[kredit] |
Syed Azfar segera
mengunjungi kediaman Datuk Ilyas setelah mendapat panggilan telefon dari
Firdaus. Suha pula seronok dapat melawat mamanya dua hari berturut-turut.
Sampai sahaja terus dia mendapatkan mamanya dan ‘adik-adiknya’.
“Azfar, tadi Firdaus dah beritahu kamu kan?” Syed Azfar terus mengangguk.
“Saya dah suruh orang-orang saya untuk semak alamat di Brunei. InsyaAllah
lagi tiga jam kita akan dapat maklumbalas dari mereka.” Datuk Ilyas mengangguk
mendengarkan penerangan Syed Azfar. Azforce kebetulan mempunyai pangkalan di
Brunei menyenangkan lagi usaha mendapatkan maklumat tentang pasangan itu.
“Saya rasa mereka macam terlalu tergesa-gesa dan tak mungkin urusan di
imigresen boleh dilakukan dengan secepat ini. Apa yang dikatakan oleh mereka
juga tak selari dengan sebelumnya. Saya risau jika mereka ada kaitan dengan
sindiket penyeludupan bayi,” terang Datuk Ilyas. Datin Hafsyah mengeluh lemah.
Sangat berat dugaan ini buat mereka sekeluarga namun mereka harus bijak
mengawal perasaan. Allah tak akan membebani hambaNYA dengan sesuatu yang di
luar kemampuan.
“Jangan risau Datuk Ilyas, anggota-anggota kami akan berkawal bermula dari
malam ini. Esok kami akan mengikut mereka dan di Brunei ada Azforce lain yang
akan mengambil alih.”
“Saya harap kita dapat maklumat mereka secepat mungkin jadi tindakan dapat
diambil segera. Jika mereka betul-betul ada kaitan dengan sindiket, saya tak
akan benarkan mereka sentuh cucu saya!” tegas Datuk Ilyas. Hatinya dipagut
risau akan keadaan Zimam kelak.
“InsyaAllah saya akan gesa mereka untuk cepat sikit.” Syed Azfar lantas
membuat panggilan telefon. Dia sendiri bersimpati dengan musibah yang menimpa
keluarga Adriana.
“Abang macam mana sekarang?” soal Adriana sebaik sahaja Suha dan Syed Azfar
pulang. Dari tadi dia hanya melayan Suha dan anak-anaknya untuk menyingkirkan
sedikit perasaan sedihnya. Terubat sedikit kedukaannya dengan kedatangan Suha
petang ini.
“Azfar cakap sebaik sahaja dapat maklumat perisikan dari sana dia akan
hubungi papa. Sekarang kita hanya mampu berdoa sahajalah.” Firdaus melabuhkan
punggung di birai katil. Kepalanya turut pusing dengan situasi yang melanda
keluarganya sekarang.
“Ana tak sanggup nak tengok jika mereka ambil Zimam esok. Ana tak boleh..”
Adriana yang sudah tak dapat menahan air matanya terus menghamburkan tangis.
Firdaus segera memeluk tubuh isterinya. Dia sendiri pun tak sanggup memikirkan
kemungkinan yang mereka akan berpisah dengan Zimam.
“Sayang, abang pun sedih juga. Walaupun Zimam bukan lahir dari rahim Ana
tapi dia abang dah anggap macam anak kita.”
“Ana sayangkan Zimam sangat-sangat. Sama macam Ana sayangkan Ayyash. Hilang
Zimam, hilanglah separuh nyawa Ana.” Adriana terus teresak-esak didalam pelukan
Firdaus.
“Sabar sayang. Percaya pada ketentuan Allah. Kita mesti kuat hadapi semua
ni.” Firdaus mengusap-usap belakang tubuh isterinya.
“Dah sayang, dah nak masuk Maghrib ni. Sayang mandi lepas tu kita solat
sama-sama? InsyaAllah kita akan rasa lebih tenang.” Adriana mengangguk sebelum
meleraikan pelukan suaminya. Benar, pada ketika ini dia sepatutnya lebih tenang
dan mengingati Allah.
“Sayang.” Adriana yang baru hendak mengambil tuala menoleh ke arah Firdaus.
“InsyaAllah jika Zimam ditakdirkan bersama kita, dia akan tetap disini.”
Adriana tersenyum kecil sebelum melangkah ke bilik mandi.
