Kamera aku
fokuskan pada permandangan indah padang rumput dihadapanku. Wangian alam semula
jadi selepas waktu hujan mendamaikan jiwa. Kamera dan aku memang sudah tak
boleh dipisahkan lagi. Ada hikmah juga aku menjadi stalker si Na’il dulu. Kini fotografi merupakan hobi dan pekerjaan
sambilanku.
“Naura, buat apa tu?” Mak yang sedang menatang dulang berisi air the dan
kuih bahulu mendekatiku. Juadah minum petang yang menjadi kegemaranku sejak
kecil lagi.
“Tak ada apa mak. Benda biasa.” Dulang ditangan mak, aku ambil dan
meletakkannya diatas meja. Verandah tingkat atas rumahku memang merupakan
tempat kami anak-beranak melepak minum petang selepas Asar.
“Ayah mana mak?” soalku sambil menuangkan air teh ke dalam cawan mak.
“Ayah pergi beli gula kabung.” Mak membelek kamera DSLR milikku. Kamera
yang dibeli setelah dua bulan menabung. Kini aku bekerja sebagai pegawai sains
di hospital berdekatan dengan rumah ibubapaku. Memang sengaja aku mencari
tempat kerja yang berdekatan memandangkan aku ingin menjaga kedua ibubapaku.
Dah nama pun anak tunggal maka dah menjadi tanggungjawabku untuk menjaga mereka.
Hehehe cakap sahajalah yang sebenarnya aku dah tak mahu berpisah dengan mak dan
ayah aku…
Kereta BMW X6 M
yang meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah kami menggamit perhatian aku dan
mak. Siapa pula yang sesat jalan ini?
“Assalamualaikum.” Dua orang lelaki lengkap berbaju Melayu dan tiga orang
perempuan yang berbaju kurung moden keluar dari kereta.
“Waalaikumussalam. Nak cari siapa?” laung mak dari atas verandah.
“Ini rumah Haji Muhamad ke?”
“Ye ada apa ye?” soal mak ramah.
“Kami datang membawa hajat. Boleh kami masuk?”
“Baik sekejap ye. Kami turun.” Mak menarik tanganku untuk sama turun ke
tingkat bawah. Nasib baik kami memang dah lengkap bertudung dan menutup aurat.
Gila! Memang gila
Adam ni! Macam mana dia boleh dapat alamat rumah aku? Ya Allah boleh gila aku
dengan perangai tak betul si Adam ni! Ayah yang baru balik dari kedai memandang
pelik ke arah tetamu-tetamu yang hadir.
“Abang, mereka datang nak meminang Naura.” Mak menjelaskan kepada ayah yang
hanya memberikan senyuman kepada para tetamu.
“Maaflah kami datang secara mengejut begini. Kata Adam, dia dah bincang
dengan Naura dan Naura yang suruh datang.” Allah aku rasa macam ada batu besar
jatuh atas kepala aku sekarang. Aku rasa Adam ada masalah mental. Bila masa
pula aku berhubung dengan dia? Sejak tamat pengajian universiti, aku terus
balik ke kampung dan tak ada berhubung dengan sesiapa pun. Akaun laman sosial
aku juga aku buang.
“Oh begitu ke? Betul ke ni Naura?” tanya ayah dengan suara yang lembut.
Dari pandangan matanya, aku tahu ayah marah. Marah jika aku buat keputusan
tanpa berbincang dengannya.
“Tak ayah. Pakcik, makcik, terus terang saya cakap yang saya tak pernah pun
berhubung dengan Adam. Saya dan dia tak pernah ada apa-apa hubungan pun. Saya
minta maaf, saya memang menolak pinangan ini.” Aku menerangkan dengan lembut
tapi masih tegas. Tak kuasa aku nak ada hubungan dengan lelaki yang delusional
macam si Adam tu.
“Haih macam mana pula jadi macam ni? Adam cakap kamu berdua memang
merancang nak kahwin terus kalau boleh.” Sangkal salah seorang dari mereka.
“Saya berani bersumpah dengan nama ALLAH yang saya dan Adam tak ada
sebarang hubungan cinta,” tegasku lagi.
