taken from here |
Malik masuk ke dalam bilik yang disediakan oleh Datuk Ilyas
didalam banglo untuk berehat. Dia ada menyimpan baju lebih di situ kerana
selalunya jika waktu tengah hari, dia akan pulang ke banglo Datuk Ilyas untuk
menjenguk anaknya dan menunaikan solat disitu. Itupun setelah disuruh Datuk
Ilyas yang kasihankan dirinya yang selalu berulang-alik dari banglo ke rumahnya
sekarang. Rumah itu disediakan oleh Datuk Ilyas untuk dirinya dan anaknya. Sama
seperti yang Datuk Ilyas lakukan terhadap Henry. Disebabkan berasa segan dan
tak mahu terlalu terhutang budi dengan Datuk Ilyas, dia membayar duit sewaan
kepada majikannya itu walaupun Datuk Ilyas selari lari-lari. Ketawa sendiri
apabila teringat akan gelagat majikannya itu.
“Malik nak bawa Zimam pergi
tengok Hanan ke? Zimam ni baru je tidur, tadi dia merengek-rengek juga sebab
demam. Akak dah jelum kepala dia dengan air asam jawa tadi tu yang dia sedap
tidur. Alhamdulillah panas badan dia pun dah berkurangan.” Malik yang
mengangguk mendengar penjelasan Kak Fairos. Malik mencium dahi anaknya yang
enak tidur. Ada Koolfever yang ditepek didahi Zimam. Pipi anaknya diusap lembut
sebelum dia bangun dari duduknya.
“Kalau macam tu saya pergi dulu.”
Kak Fairos mengangguk. Dia keluar dari banglo Datuk Ilyas dengan lafaz bismillah.
Dia membuat keputusan untuk menaiki bas sahaja kerana jarak antara hospital dan
kediaman Datuk Ilyas bukannya jauh dan hanya dia seorang sahaja. Lainlah jika
dia membawa Zimam.
“Malik!” Malik berpaling ke arah
Kak Fairos yang tiba-tiba memanggil namanya.
“La awat jalan kaki? Pi la pakai
kereta Datin tu,” tegur Kak Fairos. Malik hanya senyum dan menggelengkan
kepalanya.
“Tak apa kak bukan jauh mana.
Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Malik meneruskan perjalanannya ke pondok
menunggu bas berdekatan dengan kediaman Datuk Ilyas. Tak sampai lima minit
menunggu, bas pun tiba.
Perjalanan dari kediaman Datuk Ilyas ke hospital yang
sepatutnya cuma mengambil masa 20 minit menjadi satu jam setengah kerana
terdapat kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah lori. Tiba sahaja di
hospital M, Malik berasa pelik kerana terdapat beberapa orang lelaki yang
memasuki ruang hospital dengan mengacukan senapang ke arah anggota keselamatan
sebelum menarik mereka masuk ke dalam hospital. Dengan berhati-hati Malik mencari
laluan lain dalam hati dia berdoa agar keluarga Datuk Ilyas tidak berada dalam
keadaan bahaya. Dia menyusup masuk ke dalam hospital melalui pintu yang
menghubungkan bahagian Forensik dan unit Patologi. Apabila melewati ruang
menunggu, dia terlihat kelibat Firdaus dan sahabat-sahabatnya berlari ke tangga
kecemasan. Malik mencari peluang untuk ke tangga kecemasan. Laluannya untuk ke
sana amat merbahaya kerana besar kemungkinan akan ditangkap oleh lelaki yang
lengkap bersenjata yang pada ketika itu sibuk mengawal keadaan sekeliling. Dia
berpatah balik ke unit Forensik untuk menaiki lif mengangkut barang. Tiba di
tingkat dua, dia berlari ke tangga kecemasan untuk menjejak Firdaus dan
sahabat-sahabatnya. Nasibnya baik kerana terlihat kelibat Firdaus yang sedang
menutup perlahan pintu rintangan api di tingkat empat. Dengan kadar segera, dia
mendaki tangga ke tingkat empat namun pintu rintangan yang dibuka secara
tiba-tiba di tingkat tiga membuatkan dia terhenti. Kelihatan seorang lelaki
berbangsa India menarik Adriana ke tangga kecemasan.
“Kau memang tak guna kan? Kali ni
biar aku buat Datuk Ilyas merana bila tengok anak dia kena dengan aku!
Hahaha..” Lelaki berbangsa India itu menarik tudung Adriana dan cuba untuk
merentap baju anak majikannya itu. Malik yang mula naik darah pantas berlari ke
arah lelaki India itu dan melayangkan penumbuk ke mukanya.
