[kredit] |
Pejam celik pejam
celik, mahu seminggu juga aku dan acik ustaz itu di Kota London. Walaupun
begitu kami tak sempat ke berjalan-jalan sehingga ke Paris dek acik ustaz yang
tiba-tiba diserang demam panas. Tak tahan dengan suhu London yang selalu hujan
mungkin. Masa acik ustaz itu demam, makin seronok aku berlakon jadi jururawat
peribadi dia. Pipi dia memerah dan bibir dia jadi merah lagi seksi bila demam.
Hahaha apa yang kau mengarut ni Mar!
“Kakak nanti datanglah lagi jumpa Risa. Lain kali datang boleh bawa baby sekali.” Budak inilah! Nak aje aku
seligi kepala dia tapi memandangkan dia memang dah beritahu yang dia memang
suka akan bayi maka aku biarkan ajelah.
“InsyaAllah Risa, kalau Allah nak beri rezeki kat kami.” Jawapan skema dari
acik ustaz itu membuatkan aku tersengih.
“Jangan risau. InsyaAllah Risa doa banyak-banyak supaya kakak dengan Abang
El dapat anak dalam masa terdekat ni! Hehehe but of course you guys need to play your part too.” Terkedu acik
ustaz dengan balasan Marissa yang betul-betul tak terjangka. Isy budak ni
memang tak malu sungguh!
“Risa, kakak tengah sabar ni.” Marissa memekup mulutnya setelah mendengar
amaran dariku. Tak pasal-pasal ada juga yang kena belasah kat lapangan terbang
ini. Mahu popular kami dua beradik masuk suratkhabar. Oh acik ustaz itu punya
gambar kecik kat bawah dengan kenyataan ‘saya tak mampu halang mereka’ hehehe
sengal punya imaginasi...
“Baiklah kami masuk dalam dululah. Risa kalau balik Malaysia beritahulah.
Nanti abang dengan kakak bawa Risa pergi jalan-jalan.” Aduilah Ustaz Elyas, dia
ini tak tahu yang Marissa ini kaki rayau sejak zaman sekolah.
“Boleh juga! Okeylah insyaAllah lain kali kita jumpa lagi.” Marissa terus
menarikku ke dalam pelukannya. Haih aku pasti yang aku akan rindukan budak
sengal ini bila sampai Malaysia nanti.
“Risa kalau apa-apa call kakak
okey?” pesanku sambil menepuk-nepuk bahunya.
“Jangan risaulah kakak oii! Hari-hari Risa Skype nanti baru tahu!” Ikutkan sebelum ini aku kurang rapat dengan
adikku. Alhamdulillah setelah kami berdua berkongsi matlamat yang sama,
hubungan kami semakin rapat. Mengislamkan keluarga kami, insyaAllah matlamat
yang akan tercapai dengan usaha dan doa.
“Abang pergi kerja dulu ye?” Ya Allah berat gila nak berpisah dengan acik
ustaz ini pagi-pagi begini. Hari ini dia sudah mula bertugas dan aku pula akan
ke Hulu Selangor untuk meninjau projek resort dan maahad taafiz. Tangannya aku
gapai dan cium sebelum memeluk tubuhnya. Adui serius berdrama aku depan pintu
rumah. Nasib baiklah papa dan mama aku tengah bersarapan lagi kalau tak mahu
kena gelak.
“Err sayang. Abang nak pergi kerja ni. InsyaAllah abang balik cepat. Habis
je masa kerja abang terus balik.” Aku memandang mata acik ustaz itu untuk
kepastian. Pantas Ustaz Elyas mengangguk siap angkat tangan kanan macam
bersumpah hahaha lawak acik ustaz ni..tapi serius hensem gila acik ustaz ini
bila pakai uniform. Walaupun seksa juga nak gosok dan pasang butang satu-satu
tapi bila Ustaz Elyas bertukar menjadi ASP Elyas, sumpah puas hati!
“Janji ye? Lambat siap!” Hehe terer juga kau mengugut Maritza! Acik ustaz
itu mencubit pipiku sebelum menghadiahkan kucupan didahi.
“Ye. Dah abang nak pergi ni. Sampai sana call abang. Kalau tak dapat, hantar mesej.” Aku hanya mengangguk
sambil bermain-main dengan butang bajunya.
“Okey abang pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Aku menghantar acik ustaz itu sehingga ke keretanya.
Ikutkan hati nak aje aku melompat masuk ke dalam kereta acik ustaz dan ikut dia
pergi kerja.
“Sayang janji pandu selamat ye nanti.” Aku mengangguk mendengar pesan
khidmat masyarakat acik ustaz itu. Aku hanya memerhatikan keretanya meluncur
laju keluar dari perkarangan kediaman keluargaku.