Malam itu,
Firdaus yang sukar untuk melelapkan mata turun ke tingkat bawah banglo. Kakinya
dihala ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Masalah yang melanda keluarga
mereka merupakan antara sebab dia tidak dapat melelapkan mata. Sedang dia
menuang air ke dalam gelas dia terlihat ada kelibat manusia diluar kediaman
mereka. Firdaus segera menunduk dan merangkak laju untuk ke jendela dapurnya.
Perlahan dia menaikkan kepala untuk mengintai. Kelihatan tiga orang lelaki
bertopeng sedang berusaha untuk menyusup masuk ke dalam kediaman mereka.
Firdaus segera menghantar pesanan ringkas kepada bapa mertuanya dan Syed Azfar
untuk memaklumkan situasi sekarang. Setelah itu dia pantas kembali ke kamar
tidurnya untuk memaklumkan hal ini kepada Adriana dan menelefon pihak polis.
“Ana, bangun sayang.” Adriana memandang pelik Firdaus sebaik sahaja
terjaga. Apa kes kejut tengah-tengah malam? Nak ajak qiam ke?
“Ada orang nak ceroboh masuk rumah kita! Bangun tutup aurat. Abang dah call polis.” Adriana pantas terjun dari
katil. Jubah disarung dan tudung express segera dipakai. Kemudian dia pantas
menuju ke bilik Zimam dan Ayyash. Nasib baik bilik anak-anak mereka dihubungkan
dengan pintu khas didalam bilik mereka.
“Where do you think you’re going?” Sepucuk pistol dihalakan kepada Adriana
membuatkan mereka berdua terpaku.
“Kau berdua jangan nak memandai-mandai. Silap sikit aku tembak kepala bini
kau. Oh ye kami dah tangkap bapa dengan mak mertua kau.” Wajah lelaki India
dihadapan mereka dipandang geram.
“Kau orang dah lupa aku? Dulu aku silap sebab terlalu ikutkan Kamil gila tu.
Jangan risau kali ni ikut kepala aku maka semua pasti mati!” Adriana
memerhatikan wajah penjahat dihadapannya. Dia berusaha untuk mengingati wajah
lelaki bedebah ini.
“Heh! Aku Thiru! Ingat muka aku sebab muka ni yang akan jadi malaikat maut
kau orang hari ni!” Thiru yang mahu melepaskan tembakan dihentikan oleh seorang
lagi penjahat.
“Bos, nanti dulu. Kita ambil bayi-bayi mereka baru bunuh kalau tak nanti
jiran-jiran mereka perasan. Aku dapat order baru tadi.” Terkejut Adriana
apabila melihat identiti penjahat itu. Imran hanya tersenyum sinis melihatkan
wajah terkejut Adriana.
“Hmm okey. Kau orang memang suka ambil untung lebih kan? Cepat! Aku dah tak
sabar nak bunuh satu keluarga ni!” Imran mengangguk lantas mendekati Adriana.
“Mana budak-budak tu?!” sergah Imran lalu menarik tudung Adriana. Firdaus
segera menepis tangan Imran dan mendapatkan isterinya. Adriana disorokkan
dibelakangnya.
“Kenapa berkasar dengan perempuan!” Firdaus menghambur marah lantas
mengakibatkan Imran naik angin. Penumbuk dilayangkan ke muka Firdaus. Firdaus
segera membalas tumbukan Imran. Pecah juga bibir Imran akibat terkena
tumbukannya.
“Kau pergi ambil bayi-bayi tu cepat Imran! Dia ni pun akan mati juga
sekejap lagi!” Imran akur dengan arahan Thiru. Dia meludah air liur bercampur
darah ke lantai. Firdaus memandang Imran dengan pandangan tidak gentar. Mustahil
dia mahu tunjuk lemah dihadapan lelaki yang berjaya mengucar-kacirkan
keluarganya. Dahlah percutian keluarganya turut terganggu.
“Tunjukkan aku tempat anak-anak kau!” Imran mencekak leher baju Firdaus
pula. Firdaus tetap mendiam diri dan membalas pandangan Imran. Dia lebih rela
mati dari menyerahkan kedua-dua anaknya kepada lelaki gila ini. Namun bunyi
tangisan dari bilik anaknya membuatkan Imran tersenyum. Pantas dia berjalan ke
arah pintu yang menghubungkan bilik Zimam dan Ayyash. Pintu itu agak tersorok
diantara almari baju dan meja solek.
