[kredit] |
Firdaus mendekati Adriana yang sedang melayan kedua-dua anak
lelakinya. Istana pasir yang tiada rupa dipandang sayu. Bagaimanakah penerimaan
isterinya dengan berita yang ingin disampaikan? Argh! Buntu!
“Sayang,” Firdaus menggapai
tangan Adriana yang masih dirasuk semangat membina istana. Zimam dan Ayyash
turut sama bermain pasir dengan mama mereka. Sememangnya Firdaus dan Adriana tidak
melarang anak-anaknya bermain dengan pasir kerana dari sentuhan, otak
kanak-kanak cepat terangsang dan mengingati struktur.
“Abang tengok belah sana. Zimam
dengan Ayyash punya kerjalah tu. Ana dah buat elok tadi boleh pula diorang buat
sand-diving! Dengki!” Adriana
memuncungkan mulutnya tapi tak lama kerana seronok melihat Zimam yang berusaha
mengejar anak ketam. Ayyash seperti biasa hanya mengikut abangnya.
“Abang nak cakap apa tadi?”
Firdaus hanya menggelengkan kepala. Serasanya sekarang bukan masa yang sesuai
untuk memberitahu berita buruk itu kepada isterinya. Hatinya dipagut sayu
melihat keakraban kedua-dua anaknya.
“Jomlah masuk, dah nak Maghrib
dah ni.” Firdaus bingkas bangun sebelum membantu isterinya untuk berdiri. Zimam
dan Ayyash didukungnya untuk masuk ke dalam bilik penginapan. Adriana hanya mengikut
Firdaus dari belakang. Entah macam mana Adriana tersilap langkah lalu terjatuh.
“Macam mana boleh terjatuh?!
Jalan elok-elok sikit! Nasib baik budak-budak dengan abang.” Zapp! Kesot hati
Adriana apabila dimarah Firdaus yang tiba-tiba naik angin. Lambat-lambat dia
bangun tanpa dibantu Firdaus yang sudah masuk ke dalam bilik penginapan.
Mood Firdaus memang betul-betul teruk. Zimam dan Ayyash pun
tidak dilayan apatah lagi Adriana. Pagi itu, selepas solat Subuh Firdaus sudah
menghilangkan diri meninggalkan Adriana dan anak-anak di hotel. Pulang pun
selepas pukul 10 dengan sarapan yang dibeli entah dari warung mana padahal
Adriana dan anak-anak sudah bersarapan di hotel. Zimam dan Ayyash mana boleh
sarapan lambat? Mahu masuk angin perut kedua-dua anaknya. Bila Adriana tak
dapat menghabiskan sarapan, Firdaus marah-marah dan mengatakan dia anak orang
kaya yang suka membazir. Serius sentap!
“Abang saya nak cakap sikit.”
Mood garang Adriana mula menjelma setelah sakit hati dengan perangai minta
penyepak Firdaus seharian ini. Firdaus yang dapat mengesan ketegangan dari suara
Adriana hanya mendiamkan diri.
“Kenapa dengan abang ni? Apa
masalah sampai buat saya rasa nak campak abang bagi makan kat ikan jerung
tengah laut tu?” Ambik! Muka Adriana yang tegang dipandang sayu oleh Firdaus.
Firdaus menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus perlahan. Mencari
kekuatan untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada isteri tercinta.
“Abang minta maaf kalau Ana
terasa dengan perangai abang. Mari duduk dekat abang?” Firdaus menarik Adriana
untuk duduk diribaannya. Mungkin lebih senang untuk terangkan dalam keadaan
begini.
“Sayang, yang sebenarnya abang
rasa runsing dan fikiran abang bercelaru. Semalam mama telefon...”
“Mama telefon kenapa? Papa sakit
ke abang?” Adriana yang tidak sedap hati memotong percakapan Firdaus.
“Tak sayang. Abang tak tahu nak
cakap macam mana dengan sayang pasal hal ni.” Firdaus terhenti seketika lalu
mengelus lembut pipi Adriana.
“Cakaplah, Ana nak tahu.” Adriana
menyentuh tangan Firdaus. Dia betul-betul mahu mengetahui punca kedinginan
suaminya.
“Mama beritahu abang yang ada
ahli keluarga Malik yang datang nak menuntut Zimam. Abang susah hati sebab kita
berdua sayangkan Zimam sama macam kita sayangkan Ayyash.” Adriana yang sudah
mula bergenang air mata memandang wajah Firdaus untuk meminta kepastian. Ingin
sangat dia menganggap yang suaminya hanya bergurau kasar dengannya. Mana
mungkin dia serahkan anak yang dijaga seperti anak sendiri kepada orang lain?