“Udah la tu Mar oii! Petang nanti jumpa juga.” La...rupa-rupanya papa dan
mama aku hanya memerhatikan gelagat aku dan acik ustaz sejak tadi. Entah bila
mereka habis sarapan pun aku tak tahu. Hadui malu gini!
“Papa nak pergi dah ke? Mar tak masuk ofis tau hari ni.” Aku mengapai
tangan papa untuk bersalaman. Terpaku juga papaku sebab mana pernahlah anak
daranya ini bersalam dengannya sebelum pergi kerja.
“Oh hari ni Mar pergi Hulu Selangor kan? Mama nak ikut boleh? Boleh melawat
mak dengan ayah Elyas sekali.” Aku menyambut gembira permintaan mamaku. Mama
memang menyenangi mak Ustaz Elyas yang pendiam tapi entah macam mana boleh
bergaul baik dengan mama.
“Boleh je. Nanti Mar bawa mama jumpa dengan Makcik Aisyah sekali. Rumah
diorang dekat-dekat aje. Oh kita boleh pergi makan seafood! Waa Mar nak makan banyak!” Pecah ketawa mama dan papa aku
dengan gelagat aku yang tiba-tiba ceria.
“Baiklah abang pergi dulu Zu. Mar dengan mama pergi awal boleh balik cepat.
Nanti Elyas dengan papa dah sampai rumah kamu berdua pula yang tak balik-balik lagi.”
“Okey.” Pesanan papa mesti aku ingat sebab acik ustaz itupun janji nak
balik awal huhuhu...
Tiba sahaja
dirumah keluarga acik ustaz itu aku terus memberi salam. Hadiah-hadiah yang
beli dari London untuk mereka semua turut aku angkut. Mama menggeleng kepala
melihat hadiah yang aku beli untuk mereka semua. Dua bagasi baru terpaksa aku
beli di Kota London semata-mata untuk mengisi hadiah-hadiah. Mama, papa dan
semua pembantu rumah kami sudah aku berikan habuan mereka.
“Waalaikumussalam. Ya Allah Kak Mar! Gaduh dengan abang ngah ke? Tapi...”
Qaisara yang menyambut aku dipintu tercengang apabila aku membawa masuk sebuah
bagasi besar. Qaisara terus mendapatkan mama untuk bersalaman.
“Bukanlah. Ni souvenir untuk
korang semua hehehe..” Aku menarik masuk bagasi ke dalam rumah dengan dibantu
oleh Qaisara.
“Eh Kak Mar nak tinggal sini ke? Bestnya!”
Alah Qairiah..kalau boleh akak tinggal sinilah kan?
“Bukanlah. Mehlah tolong.” Qairiah terus membantu kami berdua menarik
bagasi.
“Mak, ayah dengan Abang Qa’id tak ada kat rumah ke?” soalku setelah
melabuhkan punggung ke sofa.
“Mak dengan ayah pergi Seremban melawat saudara belah mak. Abang Qa’id pula
kat ofis,” balas Qaisara. Qairiah meminta diri ke dapur untuk menyediakan
minuman untuk kami.
“La kamu berdua ajelah kat rumah hari ni. Dah makan dah?” soal mama
prihatin.
“Dah pagi tadi lepas Subuh saya dah masak. Tengah hari ni giliran Qairiah
pula memasak,” terang Qaisara.
“Tak payah masaklah. Kita makan kat luar tengah hari ni. Auntie belanja okey?” Semestinya
cadangan mama mendapat sokongan 100% dariku. Kasihan pula kat Qairiah kalau nak
memasak bagai untuk kami semua.
“La yeke? Baru nak tunjuk bakat memasak,” sampuk Qairiah yang baru datang
dari arah dapur.
“Serius ke nak masak sendiri ni dik oii?” soalku dengan senyuman.
“Hehehe taklah saja buat sengal.” Qaisara mencubit pinggang Qairiah yang
suka benar bergurau. Mama hanya tersenyum dengan gelagat dua beradik itu.
“Haa boleh bawa sekali Makcik Aisyah kak. Hari tu Qairiah ada terserempak
dia kat masjid.”
“Hehehe memang akak dah plan nak bawa dia. Tadi akak dah call beritahu yang akak nak datang sini.
Akak ingat nak buat surprise kat korang.”
“Haah surprise sangat,” kata
Qaisara dengan membuat aksi mata keatas dan tangan ke bahu.
“Okeylah siap-siap! Siapa lambat tinggal!” ugutku dengan senyuman nakal.