“Hmm pelik juga. Tak apalah kalau macam tu. Kami minta diri dululah.
Maaflah jika kedatangan kami ini mengganggu kamu sekeluarga.”
“Eh tak adalah. Maaflah kami tak dapat menunaikan hajat kamu,” ujar ayah
sambil bersalaman dengan tetamu-tetamu lelaki. Aku dan mak bersalaman dengan
tetamu-tetamu wanita.
“Sayang pula rasanya tak dapat makcik nak bermenantukan gadis yang baik
pekerti seperti kamu.” Aku hanya mampu hadiahkan senyuman buat wanita
dihadapanku. Tak sampai hati pula aku nak mengatakan yang sampai mati pun aku
tak rela nak jadi isteri kepada lelaki gila seperti Adam.
Tiba hujung
minggu, aku ke Port Dickson untuk mengambil gambar dan beristirehat. Mak dan
ayah aku tak mahu ikut memandang ada keluarga yang mahu datang bertandang. Aku
memandu sambil mendengar segmen usrah di IKIM fm. Tiba di Grand Lexis, aku
menuju ke kaunter penyambut tetamu. Disebabkan aku menempah melalui internet,
aku menyerahkan salinan maklumat tempahan kepada penyambut tetamu yang
bertugas. Selesai berurusan dengan penyambut tetamu, aku meneruskan langkah ke
bilik hotelku. Penat memandu masih terasa dan aku perlukan rehat sekarang
sebelum memulakan aktiviti mengambil gambar waktu senja nanti.
Ketika aku ingin
membuka pintu bilikku, mata aku tertancap pada susuk tubuh yang sedang berjalan
melintasi bilikku.
“Na’il?” Tanpa sedar aku menyebut nama itu. Lelaki itu terus berpaling dan
lalu menguntumkan senyum kepadaku. Sah Na’il!!
“Naura! Awak pun bercuti disini juga ke?” Wajahnya yang tampak ceria dan
teruja menghilangkan penat yang aku rasa tadi.
“Ye. Hmm saya masuk dululah.” Aku yang masih berasa malu dek perbuatan tak
senonohku dulu terus meminta diri.
“Naura, boleh saya minta nombor telefon awak?” Aku yang nyata terkejut
dengan permintaan Na’il hanya mendiamkan diri.
“Naura marahkan saya ke? Saya minta maaf.” Eh kenapa pula dia nak minta
maaf? Dia bukan ada buat salah apa pun kat aku.
“Tak saya terkejut. I’m just a freak
who used to stalked you for three years and now you are asking for my phone
number. It just..not right.” Na’il hanya menggelengkan kepalanya.
“I never take you as a freak.
Naura, saya dah lama cari awak sejak tamat belajar. Awak hilang tanpa dapat
dikesan. Masa graduation dulu saya
ada pergi cari awak tapi awak terus balik lepas ambil scroll.” Terkejut juga aku dengan pengakuan tiba-tiba si Na’il.
“Na’il cari saya buat apa?” soalku lalu membuang pandang kearah pokok
kelapa yang tinggi melangit.
“Saya nak kenal Naura dengan lebih dekat. Saya cuba risik dengan kawan
sebilik awak tapi mereka semua tak tahu sangat pasal awak. Awak jauhkan diri
selepas peristiwa dulu. Hmm macam mana nak cakap ye..saya tertarik dengan
Naura.” Huk! Rasa macam nak bakar bunga api sekarang! Tapi..betul ke ni? Aku
mimpi ke apa? Terus aku menarik pipiku.
“La kenapa tarik pipi sendiri ni?” tanya Na’il dengan muka pelik.
“Nak tahu saya ni mimpi ke apa petang-petang ni,” jelasku dengan muka kudus
menyebabkan Na’il mengetawakanku.
“Awak memang cute Naura. Naura
suka kat saya lagi tak?” Ohoi! Tanya tak berlapik Na’il ni! Cubalah tanya sopan
sikit macam ‘Adakah hatimu masih melekat padaku?’ hehe kalau macam ini gerenti
aku yang gelakkan dia..
