taken from here |
Firdaus membuka pintu bilik dengan
berhati-hati. Nasibnya baik kerana penjahat yang mengawal sedang berjalan ke
hujung koridor. Firdaus berlari pantas ke arah penjahat lalu menjatuhkannya
dengan tendangan tepat ke tulang belakang. Dengan kadar segera dia naik ke atas
badan lelaki itu sebelum memusing tengkuk untuk memengsankan penjahat itu.
Diseretnya penjahat itu ke tepi koridor dan mengikatnya dengan wayar komputer.
Senjata penjahat itu diambil untuk tujuan keselamatannya.
Seperti seorang pengintip dia menyusuri
koridor hospital dengan penuh berhati-hati. Tiba di ruangan menunggu, ramai
pesakit, jururawat dan doktor dikumpulkan dan diikat dengan tali. Kasihan dia
melihat pesakit yang sudah tua ditengking dan diherdik oleh penjahat-penjahat
yang berkawal kerana mahu ke tandas. Doktor dan jururawat hanya mampu memandang
simpati. Mereka juga tiada daya untuk melawan kerana sesiapa yang melawan akan
dibelasah tanpa belas kasihan. Lima minit juga Firdaus memerhatikan situasi
diruang menunggu sebelum mencari peluang untuk menjejaki Kamil, ketua penjahat
yang psiko.
“Psst..psst
Firdaus!” Ya Allah, dia mengucap syukur apabila melihat sahabat baiknya, Muiz
dan Hamdan sedang meyorok disatu sudut koridor. Pantas dia berlari mendapatkan
sahabat-sahabatnya supaya tidak dilihat musuh.
“Diorang ambil anak
aku.” Muiz menepuk-nepuk bahu Firdaus untuk menenangkan sahabatnya itu. Pertama
kali dalam hidupnya dia melihat Firdaus menangis dihadapannya. Kalau situasi
yang sama berlaku pada dirinya, dia pasti rapuh seperti Firdaus.
“Aku ada nampak
satu laki ni bawak baby dan aku rasa
tu anak kau. Dia naik tingkat empat. Aku rasa dia ada kat bilik kawalan.
Sekarang ni kita kena mengelak dari CCTV supaya dia tak perasan gerakan kita
okey?” Hamdan memberi arahan. Mereka berdua mengangguk.
“Aku dah maklumkan
pada unit aku dan Azforce pun dah bersedia di luar bangunan hospital ni.
InsyaAllah anak kau takkan apa-apa,” tambah Hamdan lagi.
“Bapa mertua aku
macam mana?” soal Firdaus. Tadi dia terdengar Kamil ada menyebut tentang pelanduk
tua dan dia pasti ianya merujuk kepada Datuk Ilyas.
“Datuk Ilyas dalam
tahanan mereka. Kami ni pun nasib baik sempat menyorok bila mereka kepung
hospital ni. Hamdan, sekarang kita nak tunggu atau naik bilik kawalan?” tanya
Muiz dengan nada berbisik.
“Aku tak sedap hati
nak biarkan anak dengan bapa mertua aku macam tu. Aku nak naik. Korang nak ikut
atau tak terpulang.” Firdaus memeriksa laluan untuk ke tangga kecemasan. Dia
tidak mahu tertangkap selagi belum dapat menyelamatkan anak dan bapa mertuanya.
“Bro, kitorang ikut. Biar aku lead.” Hamdan memberi arahan. Lebih baik
dia menjadi kepala kerana dia sudah biasa dengan situasi sebegini. Firdaus dan
Muiz mengangguk. Mereka bergerak pantas ke tangga kecemasan. Naik tingkat empat
dengan tangga memang agak memenatkan tapi itu sahaja cara untuk sampai ke bilik
kawalan tanpa dikesan musuh.
Tiba di luar bilik kawalan. Hamdan memberi
arahan untuk berhenti dan mula meninjau keadaan sekeliling. Bilik kawalan yang
separuh kaca itu membolehkan mereka melihat keadaan didalam dari luar.
Kelihatan Datuk Ilyas diikat dan Ayyash berada didalam bakul meletak bayi.
Didalam bilik kawalan..
“Hmm Datuk Ilyas..seronok
hidup atas kesengsaraan orang lain?” Kamil mendekati Datuk Ilyas sambil memeluk
tubuh.
“Aku tak tahu apa
sebab kau berdendam pada aku.” Datuk Ilyas membalas lantas memberi pandangan
tajam. Setahunya dia tak pernah berurusan dengan lelaki dihadapannya.
“Kau kenal Datuk
Syakir?”
“Kenapa dengan
dia?”
“Dia bapak akulah
bangang!” Kamil terus menampar Datuk Ilyas.
