[kredit] |
Okey dia nampak
kacak seperti kebiasaan. Perlahan aku menyusuri rimbun semak semata-mata untuk
mendapatkan jarak pandang yang lebih baik dari sebelum ini. Aku menangkap
gambarnya dengan kamera telefon pintar. Memang aku cari yang paling tinggi
megapixel untuk merakamkan wajah lelaki yang sering bermain difikiranku.
Namaku Naura Auni
dan sekarang aku tengah menjadi seorang pengendap atau stalker dalam Bahasa Inggeris. Tak senonoh? Lantaklah janji aku
puas dapat ambil gambar Na’il Hafidh yang kacak bergaya. Mesti ada yang Tanya
apasal aku berusaha sangat nak tangkap gambar si Na’il ni? Ambil sahajalah dari
Facebook. Okey fakta si Na’il buat anda-anda diluar sana. Na’il tak layan
Facebook! Dia tak ada akaun Facebook, Twitter dan Instagram jauh sekali! Jadi nak
dapatkan gambar dia memang kena berusaha sungguhlah. Kalau ada pun kat media
sosial, mesti gambar dia dalam persatuan dan kelab. Hmm tak ekslusif!
Dari luaran,
orang tak akan dapat menjangkakan yang aku ini seorang pengendap. Diriku yang
sering dingin dan bersifat kurang bersosial sering diberi jolokan nerd. Haah nerd sangat sampai sanggup meredah semak-samun hanya kerana si
Na’il! Nak tahu kenapa aku suka nak ke obsess dengan si Na’il? Baiklah mari aku
ceritakan…
Tiga tahun yang
lepas…..
“Naura, jaga diri ye nak?” Wajah mak kupandang sayu. Hari ini aku sudah
bertukar status menjadi pelajar universiti. Nak tak nak, demi mengejar
cita-cita aku perlu berpisah dengan mak dan ayah. Serius aku sangat berat hati.
“Sudahlah tu, Naura kalau ada apa-apa telefon ayah okey?”
“Baik.” Aku hanya memerhatikan sahaja kereta yang membawa kedua ibubapaku
sehingga hilang dari pandangan. Haish macam manalah nak lalui empat tahun
disini? Dahulu aku bernasib baik kerana mendapat kolej matrikulasi berdekatan
dengan rumah. Aku mengatur langkah lesu ke kafetaria. Malas pula nak naik ke
bilik asrama awal-awal kerana tiada sesiapa pun didalam bilik itu sekarang.
Suasana yang sunyi lagi membuatkan aku teringat pada ibubapaku jadi untuk
mengelakkan aku buat sad love story
seorang diri dalam bilik maka aku pergi ke tempat yang agak sarat dengan
manusia.
“Jaga-jaga!” Entah macam mana aku dilanggar oleh seorang pelajar yang
sedang menatang bihun sup panas. Nasibku boleh dikatakan baik juga kerana sup
panas itu hanya terkena sedikit pada tanganku. Tapi sakitnya boleh tahan.
“Hey, jalan mata letak mana?!” tengking pelajar yang melanggarku. Sedar
diriku cuma baru sehari disini aku hanya mampu meminta maaf.
“Tapi saya lihat yang sebaliknya. Kakak yang langgar dia bukan dia langgar
kakak.” Seorang pelajar lelaki yang muncul entah dari mana segera membelaku.
Serius aku rasa macam nampak dia bercahaya huhu…
“Amboi baru masuk sini nak tunjuk lagak ke? Tak reti hormat senior?!”
“The thing is, it is not about seniority
or what but you’re being such a jerk to this girl. I don’t know that being a
senior allows you to be rude to others.” Pergh…merah muka senior perempuan yang ditegur
oleh pelajar lelaki yang membelaku.
“Budak ni!”
“Kenapa ni Na’il?” Seorang lelaki lengkap berpakaian seragam polis
mendekati pelajar lelaki tadi. Apa nama dia? Na’il? Comel..hoi sah otak kau dah
mereng!