Aku mengeluarkan
kad nama ayahku dan kuhulurkan kepada Na’il. Na’il yang terpinga-pinga dengan
tindakanku hanya menyambut huluran kad nama itu dengan wajah penuh tanda tanya.
“Nah bincang dengan ayah saya.”
“Naura..”
“Ye saya masih sukakan awak.” Aku menghadiahkan senyuman kepada lelaki yang
masih bertakhta dihatiku.
Aku mengatur
langkah ke pantai untuk mengambil gambar matahari terbenam dan permandangan
sekitar pantai. Satu tangan kasar tiba-tiba menarikku sehingga aku hampir
terjatuh. Merah mukaku menahan marah melihatkan empunya tangan kasar tadi.
“Kau nak pergi mana Naura?” Masih tak sedar diri lagi ke Adam ni yang aku
tak sukakan dia?
“Nak ke pantailah kenapa?” Aku menjarakkan diriku dengan Adam. Takut juga
jika tiba gila dia tak pasal-pasal masuk hospital juga aku.
“Kenapa kau tolak pinangan aku Naura? Aku tak cukup kaya ke untuk kau?”
soalnya dengan wajah yang tegang.
“Bukan sebab itu, aku minta maaf sebab aku betul-betul tak boleh terima
kau. Aku suka kat orang lain.” Dengan orang begini, aku perlu bijak memilih
kata.
“Kau suka siapa Naura?! Kalau aku tak dapat kau, siapa pun tak boleh dapat
kau juga!” Objek bersinar ditangan Adam mengamit perhatianku. Pisau!
“Adam, jangan sia-siakan hidup kau sebab aku. Kau masih ada mak ayah dan
aku rasa kalau bukan aku pun, ramai lagi perempuan-perempuan yang beratur nak
kat kau. Kau bukan tak ada rupa.” Aku lihat wajahnya mula mengendur.
“Apa salah aku sampai kau tak nak kat aku Naura?” tanyanya dengan wajah
sedih. Dalam kasihan pun aku masih dalam keadaan berjaga-jaga.
“Anggap sahajalah yang aku ini perempuan bodoh. Maaf Adam.”
“Kau memang betul-betul bodoh.” Adam menarik dalam nafasnya sebelum
menghembuskannya perlahan-lahan.
“Kalau kau menyesal dengan pilihan kau sekarang dan sanggup nak hidup
bersama dengan aku, kau hanya perlu sebut sahaja nama aku. Aku akan berlari, bukan
memecut ke arah kau Naura.” Aku hanya mampu mengangguk.
“Aku doakan kau akan temui kebahagiaan kau sendiri Adam.” Dia mengangguk
sebelum melangkah perlahan sehingga hilang dari pandangan. Aku memulakan
aktiviti mengambil gambarku. Nasib baik matahari belum terbenam lagi.
Malam itu, aku
memandu mencari tempat makan yang halal dan mempunyai permandangan yang
memukau. Aku memberi isyarat kiri dan masuk ke tempat meletakkan kenderaan
sebaik sahaja menjumpai restoran yang menepati piawaianku.
Aku memesan
makanan yang aku mahu selepas mengambil tempat. Sengaja aku mengambil tempat
yang berhadapan dengan pantai dan rumah api. Sedang aku memfokus kamera, mataku
tertancap pada susuk tubuh lelaki di restoran sebelah. Na’il! Apa yang
membuatkan aku sakit hati, terdapat seorang perempuan duduk berhadapan dengannya
dan Na’il nampak sangat mesra dengan perempuan itu. Hatiku mula terbakar dan
hanya Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya aku sekarang. Rasa macam lebih
baik aku pilih si Adam sengal sekurang-kurangnya dia setia bukan macam si Na’il
ni! Aku cepat-cepat mengalihkan fokus kameraku ke permandangan indah
dihadapanku. Lagi bagus dari sakit hati tengok perangai buruk Na’il! Sebaik
sahaja pesananku tiba, aku terus makan dengan laju. Nak cepat-cepat tinggalkan
tempat suwey ni!
