Senyuman menggoda Ustaz Elyas. [kredit] |
Persiapan untuk majlis perkahwinanku boleh
dianggap lancar dengan bantuan Marissa dan para perancang perkahwinan yang
diupah oleh mamaku. Aku diberi tugas untuk mencantikkan diri oleh mama
disamping mengendalikan projek di Hulu Selangor. Terus-terang aku berasa agak
tertekan tapi dengan semangat yang diberikan oleh Makcik Aisyah dan Marissa,
aku yakin aku boleh lalui semua ini. Projek pembinaan sekolah tahfiz juga
berjalan seiring dengan projek syarikatku. Aku memilih kawasan yang sunyi dan
tenang untuk pembinaan sekolah tahfiz dan kawasan yang berdekatan dengan pantai
dan jualan kraftangan penduduk untuk pembinaan resort dan taman rekreasi air.
Di suatu petang dua minggu sebelum majlis
perkahwinanku,
“Kakak, biasanya
kan orang yang ustaz-ustaz ni suka kahwin lebih dari satu. Kalau Ustaz Elyas
nak kahwin lain kakak bagi tak?” Pertanyaan dari Marissa hampir membuatkan aku
membaling kerusi ke arahnya. Bab-bab berkongsi ini dari dulu lagi aku memang
pantang!
“Risa, kakak ni
kahwin pun belum. Kenapa tanya soalan pelik-pelik macam tu?” Aku meneruskan
taipan dipapan kekunci komputer ribaku. Aku sedang merangka plan untuk projek
akan datang syarikat kami. Dalam dunia bisnes, banyak persaingan jadi syarikat
perlu sentiasa produktif.
“Alah kak, orang
tanya je.” Ternyata Marissa masih tak mahu mengalah. Mahukan juga buah fikiran
dari aku yang tengah berserabut dengan hal projek dan kahwin. Haish adiklah...
“Risa, esok pun tak
pasti kita ni hidup ke mati. Buat apa nak fikir pasal benda yang tak pasti ni?”
Sengaja aku mahu mengusik dia. Biar dia memuncung marah hahaha..
“Tu Risa tahulah
kak. Risa just nak tahu macam mana kalau benda macam tu terjadi kat kakak? What will you do?” Aku berhenti dari
membuat kerjaku dan memandang tepat ke wajah masam Marissa.
“So you’re saying that my future husband has a tendency
to marry more than one is it?”
“Yeah, that’s what most ‘ustaz’ in Malaysia do.”
“I’ll leave him for good then.”
Terus aku memusingkan kepalaku menghadap kembali komputer riba.
“You’re not willing to share?”
“Never want to.” Jawapan yang
jitu dari aku.
“Why?” Marissa memang tak akan
puas kalau tak dapat jawapan yang menyakinkan dari aku. Sudah menjadi tabiatnya
begitu sejak kecil.
“Sebab kakak akan
jadi gila sebab tak ikhlas. You know my
attitude.”
“Macam mana kalau
dia tak nak lepaskan kakak dan nak juga kat perempuan lagi satu?”
“Sememangnya kakak
sendiri yang akan tinggalkan dia. Kakak tak boleh tipu diri sendiri dengan
mengatakan kakak redha, padahal dalam hati kakak menyumpah seranah.”
“Hmm Islam tak
menghalang poligami kan? Macam mana kalau dia cakap dia hanya mengikut sunnah?”
“Banyak lagi sunnah
lain yang dia boleh ikut. Okeylah Risa, I
don’t want to waste my time on this topic any longer.” Segera aku memakai
headphone lalu meneruskan kerjaku. Malas aku hendak melayan pertanyaan
‘kreatif’ adik aku itu. Budak tu kalau bosan segala benda dia nak tanya!
“Ala kak..” Aku
mengembangkan kelima-lima jariku ke mukanya tanda aku tak mahu bercakap. Kerja
yang masih berbaki dan aku perlukan konsentrasi yang penuh. Poligami dan wanita
memang tak akan boleh menjadi kawan baik.