“Oh Abang Hamdan, tak ada apa. Senior ni nak buli budak perempuan ni.”
Pucat lesi wajah senior itu apabila lelaki yang berpakaian seragam itu
memandang tajam ke arahnya.
“Buli? Adik, dia buat apa kat adik?” soal lelaki itu kepadaku.
“Tak ada apa. Mungkin salah saya,” balasku malas nak memanjangkan hal yang
tak begitu penting.
“Hah dengar tu! Dahlah buang masa aku je!” Senior perempuan itu terus
meninggalkan kami dengan tergesa-gesa. Hmm dah takutlah tu..
“Terima kasih sebab tolong saya tadi,” ucapku dengan malu-malu. Mak aih
hensem gila lelaki yang menolong aku tadi.
“Sama-sama. Tangan awak lecur tu. Mari kita ke bilik rawatan?” Aku terus
menggeleng kepala. Bukan serius sangat pun. Letak minyak gamat eloklah.
“Betul tak nak? Kalau macam tu saya pergi dulu. Jaga diri ye?” Ya Allah
baiknya dia. Serius aku dah terpikat!
Sejak dari hari
itu, aku sering mengikuti perkembangan si Na’il. Boleh kata satu universiti ni
kenal dia sebab dia seorang yang aktif dalam sukan ragbi dan memanah. Jangan
kata bab sukan sahaja, kalau nama dia tak ada dalam dean list memang tak sah. Bab agama pun dia tip top! Fuh memang
lelaki idaman wanitalah si Na’il ni
“Naura, aku ada benda nak cakap dengan kau ni.” Wahida, rakan sebilikku
menegurku petang itu.Walaupun dengan rakan sebilik, aku agak kurang bersosial
dan mereka juga bukan jenis yang suka mengambil tahu tentang aku.
“Ye kenapa?”
“Ada classmate aku minat kat
kau.” Huk?! Orang pelik macam aku ini pun ada yang tersangkut ke?
“Nama dia Adam. Kau kenal tak?”
“Tak.” Aku yang sudah mula hilang minat untuk meneruskan perbualan dengan
Wahida menumpukan semula perhatian pada buku yang kubaca.
“Hmm aku cuma sampaikan je. Okeylah kalau kau tak nak.” Wahida terus
beredar dari compartmentku.
“Wahida.”
“Kenapa?”
“Terima kasih sebab beritahu.” Wahida hanya mengangguk. Hmm macam mana pun
kena jaga adab juga.
“Naura.” Seorang lelaki berpakaian kasual mendekatiku.
“Siapa?”
“Nama aku Adam.”
“Jadi?”
“Aku nak jadi boyfriend kau.
Ha..”
“Not interested.” Aku terus
memotong ayat Adam memandangkan aku benar-benar tak berminat dengannya.
Langkahku lajukan ke perpustakaan. Aku telah menempah bilik belajar untuk
mengulangkaji dan menyusun koleksi gambarku.
“Kau tak dengar lagi penjelasan aku!” Serius dia ini memang dasar lelaki
kurang ajar! Boleh pula dia merentap pergelangan tangan aku. Hisy, tak beragama
punya orang!
“Lepaslah!” jeritan aku mengundang perhatian pelajar disekeliling fakultiku.
Adam melepaskan tanganku dengan muka sebal. Nasib baik aku jerit aje, kalau aku
belasah mahu masuk Harian Metro esok.
“Kau memang perempuan yang tak sedar dek untung kan? Sedarlah sikit kau tu
bukan cantik sangat. Terima jela bila aku cakap nak buat kau jadi gf aku!”
“Dah tu kenapa nak jadikan aku gf kau? Aku kan tak cantik? Dahlah aku tak
suka lelaki macam kau!” Sah lelaki ini memang gila! Tak pasal-pasal jadikan aku
macam watak heroin dalam drama.