“Eh Naura!” Haish macam mana pula dia ada kat sini ni? Tak suka! Nak-nak
lagi perempuan itu masih ada disebelah. Perempuan itu bagaimanapun menunjukkan
wajah selamba. Aku yang baru keluar dari restoran menghentikan langkahku.
“Hmm ye?” Aku hanya menayangkan muka tak ada perasaan kepada Na’il. Mungkin
perasan akan kedinginanku, mati terus senyuman diwajah Na’il.
“Naura kenapa ni? Oh ye mari saya kenalkan ni kakak saya Nailah.” Ha?
Kakak? Alamak aku dah salah sangka! Maafkan diriku Na’il...
“Nak pergi mana lagi?” Seorang lelaki yang tiba-tiba muncul terus memegang
tangan kakak Na’il.
“Ikut abanglah. Abang Hamdan ingat lagi kat Naura?” Berkerut-kerut jugalah
dahi lelaki didepanku meneliti wajahku.
“Ha? Tak ingatlah Na’il.Korang borak dululah. Sayang jom?” Lantas mereka
berdua meninggalkan aku dan Na’il. Mungkin memberikan ruang untuk kami. Tak
jauh pun mereka pergi. Hanya dikedai sebelah memilih cenderamata.
“I was jealous.” Aku terus
membuat pengakuan. Kamera yang merakamkan gambar Na’il dan kakaknya tadi aku
tunjukkan kepada Na’il.
“Saya ambil secara tak sengaja tadi masa nak fokuskan kamera.”
“Thought you already stop stalking me.”
Na’il menayangkan senyuman nakalnya. Tampar karang!
“Not intend to,” balasku dengan malu-malu.
“Hmm nampaknya kita kena cepat-cepat kahwin ni.” Eh?
“Tadi saya pun nampak awak cakap dengan seorang lelaki kat pantai dan saya
cemburu sampai tertumbuk pokok kelapa.” Na’il menunjukkan tangannya yang lebam
sedikit. Haha comel betullah Na’il ni..
“Well dia pernah pinang saya
dulu.” Sengaja aku mahu mengacau Na’il. Tepat jangkaanku apabila wajahnya sudah
berubah muram.
“Tapi saya tolak terus.” Macam budak-budak dapat gula-gula dia terus
tersenyum lebar.
“Serius saya call ayah awak malam
ini juga kang.”
“Nanti saya beritahu dia pasal awak dan esok insyaAllah awak boleh call dia.” Na’il menganggukkan
kepalanya. Aku memberikan senyuman kepada lelaki yang tidak pernah gagal
memenangi hatiku
“Mama, kenapa banyak sangat gambar papa masa muda?” soalan anak sulungku
yang berusia lima tahun menggamit perhatianku. Allah! Budak ini terbuka album
koleksi gambar masa aku jadi stalker
dulu. Huhuhu mana nak letak muka ni?!!
“Sebab mama selalu rindu kat papa. Setiap kali dia rindu papa, dia kena
tengok gambar papa.” Fuh bijak sungguh jawapan suamiku! Namun si kecil ini
bukan jenis mudah digula-gulakan...
“Kalau macam itu, satu pun cukuplah. Kenapa nak banyak-banyak?” Na’il yang
sememangnya suka melayan pertanyaan Muhamad Naashif yang kadangkala aku pun
pening kepala nak menjawab.
“Mama takut nanti kalau ambil satu, hilang nanti macam mana? Susahlah mama
kalau rindu kat papa lagi.” Giliran aku pula yang menjawab. Na’il hanya tersengih
dengan jawapanku.
“Hmm kenalah jaga elok-elok.” Ah sudah! Budak inilah....
“Naashif nak makan aiskrim tak?”
“Nak!!”
“Pergi kejutkan adik-adik. Tapi kejut elok-elok ye? Kita pergi keluar makan
aiskrim okay?”