Mahu berlari juga dua beradik itu dengan ‘ugutanku’.
“Mak takkan tak ada duit langsung! Tanah ayah tu syarikat tu dah bina resort dengan sekolah tahfiz takkan
diorang tak bagi mak duit!” pekikan suara jantan tunjuk macho dari dalam rumah
makcik Aisyah membuatkan kami semua terpaku. Kami sekarang berada diluar rumah
Makcik Aisyah baru sahaja mahu memberi salam.
“Angahkan dah jual tanah tu? Mana mungkin mak dapat duit dari pemaju?”
Kedengaran suara Makcik Aisyah yang masih berlemah-lembut dengan anaknya yang
pada hemat aku sudah berkurang ajar dengan Makcik Aisyah.
“Angah perlukan duit mak! Kalau tak angah memang tak balik sini!” Serius
ikutkan hati aku memang nak masuk dan lempang anak Makcik Aisyah yang perangai
macam orang kurang siuman!
“Hmm mama rasa sekarang bukan masa yang sesuai nak ajak Makcik Aisyah untuk
ikut kita sekali.” Aku, Qaisara dan Qairiah mengangguk setuju. Macam mana pun
aku tak layak untuk masa campur dalam masalah keluarga Makcik Aisyah.
‘Prang!’ Bunyi kaca yang pecah mengejutkan kami. Aku yang risau akan
keadaan Makcik Aisyah terus menyerbu masuk rumah Makcik Aisyah yang tidak
berkunci.
“Makcik!” Aku terus mendapatkan Makcik Aisyah yang sudah terduduk dilantai
dengan kepala yang berdarah. Mengelegak darahku apabila melihat orang yang
kusayang diperlakukan sebegitu rupa.
“Siapa korang ni! Berani menceroboh dalam rumah orang!” jerit anak lelaki
Makcik Aisyah yang aku rasa bakal lebam sekejap sahaja lagi.
“Saya anak angkat Makcik Aisyah merangkap pemaju tanah arwah ayah awak yang
awak dah jual!” balasku dengan nada tegas.
“Oh tak sangka mak bersekongkol dengan kau semata-mata tak nak bagi aku
duit!” Apa benda ni? Aku memandang anak lelaki Makcik Aisyah dari atas ke
bawah. Mukanya yang berserabut dan pakaian yang aku rasa tak bertukar beberapa
hari membuatkan aku bertambah jelik dengannya.
“Mak awak tak pernah bersekongkol dengan saya dan untuk pengetahuan, awak
dah jual tanah itu jadi awak tak berhak nak meminta apa-apa pun!” gertakku
sambil membantu Makcik Aisyah untuk duduk ke sofa.
“Mar, angah, sudahlah tu. Nanti mak usahakan untuk bagi duit kat angah.”
“Makcik!” tegahku dengan muka tak puas hati. Baik sangat Makcik Aisyah ni
sampai dicederakan oleh anak sendiri pun masih berlembut lagi.
“Okey angah nak rm30 000 dalam akaun angah minggu depan!” Amboi kau! Apa
kau ingat Makcik Aisyah ini orang kaya ke nak minta duit yang pada aku mungkin
tak sebanyak mana tapi bagi Makcik Aisyah agak payah nak bagi dalam masa
seminggu?!
“Angah, manalah mak ada duit banyak tu? Separuh dari itu pun mak tak ada.”
“Mak tipu!!!” Dengan tak semena-mena anak lelaki Makcik Aisyah membalingkan
sebuah pasu ke arah Makcik Aisyah. Aku yang mahu menghalang dari pasu itu kena
pada Makcik Aisyah terkena pasu yang dibaling. Sakit memang sakit tapi lebih
baik aku yang muda ini yang kena dari insan yang kusayang.
“Ya Allah Kak Mar!” Kedengaran suara Qaisara dan Qairiah yang menjerit
sebelum pandanganku mejadi gelap.
****************************************************************************
Alhamdulillah siap satu bahagian. Ada lagi satu bahagian untuk penghabisan cerpen panjang ini. Macam biasa jika ada tak berkenan ke apa sila komen~ (^-^)v
****************************************************************************
Alhamdulillah siap satu bahagian. Ada lagi satu bahagian untuk penghabisan cerpen panjang ini. Macam biasa jika ada tak berkenan ke apa sila komen~ (^-^)v
3 comments:
Huhu.. jahat btul anak Makcik Aisyah...
Best best best! Sambung lagi~
@Sarah Riana: Manusia kalau dah dikaburkan dengan dunia memang tak ingat dosa pahala. huhu
@Anonymous: InsyaAllah sekejap je lagi akak sambung.
(^-^)v
Post a Comment