[kredit] |
“Abang Hanif okey?” soalku simpati. Macam manalah dia ni melintas?
“Oh Sabreena, alhamdulillah okey. Tadi abang nak kejar kawan abang. Maaflah
ye.” Abang Hanif menepuk-nepuk seluarnya membuang debu jalanan yang melekat.
“Ehem! Apa nama? Abang Hanif? Tadi sikit lagi saya nak terlanggar abang.
Kalau berlanggar naya je tahu tak?” Siti mencekak pinggang memarahi Abang Hanif
aka mamat bangla yang nampak terkejut dengan Siti yang naik angin tiba-tiba.
“Maafkan abang ye dik? Hmm kereta adik ada terjejas apa-apa ke?”
“Tak ada tapi kalau saya terlanggar abang tadi, habislah usaha saya
berbulan-bulan nak dapatkan lesen ni!” Okey aku dah faham kenapa Siti ini marah
sangat. Dia pernah cerita yang dia gagal dua kali ujian memandu dan hampir nak
berputus asa. Alhamdulillah percubaan ketiganya berjaya dan terus daddy dan mommy dia hadiahkan kereta untuk si biskut meri ni.
“Abang minta maaf sekali lagi sebab tak berhati-hati tadi. Apa nama adik
ni?”
“Siti Maryam.”
“Siti Maryam, kalau ada apa-apa masalah pasal kereta ni boleh beritahu
Sabreena. Abang selalu juga terjumpa Sabreena. Maaf ye? Abang kejar masa ni.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Tak ada apalah tadi saya geram je. Baik-baik melintas ye
Abang Hanif? Saya tak mahu tengok muka abang terpampang dalam surat khabar
esok.” Amboilah mulut kau Siti! Aku hanya mampu tersenyum dengan kerenah
sahabatku ini. Mamat Bangla? Tersengih sahajalah dengan sindiran si biskut
meri.
“Alhamdulillah bijak hang ni Sabreena. Kak bangga dengan pencapaian
Sabreena. Tapi Sabreena kena ingat, SPM ini cuma permulaan sahaja. Tengok apa
rezeki Sabreena lepaih ni dapat apa. Sabreena nak belajaq luaq ka dalam negara
ja?” Kak Kamisah menepuk-nepuk bahuku. Majikan yang sangat mengambil berat
tentangku dan sepanjang aku bekerja dengan Kak Kamisah, tak pernah pun aku
dimarahi jika membuat sebarang kesalahan. Kak Kamisah akan menegur kesilapanku
di dalam pejabat bukan dihadapan orang lain.
“Saya ada minta MARA dan JPA. Kalau ada rezeki saya nak belajar kat luar
negara kak.” Sejujurnya aku memang mahu melanjutkan pelajaranku ke negara
orang. Seronok bila mendengar cerita si biskut meri tentang kakak dan abangnya
yang belajar di luar negara. Kos kehidupan memang mahal tapi aku dah rancang
nak buat kerja sambilan sambil belajar. Siti pun menyokong cadanganku.
“Hmm baiklah. Buat sementara ni kamu nak gheja lagi atau nak rehat
sementara tunggu tawaran?”
“Saya nak kerja lagi. Apa-apa pun saya nak kena simpan duit.” Kak Kamisah
mengangguk faham. Tahu perangaiku yang tak suka terlalu bergantung dengan
ibubapaku.
“Baguih la. Kak ni pun memang suka kalau Sabreena terus gheja sini. Tapi
kalau nak ambil cuti uruskan hal-hal masuk belajaq jangan risau, bagitau ja.”
“Baiklah kak.”
“Hari ni kita main buat salji dengan budak-budak ni. Kak ada beli instant snow dari internet hari tu.
Bolehlah depa buat main sebab bahan-bahan dia tak merbahaya untuk budak-budak.
