soal Mia lalu mengambil tempat disebelah Adriana.
“Kat rumah, mama saya jaga. Dia tak bagi bawa selalu ke hospital sebab
takut terdedah dengan virus dan bakteria,” terang Adriana dengan senyuman
nipis.
“Hmm betul juga. Walaupun hospital kami memang menitik beratkan soal
kualiti udara dalam hospital, tapi kadangkala kita bukan boleh halang orang
dari batuk disebelah kita. Lagipun,sistem imun kanak-kanak sebesar Zimam dan
Ayyash masih belum kuat.” Adriana mengangguk mendengarkan penerangan dari Mia.
“Sayang, nak ayam...” Firdaus yang tiba-tiba menagih perhatian Adriana
membuatkan mereka yang lain terus ketawa.
“Dahlah, petang nanti kami datang lagi. Kau bermanjalah sampai lebam!” Muiz
terus menarik Mia dan Hamdan untuk keluar dari wad.
“Bro, apa-apa call kami okey?” pesan Hamdan sebelum keluar. Firdaus menunjukkan
isyarat bagus kepada Hamdan.
“Haa..kan aku cakap tangan dia okey je! Sengaja je dia tu.” Mereka yang lain
terus ketawa dengan gurauan Muiz. Firdaus hanya mampu tersengih apabila
‘temberangnya’ sudah pecah.
“Ad!!! What happened to you and your
family? This is the second time right? Oh my goodness. Oh hi Firdaus!”
Lillian yang datang berkunjung bersama Ian dan Julian. Kecoh sahabatnya yang
prihatin dengan keluarganya.
“Hi Lillian, Ian, Julian. Tak
apa, kami semua selamat. Duduklah.” Firdaus menyambut kedatangan tetamu yang
datang melawatnya. Bukan selalu dia dapat berjumpa dengan ketiga-tiga sahabat
baik isterinya itu. Masing-masing sibuk dengan hidup mereka tapi dia tahu
Adriana selalu juga berjumpa sahabat-sahabat baiknya itu tanpa dia. Zimam dan
Ayyash pun rapat dengan mereka.
“You got shot and you said it’s
nothing?! I rasa you kena pasang guard la di rumah. Kesian kat darling-darling I. Mesti diorang
terkejut kan?” Julian dan Ian hanya mampu tersenyum dengan keletah Lillian. Ian
dan Lillian bakal mendirikan rumahtangga akhir tahun ini. Julian? Masih
mencari..
“Alhamdulillah diorang okey. Currently
they’re staying with my mom.” Adriana membalas lalu menghulurkan air
mineral kepada sahabat-sahabatnya.
“Harap tak ada lagilah orang gila yang kacau family you. Seksa jiwa raga I
bila dengar family you kena
macam-macam. I dah suruh Ian beli
rumah dekat area perumahan you.
Senang sikit kalau ada apa-apa. I pun
senang nanti.”
“Yup. Senanglah dia kalau malas masak pergi rumah you saja,” usik Julian
lalu menarik pipi adiknya.
“Kira I paling untunglah ni? I boleh lari rumah you kalau Lillian buat hal kan Firdaus?” gurau Ian pula.
“Aik terbalik pula? Selalunya perempuan yang lari. Hahaha..” Firdaus
menjeling Adriana yang sudah tersenyum nipis. Teringat kisah lamalah tu.
“Try la lari! Tahulah nasib you lepas itu.” Lillian mengepal
penumbuknya sambil menjeling ke arah Ian yang hanya menayang muka selamba.
“So bila boleh discharge?” Firdaus tersenyum ke arah
Julian yang bertanya.
“Esok kot sebab doktor cakap tak ada apa-apa sangat.”
“Baguslah kalau macam tu. Hmm lepas ini rumah kamu kena pakai security guard rasanya.” Firdaus hanya
menggelengkan kepalanya.
“Saya pasang CCTV sahaja rasanya. Selalunya rumah yang dipasang security guard akan menjadi target penjenayah sebab mereka fikir orang
yang didalam rumah itu pasti kaya-raya.” Julian mengangguk mendengarkan
penerangan dari Firdaus. Logik juga sebab dia sendiri pun akan beranggapan
rumah yang dipasang pengawal keselamatan milik orang kaya sahaja.
“So how about your wedding preparation?” soal Firdaus kepada Ian dan Lillian.
“Great! Wedding consultant yang
you kenalkan tu sangat bagus! Dia tahu apa yang I nak dan siap bagi tips untuk kurangkan kos. You punya designer juga
ke Firdaus?”
“Yup, dia kerja dengan saya dulu. Sekarang dah buka kedai sendiri dan
kadang-kadang buat kerja part-time
dengan syarikat saya.”
“Patutlah. Eh, kami rancang nak buat percutian beramai-ramai. You guys nak ikut tak?” Firdaus
berfikir sejenak sebelum memandang ke arah Adriana dengan pandang meminta
pendapat. Adriana hanya menjungkitkan bahunya. Semua keputusan diserahkan
bulat-bulat kepada Firdaus.
