Kapitalis

Saturday, July 19, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 42

taken from here   

Firdaus membuka pintu bilik dengan berhati-hati. Nasibnya baik kerana penjahat yang mengawal sedang berjalan ke hujung koridor. Firdaus berlari pantas ke arah penjahat lalu menjatuhkannya dengan tendangan tepat ke tulang belakang. Dengan kadar segera dia naik ke atas badan lelaki itu sebelum memusing tengkuk untuk memengsankan penjahat itu. Diseretnya penjahat itu ke tepi koridor dan mengikatnya dengan wayar komputer. Senjata penjahat itu diambil untuk tujuan keselamatannya.

Seperti seorang pengintip dia menyusuri koridor hospital dengan penuh berhati-hati. Tiba di ruangan menunggu, ramai pesakit, jururawat dan doktor dikumpulkan dan diikat dengan tali. Kasihan dia melihat pesakit yang sudah tua ditengking dan diherdik oleh penjahat-penjahat yang berkawal kerana mahu ke tandas. Doktor dan jururawat hanya mampu memandang simpati. Mereka juga tiada daya untuk melawan kerana sesiapa yang melawan akan dibelasah tanpa belas kasihan. Lima minit juga Firdaus memerhatikan situasi diruang menunggu sebelum mencari peluang untuk menjejaki Kamil, ketua penjahat yang psiko.

“Psst..psst Firdaus!” Ya Allah, dia mengucap syukur apabila melihat sahabat baiknya, Muiz dan Hamdan sedang meyorok disatu sudut koridor. Pantas dia berlari mendapatkan sahabat-sahabatnya supaya tidak dilihat musuh.

“Diorang ambil anak aku.” Muiz menepuk-nepuk bahu Firdaus untuk menenangkan sahabatnya itu. Pertama kali dalam hidupnya dia melihat Firdaus menangis dihadapannya. Kalau situasi yang sama berlaku pada dirinya, dia pasti rapuh seperti Firdaus.

“Aku ada nampak satu laki ni bawak baby dan aku rasa tu anak kau. Dia naik tingkat empat. Aku rasa dia ada kat bilik kawalan. Sekarang ni kita kena mengelak dari CCTV supaya dia tak perasan gerakan kita okey?” Hamdan memberi arahan. Mereka berdua mengangguk.

“Aku dah maklumkan pada unit aku dan Azforce pun dah bersedia di luar bangunan hospital ni. InsyaAllah anak kau takkan apa-apa,” tambah Hamdan lagi.

“Bapa mertua aku macam mana?” soal Firdaus. Tadi dia terdengar Kamil ada menyebut tentang pelanduk tua dan dia pasti ianya merujuk kepada Datuk Ilyas.

“Datuk Ilyas dalam tahanan mereka. Kami ni pun nasib baik sempat menyorok bila mereka kepung hospital ni. Hamdan, sekarang kita nak tunggu atau naik bilik kawalan?” tanya Muiz dengan nada berbisik.

“Aku tak sedap hati nak biarkan anak dengan bapa mertua aku macam tu. Aku nak naik. Korang nak ikut atau tak terpulang.” Firdaus memeriksa laluan untuk ke tangga kecemasan. Dia tidak mahu tertangkap selagi belum dapat menyelamatkan anak dan bapa mertuanya.

Bro, kitorang ikut. Biar aku lead.” Hamdan memberi arahan. Lebih baik dia menjadi kepala kerana dia sudah biasa dengan situasi sebegini. Firdaus dan Muiz mengangguk. Mereka bergerak pantas ke tangga kecemasan. Naik tingkat empat dengan tangga memang agak memenatkan tapi itu sahaja cara untuk sampai ke bilik kawalan tanpa dikesan musuh.

Tiba di luar bilik kawalan. Hamdan memberi arahan untuk berhenti dan mula meninjau keadaan sekeliling. Bilik kawalan yang separuh kaca itu membolehkan mereka melihat keadaan didalam dari luar. Kelihatan Datuk Ilyas diikat dan Ayyash berada didalam bakul meletak bayi.





Didalam bilik kawalan..

“Hmm Datuk Ilyas..seronok hidup atas kesengsaraan orang lain?” Kamil mendekati Datuk Ilyas sambil memeluk tubuh.

“Aku tak tahu apa sebab kau berdendam pada aku.” Datuk Ilyas membalas lantas memberi pandangan tajam. Setahunya dia tak pernah berurusan dengan lelaki dihadapannya.

“Kau kenal Datuk Syakir?”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia bapak akulah bangang!” Kamil terus menampar Datuk Ilyas.