“Cik Hanan, pakai balik tudung tu
cepat!" Malik yang tidak memandang ke arah Adriana terus membelasah lelaki tadi
sehingga lembik. Setakat tunjuk kuat depan perempuan, memang dasar lelaki
durjana! Sedaya upaya dia tak mahu aurat saudara seagamanya terdedah kepada
bukan yang mahram.
Malik mengheret lelaki India itu ke koridor tingkat tiga dan
mencampak lelaki itu ke dinding. Tersembur darah dari mulut lelaki itu hasil
pukulan Malik.
“Kamil pasti bunuh kau!” Dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan, lelaki itu masih mahu memprovokasi Malik.
“Apa nama kau?” tanya Malik
bengis!
“Thiru.”
“Bagus, boleh aku tempahkan jirat
untuk kau. Ke kau nak kena bakar je?” soal Malik dengan nada sinis. Adriana
agak terkejut dengan perubahan sifat Malik yang tiba-tiba. Sebiji macam
samseng! Thiru dibelasah sehingga tidak sedarkan diri.
Lama Malik berdiam diri dan beristighfar setelah ‘selesai’kan
Thiru. Adriana hanya diam memandang Malik yang mengikat Thiru yang sudah
pengsan akibat dibelasah teruk.
“Saya ada masa silam yang gelap.
Maaf jika menakutkan Cik Hanan. Jaga diri ye? Saya nak pergi tolong Encik
Firdaus.” Malik mengheret Thiru dan mengurungnya didalam bilik stor. Risau juga
jika Thiru tiba-tiba bangun dan mengapa-apakan Adriana.
“Malik.” Belum jauh Malik
beredar, Adriana memanggil semula namanya. Malik berpaling ke arah anak
majikannya.
“Terima kasih,” ucap Adriana
ikhlas dan dia menguntumkan senyuman buat Malik. Baik sungguh lelaki itu kerana
sanggup mempertahankan maruahnya tadi.
“Sama-sama cik. Cik Hanan jika
ditakdirkan saya tak balik hari ni, tolong jadi ibu buat Zimam boleh?” pinta
Malik dari kejauhan. Adriana terkaku seketika sebelum mengangguk. Mana mungkin
dia tak sanggup menjadi ibu angkat buat anak kecil secomel Zimam.
“Saya pergi dulu.” Malik segera
berlari nak ke tingkat empat. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal
berlaku.
Setibanya ditingkat empat, Malik melangkah dengan
berhati-hati. Berderau darahnya apabila melihat Datuk Ilyas dipukul oleh seorang
penjahat sehingga berdarah. Majikan yang sanggup menolongnya disaat tiada saudara-maranya
sanggup menghulurkan bantuan kini diperlakukan sebegitu rupa. Dengan kadar
segera dia menyusup masuk ke dalam bilik kawalan tanpa dikesan oleh sesiapa.
“Dia dah mati! Dia dah mati!
Hahahaha...” ketawa si penjahat membuatkan Malik semakin berang.
“Sekarang aku nak cucunya terima
nasib yang sama....” Malik terkejut apabila si penjahat mula mengacukan pistol
ke arah bakul yang dipercayainya berisi anak Firdaus. Tanpa berfikir panjang,
Malik meluru untuk menghalang penjahat itu dari menembak anak Firdaus.
Bang! Tembakan dilepaskan dan mengenai tepat ke dada Malik.
Walaupun dia berasa sakit namun Malik puas, dia berjaya menghalang orang jahat
itu dari menembak cucu kepada majikan yang disayanginya. Tubuhnya tumbang ke
lantai dan serentak itu penjahat itu ditembak oleh salah seorang sahabat
Firdaus.
“Allah...” dengan nafas
tersekat-sekat Malik berusaha untuk mengucap. Tahulah dirinya yang hari ini
merupakan hari terakhir dia sebagai seorang khalifah di bumi Allah. Dia redha
dengan ketentuan takdirnya. Firdaus yang duduk memangku tubuhnya dipandang
dengan sayu.
“Jadi... bapa... Zimam....ma..afkan..segala
silap saya.” Firdaus mengangguk laju. Air matanya tak dapat dibendung dan
dibiarkan tumpah. Sesungguhnya dia berterima kasih dengan kesanggupan Malik
untuk menyelamatkan anaknya. Malik tersenyum badannya tersentak beberapa kali
menunjukkan betapa seksanya ketika ruh ingin bercerai dari badan. Firdaus
mengenggam tangan Malik dan menyuruhnya mengucap. Tak lama selepas itu barulah
pasukan bantuan perubatan tiba namun Malik sudah pergi meninggalkan mereka buat
selama-lamanya.