“I tak sangka you dah nak kahwin Mar.”
Naili yang tiba-tiba mengajakku untuk keluar bersama mengemukakan soalan sebaik
sahaja aku melabuhkan punggung dihadapannya. Mukanya yang berkerut menunjukkan
betapa dia tak suka dengan perubahanku sekarang.
“InsyaAllah dah sampai
jodoh.” Matanya memandangku dari atas ke bawah. Haish kot ye pun..
“You dah lainlah Mar. Kenapa tiba-tiba?”
Aku hanya mampu tersenyum dengan soalan Naili. Hmm bak kata Makcik Aisyah,
kalau ada ilmu baik sampaikan.
“Hidayah dari
Allah. Naili, I dah penat hidup yang
perasan glamour sepanjang masa. Hidup
ini cuma pinjaman dimana dunia adalah tempat persinggahan sebelum kita semua
dikumpulkan di padang Mahsyar. Disitu nanti kita akan tahu nasib kita entah ke
syurga atau neraka. Sementara nak tunggu itupun kita dah terazab macam mana
kalau kita ditempatkan ke neraka jahanam? Memikirkan sahaja pun buatkan I
menggigil. Mungkin you rasa yang benda tu lambat lagi terjadi tapi entah 10
saat dari sekarang Allah tarik nyawa kita tak ke rugi jika kita tak kembali
kepada Allah?” Naili nampak tersentak sedikit dengan peneranganku.
“I..I tak puas hidup lagi Mar! I masih muda! I tak mahu tutup-tutup macam you
ni.” Aku beristighfar menyingkir marah yang mula hendak menjelmakan diri. Marah
tak akan mendatangkan untung dalam situasi sekarang.
“Naili, you tengok I tutup-tutup ni nampak hodoh ke?” Dia pantas menggelengkan kepala.
Aku mengenakan jubah seluar berwarna ungu pastel dengantudung ungu gelap.
Pakaian yang aku beli ketika membeli-belah dengan Makcik Aisyah. Makcik Aisyah
memilih dan siap beri cadangan lagi tahu? Makcik Aisyah memang terbaik!
“Naili, I tahu selama ni I tak layan you dengan
baik. I minta maaf. Naili, you sabar je kan dengan perangai I selama ni? I tahu you baik dan kalau
boleh I nak berkawan dengan you sampai kita sama-sama masuk syurga.”
Aku menggenggam tangan Naili sambil memandang tepat ke matanya. Walau macam
mana buruk pun perangai hipokrit Naili, tapi dia masih setia disampingku. Aku
tahu sebagai manusia, dia layak untuk dilayan sebaik mungkin dan kini menjadi
tugasku untuk menariknya kembali kepada Allah.
“Mar, kenapa you baik sangat dengan I?
I pun nak minta maaf sebab belakang you
I kutuk you macam-macam. I jahat sangat Mar.” Tumpah juga air
mata Naili dihadapanku. Aku terus memeluknya seperti mana Makcik Aisyah sering
lakukan kepadaku apabila aku berduka.
“I pun nak minta maaf. Naili,
kita sama-sama tak baik tapi insyaAllah boleh jadi baik. Allah tu Maha
Pengampun dan DIA sayang pada semua hambaNYA. Malam ni you ikut I ye? I nak bawa you jumpa dengan seseorang yang I
sayang.” Naili mengesat air matanya sebelum mengangguk setuju.
“You nak bawa I jumpa bakal suami you
ke?” Ek apasal pula keluar pasal bakal suami aku pula ni?
“Bukanlah. Nanti
bila you jumpa dia, mesti you pun akan sayang kat dia.” Wajah
Makcik Aisyah menari-nari di fikiranku. Alhamdulillah Naili terpujuk juga
dengan nasihatku dan kini aku perlu berusaha untuk mentarbiyahkan diriku dan
sahabatku.
“Okey Mar. Malam ni
you ambil I ke nak I datang rumah you?” soal Naili ketika tiba ditempat
parkir kenderaan. Kami beredar sebelum tiba waktu Asar memandangkan aku ada
urusan di tempat kerjaku.