Kita yang tua ini pun punya seronok main. Kak dah test dengan anak kak dan Abang Hashim semalam. Anak kak dah bosan
tapi kak dengan Abang Hashim hang dok main-main lagi dengan benda alah tu
hahaha..” Serius Kak Kamisah dengan Abang Hashim memang pasangan suami isteri
yang sangat sempoi. Nampak lebih kurang macam kawan-kawan tapi aura bahagia itu
terpancar dimuka mereka.
“Makan pagi ni bihun dan tengah hari nasi ayam. Minum petang pula cekodok
jagung. Ayaq kita buat pagi minum ayaq coklat, tengah hari dengan petang kak
ingat buat teh dengan air anggur pun okey dah. Kak Fizah lambat hari ni, jadi
Sabreena tolong hantar order tengah hari dengan petang ni kat Makcik Bee
boleh?” Aku mengangguk faham. Makcik Bee adalah tukang masak khas untuk pusat
jagaan kami. Kedainya cuma 100m dari pusat belah-belah dan selalunya Kak Fizah
akan singgah dulu menghantar pesanan tiap-tiap pagi sebelum masuk kerja.
“Okey kak. Saya pergi sekarang.” Sementara budak-budak tak ramai ini baik
aku segera lakukan tugasku.
“Okey. Jalan baik-baik na?” Aku memberi salam sebelum beredar.
“Assalamualaikum adik buat apa sini?” Waa jumpa lagi mamat bangla ini.
Ditangannya ada beberapa bungkusan makan. Ohoi nak berniaga dalam pejabat ke?
“Waalaikumussalam. Nak hantar pesanan daycare. Abang Hanif buat apa pula?”
soalan paling tak berapa nak cerdik. Takkanlah mamat bangla ni basuh baju? Dah
terang-terang dia datang beli makanan!
“Oh abang beli nasi lemak dengan kuih sikit. Ada mesyuarat kat pejabat tu
jadi bos abang minta abang belikan makanan,” balasnya dengan senyuman manis.
Hehehe Remy Ishak muncul kembali~
“Okeylah Abang Hanif. Saya nak kena cepat ni. Assalamualaikum.” Aku segera
menyampaikan pesanan kepada Makcik Bee.
“Jalan sekalilah.” Aku yang serba salah mahu menolak hanya mendiamkan diri.
“Macam mana result SPM?” soalnya
memulakan perbualan. Mungkin bosan dek kebisuanku.
“Alhamdulillah okey.”
“Alhamdulillah. Lepas ni payahlah nak jumpa adik lagi.” Eh? Apahal pula dia
ni?
“Abang pun ada adik yang ambil SPM. Alhamdulillah dia punya keputusan boleh
pergi. Abang doakan adik berjaya ye. Okey dah sampai pun. InsyaAllah ada umur
kita jumpa lagi.”
“O..oh terima kasih Abang Hanif.” Aku memerhatikan kelibat mamat bangla itu
sehinggalah hilang dari pandangan mata. Okey dan apasal kau rasa sedih pula ni
Sabreena?
10 tahun
kemudian..
Wajah pelajar
yang sedang berdiri dihadapanku kupandang dengan muka selamba. Alahai anak
orang kaya yang tipikal. Clichè bebenor...
“Boleh terangkan kepada saya macam mana jawapan assignment awak sebiji bulat-bulat macam jawapan Hazim?” soalku dengan nada yang
dikawal. Kini aku bertugas sebagai pensyarah di sebuah institut pengajian
tinggi awam tempatan. Zaman menuntut ilmu sudah berakhir dan kini aku mahu
menyampaikan ilmu yang telah aku pelajari.
“Well mesti Hazim tiru saya.” Mak
aih! Dengan muka tak bersalah tambah selamba dia menjawab. Hazim memang
terkenal dengan akalnya yang bijak tapi aku juga tahu yang dia sering dibuli
kerana susuk tubuhnya yang kecil dan umurnya yang muda dua tahun dari
pelajar-pelajar disini. Allah macam manalah aku nak ‘luruskan’ anak orang kaya
depan aku sekarang ni!