“Okay!” Naashif pantas berlari ke tingkat atas untuk mengejutkan kedua-dua
adik kembarnya. Oh ye aku direzekikan dengan kembar tiga lelaki dan sekarang
aku tengah mengandungkan anak kembar lagi. InsyaAllah kali ini kedua-duanya
perempuan. Entah dari mana dapat genetik kembar ini pun aku tak pasti tapi dah
rezeki dari Allah jadi aku terima sahajalah.
“Thanks,” ucapku kepada sang suami. Na’il mengusap-usap perutku perlahan.
Selepas disahkan mengandung si kembar tiga dahulu , Na’il sudah tak membenarkan
aku bekerja lagi kerana bimbang kesihatan aku dan bayi-bayi yang dikandung
terjejas.
“Nope, thanks sebab sudi
mengandungkan dan jaga anak-anak kita. Dah jom siap. Nanti bising pula si
Naashif, Nadim dengan Naufal kalau sayang tak siap-siap lagi.” Aku mengangguk
dan perlahan bangun dari sofa dengan dibantu oleh Na’il.
“Sayang, nak dengar satu rahsia tak?” Aku yang sedang bersiap untuk tidur
memandang ke arah suamiku.
“Hmm nak? Apa dia?”
“Sebenarnya abang awal-awal lagi dah tahu yang sayang stalk abang.”
“Ehhh???!!!” terjerit kecil aku dengan pengakuan Na’il.
“Nampak sangat kot kalau tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba semak
bergerak-gerak.”Na’il yang sudah menyengih dihadapanku aku nampak kecil je
sekarang. Kureng punya Encik Suami!
“Tapi, abang tak sampai hati nak tegur sayang masa tu sebab takut sayang
malu tu yang abang buat-buat tak nampak. Terus terang cakap, sayang memang
comel gila sebab sanggup meredah semak-samun.” Aku yang sudah mula nak merajuk
memandang geram ke arah Na’il.
Bagaikan faham
yang aku sedang merajuk, Na’il segera mendekatiku. Tubuhku dipeluk dari
belakang dan tangannya mengusap-usap lenganku.
“Sayang, aturan Allah itu sangat cantik. Hari yang Adam kacau sayang tu,
abang hairan sebab tak nampak sayang seharian. Abang pergilah round sekitar kampus. Tengah-tengah round, nampak Adam rentap tangan sayang.
Menyirap juga darah abang masa tu tapi abang buat-buat tenang. Tapi bila tengok
Adam macam tak faham bahasa, abang terus interupt.
Huhu dapatlah makan penumbuk sayang masa tu. Sakit tu tak payah ceritalah.”
Kami sama-sama ketawa mengingatkan kisah percintaan kami.
“Walaupun lepas tu sayang dah mengelak dan hilangkan diri, Allah datangkan
sayang semula dalam hidup abang. Alhamdulillah kuat jodoh kita dan insyaAllah
berkekalan sehingga ke syurga Allah.” Aku hanya mampu mengaminkan didalam hati.
“InsyaAllah bang.”
“Alamak, abang lupa nak bagi triplet
makan vitamin! Sayang rehat dulu ye? Sekejap lagi kita baca Quran ye?” Aku
menunjukkan isyarat okey. Na’il memang suami yang baik dan bertanggungjawab.
Sepenat mana pun dia bekerja mencari nafkah diluar, dia akan tumpukan perhatian
kepada aku dan anak-anak sebaik sahaja pulang dari bekerja. Aku dapat rasakan
yang aku jatuh cinta dengan suamiku setiap hari. Dengar macam menipu tapi
itulah hakikatnya. Dia seorang yang menjaga dan membimbing aku dan anak-anak
supaya menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan berusaha mengejar kebahagiaan
akhirat. Aku berdoa agar kami sekeluarga ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah
yang beriman di syurgaMU ya Allah.
“Okey sayang jom mengaji!” Aku mengangguk dan menghadiahkan suamiku dengan
senyuman. Dengan baju tidur Ultraman Na’il berlari-lari anak masuk ke dalam
kamar tidur kami. Serius dia ini memang comel!!
****************************************************************************
Alhamdulillah siap juga. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.
****************************************************************************
Alhamdulillah siap juga. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.