“Bila dan nak pergi mana?”
“Kami rancang tahun depan tapi nak tempah awal untuk dapatkan diskaun.
Pergi New Zealand. Nak tak?” Lillian memandang wajah Adriana dengan penuh
mengharap. Sejak sahabatnya berkahwin, agak payah untuk mereka keluar bercuti
bersama-sama tak seperti zaman universiti dahulu.
Dengar sahaja New
Zealand, riak wajah Adriana bertukar menjadi sedikit teruja. Firdaus yang
perasan akan perubahan isterinya tersenyum nipis. Mesti isterinya terbayang
akan spesies-spesies penguin di New Zealand. Aduilah Adriana dengan obsesinya
terhadap penguin memang payah nak pisahkan walaupun dah beranak dua. Ada sahaja
koleksi patung penguin yang dibeli untuk dijadikan mainan Zimam dan Ayyash
sampaikan ada tercicir di bilik tidur mereka. Hmm sengaja atau tidak
disengajakan?
“Macam mana? Nak ikut tak? Ada tiga spesies penguin di New Zealand tau
Adriana?” Lillian yang tahu akan obsesi sahabatnya itu terus memancing dan dia
tahu umpannya ini pasti mengena!
“InsyaAllah boleh. Tempat empat tiket ye Lillian?” Firdaus memberikan
persetujuan. Lillian yang teruja terus memeluk Adriana. Akhirnya dapat juga dia
bercuti lagi dengan Adriana. Rasanya dia lebih teruja untuk bercuti
beramai-ramai dari bulan madunya dengan Ian nanti. Hehehe...
“Honeymoon dimana nanti?” soal
Adriana dengan muka tiada perasaan.
“Maldives. Hadiah perkahwinan dari mommy
and daddy Ian. Nak ikut tak Ad?” Okey yang ini Ian pun terkejut dengan
pelawaan Lillian kepada Adriana. Amboilah kenapa tak ajak satu negeri? Julian
dan Firdaus sudah tercengang. Ini betul-betul bestfriend forever!
“Tak mahu. Pergi berdua dengan Ian sahaja.” Adriana memberikan jawapan yang
ringkas dan tegas.
“Lillian, it is totally ridiculous
asking Ad to accompany you during your honeymoon. It supposed to be a private
time for you and Ian.” Julian memberi ‘ceramah’ ringkas kepada adiknya.
“Okay. Hmm nampaknya kena tunggu trip ke NZ barulah boleh main
puas-puas.” Lillian mengalah setelah diberi jelingan maut oleh Julian apabila
dia cuba melawan.
“Puaslah sangat, masa tu you kena
jaga Zimam dengan Ayyash sampai you
lupa nak main okay?” Ian mengusik
Lillian.
“Haha rasanya I mesti gila beli
baju untuk my darlings tu. Waa
rindunya kat diorang!”
“Nanti datanglah rumah kami. Masa tu bolehlah saya dengan Ana berehat.”
Mereka terus ketawa dengan usikan Firdaus. Haihlah dari datang nak melawat dah
menjadi mesyuarat merancang percutian tahun depan.
“Rumah manis rumah~” ucap Firdaus sesudah memberi salam dan melangkah
dengan kaki kanan. Sunnah yang perlu dijadikan amalan. Firdaus mengangkat Zimam
yang sudah terlena didalam kereta sorong bayi. Ayyash yang masih celik matanya
didukung Adriana.
“Abang! Biar Ana angkat Zimam. Tangan abang belum baik betul lagi.”
“Tak apalah bukan berat sangat Zimam ni. Tak terbuka pun luka ni.” Firdaus
berdegil lalu membawa Zimam naik ke tingkat atas rumah. Selesai meletakkan
Zimam ke dalam babys’ crib, Firdaus
turun semula ke tingkat bawah. Kelihatan Adriana sedang menyusukan Ayyash
diruang tamu. Langkahnya terus dihayun ke dapur. Tekaknya tiba-tiba teringin
memakan sesuatu yang manis. Stok coklat yang disimpan didalam peti ais dibelek
satu persatu. Coklat Van Houten digapai dan terus dibawa ke ruang tamu.
“Sayang nak coklat?” Firdaus mematahkan satu bar coklat dan disuakan ke
mulut Adriana. Ayyash sudah terlena di ribaan Adriana.
“Thanks.” Coklat dengan kacang
gajus memang kesukaannya.
“Sayang, banyak juga benda jadi kat keluarga kita sepanjang perkahwinan
kita.”
“Hmm biasalah. Kalau hidup ni tanpa ujian dari Allah, kita tak akan tahu
rasa bersyukur dan nikmat setelah setiap dugaan.”
“Alhamdulillah isteri abang semakin matang! Ni yang rasa nak hadiah Ferrari
sebiji! Hehehe..” Adriana ketawa kecil dengan gurauan Firdaus. Macamlah Ferrari
tu dua seringgit.
“Kita diuji setiap hari tanpa kita sedar. Kita berjihad dengan cara kita
sendiri. Jihad nafsu, menjaga anggota dan terhadap ibubapa kita. Jihad bukan
sekadar betempur di medan perang. Ramai yang tak tahu dan kurang jelas tentang
makna jihad yang sebenar.”