“Iskandar Al-Faqih! Disebabkan kamu terlalu bijak bestari, maka saya mahu
kamu siapkan tutorial ini dalam masa satu jam. Oh tak payah balik bilik, buat
depan saya sekarang juga!” kerahku yang sudah mula menyinga. Berani nak
tipu-tipu sangat. Apa-apa pun aku buat semua ini untuk masa depan dia juga.
“Dr. Sabreena..”
“Tak payah nak tayang muka seposen awak depan saya. Buat sekarang atau saya
gagalkan awak!” Kertas tutorial aku hulurkan tanpa riak di wajah. Mengalah juga
anak orang kaya itu apabila aku mengugut untuk gagalkan dia.
“Nah dah siap!” Amboi hang! Kurang ajaq! Kertas tutorial diluncurkan atas
meja aku. Woohoo ikutkan panas hati aku mahu sahaja aku tempeleng budak ni!
Betul-betul sejam dia buat tutorial yang aku rasa kalau dengan standard jawapan
dalam kertas kerja dia bagi itu dalam 15 minit boleh siap.
“Relaks dulu Iskandar. Mailah kita
check jawapan betul ka tidak hang buat ni.” Haa pucat muka bila aku dah
keluar nada sinis aku. Dia yang berura-ura nak keluar dari bilik aku terhenti
dan menarik kerusi dihadapanku setelah aku memberi isyarat mata.
“Whoops nampaknya satu sahaja soalan yang betul. Macam mana ni Iskandar?”
Mukanya sudah mula pucat lesi.
“Iskandar, saya tahu awak meniru Hazim. Saya beri peluang untuk awak
jelaskan pada saya tapi awak sia-siakan peluang awak tadi. Bila saya uji awak
dengan soalan tutorial yang lebih kurang sahaja dengan tugasan yang saya
berikan hari itu awak tak boleh jawab dan masih ego nak mengaku silap.
Iskandar, mungkin awak anggap saya hanya membebel tapi ingatlah awak tak boleh
berterus-terusan dengan sikap macam ni. Saya tahu awak bijak dan boleh pergi
jauh kalau tak awak takkan dapat masuk U ini. Plagarism atau meniru memang satu kesalahan yang amat berat. Apa
perasaan awak apabila sesuatu yang awak hasilkan dari mula sampai akhir
senang-seang sahaja diambil oleh orang lain? Mesti marah kan?” Iskandar yang
sudah menunduk hanya mengangguk.
“Saya nasihatkan awak sebab saya lihat awak sebagai pemimpin masa depan.
InsyaAllah saya yakin jika awak berusaha, awak akan jadi manusia yang terbaik.
Dalam masa yang sama jangan lupa agama. Awak faham maksud saya? Jika awak ada
masalah, awak boleh datang jumpa saya. Kalau datang nak borak-borak macam
kawan-kawan biasa pun boleh.” Terus dia mengangkat muka dan aku lihat matanya
bercahaya.
“Betul ni doktor?”
“Betul. Nak datang dengan kawan-kawan lain pun boleh.”
“Tak sangka doktor sanggup nak luangkan masa dengan saya. Selama ini semua
orang pandang saya macam anak orang kaya yang dok perabih duit mak bapak tanpa
pedulikan perasaan saya. Perempuan-perempuan pula asal nampak saya, depa macam
nampak mesin ATM bergerak. Saya mengaku saya tiru dan buli Hazim sebab saya
cemburukan dia. Dia muda lagi tapi dia tahu apa yang dia nak dan otak dia
memang bergeliga. Saya minta maaf doktor sebab tipu dan berlagak depan doktor,”
tutur Iskandar dengan nada yang mengendur. Hilang dah imej anak orang kaya clichè dia tu.
“Tak apa aih manusia mana yang tak buat silap? Relaks okey?” Dia mengangguk
laju. Alhamdulillah selesai satu masalah.