“Sebab tak bagi
tender kat syarikat bapak aku, kami satu family bankrupt kau tau? Macam
pengemis bapak aku merayu kat kau tapi kau buat tak endah. Aku ingatkan kalau
pikat anak kau boleh la dapat tender tu tapi anak dengan bapak sama je! Manusia
tak ada perasaan!” Barulah Datuk Ilyas faham punca dendam lelaki itu.
“Aku tak bagi sebab
syarikat kamu tak stabil dan ada masalah dengan syarikat-syarikat yang pernah bekerjasama
dengan kamu sebelum ini. Ini bukan bisnes pisang goreng yang boleh acu try dulu!” Dalam keadaan gawat pun
Datuk Ilyas masih mengekalkan muka tak ada perasaan. Kamil yang mendengar
semakin baran lantas menghayunkan penumbuk tepat ke muka Datuk Ilyas. Pecah
mulut Datuk Ilyas hasil hayunan penumbuk si Kamil.
“Kau tak sedar diri
lagi kan? Nyawa kau sekarang dalam tangan aku! Atau kau nak aku campakkan cucu sulung kau
dari tingkat empat baru kau faham?!” Kamil mengertak. Bakul berisi Ayyash
ditarik kasar dan disuakan dihadapan Datuk Ilyas.
“Jangan kau sentuh
cucu aku!” Bentak Datuk Ilyas. Mati pun dia tak kisah asalkan cucunya selamat.
Adriana bergadai nyawa melahirkan Ayyash, tak mungkin dia sanggup kehilangan
cucunya itu.
“Kau beritahu aku
apa yang kau nak.” Datuk Ilyas mengarah dengan wajah yang serius.
“Aku nak semua
harta kau dan nyawa kau then aku akan puas.” Kamil menjawab selamba. Bakul
berisi cucu Datuk Ilyas diletakkan semula diatas meja. Bayi itu tak menangis
dari tadi dan hanya memerhatinya dengan mata yang bulat. Bayi yang betul-betul
mengikut wajah perempuan yang dibencinya.
“Apa jaminan yang
kau akan lepaskan cucu aku lepas kau dapat apa kau nak?” soal Datuk Ilyas.
Penjahat seperti ini bukan boleh dipercayai. Tadi dia ditarik masuk ke dalam
van ketika membantu seorang lelaki yang tiba-tiba ‘pengsan’ dihadapan perkarangan
masjid. Encik Fikri ketika itu sudah menunggu didalam kereta bersama Henry.
“Jaminan? Janji aku
tak patah riukkan budak ni kau patut bersyukur tahu?” gertak Kamil yang mula
berang semula. Rambutnya ditarik-tarik seperti orang yang sudah hilang akal.
“Kau orang memang
pandang rendah pada aku kan?” Kamil mencapai bantal kecil lalu memekup muka
cucu Datuk Ilyas sehinggakan bayi itu mula menangis dan meronta-ronta.
“Sudah! Aku
percaya! Aku buat apa kau suruh tapi lepaskan cucu aku!” bentak Datuk Ilyas. Berderau
darahnya melihat cucunya diperlakukan sebegitu.
“Okey, sekarang aku
nak kau arahkan orang kau untuk bawa helikopter ke sini. Aku tau kau ada kan?”
Terkejut Datuk Ilyas dengan permintaan Kamil. Bila masa pula dia ada
helikopter? Apa dia ingat helikopter tu dua seringgit ke apa?
“Maaf aku tak ada
helikopter.” Jujur Datuk Ilyas memberitahu. Kamil menjengilkan matanya. Mana
mungkin orang sekaya Datuk Ilyas tiada helikopter?
“Kau rapat dengan
Datuk Muqri kan? Mintalah heli dia!” Datuk Ilyas memandang Kamil dengan muka
tak percaya. Serius lelaki didepannya ini ada masalah mental. Apa kaitan Datuk
Muqri dengan masalahnya sekarang? Layankan jela orang gila ini dulu.
“Baik. Tapi aku
kena hubungi dia dulu.” Kamil mencampakkan telefon kepada Datuk Ilyas. Datuk
Ilyas berpura-pura menelefon Datuk Muqri. Nombor telefon Datuk Muqri bukannya
dia ingat pun. Semua disimpan dalam telefon pintarnya yang tertinggal dalam
kereta.
“Assalamualaikum
Muqri, saya dalam masalah ni. Saya minta tolong pinjamkan helikopter boleh?”
Alahai macam nak minta pinjam basikal je gayanya. Kamil yang pada mulanya hanya
memandang mendekati Datuk Ilyas sebelum mencampakkan telefon ke lantai.