“Abang harap kita berdua dapat mendidik anak-anak kita supaya menjadi
manusia yang mampu berjihad melawan nafsu mereka sendiri. Abang sendiri pun
setiap hari berdoa agar tidak terlalu lalai dengan dunia. Abang harap kita dapat
bersama dalam syurga.” Firdaus menggenggam tangan Adriana. Isterinya sumber
inspirasinya. Isteri yang mulanya dingin membeku tapi tetap comel dihatinya
kini menjadi isteri yang boleh membanggakannya. Rengekan Ayyash yang terjaga
mengejutkan mereka. Segera Adriana mendodoi Ayyash supaya tidur semula.
“Jomlah, kita letak dia dalam babys’
crib lepas tu kita tidur.” Firdaus mengambil Ayyash dari ribaan Adriana.
“Abang, Ana bahagia dengan abang.” Adriana memeluk lengan Firdaus dengan
berhati-hati. Takut terkena luka Firdaus. Firdaus tersenyum dengan telatah
Adriana. Hatinya berbunga gembira. Adriana memang jodoh terbaik yang
ditakdirkan untuknya.
*****************************************************************************
Novel ini dah hampir nak ke penghujung. InsyaAllah saya cuba update yang lain secepat yang boleh. Minggu ni saya sibuk dengan balik ke kampung lagi. Cerpen mamat bangla insyaAllah akan saya update dalam minggu ni juga. Bertabahlah!!
(^-^)v
*****************************************************************************
Novel ini dah hampir nak ke penghujung. InsyaAllah saya cuba update yang lain secepat yang boleh. Minggu ni saya sibuk dengan balik ke kampung lagi. Cerpen mamat bangla insyaAllah akan saya update dalam minggu ni juga. Bertabahlah!!
(^-^)v
29 comments:
Ala..dah nak abis ke?? Huhu..sedihnya..akk publish la buat novel btul2...bole tambah koleksi yg ada ni..:)
@NADIA RIZAM: InsyaAllah kalau ada rezeki.
(^-^)v
How I wish cerita ni dalam bentuk naskhah novel. First day launch lagi dah beli... Jangan lupa buat Special Edition kalau dah tamat tau ..
@adryz annisa: InsyaAllah. Thanks ye
(^-^)v
Terbaikk.. Seronok baca.
@Syahid zulkifli: Alhamdulillah terima kasih.
(^-^)v
Dah habis ke?
Belum lagi (^-^)v
best nyee. ^^
Alhamdulillah terima kasih.
(^-^)v
marathon baca IRA dr 1st chapter untill the latest en3 within 3 days... Hehe...
Best sgt... Bru taw blog sis slalunya sya bca cerpen kat penulisan2u ja.. Hehe..
Arigato gozaimas..
Alhamdulillah, terima kasih. Waa hebat marathon 3 hari huhuhu...
Do itashimashita...
(^-^)v
Daebak ^^ keep doing great job! ;) -silent reader Kak 'Usui' hihi :)
Alhamdulillah..kamsahamnida.
InsyaAllah I'll try my best.
(^-^)v
bila nk update cerita ni lagi?makin best pulak bace kisahnya..tak sabar nk tgu ending cerita ni.....
@syaheira: IRA saya berhentikan dahulu di blog memandangkan saya ingin menghantar manuskrip IRA ke syarikat2 penerbitan novel tempatan.
InsyaAllah jika ada rezeki, dapatlah pegang versi cetak.
(^-^)v
Hi writer..
It awesome...x sabar untuk tau ending..hihih
Eh..pas ni blhka buat kisah muiz dgn rin pula? ;p
or..kisah iqram n mia?
Im a big fan now...
@jude judy:
Hi!! Thanks for your support. Muiz & Rin + Iqram & Mia kisahnya ada dalam blog novel lagi satu
http://novelkisahkita.blogspot.com/
Million thanks from the bottom of my heart.
(^-^)v
oh yeah? Yihaa...x tdrla ni membaca..
@jude judy: hahaha selamat membaca..maaf kalau macam entah apa-apa sebab tu novel cubaan pertama~ hehehe
(^-^)v
Sis,apa update yg trbaru? Novel ke smbg online? :-) thniah sis,keep it up!
@Aida Lee: InsyaAllah saya akan terbitkan dalam bentuk novel selepas buku koleksi novel.
(^-^)v
hye assalamualaikum. sy baru je selamat membaca. besttt. tp mana bab 50? ke sampai bab 49 je?
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah. Saya bercadang nak terbitkan novel ini dalam bentuk buku namun ada pelbagai halangan jadi ia masih belum dapat dijalankan. InsyaAllah ada rezeki adalah..
sya baru habis marathon sehari cerita ni. pergh, sweet la.. good job
@najwa zahid: Alhamdulillah. Thanks (^-^)v
Nice❤
Nice❤
Sambungan dia mana.. Lama dah ni tunggu
Post a Comment