“Abang risau macam mana dengan
reaksi Ana sebab abang sendiri pun fikiran dah berkecamuk. Abang minta maaf ye
sayang?” Firdaus mendakap tubuh Adriana yang masih kaku dengan air mata yang
mengalir laju dipipinya. Ya Allah tabahkanlah hati kami..
“Bila diorang nak ambil Zimam?”
soalan Adriana membuatkan Firdaus tersentak. Kurang dari 30 saat emosi isterinya
sudah berubah dan bertukar menjadi dingin.
“Papa sedang jalankan siasatan
untuk memastikan yang mereka bukan menyamar.”
“Baiklah. Ana nak tidur.” Adriana
bangun dari ribaan Firdaus dan terus menuju ke katil bagaikan tiada apa yang
berlaku. Tahulah Firdaus yang Adriana sedang mengalami tekanan yang besar
lantas menukar personaliti kepada Sang Ratu Ais yang dinginnya sedingin salju.
Percutian di Langkawi ditamatkan begitu sahaja memandangkan
baik Firdaus mahupun Adriana masing-masing sudah tiada hati untuk bercuti lagi.
Pulang sahaja ke Kuala Lumpur, kediaman Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah terus
dituju.
“Eh bukan balik lagi tiga hari
ke?” soal Datin Hafsyah yang menyambut kedatangan mereka. Wajah sugul Firdaus
dan Adriana dipandang satu demi satu. Memang sah mental breakdown dua-dua sekali!
“Tak apa la mama. Macam mana
dengan hasil siasatan papa?” Firdaus yang baru melabuhkan punggung terus
mengajukan soalan kepada Datin Hafsyah. Adriana turut mengambil tempat
disebelahnya. Zimam dan Ayyash, kedua-duanya sudah ditidurkan di dalam babys’ crib mereka.
“Mereka memang ahli keluarga
Malik. Kata mereka, mereka tak ada pun masa Malik minta tolong sebab masa itu
mereka di Brunei. Balik-balik mereka dengar berita yang Malik dah meninggal dan
tinggalkan seorang anak lelaki tu yang diorang tuntut balik.”
“Boleh percaya ke? Ada check dengan imigresen? Kedutaan Brunei?
Kenapa diorang nak ambil Zimam? Anak sendiri tak ada ke? Malik dah amanahkan
Zimam kat Ana!” Adriana yang tiba-tiba tak boleh mengawal emosi mengejutkan
semua disitu. Tak sangka begini berat tekanan yang dihadapi oleh Adriana Hanan
yang terkenal dengan kedinginannya.
“Sayang, we’ll discuss this with them later. It’s not like we’re going to give
away Zimam just like that.” Firdaus memeluk bahu Adriana untuk menenangkan
isterinya itu. Adriana menggapai segelas air putih dan meneguk setelah membaca
basmallah.
“Whatever it is I smell something fishy with taking Zimam back thinggy.
Why must they take Zimam with them if they already knew that Zimam is perfectly
fine with us?” Firdaus hanya mampu tersenyum dengan kata-kata Adriana yang
tidak puas hati. Macam mana pun Zimam masih ada ahli keluarganya yang lain.
“Jangan risau Hanan. Pandailah
papa kamu tu siasat. InsyaAllah esok mama jemput mereka datang sini. Masa tu
kamu boleh tanya mereka apa-apa yang kamu nak tanya.” Adriana memeluk tubuhnya
sebelum bersandar pada dada bidang Firdaus. Serius kepalanya bagaikan mahu
meletup memikirkan kemungkinan hari-hari yang mendatang tanpa Zimam.
Adriana hanya memerhatikan telatah Zimam dan Ayyash yang
seronok bermain di halaman rumah mereka. Firdaus siap membinakan rumah kayu
mainan untuk anak-anak mereka dihalaman itu. Sedang Adriana leka memerhatikan
kedua-dua anaknya telefon pintarnya berbunyi. Lihat sahaja nama yang tertera
sudah membibitkan senyum di wajah Adriana.
“Assalamualaikum mama! Mama
sihat?” Suara ceria Suha ditalian menyingkirkan sedikit perasaan sedih yang
beraja dihatinya sekarang.
“Waalaikumussalam. Alhamdulillah.
Suha?”
“Alhamdulillah sihat juga. Suha
nak datang jumpa mama boleh? Papa cakap kena
call beritahu baru dia hantar.” Adriana ketawa teringatkan gelagat Syed
Azfar yang masih kekok untuk membawa Suha berjumpa dengannya.
“Boleh datanglah. Suha pun dah
lama tak jumpa adik Zimam dengan Ayyash kan?”
“Haah Suha rindu kat diorang.