“Kau orang jangan bergerak!” sergah Thiru melihatkan Firdaus dan Adriana
yang mahu mendapatkan anak-anak mereka.
“Kenapa kau berdendam dengan kami?” tanya Adriana dengan berani. Pelik
sebab papanya bukan peniaga yang suka menindas orang lain.
“Papa kau sebabkan bisnes keluarga aku lingkup! Nasib aku sama dengan Kamil
itu yang aku ikut dia dulu. Si gila tu dah mati dan aku terpaksa lari dari
penjara semata-mata nak balas dendam kau orang tahu tak?!” Thiru terus-terusan
menghalakan picu pistol ke arah Adriana dengan mata yang memerah.
“Sekarang aku rasa kau orang boleh ucap selamat tinggal pada dunia!”
Firdaus mengucap syahadah dan memeluk Adriana.
‘Bang!’ Tembakan Thiru mengena pada bahu kanan Firdaus. Muka Firdaus yang
berkerut menahan kesakitan. Adriana yang ketakutan segera menekap bahu Firdaus
dengan selimut. Tangisan Zimam dan Ayyash dari bilik sebelah membuatkan Adriana
bertambah risau.
“Whoops. Silap pula. Mari kita cuba sekali lagi?” Sah Thiru ini pun sudah
terikut-ikut gila seperti Kamil tapi Thiru boleh dikatakan lebih kejam. Mukanya
langsung tak berubah ketika menembak malahan masih boleh tersenyum.
Thiru melepaskan
lagi tembakan dan kali ini disasarkan pada bahu kiri Firdaus. Dari riak mukanya
memang jelas Thiru mahu ‘bermain-main’ dengan mangsanya. Adriana hanya mampu
menangis dan menekap kedua-dua bahu Firdaus.
“Kali ini aku akan tamatkan riwayat kau!” Firdaus segera menutup mata dan
mengulang semula syahadahnya.
‘Bang!’ Thiru ditembak dari belakang oleh salah seorang anggota Azforce.
Firdaus dan Adriana mengucap syukur. Thiru rebah dengan mata yang terbeliak dan
mulut terngangga. Muka Thiru yang sangat mengerikan itu segera ditutup oleh
anggota Azforce yang melepaskan tembakan tepat ke jantung Thiru.
“Cepat! Mereka dah ambil anak-anak kami.” Anggota Azforce itu mengangguk
faham lantas memberi arahan melalui walkie-talkie kepada ahli yang lain.
Adriana menunjukkan pintu yang menghubungkan bilik Zimam dan Ayyash.
“Jangan dekat! Aku bunuh budak berdua ni kalau korang dekat!” Imran yang
sedang mendukung Zimam dan Ayyash mula menggugut apabila merasa tergugat.
“Imran lepaskan anak-anak aku!” Adriana menjerit apabila melihat Zimam dan
Ayyash yang dikasari Imran.
“Malik waktu dia hidup tak pernah nak menyenangkan keluarga aku! Budak ni
aku nak jual dan duit dari jual budak ni aku nak pakai bayar hutang tau!” jerit
Imran yang terdesak.
“Kau nak berapa pun aku boleh bagi! Lepaskan anak-anak aku!” jerit Adriana
lagi.
“Tipu! Aku tahu yang polis dah ada kat luar! Aku tak mahu masuk penjara!
Aku rela mati dengan budak-budak ni dari masuk penjara!” Imran yang seperti
sudah hilang akal mula membuka tingkap bilik.
“Nanti!” Jangan buat benda gila! Kami ada duit. Hutang kau boleh kami
selesaikan. Jangan libatkan nyawa budak-budak yang tak bersalah!” Firdaus cuba
menenangkan Imran yang seperti hilang arah.
“Aku kena keluar dari sini! Aku tak mahu masuk penjara!” Imran yang sudah hilang
akal makin kelam kabut apabila Zimam dan Ayyash mula menangis.
“Diam! Aku bunuh korang nanti!”
‘Bang!’ Satu tembakan dilepaskan oleh seorang anggota Azforce ke betis
Imran. Firdaus dan Adriana segera meluru mendapatkan Zimam dan Ayyash apabila
Imran terjatuh lantas melepaskan kedua-dua anak mereka.