“Ini saya nak minta awak kawan baik dengan Hazim tu. Dia nampak aje macam
tabah tapi dia sebenarnya sunyi dan perlukan sokongan ramai. Kurang-kurang awak
dapat belajar dengan dia.”
“Lain sangatlah tang ‘sunyi’ tu doktor.” Dia dah mula menunjukkan muka
geli. Ahaha sengal punya budak!
“Bukanlah saya nak suruh awak ‘Brokeback
Mountain’ dengan dia tapi jadilah sahabat baik dia. InsyaAllah ada untung
dunia akhirat sebab Hazim tu kaki pi masjid juga.” Iskandar terus menghambur
tawanya sehingga berair matanya. Lawak sangat ka?
“Hahaha doktor ni memang lawaklah! InsyaAllah saya jadi kawan dia. Ni nak
tanya soalan peribadi sikit boleh doktor?” La dah jadi wartawan Melodi pula
budak ni!
“Awat?”
“Awat doktor tak kahwin-kahwin lagi? Saya tengok ramai ja staff dengan lecturer lain yang macam minat kat doktor. Doktor memilih sangat
ka?”
“Choih! Hang ni la...mentang-mentang saya bagi muka! Okeylah bukan saya
memilih tapi saya anggap jodoh saya tak sampai lagi. Ajal maut, jodoh dan
rezeki itukan ditangan Allah? Saya redha je.” Jawapan biasa aku beri kepada
yang dok bertanya pasal bila aku nak kahwin. Aduilah...
“Nak saya kenalkan tak doktor? Saya ni kira terer dalam networking. Just tell me your preferences
and I’ll try to look it out for you. Boleh?” Allah suci bebenor hati
kamulah Iskandar oii! Dari anak orang kaya clichè
bertukar 180° ke mamat kepoh nak minta penyepak.
“Tak apalah Iskandar. Cukuplah mak ayah dengan saudara mara saya yang dah
jadi macam agen cari jodoh. Penat oo. Woot awak ni tak mahu pi solat Jumaat ka?
Dah pi balik mandi ka apa lepas tu pi solat Jumaat!” Jam di dinding sudah menunjukkan
pukul 12.30 tengah hari.
“Doktor ni lupa ka apa? Masjid dalam U kita ni ja pun. Pi awal-awal nak
bentang sejadah ka apa? Yelah saya pi balik mandi dulu. Lain kali kita borak
lagi na? Assalamualaikum doktor comel!” Aku hanya mampu ketawa dengan gelagat
anak muridku ini. Hahaha macam-macam perangai...
********************************************************************************
Alhamdulillah siap juga. Maaf antibodi tak kuat maka asyik sakit ja..minta maaflah sebab lambat update. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
********************************************************************************
Alhamdulillah siap juga. Maaf antibodi tak kuat maka asyik sakit ja..minta maaflah sebab lambat update. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
Hanif |
Sabreena |
6 comments:
Wahhh sekejapnya masa berlalu... Cpt2 jumpa dgn mamat bangla tu semula okeh... Hehe
Odaijini~ *kalau tak silaplah.. Dah lama tinggal bahasa jepun.. Hoho
Hehe..bakal berjumpa huhu..
Arigato Suha-chan!
(^-^)v
hehe dah sambung. mcm tak sabaq nak tunggu next chapater. Takleh tahan tengok gambar skema Remy ishak (mat bangla) sebiji mcm bangla habis. hehe...
Haha saja ja saya ambik yg rambut belah tengah + baju kotak2..hehe sabaq na..insyaAllah nnt saya sambung lg..la ni blk rumah nenek x blk laptop..
Lawak btul muke remy ishak dlm gmbr tu..btul2 bangla..btw best cerpen ni..
Pfftt mmg gigih cari gmbr yang penuh dengan ke'bangla'an untuk Remy Ishak ni hehehe~
Post a Comment