Fatehah pun dah lama Suha tak jumpa.” Adriana menamatkan talian setelah lima
minit berbual dengan Suha. Sejak sudah mula bersekolah, agak jarang dia dapat
berjumpa dengan anak Syed Azfar itu. Anak-anak Rayyan dan Sufi juga ‘sibuk’
dengan jadual aktiviti yang diatur oleh ibubapa mereka. Ibubapa mana yang tak
mahu anak mereka menjadi manusia yang berjaya?
“Abang, Suha nak datang petang
ni.” Firdaus yang sedang menikmati minum petang sambil menyuap Zimam dan Ayyash
hanya mengangguk.
“Azfar datang sekali tak? Mungkin
kita boleh minta Azfar buat siasatan lanjutan pasal saudara Malik tu. Abang ada
tanya papa pasal tu dan dia kata maklumat pasal saudara Malik ni macam senang
sangat nak dapat. Abang pun rasa curiga sikit pasal diorang.” Adriana segera mendapatkan
Firdaus. Matanya membulat apabila mendengar tentang ‘kecurigaan’ suaminya.
“Apa-apa pun esok kita jumpa dan evaluate. Kalau ada rasa tak sedap hati,
kita buat minta tolong Azfar,” sambung Firdaus lalu menghirup air teh yang
disediakan oleh isterinya. Adriana segera mengangguk. Bukan dia mahu berburuk
sangka tapi untuk keselamatan Zimam dan hatinya yang masih tak dapat menerima
hakikat membuatkan dia lebih berhati-hati.
Wajah pasangan suami isteri dihadapannya dipandang tanpa perasaan.
Mahu serba-salah juga pasangan tersebut apabila bertentangan mata dengan
Adriana Hanan aka Ice Queen. Firdaus
yang duduk disebelah Adriana hanya menayangkan senyuman.
“Saya Imran dan ini isteri saya
Rini. Tujuan kami datang ini adalah nak mengambil Zimam.” Adriana mencerlung ke
arah Imran yang seperti tak sabar-sabar nak ambil Zimam dari dia.
“Encik Imran kerja dimana
sekarang?” soal Firdaus yang masih kekal dengan muka sentiasa senyumnya.
“Saya dan isteri menetap di
Brunei. Kami di Malaysia ini pun tak lama itu yang nak cepat ambil Zimam untuk
dibawa pulang ke Brunei. Urusan dengan imigresen semua kami dah uruskan.”
“Cepat betul? Ada orang dalam ke?”
Adriana cuba serkap jarang. Mana mungkin urusan imigresen untuk membawa bayi
keluar dari Malaysia dilakukan kurang dari seminggu.
“Kami dah uruskan sebelum sampai
sini lagi. Tahu sahaja Malik ada tinggal anak disini, kami terus berhubung
dengan imigresen untuk bertanyakan prosedur sebab kami memang nak jaga anak
dia. Biar darah daging sendiri yang menjaganya bukan orang luar!” Serius
Adriana sentap dengan kata-kata Rini. Apakah tak cukup kasih sayang yang tumpah
untuk Zimam darinya? Zimam boleh mati ke kalau duduk dengan dia?
“Maaf kata-kata awak agak kasar.
Zimam menyusu dengan isteri saya dan kiranya dia dah jadi darah daging kami.
Kamu berdua tak ada anak lain ke?” Firdaus mengapai tangan Adriana untuk
memberikan kekuatan kepada isterinya.
“Kami tak ada anaklah menjadi
sebab utama kami nak jaga Zimam! Kami berhak ke atas Zimam!” bentak Imran
tiba-tiba. Entah apa yang merasuk lelaki ini sehingga tiba-tiba menengking
Firdaus dan Adriana. Datuk Ilyas yang pada mulanya mahu memberi ruang mula mendekati
mereka.
“Kenapa ni Encik Imran? Zimam
kami layan baik sejak arwah masih ada lagi. Arwah Malik dah amanahkan kepada
anak dan menantu saya untuk menjaga Zimam. Kedatangan kamu berdua untuk
menuntut Zimam memang memberi tamparan hebat pada mereka berdua dan
bersyukurlah sebab kami masih mahu berbincang padahal jika ikutkan wasiat
Malik, kami memang berhak ke atas Zimam.”
“Masalahnya sekarang, masa tu
Malik ingat dirinya dah terbuang sampai lupakan kami yang masih ada lagi. Kalau
dia tahu ada darah daging dia yang masih sanggup terima dia, mahu ke dia bagi
Zimam kepada kamu?” soalan yang hanya boleh dijawab oleh arwah Malik masakan
mereka tahu jawapannya? Adriana terkedu dan terus menangis. Jiwanya kacau dan
dia betul-betul tidak dapat menahan kesedihannya lagi.