“Sebab tak bagi tender kat syarikat bapak aku, kami satu family bankrupt kau tau? Macam pengemis bapak aku merayu kat kau tapi kau buat tak endah. Aku ingatkan kalau pikat anak kau boleh la dapat tender tu tapi anak dengan bapak sama je! Manusia tak ada perasaan!” Barulah Datuk Ilyas faham punca dendam lelaki itu.

“Aku tak bagi sebab syarikat kamu tak stabil dan ada masalah dengan syarikat-syarikat yang pernah bekerjasama dengan kamu sebelum ini. Ini bukan bisnes pisang goreng yang boleh acu try dulu!” Dalam keadaan gawat pun Datuk Ilyas masih mengekalkan muka tak ada perasaan. Kamil yang mendengar semakin baran lantas menghayunkan penumbuk tepat ke muka Datuk Ilyas. Pecah mulut Datuk Ilyas hasil hayunan penumbuk si Kamil.

“Kau tak sedar diri lagi kan? Nyawa kau sekarang dalam tangan aku!  Atau kau nak aku campakkan cucu sulung kau dari tingkat empat baru kau faham?!” Kamil mengertak. Bakul berisi Ayyash ditarik kasar dan disuakan dihadapan Datuk Ilyas.

“Jangan kau sentuh cucu aku!” Bentak Datuk Ilyas. Mati pun dia tak kisah asalkan cucunya selamat. Adriana bergadai nyawa melahirkan Ayyash, tak mungkin dia sanggup kehilangan cucunya itu.

“Kau beritahu aku apa yang kau nak.” Datuk Ilyas mengarah dengan wajah yang serius.

“Aku nak semua harta kau dan nyawa kau then aku akan puas.” Kamil menjawab selamba. Bakul berisi cucu Datuk Ilyas diletakkan semula diatas meja. Bayi itu tak menangis dari tadi dan hanya memerhatinya dengan mata yang bulat. Bayi yang betul-betul mengikut wajah perempuan yang dibencinya.

“Apa jaminan yang kau akan lepaskan cucu aku lepas kau dapat apa kau nak?” soal Datuk Ilyas. Penjahat seperti ini bukan boleh dipercayai. Tadi dia ditarik masuk ke dalam van ketika membantu seorang lelaki yang tiba-tiba ‘pengsan’ dihadapan perkarangan masjid. Encik Fikri ketika itu sudah menunggu didalam kereta bersama Henry.

“Jaminan? Janji aku tak patah riukkan budak ni kau patut bersyukur tahu?” gertak Kamil yang mula berang semula. Rambutnya ditarik-tarik seperti orang yang sudah hilang akal.

“Kau orang memang pandang rendah pada aku kan?” Kamil mencapai bantal kecil lalu memekup muka cucu Datuk Ilyas sehinggakan bayi itu mula menangis dan meronta-ronta.

“Sudah! Aku percaya! Aku buat apa kau suruh tapi lepaskan cucu aku!” bentak Datuk Ilyas. Berderau darahnya melihat cucunya diperlakukan sebegitu.

“Okey, sekarang aku nak kau arahkan orang kau untuk bawa helikopter ke sini. Aku tau kau ada kan?” Terkejut Datuk Ilyas dengan permintaan Kamil. Bila masa pula dia ada helikopter? Apa dia ingat helikopter tu dua seringgit ke apa?

“Maaf aku tak ada helikopter.” Jujur Datuk Ilyas memberitahu. Kamil menjengilkan matanya. Mana mungkin orang sekaya Datuk Ilyas tiada helikopter?

“Kau rapat dengan Datuk Muqri kan? Mintalah heli dia!” Datuk Ilyas memandang Kamil dengan muka tak percaya. Serius lelaki didepannya ini ada masalah mental. Apa kaitan Datuk Muqri dengan masalahnya sekarang? Layankan jela orang gila ini dulu.

“Baik. Tapi aku kena hubungi dia dulu.” Kamil mencampakkan telefon kepada Datuk Ilyas. Datuk Ilyas berpura-pura menelefon Datuk Muqri. Nombor telefon Datuk Muqri bukannya dia ingat pun. Semua disimpan dalam telefon pintarnya yang tertinggal dalam kereta.

“Assalamualaikum Muqri, saya dalam masalah ni. Saya minta tolong pinjamkan helikopter boleh?” Alahai macam nak minta pinjam basikal je gayanya. Kamil yang pada mulanya hanya memandang mendekati Datuk Ilyas sebelum mencampakkan telefon ke lantai.