“Naura!” Adam yang masih tak putus asa cuba menghalang laluanku dengan
mendepakan tangannya.
“Naura! Aku suka kat kau okey! Sorry la
aku kasar dengan kau. Aku betul-betul nak kat kau!” Allahuakbar! Dia ini memang
lelaki yang wajib makan penampar sulung aku!
“Kenapa ni?” Masa-masa ini juga si Na’il muncul. Clichè pula rasanya tapi aku bersyukur dengan kehadiran Na’il
disini. Dapat juga aku menatap wajah kacaknya dari muka si Adam sewel.
“Kau tak payah nak masuk campur urusan aku dengan dia. Blah!” Eh, eh kurang
ajarnya jantan ini!
“Aku tak ada apa-apa urusan dengan kau. Dah jangan nak buat drama kat
sini.” Aku segera ingin meneruskan langkahku ke perpustakaan.
“Naura!” Sekali lagi dia merentap kasar tanganku. Sakit memang sakit dan
secara automatik aku layangkan penampar sulungku kepada Adam.
“Kau ingat aku ni apa nak pegang-pegang aku hah jantan?!” Memang terkejut
gila mereka-mereka disekeliling melihat tindakan dan tutur kataku yang kasar.
Marahku sudah tak boleh dikawal dan apabila aku mahu layangkan penumbuk pada
Adam, Na’il pula cuba menghalangku. Malang nasib jejaka idamanku apabila
terkena tumbukan paduku.
“Na’il!!” Ya Allah apa aku dah buat ni?
Aku yang masih
dibelenggu rasa bersalah hanya mampu menangis sambil menunggu Na’il yang sedang
dirawat di bilik rawatan universiti.
“Err..” Na’il yang baru keluar dari bilik konsultansi memandangku dengan
wajah pelik.
“Kenapa menangis?” Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku rasa bersalah
sangat pada Na’il. Rasa marah pada Adam kembali menjelma. Aku rasa nak gulaikan
aje dia tu! Pecah juga mulut Na’il penangan penumbukku.
“Dah tak mahu nangis lagi ye? Saya rasa macam pernah nampak awak. Hmm..oh
ye! Awaklah budak perempuan yang saya tolong masa registration day tu kan?” Aku mengangguk. Aku rasa aku tak layak
pun nak bersuara dihadapan dia sekarang. Aku yang buat wajah kacak dia terluka.
“Dulu awak tak reti nak bela diri awak sendiri. Tapi tadi saya tengok awak
dah makin pandai melawan balik. Sakit juga kena tumbuk dengan awak. Nampak je
comel.” Eh? Aku terus memalingkan wajahku ke arah Na’il.
“Jangan risau, saya tak salahkan awak pun. Saya ini jenis tak suka tengok
orang membuli. Selalunya mereka yang membuli ni, mengalami tekanan mental.”
“Saya minta maaf.”
“Eh tak apa. Tadi
saya risau kalau awak apa-apakan si sengal tu nanti dia buat kecoh tak pun
balas dendam balik kat awak. Jadi biar saya aje yang jadi galang gantinya.”
Aduh..aku dah jatuh cinta lagi dengan si Na’il ni. Sejuk perut mak dia
mengandungkan anak baik macam dia ni. Baiklah aku rasa aku kena luahkan
perasaan aku juga dekat dia ni.
“Saya suka awak.”
“Oh saya p..ha? Apa?!” terkejut hamster juga muka si Na’il dengan
pengakuanku yang tiba-tiba. Comel sangat anak orang ini kalau nak disamakan
dengan beruk maka hamster lebih afdal.
“Saya suka awak sejak awak tolong saya dulu.” Aku membuka begku dan
menunjukkan koleksi-koleksi gambarnya. Memang ternganga si Na’il melihat begitu
banyak gambarnya yang aku simpan.
“Saya ambil gambar awak secara senyap-senyap sejak tiga tahun yang lalu.