“InsyaAllah lepas
Isyak I datang jemput you. Sampai je nanti I call.”
“Okeylah kalau
macam tu. Bye Mar!”
“Bye, assalamualaikum.” Naili menjawab
salam sebelum masuk ke dalam kenderaannya.
Hari untuk majlis pernikahan aku tiba dan
diadakan dengan penuh gilang-gemilang. Ikutkan aku mahu nikah dan bersanding
pada hari yang sama tapi mengikut arahan mama aku yang ingin mengadakannya pada
hari berasingan membuatkan aku akur. Selagi mana tak bercanggah dengan agama
aku hanya turutkan. Makcik Aisyah memang
aku ambil tinggal dengan aku seminggu sebelum majlis lagi. Sepanjang seminggu,
Makcik Aisyah mengajarku surah-surah lazim dan alhamdulillah aku sudah
menghafal juzuk amma. Marissa dan Naili turut menemaniku sepanjang tempoh ‘pembelajaranku’
itu. Alhamdulillah Naili pun sudah berubah menjadi seorang Muslimah dan kini
dia sedang berusaha untuk mengawal mulutnya yang kadang-kadang tercelupar.
“Wow Mar hensem
gila laki you!” Naili yang sedang
duduk bersimpuh sebelahku berbisik kepadaku. Sedikit perasaan cemburu mula
berbunga dan aku segera singkirkan dengan beristighfar.
“Naili, rupa tu tak
akan kekal tapi hati yang baik dan tunduk pada Allah insyaAllah membawa kita ke
syurga.” Tengah berdebar menunggu si ustaz nak berijabkabul sempat lagi aku
bagi nasihat khidmat masyarakat kepada Naili. Tapi serius Naili, aku tak mahu
bermadu jadi jangan jatuh hati pada laki aku!
“I pun nak cari suami yang boleh bawa I ke syurga Mar.”
“InsyaAllah,
banyakkan berdoa.” Makcik Aisyah disebelah turut mengangguk. Aku duduk
bertemankan mama, Makcik Aisyah, Marissa dan Naili. Dah macam permaisuri apa
entah apabila ramai pula yang dok berkerumun dekat aku.
“Alhamdulillah dah
selesai.” Eh aku tak perasan pun yang si ustaz dah kawtim akad nikah disebabkan
terlalu asyik berborak dengan Naili.
“Maaf boleh tak
saya nak tunaikan solat sunat dengan isteri saya?” Ustaz Elyas segera meminta
izin untuk menunaikan solat sunat sebelum sempat jurukamera meminta kami untuk
membuat aksi upacara pembatalan air sembahyang.
“Boleh. Maritza
milik Elyas sekarang,” ujar papa sambil menepuk-nepuk bahu Ustaz Elyas. Mama
juga hanya menayangkan muka tanpa perasaan. Tak dapat aku agak sama ada dia
marah atau tidak.
“Jom.” Dengan kekok
aku menyambut huluran tangan Ustaz Elyas yang kini sudah menjadi yang halal
untukku.
“Solat kat bilik
saya sahajalah. Bilik solat tu ada barang-barang hantaran.”
“Jadi tetamu kat
rumah ni tadi solat kat mana?”
“Diorang solat kat
bilik tetamu. Ada dua bilik saya sediakan. Asing lelaki dengan perempuan.”
“Bijak isteri abang
ni.” Dia sempat menghadiahkan senyuman untuk aku. Ohoi jantung aku dah berdetak
macam nak terkeluar dari sternum! Tangannya masih tak lepas dari memimpinku
macam tahu-tahu aje mana bilik aku.
“Err mana bilik
tidur awak ni?” Haa tahu pun nak tanya. Ingatkan dah tahu. Giliran aku pula
senyum sinis ke arahnya sebelum menariknya naik ke tingkat atas kediaman
keluargaku. Sayup kedengaran suara tetamu yang mengetawakan aksi kami. Mungkin
kelakar melihat Ustaz Elyas yang kini ditarik oleh isterinya ke tingkat atas.