“Kau ingat aku bodoh ke?! Telefon ni aku dah potong wayar! Celaka punya orang tua!” Tanpa belas tubuh Datuk Ilyas ditolak dan disepak terajang sepuas hatinya. Bengang dipermainkan sebegitu oleh si tua yang bakal mati tak lama lagi ditangannya.





Sementara itu di luar bilik, 

Firdaus yang hilang sabar hampir sahaja menerjah masuk ke dalam bilik kawalan apabila melihat anak dan bapa mertuanya diperlakukan sebegitu rupa namun sempat ditahan Hamdam dan Muiz.

“Kalau kau masuk macam ni sia-sia je bro, silap hari bulan semua pun mati,” nasihat Muiz. Hamdan masih menganalisa keadaan sekeliling dan melaporkan kepada unit SWAT yang sudah mula masuk ke dalam hospital. Azforce juga sudah mula memanjat bangunan hospital dan menunggu arahan darinya.

“Sabar sekejap, aku tengah buat kiraan dengan anggota keselamatan yang lain.” Hamdan memberi arahan dengan nada serius. Bukan dia tak kasihankan sahabatnya dan dia sendiri pun rasa nak tikam-tikam si Kamil apabila melihat anak dan bapa mertua sahabatnya diperlakukan seperti anjing kurap.

“Okey Muiz, kau nampak dua orang kat pintu tu? Kau satu, aku satu.” Muiz mengangguk faham. Tanpa sebarang bunyi, Muiz dan Hamdan mendekati kedua-dua penjahat yang berjaga di luar pintu bilik kawalan dan pergelutan berlaku. Tak sampai seminit, kedua-dua penjahat sudah terkulai layu. Mana mungkin boleh kalahkan seorang pakar seni pertahankan diri dan seorang polis yang berpengalaman. Firdaus pula hanya baru-baru ini sahaja menyertai Airsoft dan Muay Thai, itupun setelah disuruh oleh Adriana. Ikutkan dia memang kurang berminat dengan aktiviti yang baginya agak ‘ganas’. Tetapi bila ditimpa situasi begini barulah dia faham akan kepentingan mempelajari ilmu pertahanan diri.

“Okey dalam bilik tu ada lagi tiga orang. Firdaus kau settle yang belah kiri, Muiz kanan dan aku akan one to one dengan Kamil gila tu okey? Aku je boleh pakai senjata api jadi apa-apa biar aku handle.” Firdaus dan Muiz segera bertindak mengikut arahan Hamdan.

Kamil yang tidak menjangkakan serangan hendap ketiga-tiga sahabat itu mula panik dan menarik Datuk Ilyas hampir kepadanya. Firdaus yang berjaya menumpaskan konco Kamil segera mendapatkan bakul berisi Ayyash.

“Berhenti! Aku bunuh orang tua ni!” Kamil mengacukan pistol ke kepala Datuk Ilyas. Muiz yang baru lepas memengsankan konco Kamil mendekati Hamdan yang turut mengacukan pistol ke arah Kamil.

“Baik kau serah diri sahaja Kamil. Polis dah mengepung hospital ni,” arah Hamdan. Tangannya masih tak berkalih dari mengacu pistol ke arah lelaki psiko itu.

“Apa pun aku takkan lepaskan orang tua ni! Dia punca keluarga aku musnah! Bapak dengan mak aku bunuh diri sebab tak tahan tekanan dari along yang datang mengutip hutang. Aku terpaksa jadi kuli dan buat segala benda yang boleh bagi aku duit semata-mata nak balas dendam! Bertahun aku merancang takkan aku lepaskan orang tua ni!” Kamil menengking dan mula memukul Datuk Ilyas dengan hujung pistol sehingga Datuk Ilyas pengsan. Darah pekat membuak-buak keluar. Kamil mula ketawa berdekah-dekah apabila melihat Datuk Ilyas terkulai layu.

“Dia dah mati! Dia dah mati! Hahahaaha..” Kamil menyepak tubuh Datuk Ilyas ke tepi sebelum mengacu pistol ke arah bakul berisi Ayyash.

“Sekarang aku nak cucu dia terima nasib yang sama macam atuk dia! Boleh diorang main sama-sama nanti hahahaha..”


“Jangan!!!” Bang! 

4 comments:

Unknown said...

oh my god ! kak, cepat sambung ...

Norlyana Nasrin said...

tak nak..tak nak..ahahahaha~ gurau2 insyaAllah nanti akak sambung lagi ye ufufufufu~
(^-^)v

Anonymous said...

Alaaa akak cepat la sambunggggg :'(

Norlyana Nasrin said...

Hahaha relax2 okay? Akak busy sekarang sebab uruskan class preparation.

Sabar ye? InsyaAllah akak try update dalam minggu ni juga (^-^)v