“Saya sayangkan Zimam dan saya
tak pernah bezakan antara dia dan Ayyash. Ayyash pun rapat dengan Zimam. Saya
tak sanggup nak memikirkan yang kami akan terpaksa berpisah dengan Zimam. Dia
anak saya.” Adriana terus menghamburkan tangis. Kali ini dia sudah tak dapat
menjadi Ratu Ais lagi. Perasaan kehilangan betul-betul mencengkam jiwanya.
“Hakikatnya Zimam bukan! Cik,
kena faham. Tak ada Zimam, cik ada Ayyash tapi kami? Lagipun kami ini ahli
keluarga arwah bukan orang lain untuk Zimam!” Bagaikan tak berperasaan Rini
menuturkan kata-katanya tadi.
“Kalau boleh kami nak bawa balik
Zimam hari ini. Esok kami akan berlepas pulang ke Brunei. Maaflah masa kami
sangat suntuk untuk segala drama ni.” Kata-kata Imram membuatkan Adriana
tersentak lagi. Takkan cepat sangat?
“Tapi..”
“Maaf Datuk Ilyas. Kami memang
nak bawa balik Zimam hari ini juga. Kalau ada umur, silalah melawat Zimam di
Brunei nanti. Ini alamat dan nombor telefon kami.” Imram menyerahkan seheai
kertas kepada Datuk Ilyas. Rini yang bagaikan sudah tak sabar segera menuju ke baby’s crib Zimam.
“Nanti dulu. Kalau boleh sila
beri masa untuk anak dan menantu saya untuk bersama Zimam semalam lagi. Saya
harap Imran dan Rini boleh tunaikan permintaan kecil saya ni.” Datuk Ilyas yang
kasihan akan keadaan Adriana yang nampak sangat tidak stabil segera meminta penangguhan.
“Esok pagi kami akan hantar Zimam
ke airport. Jika tak percaya, kamu
berdua boleh datang sini dahulu sebelum ke airport.”
Datin Hafsyah yang hanya mendiamkan diri mula bersuara. Dari tadi dia mengikut
nasihat suaminya untuk berdiam diri dan memerhatikan gerak-geri pasangan suami
isteri itu.
“Baiklah. Kami akan ke sini esok
pagi. Pastikan esok tak bertangguh lagi. Kami pulang dulu.” Imran segera
menarik tangan Rini keluar dari kediaman Datuk Ilyas.
“Firdaus! Bagi alamat dan nombor
telefon ni pada Azfar dan suruh dia buat siasatan. Papa rasa pelik dengan
mereka berdua tu.” Datuk Ilyas segera menghulurkan kertas yang diberi oleh
Imran tadi kepada Firdaus.
“Papa dah suruh orang ikut mereka
berdua. Mereka berdua sangat mencurigakan sebab dalam beberapa hari dalam
Malaysia ni mahu tiga kali bertukar hotel.”
“Mereka orang jahat ke papa?”
“Tak tahu. Apa-apa pun kita mesti
berhati-hati.”Datuk Ilyas menggenggam tangan Adriana yang masih berada didalam
keadaan terkejut. Zimam adalah amanah Malik untuk keluarganya. Mana mungkin
begitu senang dia mahu lepaskan si kecil itu?
****************************************************************************
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga update IRA yang asyik tertangguh disebabkan penulis yang senang sangat distracted! Muahaha nasib kome le...okay macam biasa tak suka ka apa sila komen~
11 comments:
Best....saya plak yg sedih ni kak...bayang kan situation tu..huhu....cant wait utk sambung IRA..♥♥
@Nadia Rizam: Alhamdulillah..perasaan dia sama macam kita nak beri anak kita sendiri kat orang lain...insyaAllah nnt akak update lagi ye? Tunggu~
Best sangat sangat. Nak lagiiiii. Cant waittt.
@sophea armelya: Alhamdulillah..insyaAllah saya try update secepat mungkin ye?
(^-^)v
Tu la kak....patah jiwa kita kalau bg ank sendiri kat org lain...lg2 org mcm imran dgn rini tu..huhu...
@Nadia Rizam: Bagi dekat Imran dgn Rini tu mcm dh x boleh nk ambil blk je huhu~payah2~
(^-^)v
Tu la kak...kalau da bg..agk nya nak tengok pon da x bole...harap2 azfar dpt tau sape dorang sbenarnya...huhu
@Nadia Rizam: Hehehe nantikan sambungannya~keskeskes
(^-^)v
Kelmarin dengan harini saya godek akak pnya blog utk baca smua bab novel niii. Tak sabar nak baca smbungannyaa. Bessttt
Sama jgk....free je bkk blog akk..
@Cik Shira: Alhamdulillah terima kasih..
InsyaAllah saya sedang berusaha untuk update..byk sgt bnd nk settle minggu ni ufufufufu~
@Nadia Rizam: Huhu bertabahlah dik hehe..
(^-^)v
Post a Comment