“Kau ingat aku bodoh ke?! Telefon ni aku dah
potong wayar! Celaka punya orang tua!” Tanpa belas tubuh Datuk Ilyas ditolak
dan disepak terajang sepuas hatinya. Bengang dipermainkan sebegitu oleh si tua
yang bakal mati tak lama lagi ditangannya.
Sementara itu di luar bilik,
Firdaus yang
hilang sabar hampir sahaja menerjah masuk ke dalam bilik kawalan apabila
melihat anak dan bapa mertuanya diperlakukan sebegitu rupa namun sempat ditahan
Hamdam dan Muiz.
“Kalau kau masuk
macam ni sia-sia je bro, silap hari
bulan semua pun mati,” nasihat Muiz. Hamdan masih menganalisa keadaan
sekeliling dan melaporkan kepada unit SWAT yang sudah mula masuk ke dalam
hospital. Azforce juga sudah mula memanjat bangunan hospital dan menunggu
arahan darinya.
“Sabar sekejap, aku
tengah buat kiraan dengan anggota keselamatan yang lain.” Hamdan memberi arahan
dengan nada serius. Bukan dia tak kasihankan sahabatnya dan dia sendiri pun
rasa nak tikam-tikam si Kamil apabila melihat anak dan bapa mertua sahabatnya
diperlakukan seperti anjing kurap.
“Okey Muiz, kau
nampak dua orang kat pintu tu? Kau satu, aku satu.” Muiz mengangguk faham.
Tanpa sebarang bunyi, Muiz dan Hamdan mendekati kedua-dua penjahat yang berjaga
di luar pintu bilik kawalan dan pergelutan berlaku. Tak sampai seminit,
kedua-dua penjahat sudah terkulai layu. Mana mungkin boleh kalahkan seorang
pakar seni pertahankan diri dan seorang polis yang berpengalaman. Firdaus pula
hanya baru-baru ini sahaja menyertai Airsoft dan Muay Thai, itupun setelah
disuruh oleh Adriana. Ikutkan dia memang kurang berminat dengan aktiviti yang
baginya agak ‘ganas’. Tetapi bila ditimpa situasi begini barulah dia faham akan
kepentingan mempelajari ilmu pertahanan diri.
“Okey dalam bilik
tu ada lagi tiga orang. Firdaus kau settle yang belah kiri, Muiz kanan dan aku
akan one to one dengan Kamil gila tu
okey? Aku je boleh pakai senjata api jadi apa-apa biar aku handle.” Firdaus dan
Muiz segera bertindak mengikut arahan Hamdan.
Kamil yang tidak menjangkakan serangan hendap
ketiga-tiga sahabat itu mula panik dan menarik Datuk Ilyas hampir kepadanya. Firdaus
yang berjaya menumpaskan konco Kamil segera mendapatkan bakul berisi Ayyash.
“Berhenti! Aku
bunuh orang tua ni!” Kamil mengacukan pistol ke kepala Datuk Ilyas. Muiz yang
baru lepas memengsankan konco Kamil mendekati Hamdan yang turut mengacukan
pistol ke arah Kamil.
“Baik kau serah
diri sahaja Kamil. Polis dah mengepung hospital ni,” arah Hamdan. Tangannya
masih tak berkalih dari mengacu pistol ke arah lelaki psiko itu.
“Apa pun aku takkan
lepaskan orang tua ni! Dia punca keluarga aku musnah! Bapak dengan mak aku
bunuh diri sebab tak tahan tekanan dari along yang datang mengutip hutang. Aku
terpaksa jadi kuli dan buat segala benda yang boleh bagi aku duit semata-mata
nak balas dendam! Bertahun aku merancang takkan aku lepaskan orang tua ni!”
Kamil menengking dan mula memukul Datuk Ilyas dengan hujung pistol sehingga
Datuk Ilyas pengsan. Darah pekat membuak-buak keluar. Kamil mula ketawa
berdekah-dekah apabila melihat Datuk Ilyas terkulai layu.
“Dia dah mati! Dia
dah mati! Hahahaaha..” Kamil menyepak tubuh Datuk Ilyas ke tepi sebelum mengacu
pistol ke arah bakul berisi Ayyash.
“Sekarang aku nak
cucu dia terima nasib yang sama macam atuk dia! Boleh diorang main sama-sama
nanti hahahaha..”
“Jangan!!!” Bang!
4 comments:
oh my god ! kak, cepat sambung ...
tak nak..tak nak..ahahahaha~ gurau2 insyaAllah nanti akak sambung lagi ye ufufufufu~
(^-^)v
Alaaa akak cepat la sambunggggg :'(
Hahaha relax2 okay? Akak busy sekarang sebab uruskan class preparation.
Sabar ye? InsyaAllah akak try update dalam minggu ni juga (^-^)v
Post a Comment