Jantung aku berdetak hebat bila kami tiba
diluar pintu bilik tidurku. Ya Allah over
sangat aku ni padahal nak buat solat sunat aje! Perlahan aku membuka pintu
bilikku yang sudah dihias cantik oleh perancang perkahwinan. Senang ambil semua
pakej kata mamaku. Aku? Aku tak ada hak untuk bersuara dalam bab menguruskan
majlis perkahwinanku itu. Cuma dalam bab busana sahaja aku bertegas untuk
memilih pakaian yang mengikut syarak. Tak mahu aku bagi dosa dekat ustaz tu
pada hari pertama pernikahan.
“Subhanallah
cantik. Saya pergi ambil wuduk dulu.” Aku mengangguk sebelum menutup dan
mengunci pintu. Aku nak buka tudung bagai nanti naya pula kalau ada yang
tiba-tiba menjengah. Dengan kadar segera aku menukar pakaianku ke pakaian
kasual. Tak mahu busana nikahku basah ketika mengambil wuduk nanti.
Dua minit kemudian, Ustaz Elyas keluar dari
bilik mandi. Dia terdiam seketika sebelum senyum ke arahku. Aish senyum lagi...
“Dah hitam dah
rambut awak. Sekarang ni nampak 100 kali ganda lagi cantik dari kali pertama
saya jumpa awak dulu.” Muka aku sudah memerah malu. Kalau dulu aku mesti tayang
muka poyo sambil balas ‘ I already know
that’ atau ‘I know I’m beautiful’ sambil
libas-libas rambut tapi sekarang ni aku rasa buang tabiat aje kalau aku buat
perangai macam itu lagi.
“Awak ambil wuduk.
Saya tunggu okey?” Aku mengangguk lalu berjalan laju ke bilik mandi. Jantung
aku masih berdetak laju. Nak-nak lagi bila tengok muka ‘fresh’ Ustaz Elyas
selepas mengambil wuduk. Woohoo take my
breath away you know?!
**************************************************************************
Maaf lambat update sebab kurang sihat. Okey macam biasa kalau suka ke apa ke sila komen ye?
(^-^)v
**************************************************************************
Maaf lambat update sebab kurang sihat. Okey macam biasa kalau suka ke apa ke sila komen ye?
(^-^)v
13 comments:
terbaik.. bg0s, blh d jadikan panduan dlm mmbina sbuah prhubungan yg d redhai AllAH..
ah saya suka hehehe sweetnyaa ustaz. janganlah ustaz kawin dua eh tetiba hahaha
dlm dok exam pon sebok nak membaca cerpen alahaiiii T.T
Syafakillah sis. Saya sukaaa ;)
Nothing to say...
Just one word...
Sugoi!!! :)
Anonymous 31/8/2014: Alhamdulillah..insyaAllah selagi mana hidup berpandukan al-Quran & sunnah kita akan berasa tenang dan mendapat redha Allah.
Anis Farhana: huhu mau kena balik periuk dengan Mar kalau ustaz buat perangai gitu huhu~
bertabah ye dik! (^-^)v
Daisy: Syukran sis..alhamdulillah..nanti saya update lagi ye :)
Suha: Arigato neh Suha-chan!
(^-^)v
Sweet... nice...
Thanks Mawar Ungu (^-^)v
Lembab gila update.
Anonymous 4/9/2014 11.30am: Tuan/Cik Puan yang dihormati, untuk makluman saya sudah menyatakan yang saya tidak mempunyai masa yang cukup berikutan semester yang sudah bermula di universiti tempat saya bekerja.InsyaAllah saya akan memuat naik sambungan untuk cerpen ini secepat yang mungkin.
Sekian terima kasih diatas sokongan anda.
(^-^)v
Sabar lah cik anonymous.
@sophea armelya: (^-^)v
InsyaAllah esok atau lusa akak update cerpen ni.
daebak! Citer ni mmg best
Alhamdulillah terima kasih (^-^)v
Post a Comment