“Celaka! Aku akan ingat sampai mati!” Imran menjerit-jerit ketika ditahan
oleh anggota-anggota Azforce yang lain dan diserahkan kepada pihak polis.
“Firdaus, Hanan kamu tak apa-apa?” Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah segera
mendapatkan anak dan menatu mereka. Tadi mereka diikat oleh seorang lagi rakan
komplot Thiru dan Imran. Nasib baik mereka hanya digertak tetapi tidak
diapa-apakan oleh penjahat itu.
“Pihak polis dah berjaya menahan Rini. Tak sangka dia dengan Imran tu
terlibat dengan sindiket perjudian haram dan menjual bayi.” Datin Hafsyah
bercerita. Nasib baik Syed Azfar segera bertindak sebaik sahaja mendapat
maklumat dari pangkalan Azforce di Brunei. Ketika itu Rini sudah bersiap-sedia
mahu melarikan diri.
“Eh Firdaus kamu cedera ni! Ya Allah teruknya! Abang cepat kita hantar ke
hospital!” Firdaus yang terlupa akan kesakitannya kerana terlalu risaukan
anak-anaknya tadi baru terasa pening-pening akibat kehilangan banyak darah.
Zimam didalam dukungannya diambil oleh Datuk Ilyas. Firdaus segera dihantar ke
hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan.
“Hmm nampaknya kita kena cari rumah baru ni.” Datin Hafsyah segera mengalihkan
pandangannya pada Datuk Ilyas. Pindah?
“Tak kisahlah abang oii. Pindah mana?” Datuk Ilyas tersenyum dengan reaksi
isterinya.
“Kita balik kampung? Abang pun dah penat duduk bandar ni.”
“Kampung siapa?”
“La..kampung awaklah. Abang kan budak bandar,” Datin Hafsyah hanya
tersenyum lebar. Akhirnya tercapai juga hasratnya yang mahu duduk di kampung.
Tapi...
“Payahlah nanti nak jumpa anak cucu kalau pindah kampung. Lagipun bisnes
abang disini.”
“Payah apa? Nak jumpa cucu, bila-bila pun boleh. Ada kereta, ada kapal
terbang..apa susah? Bisnes abang tu Henry dengan Adriana boleh uruskan. Abang
pun boleh pantau dari jauh. Awak ni nak ke tidak balik kampung?” soal Datuk
Ilyas.
“Mestilah nak!”
“Okey nanti kita cari rumah.” Datuk Ilyas meneruskan pemanduan dengan muka
selamba. Adriana dan Firdaus yang berada di tempat duduk belakang hanya menahan
tawa. Boleh pula mereka berdua berbincang pasal perpindahan ketika dalam perjalanan
ke hospital. Adriana berasa lega kerana Zimam dan Ayyash yang baru lepas
menyusu menyambung kembali tidur mereka. Sekurang-kurangnya anak-anaknya tidak
terjejas dengan situasi tadi.
****************************************************************************
Alhamdulillah. Maaf terlambat update..huhu banyak sangat benda yang nak disiapkan minggu ni. Okey macam biasa tak suka ka apa sila komen.
10 comments:
Wahhh!!! Ni baru best..tunggu lg next entry from akak....panjang plak akl si thiru tu...
Alhamdulillah insyaAllah lepas ni akak buat cerpen yg ada kaitan dgn bestfriend akak.
(^-^)v
Eeee gila la depa ni. ikut suka hati ja nak amik anak orang utk bayaq hutang. tampaq baru tauu
eh tetiba emo hahaha
Hehe xpa2..orang klu otak pk diri sndr ja x igt mati mmg lagu tu..igt seronok atas dunia smpi bab akhirat langsung lupa..
jap..adik ni bkn nk SPM ka? Good luck ye
(^-^)v
haah nak spm esokkkkkkk. haiyaaaaaa
saja bukak sini release stress kononnya ahaks :)))
terima kasih kak :)
Release tension x? InsyaAllah buat yg terbaik ye dik
(^-^)v
Really...its amazing...da siap sedia mental utk seru akak nya next cerpen..
Haha insyaAllah..tapi kne tggu sikit sbb akak akan bz dgn research project..sabar ye
(^-^)v
Ahah! Akak! First time baca trus jatuh hati...
Best sgtttt.. Tgah spm pon smpat myinggah..huhu.. Terbaik ah!
@Aina_hanna: Alhamdulillah terima kasih dik...
Good luck ye (^-^)v
Post a Comment