Jika awak tak suka, awak boleh ambil semua gambar-gambar ini dan saya berjanji
saya tak akan buat lagi.” Na’il meraup mukanya dan beristighfar berulang-ulang
kali. Tipulah jika aku tak berasa kecewa dengan reaksi negatif Na’il tapi aku
juga sedar yang apa yang aku lakukan ini adalah salah dan memang di luar norma.
“Ini sahaja ke gambar yang awak ambil?” soal Na’il dengan wajah serius.
“Ada lagi dalam memory card dan external hard disk saya. Saya akan padam
sebaik sahaja saya balik ke asrama nanti.” Aku meminta diri setelah Na’il lama
mendiamkan diri. Mungkin pening memikirkan tentang situasi sekarang. Aku rasa
mesti dia ingat aku pun ada masalah mental.
“Apa nama awak?” soal Na’il tiba-tiba. Aku menghentikan langkah dan
berpaling ke arah Na’il.
“Naura, Naura Auni.”
“It’s kind of freak but cute at the same
time.” Lega hati aku
apabila Na’il sudah mula tersenyum. Aku yang tak tahu nak menunjukkan wajah apa
hanya mampu terkaku dengan senyuman manis lagi kacak Na’il Hafidh.
*****************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. So macam biasa tak suka ka apa sila komen.
*****************************************************************************
Alhamdulillah siap satu part. So macam biasa tak suka ka apa sila komen.
17 comments:
Hoho...rse dh lmenye x baca cerpen kat sini....hospital xde wifi >< ...
@Sarah Riana: eh adik sakit ke?
Accident jatuh motor...rempit sikit time nk blik rumh
@Sarah Riana: Ya Allah..teruk tak? Semoga cepat sembuh ye dik.
X truk sngat..cuma tgn trseret kat jln dgn kaki retak tu je..huhu thanks kak...
@Sarah Riana: isk sakit tu..mesti pedih tgn tu bila kena air..sama2. Jaga diri ye dik.
Salam...nice start...cerita pengenalan dh cantik....cume saya tunggu jgk la watak hamdan tu....ape2 pun....gud luck 4 ur story...
@Faiz Nizam: Waalaikumussalam..Hamdan cuma watak sampingan dalam cerpen ni. Watak utamanya ialah Naura dan Na'il. Saje je ltk label Hamdan sebab ada kaitan sikit dengan Na'il. InsyaAllah terima kasih ye.
(^-^)v
As usual bohong lah kalau kata tak best..Kehkehkeh
@Fazliana Nazri: Alhamdulillah..terima kasih. InsyaAllah nanti akak update lagi ye.
(^-^)
Emmlahaii. Very charming lah si Na'il ni. TERberangan sekejap kita. Haha
Good job writer, mmng tak pnah mnghmpkan .moga success selalu..DAEBAK!!
Btw,apa maksud Na'il tu ye?
@Nha Nohana: Alhamdulillah terima kasih. Ilham dari Allah.
Hehe maksud Na'il ialah yang suka memberi dan penyelesai masalah. Saje je bg nama yg rare skit huhu..
(^-^)v
eeeeee comelnyaaaaa Na'il dalam bayangan saya hahahaha
saya suka la cerita yang comel comel macam ni hehehehehhehe
@Anis Farhana: hehehe bayangkan muka siapa tu?
comel ye? Hehehehe~
(^-^)v
Baru berkesempatan nk baca...
So far okay :) ada tak org mcm naura ni dlm real life? Hehe.. Semoga naura dah boleh menghentikan kerja stalknya itu.. Lalala~
@Suha: Kalau kat Malaysia ni x sure tapi kalau kat Korea Selatan ramai je sasaeng fan yang stalk artis2 ahahaha..
Hehehe just wait n c..muahahaha
(^-^)v
Nice start. Apepun saya suka sbb naura berani meluahkan apa yg dia rasa kat na'il.
Post a Comment