22 comments:
Yeay. Best kak ! Comel je cik stalker kita ni.
@adryz annisa: Alhamdulillah terima kasih dik..
Hehe ni pasangan comel huhu..
Ehhhh... Dah habis??? Huargghhh cepatnya... Tak puas lagi baca...
Apape pun nice!! Oh dan susah nak percaya Na'il pakai baju tidur Ultraman... Hahaha~ ni mesti the triplets pun pakai baju tidur ultraman ;p
Kak, Na'il ni yg dlm cerita oh cik pelik tu kan ? Baru perasan sbb ada abg hamdan tu.
Kalaulah song ilkook dpt lagi sepasang kembar, huru-hara lah hidup dia. Hahaha
Sweet.. Seronok baca
@Suha:Alhamdulillah thanks suha..ikutkan nak buat lg pendek hahaha..
Comel kan? Hehe
@adryz: yup.
Haha mesti lagi best..nak tgk triplet jd abang..huhu
@Syahidah: Alhamdulillah thanks.
(^-^) v
salam. kali nie cite pendek jer. Bagus juga tak payah tunggu lama2. penantian satu penyeksaan. Simnple but cute... tak dpt bayangkan kalau dpt kembaar mcm dia org nie... hehe ribut she...
@rozita: Waalaikumussalam. Ikutkan nak buat pendek tapi bila dah start menaip nampak macam panjang sangat tu pecahkan kepada dua.
Alhamdulillah..hehe ribut memang ribut tapi bila dah besar syok tengok..hahaha
Ultraman? cis,kenapa tidak Naruto?kehkehkeh..Thumbs up!
@Fazliana: haha sebab ultraman itu lebih legend ahahaha..
Alhamdulillah thanks
(^-^)v
Best cerpen kak..buat bnyak lgi yer...hehhheh...sy budak bru kat sini...lieyna tisya a.k.a cik lesung pipit...hehehehehe
@Lieya Tisya: Alhamdulillah terima kasih dik.
InsyaAllah akak cuba selagi mana Allah kurniakan ilham untuk akak sentiasa menulis.
(^-^)v
@Norlyana Nasrin:Sama-sama.....ok kak...hehhheheh....insyaallah..
Amboiiiiii kembaq depaaa... sampai 3!
tapi serius takleh blah gila na'il pakai baju ultraman tu hahaha. tetiba teringat kawan saya :')
@Anis Farhana: Hahaha~
Awat? Kawan tu pun suka Ultraman ka?
Tahniah sangat adik....akak sangat2 terhibur baca cerita adik...dan akak rasa unsur dakwah yg adik masukkan memang akak suka sangat...boleh dikatakan semua cerita akak baca ...semuanya ada tarikan tersendiri...yg paling akak suka watak perempuan kebanyakannya tough2 haha tak de lah asyik menangis je...2 thumbs up...keep up the good work
@Azil: Alhamdulillah. Terima kasih. Memang saya berniat untuk berdakwah walaupun sedikit dalam setiap cerita saya.
Saya sebenarnya tak suka dengan watak perempuan yang sering digambarkan sebagai lemah dan hanya berserah pada takdir tanpa usaha. Jadi setiap watak perempuan memang saya buat sebagai wanita yang tabah dan tough cookie.
InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi.
(^-^)v
Best!! sjk akhir2 ni sy slalu 'stalk' blog akak.. hehe.. tetibe jdi 'stalker' tetap.Tapi,maaf la kalau akak terasa... Perkarangan tu khazanah dlm laut. Pekarangan mcm dataran.Contoh:dpn rumah.. Maaf kalau terasa.Lama sy nak tegur tpi tak berkesempatan.
Alhamdulillah terima kasih Cik Stalker!!!.
Huhuhu akak ni sebenarnya selalu gak blur dengan ejaan jadi terima kasih sebab sudi menegur. Jangan risau akak cool hahahaha~
(^-^)v
Akak still terbaik. Saya suka part naura cakap kat na'il "I was so jealous". Jujur itu baik. Saya tunggu nak baca cerpen akak yg seterusnya. Jgn give up utk berkarya.
Post a Comment