“Zimam, main baik-baik dengan
adik.” Datin Hafsyah menegur cucu-cucunya yang baru sahaja boleh berjalan.
Sudah setahun sejak peristiwa hitam itu berlaku. Adriana menjadi ibu susuan
kepada Zimam setelah Malik meninggal dunia. Ingat akan janjinya kepada arwah
Malik yang dia akan menjadi ibu buat Zimam. Zimam anak yang sangat baik dan
kurang meragam begitu juga dengan Ayyash.
“Hanan, kamu dah siap-siap ke
barang nak pergi bercuti ni?” soal Datin Hafsyah lelu melabuhkan punggung
disebelah Adriana yang sedang ralit memerhatikan kedua-dua anaknya bermain di
taman.
“Dah.”
“Bawa baju lebih untuk Zimam
dengan Ayyash tu. Budak-budak ni cepat je kotor bajunya,” pesan Datin Hafsyah.
Adriana hanya mengangguk dia sudah menjangkakan itu dan bagasi-bagasi mereka
sudah siap dikemas sejak dua hari lepas dek keterujaan Firdaus yang tak sabar
mahu pergi bercuti.
“Hanan, kamu sayang Zimam?”
tersentak Adriana dengan soalan tiba-tiba yang dilontarkan oleh mamanya.
“Hanan sayang dia.” Adriana
menjawab dengan muka tak ada perasaan namun redup matanya membuatkan Datin
Hafsyah yakin yang anaknya memang sayangkan Zimam. Sengaja sahaja dia menanyakan
soalan sebegitu untuk menguji Adriana.
“Macam mana kalau ada
saudara-mara Malik yang datang menuntut Zimam?” soal Datin Hafsyah lagi.
Adriana tersentak buat kali kedua. Hatinya dipagut sayu apabila mengenangkan
yang macam mana sekalipun, Zimam bukan dilahirkan dari rahimnya.
“Entah, tapi apa yang pasti,
Hanan akan jaga dia selama mana Hanan hidup atas dunia ni.” Adriana mengekalkan
muka tanpa reaksinya. Sesedih mana pun susah juga nak bereaksi di depan mamanya
lainlah jika depan Firdaus. Segala jenis reaksi dia boleh beri.
“Baguslah kalau begitu. Mama tak
pernah anggap Zimam sebagai orang lain. Mama jatuh sayang pada dia sejak kali
pertama mama tengok dia dipangku Malik. Arwah sangat menjaga Zimam sampai mama
kagum tengok dia dan bila tengok muka comel Zimam lagilah mama suka.” Adriana
mengangguk mendengar luahan mamanya.
“Bila mama nak tambah cucu lagi
ni?” Ehey~ soalan yang buat Adriana nak tersedak. Ada dua orang ni pun tak
cukup ke mama oiii?
“Ada rezeki nanti adalah,” jawab
Adriana. Rezeki pemberian Allah takkanlah nak ditolak? Tak gitu? Lagipun dalam diam
sebenarnya Adriana seronok menjaga Zimam dan Ayyash. Walaupun letih, dia
bahagia apabila melihat anak-anaknya membesar didepannya. Kini dia hanya
membantu menguruskan syarikat papanya dari rumah. Tambahan pula, Henry sudah
ada untuk membantu papanya.
“Eh budak-budak tu kolam ikan
bukan kolan mandi!” nyaring suara Datin Hafsyah menjerit kepada cucu-cucunya
sambil berlari mendapatkan kedua-dua mereka. Adriana tersenyum nipis dengan
gelagat mamanya. Suasana kediaman mereka semakin meriah dan dia sukakannya.
6 comments:
yeah saat yg dinantikn tq writer
xsbar nantikn n3 entry x-D
always the best ~fifah~
@fifah: you're welcome(^-^)v
insyaAllah saya try update lagi ye
selamat hari raya~ ngeee
woohoo, awesome kak nasrin .
Selamat Hari Raya~~~
@adryz annisa: hahaha thanks (^-^)
Selamat Hari Raya juga ~
Asal macam laju sangat dan tiba2...klimaks ke nie...x best ah kalo hero dia adalah karakter bru...
part klimaks ada di dua bab sebelum ni dan tambahan sikit diatas.
Hero untuk novel ini tetap adalah Firdaus. Malik dimatikan pada bab ini dan Zimam dibawah jagaan Firdaus dan Adriana selepas kematian Malik.
Cerita ini masih belum tamat (^-^)
Post a Comment